PERSEPSI DI KALANGAN PELAJAR TERHADAP ......vi ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengetahui...

36
PERSEPSI DI KALANGAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DI FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NURUL HAINI BINTI ZAKARIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PERSEPSI DI KALANGAN PELAJAR TERHADAP ......vi ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengetahui...

  • PERSEPSI DI KALANGAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN

    BAHASA INGGERIS DI FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK,

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

    NURUL HAINI BINTI ZAKARIA

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

  • UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

    BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PERSEPSI DI KALANGAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN BAHASA

    INGGERIS DI FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

    SESI PENGAJIAN : 2007/2008

    Saya NURUL HAINI BINTI ZAKARIA

    (HURUF BESAR)

    mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

    1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Pepustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Pepustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara Institusi

    Pengajian Tinggi 4. Sila tandakan ( / ) ** SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

    kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RASMI 1972)

    TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang ditentukan

    oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

    TIDAK TERHAD

    Disahkan Oleh

    _______________________________ ________________________________

    (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : Nama Penyelia

    PROF.MADYA DR. MOHAMMAD YUSOF BIN ARSHADNO 36, JALAN LUMPIT 11, TAMAN TERATAI, 81110 JOHOR BAHRU, JOHOR

    Tarikh: ________________ Tarikh: _________________ CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

    **Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengari menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tcsis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

    secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

  • “Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

    karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

    Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)”.

    Tandatangan : …………………………

    Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. Mohammad Yusof Bin Arshad

    Tarikh : …………………………

  • ii

    PERSEPSI DI KALANGAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN

    BAHASA INGGERIS DI FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK,

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

    NURUL HAINI BINTI ZAKARIA

    Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian

    Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta

    Pendidikan (Kimia)

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    APRIL 2008

  • iii

    “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

    yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

    Tandatangan : ………………………….

    Nama Penulis : Nurul Haini Binti Zakaria

    Tarikh : .........................................

  • iv

    DEDIKASI

    Ku tujukan khas sekalung budi buat keluarga ku

    Ibunda yang dikasihi, HAJJAH NOOR HAYATI BINTI HAJI OTHMAN

    Ayahanda yang disayangi, HAJI ZAKARIA BIN ABU ZARIM

    Adinda yang diingati, NURUL HANA BINTI HAJI ZAKARIA

    Segala jasa, pengorbanan, pandangan dan doa kalian akan ku kenang selalu dalam

    lipatan kenangan hidup ku

    serta

    Buat yang teristimewa, WAFIQ BIN MOHD YUSUF, segala dugaan dan

    cabaran yang ku tempuhi bersama mu dan kata-kata semangat yang sering

    diberikan ketika ku berada di dalam keadaaan yang sukar

    tidak lupa

    sahabat tersayang, NURUL IZZAH BINTI SHARIF, KASMALIZI BINTI

    ABDULLAH, NOOR RAFIDAH BINTI HAJI DOLLAH dan SITI HAJAR

    BINTI ALIAS, segala nasihat serta pandangan anda akan ku kenang buat

    selamanya.

    Kejayaan yang dicapai adalah milik kita semua.

    Terima Kasih

  • v

    PENGHARGAAN

    Syukur ke hadrat Illahi kerana di atas restu dan limpah kurnia-Nya,

    penulisan Projek Sarjana Muda ini dapat saya laksanakan dengan jayanya. Di

    atas kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada

    semua pihak yang telah turut membantu serta berganding bahu bersama saya

    sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini dibuat terutama kepada Fakulti

    Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia atas kebenaran yang diberikan untuk

    menjalankan penyelidikan ini.

    Ucapan jutaan terima kasih dan perhargaan ikhlas ditujukan kepada

    penyelia saya, Prof. Madya. Dr. Mohammad Yusof Bin Arshad atas segala

    bimbingan, tunjuk ajar beliau dan dorongan yang diberikan tanpa rasa jemu

    sepanjang kajian ini dijalankan.

    Terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada para pelajar yang

    telah mengambil bahagian dalam menyelesaikan penyelidikan ini serta teman-

    teman seperjuangan yang banyak membantu dalam memberi teguran yang ikhlas,

    semangat dan juga perangsang kepada saya dalam menghadapi cabaran sepanjang

    menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

    Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada

    secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menjayakan projek penyelidikan

    ini.

  • vi

    ABSTRAK

    Kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi terhadap penggunaan

    bahasa Inggeris di kalangan pelajar di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti

    Teknologi Malaysia, Skudai. Terdapat tiga aspek kajian telah dikemukakan oleh

    penyelidik iaitu persepsi responden terhadap minat dan motivasi, pengajaran

    pensyarah dan persekitaran yang mempengaruhi penggunaan bahasa Inggeris.

    Responden kajian melibatkan sejumlah 157 orang yang terdiri daripada pelajar

    tahun satu dan tahun dua yang berlainan kursus di Fakulti Kejuruteraan Elektrik.

    Borang soal selidik telah digunakan bagi mendapatkan data berkaitan dengan

    kajian ini. Data dianalisis dengan mengira bilangan frekuensi, nilai min dan

    peratusan dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science

    (SPSS) Version 11.5 For Windows. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa

    responden memiliki tahap yang sederhana dari aspek minat dan motivasi,

    pengajaran pensyarah dan juga persekitaran terhadap penggunaan bahasa

    Inggeris. Namun begitu, tidak terdapat perbezaan dari segi aspek minat dan

    motivasi, pengajaran pensyarah dan juga persekitaran bagi responden lelaki dan

    perempuan berdasarkan ujian-t yang telah dijalankan. Perbincangan berkaitan

    dengan hasil dapatan data dan cadangan dikemukakan pada bahagian akhir

    perbincangan.

