PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI...

112
PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD LANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI...

Page 1: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU

ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU

HAMIYAH BINTI MOHD LANI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

PSZ 19:16(Pin.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU (PKG) ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU

SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya HAMIYAH BINTI MOHD LANI No. Matriks BP 060068 Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Melaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 5, Jalan Siantan 5 Taman Kemas 81200 Johor Bahru Nama Penyelia Tarikh: 07 November 2008 Tarikh: 07 November 2008

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan

dengan meyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ’ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah atau Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

/

PROF DR. ZAITUN BINTI HAJI SIDIN

Page 3: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

PENGESAHAN PENYELIA

”Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( Pengurusan Pendidikan )”.

Tandatangan :……………………………….

Nama Penyelia : PROF DR. ZAITUN BINTI HAJI SIDIN

Tarikh :................................................

Page 4: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU

(PKG) ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU

HAMIYAH BINTI MOHD LANI

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

(Pengurusan Pendidikan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2008

Page 5: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

ii

“ Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya

saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Pengkaji : HAMIYAH BINTI MOHD LANI

Tarikh : November 2008

Page 6: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

iii

Dedikasi

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani,

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T, serta

selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT

yang memberi kekuatan dan ketabahan untuk menyelesaikan tugasan ini.

Setulus penghargaan dan terima kasih yang tiada terhingga kepada

semua yang telah membantu memberi perangsang cadangan, bimbingan

dan tunjuk ajar dalam menghasilkan kajian ini.

Buat bonda Aminah Abbas dan ayahanda Mohd Lani

yang sangat dikasihi

Kasih sayang, didikan serta pengorbananmu sangat bererti

untuk anakanda Nurul dan Husna yang setia membantu

serta buat keluarga yang sentiasa di sisi

pengertian dan sokonganmu menjadi pendorong.

Serta buat sahabatku Kalsom dan rakan-rakan seperjuangan yang sama

mengharungi perjuangan ini segala jasa baikmu sentiasa di hati

Hanya Allah sahajalah yang membalasnya.

Syukran jazlan khatira.

Page 7: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala pujian dan syukur kepada Allah S.W.T dengan izinNya

projek ijazah sarjana muda ini dapat disempurnakan.

Dalam usaha menjayakannya, penulis ingin merakamkan ucapan

setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung budi buat

Prof Dr. Zaitun Haji Sidin

yang berusaha memberi bimbingan dan dorongan

sepanjang tempoh penyediaan projek ini.

Kesabaran dan keikhlasan beliau amat saya hargai.

Terima kasih yang tiada terhingga juga kepada para guru besar dan

guru-guru yang terlibat dalam kajian ini di atas kerjasama yang diberikan.

Turut tidak dilupakan kepada semua yang telah membantu secara

langsung mahupun tidak sehingga berjayanya kajian ini moga

Allah S.W.T sahaja yang membalas jasa baik kalian.

Terima kasih.

Page 8: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

v

ABSTRAK

Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah merupakan salah satu daripada pelbagai

inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan infrastruktur ICT

yang mencukupi bagi menjayakan pembestarian sekolah. Ia berfungsi ala kafe

siber. Kajian ini adalah untuk melihat faktor – faktor yang mendorong penggunaan

pusat akses sekolah dalam kalangan guru, aktiviti-aktiviti yang dijalankan di pusat

akses sekolah dan juga mengenal pasti halangan yang dihadapi oleh guru untuk

menggunakan pusat akses sekolah. Faktor demografi yang diambilkira dalam kajian

ini ialah umur dan pengalaman mengajar. Responden kajian terdiri daripada 83

orang guru di tujuh buah sekolah rendah yang mempunyai pusat akses di Pusat

Kegiatan Guru Zon Tasek Utara, Johor Bahru . Kajian ini menggunakan instrumen

soal selidik. Nilai min keseluruhan yang diperolehi pada 3.59 menunjukkan

penggunaan pusat akses sekolah dalam kalangan guru berada pada tahap sederhana.

Hasil kajian menunjukkan lokasi pusat akses sekolah dan galakan pentadbir

merupakan faktor pendorong utama penggunaan pusat akses sekolah. Dapatan juga

mendapati aktiviti yang tinggi dilakukan oleh guru ialah mengakses internet untuk

mencari bahan bantu pengajaran dan pembelajaran. Golongan guru yang berumur 25

hingga 30 tahun merupakan golongan yang paling ramai dan aktif dalam

menggunakan pusat akses sekolah. Serangan virus merupakan halangan utama

namun begitu ia berada pada tahap yang rendah dan bukan menjadi penghalang

kepada penggunaan dan aktiviti yang dilakukan. Kajian ini juga mencadangkan agar

pihak sekolah dapat memastikan penggunaan pusat akses sekolah dapat

dimanfaatkan ke tahap maksima dengan mengaplikasikannya di dalam pengajaran

dan pembelajaran secara efektif.

Page 9: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

vi

ABSTRACT

The implementation of school access centre is one of the several

initiatives taken by the Ministry of Education in ensuring sufficient ICT

infrastructure for the accomplishment of the Smart School Project in Malaysia. It

operates like a cyber café. This research is to determine the factors that encourage

the use of school access centre among teachers, the activities that have been carried

out and its barriers. Demography factors such as age and teaching experiences were

analyzed. A set of questionnaire were distributed to teachers of seven primary

schools in Teachers Activity Centre Tasek Utara Zone, Johor Bahru. The overall

mean is 3.59, indicating that the use of school access centre among teachers was at

satisfactory level. The outcome also shows that the location of school access centre

and encouragement from school’s management are two important factors that urge

teachers in using school access centre. Furthermore, surfing the internet to access

sources for teaching and learning is the highest activity done by teachers. Virus

attacked is the main obstacle. However, it is only at a minimum level and it is not a

barrier to the usage and activities done there. Majority of teachers who actively

using the school access centre are those who are between 25 to 30 years old. This

research also suggests that school’s management should ensure that the use of

school access centre should be at the optimum level especially in teaching and

learning activities.

Page 10: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PEBGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SIMBOL xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1

1.2 Latar Belakang Kajian 3

1.2.1 Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah 4

1.3 Penyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Kerangka Konsep 11

1.7 Rasional Kajian 12

1.8 Kepentingan Kajian 13

1.9 Definisi Operasional 14

Page 11: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

viii

1.9.1 Guru 14

1.9.1 Pusat Akses Sekolah 15

1.9.2 Akses

1.9.3 Faktor Mendorong 16

1.9.4 Aktiviti

1.9.5 Halangan

1.10 Penutup 17

BAB ll SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

18

2.2 Takrifan Siber Kafe 19 2.3 Pusat Akses Sekolah. 20 2.3.1 Matlamat Penubuhan Pusat Akses Sekolah 21

2.3.2 Operasi Pusat Akses Sekolah. 22

2.4 ICT Dalam Pengajaran 2.5 Kajian-kajian Terdahulu 24 2.5.1 Kajian-kajian Berkaitan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran

2.5.2 Pengalaman Guru Dalam Penggunaan ICT 26 2.5.3 Kajian-kajian Mengenai Internet Dalam

Pengajaran dan Ppembelajaran 31

2.6 Ancaman dan Serangan Virus 35 2.7 Penutup 37

Page 12: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

ix

BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 38

3.2 Reka Bentuk Kajian 39

3.3 Populasi Kajian

3.4 Kaedah Persampelan 40

3.5 Instrumen Kajian 41

3.6 Kajian Rintis 43

3.6.1 Kesahan dan Kebolehpercayaan 44

3.7 Kaedah Pengumpulan Data 45

3.8 Tatacara Pelaksanaan

3.9 Kaedah Analisis 46 3.9.1 Analisis Deskriptif 3.10 Rumusan 47

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 48

4.2 Analisis Faktor Latar Belakang Responden 49 4.2.1 Taburan Responden Mengikut Umur 4.2.2 Taburan Responden Mengikut

Pengalam Mengajar

50

4.3 Analisis Data

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian I 51

4.3.1.1 Faktor Pendorong Berasaskan Umur Bagi Item Min Tertinggi dan Terendah 54

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian II 56 4.3.2.1 Aktiviti Guru Berasaskan Umur Bagi Item

Min Tertinggi dan Terendah

59

Page 13: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

x

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian III 60

4.3.3.1 Halangan Berasaskan Umur Bagi Item Min Tertinggi dan Terendah

63

4.4 Rumusan Analisis 66

4.5 Penutup 67

BAB IV RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 68

5.2 Rumusan dan Dapatan 69

5.3 Perbincangan dan Implikasi 70

5.3.1 Faktor yang Mendorong Guru Menggunakan Pusat Akses Sekolah

72

5.3.2 Halangan Aktiviti yang Dilakukan Oleh Guru di Pusat Akses Sekolah

74

5.3.3 Halangan Penggunaan Pusat Akses Sekolah 76

5.4 Cadangan Tindakan 79

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

80

BIBLIOGRAFI

81

LAMPIRAN 87

Page 14: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah 6

2.1 Kemahiran Asas yang diperlukan oleh guru 23

3.1 Latar belakang Responden 41

3.2 Skala Likert 42

3.3 Konstruk Persoalan Kajian I dan II

3.4 Konstruk Persoalan Kajian III 43

3.5 Kekuatan Hubungan Gilford 45

4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 48

4.2 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar

49

4.3 Maklum balas bagi item faktor-faktor yang mendorong guru menggunakan pusat akses sekolah

52

4.4 Faktor-faktor yang mendorong guru menggunakan pusat akses sekolah berasaskan umur min tertinggi

55

4.5 Faktor-faktor yang mendorong guru menggunakan pusat akses sekolah berasaskan umur min terendah

56

4.6 Maklum balas mengenai aktiviti guru di pusat akses sekolah

57

4.7 Aktiviti-aktiviti yang dilakukan guru di pusat akses sekolah berasaskan umur min tertinggi

59

4.8 Aktiviti-aktiviti yang dilakukan guru di pusat akses sekolah berasaskan umur min terendah

60

Page 15: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

xii

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

4.9 Maklum balas mengenai halangan yang dihadapi oleh guru di pusat akses sekolah

61

4.10 Halangan yang dihadapi oleh guru di pusat akses sekolah berasaskan umur min tertinggi

64

4.11 Halangan yang dihadapi oleh guru di pusat akses sekolah berasaskan umur min terendah

65

4.12 Rumusan Keseluruhan Analisis 66

Page 16: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

xiii

SENARAI RAJAH

NO. JADUAL

TAJUK

HALAMAN

1.1

Kerangka Konsep

11

2.1 Kemahiran asas yang diperlukan oleh guru 23

Page 17: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

xiv

SENARAI SIMBOL

α - Alfa

f - Frekuensi / Kekerapan

% - Peratus

Page 18: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

xv

SENARAI SINGKATAN

Singkatan Perkataan

Bil Bilangan

PKG Pusat Kegiatan Guru

SPSS Statistic Package For The School Science

SS Sangat Setuju

S Setuju

STS Sangat Tidak Setuju

TS Tidak Setuju

KS Kurang Setuju

URL Uniform Resource Locater

Page 19: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 87

B Surat Kebenaran daripada Bahagian dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM 92

C Surat Kebenaran daripada Jabatan Pelajaran

Negeri Johor 93

Page 20: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Cabaran-cabaran dalam alaf baru termasuk globalisasi, impak teknologi

maklumat yang pesat, transformasi antarabangsa ke arah k-economy, tuntutan ke arah

pembangunan masyarakat dan persaingan-persaingan antarabangsa dan juga wilayah

telah mengakibatkan berlakunya perubahan dalam bidang pendidikan di seluruh dunia.

Dalam arena pendidikan masa kini dan masa depan pula, negara perlu melahirkan

pelajar yang mempunyai kepelbagaian kecerdasan mengikut konteks CMI (Contextual

Multiple Intelligence) , dan diharapkan agar perubahan paradigma baru ini dalam

pendidikan tanpa sempadan akan memberikan idea-idea inovatif serta dapat

mereformasikan pendidikan di seluruh dunia bagi menghadapi cabaran-cabaran di

masa hadapan.

Page 21: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

2

Dunia bergerak cepat untuk menjadi ‘global village’ di mana semua bahagian

dunia dijaring dan diglobalisasikan melalui internet dan pelbagai jenis IT, komunikasi

dan pengangkutan (Albrow, 1990). Satu daripada impak perubahan dalam dunia

pendidikan ialah perkembangan ICT, internet dan jaringan global yang secara

langsung menyokong anjakan paradigma dalam pengajaran dan pembelajaran di

sekolah. Teknologi komputer akan membolehkan guru dan pelajar yang pelbagai

mengambil bahagian dalam tugas pembelajaran yang secara langsung akan

meningkatkan interaksi sosial, berkongsi pengalaman dan sumber-sumber

pembelajaran dengan cara yang selesa.

Perkembangan ICT dalam arus globalisasi memberi tuntutan baru terhadap

sistem pendidikan. Sumber pengetahuan utama dalam alaf ini merupakan maklumat

yang diperolehi melalui teknologi maklumat dan komunikasi. Oleh itu di samping

kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, kini dalam abad ke 21 menuntut guru

dan pelajar mempunyai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.

Selaras dengan arus perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi di

negara ini juga, kerajaan berhasrat membestarikan semua sekolah di seluruh negara

melalui Program Pembestarian Sekolah. Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah merupakan

salah satu daripada pelbagai inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia dalam

menyediakan infrastruktur ICT yang mencukupi bagi menjayakan pembestarian

sekolah.

Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala "cyber cafe" tetapi lebih

menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang

disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri (self

learning) dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid boleh mencari dan

Page 22: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

3

memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri

dan akses kendiri. Pembelajaran kendiri ini di bawah pengawasan guru.

Kajian ini dilakukan untuk meninjau peri pentingnya pusat akses sekolah pada

masa kini dan sesuai dengan kepentingannya, maka ianya akan dilihat sama ada

digunakan oleh warga pendidik mahu pun pelajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti yang pelbagai atau pun dilihat dari segi

halangan-halangan yang dihadapi oleh penggunanya.

1.2 Latar belakang Kajian

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan (PIPP) secara menyeluruh. Seperti yang dinyatakan dalam buku Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-2010) dalam Rancangan Malaysia ke 9,

dasar utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berkaitan dengan ICT ialah ;

• Memastikan semua pelajar celik ICT

• Mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan, sebagai

mata pelajaran atau pengupaya dalam pengajaran dan pembelajaran,dan

• Menggalakkan penggunaan ICT bagi meningkatkan produktiviti,

kecemerlangan dan keberkesanan sistem pengurusan.

Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program pembestarian sekolah

yang akan berterusan dengan mensasarkan semua sekolah akan menjadi Sekolah

Bestari menjelang tahun 2010 .

Page 23: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

4

Pembestarian sekolah merupakan proses berterusan ke arah pembudayaan

penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan

pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi

guru. Pada masa ini terdapat lima inisiatif ICT utama Kementerian Pelajaran Malaysia,

iaitu projek pengkomputeran dan makmal komputer, projek rintis Sekolah Bestari,

penyediaan infrastruktur dan rangkaian jalur lebar SchoolNet, Pengajaran dan

Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan TV Pendidikan.

Sekolah-sekolah juga turut melaksanakan program ICT di atas inisiatif sendiri.

Pelaksanaan pembestarian sekolah merangkumi tiga perkara iaitu :

i. Hardware – perkakasan ICT yang dibekalkan ke sekolah seperti Pusat

Akses yang berfungsi ala kafe siber untuk menyokong sistem sedia ada

seperti makmal komputer sekolah.

ii. Courseware – perisian kursus dan sistem aplikasi.

iii. Wetware – bimbingan dan latihan kepada pentadbir sekolah, guru, ibu

bapa dan komuniti setempat.

(Pelan Induk Pembangunan Pendidikan-PIPP 2006-2010)

Ketiga–tiga perkara ini menjadi pemacu dalam meningkatkan keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah. Cabaran Kementerian

Pelajaran Malaysia adalah untuk menyediakan infrastruktur ICT yang lengkap untuk

pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan.

