Perayaan Kuih Bulan

21
Perayaan Kuih Bulan Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, gelintar Suasana perayaan di Victoria Park, Hong Kong Kuih Bulan Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh (Cina Ringkas: 中中中; Cina Tradisional: 中中中; pinyin: zhōngqiūjié) merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (1280 Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Kuih bulan juga dikaitkan dengan Pesta Tanglung, namun ini adalah perayaan berbeza. Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada kalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September. Ia selalunya hampir dengan ekuinoks musim luruh. Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang dan terang, menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas.

description

中秋节

Transcript of Perayaan Kuih Bulan

Perayaan Kuih BulanDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, gelintar

Suasana perayaan di Victoria Park, Hong Kong

Kuih BulanPerayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh (Cina Ringkas: ; Cina Tradisional: ; pinyin: zhngqiji) merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (1280 Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Kuih bulan juga dikaitkan dengan Pesta Tanglung, namun ini adalah perayaan berbeza.Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada kalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September. Ia selalunya hampir dengan ekuinoks musim luruh. Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang dan terang, menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas.Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan terpenting selain Hari Tahun Baru Cina. Perayaan ini disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan, selain dengan kuih bulan itu sendiri.Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.Isi kandungan[sorok] 1 Kisah di sebalik perayaan 1.1 Houyi dan Chang'e 1.1.1 Houyi si pemanah 1.2 Arnab Jed 1.3 Penggulingan pemerintahan Mongol 2 Rujukan 3 Pautan luar

[sunting] Kisah di sebalik perayaan

Rencana ini diterjemahkan daripada sebahagian rencana Wikipedia bahasa Inggeris. Bantulah Wikipedia menterjemahkan lagi seperenggan dua. Bahan-bahan boleh didapati dalam rencana Mid-Autumn Festival di sana.