  • vii

    ABSTRACT

    The objective of this study is to determine the perceptions about the usage

    of English among students in Faculty of Electrical Engineering, Universiti

    Teknologi Malaysia, Skudai. There are three aspects of this study presented by

    the researcher, i.e interest and motivation of respondents, teachings by lecturers

    and the environment that influences the usage of English. Respondents for this

    study consist of 157 students from first and second year students from the Faculty

    of Electrical Engineering that were randomly chosen. A set of questionnaire was

    used to obtain data for this study. Data was analysed by Statistical Package For

    Social Sciences (SPSS) Version 11.5 For Windows to determine the frequencies,

    means and percentages. The findings of this study showed that students had a

    medium perception in terms of interest and motivation, teachings by lecturers and

    the environment that influences the usage of English. There was no difference in

    terms of interest and motivation, teachings by lecturers and the environment for

    male and female respondents. This is based on the t-test conducted. Discussion

    regarding the findings of this study and proposals were stated at the end of this

    thesis.

  • viii

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA MUKA SURAT

    PENGAKUAN PENYELIA i

    HALAMAN JUDUL ii

    PENGAKUAN PELAJAR iii

    DEDIKASI iv

    PENGHARGAAN v

    ABSTRAK vi

    ABSTRACT vii

    KANDUNGAN viii

    SENARAI JADUAL xiii

    SENARAI SINGKATAN xv

    SENARAI LAMPIRAN xvii

    BAB 1 PENDAHULUAN 1

    1.1 Pengenalan 1

    1.2 Latar Belakang Masalah 5

    1.2.1 Kementerian Pelajaran 5

    1.2.2 Dasar Pelaksanaan Bahasa Inggeris 9

    1.2.3 Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris 13

  • ix

    1.3 Pernyataan Masalah 15

    1.4 Objektif Kajian 16

    1.5 Persoalan Kajian 16

    1.6 Hipotesis Kajian 17

    1.7 Rasional Kajian 18

    1.8 Kepentingan Kajian 18

    1.8.1 Pelajar 18

    1.8.2 Fakulti 19

    1.9 Skop Dan Batasan Kajian 19

    1.10 Definisi Operasional 20

    1.10.1 Minat 21

    1.10.2 Motivasi 21

    BAB 2 SOROTAN PENULISAN 22

    2.1 Pengenalan 22

    2.2 Sejarah Bahasa Inggeris 23

    2.3 Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua 25

    2.4 Masalah Bahasa 27

    2.5 Dasar Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam 28

    Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan

    Matematik (PPSMI)

    2.6 Sikap, Minat Dan Motivasi Pelajar 30

    2.7 Pendedahan Pelajar 33

    2.8 Pengajaran Pendidik 35

    2.9 Penguasaan Bahasa Inggeris Pendidik 40

    2.10 Ibubapa Dan Keluarga 42

    2.11 Rakan Sebaya 44

    2.12 Kesimpulan 45

  • x

    BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 47

    3.1 Pengenalan 47

    3.2 Reka Bentuk Kajian 47

    3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 48

    3.4 Huraian Latar Belakang Responden 49

    3.4.1 Tahun Pengajian 49

    3.4.2 Kursus 50

    3.4.3 Jantina 51

    3.4.4 Keputusan Peperiksaan Malaysian 51

    University English Test (MUET)