1.2.1 Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah

Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah pula, dilakukan secara berperingkat mulai

tahun 2006. Agihan penubuhan pusat akses sekolah meliputi tujuh puluh peratus

sekolah luar bandar dan tiga puluh peratus lagi di bandar. Tujuh puluh peratus

Page 24: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

5

daripada jumlah sekolah yang dipilih merupakan sekolah rendah manakala baki tiga

puluh peratus adalah sekolah menengah. Pelaksanaan pusat akses telah dimulakan di

sepuluh buah sekolah iaitu tiga buah sekolah angkat Menteri Pelajaran di Tawau, dan

tujuh buah sekolah lain di kawasan Parlimen Kalabakan di Sabah (Majalah Pendidik

November 2006). Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:

• Meningkatkan kemahiran dalam mencapai maklumat

• Membolehkan pelajar melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah

kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.

• Meningkatkan kemahiran penggunaan ICT murid untuk pengajaran dan

pembelajaran.

Bagi mencapai matlamat di atas, kemahiran guru dalam ICT amatlah penting

kerana guru bertanggungjawab serta berperanan penting mengembeling kemahiran

ICT dan kemahiran maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

darjah. Jika sekolah hendak mempertingkatkan kualiti ilmu dan ketrampilan pelajar

dalam ICT, ianya perlu dilaksanakan melalui kerja guru dan lain-lain staf yang

menyokong tahap pembelajaran yang hendak dicapai. Apabila guru membuat

persediaan mengajar dengan menggunakan ICT dalam bilik darjah, mereka juga

mempertingkatkan kebolehan ICT di kalangan pelajar masing-masing.

Setiap sekolah yang terpilih untuk melaksanakan pusat akses sekolah akan

menerima peralatan komputer iaitu satu pencetak dan sepuluh buah komputer untuk

ditempatkan di perpustakaan atau mana-mana ruang yang bersesuaian. Peralatan

tersebut dirangkaikan dengan rangkaian setempat. Pihak sekolah sebagai pemegang

kuasa di sekolah boleh menetapkan peraturan-peraturan dan garis panduan tertentu

Page 25: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

6

yang dapat menjamin keselamatan peralatan yang dibekalkan juga keselamatan

pelajar.

Di negeri Johor pelaksanaan pertama terbahagi kepada beberapa fasa, iaitu

Fasa I, Fasa Sembrong dan Fasa Ke tiga. Fasa Sembrong, mengambil sempena nama

Sembrong, Kluang, kawasan Parlimen YAB Menteri Pelajaran Malaysia, Dato’

Hishamuddin Bin Tun Hussien. Dalam Fasa I, sebanyak 56 buah sekolah telahpun

mempunyai pusat akses sekolah .

Jadual 1.1 : Pelaksanaan Pusat akses sekolah

.

Fasa 1 56 buah sekolah Nov 2006 Fasa Sembrong (Rintis) 33 buah sekolah Nov 2006 Fasa 2 112 buah sekolah Mac 2007 Fasa 3 164 sekolah Julai 2007

( Sumber dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor).

Fasa Sembrong merupakan projek rintis yang dilaksanakan di 33 buah sekolah

di Sembrong. Fasa ke dua pula melibatkan 112 buah sekolah manakala Fasa ke tiga

164 buah sekolah di merata negeri Johor.

Untuk menjayakan usaha ini, para pendidik perlu mempunyai kemahiran

maklumat serta kemahiran ICT agar dapat dimanfaatkan penggunaan pusat akses

sekolah. Memiliki kemahiran maklumat tidak sama dengan celik komputer atau celik

teknologi maklumat (IT). Namun demikian, kedua-dua konsep ini berhubung rapat.

Celik IT lebih khusus kepada memiliki kemahiran dan pengetahuan berkaitan

Page 26: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

7

peralatan teknologi seperti komputer, perkakasan dan perisian. Teknologi maklumat

hanya sebagai peralatan yang mampu menyimpan, menyusun dan mengeluarkan

maklumat (Irma Indayu Omar, 2005).

Guru perlu memahami dengan konsep literasi maklumat kerana ia lebih luas

dan menyeluruh, bukan sahaja melibatkan pengetahuan menggunakan alat-alat

teknologi . Literasi maklumat ialah berkenaan bagaimana maklumat disusun dan

dicari serta apakah hubungan antara keperluan maklumat dengan sumber ataupun

saluran yang diperlukan bagi mencarinya. Penggunaan teknologi semakin banyak

digunakan dalam pengurusan maklumat. Banyak bahan-bahan maklumat hari ini

tersedia dalam bentuk elektronik seperti CD-Rom, pangkalan data dan internet. Semua

maklumat dalam bentuk elektronik ini boleh dicapai menggunakan komputer.

Kemahiran ICT dan teknologi maklumat pula menjurus kepada literasi

maklumat iaitu kemahiran dalam bidang maklumat. Kemahiran ini diperlukan, malah

menjadi aset penting dalam membantu manusia mengharungi era maklumat. Adalah

diharapkan agar masyarakat pelajar hari ini akan menjadi pengguna ICT yang

berhemah di masa hadapan. Secanggih manapun peralatan ICT yang dibekalkan ke

sekolah, tanpa kemahiran dan kreativiti guru ia tidak dapat dimanfaatkan. Teknologi

sahaja, malah dengan sendirinya, tidak dapat menghasilkan pembelajaran. Sebaliknya,

pembelajaran boleh berlaku tanpa menggunakan teknologi, tetapi dengan

menggunakan prinsip pendidikan yang mantap.

Dalam Smart School Flagship Application – The Malaysian Smart School A

Conceptual Blueprint (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997) menyatakan bahawa,

literasi IT akan diberikan penekanan, bagi menyediakan pelajar untuk menghadapi

Page 27: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

8

cabaran era teknologi maklumat. Literasi IT juga ialah kebolehan untuk menggunakan

peralatan dan sumber IT iaitu dengan mengumpul, menganalisis, proses dan

maklumat semasa, menyokong pembelajaran bermakna (meaningful learning) dalam

pelbagai konteks dan menyiapkan pelajar untuk alam pekerjaan. Guru boleh

menggunakan tiga bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam membantu

murid ke arah pembelajaran kendiri iaitu akses kendiri, kadar kendiri dan terarah

kendiri. Bahan tersebut ialah :

• Bahan yang dimuat turun melalui penggunaan enjin pencari maklumat Internet

seperti Google, Yahoo, Altavista, dan sebagainya

• Portal Pendidikan untuk mendapatkan maklumat khusus seperti portal

Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), MySchoolNet, MyTutor, OnlineSmart

Learning dan sebagainya

• Bahan pembelajaran online seperti sumber digital dalam bentuk

CD/VCD/DVD/CD audio seperti perisian kursus, perisian interaktif dan

perisian berbentuk maklumat.

Guru boleh mengakses portal pendidikan tempatan seperti Mytutor,

MySchoolNet, portal BTP untuk mendapatkan bahan dan disesuaikan dengan

pengajaran dan pembelajaran untuk pelajarnya. Selain itu juga guru boleh meluaskan

lagi pencariannya di internet dengan menggunakan enjin pencarian seperti Google,

Yahoo, Altavista atau seumpamanya untuk mencari bahan pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai yang boleh dimuat turun untuk kegunaannya.

Page 28: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

9

1.3 Pernyataan Masalah

Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami beberapa anjakan paradigma

dalam usaha menyampaikan maklumat daripada pengajar kepada pelajar. Dengan

perkembangan semasa pusat-pusat internet atau yang lebih dikenali sebagai kafe siber

tumbuh bagi cendawan di seluruh negara. Kewujudan pusat akses sekolah diharap

dapat melahirkan masyarakat yang bermaklumat dan celik ICT. Selari dengan

perkembangan ini pusat akses dilaksanakan di sekolah-sekolah bagi memandu serta

membimbing para pelajar untuk menjadi pengguna internet yang bijak dan

bertanggungjawab.

Pusat akses sekolah diharapkan dapat menyokong penggunaan peralatan dan

kelengkapan ICT yang dibekalkan. Berbanding dengan makmal komputer sekolah

yang digunakan dalam jadual waktu pengajaran dan pembelajaran iaitu setiap kelas

telah ditentukan jadual waktu penggunaannya pusat akses sekolah lebih fleksibel untuk

digunakan. Waktu operasi pusat akses sekolah ialah sepanjang dan selepas waktu

sekolah. Guru dapat menggunakannya pada waktu senggang dan sepanjang waktu

persekolahan. Namun, kewujudan pusat akses sekolah tidak semestinya dimanfaatkan

oleh warga sekolah sendiri. Mereka tidak terdorong untuk menggunakan atau

melakukan aktiviti berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu kajian ini

dilakukan untuk melihat apakah aktiviti-aktiviti yang dilakukan di pusat akses sekolah

dalam kalangan guru.

Page 29: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

10

1.4 Objektif Kajian

Penggunaan pusat akses sekolah menerusi kajian ini dirancang dengan teliti

supaya dapat membantu pihak sekolah melihat penggunaan bahan-bahan elektronik

dalam penguasaan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira tercapai melalui

perkongsian bijak guru dan juga murid. Secara khususnya objektif kajian ini adalah

untuk :

1) Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong guru menggunakan pusat akses

sekolah .

2) Mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dijalankan di pusat akses sekolah oleh

guru.

3) Mengenalpasti halangan-halangan yang dihadapi oleh guru di pusat akses

sekolah .

1.5 Persoalan Kajian

Melalui hasil kajian ini, diharapkan ia dapat menjawab beberapa persoalan

mengenai penggunaan pusat akses sekolah dalam kalangan guru. Beberapa

persoalan yang ingin dilihat melalui kajian ini ialah:

1) Apakah faktor-faktor yang mendorong guru menggunakan pusat akses

sekolah?

2) Apakah aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh guru di pusat akses sekolah?

3) Apakah halangan-halangan yang dihadapi oleh guru untuk menggunakan pusat

akses sekolah ?

Page 30: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

11

1.6 Kerangka Konsep

Kajian literatur menunjukkan bahawa terdapat hubungan konstruk yang

mempengaruhi penggunaan pusat akses di sekolah. Bagi mencapai objektif kajian ini,

beberapa konstruk yang berkaitan dengan penggunaan pusat akses sekolah perlu dikaji.

Rajah 1. 2 : Kerangka Konsep

Rajah 1.2 menunjukkan kerangka konsep bagi penggunaan pusat akses sekolah

dalam kalangan guru di Pusat Kegiatan Guru Zon Tasek Utara, Johor Bahru. Faktor

yang menjadi pendorong kepada guru untuk menggunakan pusat akses sekolah, dilihat

melalui faktor-faktornya iaitu kesesuaian lokasi pusat akses sekolah, galakan daripada

pihak pentadbir sekolah, waktu operasinya dan kemudahan komputer serta

perkhidmatan internet yang laju. Guru boleh menggunakan kemudahan komputer dan

perkhidmatan internet yang terdapat di pusat akses kerana waktu operasi pusat akses

sekolah yang lebih fleksibel. Berbeza dengan makmal komputer sekolah yang terikat

dengan jadual penggunaan kelas yang melibatkan waktu pengajaran dan pembelajaran,

guru lebih mudah menggunakan pusat akses sekolah untuk mengakses internet

mahupun menggunakan komputer di situ.

Guru Halangan

Kemudahan dan Aktiviti

Pusat Akses Sekolah

FAKTOR MENDORONG

Guna

Page 31: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

12

Pusat akses sekolah memberi kemudahan dalam melakukan aktiviti-aktiviti

yang berguna kepada guru. Aktiviti-aktiviti mengakses internet untuk mencari bahan

pengajaran dan pembelajaran, penyediaan bahan soalan peperiksaan, membaca akhbar

secara online, melayari laman web, melayari laman web MySchoolNet, membaca

majalah secara online, melihat perisian, melayari laman web MyTutor dan

menggunakan emel untuk berkomunikasi.

Penggunaan dan aktiviti-aktiviti di pusat akses sekolah mungkin terjejas

apabila ada halangan-halangan yang dihadapi oleh guru. Halangan-halangan tersebut

mungkin berbentuk serangan virus, bilangan komputer yang amat terhad, kesukaran

mengakses internet di pusat akses sekolah, lokasi pusat akses sekolah yang

menyulitkan, kemudahan menyimpan fail yang dimuat turun, jadual persendirian yang

padat, penggunaan masa dan beban tugas guru sendiri.

1.7 Rasional Kajian

Kajian ini dibuat supaya ia boleh dijadikan sebagai rujukan di masa akan

datang tentang pentingnya penggunaan pusat akses sekolah dan kaitannya dengan

penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Di Malaysia

penggunaan komputer di sekolah-sekolah telah diperkenalkan seawal tahun 80’an lagi,

di mana komputer digunakan sebagai alat memudahkan pengajaran dan pembelajaran

guru (Mohd Daud Hamzah,1995). Kemudahan capaian internet di pusat akses sekolah

ialah untuk membantu guru mencari bahan yang sesuai dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Page 32: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

13

Penggunaan internet secara amnya memberikan dua faedah utama kepada

penggunanya dalam konteks pengajaran dan pembelajaran , iaitu komunikasi secara

terus dan pemindahan pelbagaian maklumat yang banyak boleh dilakukan (Kearsley et

al.,1995, Robin dan William, 1996; Agarwal et al.,1998 ) serta memodenkan

persekitaran pembelajaran. Pengkaji ingin mengenal pasti penggunaan pusat akses

sekolah dalam kalangan guru dilaksanakan. Sekiranya terdapat halangan dalam

penggunaannya maka tindakan penambahbaikan perlu dilakukan.

1.8 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong guru

menggunakan pusat akses sekolah dalam kalangan guru. Mempelbagaikan bahan

pengajaran dan pembelajaran mereka dengan mempelbagaikan aplikasi komputer,

membolehkan pelajar melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan

akses kendiri dengan berkesan dan meningkatkan kemahiran penggunaan ICT pelajar

dalam pembelajaran.

Perbelanjaan yang besar yang diperuntukkan dalam belanjawan negara dalam

bidang pendidikan tentulah mahukan pulangan yang setimpal. Untuk melaksanakan

pusat akses sekolah sahaja perbelanjaan sebanyak RM 288 juta telah diperuntukkan.

Pusat akses sekolah dilaksanakan di sekolah-sekolah untuk menyokong polisi utama

ICT Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pendidikan iaitu, kepentingan teknologi

kepada semua, integrasi teknologi dalam kurikulum dan alat dalam meningkatkan

pengajaran dan pembelajaran.

Page 33: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

14

Kajian ini dapat menentukan sejauhmana pusat akses sekolah ini dapat

dimanfaatkan oleh pihak pengguna, khususnya guru dan pelajar. Di samping itu, oleh

kerana penggunaan pusat akses sekolah ini masih baru diperkenalkan, maklumat yang

akan diperolehi nanti dapat digunakan untuk menerangkan konstruk serta

meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan oleh pusat akses sekolah.

1.9 Definisi Operasional

Terdapat beberapa istilah yang pengkaji merasakan ianya perlu dijelaskan

dalam konteks kajian ini. Antara istilah-istilah tersebut adalah seperti berikut :

1.9.1 Guru

Guru yang dimaksudkan ialah dalam konteks Etika Profesion Perguruan iaitu

orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat

rendah, menengah atau tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran,

organisasi dan penyelidikan pendidikan. Menurut Joohan (1994) guru berperanan

mendidik, mengasuh, menunjuk ajar, membimbing, membina dan memandu golongan

pelajar ke arah mencapai satu matlamat yang ditetapkan berpandukan kepada Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020.

Page 34: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

15

Manakala Ramaiah(1992) pula menyatakan bahawa guru merujuk kepada

individu yang mempunyai kelayakan mengajar seperti sijil, diploma dan ijazah

perguruan daripada maktab atau universiti dalam dan luar negara yang dilantik ke

jawatan tetap dan berkhidmat di sekolah-sekolah menengah dan rendah di bawah

pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia. Peranan guru amat besar dalam

memastikan ilmu yang disampaikan dapat diterima dengan sepenuhnya oleh pelajar di

samping memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam kelas berjalan

dengan lancar dan berkesan. Guru-guru yang terlibat dalam kajian ini hanyalah guru

yang bertugas di tujuh buah sekolah rendah yang mempunyai pusat akses sekolah yang

terpilih di Pusat Kegiatan Guru Zon Tasek Utara, Johor Bahru.

1.9.2 Pusat Akses Sekolah

Berdasarkan definisi dalam buku panduan pusat akses sekolah, pusat akses

sekolah ialah sebuah tempat di dalam bilik atau ruang, di mana ada peralatan komputer

sebanyak 10 buah dan sebuah pencetak. Capaian internet menggunakan schoolnet di

mana warga sekolah dapat mencapai internet di situ .