Sumber bantuan: Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

[sunting] Houyi dan Chang'eKisah malam berlakunya peristiwa dewi bulan Chang'e (bahasa Cina: ) dibawa ke bulan yang dikenali ramai oleh bangsa Cina menjadi topik kegemaran para penyair. Berlainan dari kebanyakan dewa bulan di budaya-budaya lain yang mempersonifikasi bulan, Chang'e pula berdiam di bulan. Kisah tradisi mengisahkan riwayat Houyi dan Chang'e sekitar tahun 2170 SM, ketika pemerintahan Maharaja Yao legenda yang menyusuli zaman Huang Di.Banyak sekali variasi dan adaptasi legenda Chang'e sehingga mampu mengelirukan kita. Apapun, kebanyakan kisah Chang'e dalam mitos Cina melibatkan elemen-elemen berikut dalam apa jua bentuk: Houyi (bahasa Cina: ) si pemanah; Chang'e, Dewi Bulan Abadi; seorang maharaja, baik adil mahupun zalim; suatu atma jiwa; dan Bulan:[sunting] Houyi si pemanahTerdapat sekurang-kurangnya 6 variasi kisah ini yang mengisahkan Houyi sebagai pemanah.Versi 1Houyi ialah seorang dewa, sementara Chang'e pula seorang gadis molek yang berkhidmat di Istana Maharaja Jed (bahasa Cina: ; pinyin: Yd) sebagai pengiring Maharani Barat (permaisuri Maharaja Jed), sebalik sebelum kahwin. Pada suatu hari, Houyi mencetuskan kecemburuan dewa-dewi lain sehingga mereka mempersendakan Houyi menghadap Maharaja Jed. Maka Houyi dan isterinya Chang'e pun diusir dari kayangan, sekaligus terpaksa menampung kehidupan dengan memburu di Bumi. Maka dari saat inilah Houyi menjadi pemanah tersohor.Pada ketika ini juga, terdapat sepuluh matahari, dalam bentuk burung berkaki tiga, yang berdiam di sebatang pokok kertau di laut timur; setiap hari salah seekor burung ini dijadualkan untuk mengelilingi dunia dengan pedati yang dipandu oleh Xihe (bahasa Cina: ), iaitu "ibu" segala suria. Tibanya juga satu hari apabila kesepuluh-sepuluh matahri saling berhampiran lalu mengakibatkan Bumi terbakar. Maharaja Yao selaku pemerintah China mengarahkan Houyi agar menembak sembilan daripada suria-suria tersebut. Setelah selesainya tugas ini, maka Maharaja mengurniakan sebiji ubat yang mengabadikan nyawa Houyi, sambil memesannya: "Janganlah teragak-agak untuk menelan ubat ini; mula sekali siapkan diri dengan doa dan puasa selama setahun".[1] Houyi membawa ubat itu pulang lalu menyorokkannya di bawah sebatang kasau, sambil memulihkan semangatnya. Ketika Houyi menyembuh dirinya, Houyi diarah menghadap maharaja sekali. Chang'e perasan sekilauan cahaya dari kasau lalu mencari dan menelan ubat itu jua. Dalam sekelip mata, dia mendapati dirinya boleh terapung. Pada detik ini pulangnya Houyi, maka dia menyedari apa yang sudah berlaku lalu memarahinya. Chang'e pun terapung dari tingkap ke angkasa.[1]Dengan berlengkapkan busur di tangannya, Houyi mengejar Chang'e mengelilingi separuh angkasa. Lama-kelamaan, Houyi terpaksa kembali ke Bumi kerana angin kencang. Chang'e akhirnya mendarat di Bulan dan mula batuk kerana kesukaran bernafas. Secebis ubat itu terkeluar dari mulutnya.[1] Pada masa itu, di bulan wujudnya seekor arnab, maka Chang'e mengarahkan arnab itu untuk membuatkan sebiji lagi ubat agar dia dapat kembali ke Bumi untuk bertemu semula dengan suaminya.Sehingga hari ini, arnab tersebut masih cuba membuat ubatnya. Houyi pula membina istana di matahari bernama "Yang" (prinsip jantan), dan Chang'e pula "Yin" (prinsip betina). Setahun sekali, pada hari bulan purnama, Houyi menziarahi isterinya. Begitulah sebab pada malam inilah bulan adalah paling indah.[1]Kisah ini terdapat dalam dua koleksi bertulis zaman Dinasti Han Barat (206 BCE-24 CE), iaitu Shan Hai Jing, Buku Gunung dan Laut, dan Huainanzi, suatu kitab falsafah.