    3.5 Instrumen Kajian 52

    3.6 Prosedur Kajian 55

    3.7 Kajian Rintis 56

    3.8 Analisis Data 56

    3.9 Kesimpulan 57

    BAB 4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN 59

    4.1 Pengenalan 59

    4.2 Analisis Soal Selidik Dan Perbincangan 60

    4.2.1 Tahap Penggunaan Bahasa 60

    Inggeris Dari Segi Minat Dan

    Motivasi Pelajar

    4.2.2 Tahap Penggunaan Bahasa 65

    Inggeris Dari Segi Pengajaran

    Pensyarah

  • xi

    4.2.3 Tahap Penggunaan Bahasa 71

    Inggeris Dari Segi Persekitaran

    4.3 Perbezaan Yang Mempengaruhi 77

    Penggunaan Bahasa Inggeris Dikalangan

    Responden Lelaki Dan Perempuan Dari

    Aspek Minat Dan Motivasi, Pengajaran

    Pensyarah Dan Persekitaran

    4.3.1 Hipotesis 1 78

    Tidak Terdapat Perbezaan Yang Signifikan

    Antara Yang Mempengaruhi Penggunaan

    Bahasa Inggeris Terhadap Proses

    Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Sains

    Dan Matematik Di Kalangan Responden

    Lelaki Dan Perempuan Dari Aspek Minat

    Dan Motivasi

    4.3.2 Hipotesis 2 79

    Tidak Terdapat Perbezaan Yang Signifikan

    Antara Yang Mempengaruhi Penggunaan

    Bahasa Inggeris Terhadap Proses

    Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Sains

    Dan Matematik Di Kalangan Responden

    Lelaki Dan Perempuan Dari Aspek

    Pengajaran Pensyarah

  • xii

    4.3.3 Hipotesis 3 80

    Tidak Terdapat Perbezaan Yang Signifikan

    Antara Yang Mempengaruhi Penggunaan

    Bahasa Inggeris Terhadap Proses

    Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Sains

    Dan Matematik Di Kalangan Responden

    Lelaki Dan Perempuan Dari Aspek

    Persekitaran

    4.4 Kesimpulan 82

    BAB 5 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN 83

    KAJIAN LANJUTAN

    5.1 Pengenalan 83

    5.2 Rumusan Dan Implikasi 84

    5.3 Cadangan 86

    5.3.1 Pelajar 86

    5.3.2 Pensyarah 87

    5.3.3 Fakulti 88

    5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 89

    5.5 Kesimpulan 91

    RUJUKAN 92

    LAMPIRAN 100

  • xiii

    SENARAI JADUAL

    NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

    3.1 Taburan Responden Mengikut Tahun Pengajian 49

    3.2 Taburan Responden Mengikut Kursus Pengajian 50

    3.3 Taburan Responden Mengikut Jantina 51

    3.4 Taburan Responden Mengikut Keputusan Malaysian 52

    University English Test (MUET)

    3.5 Jadual Penentuan Item Berdasarkan Objektif Kajian 53

    3.6 Jadual Markat Skor 56

    3.7 Julat Min Dan Tahap Persetujuan Bagi Item Skala 57

    Persetujuan Likert

    4.1 Taburan Responden Mengikut Peratusan Dan Min Bagi 60

    Faktor Minat Dan Motivasi Pelajar

    4.2 Taburan Responden Mengikut Peratusan Dan Min Bagi 66

    Faktor Pengajaran Pensyarah

    4.3 Taburan Responden Mengikut Peratusan Dan Min Bagi 71

    Faktor Persekitaran

  • xiv

    4.4 Analisis Perbezaan Aspek Minat Dan Motivasi Pelajar 78

    Antara Responden Lelaki Dan Perempuan

    4.5 Analisis Perbezaan Aspek Pengajaran Pensyarah 79

    Antara Responden Lelaki Dan Perempuan

    4.6 Analisis Perbezaan Aspek Persekitaran 81

    Antara Responden Lelaki Dan Perempuan

  • xv

    SENARAI SINGKATAN

    DPP - Dana Pembangunan Pengajaran

    ELTC - English Language Training Centre

    ETA - English Teacher Assistant

    GPMS - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung

    ICT - Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi

    IEEE-SB - The Institute Of Electrical And Electronics Engineers,

    Student Branch

    IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam

    IPTS - Institusi Pengajian Tinggi Swasta

    IT - Teknologi Maklumat

    KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

    LCD - Liquid Crystal Display

    NGO - Pertubuhan Bukan Kerajaan

    MUET - Malaysian University English Test

    OBE - Pendidikan Berasaskan Hasil

    PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

    PMR - Penilaian Menengah Rendah

    PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

    PPSMI - Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam

    Bahasa Inggeris

  • xvi

    SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

    SPSS - Statistical Package For Social Science

    STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

    TELTTraC - Pusat Pengajaran Dan Latihan Bahasa Inggeris

    UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

    UNITAR - Universiti Tun Abdul Razak

    UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

    UTM - Universiti Teknologi Malaysia

  • xvii

    SENARAI LAMPIRAN

    LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

    A Borang Soal Selidik Untuk Pelajar 100

    B Keputusan Analisis Alfa Bagi Borang Soal 106

    Selidik Pelajar

    C Surat Kebenaran Daripada Fakulti Pendidikan, 107

    Universiti Teknologi Malaysia

  • BAB I

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar demokrasi dan juga

    sistem pendidikan moden, Malaysia mempunyai hubungan pendidikan dengan

    negara-negara luar dan hubungan serta kerjasama pendidikan sangat diperlukan

    dalam memajukan pendidikan negara. Tambahan pula ekonomi negara dan dunia

    telah berganjak dari ekonomi pembuatan kepada ekonomi yang berpaksikan

    pengetahuan (K-ekonomi), seiring dengan revolusi teknologi maklumat dan

    telekomunikasi (ICT). Hampir keseluruhan situasi ini berlaku dengan

    menggunakan bahasa sebagai medium bagi tujuan komunikasi khususnya bahasa

    Inggeris.

    Bahasa memainkan peranan yang pelbagai dalam kehidupan manusia.

    Antaranya, sebagai alat komunikasi antara manusia dan kerana itulah, bahasa

    merupakan alat yang paling maju, canggih dan berpengaruh. Menurut Azhar

  • 2

    (2006), terdapat lapan fungsi bahasa. Antaranya ialah sebagai alat sapaan,

    tindakan, penyimpanan rekod, penyampai perintah, mempengaruhi orang,

    mencurahkan rasa hati dan juga sebagai wadah pemikiran. Pada peringkat yang

    lebih tinggi, bahasa digunakan untuk memperoleh kecekapan dan kemahiran

    belajar dan mengajar, iaitu menerima dan menyampaikan pengetahuan.

    Pembinaan bahasa merupakan proses yang berterusan berdasarkan kepada

    perubahan dan juga kemajuan yang dicapai dan dinikmati oleh sesuatu bangsa

    selaras dengan anjakan paradigma mereka bagi melambangkan identiti bangsa

    yang maju serta mencerminkan kekuatan pegamatan intelektual di masa kini.