1.9.3 Akses

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan akses membawa maksud

proses atau cara untuk mencapai (memperoleh, menggunakan dan sebagainya) sesuatu

data, maklumat, fail komputer. Dalam konteks kajian ini, akses ialah mencapai internet

dan mengakses maklumat dan mencari bahan untuk dijadikan bahan dalam

pembelajaran dan pengajaran.

Page 35: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

16

1.9.4 Faktor Mendorong

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), faktor bermaksud unsur

atau sebab yang menyumbang kepada sesuatu hasil. Perkataan mendorong pula

membawa maksud mempengaruhi atau menyebabkan. Dalam konteks kajian ini faktor

mendorong ialah unsur-unsur atau sebab-sebab yang menyumbang atau

mempengaruhi guru untuk menggunakan pusat akses sekolah, khususnya lokasi pusat

akses sekolah, kemudahan komputer dan perkhidmatan internetnya. Faktor-faktor ini

dilihat akan mempengaruhi penggunaan pusat akses sekolah dalam kalangan guru.

1.9.5 Aktiviti

Mengikut Kamus Dewan, aktiviti bermaksud kegiatan. Perkataan aktiviti dalam

konteks kajian ini pula membawa maksud kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh guru

di pusat akses sekolah. Aktiviti –aktiviti tersebut ialah untuk mencari dan mengakses

maklumat daripada internet dan mencari bahan untuk untuk pengajaran dan

pembelajaran. Mengakses sumber maklumat, bahan digital yang berkaitan (e-

Learning), menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pengajaran

dan pembelajaran. Selain itu juga, aktiviti berkomunikasi antara guru dan murid

melalui e-mel secara kolaboratif juga dilakukan.

1.9.6 Halangan

Perkataan halangan dalam Kamus Dewan bermaksud aral, gangguan, rintangan

dan tegahan. Dalam kajian ini halangan bermaksud aral atau rintangan yang dihadapi

oleh guru untuk menggunakan pusat akses sekolah. Kekurangan kelengkapan misal

Page 36: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

17

kekurangan komputer, masalah ancaman dan serangan virus di pusat akses sekolah

dapat dilihat sebagai halangan-halangan yang dihadapi oleh guru untuk menggunakan

pusat akses sekolah.

1.10 Penutup

Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, Kementerian Pelajaran

Malaysia telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT

dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. Hasrat

dan usaha kerajaan untuk melaksanakan pusat akses sekolah ini adalah sebahagian

daripada pelbagai projek ICT yang dilaksanakan sebagai aktiviti utama bagi

penyediaan infrastruktur ICT. Pelaksanaan dan kejayaannya akan lebih mudah jika

semua pihak yang terlibat dapat memainkan peranan masing-masing dengan berkesan.

Cabaran Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk menyediakan

infrastruktur ICT yang lengkap untuk pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan.

Maka cabaran utama kepada warga pendidik pula ialah untuk merealisasikannya

dalam pengajaran dan pembelajaran, agar dapat membentuk generasi celik ICT yang

bertanggungjawab dan berdisiplin. Pentadbir sekolah perlu memberi galakan kepada

guru untuk menggunakannya dan para guru pula perlu menggunakannya dengan tujuan

yang baik dan dimanfaatkan kepada murid. Selaras dengan agenda IT Kebangsaan

(National IT Agenda, NITA) teknologi maklumat dan komunikasi (information and

communication technology, ICT) dapat digunakan untuk menjadikan Malaysia

sebuah negara maju selaras dengan Wawasan 2020 (NITC, 2001).

Page 37: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

BAB II

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Kajian ini dibentuk untuk melihat penggunaan pusat akses sekolah dalam

kalangan guru. Dalam bab ini, pengkaji akan memberi fokus kepada sorotan kajian

yang sebelum ini, yang telah dibuat oleh pengkaji dan pakar berkenaan dengan bidang

yang berkaitan iaitu penggunaan ICT dan juga internet dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Perkembangan dan kemajuan yang pesat dalam teknologi telah membuka

peluang dan gaya baru untuk diterokai dalam bentuk elektronik. Kafe siber adalah satu

gaya atau tren dalam era teknologi maklumat yang turut mengukur sejauhmana

persediaan kita menampung kemodenan dengan teknologi yang kukuh. Apakah yang

dimaksudkan dengan kafe siber?

Page 38: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

19

2.2 Takrifan Kafe Siber

Konsep dan nama cybercafe (kafe siber) diperkenalkan pada awal tahun 1994

oleh Ivan Pope. Beliau telah membuat suatu kertas cadangan mengenai konsep café

dengan kemudahan mengakses internet dari meja. Café bermaksud kedai minuman

yang menyediakan makanan ringan. Café juga boleh ditakrifkan sebagai restoran yang

menyediakan pelbagai jenis makanan (Arussains, Julai 1999). Kafe siber kini tumbuh

bagai cendawan di merata dunia, ia digunakan untuk mengakses emel, pesanan ringkas

(instant messaging services) untuk berhubung dengan rakan dan juga keluarga.

Kini kemudahan pembelajaran dengan menggunakan komputer di sekolah turut

disediakan melalui pusat akses sekolah. Dalam menangani arus perubahan ini kata-

kata daripada ucapan Dr Mahathir Mohamad dapat dijadikan asas untuk mengorak

langkah menghadapi cabaran-cabaran baru, kerana selain dari kemahiran asas

membaca, menulis dan mengira, kini dalam abad ke 21 menuntut guru dan pelajar

mempunyai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Guru perlu menjadi

peneraju penyampai ilmu yang melibatkan ke semua kemahiran yang perlu.

“ In the pursuit of information, knowledge and wisdom, we must be prepared to face

reality. We must embrace change, pursue novelty and crave innovation. We must

learn. Even harder still, we must unlearn. We must remember to forget old ways. We

must force ourselves into new habits.”1

Tun Dr Mahathir Mohamad, Fourth Prime Minister Of Malaysia.

1 Muhammad Rais Abdul Karim,Nazariah Mohd Khalid.(2000) E-Government in Malaysia.Kuala Lumpur :Pelanduk Publication.pg. 147.

Page 39: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

20

Ucapan Dr Mahathir di atas menggambarkan betapa kita perlu bersedia dalam

menghadapi masa depan yang penuh dengan cabaran. Kita perlu belajar, belajar

dengan gigih dan perlu pula meninggalkan amalan-amalan lama dan berusaha untuk

belajar amalan-amalan baru.

2.3 Pusat Akses Sekolah

Pusat Akses Sekolah adalah sebuah tempat di sebuah bilik atau ruang di dalam

kawasan sekolah, di mana ada peralatan komputer sebanyak 10 buah dan sebuah

pencetak. Komputer–komputer ini boleh mencapai internet dengan menggunakan

talian schoolnet. Di pusat akses sekolah inilah warga sekolah dapat mencapai

internet. Projek SchoolNet merupakan projek penyediaan prasarana jalur lebar untuk

capaian internet di semua sekolah bagi tujuan mengatasi jurang digital.

Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala “cyber café” tetapi lebih

menjurus kepada pembelajaran. Berbeza dengan kafe siber biasa, pusat akses sekolah

adalah sebuah bilik ataupun ruang dalam kawasan sekolah yang menyediakan

perkhidmatan kemudahan komputer dengan internet sahaja. Konsep kafe siber yang

diperkenalkan di sekolah-sekolah menjurus kepada pembelajaran oleh itu ia berbeza

dengan kafe siber yang berada di luar sekolah, selain dari menyediakan perkhidmatan

internet turut juga menyediakan perkhidmatan makan dan minum.Warga sekolah

hanya boleh mengakses internet dan juga menggunakan kemudahan komputer yang

ada di pusat akses.

Page 40: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

21

Pusat akses sekolah merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi

membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri (self learning) dan

mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid boleh mencari dan memilih

sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses

kendiri. Pembelajaran kendiri ini adalah di bawah pengawasan guru. Dengan

pelaksanaan pusat akses di sekolah, guru dan murid diberi satu lagi ruang untuk

mengamalkan penggunaan ICT.

2.3.1 Matlamat Penubuhan Pusat Akses Sekolah

Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk :

o Membudayakan penggunaan ICT di sekolah

o Mengurangkan nisbah komputer dengan murid

o Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid

Dengan pelaksanaan pusat akses di sekolah, guru dan murid diberi satu lagi

ruang untuk mengamalkan penggunaan ICT. Penggunaan ICT di pusat akses sekolah

diharapkan dapat dijadikan sebagai satu amalan yang akhirnya menjadi budaya yang

sihat. Pusat akses sekolah merupakan satu bentuk sokongan kepada proses pengajaran

dan pembelajaran. Di sekolah-sekolah yang mempunyai makmal komputer, ditambah

pula dengan kemudahan yang ada di pusat akses sekolah dapat mengurangkan nisbah

komputer dengan murid. Proses pengajaran pembelajaran boleh berlaku pada bila-bila

masa. Sekaligus ia juga dapat meningkatkan masa penggunaan (contact hours)

komputer oleh murid.

Page 41: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

22

Kemudahan pusat akses sekolah yang diberi ini adalah selaras dengan dasar

kerajaan dalam memperkenalkan kemahiran ICT di sekolah–sekolah seluruh negara

yang juga merupakan satu perubahan dan langkah besar dan penting. Ia

menggambarkan tentang harapan dan pelaburan masa hadapan yang produktif dalam

usaha melahirkan tenaga manusia dan jangkaan awal kepada kemakmuran negara.

2.3.2 Operasi Pusat Akses Sekolah.

Waktu operasi pusat akses sekolah ialah semasa dan selepas waktu

persekolahan. Ia juga digalakkan beroperasi pada hujung minggu dan cuti sekolah

dengan syarat ada pengawasan oleh pihak sekolah yang boleh menjamin keselamatan

peralatan dan boleh memantau penggunaan. Pada masa kini guru-guru boleh

menggunakan pusat akses sekolah sepanjang waktu persekolahan terutama pada waktu

senggang mereka. Manakala murid pula hanya boleh menggunakannya pada waktu

rehat dan waktu selepas persekolahan. Buat masa ini pusat akses sekolah hanya

beroperasi pada hari-hari persekolahan sahaja kerana pihak sekolah belum bersedia

untuk menyediakan perkhidmatan pada hujung minggu dan cuti sekolah kerana ia

melibatkan pengawasan dan juga keselamatan.

2.4 ICT Dalam Pengajaran

ICT berupaya membuat proses pengajaran lebih berkesan. Menurut Rivers

(1997), walaupun amalan teknologi pendidikan patut digalakkan tetapi pada

hakikatnya apa yang lebih penting adalah memikirkan bagaimana pendidikan dapat

Page 42: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

23

ditingkatkan dan bukan sekadar penggunaan teknologi sahaja. Guru perlu menguasai

kemahiran supaya dapat digunakan secara optima. Selain daripada memiliki kemahiran

program-program aplikasi dan kemahiran bagi mengurus serta menyimpan fail,

pertimbangan yang perlu adalah bagaimana guru dapat membuat pilihan yang terbaik

mengenai strategi pengajaran, pengurusan dan isu-isu kaedah dan prinsip pengajaran

yang berkaitan dengan pengintergrasian teknologi dalam bilik darjah (rujuk Rajah 2.1).

Guru perlu mempunyai beberapa kemahiran di atas bagi memudahkan mereka

mengaplikasi ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran. Apabila guru mengakses

internet untuk mencari bahan pengajaran dan pembelajaran, beliau perlu tahu cara

Kemahiran mengguna perisian aplikasi Kemahiran mencapai

maklumat

Kemahiran yang

diperlukan

Kemahiran fasilitator dalam proses pembelajaran

Kemahiran muat turun fail/maklumat

Aplikasi perisian asas Word Excel Access PowerPoint

Aplikasi perisian asas Internet CD Interaktif Bahan cetak

Muat turun Fail Gambar /imej Menyimpan fail

Rajah 2.1 : Kemahiran Asas Yang Diperlukan Oleh Guru

Page 43: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

24

untuk muat turun (download) ataupun menyalin (copy and paste) bahan tersebut.

Bahan-bahan yang dimuat turun perlu disimpan (save file ) sebelum dapat digunakan

atau diaplikasikan dalam perisian asas seperti MsWord, Excel, Access ataupun

PowerPoint. Kemahiran-kemahiran ini dapat diasah di pusat akses sekolah. Bahan-

bahan yang dimuat turun dapat diolah bagi disesuaikan dengan suasana pengajaran dan

pembelajaran guru dalam bilik darjah.

2.5 Kajian–kajian Terdahulu

Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan terhadap penggunaan komputer

dan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT dan internet dalam

pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan pusat akses sekolah adalah

berkaitan.

2.5.1 Kajian-kajian Berkaitan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran

Di Malaysia penggunaan komputer di sekolah-sekolah telah diperkenalkan

seawal tahun 80’an lagi, di mana komputer digunakan sebagai alat bagi memudahkan

pengajaran dan pembelajaran guru (Mohd Daud Hamzah 1995). Menurut Wan Zahid

(1999), “ Untuk mencapai matlamat pendidikan di Malaysia, suatu anjakan paradigma

diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi.” Penggunaan media

adalah sinonim dengan penggunaan teknologi dalam pendidikan. Ia dapat membantu

menyalurkan maklumat semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku. Sebenarnya

Page 44: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

25

penggunaan teknologi dalam pendidikan bukanlah hanya alat semata-mata, malah ia

merupakan suatu proses perkembangan di mana teknik, kemahiran dan pengetahuan

memainkan peranan yang penting.

Menurut Barker (1986), penggunaan ICT seperti komputer menjadi suatu

keperluan di dalam bidang pendidikan hari ini yang perlu diseimbangkan dengan

jumlah maklumat yang kian bertambah. Pengurusan maklumat-maklumat tersebut

melalui penggunaan teknik-teknik yang berkeupayaan tinggi akan membolehkan

pelajar mencapai pengetahuan secara mendalam. Komputer kini menjadi sebahagian

daripada kehidupan kanak-kanak (Clements, 2002). Selaras dengan kemasukan

teknologi ini dalam pendidikan kanak-kanak hari ini kebanyakan sekolah dan rumah

telah memiliki komputer dan dijadikan alat bantu mengajar atau alat rangsangan

pembelajaran di dalam kelas. Komputer dianggap sebagai satu inovasi baru yang wajar

diambilkira di dalam dunia pendidikan kanak-kanak. Perubahan ke arah era teknologi

maklumat telah membawa manusia ke suatu zaman yang kian mencabar dan rumit

(Naisbitt, 1982).

Clements (1987) mengatakan bahawa komputer bukan lagi alat yang

merbahaya kepada kanak-kanak. Kepentingan komputer kini sama pentingnya dengan

buku dan pensil dalam pembelajaran kanak-kanak. Komputer mempunyai pengaruh

dalam mempertingkatkan potensi kanak-kanak bila mana komputer dapat menyelia

proses pembelajaran mereka. Kajian menunjukkan bahawa teknologi multimedia

dalam pendidikan dapat membantu meningkatkan kadar penghayatan pelajar.

Gabungan elemen teks, grafik, animasi dan video yang digunakan bagi menghasilkan

kesan yang realistik dan memberi dimensi baru kepada kaedah pengajaran kanak-

kanak (Mohd. Zaliman & Singh, 2001).

Page 45: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

26

2.5.2 Pengalaman Guru Dalam Penggunaan ICT

Menurut Bernard (1995), guru yang bertugas dalam persekitaran yang

berasaskan komputer memerlukan kemahiran-kemahiran yang berlainan (dalam

jenisnya). Guru masih perlu menguasai ilmu bidang masing-masing, tetapi

pengetahuan ini kurang penting berbanding kemampuan mengurus persekitaran

pembelajaran seperti, merancang pengalaman pembelajaran untuk pelajar, memilih

dan mengelola aktiviti yang bersesuaian, mendorong pelajar, membina interaksi yang

positif di kalangan pelajar.

Dengan kehadiran komputer dalam kehidupan, manusia mampu melakukan

kerja yang sebelum ini sukar untuk dilakukan. Penggunaan komputer boleh juga

memberi ruang untuk membina kemahiran kognitif yang lebih tinggi terutama dalam

pengiraan dan membuat jangkaan (Noor Azlan,1995). Dalam Garis Panduan

Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia 2003 juga telah mengenal pasti komputer

sebagai alat bantu mengajar dalam pembelajaran kanak-kanak (Kementerian Pelajaran

Malaysia, 2003).

