pengkebumian tempayan

36
Pengkebumian Tempayan Pengkebumian Tempayan

Transcript of pengkebumian tempayan

Page 1: pengkebumian tempayan

Pengkebumian Tempayan

Pengkebumian Tempayan

Page 2: pengkebumian tempayan

Pengkebumian mayat di dalam tempayan merupakan sejenis kebudayaan yang diamalkan oleh masyarakat zaman prasejarah akhir.

Amalan pengkebumian di dalam tempayan atau guri (jar burial) juga merupakan salah satu jenis pengkebumian yang diamalkan oleh masyarakat prasejarah di negara ini.

Page 3: pengkebumian tempayan

Berdasarkan rekod penemuan, adat pengkebumian dalam tempayan diamalkan oleh masyarakat di Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Amalan pengkebumian ini bermula pada Zaman Prasejarah terutama di Zaman Neolitik di mana ia dikaitkan dengan masyarakat yang tinggal di kawasan pesisir pantai.

Page 4: pengkebumian tempayan

Di Malaysia, amalan perkuburan tempayan ini banyak ditemui di dalam gua-gua batu kapur di Sarawak dan Sabah.

Selain itu, tapak pengkebumian tempayan turut ditemui di Gua Tuba, Pulau Tuba, Langkawi.

Page 5: pengkebumian tempayan

Jenis dan Fungsi

Menurut Mohd. Supian Sabtu, tempayan di dalam kajian arkeologi jika dilihat berdasarkan material pembuatannya dikenali juga dalam keluarga earthenware atau stoneware.

Sementara itu jika dilihat dari segi fungsinya pula,

tempayan digunakan agak meluas kerana kepelbagaiannya, seperti tempat menyimpan air, menyimpan makanan, penguburan, lambang status dan tujuan perdagangan.

 

Page 6: pengkebumian tempayan

Pada zaman prasejarah akhir tempayan turut berkembang sebagai sarana pengkebumian selain daripada keperluan hidup sehari-hari untuk penyimpanan makanan dan perdagangan.

 

Page 7: pengkebumian tempayan

Ciri-ciri

Ciri utama pengkebumian dalam tempayan adalah penemuan tempayan-tempayan yang digunakan sebagai tempat untuk menyimpan mayat atau tulang-tulang manusia.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jenis ciri yang lain berkaitan dengan kebudayaan ini,iaitu;

Page 8: pengkebumian tempayan

Tempayan atau guri itu disimpan atau disorokkan di tempat-tempat yang tersembunyi seperti di gua-gua batu atau di celah-celah banir pokok.

Tempayan-tempayan ini dibuat khas dengan bentuk-bentuk yang unik melalui paparan ragam-ragam hias yang dapat menggambarkan pengembaraan roh-roh sedang menuju ke alam akhirat.

Terdapat beberapa peralatan digunakan sebagai objek iringan bagi mengiringi si mati

Page 9: pengkebumian tempayan

Proses Pengkebumian

• Pengkebumian tempayan dilaksanakan dalam dua bentuk atau proses iaitu pengkebumian primer dan pengkebumian sekunder.

Page 10: pengkebumian tempayan

Pengkebumian Primer

Pengkebumian primer merupakan proses pengkebumian ke atas mayat yang dilakukan secara terus.

Amalan budaya ini bermula selepas berlaku kematian seseorang, maka mayatnya kemudian akan disimpan terus di dalam tempayan tanah.

Page 11: pengkebumian tempayan

Mayat tersebut akan disimpan bersama-sama dengan beberapa objek iringan yang lain. Di antara objek-objek iringan tersebut ialah berupa alat-alat perkakas, perhiasan diri, tembikar tanah dan lain-lain.

Tempayan yang berisi mayat itu kemudiannya akan disimpan di tempat yang lebih selamat khususnya di dalam gua-gua.

Page 12: pengkebumian tempayan

Pengkebumian Sekunder

Pengkebumian sekunder merupakan amalan pengkebumian yang berlaku dalam dua bentuk atau proses.