    Mengukur kemajuan bahasa dan kesan bahasa tersebut akan memberikan maklum

    balas dan petunjuk akan kejayaan dan kemajuan yang telah dicapai sama ada kita

    mampu berdiri dan meletakkan diri di barisan dan kelompok bangsa yang kuat,

    maju, bermaruah, berintegriti dan cemerlang, ataupun sebaliknya.

    Menurut Ahmad Tajudin (1997), setelah Malaysia melewati masa resisi

    ekonomi pada akhir delapan puluhan, timbul keresahan dan kegusaran dikalangan

    para pegawai tinggi kerajaan dan para majikan tentang merosotnya penguasaan

    bahasa Inggeris dikalangan para graduan lulusan Institusi Pengajian Tinggi dan

    juga pelajar yang masih berada di bangku persekolahan. Rasa prihatin ini

    acapkali diucapkan oleh golongan atasan atas permintaan tenaga buruh yang

    menuntut rakyat khususnya golongan muda iaitu bakal pemimpin negara

    menguasai pelbagai bahasa dan ia merupakan satu bonus bagi menakluki

    kecanggihan zaman yang seringkali beredar mengikut putaran masa dan juga

    peluang pekerjaan.

    Kenyataan ini lebih ketara lagi apabila bahasa Inggeris diiktiraf sebagai

    alat perantaraan dan alat perhubungan yang digunakan oleh semua masyarakat di

  • 3

    seluruh dunia terutama dalam era globalisasi dan juga era teknologi maklumat dan

    komunikasi pada hari ini seperti sebagai bahasa perdagangan, sains, teknologi,

    perubatan dan lain-lain lagi. Bidang pengurusan antarabangsa pula akan

    menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa komersial disamping menggunakan

    bahasa lain yang boleh membantu dan memahami interaksi antara rakan-rakan

    niaga bagi melicinkan sebarang urusan yang dijalankan. Syarikat korporat

    antarabangsa turut menggunakan bahasa perniagaan antarabangsa turut

    menggunakan bahasa perniagaan antarabangsa yang popular seperti Bahasa

    Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Mandarin dan Kantonis serta Bahasa Jepun.

    Menyedari bahasa Inggeris adalah begitu penting pada masa kini, maka

    keperluan untuk menguasai bahasa tersebut semakin mendesak untuk melayakkan

    kita bersaing di peringkat global sekaligus meletakkan kita sebaris dengan negara-

    negara maju menjelang tahun 2020 akan datang. Tambahan pula, penggunaan

    bahasa Inggeris telah digunakan lebih dari 100 buah negara di seluruh dunia

    sebagai bahasa kedua. Oleh yang demikian, kejayaan melaksanakan pendidikan

    Sains dan Matematik dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa

    penghantar merupakan langkah yang tepat bagi pelajar sebagai persediaan untuk

    berhadapan dengan cabaran-cabaran dunia luar. Tambahan pula, ia merupakan

    asas bagi melahirkan masyarakat yang berpengetahuan dan mampu bersaing di

    peringkat antarabangsa.

    Menurut Mayzura (2004), pendidikan Sains yang terawal di negara kita

    adalah sekitar tahun 1931 di mana ia hanya melibatkan Kurikulum Sains Asas di

    Negeri Melayu Bersekutu. Walaupun pelaksanaan program Sains ini terhenti

    ekoran kerana tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1941, Kurikulum

    Sains Am telah dilaksanakan semula di sekolah-sekolah termasuklah di sekolah

    menengah setelah tamatnya perang iaitu pada tahun 1945.

  • 4

    Menurut Armin (2002), rentetan sejarah dunia pendidikan Negara

    Malaysia menunjukkan dasar bagi sistem pelajaran kebangsaan telah dirangka

    melalui Penyata Razak 1956 di mana bahasa kebangsaan sebagai bahasa

    penghantar utama dalam sistem pendidikan negara. Selaras dengan kemunculan

    Penyata Razak 1956 ini, kurikulum pendidikan negara telah menjadi seragam.

    Dasar ini dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa

    rasmi diperteguhkan lagi dengan Laporan Rahman Talib 1961. Bukan itu sahaja,

    malah Akta Pelajaran 1961 turut memperkukuhkan lagi kedudukan bahasa

    Melayu ini.

    Sepuluh tahun kemudian, bahasa Melayu telah diwartakan sebagai bahasa

    kebangsaan yang tunggal di Malaysia melalui Akta Bahasa Rasmi 1971.

    Kemuncak bagi penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar digunakan

    untuk mengajarkan semua mata pelajaran, kecuali bahasa Inggeris, dalam bahasa

    kebangsaan adalah pada tahun 1970 apabila kesemua sekolah kebangsaan

    memulakannya bagi proses pengajaran dan pembelajaran.

    Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan dalam sistem

    pendidikan pada masa dahulu ekoran kurangnya pelajar yang berkebolehan

    menguasai asas mata pelajaran Sains dan Matematik dan ada segelintir daripada

    mereka yang tidak tahu membaca. Oleh itu, Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979

    ditubuhkan dan mengesyorkan agar kurikulum pendidikan negara memberikan

    penekanan dan penegasan pendidikan terutamanya dalam bidang 3M iaitu

    membaca, menulis dan mengira. Bukan itu sahaja, malah melahirkan ramai guru-

    guru yang berkebolehan dalam bidang Sains dapat menangani masalah pelajar

    yang tidak dapat menguasai kemahiran asas ini. Begitu juga dari aspek

    kemudahan infrastruktur sekolah di mana ianya diberikan tumpuan yang lebih

    terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar.