Dapatan Nurhayati (2001) memperlihatkan bahawa guru memerlukan lebih

kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi tentang komputer untuk membolehkan

mereka dapat mengimplimentasikan ICT dalam bilik darjah. Guru-guru juga dikatakan

merasa tidak selesa serta tidak bersedia untuk mengajar menggunakan komputer

dengan hanya memiliki pengetahuan asas tentang komputer. Larose,et al.(1999) pula

berpendapat bahawa kajian saintifik mengenai kewujudan sokongan logistik dan

teknikal telah membolehkan institusi pendidikan mengintegrasikan penggunaan

komputer dalam kerja pendidik.

Page 46: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

27

Hasrat kerajaan yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

untuk membangunkan potensi sebenar pelajar di samping tujuan-tujuan umum

pendidikan untuk menghormati rasa ingin tahu dan memenuhi segala pengharapan dan

rasa keterlibatan para pelajar serta berusaha untuk menitipkan nilai-nilai ajaran yang

baik dan mulia (Hasan,1984), akan lebih mudah dicapai melalui peggunaan teknologi

maklumat khususnya komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Perubahan dari kaedah pengajaran tradsional yang digambarkan melalui

pengajaran berpusatkan guru serta penyertaan pelajar pasif (Ahmad Kabir dan

Kaur,1992) dan seringkali pula dikaitkan dengan subjek-subjek tertentu yang

dikatakan terlalu menekan kaedah “chalk and talk” (Mohd Yusuf 1996) kepada

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif dan menarik akan

memudahkan pencapaian matlamat tersebut.

Menurut Piaget (1973), pelajar akan belajar lebih baik apabila mereka menjadi

agen yang aktif dalam proses pembelajaran dan guru pula berperanan sebagai pemudah

cara dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Pembelajaran berpusatkan pelajar

akan mengubah peranan guru, ini bermakna guru akan berperanan sebagai fasilitator

yang akan mencetuskan kemahiran berfikir di kalangan pelajarnya. Ini amat penting

untuk membimbing dan membantu pelajar ke arah pembelajaran kendiri, iaitu kadar

kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri. Guru dilihat sebagai pembina ilmu yang

kompeten yang dapat menyampaikannya dengan kaedah yang menarik dengan

penggunaan teknologi agar pengalaman pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih

bermakna lagi.

Penggunaan teknologi seperti komputer dalam proses pengajaran dan

pembelajaran juga memupuk nilai dan budaya kasih sayang di kalangan guru dan

pelajar disebalik kebimbangan yang mengatakan bahawa pembelajaran menggunakan

Page 47: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

28

komputer akan meningkatkan persaingan antara individu dan perasaan individualistik

(Raja Maznah,1995). Hakikat ini dapat direalisasikan kerana dengan berbantukan

komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru mempunyai lebih

banyak peluang untuk memberi tumpuan untuk memupuk dan membina insan di

samping sama-sama berinteraksi di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Fenomena ledakan maklumat yang sedang kita alami kini memerlukan para

pelajar berfikir, belajar dan bertindak secara berbeza dari apa yang mereka lalui pada

masa ini. Mereka bukan sahaja menerima dan mengumpul maklumat, tetapi juga harus

mampu menganalisis segala maklumat yang diterima secara lebih kritis, kreatif dan

membuat penilaian yang matang berdasarkan prinsip-prinsip dan nilai yang diperolehi

dari pendidikan yang diterima melalui pendidikan secara bersepadu (Wan Mohd

Zaid,1993).

Menurut kajian tinjauan yang telah dijalankan oleh Ingle, Hichens dan Harris

(1983 dalam Hock,1996) mengenai penggunaan teknologi maklumat yang terhasil

dalam revolusi mikroelektronik, didapati bahawa komputer adalah yang paling banyak

digunakan dan diikuti pula oleh rangkaian telekomunikasi satelit ternama di negara-

negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Eropah. Manakala satu kajian pada

tahun 1995 terhadap topik-topik paling banyak dibincangkan mengenai teknologi

pendidikan di dalam jurnal-jurnal, disertasi, konferens dan dokumen ERIC telah

mengeluarkan senarai menurut trend seperti berikut (Ely,1995), komputer di sekolah,

sistem rangkaian, televisyen di sekolah, sokongan terhadap teknologi pendidikan,

sistem penyiaran baru dalam teknologi pendidikan, literasi teknologi untuk guru dan

teknologi pendidikan dan reformasi pendidikan.

Page 48: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

29

Kajian yang telah dijalankan oleh Dupagne dan Krendl(1992) mendapati

perubahan sikap yang begitu ketara dan positif di kalagan guru-guru terhadap

penggunaan komputer di dalam bilik kelas. Manakala kajian yang dijalankan terhadap

guru-guru pelatih oleh Downes (1993) pula mendapati baahwa pengalaman dengan

komputer dan pengaruh model peranan guru yang menggunakan komputer di dalam

bilik darjah membawa kepada sikap positif terhadap penggunaan komputer serta

meningkatkan kemungkinan guru-guru berkenaan akan menggunakan komputer di

dalam bilik darjah. Robertson et al, (1995) mengatakan tahap pendedahan guru dengan

kursus-kursus literasi komputer mempunyai kaitan yang signifikan terhadap

pembentukan sikap guru-guru terhadap komputer.

Kajian-kajian awal mengenai penggunaan komputer merumuskan bahawa

guru-guru yang mempunyai pengalaman dalam komputer semasa di sekolah atau di

universiti cenderung untuk lebih mahir daripada mereka yang tidak berpengalaman.

Kajian ini mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai pengalaman dengan

komputer kebiasaannya mempunyai sikap yang negatif dan tahap kebimbangan yang

tinggi terhadap komputer.

Kajian yang dijalankan oleh Madsen dan Sebastiani (1987) pula menunjukkan

sikap positif di kalangan guru-guru berhubung dengan tahap kebolehan menggunakan

komputer di samping menghilangkan rasa bimbang terhadap penggunaan teknologi

tersebut di dalam pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, beberapa kajian

mendapati bahawa kebimbangan terhadap komputer tidak mempunyai hubungan

dengan sikap terhadap komputer (Kernan dan Howard,1990. Zulkifli dan Raja

Maznah, 1994). Walaupun pengalaman sahaja tidak dapat memberi kesan bagi

menghilangkan kebimbangan terhadap komputer (Rosen dan Mguire,1990), namun

terdapat bukti yang menunjukkan bahawa penggunaan komputer secara teratur dalam

Page 49: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

30

konteks pendidikan dapat mengurangkan kebimbangan terhadap komputer (Cambre

dan Cook,1987).

Menurut Zoraini (1994) penggunaan komputer akan dapat meningkatkan

kemahiran daya berfikir dan pengetahuan murid dalam menyediakan diri mereka

dengan corak kehidupan pada era ICT yang pantas berubah. Diem (2000) menyatakan

bahawa sebilangan kecil guru sebenarnya menggunakan komputer atas inisiatif mereka

sendiri akibat kurang sokongan dan masa terluang untuk belajar operasi peranti

teknologi yang kompleks. Guru sebenarnya peka dengan perkembangan ICT yang

pantas ke arah peningkatan diri dan profesionalisme. Menurut Barker (1986),

penggunaan ICT seperti komputer menjadi suatu keperluan di dalam bidang

pendidikan hari ini yang perlu diseimbangkan dengan jumlah maklumat yang kian

bertambah. Pengurusan maklumat tersebut melalui penggunaan teknik-teknik yang

berkeupayaan tinggi akan membolehkan pelajar mencapai pengetahuan secara

mendalam. Pelaksanaan kurikulum teknologi maklumat berasaskan kepada paradigma

baru dalam pendidikan (Voogt dan Odenthal, 1997,1999) yang menekankan kepada

pemahaman dan penguasaan proses. Dalam pendekatan ini, pelajar memainkan

peranan aktif dalam menentukan haluan (self directed) dan kemajuan (self pace)

pembelajaran masing-masing. Ke arah menguasai pengetahuan dan kemahiran yang

ditetapkan pelajar.

Menurut Jamaluddin Badushah et al (2000), pendekatan pembelajaran

berbantukan komputer (PBK) dapat menggalakkan pembelajaran kendiri dan ini

seterusnya mendorong pelajar belajar dengan betul dan teratur, berdikari dan berusaha

sendiri. Kaedah pembelajaran ini berpusat kepada pelajar di mana pelajar akan lebih

berdikari di dalam mendapatkan ilmu terhadap sesuatu tajuk. Menurut Rogers (1994)

pembelajaran kendiri adalah sama dengan perubahan dan pembesaran seseorang.

Rogers (1994) juga ada menyatakan secara semulajadi semua manusia mempunyai

Page 50: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

31

keinginan untuk belajar. Pada pandangan Rogers (1994) tugas pensyarah atau guru

ialah bertindak sebagai fasalitator di dalam proses pembelajaran di mana tugas-tugas

tersebut boleh digariskan seperti di bawah iaitu :

i. Membina suasana pembelajaran yang positif.

ii. Menjelaskan maksud pelajar.

iii. Menyusun dan membina sumber maklumat.

iv. Menyeimbangkan di antara komponen kecerdasan dan emosi.

v. Berkongsi perasaan dan pandangan dengan pelajar dan bukan cuba untuk

menguasainya.

2.5.3 Kajian-kajian Mengenai Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Kajian-kajian terdahulu seperti Siti Fatimah (1998), Zhao(1998) dan Hilton dan

Kameda (1999) serta lain-lain lagi telah memperlihatkan bahawa penyertaan aktif

dalam kalangan pelajar dan bimbingan guru merupakan suatu bentuk sumbangan yang

berharga dari penggunaan internet. Ini kerana internet adalah alat perhubungan dan

sumber maklumat terkini yang berkesan bagi pelbagai disiplin pendidikan.

Kajian Robin dan William (1996), menyatakan bahawa penggunaan internet di

kalangan guru amat memberangsangkan dan adalah dijangkakan penggunaannya sama

ada di dalam atau di luar bilik darjah akan terus meningkat dari masa ke semasa.

Peningkatan ini dipengaruhi oleh beberapa perkara, antaranya adalah aspek latar

belakang pengguna internet itu sendiri. Aspek latar belakang ini termasuklah jantina,

umur, taraf pendidikan dan pengalaman pengguna dengan ICT. Namun, menurut

Robin dan William (1996), guru-guru akan menghadapi kekangan-kekangan untuk

Page 51: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

32

menggunakan internet dalam pengajaran dan pembelajaran . Kekangan ini adalah dari

aspek pengetahuan yang terhad, kurangnya kemahiran, kemudahan internet yang

terhad, masa dan kewangan.

Manakala Heinrich (1996) percaya bahawa dengan membaca bahan secara

online akan dapat menggalakkan pembelajaran terarah kendiri. Kabilan (2000) dan

Tunku Mohaini et al (1998) menyatakan bahawa para guru dan juga pengkaji dengan

mudah boleh mendapat maklumat dan data dari pelbagai majalah online, newsletters

dan jurnal dari pelbagai sumber. Teknologi sebagai kaedah penyampaian dalam ICT

telah mengubah peranan pengajar kepada pelajar . Di dalam pendekatan konstruktif

pelajar membina pengetahuan dan rangka rujukan secara individu dan aktiviti sosial

(Biggs,1996).

Tahap integrasi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat

bergantung kepada kemampuan, kesediaan serta persepsi guru-guru terhadap

penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Laporan

Congressional Office of Technology (1995) yang menyebut bahawa guru yang

menggunakan komputer dalam kelas menghadapi lebih cabaran terutamanya yang

dalam memberikan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar, untuk mendapatkan

perisian yang sesuai dengan kurikulum, penjadualan masa pelajar menggunakan

komputer, pemantauan, memberikan bantuan dan menangani masalah teknikal.

Kesannya sangat sedikit bilangan guru yang mempunyai masa untuk merancang dan

membuat persediaan menggunakan komputer.

Kajian Muhamad Hasan bin Abdul Rahman dan Yeong Weng Fatt (2001a &

2001b) menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan komputer dan internet,

namun seperkara yang menarik daripada dapatan penyelidikan tersebut ialah 91

Page 52: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

33

responden (76.4%) daripada 122 berpandangan bahawa penggunaan internet

mengurangkan produktiviti kerja. Apa yang dapat diimplikasikan daripada dapatan

tersebut ialah tahap kemahiran yang rendah menyebabkan pengguna tidak cekap, sukar

dan banyak membuang masa semasa menggunakan internet. Dapatan tersebut juga

berkemungkinan dipengaruhi oleh kesukaran mengakses internet dan talian internet

yang kerap terputus. Kementerian Pelajaran Malaysia melihat ICT sebagai suatu

pemudahcara. Konsep ICT dalam pendidikan ialah sistem yang membolehkan

pengumpulan, pengurusan, manupulasi maklumat, akses maklumat dan komunikasi

dalam pelbagai bentuk.

Kemahiran ICT, merujuk kepada asas kemahiran dan keupayaan yang dapat

ditunjukkan oleh guru semasa penggunaannya. Ia akan menjadi satu halangan dan

masalah jika seseorang guru itu tidak mendapat latihan asas yang membolehkannya

menggunakan ICT dengan selesa dalam pembelajaran dan pengajarannya. Wood

(1999) menekan bahawa teknologi mempengaruhi tiga teori pembelajaran iaitu

interaksi sosial, kognitif dan teori tingkahlaku. Menurut Wood lagi (1999),

penggunaan peralatan seperti komputer membantu pelajar meningkatkan kemahiran

melalui latihan. Tambahan pula, program komputer memberi cabaran kepada pelajar

untuk menyelesaikan sesuatu tugasan serta dapat menghindarkan rasa bosan dalam

kalangan mereka.

Kementerian Pelajaran melaksanakan program komputer di sekolah dalam tiga

peringkat. Ini bertujuan untuk memperkenalkan literasi ICT kepada sebanyak mungkin

sekolah yang boleh. Langkah ini diharap dapat mengurangkan jurang digital di masa

akan datang. Pembestarian sekolah adalah satu langkah yang dijalankan untuk

menyediakan sekolah dengan peralatan komputer. Pelaksanaan kurikulum sekolah

disemak semula agar dapat memenuhi keperluan- keperluan dalam pendidikan . Ia

memberi penekanan kepada strategi pembelajaran yang berkesan dan sesuai dengan

kehendak pendidikan kini dan masa depan. Penggunaan ICT diutamakan, bersesuaian

Page 53: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

34

dengan keperluan kurikulum dan dapat menyokong proses pengajaran dan

pembelajaran. Pengintergrasian ICT dalam kurikulum mempunyai potensi untuk

meningkatkan pengajaran dan pembelajaran .

Dengan kemudahan ICT, proses pembelajaran di bilik darjah menjadi lebih

signifikan terutama apabila guru dan murid dapat mengakses maklumat terkini dan

pelbagai bahan boleh dimanupulasi dengan menggunakan komputer sebagai media dan

ditayangkan semula secara komputer grafik atau dapat melakukan sesuatu eksperimen

secara simulasi. Pelajar juga dapat berkomuniskasi dengan guru dan rakan-rakan

mereka melalui pelbagai media untuk berbincang dan membuat kesimpulan

(Gagne,1996). Pengintergrasian ICT dalam kurikulum banyak bergantung kepada

keupayaan dan kemahiran guru memanfaatkan kemudahan ICT sebagai alat untuk

memproses dan mengakses maklumat serta menjadikan pengajaran dan pembelajaran

di bilik darjah lebih menarik dan berkesan (Modul BPPT, 2005).

Dalam Modul Intergrasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran (2001),

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, konsep

pengintergrasian memberi maksud bahan dan maklumat yang diperolehi melalui

internet diintergrasikan dengan perisian desktop untuk menjalankan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran yang melibatkan pemproses kata, hamparan elektronik dan

persembahan multimedia. ICT adalah diasaskan oleh perkembangan dan kemajuan

yang pesat dalam mikroelektronik sehingga menghasilkan pelbagai kemudahan ICT

seperti, komputer peribadi, telekomunikasi multimedia dan sebagainya. Seterusnya

kemunculan internet telah meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan maklumat

bersepadu sehingga membolehkan diaplikasikan sebagai media komunikasi yang

melibatkan teks, bunyi, grafik dan video.

Page 54: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

35

2.6 Ancaman dan Serangan Virus Terhadap Penggunaan Komputer

Penggunaan peralatan ICT seperti komputer dalam tugasan harian guru serta

pencarian maklumat di internet ada risikonya iaitu ancaman dan serangan virus. Virus

komputer adalah nama yang diambil dari virus biologi, merupakan program komputer

yang berupaya menyalin dirinya sendiri dan menjangkiti komputer tanpa kebenaran

ataupun pengetahuan pengguna. Istilah virus digunakan buat pertama kali dalam

terbitan akademik oleh Fred Cohen pada tahun 1984 dalam kertas kerjanya, Uji kajian

dengan Virus Komputer.