[2]Versi 2Sekitar tahun 2170 SM, bumi mengalami sepuluh matahari, kesemuanya merentungkan tanaman dan memandulkan manusia. Dengan perasaan penuh belas kasihan terhadap rakyat jelata, Houyi si pemanah bertindak dengan menjatuhkan sembilan matahari tetapi membiarkan satu demi manfaat manusia. Sesudah menyiapkan tugasnya dia dijadikan wira rakyat. Dia mengahwini Change maka mereka berdua pun hidup bahagia. Houyi ramai sekali anak muridnya yang setia mempelajari kemahiran memanah daripadanya. Pada suatu hari, dalam perjalanan pulang ke rumah, maharaja dewa mengurniakan sebiji ubat hidup abadi kepada Houyi sebagai ganjaran atas jasanya memadam matahari. Baginda menggesa Houyi agar tidak berlengah lagi untuk menelan ubat itu. Akan tetapi, Houyi amat mencintai Change dan enggan meninggalkannya, maka dia menyerahkan ubat tersebut pada Change untuk disimpan di tempat yang selamat. Change meletakkan ubat itu dalam peti barang kemasnya. Akan tetapi, salah seorang anak murid Houyi iaitu Peng mendapat tahu rahsia ini lalu hendak mencuri ubat itu. Pada suatu hari, Houyi dan anak-anak buahnya pergi ke kawasan gunung, kecuali Peng yang berpura-pura sakit. Change juga berdiam di rumah sahaja. Peng mencuri masuk bilik Change lalu memaksanya untuk menyerahkan ubat itu. Change sedar dirinya tidak terlawan Peng maka dia terus makan ubat itu dan terbang jauh dari situ. Chang'e tidak sanggup meninggalkan suami tersayang, jadi dia dia berehat di Bulan yang paling dekat dengan Bumi. Setelah Houyi menyedari perkara ini, marah dan sebak jadinya. Houyi mendongak ke langit malam dan memanggil nama Change tak henti-henti. Beliau menemui bayang-bayang wanita seiras Chang'e pada bulan, lalu terkejar-kejar bulan itu tetapi tidak dapat kerana dihalang angin.Versi 3Suatu ketika dulu, Bumi dikitari sepuluh biji matahari, setiap satu bergilir-gilir menyinari bumi. Pada suatu hari, tiba-tiba kesemua sepuluh matahari muncul serentak, lalu membahangkan bumi dengan keterlaluannya. Mujurlah tibanya seorang pemanah gagah bernama Houyi, tiba di bumi untuk menjatuhkan sembilan biji matahari. Maka beliau menjadi Raja, tetapi lama-kelamaan menjadi zalim.Pada suatu hari, Houyi mencuri air atma jiwa dari seorang dewi. Akan tetapi, air itu jatuh dalam mulut ratunya Chang'e untuk menyelamatkan rakyat jelata dari kezaliman si raja. Setelah meminumnya, Chang'e terapung jauh hingga mencapai bulan. Betapa cintanya Houyi terhadap ratunya, maka tak sanggup baginda menjatuhkan bulan.[sunting] Arnab JedFail:Change and jade rabbit.jpg Dewi Chang'e dan Arnab Jed.Menurut kisah lama, Arnab Jed ini membuat ubat-ubatan bersama dewi Chang'e, untuk santapan dewa-dewi. Ada yang kata arnab ini cuma satu bentuk jelmaan Chang'e sendiri. Anda boleh perhatikan bahawa tompok-tompok gelap pada permukaan bulan purnama menyerupai bentuk arnab, sepasang telinganya tercacak ke kanan, sementara di kirinya ada dua bulatan besar yang mewakili kepala dan badannya. [3]Mengikut legenda, tiga pari-pari mengubah bentuk diri mereka menjadi orang tua yang mengemis makanan dari rubah, monyet, dan arnab. Si rubah dan si monyet ada makanan untuk dihulurkan kepada mereka, tetapi sayangnya si arnab tiada apa-apa untuk diberi maka ia melimpat ke dalam api marak untuk menawarkan daging dirinya sahaja. Orang-orang tua itu terharu oleh pengorbanan dan kemurnian si arnab lalu mengurniakan tempat tinggal di Istana Bulan untuknya di mana si arnab menjadi "Arnab Jed".[sunting] Penggulingan pemerintahan MongolMengikut sebuah kisah rakyat terkenal (yang tidak semestinya terbukti oleh catatan sejarah), Perayaan Kuih Bulan disambut untuk memperingati pemberontakan warga China menentang pemerintah Dinasti Yuan berbangsa Mongol (12801368) pada abad ke-14.[4] Sukar untuk merancang pemberontakan kerana larangan terhadap perhimpunan.[4] Menyedari bangsa Mongol tidak makan kuih bulan, maka Liu Bowen () dari wilayah Zhejiang, penasihat kepada ketua pemberontak Zhu Yuanzhang, mendapat jalan mengadakan pemberontakan sempena Perayaan Kuih Bulan. Beliau meminta izin untuk mengedarkan beribu-ribu biji kuih bulan kepada warga kota untuk memohon restu semoga maharaja Mongol panjang umur. Dalam setiap kuih dimasukkan sekeping kertas yang bertulis: "Hapuskan Mongol pada lima belas hari bulan lapan" ().[4] Pada malam perayaan, para pemberontak berjaya meyerang dan menggulingkan pemerintahan mereka, disusuli penubuhan Dinasti Ming (1368-1644) di bawah pimpinan Maharaja Zhu. Semenjak itulah perayaan ini disambut di peringkat kebangsaan dengan hidangan kuih bulan.