  • 5

    1.2 Latar Belakang Masalah

    1.2.1 Kementerian Pelajaran

    Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

    menyatakan bahawa kuasa bahasa Inggeris sebagai paksi bahasa ilmu

    antarabangsa dan universal di mana kepantasan sebarannya tidak akan dapat

    disaingi oleh bahasa Melayu. Justeru itu pada Julai 2002, Mesyuarat Jemaah

    Menteri telah mencapai kata sepakat dan bersetuju dengan keputusan bagi

    melaksanakan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam

    Bahasa Inggeris (PPSMI) di mana ia akan diajar bagi pelajar tahun satu, tingkatan

    satu dan juga tingkatan enam mulai tahun 2003.

    Antara agenda yang terkandung di dalam mesyuarat khas Jemaah Menteri

    adalah seperti:

    a) Setiap kelas dan juga tingkatan di sekolah menengah dan juga rendah,

    adalah digalakkan pelajar-pelajar diajar akan mata pelajaran Sains dan

    Matematik dalam bahasa Inggeris.

    b) Kolej Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia akan

    memulakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di

    dalam bahasa Inggeris bermula pada tahun 2004.

    c) Bagi pusat pengajian teknikal khususnya Politeknik, sesi Pengajaran

    dan Pembelajaran Sains dan Matematik akan bermula pada tahun 2008

  • 6

    iaitu selepas pelajar kumpulan pertama yang mengambil Sijil Pelajaran

    Malaysia (SPM) sepenuhnya dalam bahasa Inggeris pada 2007.

    d) Peperiksaan sepenuhnya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik

    akan dijalankan dalam bahasa Inggeris terutama dalam Ujian Penilaian

    Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2008, Penilaian Menengah

    Rendah (PMR) pada tahun 2005, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada

    tahun 2007 dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) serta

    Matrikulasi pada tahun 2004.

    e) Peperiksaan awam akan diadakan dalam dwibahasa bermula mulai

    pada tahun 2003.

    Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi lingua

    franca (bahasa perantaraan) bagi daerah-daerah kepulauan Melayu sejak zaman

    berzaman lagi. Sejarah juga telah menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah

    berkembang dari status bahasa Melayu Purba menjadi bahasa Melayu Kuno dan

    diikuti oleh bahasa Melayu Moden setelah melalui beberapa penyerapan dan

    penyebatian daripada bahasa-bahasa Sanskrit, Arab, Cina, Belanda, Portugis dan

    juga bahasa Inggeris. Di peringkat dunia, penutur bahasa Melayu adalah seramai

    lebih 250 juta orang dan ia meletakkan kedudukan status bahasa Melayu di tempat

    keempat teramai penuturnya selepas bahasa Mandarin, Sepanyol dan juga bahasa

    Inggeris.

    Menurut Nathesan (2007), kejayaan pertama bahasa Melayu sebagai

    bahasa pendidikan bukan setakat di peringkat sekolah sahaja malah juga hingga

    ke peringkat pusat pengajian tinggi. Antara pusat pengajian tersebut ialah

    Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan pada 1970 untuk

    mengendalikan semua kursus termasuklah kursus perubatan dan kejuruteraan. Ini

    bermakna, sudah berlalu hampir 40 tahun bahasa Melayu menjadi bahasa

    penghantar di UKM. Mulai tahun 1981, semua kursus tahun pertama di universiti

  • 7

    lain dikendalikan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa

    penghantar dan tiga tahun kemudian iaitu pada tahun 1984, kesemua universiti

    menggunakan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu.

    Walau bagaimanapun, Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri

    Hishammuddin Tun Hussein ada menyatakan bahawa bahasa Inggeris juga seperti

    bahasa Melayu, merupakan lingua franca iaitu antara bahasa yang paling banyak

    dipertuturkan serta dipengaruhi pelbagai bahasa lain di dunia. Oleh sebab yang

    demikian, penguasaan bahasa Inggeris dikalangan para pelajar amatlah

    diutamakan dan kerajaan telah merangka pelbagai program dan telah

    melaksanakan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam

    Bahasa Inggeris (PPSMI) bagi mencapai objektif untuk melahirkan pelajar yang

    berdaya saing di peringkat global.

    Bahasa Inggeris mula digunakan sebagai bahasa penghantar di Institusi

    Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan dalam mata pelajaran Sains dan Matematik

    mulai tahun 2003 di semua sekolah kebangsaaan, termasuk sekolah jenis

    kebangsaan. Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) umpamanya menyambut

    baik dasar baru pendidikan yang digubal bagi membolehkan pelajar terdedah

    kepada penggunaan bahasa Inggeris terutamanya bagi subjek Sains dan juga

    Matematik.

    Menurut Presidennya, Datuk Seri Syed Othman Alhabshi, UNITAR telah

    menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar sejak enam tahun yang

    lepas dan menjalankan Ujian Penempatan Bahasa Inggeris bagi menentukan tahap

    penguasaan bahasa tersebut mengikut keupayaan pelajar. Ini adalah kerana

    menyedari akan kepentingan menguasai bahssa Inggeris ini kepada pelajar-

    pelajar. Tambahan pula kebanyakan buku rujukan adalah menggunakan bahasa

  • 8

    Inggeris sebagai medium penghantar dan istilah-istilah Sains dan juga Matematik

    yang jarang sekali ditemui terjemahannya di dalam kamus walhal ia adalah kamus

    dwibahasa.

    Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh (2006)

    dalam sidang media selepas upacara peletakan batu asas Fasa Kedua Kolej

    Shahputra menyatakan bahawa sebanyak 80 peratus pensyarah di Institusi

    Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam bidang Sains dan Teknologi adalah

    merupakan lulusan universiti luar negara. Keadaan itu sekaligus membolehkan

    dasar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Teknologi dalam

    bahasa Inggeris di peringkat IPTA dapat dilaksanakan dengan baik menjelang

    tahun 2007.

    Menurut beliau, secara keseluruhannya pensyarah yang mempunyai

    kelulusan di peringkat ijazah pertama dan ijazah lanjutan itu mempunyai

    penguasaan bahasa Inggeris yang baik dan arahan supaya pelaksanaan bahasa

    Inggeris digunakan pada tahun 2007 telah diberikan kepada semua universiti

    tempatan. Beliau menambah bahawa kini semua IPTA sudah boleh mula

    mengambil tindakan untuk melatih pensyarah mereka supaya mampu mengajar

    menggunakan bahasa Inggeris dan kesemua Naib Canselor telah dimaklumkan

    agar membuat persediaan ke arah pengajaran subjek Sains dan Teknologi dalam

    bahasa Inggeris mulai Sesi 2005/2006 sejak tahun 2003.

  • 9

    1.2.2 Dasar Pelaksanaan bahasa Inggeris

    Setelah tiga tahun pelaksanaan dasar penerapan bahasa Inggeris bagi

    subjek Sains dan Matematik, kini dasar tersebut kembali dipertikaikan oleh pihak-

    pihak tertentu terutamanya tokoh-tokoh Melayu dalam pelbagai bidang dan juga

    golongan ibubapa. Oleh kerana penggunaan bahasa Inggeris yang dilihat sebagai

    penggugat kedudukan bahasa kebangsaan dalam era globalisasi ini, menurut

    Noraziah (2007), ia akan ditangani oleh pihak kementerian dengan

    menyenaraikan Bulan Bahasa dan Sastera Negara sebagai satu daripada perayaan

    utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Bukan itu sahaja, malah

    Jawatankuasa Induk Memperkasakan Bahasa Kebangsaan dan Jawatankuasa

    Induk Penggerak Dasar Buku Negara turut di wujudkan.

    Terdapat enam teras yang terkandung di dalam Pelan Induk Pembangunan

    Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dilancarkan dengan rasminya oleh Perdana

    Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 baru-baru ini

    di Putrajaya. Berdasarkan teras kedua daripada enam teras tersebut di dalam

    PIPP, ia menyentuh akan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris dalam

    membangunkan sumber manusia atau modal insan. Justeru itu, menurut Noraziah

    (2007) lagi, Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah merencanakan beberapa

    usaha bagi meningkatkan penguasaan pelajar melalui pemelajaran Bahasa

    Inggeris di kelas melalui program, antaranya The Teaching of Speaking, English

    for Science and Technology dan Literature in English, meningkatkan kemahiran

    guru Bahasa Inggeris dengan mengadakan program seperti English Teacher

    Assistant (ETA), membangunkan pusat latihan, iaitu English Language Training

    Centre (ELTC) di Nilai dan peluasan Pusat Pengajian dan Latihan Bahasa

    Inggeris (TELTTraC) di Terengganu.

  • 10

    Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Musa Mohammad, bekas Menteri

    Pelajaran Malaysia telah menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia

    telah menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana di mana ia dipengerusikan oleh Ketua

    Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Abdul Rafie Mahat. Antara fungsi akan

    jawatankuasa ini adalah seperti merangka strategi Pengajaran dan Pembelajaran

    Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Malah, ia juga berperanan

    mengambilkira akan ulasan, pandangan dan teguran yang diberikan oleh pelbagai

    pihak termasuk golongan pendidik, ahli-ahli akademik, guru-guru, majlis Guru

    Besar, Pengetua, kesatuan-kesatuan guru dan juga orang ramai.

    Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Sharifah Maimunah

    (2002) menyatakan bahawa matlamat Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

    Matematik diajar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar adalah

    untuk:

    a) Membolehkan pelajar menguasai sebagai bahasa ilmu dua bidang

    berkenaan sejak diperingkat awal.

    b) Mempersiapkan mereka (pelajar) ke arah menguasai ilmu Sains dan

    Matematik dengan lebih berkesan dan mudah. Ia juga sebagai

    pengukuhan bagi memantapkan lagi persediaan asas pelajar untuk

    melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

    Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan, tetapi senario mengenai

    penguasaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar hari ini hebat diperkatakan kerana

    ia masih berada di tahap yang lemah dan mencapai tahap yang amat

    membimbangkan. Bagaimanakah kita dapat memahami dan menerima isi

    kandungan terutama dari buku-buku ilmiah yang diselak dan dibelek setiap masa

    sedangkan maksudnya tidak sampai kepada kita dan secara tidak langsung,

  • 11

    pemahaman pembaca akan menyesong dan akan menimbulkan masalah salah

    konsep. Ini merupakan fenomena yang tidak sihat dan ia berlaku agak ketara

    dikalangan pelajar-pelajar khususnya pelajar yang menjurus kepada bidang Sains,

    Matematik dan juga teknologi maklumat.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Majlis