Sesetengah virus direka untuk menjejaskan komputer dengan merosakkan atur

cara, menghapuskan fail, atau memformat semula cakera keras, manakala virus-virus

yang lain direka bukan untuk merosakkan apa-apa, tetapi hanya untuk menyalin diri

dan mungkin untuk menonjolkan kewujudannya melalui pemaparan teks, video, atau

pesanan audio. Selain itu, banyak virus juga mengandungi pepijat yang boleh

mengakibatkan kerosakan sistem dan kehilangan data.

Virus hanya boleh tersebar apabila hosnya sampai ke komputer lain, contohnya

melalui rangkaian atau perantara mudah alih seperti cakera liut, cakera padat atau

pemacu USB. Selain itu, virus juga boleh merebak dengan menjangkiti fail pada

sistem fail rangkaian atau mana-mana sistem fail yang dicapai komputer lain.

Pengguna komputer perlu mempunyai pengetahuan asas sebagai langkah

keselamatan ketika menggunakan komputer apatah lagi sewaktu melayari internet.

Setiap kali menggunakan komputer seseorang itu akan terdedah kepada ancaman

virus, aktiviti melayari internet akan mendedahkan pengguna kepada ancaman dan

serangan virus yang lebih serius. Menurut Rothke (2004) pengguna komputer akan

Page 55: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

36

terdedah kepada ancaman virus setiap kali menggunakan komputer sama ada

menyedarinya mahupun tidak. Ancaman virus dapat dikesan melalui perisian anti virus

yang terdapat di pasaran. Namun menurut beliau lagi ia bukan jaminan bahawa

komputer adalah bebas dari ancaman dan serangan virus. Perisian anti virus perlu

sentiasa dikemaskini melalui internet agar fail-fail virus yang telah dikemaskini dapat

mengenali virus-virus yang terkini, sekaligus ia dapat mengenali dan

menghapuskannya.

Pengguna pusat akses sekolah juga turut terdedah kepada ancaman dan

serangan virus setiap kali mereka menggunakan komputer dan juga apabila mereka

mengakses internet di pusat akses. Lazimnya pengguna komputer yang menggunakan

komputer awam mempunyai risiko ancaman dan serangan virus yang lebih tinggi

berbanding dengan pengguna komputer peribadi. Begitu juga apabila seseorang itu

mengakses internet risiko ancaman dan serangan adalah tinggi juga, apatah lagi

sekiranya dia menggunakan komputer awam seperti yang ada di pusat akses sekolah.

Sebagai langkah penjagaan dan keselamatan, pengguna komputer perlu

mengambil beberapa langkah tertentu sebelum menggunakan komputer. Omar et al

mengatakan seseorang itu perlu mengimbas (virus scan) peranti mudah alih seperti

cakera padat atau thumb drive, exteral hard disk sebelum menggunakannya. Langkah

ini bagi penjagaan dan keselamatan komputer dan juga peranti mudah alih dari

dijangkiti virus kerana sebaik sahaja sebuah komputer terjejas oleh virus, komputer itu

biasanya tidak selamat untuk diteruskan penggunaannya. Pelayar internet perlu

berwaspada dengan lampiran emel kerana virus sangat mudah disebarkan melalui

emel. Sistem operasi komputer juga perlu sentiasa dikemaskini selain dapat menyekat

jangkitan virus ia juga membolehkan komputer beroperasi dalam keadaan lancar dan

stabil.

Page 56: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

37

Szor (2005) menyatakan sungguhpun pengguna komputer terdedah kepada

ancaman dan serangan virus namun ia bukan halangan kepada pengguna komputer di

seluruh dunia dari tidak menggunakannya. Serangan virus menjadi satu isu yang perlu

ditanggani namun keperluan dan kepentingan penggunaan komputer tetap tinggi

dengan keperluan semasa kini. Justeru itu pengguna komputer perlu bijak dengan

mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu agar mereka tidak kehilangan

data yang tersimpan di dalam komputer mereka.

2.7 Penutup

Berdasarkan kajian-kajian dan penulisan-penulisan yang telah dibincangkan

diatas penggunaan internet dan kesediaan guru mengaplikasikan ICT dalam pengajaran

dan pembelajaran akan memberi manfaat yang besar terhadap pelajarnya. Intergrasi

internet dan ICT akan memberi faedah kepada pelajar malah ia juga turut dapat

meningkatkan kemahiran ICT guru. Penggunaannya dalam proses pengajaran dan

pembelajaran seumpama serampang dua mata yang memberi faedah kepada pengajar

dan juga pelajar. Pusat akses sekolah adalah sebuah tempat yang dapat memberi ruang

bagi guru untuk mengaplikasi internet dan ICT. Bimbingan guru dalam menggunakan

internet dan ICT akan menjadikan seorang pelajar itu lebih berkemahiran dan

bertanggungjawab dalam penggunaannya.

Page 57: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

BAB lll

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan huraian dan perbincangan mengenai reka bentuk dan

metodologi kajian. Metodologi kajian merupakan pendekatan, cara atau kaedah yang

digunakan bagi mencapai objektif kajian. Dalam bab ini pengkaji menghuraikan

tentang reka bentuk kajian dan kaedah-kaedah yang digunakan. Aspek-aspek yang

dihuraikan dalam bab ini adalah mengenai reka bentuk kajian, instrumen kajian,

mentadbir soal selidik, populasi dan sampel kajian, kajian rintis, pengolahan serta

penganalisaan data. Reka bentuk dan kaedah yang dijelaskan di sini membantu

pengkaji untuk mengutip dan mengumpulkan data bagi tujuan menganalisisnya.

Page 58: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

39

3.2 Reka Bentuk Kajian

Menurut Mohd Najib (1994), reka bentuk penyelidikan adalah bertujuan untuk

mencari jawapan kepada kajian yang dikaji. Reka bentuk kajian ini ialah kajian

tinjauan berbentuk desriptif ke atas penggunaan pusat akses sekolah dalam kalangan

guru di PKG Zon Tasek Utara, Johor Bahru. Borang soal selidik digunakan untuk

mendapatkan data. Ia juga sebagai panduan dalam mengumpul data, mengurus soal

selidik, menganalisis dan menginterpertasi data.

3.3 Populasi Kajian

Gay dan Airasian (2003) mendefinisikan populasi sebagai kumpulan sasaran

pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan. Manakala

Mohd Majid (2004) mendifinisikan populasi sebagai satu set ciri yang menunjukkan

cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek. Individu

atau objek yang dicerap mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu ciri atau sifat

yang sama antara satu sama lain. Populasi kajian ini terdiri daripada guru-guru yang

berkhidmat di sekolah rendah yang mempunyai pusat akses di Pusat Kegiatan Guru

Zon Tasek Utara, Johor Bahru.

Page 59: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

40

3.4 Kaedah Persampelan

Mohd Najib (1990) sampel ialah sumber untuk mendapatkan data, manakala

populasi adalah jumlah semua ahli dalam kelompok. Dalam kajian ini guru yang

terpilih sebagai sampel kajian adalah guru-guru yang berkhidmat di sekolah rendah

yang mempunyai pusat akses di Pusat Kegiatan Guru Zon Tasek Utara, Johor Bahru.

Pengkaji menggunakan kaedah persampelan rawak mudah untuk mendapatkan sampel

yang mewakili populasi. Menurut Lim et. al. (2006), persampelan rawak mudah adalah

satu proses pemilihan sampel di mana semua individu dalam populasi tertentu

mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel.

Persampelan rawak mudah merupakan kaedah terbaik untuk mendapatkan

sampel yang mewakili populasi. Pengkaji menggunakan Jadual Krejie, R.V dan

Morgan D.W (1970) bagi menentukan sampel daripada populasi. Sebagai rumusan,

populasi ialah seramai 130 orang guru, manakala saiz sampel ialah 97 orang guru, iaitu

14 orang bagi setiap sekolah yang terpilih. Tujuh buah sekolah rendah yang

mempunyai pusat akses sekolah yang terpilih ialah :

i. SK Temenggong Abdul Rahman I (STAR 1) , Johor Bahru

ii. SK Temenggong Abdul Rahman II (STAR 11) , Johor Bahru

iii. SK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru

iv. SK (P) Bandar Tinggi, Johor Bahru

v. SK (P) Yahya Awal, Johor Bahru

vi. SK Ngee Heng , Johor Bahru

vii. SK Tasek Utara, Johor Bahru

Page 60: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

41

3.5 Instrumen Kajian

Instrumen kajian terdiri daripada borang soal selidik. Borang soal selidik ini

dibentuk berdasarkan objektif dan matlamat kajian yang telah ditetapkan. Ia dibentuk

untuk mendapatkan maklumat terhadap penggunaan pusat akses sekolah oleh

responden. Soal selidik sesuai kerana ia dapat memberikan maklum balas yang lebih

tepat kerana responden tidak berhadapan dengan pengkaji semasa menjaawab soalan-

soalan tersebut. Selain itu, pewujudan dan pengaturan daripada soal selidik adalah cara

yang berkesan dan berjaya jika dilakukan dengan betul dan berhati-hati untuk

meningkatkan jumlah maklum balas, memudahkan kesimpulan dan analisa data

terkumpul ( Azizi et.al.,2007). Dalam kajian ini, pengkaji menyesuaikan sebahagian

dari soalan soal selidik dari instrumen Kementerian Pelajaran Malaysia. (Jemaah Nazir

Sekolah pemeriksaan pusat akses sekolah tahun 2007). Borang soal selidik ini

terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu ;

Bahagian A :

Bahagian ini terdiri daripada soalan-soalan tertutup yang berkenaan dengan

latar belakang responden seperti pengalaman mengajar dan usia guru. Bahagian ini

disediakan untuk mengenalpasti golongan guru yang menjadi pengguna pusat akses

sekolah .

Jadual 3.1 : Latar belakang Responden

Item Latar belakang 1 Usia 2 Pengalaman mengajar

Page 61: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

42

Bahagian B :

Soalan–soalan yang dikemukakan dalam bahagian ini adalah berkaitan

persoalan-persoalan kajian iaitu faktor-faktor yang mendorong guru menggunakan

pusat akses sekolah serta aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh guru di pusat akses

sekolah. Kaedah skala Likert digunakan dalam pembentukan soalan dalam bahagian

ini. Kaedah skala Likert ini digunakan untuk menilai pandangan responden terhadap

kenyataan yang diberikan. Responden dikehendaki memilih salah satu pilihan

mengenai tahap persetujuan atau kepuasan mereka terhadap kenyataan yang diberikan.

Terdapat lima skor mata bagi Skala Likert ialah Sangat tidak setuju (1), Tidak setuju

(2), Kurang setuju (3), Setuju (4) dan Sangat setuju (5) seperti jadual di bawah.

Jadual 3.2 : Jadual Skala Likert

Sangat tidak

setuju

Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju

1 2 3 4 5

Jadual 3.3 : Persoalan Kajian I dan II

Bil. Persoalan Kajian Item 1. Apakah faktor-faktor yang mendorong

guru menggunakan pusat akses?

1 hingga 12

2. Apakah aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh guru di pusat akses?

13 hingga 21

Page 62: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

43

Bahagian C

Soalan –soalan yang dikemukakan dalam bahagian ini adalah berkaitan

dengan persoalan kajian mengenai halangan-halangan yang dihadapi oleh guru untuk

menggunakan pusat akses sekolah. Responden dikehendaki memilih salah satu pilihan

mengenai tahap persetujuan atau kepuasan mereka terhadap kenyataan yang diberikan.

Jadual 3.4 : Persoalan Kajian III

Bil. Persoalan Kajian Item 3. Apakah halangan-halangan yang dihadapi

oleh guru untuk menggunakan pusat akses sekolah ?

22 hingga 30

3.6 Kajian Rintis

Hanya sebuah sekolah sahaja yang terlibat dalam kajian rintis ini. Guru yang

diambil tidak melibatkan populasi yang telah dirancang, iaitu seramai 15 orang. Kajian

rintis dijalankan bagi menentukan soalan yang dibentuk mudah difahami dan tidak

membebankan guru untuk menjawabnya. Sehubungan dengan itu, soalan-soalan yang

tidak sesuai, sukar difahami dan yang boleh mengelirukan akan dibuat

penambahbaikan atau tidak dimasukkan sebagai instrumen kajian. Tujuan kajian rintis

ialah untuk :

Page 63: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

44

i) Mengenalpasti masalah berhubung dengan pemahaman dan interpretasi

terhadap item soal selidik.

ii) Untuk melihat jangkamasa yang diperlukan bagi menjawab item yang

dikemukakan di dalam soal selidik.

iii) Untuk mendapat maklum balas daripada responden yang menjawab

3.6.1 Kesahan dan Kebolehpercayaan

Kesahan membawa maksud data yang diperolehi adalah melambangkan apa

yang diukur Mohd Najib Ghafar (1998) dalam Shahrul (2003). Kajian rintis dijalankan

bagi menentukan kesesuaian, kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian untuk

pengumpulan data. Manakala kebolehpercayaan pula ialah ketekalan sesuatu alat

dalam melahirkan skor yang setara iaitu skor yang sama diperolehi apabila

dilaksanakan sebanyak dua kali pada subjek yang sama (Syahram Abdullah,1990).

Mengikut Mohd Majid (1994) menyatakan, meskipun tiada batasan khusus

yang boleh digunakan bagi menentukan pekali kebolehpercayaan yang sesuai bagi

sesuatu alat ukur, pekali kebolehpercayaan yang lebih daripada 0.60 sering digunakan

dan menjadikan rujukan paling minimum untuk diterima. Nilai Alpha Cronbach bagi

instrumen kajian rintis ialah r = 0.7730.

Page 64: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

45

3.7 Kaedah Pengumpulan Data

Pengkaji merujuk jadual di bawah berdasar Azizi et al (2006) untuk

menghasilkan keputusan yang akan diperolehi adalah sahih dan mempunyai darjah

kepercayaan yang tinggi.

Jadual 3.5 : Kekuatan Hubungan Gilford

3.8 Tatacara Pelaksanaan

Beberapa prosedur perlu dilaksanakan sebelum dan selepas set instrumen

kajian diedarkan oleh pengkaji, iaitu mendapatkan kelulusan Bahagian Perancangan

dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) dan Jabatan Pelajaran Negeri melalui

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia bagi menjalankan kajian ini.

Setelah soal selidik diluluskan, pengkaji pergi ke setiap sekolah yang terlibat

bagi mendapatkan kebenaran dari pihak pentadbir sekolah yang terlibat untuk

menyerahkan soal selidik untuk dijawab. Pihak sekolah diminta untuk menjawab soal

selidik dalam masa tujuh hari. Prosedur untuk menjawab soalan soal selidik disertakan

Tahap Nilai Min

Rendah 1.00-2.33

Sederhana 2.34-3.66

Tinggi 3.67-5.00

Page 65: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

46

bersama-sama dengan borang soal selidik. Pengumpulan borang soal selidik yang telah

dijawab, dilakukan dengan dua cara. Pertama, pengkaji mengambilnya sendiri di

sekolah yang terlibat dan yang kedua mengambil instrumen kajian di “pigeon hole”

PPD Johor Bahru setelah mendapat makluman dari pihak sekolah.

3.9 Kaedah Analisis

Perisian Statistical Package for Social Science for Windows Version 12.0

(SPSS) digunakan untuk menganalisis data –data yang dikumpul. Data yang diperolehi

akan dianalisis. Menurut Mohd Najib (1994), penganalisaan data merupakan teknik

untuk mengumpul, mengolah, menganalisis, menyimpan dan mengeluarkan data.

3.9.1 Analisis Deskriptif

Data dari soal selidik yang diperolehi akan dianalisis bagi mendapatkan nilai

kekerapan, peratusan dan min. Menurut Mohd Najib (1998) nilai kekerapan dan min

digunakan untuk mewakili atau menerangkan ciri kumpulan sesuatu data serta

menerangkan kandungan sesuatu set soalan. Min sesuai digunakan untuk memudahkan

tugas analisis kerana min melambangkan arah tuju responden adalah sesuai digunakan

dalam kajian bagi memudahkan tugas analisis dengan mengira sampel untuk gagasan

item-item kerana ia lebih bermakna untuk mencapai objektif kajian. Setiap item

dianalisis, dikumpul mengikut aspek dan dipersembahkan dalam bentuk jadual

Page 66: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

47

peratusan. Analisis deskriptif digunakan bagi tujuan ini adalah kekerapan, peratusan

dan purata. Berdasarkan analisis kekerapan , nilai min diperolehi dan digunakan untuk

mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong guru menggunakan pusat akses sekolah,

mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru di pusat akses sekolah dan

halangan-halangan yang dihadapi oleh guru di pusat akses sekolah .

