Pentaksiran Bahasa Lisan-semantik
-
Upload
norhazmalizah-binti-bohan -
Category
Documents
-
view
131 -
download
4
Transcript of Pentaksiran Bahasa Lisan-semantik
PENTAKSIRAN BAHASA LISAN-SEMANTIK
Ahli kumpulan:Arytha carollinaHibatul hakimiNorhazmalizah
Shirlvana
Pengenalan • Pentaksiran adalah merupakan satu pembelajaran
yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,
merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat
tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu
tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia,
2000).
• Segala maklumat yang diperolehi oleh pentaksiran
akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan
meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang
dilakukan mestilah mengikut peringkat kebolehan dan
standard perkembangan murid tersebut.
• Terdapat pelbagai pentaksiran, antaranya adalah seperti pentaksiran kemahiran pembelajaran asas,pentaksiran kemahiran sosial dan tingkah laku, pentaksiran kemahiran bahasa yang terdiri daripada membaca, menulis dan lisan serta pentaksiran kemahiran matematik.
Pentaksiran lisan
• Terdapat lima komponen utama yang terlibat
dalam pentaksiran kemahiran lisan. Lima
komponen utama itu ialah fonologi, semantik,
sintaksis , morfologi dan juga pragmatik.
Melalui lima pentaksiran aspek ini, masalah
dan daerah kelemahan murid-murid dapat
dikenal pasti dan seterusnya dapat membantu
guru melakukan strategi dan intervensi yang
bersesuaian bagi individu berikut.
Semantik • Bidang semantik pula bidang yang berkaitan
dengan makna. Komponen kandungan terdiri
daripada semantik (makna) yang merujuk kepada
cara perkataan-perkataan digunakan secara
bermakna dalam komunikasi.
• Pada asasnya semantik melibatkan
perbendaharaan kata sesuatu bahasa atau
leksikon. Fonem-fonem yang bergabung akan
membentuk perkataan, dan perkataan digunakan
untuk mewakili benda, konsep, pengalaman dan
sebagainya.
• Kanak-kanak yang mengalami masalah
pembelajaran ini sangat lemah dalam bidang
semantik terutama dalam membezakan
perkataan yang mempunyai ejaan yang sama
tetapi berlainan bunyi.
• Contohnya perkataan perang (e pepet) dan juga
perang (e taling) . Perang di sini bermaksud
berlawan dan menentang musuh manakala
perang yang satu lagi adalah sifat warna. Selain
itu mereka juga mengalami masalah dalam
memahami peribahasa seperti simpulan bahasa
dan sebagainya.
• Bagi melakukan pentaksiran terhadap
individu yang mengalami masalah lisan ini,
terdapat beberapa cara dan kaedah.
Antaranya guru boleh menyediakan
beberapa set soalan dalam memahami
perkembangan bahasa mereka. Selain itu
guru juga boleh melakukan deskripsi lisan,
temuduga, perbincangan, penggunaan
videotape dan mengadakan ujian yang
standard kepada mereka.
• PENTAKSIRAN LISAN
– DIGUNAKAN OLEH GURU UNTUK MENGUMPUL MAKLUMAT SEMASA BERLAKU
INTERAKSI ANTARA
– 1. MURID DENGAN GURU
– 2. MURID DENGAN MURID
– 3. MURID DENGAN BAHAN PEMBELAJARAN
• AKTIVITI PENTAKSIRAN LISAN
– SOAL JAWAB
– PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN
– SYARAHAN
– BACAAN KUAT
– PERBAHASAN
– BERCERITA
– TEMU BUAL
– HAFAZAN
– DEKLAMASI SAJAK / PUISI / PANTUN DSB.
Rujukan
• Wanie azmie.(2010).Jenis-jenis Pentaksiran Dalam
Pendidikan Khas.http
://yushazwani.blogspot.com/2010/08/jenis-jenis-pe
ntaksiran-dalam.html
(diakses pada 22/2/2011)
• Mohd Hasif B A.Samat.(2009). Konsep
Pentaksiran.
http://www.slideshare.net/artventure/k-onsep-
pentaksiran(diakses pada 22/2/2011)