    Pelancaran Kumpulan Wang Amanah Pelajar Malaysia menyatakan bahawa

    penguasaan bahasa Inggeris adalah penting kerana ia merupakan salah satu faktor

    penting untuk berinteraksi dan juga bersaing. Beliau juga menyarankan akan

    pertuturan dan penulisan di praktikkan selalu bagi menguasai bahasa tersebut dan

    strategi yang terbaik adalah menjadikan mata pelajaran Sains dan Matematik

    diajar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. ( Berita Harian :

    2003)

    Bagi memastikan graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya

    dilengkapkan dengan segala pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang

    diperlukan sebelum mereka berkhidmat bagi memenuhi keperluan masyarakat dan

    Negara, pembinaan atribut graduan UTM, penerapan kemahiran generik,

    penggunaan e-Pembelajaran, pendidikan berasaskan hasil (OBE),

    nmempelbagaikan pendekatan P&P khususnya pembelajaran aktif, suntikan

    elemen keusahawanan, kursus Bahasa Inggeris dan sebagainya hendaklah

    dilaksanakan secara berterusan. Pelbagai kursus bahasa Inggeris telah diserapkan

    di dalam silibus setiap tahun pengajian di mana ianya juga merupakan mata

    pelajaran wajib universiti yang mesti diikuti oleh para pelajar.

    Negara memerlukan graduan yang bukan sahaja mahir dari segi akademik

    tetapi juga mempunyai kemahiran generik seperti kemahiran berkomunikasi,

    kemahiran menyelesaikan masalah, fleksibel, berkeyakinan, bermotivasi kendiri,

  • 12

    mampu bekerja secara berkumpulan serta kemahiran-kemahiran generik yang

    lain. Bahasa Inggeris menjadi bahasa universal dan oleh itu, penguasaan bahasa

    Inggeris dikalangan pelajar adalah memainkan peranan penting dalam mengikuti

    kuliah yang secara keseluruhannya dijalankan dengan menggunakan bahasa

    Inggeris dan juga tuntutan pasaran kerja hari ini.

    Menurut Buletin Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), Mesyuarat

    Khas Jawatankuasa Tetap Senat (P&P) yang telah bersidang pada tarikh 5 Julai,

    2006 telah meluluskan sebanyak 28 permohonan Projek DPP menerusi Dana

    Pembangunan Pengajaran (DPP) atau dalam bahasa Inggerisnya Instructional

    Development Grant yang menelan belanja sebanyak RM130,500.00 untuk

    membiayai staf atau kumpulan staf akademik melaksanakan aktiviti pembangunan

    yang menyumbang kepada inovasi, keberkesanan dan peningkatan kualiti proses

    Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di Universiti Teknologi Malaysia.

    Di Universiti Teknologi Malaysia khususnya Fakulti Kejuruteraan

    Elektrik, terdapat beberapa persatuan yang ditubuhkan oleh pelajar fakulti itu

    sendiri. Antaranya ialah The Institute Of Electrical And Electronics Engineers,

    Universiti Teknologi Malaysia, Student Branch (IEEE-UTM STUDENT

    BRANCH) di mana objektif penubuhan persatuan ini adalah untuk untuk

    menggabungkan pelajar-pelajar dari kursus-kursus jurusan kejuruteraan, teknologi

    atau sains yang berkaitan dengan bidang elektrik dan elektronik dalam satu

    persatuan.

    Bukan itu sahaja, malah ia memberi peluang kepada pelajar untuk

    berinteraksi dengan jurutera-jurutera profesional yang berpengalaman dari

    pelbagai industri. Bahasa Inggeris merupakan bahasa utama yang merupakan

    salah satu tujuan dan objektif persatuan ini iaitu dapat meningkatkan kemahiran

  • 13

    Bahasa Inggeris di kalangan pelajar kerana bahasa pertuturan dan penulisan induk

    Persatuan IEEE adalah dalam bahasa Inggeris.

    1.2.3 Tahap Penguasaan bahasa Inggeris

    Presiden Persatuan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS),

    Datuk Suhaimi Ibrahim melalui perbincangan dua hala bersama dengan wakil dari

    pertubuhan bukan kerajaan (NGO Melayu) sebulat suara berpendapat bahawa

    masalah utama yang dihadapi oleh pelajar untuk menguasai Sains dan Matematik

    dalam bahasa Inggeris adalah:

    a) Kegagalan pelajar menguasai bahasa Inggeris dengan berkesan

    terutama pelajar yang tinggal di luar bandar.

    b) Buku bahasa Inggeris tidak mencukupi.

    c) Kelemahan sedia ada pelajar dalam mata pelajaran Sains dan

    Matematik itu sendiri. (Berita Harian : 2002)

    Menurut Chan (2006), terdapat kajian yang menunjukkan bahawa cubaan

    Jepun untuk menjadi kuasa teknologi maklumat (IT) global terbantut kerana

    ketidakupayaan rakyatnya untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Kesan dari

    peristiwa tersebut iaitu pada tahun 2002, hanya ada kira-kira 500 orang jurutera

    IT berbangsa Jepun yang bekerja di Lembah Silikon berbanding 30 000 orang

    jurutera IT yang berbangsa India. Ini adalah sebahagian gambaran yang dapat

    dilihat akan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris yang boleh mempengaruhi

    ekonomi sesebuah Negara di mana Jepun gagal menarik ramai pelabur asing dan

    bakat-bakat asing memasuki Negara mereka.