3.10 Rumusan

Pengkaji telah membincangkan metodologi kajian yang digunakan dalam

kajian ini. Huraian analisis yang dibuat adalah berdasarkan kepada setiap item soalan

dan juga secara keseluruhan bagi setiap persoalan kajian. Pengkaji akan meneruskan

hasil kajian dan menganalisisnya di dalam bab yang berikutnya.

Page 67: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

BAB IV

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Bab ini membentangkan data yang diperolehi dari kajian tentang penggunaan

pusat akses sekolah dalam kalangan guru yang telah dijalankan di tujuh buah sekolah di

Pusat Kegiatan Guru Zon Tasek Utara (PKG) Johor Bahru. Sebanyak 97 borang soal

selidik telah diedarkan kepada sampel kajian, yang terdiri daripada guru-guru yang

bertugas di tujuh buah sekolah rendah yang mempunyai pusat akses. Dapatan kajian

dimuatkan dalam bentuk statistik deskriptif. Data telah dikumpul dan dianalisis dengan

menggunakan perisian komputer SPSS (Statistical Package for Social Science Version

12.0 for Windows). Perbincangan hasil kajian adalah berdasarkan kepada persoalan

kajian.

Page 68: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

49

4.2 Analisis Faktor Latar Belakang Responden

Responden terdiri daripada guru-guru di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Zon Tasek

Utara Johor Bahru. Seramai 83 orang responden terlibat dalam kajian ini. Bahagian ini

menerangkan latar belakang responden dari aspek umur dan pengalaman mengajar

mereka.

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Umur

Terdapat lima kategori peringkat umur. Berdasarkan Jadual 4.1, bilangan

responden yang berumur 25 hingga 30 tahun adalah seramai 53 orang iaitu 63.9 peratus,

bagi yang berumur 31 hingga 35 tahun adalah seramai 14 orang iaitu 16.9 peratus.

Manakala bagi yang berumur 36 hingga 40 tahun pula adalah seramai 5 orang iaitu 6.0

peratus, responden yang berumur 41 hingga 50 tahun adalah seramai 9 orang iaitu 10.8

peratus dan diikuti dengan yang berumur 51 tahun ke atas adalah 2 orang iaitu 2.4

peratus.

Jadual 4.1 : Taburan Responden Mengikut Umur

Usia Frekuensi (F) Peratus (%)

25 – 30 tahun 53 63.9

31 – 35 tahun 14 16.9

36- 40 tahun 5 6.0

41 – 50 tahun 9 10.8

51 tahun ke atas 2 2.4

Jumlah 83 100

Page 69: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

50

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar

Berpandukan Jadual 4.2, taburan responden yang berpengalaman mengajar di

antara 1 hingga 5 tahun berjumlah 52 orang iaitu 62.7 peratus, diikuti dengan mereka

yang berpengalaman di antara 6 hingga 10 tahun seramai 13 responden iaitu 15.7

peratus. Sementara itu seramai 8 orang responden iaitu 9.6 peratus yang berpengalaman

11 hingga 15 tahun. Golongan yang berpengalaman di antara 16 hingga 20 tahun pula

adalah sebanyak 4.8 peratus dan responden yang berpengalaman 20 tahun ke atas adalah

seramai 6 orang sahaja iaitu 7.2 peratus.

Jadual 4.2 : Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar

4.3 Analisis Data

Dalam bahagian ini dapatan kajian diperolehi daripada tiga bahagian soal selidik

yang dikemukakan iaitu Bahagian A, B dan C. Bahagian A mengandungi maklumat

mengenai latar belakang responden. Bahagian B dan C pula mengandungi item-item

Penglaman Mengajar Frekuensi (F) Peratus (%)

20 tahun ke atas 6 7.2

16 – 20 tahun 4 4.8

11- 15 tahun 8 9.6

6 – 10 tahun 13 15.7

1- 5 tahun 52 62.7

Jumlah 83 100

Page 70: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

51

yang menjawab persoalan kajian. Persoalan kajian yang dibincangkan bertumpu kepada

tiga bahagian iaitu, apakah faktor-faktor yang mendorong guru menggunakan pusat

akses sekolah, apakah aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh guru di pusat akses sekolah

dan apakah halangan-halangan yang dihadapi oleh guru untuk menggunakan pusat akses

sekolah.

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian I : Faktor-Faktor Yang Mendorong Guru

Menggunakan Pusat Akses Sekolah.

Min keseluruhan bagi penggunaan pusat akses sekolah dalam kalangan guru

berada pada tahap 3.81 iaitu pada tahap tinggi. Jadual 4.3 menunjukkan maklum balas

responden terhadap faktor-faktor yang mendorong guru menggunakan pusat akses

sekolah. Analisis item mendapati nilai skor min yang tertinggi ialah item 11 di mana

nilai skor min ialah 4.06. Item tersebut ialah mengenai lokasi pusat akses sekolah di

mana responden merasakan ia adalah sesuai untuk warga sekolah. Item yang kedua

tertinggi ialah 4.04 iaitu mengenai galakan yang diberikan oleh pihak sekolah untuk

menggunakan pusat akses sekolah bagi mengakses maklumat berkaitan pengajaran dan

pembelajaran. Ini termasuklah kebebasan responden untuk menggunakan pusat akses

sekolah kerana masa operasinya panjang dan selepas waktu persekolahan.

Item 2 mempunyai nilai skor min terendah iaitu berkenaan dengan kemudahan

internetnya yang laju dan memudahkan guru. Walaupun begitu responden beranggapan

bahawa kelajuan internet boleh dipertingkatkan lagi. Oleh itu guru-guru berpendapat

bahawa pusat akses sekolah sememangnya memberi manfaat.

Page 71: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

52

Jadual 4.3 Maklum balas Bagi Item Faktor-faktor Yang Mendorong

Guru Menggunakan Pusat Akses Sekolah

Peratus Dan frekuensi (n=83)

Item

Pernyataan STS TS KS S SS

MIN

11.

Saya berpendapat lokasi Pusat Akses Sekolah adalah sesuai untuk warga sekolah.

-

-

2.4 2

15.2 13

55.4 46

26.5 22

4.06

10.

Saya diberi galakkan oleh pihak sekolah utk menggunakan Pusat Akses Sekolah bagi mengakses maklumat berkaitan P&P.

2.4

2

2.4

2

12.0

10

54.2

45

28.9 24

4.04

6

Saya bebas menggunakannya kerana masa operasinya sepjg dan selepas waktu persekolahan

3 3.6

3 3.6

14.5 12

49.4 41

28.9 24

3.96

3.

Saya dapat berjimat dengan mengakses internet di pusat akses sekolah

2.4 2

6.0 5

20.5 17

34.9 29

36.1 30

3.96

9.

Saya menggalakkan murid untuk menggunakan Pusat Akses Sekolah pada waktu persekolahan.

3.6 3

- -

18.1 15

54.2 45

24.1 20

3.95

4.

Saya tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan kemudahan internet di tempat lain.

3.6 3

2.4 2

20.5 17

43.4 36

30.1 25

3.93

5. Saya selesa dengan waktu operasi Pusat

2.4 2

2.4 2

15.7 13

60.2 50

19.3 16

3.91

Page 72: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

53

Akses Sekolah.

7.

Saya dapat menggunakan komputer dan pencetak secara percuma.

- -

10.8 9

21.7 18

37.3 31

30.1 25

3.86

1

Saya menggunakan pusat akses sekolah kerana mudah mengakses internet.

3.6 3

3.6 3

20.5 17

51.8 43

20.5 17

3.81

12.

Saya berpendapat peralatan di Pusat Akses Sekolah adalah mencukupi.

4.8 4

6.0 5

31.3 26

43.4 36

14.5 12

3.56

8.

Saya belajar daripada kawan cara mengkakses internet di pusat akses sekolah

6.0 5

12.0 10

20.5 17

55.4 46

6.0 5

3.43

2.

Kemudahan internetnya laju dan memudahkan saya.

4.8 4

15.7 13

32.5 27

42.2 35

4.8 4

3.26

Min Keseluruhan

3.81

*f( frekuensi)= angka dalam italic menunjukkan nilai frekuensi STS=Sangat tidak setuju TS=Tidak setuju TP=Tidak pasti S=Setuju SS=Sangat setuju

…sambungan Jadual 4.3

Page 73: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

54

4.3.1.1. Faktor-faktor Yang Mendorong Guru Menggunakan Pusat Akses Sekolah

Berasaskan Umur Bagi Item Yang Mempunyai Nilai Min Tertinggi dan

Terendah

Kaedah jadual silang (Crosstabulation) digunakan untuk melihat penggunaan

berasaskan faktor yang mendorong guru menggunakan pusat akses sekolah berdasarkan

latar belakang iaitu umur responden. Lokasi pusat akses sekolah yang sesuai untuk

warga sekolah merupakan faktor pendorong yang mempunyai nilai min tertinggi.

Dapatan mendapati melalui Jadual 4.4 di bawah menunjukkan 68 orang daripada

83 responden memberi maklum balas bersetuju bahawa lokasi pusat akses sekolah

sesuai untuk warga sekolah. Responden yang berumur 25 hingga 30 tahun (51.8 peratus)

merupakan golongan yang paling ramai bersetuju dengan pernyataan ini berbanding

dengan hanya seorang sahaja responden yang berumur 51 tahun ke atas bersetuju (1.2

peratus).

Namun begitu bilangan responden yang kurang bersetuju pula ialah 9 orang

responden (10.8 peratus) juga dari kalangan responden yang berumur 25 hingga 30

tahun. Jumlah keseluruhan responden yang kurang setuju dengan pernyataan yang sama

ialah seramai 13 orang daripada 83 orang responden . Hanya dua orang responden (2.4

peratus) tidak bersetuju dengan pernyataan lokasi pusat akses sekolah adalah sesuai

untuk warga sekolah. Responden berkenaan ialah seorang berumur 25 hingga 30 tahun

dan seorang lagi berumur 51 tahun ke atas. Secara keseluruhannya responden bersetuju

bahawa lokasi pusat akses sekolah yang sesuai menyumbang kepada penggunaan pusat

akses sekolah dalam kalangan guru.

Page 74: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

55

Jadual 4.4 : Faktor-faktor Yang Mendorong Guru Menggunakan Pusat Akses Sekolah Berasaskan Umur Bagi Item Yang Mempunyai Nilai Min Tertinggi

Saya berpendapat lokasi pusat akses sekolah adalah sesuai untuk warga sekolah.

Umur STS/ TS

KS S/SS Jumlah n

25 – 30 tahun

1 1.2%

9 10.8%

43 51.8%

53 63.9%

31 – 35 tahun

- 1 1.2%

13 15.6%

14 16.9%

36 – 40 tahun

- 2 2.4%

3 3.6%

5 6.0%

41 – 50 tahun

- 1 1.2%

8 9.6%

9 10.8%

51 tahun ke atas

1 1.2%

- 1 1.2%

2 2.4

Jumlah 2 2.4%

13 15.7%

68 81.9%

83 100.0%

Manakala Jadual 4.5 di bawah menunjukkan maklum balas bagi pernyataan yang

mempunyai nilai min terendah iaitu mengenai kemudahan internetnya yang laju. Dari

83 orang responden hanya 39 orang responden sahaja yang bersetuju dan responden

yang paling ramai bersetuju ialah yang berumur 20 hingga 30 tahun iaitu 28 orang (33.7

peratus). Seramai 17 orang responden tidak bersetuju dengan pernyataan yang sama,

responden yang teramai ialah 8 orang responden (9.6 peratus) dari kalangan yang

berumur 25 hingga 30 tahun dan setiap seorang (1.2 peratus) dari responden yang

berumur 36 hingga 51 tahun ke atas. Responden beranggapan bahawa perkhidmatan

internet masih boleh dipertingkatkan lagi bagi menggalakkan penggunaannya terutama

dari segi kelajuan dalam capaian internet.

Page 75: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

56

Jadual 4.5 : Faktor-faktor Yang Mendorong Guru Menggunakan Pusat Akses Sekolah Berasaskan Umur Bagi Item Yang Mempunyai Nilai Min Terendah

Kemudahan internetnya laju dan memudahkan saya.

Umur STS/ TS

KS S/SS Jumlah n

25 – 30 tahun

8 9.6%

17 20.5%

28 33.7%

53 63.9%

31 – 35 tahun

6 7.2%

3 3.6%

5 6.0%

14 16.9%

36 – 40 tahun

1 1.2%

4 4.8%

- 5 6.0%

41 – 50 tahun

1 1.2%

3 3.6

5 6.0%

9 10.8%

51 tahun ke atas

1 1.2%

- 1 1.2%

2 2.4

Jumlah 17 20.5%

27 32.5%

39 46.2%

83 100.0%

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian II : Apakah Aktiviti-Aktiviti Yang Dilakukan

Oleh Guru Di Pusat Akses Sekolah.

Persoalan kajian kedua adalah mengenai aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh

guru di pusat akses sekolah, ia terdapat di dalam soal selidik dalam bahagian B yang

mengandungi 9 item. Jadual 4.6 menunjukkan maklum balas responden terhadap

aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh guru di pusat akses sekolah.

Page 76: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

57

Nilai min tertinggi ialah 4.21 iaitu item 13 mengenai aktiviti mengakses internet

untuk mencari bahan pengajaran dan pembelajaran. Bagi nilai min kedua tinggi ialah

3.84 iaitu mengenai aktiviti-aktiviti mencari bahan untuk penyediaan soalan

peperiksaan. Nilai skor min terendah ialah 3.14 iaitu item 16 mengenai aktiviti

penggunaan emel sebagai alat komunikasi sesama rakan guru. Aktiviti penggunaan emel

sebagai alat komunikasi tidak popular dalam kalangan guru dan masih berada pada tahap

minima. Walau bagaimanapun aktiviti internet untuk melayari laman web bagi

mengakses maklumat tetap dilakukan sebagai aktiviti untuk menambahkan ilmu

pengetahuan dan info terkini.

Nilai min keseluruhan yang diperolehi ialah 3.59 iaitu berada pada tahap

sederhana. Ini menunjukkan bahawa aktiviti guru di pusat akses sekolah berada di tahap

yang sederhana. Aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada mengakses bahan-bahan dari

internet untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran masih berada pada tahap yang

sederhana.

Jadual 4.6 Maklum balas Mengenai Aktiviti Guru Di Pusat Akses Sekolah

Peratus Dan frekuensi (n = 83)

ITEM

PERNYATAAN STS TS KS S SS

MIN

13.

Saya mengakses internet untuk mencari bahan pengajaran dan pembelajaran .

1.2 1

1.2 1

12.0 10

45.8 38

39.8 33

4.21

21. Saya mencari bahan untuk penyediaan soalan peperiksaan.

2.4 2

2.4 2

21.7 18

55.4 46

18.1 15

3.84

Page 77: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

58

*f( frekuensi)= angka dalam italic menunjukkan nilai frekuensi STS=Sangat tidak setuju TS=Tidak setuju

TP=Tidak pasti S=Setuju SS=Sangat setuju

17. Saya membaca akhbar secara online.

1.2 1

4.8 4

26.5 22

48.2 40

19.3 16

3.79

19. Saya melayari laman web yang telah ditentukan melalui panduan di pusat akses sekolah.

3.6 3

3.6 3

24. 20

60.2 50

8.4 7

3.66

14. Saya melayari laman web MySchoolNet.

2.4 2

7.2 6

28.9 24

54.2 45

7.2 6

3.56

18. Saya membaca majalah secara online.

2.4 2

8.4 7

45.8 38

34.9 29

8.4 7

3.38

20 Saya menggunakan komputer di pusat aksessekolah untuk melihat perisian.

3.6 3

15.7 13

28.9 24

45.8 38

6.0 5

3.34

15. Saya melayari laman web MyTutor.

4.8 4

10.8 9

31.3 26

49.4 41

3.6 3

3.36

16. Saya menggunakan emel untuk berkomunikasi sesama rakan guru.

4.8 4

18.1 15

42.2 35

27.7 23

7.2 6

3.14

Min Keseluruhan 3.59

…sambungan Jadual 4.6

Page 78: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

59

4.3.2.1 Aktiviti-aktiviti Yang Dilakukan Oleh Guru di Pusat Akses Sekolah Berasaskan Umur Item Yang Mempunyai Nilai Min Tertinggi dan Terendah

Hasil dapatan kajian dalam Jadual 4.7 di bawah, mendapati bahawa 71 orang

responden lebih kerap mengakses internet untuk mencari bahan pengajaran dan

pembelajaran, 49 (59.0 peratus) daripada responden ini berumur di antara 25 hingga 30

tahun. Golongan ke dua teramai ialah yang berumur 31 hingga 35 tahun iaitu 11 orang

(13.2 peratus). Hanya 2 orang responden sahaja yang tidak bersetuju iaitu 2.4 peratus,

setiap seorang daripada mereka ialah dari kalangan yang berumur 25 hingga 30 dan 51

tahun ke atas. Keutamaan aktiviti yang dilakukan oleh guru di pusat akses sekolah ialah

mencari bahan pengajaran dan pembelajaran yang merupakan satu aktiviti yang selari

dengan tugas sebagai seorang guru untuk menyediakan bahan bantu mengajar.