Pesta Kuih Bulan2009-10-30 11:10:09CRICetak

Pesta Kuih Bulan China merupakan perayaan tradisional utama rakyat China. Pesta ini juga dinamakan Pesta Bulan 8, Pesta Mengekori Bulan, Pesta Menyembah Bulan, Pesta anak Perempuan atau Pesta Berkumpul. Menurut cerita dongeng, pada zaman purba, terdapat 10 buah matahari di langit. Cahaya matahari yang panas terik menyebabkan tanah kering dan berasap, air di laut kering tersejat dan rakyat jelata menghadapi ancaman maut. Ada seorang pahlawan yang juga Raja Negeri Youqiong zaman Dinasti Xia, iaitu pada tahun 2070 hingga 1600 sebelum Masihi, yang bernama Hou Yi yang mempunyai kuasa misteri dan pandai memanah. Baginda dengan gagah beraninya memanah jatuh 9 daripada 10 buah matahari itu. Rakyat jelata amat gembira dan memuja Hou Yi yang menyelamatkan mereka dari ancaman maut.

Permaisuri Hou Yi, bernama Chang E, merupakan seorang jelitawan. Pada suatu hari, Hou Yi memperoleh ubat panjang umur yang dihadiahkan oleh Wangmuniangniang, Permaisuri Maha Kuasa di langit. Katanya, orang yang makan ubat panjang umur itu segera akan menjadi dewa atau dewi dan terbang ke kayangan. Hou Yi tidak mahu berpisah dengan permaisurinya, maka baginda tidak memakan ubat itu dan menyerahkan ubat itu kepada permaisurinya Chang E untuk disimpan. Peristiwa itu ternampak oleh Peng Meng, seorang pengikut Hou Yi. Ketika Hou Yi keluar, Peng Meng telah pergi ke istana Hou Yi dan memaksa Chang E memberikan ubat panjang umur itu kepadanya. Chang E mengetahui bahawa dia tidak berdaya melawan Peng Meng, lalu dia memakan ubat panjang umur itu. Setelah memakan ubat itu, Chang E terbang dari bumi ke bulan serta-merta. Apabila Hou Yi kembali ke istana, para dayang yang sedang menangis telah memberitahukan hal yang berlaku itu kepadanya. Hou Yi berasa amat sedih, lalu menyeru permairurinya di bulan. Baginda mendapati bulan pada malam itu sangat bulat, besar dan terang. Bayang permaisurinya yang bergerak di bulan pun dapat dilihatnya. Hou Yi berdoa untuk permaisurinya Chang E di bulan dengan meletakkan makanan yang disukai oleh permaisurinya di tempat tertentu. Setelah mengetahui Chang E terbang ke bulan dan menjadi dewi, rakyat jelata juga beramai-ramai berdoa dengan meletakkan pelbagai jenis makanan, semoga Chang E di bulan menganugerahkan keamanan dan kesejahteraan kepada mereka. Lama-kelamaan, berdoa pada bulan pada hari ke-15, bulan 8 menurut kalendar China telah menjadi tradisi rakyat China. Itulah Pesta Kuih Bulan.

Walaupun terdapat banyak cerita dongeng yang berbeza-beza tentang asal-usul Pesta Kuih Bulan ini di China, tetapi makan kuih bulan merupakan perkara yang paling penting dalam Pesta Kuih Bulan ini. Pada Pesta Kuih Bulan, iaitu malam 15 haribulan bulan 8 menurut kalendar China, anggota keluarga orang China akan berkumpul dan bersama-sama menikmati pemandangan bulan purnama yang indah sambil makan kuih bulan yang enak. Cara pelbagai etnik China merayakan Pesta Kuih Bulan ini juga berbeza-beza. Masyarakat etnik Zhuang China merayakan Pesta Kuih Bulan dengan menyembahyangkan bulan dengan menghidangkan samsu. Para gadisnya pula memasang tanglung yang cantik dan meletakkannya di permukaan air sungai dan tasik untuk berdoa agar mendapat kebahagiaan sepanjang hayat. Rakyat etnik Korea merayakannya dengan memalu gendang panjang dan menari berramai-ramai. Teruna etnik Dong pula akan bersiar-siar dan mengutarakan perasaan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Manakala pemuda-pemudi etnik Dai akan melepaskan tembakan senapang ke udara, minum samsu dan bernyanyi bersama-sama. Mereka juga akan memilih kekasih dengan peluang ini. Pesta Kuih Bulan bukan sahaja merupakan perayaan tradisional rakyat China, tetapi juga merupakan perayaan tradisional orang Cina seluruh dunia. Walaupun zaman sudah berubah, tetapi Pesta Kuih Bulan tetap merupakan kesempatan bagi orang Cina untuk mengeratkan hubungan antara anggota keluarga dan sanak saudara serta berdoa untuk memohon restu dan kebaikan.

Kuih bulanDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, gelintar Kuih bulan

TulisanTradisional:

TulisanRingkas:

HanyuPinyin:yubng

Maksud harfiah:Moon biscuit

[papar]Transliterasi

Bahasa Gan

- Perumian:Ngiet7 biang3

Bahasa Mandarin

- HanyuPinyin:yubng

BahasaMin

- POJMin-nan:goeh-pi

Bahasa Yue (Kantonis)