Proses pertama ialah mayat orang yang meninggal

akan disimpan terlebih dahulu di suatu tempat yang selamat dan ia dibiarkan mengalami proses pereputan.

Page 13: pengkebumian tempayan

Selepas suatu tempoh tertentu, tulang-tulang mayat tersebut akan reput dan hancur. Kemudian saki baki tulang tersebut akan dikutip semula dan dikumpulkan di dalam tempayan.

Proses seterusnya ialah tempayan yang berisi dengan tulang-tulang mayat tersebut kemudiannya akan disimpan di suatu tempat yang telah dipilih sebagai lokasi perkuburan.

Page 14: pengkebumian tempayan

Tempat yang digunakan sebagai kawasan perkuburan tempayan ini lazimnya dipilih khas dengan mengambilkira beberapa pertimbangan.

Di antara perkara yang biasa diambil perhatian ialah faktor keselamatan, iaitu selamat dari gangguan binatang, tidak tenggelam air, kedudukan yang tersembunyi dari disinggahi dan dianggap suci.

Page 15: pengkebumian tempayan

Tulang serta tengkorak diambil dan disusun di dalam tempayan untuk dikebumikan dengan meletakkan tempayan di atas lantai gua batu kapur.

Page 16: pengkebumian tempayan

Pentarikhan

Pentarikhan berkaitan dengan pengkebumian dalam tempayan sukar ditentukan secara mutlak.

Namun menurut Mohd. Supian Sabtu, pada zaman prasejarah, tempayan yang dikesan diguna sebagai pengkebumian adalah di tapak Gua Manunggul, Pulau Palawan Filipina.

Ia merupakan pengkebumian kedua dan pentarikhannya diberikan sekitar 890 hingga 701 sebelum masihi.

Page 17: pengkebumian tempayan

Sementara itu, berdasarkan pentarikhan di Gua Niah, Sarawak dianggarkan berusia akhir abad ke-2 sebelum masihi iaitu dengan menggunakan tembikar tanah yang digunakan untuk menyimpan abu dan tulang mayat yang dibakar.

Terdapat kesan damar yang digunakan untuk membakar mayat pada tulang yang disimpan di dalam tempayan.

Page 18: pengkebumian tempayan

Penggunaan tempayan sebagai kubur pengkebumian juga dapat dikesan di Indonesia dan antara lokasi utama adalah di Gua Uattam, Maluku utara yang mempunyai pentarikhan sekitar 1 - 1200 Masihi.

Di samping itu, pengebumian ini juga turut ditemui di gua kecil Leang Buidane, Kepulauan Talaud. Walau bagaimanapun berdasarkan kepada data ikonografi, tempayan telah dicatat secara pictorial sekitar abad ke-8 Masihi.

Page 19: pengkebumian tempayan

Jumpaan Di Malaysia

Salah sebuah tempayan atau guri yang dipercayai dijadikan tempat menyimpan tulang mayat ialah yang ditemui di Kampung Limbongan, Kuala Terengganu iaitu kira-kira 15 kilometer dari bandar Jertih.

Tapak ini telah dilakukan galicari sekitar tahun 1985 dan diperkirakan beasal dari zaman Logam iaitu sekitar 1000 tahun dahulu.

Page 20: pengkebumian tempayan

Tempayan yang ditemui di Kampung Limbongan ini berbentuk labu air, ia berukuran 32 cm (bulat permukaannya), 30 cm ukur lilit dan 1 meter tinggi.

Ia diperbuat dari tanah liat dan mempunyai penutup. Tempayan (guri) ini dipercayai pernah dijadikan tempat untuk menyimpan tulang mayat oleh masyarakat Zaman Prasejarah.

Page 21: pengkebumian tempayan

Berdasarkan penyelidikan didapati tempayan ini pernah dijadikan bekas untuk menyimpan tulang-tulang mayat yang menjadi amalan masyarakat Zaman Prasejarah khususnya masyarakat Zaman Logam.