Jadual 4.7 : Aktiviti-aktiviti yang Dilakukan Oleh Guru Di Pusat Akses Sekolah Berasaskan Umur Bagi Item Yang Mempunyai Nilai Min Tertinggi

Saya mengakses internet untuk mencari bahan pengajaran dan pembelajaran .

Umur STS/ TS

KS S/SS Jumlah n

25 – 30 tahun

1 1.2%

3 3.6%

49 59.0%

53 63.9%

31 – 35 tahun

- 3 3.6%

11 13.2%

14 16.9%

36 – 40 tahun

- 2 2.4%

3 3.6%

5 6.0%

41 – 50 tahun

- 1 1.2%

8 9.6%

9 10.8%

51 tahun ke atas

1 1.2%

1 1.2%

- 2 2.4

Jumlah 2 2.4%

10 12.0%

71 85.6%

83 100.0%

Page 79: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

60

Hanya 20 orang responden bersetuju dengan pernyataan menggunakan emel

untuk berkomunikasi sesama rakan guru, 35 orang responden kurang setuju dan 19

orang responden pula tidak bersetuju. Responden yang berumur 25 hingga 30 tahun

merupakan golongan responden yang paling ramai bersetuju iaitu 20 responden (24.1

peratus). Berbanding dengan keseluruhan responden yang tidak setuju golongan yang

berumur 25 hingga 30 tahun turut merupakan golongan yang teramai tidak bersetuju

dengan pernyataan yang sama.

Aktiviti menggunakan emel untuk berkomunikasi sesama rakan guru masih

belum meluas dan tidak popular dalam kalangan mereka. Didapati aktiviti ini sangat

rendah di semua peringkat umur.

Jadual 4.8 : Aktiviti-aktiviti yang Dilakukan Oleh Guru Di Pusat Akses Sekolah Berasaskan Umur Bagi Item Yang Mempunyai Nilai Min Terendah

Saya juga menggunakan emel untuk berkomunikasi sesama rakan guru.

Umur STS/ TS

KS S/SS Jumlah n

25 – 30 tahun

12 14.4%

21 25.3%

20 24.1%

53 63.9%

31 – 35 tahun

3 3.6%

5 6.0%

6 7.2%

14 16.9%

36 – 40 tahun

1 1.2%

3 3.6%

1 1.2%

5 6.0%

41 – 50 tahun

2 2.4%

5 6.0%

2 2.4%

9 10.8%

51 tahun ke atas

1 1.2%

1 1.2%

- 2 2.4

Jumlah 19 22.9%

35 42.2%

29 34.9%

83 100.0%

Page 80: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

61

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian III : Apakah Halangan-halangan yang dihadapi

oleh Guru Di Pusat Akses Sekolah.

Jadual 4.9 menunjukkan maklum balas mengenai halangan - halangan yang

dihadapi oleh guru untuk menggunakan pusat akses sekolah. Nilai min tertinggi ialah

3.89 iaitu serangan virus yang membimbangkan. Selain itu bilangan komputer di pusat

akses sekolah yang amat terhad menyebabkan guru terpaksa berkongsi dan secara

bergilir. Nilai skor min yang terendah ialah item 24 iaitu 2.97, mengenai tugasan guru

yang sangat berat menyebabkan sukar menggunakan pusat akses sekolah. Guru tertakluk

pada jadual waktu persekolahan yang padat dan beban tugas yang berat sebagai

penyumbang kepada penghalang penggunaan pusat akses sekolah.

Nilai min keseluruhan bagi halangan yang dihadapi oleh guru untuk

menggunakan pusat akses sekolah ialah 3.36. dan berada pada tahap sederhana. Ini

menunjukkan terdapat halangan yang dihadapi oleh guru untuk menggunakan pusat

akses sekolah. Namun demikian guru masih menggunakan pusat akses sekolah kerana

halangan-halangannya masih boleh diatasi.

Jadual 4.9 : Maklum balas Mengenai Halangan-halangan yang dihadapi oleh

Guru Di Pusat Akses Sekolah.

Peratus Dan frekuensi (n=83)

ITEM

PERNYATAAN STS TS KS S SS

MIN

30. Serangan virus membimbangkan saya.

2.4 2

12.0 10

15.7 13

33.7 28

36.1 30

3.89

26. Bilangan komputer di pusat akses sekolah amat

- -

9.6 8

25.3 21

43.4 36

21.7 18

3.77

Page 81: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

62

terhad. 25. Saya lebih bebas

mengakses internet di rumah daripada di pusat akses sekolah.

7.2 6

13.3 11

22.9 19

32.5 27

24.1 20

3.53

22. Lokasi pusat akses sekolah yang berada di tingkat atas menyulitkan.

7.2 6

16.9 14

31.3 26

27.7 23

16.9 14

3.30

27. Lebih mudah jika guru dibenarkan menyimpan fail yang dimuat turun dalam komputer di pusat akses sekolah.

10.8 9

15.7 13

19.3 16

41.0 34

13.3 11

3.30

28. Jadualwaktu persendirian yang ketat menyukarkan saya menggunakan pusat akses sekolah.

7.2 6

15.7 13

31.3 26

36.1 30

9.6 8

3.25

29. Saya mengambil masa yang lama untuk akses laman web yang relevan dengan P&P.

3.6 3

26.5 22

31.3 26

28.9 24

9.6 8

3.14

23. Saya tiada kesempatan menggunakan pusat akses sekolah kerana masa di sekolah amat terhad.

12.0 10

21.7 18

25.3 21

30.1 25

10.8 9

3.06

24. Tugasan sebagai guru sangat berat saya sukar untuk menggunakannya.

10.8 9

22.9 19

27.7 23

34.9 29

3.6 3

2.97

Min Keseluruhan 3.36

*f( frekuensi)= angka dalam italic menunjukkan nilai frekuensi STS=Sangat tidak setuju TS=Tidak setuju TP=Tidak pasti S=Setuju SS=Sangat setuju

…sambungan Jadual 4.9

Page 82: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

63

4.3.3.1 Halangan-halangan Yang Dihadapi Oleh Guru Untuk Menggunakan Pusat

Akses Sekolah Berasaskan Umur Item Yang Mempunyai Nilai Min

Tertinggi dan Terendah

Jadual 4.10 di bawah, menunjukkan seramai 58 orang responden daripada 83

orang bersetuju dengan pernyataan tentang kebimbangan mengenai serangan virus.

Responden yang paling ramai ialah yang berumur 25 hingga 30 tahun iaitu seramai 37

orang (44.6 peratus). Hanya ada dua orang sahaja responden yang berumur 51 tahun ke

atas dan keduanya memberi persetujuan sepenuhnya bahawa serangan virus sangat

membimbangkan.

Bagi pernyataan yang sama terdapat 12 orang responden tidak bersetuju.

Golongan yang teramai ialah golongan yang berumur 25 hingga 30 tahun. Responden

kedua yang tidak bersetuju pula ialah yang berumur 31 hingga 35 tahun. Sungguhpun

terdapat kebimbangan terhadap serangan virus, guru masih menggunakan pusat akses

sekolah. Kesedaran dan kebimbangan serangan virus tidak menghalang penggunaan

pusat akses sekolah dalam kalangan guru.

Page 83: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

64

Jadual 4.10 : Halangan-halangan yang Dihadapi Oleh Guru Di Pusat Akses Sekolah Berasaskan Umur Bagi Item Yang Mempunyai Nilai Min Tertinggi

Serangan virus membimbangkan saya.

Umur STS/ TS

KS S/SS Jumlah n

25 – 30 tahun

8 9.6%

8 9.6%

37 44.6%

53 63.9%

31 – 35 tahun

3 3.6%

2 2.4%

9 10.8%

14 16.9%

36 – 40 tahun

1 1.2%

2 2.4%

2 2.4%

5 6.0%

41 – 50 tahun

- 1 1.2%

8 9.6%

9 10.8%

51 tahun ke atas

- - 2 2.4%

2 2.4

Jumlah 12 14.4%

13 15.7%

58 69.8%

83 100.0%

Dapatan berikut dapat dilihat melalui Jadual 4.11 di bawah. Seramai 32 orang

responden daripada 83 orang bersetuju bahawa tugasan yang berat sebagai guru

menyukarkan mereka menggunakan pusat akses sekolah. Responden yang berumur 25

hingga 30 tahun yang bersetuju ialah seramai 20 orang (24.1 peratus). Ini menunjukkan

bahawa golongan ini beranggapan kesukaran menggunakan pusat akses sekolah adalah

disebabkan tugasan yang berat di sekolah.

Sebaliknya terdapat 28 orang responden tidak bersetuju dengan pernyataan ini

iaitu sebanyak 33.7 peratus. Daripada 28 orang responden yang tidak bersetuju didapati

golongan yang berumur 25 hingga 30 ialah seramai 21 orang dengan peratusan 25.3

peratus. Responden di atas beranggapan bahawa tugasan sebagai guru tidak menghalang

mereka daripada menggunakan pusat akses sekolah.

Page 84: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

65

Jadual 4.11 : Halangan-halangan yang Dihadapi Oleh Guru Di Pusat Akses Sekolah Berasaskan Umur Bagi Item Yang Mempunyai Nilai Min Terendah

Tugasan sebagai guru sangat berat saya sukar untuk menggunakannya.

Umur STS/ TS

KS S/SS Jumlah n

25 – 30 tahun

21 25.3%

12 14.5%

20 24.1%

53 63.9%

31 – 35 tahun

3 3.6%

7 8.4%

4 4.8%

14 16.9%

36 – 40 tahun

- 2 2.4%

3 3.6%

5 6.0%

41 – 50 tahun

3 3.6%

2 2.4%

4 4.8%

9 10.8%

51 tahun ke atas

1 1.2%

- 1 1.2%

2 2.4

Jumlah 28 33.7%

23 27.7%

32 38.5%

83 100.0%

Page 85: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

66

4.4 Rumusan Analisis

Rumusan dapatan kajian mengenai ketiga-tiga persoalan kajian dirumuskan di dalam

jadual 4.12 di bawah.

Jadual 4.12 : Rumusan Keseluruhan Analisis

Bil. Persoalan Kajian Min Tahap 1. Apakah faktor-faktor yang

mendorong guru menggunakan pusat akses sekolah?

3.81

Tinggi

2. Apakah aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh guru di pusat akses sekolah?

3.59

Sederhana

3. Apakah halangan-halangan yang dihadapi oleh guru untuk menggunakan pusat akses sekolah ?

3.36

Sederhana

Berdasarkan Jadual 4.12 di atas, tahap penilaian responden berdasarkan min

dengan merujuk kepada sumber Azizi et al (2006), mendapati nilai purata min bagi

persoalan kajian yang pertama adalah berada di tahap tinggi iaitu 3.81. Dapatan ini

menunjukkan faktor yang mendorong guru menggunakan pusat akses sekolah adalah

tinggi. Bagi persoalan kedua pula, hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan tahap min

berada di tahap yang sederhana iaitu 3.59. Analisis ini menunjukkan aktiviti yang

dilakukan oleh guru di pusat akses sekolah adalah sederhana. Majoriti guru yang

menggunakan pusat akses sekolah mengakses internet untuk mencari bahan pengajaran

dan pembelajaran. Mereka juga turut melayari laman web serta membaca akhbar dan

majalah secara online.

Page 86: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

67

Purata keseluruhan min yang diperolehi bagi persoalan kajian yang ketiga ialah

3.36, ini bermakna ia berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian ini menunjukkan

bahawa terdapat halangan-halangan yang membataskan penggunaan pusat akses sekolah

dalam kalangan guru. Di antara halangannya ialah wujudnya jurang digital di antara

golongan guru muda dengan golongan guru veteran. Kekurangan peralatan komputer di

pusat akses sekolah juga menjadi halangan kepada guru kerana mereka mempunyai rutin

tugasan yang perlu dipatuhi.

4.5 Penutup

Di dalam Bab IV ini pengkaji telah menganalisis data hasil dapatan kajian

dengan merangkumkannya dalam bentuk jadual. Jadual yang dibina adalah

menunjukkan taburan responden dalam bentuk peratus, kekerapan dan min. Berdasarkan

data yang telah dianalisis, pengkaji berharap agar ulasan dan cadangan yang akan

diusulkan di dalam bab seterusnya akan dapat diterima-pakai sebagai suatu keputusan

kajian yang dikehendaki serta relevan dalam konteks kajian ini.

Page 87: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

BAB V

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan mengenai rumusan, perbincangan, cadangan

kajian dan cadangan kajian lanjutan. Pengkaji akan merumuskan seluruh kajian

penggunaan pusat akses sekolah dalam kalangan guru ini berdasarkan objektif kajian,

persoalan kajian dan statistik yang digunakan. Dapatan yang diperolehi adalah

berdasarkan kepada objektif-objektif yang dinyatakan dalam Bab I iaitu :

5.1.1 Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong guru menggunakan pusat akses

sekolah .

5.1.2 Mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dijalankan di pusat akses sekolah oleh

guru.

5.1.3 Mengenal pasti halangan-halangan yang dihadapi oleh guru di pusat akses

sekolah .

Page 88: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

69

Pengkaji juga turut membuat kesimpulan berdasarkan keputusan-keputusan

kajian. Perbincangan dalam bab ini menyediakan asas dalam menyusun cadangan-

cadangan yang diharapkan dalam mempertingkatkan pelaksanaan penggunaan pusat

akses sekolah di sekolah-sekolah dan kajian-kajian lanjutan yang sesuai untuk

dilakukan.

5.2 Rumusan Dapatan

Dalam bahagian ini pengkaji membincangkan rumusan dapatan tentang

penggunaan pusat akses sekolah dalam kalangan guru di Pusat Kegiatan Guru (PKG)

Zon Tasek Utara, Johor Bahru. Sampel kajian adalah terdiri daripada guru-guru yang

mengajar di tujuh buah sekolah rendah yang mempunyai pusat akses di PKG Zon

Tasek Utara, Johor Bahru. Responden kajian adalah seramai lapan puluh tiga orang

guru dari tujuh buah sekolah rendah di zon berkenaan. Analisis statistik deskriptif

digunakan untuk mendapatkan jumlah skor, min dan peratus bagi mengenal pasti

penggunaan pusat akses sekolah.

Hasil kajian mendapati faktor-faktor yang mendorong guru menggunakan

pusat akses sekolah dalam kalangan guru di PKG Zon Tasek Utara adalah pada tahap

yang tinggi. Faktor-faktornya ialah lokasi pusat akses sekolah yang sesuai, galakan

pihak pentadbir dan waktu operasi yang fleksibel menjadi pendorong kepada guru

untuk menggunakannya. Ini menunjukkan bahwa guru memang menggunakan pusat

akses sekolah kerana adanya faktor-faktor yang mendorong ini.

Page 89: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

70

Manakala dapatan kajian mengenai aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh guru

di pusat akses sekolah pula berada di tahap sederhana. Aktiviti-aktiviti mengakses

internet untuk mencari bahan pengajaran dan pembelajaran dan juga penyediaan

soalan peperiksaan selain membaca akhbar secara online dikenal pasti sebagai aktiviti

yang tinggi dilakukan oleh guru di pusat akses sekolah. Ini membuktikan bahawa guru

memang melaksanakan aktiviti-aktiviti di pusat akses sekolah, namun ia masih boleh

dipertingkatkan lagi.