- Jyutping:jyut6 beng2

Kuih bulan adakah pastri Cina secara tradisi dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta itu adalah bagi sembahyang qamari dan memerhati bulan; kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa penting pada peristiwa ini. Kuih bulan adalah ditawar antara rakan-rakan atau kepada perhimpunan keluarga sementara meraikan pesta, satu daripada tiga perayaan Cina yang paling penting.Kuih bulan biasanya pastri bulat atau segi empat tepat, berukuran lebih kurang 10cm dalam diameter dan 4-5sm tebal. Inti tebal selalunya dibuat daripada isi biji teratai dikelilingi oleh satu kerak agak nipis (2-3mm) dan boleh mengandungi kuning telur daripada telur masin itik. Kuih bulan adalah kaya, berat, dan tebal berbanding dengan kebanyakan kek Barat dan pastri. Mereka biasanya dimakan dalam bahagian kecil diiringi dengan Teh Cina.Inti tebal selalunya dibuat daripada isi biji teratai dikelilingi oleh satu kerak agak nipis (2-3 mm) dan boleh mengandungi kuning telur daripada telur masin itik. Kuih bulan adalah kaya, berat, dan tebal berbanding dengan kebanyakan kek Barat dan pastri. Mereka biasanya dimakan dalam bahagian kecil diiringi dengan Teh Cina.Isi kandungan[sorok] 1 Sejarah 1.1 Perayaan Pertengahan Musim Luruh 1.2 Revolusi Ming 2 Kek tradisional 2.1 Inti 2.2 Kerak 3 Pautan luar

[sunting] Sejarah[sunting] Perayaan Pertengahan Musim LuruhPesta itu adalah secara rumit berkait dengan legenda-legenda bagi Chang E, mitos dewi bulan Immortality. Menurut Li-Ji, sebuah buku Cina kuno rakaman budaya dan majlis, Maharaja Cina harus tawarkan pengorbanan untuk matahari pada musim bunga dan bulan pada musim luruh. Hari ke-15 bagi bulan qamari kelapan adalah hari itu dipanggil Mid-Autumn. Malam pada Ogos 15 adalah juga dipanggil Malam Bulan. Di bawah Dinasti Song (420), hari diisytiharkan rasmi sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.Disebabkan oleh peranan utamanya dalam Perayaan Pertengahan Musim Luruh, kuih bulan juga kekal popular dalam kebelakangan tahun ini. Untuk banyak, kuih bulan membentuk satu bahagian yang penting pengalaman Perayaan Pertengahan Musim Luruh seperti mana ia kini biasa dikenali sebagai 'Pesta Kuih Bulan'.[sunting] Revolusi MingTerdapat juga satu cerita rakyat mengenai penggulingan pemerintahan Mongol itu dimudahkan oleh mesej-mesej diseludup dalam kuih bulan.Kuih bulan telah digunakan sebagai medium oleh revolusioner Ming dalam usaha pengintipan mereka untuk secara rahsia mengagihkan surat-surat dengan tujuan menggulingkan pemerintah Mongolia China dalam dinasti Yuan.[sunting] Kek tradisional[sunting] Inti