Tempayan ini dikaitkan dengan kaedah pengkebumian sekunder di mana sisa mayat disimpan di dalam tempayan untuk disemadikan selepas tulang-tulangnya dikutip semula selepas tempoh tertentu.

Bersama-sama dengan tempayan ini juga ditemui tulang mawas, tembikar tanah dan manik disamping alat-alat senjata seperti tombak, lembing dan kapak bersadur permata.

Page 22: pengkebumian tempayan

Selain tempayan yang dijumpai di Kampung Limbongan (Terengganu), pengkebumian mayat dalam tempayan juga ditemui di Gua Niah (Sarawak).

Tapak ini juga dikaitkan dengan pengkebumian sekunder dengan pentarikhannya ialah sekitar penghujung Zaman Logam.

Page 23: pengkebumian tempayan

Pengkebumian dalam tempayan telah lama diamalkan di Borneo sejak 1500 sebelum Masihi. Amalan ini berkembang luas sehingga ke kawasan pedalaman Borneo dan amalan ini masih dijalankan sehingga awal abad ke 20.

• Di kalangan masyarakat Orang Ulu seperti Punan, Kayan dan Kenyah, mayat seseorang yang disayangi akan disimpan dalam tempayan dan seterusnya disemadikan di atas tiang ’klirieng’ yang dikenali sebagai pondok mayat ’Salong’.

Page 24: pengkebumian tempayan

Berkaitan dengan amalan pengkebumian mayat di dalam tempayan di Sarawak, masyarakat Kelabit misalnya, meletakkan tempayan mayat berhampiran dengan struktur megalit yang dibina khas di suatu kawasan di dalam hutan.

Selain itu, masyarakat Kelabit pada suatu ketika dahulu juga menyimpan tulang nenek moyang mereka di dalam tempayan besar buatan Dinasti Ming.

Mengikut kepercayaan mereka tempayan merupakan

simbolik rahim wanita. Mayat tersebut akan disimpan di dalam tempayan mengikut posisi bayi yang berada di dalam rahim ibu untuk kelahiran semula.

Page 25: pengkebumian tempayan

Mereka juga menggunakan seramik dalam upacara pengkebumian kepala.

Kepala musuh akan digantung bersama beberapa tempayan bagi tujuan memperolehi kekuatan yang empunya kepala.

Penutup kayu yang berukir digunakan bagi menutup mulut tempayan demi memelihara semangat yang berada di dalamnya.

Page 26: pengkebumian tempayan

Setiap tempayan tadi sama nilainya dengan satu kepala. Nilai sesebuah tajau lama boleh disamakan dengan seseorang manusia dan boleh dijadikan sebagai penebus seorang hamba atau mangsa korban.

Sementara di Sabah, pengkebumian mayat di dalam tempayan turut ditemui di dalam gua seperti di Pusu Lumut dan Hagop Bilo.

Tradisi pengkebumian ini dipercayai diamalkan oleh masyarakat Orang Sungai dan suku kaum Idahan.

Page 27: pengkebumian tempayan

RumusanLazimnya tempat atau lokasi kawasan perkuburan

mayat dalam tempayan ini selalunya dipilih khusus, tersembunyi dari disinggahi dan ia dianggap suci.

Melalui hubungan perdagangan dengan China terutama pada kurun ke-9 Masihi, penggunaan tempayan dari negara China telah mula mengambil alih penggunaan tembikar-tembikar tanah tempatan.

Page 28: pengkebumian tempayan

Tempayan-tempayan China Zaman Dinasti Sung telah dijadikan barang dagangan utama sebagai bahan pertukaran dengan masyarakat tempatan.

Page 29: pengkebumian tempayan
Page 30: pengkebumian tempayan
Page 31: pengkebumian tempayan
Page 32: pengkebumian tempayan
Page 33: pengkebumian tempayan
Page 34: pengkebumian tempayan
Page 35: pengkebumian tempayan
Page 36: pengkebumian tempayan

Sekian, terima kasih