  • 14

    Menurut Nazareena (2007), terdapat laporan kajian tahap kefahaman

    pelajar bagi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa

    Inggeris (PPSMI) yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu

    perbandingan min markah prestasi pelajar sekolah rendah dan menengah

    mengikut lokasi. Pencapaian pelajar sekolah rendah bagi subjek sains di kawasan

    Bandar adalah 78.3% dan subjek matematik pula adalah 63.0% bagi pelajar tahun

    1, 72.5% bagi pelajar tahun 2 untuk subjek sains dan matematiknya pula adalah

    64.4%. Manakala bagi pencapaian pelajar di sekolah rendah terutama dikawasan

    luar bandar, peratus bagi subjek sains adalah 69.1%, matematik 55.8% bagi

    pelajar tahun 1 dan 68.0% bagi subjek Sains dan Matematik pula adalah 55.4%

    terhadap pelajar tahun 2.

    Pencapaian pelajar sekolah menengah bagi subjek Sains di kawasan

    bandar adalah 55.6% dan subjek Matematik pula adalah 57.5% bagi pelajar

    tingkatan 1, 58.5% bagi pelajar tingkatan 2 untuk subjek sains dan matematiknya

    pula adalah 59.6%. Manakala bagi pencapaian pelajar di sekolah menengah

    terutama dikawasan luar bandar, peratus bagi subjek Sains adalah 41.1%,

    Matematik 42.1% bagi pelajar tingkatan 1 dan 43.2% bagi subjek Sains dan

    Matematik pula adalah 46.7% terhadap pelajar tingkatan 2.

    Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Ahmad Sipon menyatakan

    bahawa pencapaian pelajar sekolah menengah masih di tahap yang sederhana. Ini

    mugkin disebabkan oleh ketika mereka beradu di bangku persekolahan sekolah

    rendah, bahasa penghantar yang digunakan adalah bahasa Melayu. Malah, pelajar

    juga memerlukan masa untuk memahami istilah yang digunakan, ayat, frasa serta

    konsep yang lebih kompleks dalam bahasa Inggeris. Beliau juga berpendapat

    mengenai jurang perbezaan antara pelajar di sekolah-sekolah bandar yang berlatar

  • 15

    belakang dari keluarga yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa

    pertuturan di rumah dengan pelajar di sekolah-sekolah luar bandar yang hanya

    menggunkan bahasa Inggeris selama 1 jam 20 minit sehari di sekolah.

    1.3 Pernyataan Masalah

    Fenomena kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar pada

    hari ini berada di tahap yang membimbangkan. Apatah lagi, segala syarat

    kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS)

    mengenakan segala syarat yang amat ketat kerana persaingan yang hebat di mana

    pelajar-pelajar berebut untuk mendapat tempat pengajian pada hari ini. Di

    bahagian iklan yang menggunakan surat khabar sebagai media penyampai,

    banyak dipaparkan tawaran biasiswa bagi pelajar yang ingin melanjutkan

    pelajaran dan kepujian di dalam bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran

    Malaysia (SPM) merupakan salah satu syarat yang utama.

    Usaha kerajaan bagi melaksanakan program Pengajaran dan Pembelajaran

    Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris amat tepat bagi membantu anak

    bangsa menguasai bahasa tersebut untuk menghadapi persaingan yang hebat

    dalam era globalisasi hari ini. Pelajar-pelajar sekolah dan juga graduan dari

    Universiti ataupun Institusi Pengajian Tinggi yang setaraf dengannya menjadi

    tulang belakang, nadi kepada kepada pembangunan negara. Ini adalah kerana

    graduan-graduan dan lepasan sekolah zaman sekarang sedang melalui fasa hidup

    baru dan kebanyakan daripada mereka ini tidak sedar yang kurang fasih berbahasa

    Inggeris menjadi masalah utama bagi mendapatkan pekerjaan di mana-mana

    syarikat, besar, sederhana atau kecil.

  • 16

    Sehubungan daripada pernyataan-pernyataan di atas, tujuan penyelidik

    menjalankan kajian ini adalah untuk mengupas dan mengkaji akan faktor yang

    mempengaruhi penggunaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar Fakulti

    Kejuruteraan Elektrik di Universiti Teknologi Malaysia, kampus Skudai.

    1.4 Objektif Kajian

    Kajian ini dibuat adalah bertujuan:

    1. Untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi penggunaan

    bahasa Inggeris bagi subjek Sains dan Matematik dari segi minat

    dan motivasi, pengajaran pensyarah dan persekitaran di kalangan

    pelajar di Fakulti Kejuruteraan Elektrik.

    1.5 Persoalan Kajian

    1. Apakah persepsi di kalangan pelajar di Fakulti Kejuruteraan

    Elektrik terhadap penggunaan bahasa Inggeris dari segi minat dan

    motivasi?

  • 17

    2. Apakah persepsi di kalangan pelajar di Fakulti Kejuruteraan

    Elektrik terhadap penggunaan bahasa Inggeris dari segi dari

    pengajaran pensyarah?

    3. Apakah persepsi di kalangan pelajar di Fakulti Kejuruteraan

    Elektrik terhadap penggunaan bahasa Inggeris dari segi

    persekitaran?

    4. Apakah terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek minat dan

    motivasi, pengajaran guru dan persekitaran mengikut jantina?

    1.6 Hipotesis Kajian

    1. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara minat dan

    motivasi mengikut jantina.

    2. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengajaran guru

    mengikut jantina.

    3. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persekitaran

    mengikut jantina.

    COVER DRAF.docBorang pengesahan status tesis.docpernyataan tujuan tesis.docBAB I-SETTLE-PRA.doc