Kuih bulan yang dibelah menunjukkan pes biji teratai di keliling "bulan" kuning telur (pecah berderai)Banyak jenis inti boleh dijumpai di kuih bulan tradisional mengikut budaya setempat: Pes biji teratai (, lan rng): Dianggap oleh sesetengah bahawa inti kuih bulan asal dan paling mewah, inti pes biji teratai didapati dalam semua jenis kuih bulan. Kerana harga tinggi pes teratai itu, pes kacang buncis putih adakalanya digunakan sebagai inti. Pes kacang manis (, du sh): Sejumlah pes adalah inti biasa didapati dalam pembasuh mulut Cina. Walaupun pes kacang merah, dibuat daripada kacang azuki, adalah yang paling lazim di seluruh dunia, terdapat pilihan rantau dan asal untuk pes kacang dibuat daripada Kacang hijau serta kacang hitam diketahui sepanjang sejarah. Lima isirong (, w rn): Satu pengisian mengandungi 5 jenis kekacang dan benih, dengan dipotong kasar dan digaulkan berserta sirap maltosa. Biasanya kekacang dan benih digunakan termasuk: walnut, benih labu, benih tembikai, kacang tanah, bijan, atau badam. Seperkara lagi, campuran biasanya akan mengandungi halwa labu air, ham jinhua, atau kepingan gula batu sebagai tambahan rasa. Pes Taro (, y n): Satu pes manis dibuat daripada keladi, seketul ubi ditanam di banyak bahagian tropika Asia. Warna pes dalam kuih bulan adalah ungu dan adalah paling biasa dijumpai dalam kuih bulan berkerak Teochew.[sunting] KerakKuih bulan tradisional berbeza dengan meluas bergantung pada rantau di mana kuih bulan dihasilkan. Manakala kebanyakan rantau menghasilkan kuih bulan tradisional dengan banyak jenis inti, mereka biasanya hanya membuat kuih bulan mereka daripada satu jenis kerak atau satu lagi. Walaupun kuih bulan vegetarian boleh menggunakan minyak sayuran, banyak kuih bulan menggunakan lemak babi dalam resipi-resipi mereka untuk rasa lebih baik. Terdapat tiga jenis kerak kuih bulan digunakan dalam masakan Cina: Liat: Kerak ini mempunyai satu nada coklat kemerah-merahan dan kilauan berkilat. Ia jenis kerak paling biasa digunakan pada kuih bulan gaya-Kantonis. Ia juga paling biasa jenis kuih bulan dilihat di Amerika Utara dan banyak negara barat. Kerak liat kuih bulan adalah dibuat menggunakan kombinasi sirap gula pekat, air lai, tepung, dan minyak, oleh itu memberi kerak ini rasanya yang kaya dan tekstur yang liat tetapi lembut. Kekenyalan boleh jadi kian dengan menambahkan sirap maltosa ke campuran. Doh juga dibakar dalam bentuk ikan atau anak babi (Kantonis: "Jue Zai Bang"; ; lit. "Biskut Anak Babi") dan dijual di bakeri kuih bulan sebagai satu kudapan liat. Mereka sering dibungkus secara individu dalam bakul plastik kecil, untuk melambangkan ikan ditangkap atau anak babi menuju ke jualan. Berkelopak: Kulit keras berkelopak adalah tanda kuih bulan gaya-Suzhou. Doh itu adalah dibuat dengan mengolek bersama lapisan-lapisan alternatif doh berminyak dan tepung yang telah kacau goreng dalam minyak. Kerak ini mempunyai tekstur amat serupa seperti pastri berlapis.

KUIH BULAN

Gambar 1: Kuih BulanKategori : Objek Warisan Tak Ketara

Butiran Warisan : Kuih Bulan

Jenis : Kuih-Muih (Lain-lain)

Latar Belakang Sejarah : Kuih bulan adalah sejenis kuih Cina yang sering dimakan sewaktu Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat Cina, kuih bulan berdasarkan kepada cerita sebuah kisah yang berlaku di negara China semasa pemerintahan puak Mongol (Dinasti Yuan) yang agak tegas dan kejam. Undang-undang yang agak tegas dan pelik dikenakan ke atas rakyat agar tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Disebabkan itu, rakyat dengan dorongan pihak Ming bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam semasa bulan mengambang, mereka membuat kuih berbentuk bulat beramai-ramai. Di tengah-tengah kuih itu diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha tersebut berjaya dan kerajaan Monggol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini dirayakan setiap tahun oleh masyarakat Cina dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Kuih bulan biasanya dibuat daripada adunan yang manis dan mempunyai inti biji teratai atau kacang merah, dengan kuning telur masin di tengah-tengahnya.

Kuih bulan dengan inti eksotik PENGGEMAR kuih bulan atau mooncakes akan berpeluang menikmati pelbagai jenis kuih bulan yang dijual oleh kedai-kedai membuat kuih bulan sempena perayaan pertengahan musim gugur yang bakal disambut masyarakat Cina pada 22 September nanti. Lazimnya, kuih bulan ini diedarkan sebulan atau lebih sebelum hari perayaan, untuk dimakan sendiri ataupun dihadiahkan kepada sahabat handai dan sanak-saudara. Antara syarikat yang mengeluarkan kuih bulan halal dengan pelbagai jenis perisa ialah Syarikat Polar Puffs & Cakes, Hotel Concorde dan Swensen's. Setiap tahun, ada sahaja kuih bulan dengan inti dan perisa baru, lebih canggih dan lebih sedap. Kuih bulan berintikan pes buah teratai dengan diselitkan kuning telur asin sama ada sebiji atau dua biji, adalah kuih bulan tradisional dan lazimnya diminati oleh orang-orang lebih tua. Bagi orang-orang muda pula, mereka lebih gemar kuih bulan dengan inti seperti durian, coklat dan kacang merah. Jika dahulu terdapat hanya dua jenis kuih bulan iaitu yang dibakar atau yang tidak dibakar (snow skin), sekarang terdapat satu jenis lagi iaitu kuih bulan yang dibakar menggunakan arang yang berisikan inti pes keladi dan kacang merah. Syarikat Polar Puffs & Cakes kali ini mengeluarkan banyak perisa baru seperti sweet osmanthus (buah zaitun manis), ros dan papaya dengan pilihan lapan jenis warna bagi jenis kuih bulan yang tidak dibakar. Bagi jenis yang dibakar, anda boleh cuba kuih bulan yang berintikan kekapis kering, buah berangan berperisa kopi, campuran kekacang seperti badam, walnut, kuaci, bijan dan halwa kundur. Inti eksotik ini mula mendapat perhatian penggemar kuih bulan kebelakangan ini dan ia menggalakkan syarikat pembuat kuih bulan termasuk hotel untuk mengeluarkan lebih banyak perisa baru. Bagi Hotel Concorde, kuih bulan yang sering dicari oleh pelanggannya ialah kuih bulan chocolate omochi yang digemari oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Bagi orang-orang yang mempunyai masalah kesihatan yang ingin merasai kuih bulan ini, mereka tidak dilupakan. Hotel ini menyediakan kuih bulan dengan inti buah teratai rendah gula. Cara memakan kuih bulan ialah dengan memakannya sedikit demi sedikit. Harga kuih bulan boleh mencapai hingga berpuluh dolar bergantung kepada inti yang anda pilih. Umpamanya kuih bulan berintikan kekapis kering, 2 biji kuih bulan ini berharga $24.80 walaupun harga sebiji hanya $11.80 tetapi apabila dibeli dalam kotak, harganya lebih mahal. Ada syarikat yang sudah mula mengeluarkan kuih bulan dan memberi pelanggan diskaun sehingga 20 peratus untuk jangka masa tertentu. Untuk kelainan, mungkin pada Hari Raya nanti boleh anda hidangkan kuih bulan untuk tetamu.

Tanglung CinaDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, gelintar

Tanglung Cina.Tanglung merupakan satu elemen kebudayaan masyarakat Cina semenjak tahun 250 SM lagi.

Isi kandungan[sorok] 1 Kegunaan 2 Simbol 3 Reka bentuk 4 Pesta Tanglung di Malaysia

[sunting] KegunaanDalam masyarakat Cina, tanglung bukan hanya perhiasan. Ia digunakan dalam majlis tertentu untuk mengalu-alukan tetamu, untuk menghebahkan kelahiran, kematian, atau amaran bahaya.[sunting] SimbolWarna serta tempat di mana tanglung digantung membawa makna tertentu. Contohnya, mereka yang baru menyambut kelahiran bayi atau perkahwinan akan menggantung tanglung berwarna merah di pintu rumah. Ini sebagai tanda kemeriahan dan kegembiraan kerana warna merah membawa maksud tenaga dan kecergasan.Tanglung merah juga digunakan semasa perayaan atau keraian, seperti perayaan Tahun Baru Cina.[sunting] Reka bentukBentuk asal tanglung tidak banyak berubah dari dahulu. Kebiasaannya tanglung diperbuat daripada kertas dan rangkanya daripada buluh. Tetapi ada juga tanglung diperbuat dari sutera dan kain.Semasa pemerintahan Dinasti Song, tanglung-tanglung diperbuat dari kaca dan permata digunakan sewaktu menyambut pesta dan perayaan. Di negara China, tanglung yang mudah dan ringkas bentuknya digunakan untuk menerangi jalan masuk ke rumah, digantung di tiang sampan, di luar rumah, dan kedai. Kanak-kanak sekolah juga diajar membuat tanglung.Semasa musim luruh, mereka mengadakan pesta tanglung sebagai tanda berakhirnya musim Tahun Baru Cina dan meraikan kedatangan cahaya dan musim bunga.Tanglung yang berbagai-bagai bentuk dan warna digantung di merata-rata tempat.[sunting] Pesta Tanglung di MalaysiaDi Malaysia, disambut pada hari ke-15 bulan pertama Tahun Baru Cina iaitu semasa bulan penuh.Sudah menjadi tradisi masyarakat Cina menggantung tanglung semasa malam bulan penuh ini. Kadang-kadang mereka menulis puisi dan teka-teki pada tanglung-tanglung dan cuba menyelesaikannya.