Sementara itu hasil kajian mengenai halangan-halangan yang dihadapi oleh

guru juga berada pada tahap sederhana. Serangan virus, bilangan komputer yang

terhad dan lebih bebas mengakses internet di rumah adalah halangan-halangan yang

dikenal pasti dalam kajian ini. Walaupun demikian halangan-halangan ini tidak

menghalang guru daripada terus menggunakan pusat akses sekolah.

Faktor demografi dari segi umur responden pula mendapati bahawa golongan

guru yang berumur 25 hingga 30 tahun merupakan golongan yang paling ramai dan

aktif dalam menggunakan pusat akses sekolah. Hasil kajian menunjukkan wujudnya

jurang digital di antara golongan guru muda dengan golongan guru senior.

5.3 Perbincangan dan Implikasi

Pihak pentadbir sekolah boleh menjadikan kajian ini sebagai satu usaha untuk

memastikan guru dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka. Guru-guru yang

berkemahiran tinggi dalam ICT bukan sahaja dapat memanfaatkan kemahiran mereka

Page 90: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

71

itu di dalam pengajaran dan pembelajaran malah dapat juga memanfaatkannya dalam

bidang tugas pengurusan dan pentadbiran. Pencapaian maklumat menjadi lebih pantas

dan terkini, selaras dengan arahan-arahan dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri

mahupun Pejabat Pelajaran Daerah yang disiarkan secara online atau melalui laman

web dari masa ke semasa.

Sekiranya guru dapat menjadikan pusat akses sekolah sebagai tempat mereka

mengasah serta meningkatkan kemahiran ICT, maka sudah pasti mereka akan dapat

mengaplikasikan penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru dilihat

sebagai pembina ilmu yang kompeten yang dapat menyampaikannya dengan kaedah

yang menarik dengan penggunaan teknologi ICT agar pengalaman pengajaran dan

pembelajaran menjadi lebih bermakna lagi.

Hakikat ini dapat direalisasikan kerana dengan berbantukan komputer di

dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru mempunyai lebih banyak peluang

untuk memberi tumpuan untuk memupuk dan membina insan di samping sama-sama

berinteraksi di dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang pelbagai serta

menyeronokkan dapat dilaksanakan secara kreatif dan inovatif agar dapat memenuhi

kehendak dan perubahan pendidikan semasa.

Penggunaan media adalah sinonim dengan penggunaan teknologi dalam

pendidikan. Ia dapat membantu menyalurkan maklumat semasa pengajaran dan

pembelajaran berlaku. Sebenarnya penggunaan teknologi dalam pendidikan bukanlah

hanya alat semata-mata, malah ia merupakan suatu proses perkembangan di mana

teknik, kemahiran dan pengetahuan memainkan peranan yang penting. Peranan inilah

perlu digerakkan oleh guru sebagai wadah penyampai ilmu serta juga berperanan

sebagai pencetus idea kepada anak didiknya. Apabila guru menggunakan peralatan

Page 91: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

72

ICT sebagai bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar

maka akan mendapat dua manfaat. Pertama mereka akan dapat manfaat daripada hasil

pembelajaran dan yang kedua ialah kemahiran ICT itu sendiri. Dalam banyak hal guru

berperanan sebagai pembuka mata (an eye opener) kepada pelajarnya melalui

pengalaman-pengalaman baru yang diperkenalkan melalui proses pengajaran dan

pembelajaran mereka.

5.3.1 Faktor Yang Mendorong Guru Menggunakan Pusat Akses Sekolah

Pengkaji mendapati bahawa responden menggunakan pusat akses sekolah

sebagai amalan. Kemudahan yang terdapat di pusat akses sekolah seperti komputer

dan perkhidmatan internet berjaya mendorong guru untuk menggunakannya. Justeru

itu penggunaannya berada pada tahap yang tinggi. Dapatan turut menunjukkan

terdapatnya jurang digital yang ketara di antara golongan guru muda dan golongan

guru senior. Responden yang paling aktif menggunakan pusat akses sekolah ialah dari

kalangan guru-guru muda yang berumur di antara 25 hingga 30 tahun berbanding

dengan rakan sejawat yang lebih senior.

Lazimnya golongan guru dalam usia di antara 25 hingga 30 tahun ini telah

mendapat pendedahan awal mengenai kemahiran ICT berbanding dengan guru-guru

yang lebih senior. Ini disebabkan golongan guru muda ini telah mendapat pendedahan

dan latihan penggunaan ICT semasa mereka berada di institusi pengajian tinggi.

Sedangkan golongan guru yang berumur di antara 40 hingga 51 tahun ke atas

merupakan golongan guru yang tidak mempunyai pengalaman penggunaan ICT secara

formal sewaktu di institusi perguruan. Kajian yang dijalankan terhadap guru-guru

pelatih oleh Downes (1993) pula mendapati bahawa pengalaman dengan komputer dan

pengaruh model peranan guru yang menggunakan komputer di dalam bilik darjah

Page 92: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

73

membawa kepada sikap positif terhadap penggunaan komputer serta meningkatkan

kemungkinan guru-guru berkenaan akan menggunakan komputer di dalam bilik

darjah. Robertson et al, (1995) mengatakan tahap pendedahan guru dengan kursus-

kursus literasi komputer mempunyai kaitan yang signifikan terhadap pembentukan

sikap guru-guru terhadap komputer.

Namun tidak dinafikan dalam kalangan golongan ini terdapat segelintir guru

yang mendapat pendedahan ICT melalui latihan-latihan dalam perkhidmatan yang

dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Minat serta kesedaran untuk

mempelajari sesuatu yang baru selari dengan perkembangan semasa merupakan

aspirasi kepada golongan guru senior untuk mempelajari ICT. Desakan serta keperluan

perkhidmatan juga menjadi faktor pendorong kepada golongan ini untuk mempelajari

ICT. Diem (2000) menyatakan bahawa sebilangan kecil guru sebenarnya

menggunakan komputer atas inisiatif mereka sendiri akibat kurang sokongan dan masa

terluang untuk belajar operasi peranti teknologi yang kompleks. Guru sebenarnya peka

dengan perkembangan ICT yang pantas ke arah peningkatan diri dan profesionalisme.

Namun demikian terdapat juga persoalan bagaimana pihak pentadbir dapat

memastikan bahawa penggunaan pusat akses sekolah benar-benar dimanfaatkan oleh

guru untuk meningkatkan kualiti profesion keguruan mereka. Apakah aktiviti-aktiviti

yang dilakukan oleh guru di pusat akses dapat membantu mereka dalam tugas

menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna kepada pelajar

mereka.

Keseluruhan dapatan menunjukkan bahawa penggunaan pusat akses sekolah

memang sangat perlu, sesuai dengan perkembangan dunia teknologi pendidikan kini.

Sebagai guru mereka sedar bahawa pengetahuan ICT ini sangat perlu dalam

Page 93: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

74

memperkaya kemahiran penggunaannya di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kewujudan pusat akses sekolah diharap dapat melahirkan masyarakat yang

bermaklumat dan celik ICT.

Dapatan ini disokong oleh Nurhayati (2001) memperlihatkan bahawa guru

memerlukan lebih kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi tentang komputer

untuk membolehkan mereka dapat mengimplimentasikan ICT dalam bilik darjah.

Guru-guru juga dikatakan merasa tidak selesa serta tidak bersedia untuk mengajar

menggunakan komputer dengan hanya memiliki pengetahuan asas tentang komputer.

Larose, et al.(1999) pula berpendapat bahawa kajian saintifik mengenai kewujudan

sokongan logistik dan teknikal telah membolehkan institusi pendidikan

mengintegrasikan penggunaan komputer dalam kerja pendidik.

5.3.2 Aktiviti Yang Dilakukan Oleh Guru Di Pusat Akses Sekolah

Hasil kajian mendapati bahawa guru-guru yang menggunakan pusat akses

sekolah, melakukan pelbagai aktiviti, di antaranya ialah melayari internet untuk

mencari bahan bagi pengajaran dan pembelajaran. Pusat Akses Sekolah mengamalkan

konsep ala "cyber cafe" tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Melayari internet

merupakan aktiviti yang paling tinggi dilakukan oleh guru . Ini disebabkan pusat akses

sekolah menggunakan perkhidmatan jalur lebar (broadband) dalam rangkaian

internetnya dan ini membolehkan capaian internet dapat dilakukan dengan lebih

pantas. Guru boleh mengakses internet di sini dengan mudah dan percuma.

Penggunaan teknologi seperti komputer dalam proses pengajaran dan

pembelajaran juga memupuk nilai dan budaya kasih sayang di kalangan guru dan

Page 94: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

75

pelajar disebalik kebimbangan yang mengatakan bahawa pembelajaran menggunakan

komputer akan meningkatkan persaingan antara individu dan perasaan individualistik

(Raja Maznah, 1995). Hakikat ini dapat direalisasikan kerana dengan berbantukan

komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru mempunyai lebih

banyak peluang untuk memberi tumpuan untuk memupuk dan membina insan di

samping sama-sama berinteraksi di dalam pengajaran dan pembelajaran .

Guru melakukan aktiviti-aktiviti yang melibatkan ICT yang dapat membantu

mereka dalam penggunaannya di dalam pembelajaran dan pengajaran. Sebilangan

besar guru berasa selesa dengan waktu operasi pusat akses sekolah yang fleksibel.

Faktor ini juga turut menggalakkan mereka melakukan aktiviti-aktiviti berkaitan

dengan ICT di pusat akses sekolah. Selain daripada itu galakan pihak pentadbir turut

menyokong penggunaan pusat akses sekolah.

Kajian-kajian terdahulu seperti Siti Fatimah (1998), Zhao(1998) dan Hilton dan

Kameda (1999) serta lain-lain lagi telah memperlihatkan bahawa penyertaan aktif

dalam kalangan pelajar dan bimbingan guru merupakan suatu bentuk sumbangan yang

berharga dari penggunaan internet. Ini kerana internet adalah alat perhubungan dan

sumber maklumat terkini yang berkesan bagi pelbagai disiplin pendidikan. Laman-

laman web yang telah ditentukan melalui panduan di pusat akses sekolah memberi

alternatif kepada guru selain mereka juga bebas melayari laman-laman web pilihan

mereka sendiri. Alternatif seperti ini dapat membantu golongan yang baru berjinak-

jinak dalam pencarian melalui internet.

Guru-guru yang menggunakan pusat akses sekolah perlulah mempunyai

tanggungjawab sosial agar tidak menyalahgunakan kemudahan mengakses internet

yang ada di pusat akses sekolah. Selari dengan fungsi pusat akses sekolah ala kafe

Page 95: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

76

siber, guru perlu mengambil peluang ini untuk menjadikan pusat akses sekolah sebagai

medan atau tempat mereka mengenal, mengasah dan meningkatkan kemahiran serta

pengetahuan mereka. Selari dengan perkembangan semasa, penerokaan ilmu dapat

dilakukan di pusat akses sekolah melalui aktiviti melayari internet untuk mengakses

maklumat. Kabilan (2000) dan Tunku Mohaini et al (1998) menyatakan bahawa para

guru dan juga pengkaji dengan mudah boleh mendapat maklumat dan data dari

pelbagai majalah online, newsletters dan jurnal dari pelbagai sumber. Sebagai guru

mereka perlu bijak menggunakan kemudahan yang disediakan di pusat akses sekolah

agar dapat dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran serta kemajuan

profesional keguruan.

Apabila guru mempunyai kemahiran ICT dan mengakses internet, kemahiran

ini dapat disampaikan kepada pelajar-pelajarnya. Menurut Jamaluddin Badushah et al

(2000), pendekatan pembelajaran berbantukan komputer (PBK) dapat menggalakkan

pembelajaran kendiri dan ini seterusnya mendorong pelajar belajar dengan betul dan

teratur, berdikari dan berusaha sendiri. Kaedah pembelajaran ini berpusat kepada

pelajar di mana pelajar akan lebih berdikari di dalam mendapatkan ilmu terhadap

sesuatu tajuk. Menurut Rogers (1994) pembelajaran kendiri adalah sama dengan

perubahan dan pembesaran seseorang dan tugas guru ialah bertindak sebagai

fasilitator.

5.3.3 Halangan Penggunaan Pusat Akses Sekolah

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa masih terdapat halangan-halangan

yang membataskan penggunaan pusat akses sekolah dalam kalangan guru. Di antara

halangan-halangan yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan pusat akses sekolah

Page 96: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

77

ialah bilangan komputer yang terhad, jadual waktu persendirian yang ketat, serangan

virus dan beban tugas guru. Bilangan komputer yang terhad di pusat akses sekolah

membataskan penggunaan kerana guru terpaksa menunggu giliran atau mereka

terpaksa membatalkan atau menangguhkan penggunaannya. Bagi mengatasi masalah

ini pihak sekolah perlu mengambil inisiatif untuk menambah bilangan komputer di

pusat akses sekolah.

Antara tindakan yang boleh diambil oleh pihak pentadbir untuk mengurangkan

beban tugas guru ialah dengan menyerahkan tugas-tugas perkeranian kepada kerani.

Guru-guru terpaksa membuat tugas-tugas perkeranian yang banyak serta merumitkan

seperti mengisi dokumen-dokumen tertentu. Oleh yang demikian adalah dicadangkan

agar diwujudkan jawatan kerani tambahan di sekolah yang sepatutnya melaksanakan

tugas ini supaya guru dapat memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu penyusunan jadual waktu persendirian dapat dikurangkan kepada dua puluh

empat waktu dalam seminggu berbanding dengan sekarang guru mengajar sebanyak

tiga puluh dua waktu seminggu.

Terdapat kesedaran keselamatan terhadap penggunaan bahan dan ancaman

virus yang boleh menjejas, merosakkan fail dan data serta bahan yang diakses dari

internet melalui komputer di pusat akses sekolah. Menurut Rothke (2004) pengguna

komputer akan terdedah kepada ancaman virus setiap kali menggunakan komputer

sama ada mereka menyedarinya mahupun tidak. Ancaman virus dapat dikesan melalui

perisian anti virus yang terdapat di pasaran. Namun menurut beliau lagi ia bukan

jaminan bahawa komputer adalah bebas sepenuhnya dari ancaman dan serangan virus.

Perisian anti virus perlu sentiasa dikemaskini melalui internet agar fail-fail virus yang

telah dikemaskini dapat mengenali virus-virus yang terkini, sekaligus ia dapat

mengenali dan menghapuskannya.

Page 97: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

78

Szor (2005) menyatakan sungguhpun pengguna komputer terdedah kepada

ancaman dan serangan virus namun ia bukan penghalang kepada pengguna komputer

di seluruh dunia dari langsung tidak menggunakannya. Serangan virus menjadi satu isu

yang perlu ditangani namun keperluan dan kepentingan penggunaan komputer tetap

tinggi dengan keperluan semasa kini.

Dapatan kajian ini turut mendapati sungguhpun terdapat kebimbangan terhadap

ancaman dan serangan virus namun kebanyakan guru memberi sambutan yang baik

terhadap kemudahan internet di pusat akses sekolah. Hasil kajian mendapati bahawa

halangan penggunaan pada keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana dan ini

bermakna ia tidak menjadi penghalang kepada penggunaan serta aktiviti yang

dilakukan guru di pusat akses sekolah .

Dengan kehadiran komputer dalam kehidupan, manusia mampu melakukan

kerja yang sebelum ini sukar untuk dilakukan. Penggunaan komputer boleh juga

memberi ruang untuk membina kemahiran kognitif yang lebih tinggi terutama dalam

pengiraan dan membuat jangkaan (Noor Azlan,1995). Di dalam Garis Panduan

Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia 2003 juga telah mengenalpasti komputer

sebagai alat bantu mengajar dalam pembelajaran kanak-kanak (Kementerian Pelajaran

Malaysia, 2003). Sehubungan dengan pernyataan di atas maka sewajarnyalah pihak

pentadbir dan guru mengambil inisiatif dengan memanfaatkan penggunaan pusat akses

sekolah secara optimum dalam mempertingkatkan kemahiran ICT mereka.

Kajian mendapati terdapat guru yang mengambil masa yang lama untuk

mengakses laman web yang relevan dengan pengajaran dan pembelajaran. Ini

disebabkan oleh faktor masa, kurang kemahiran internet dan juga beban tugas guru itu

sendiri. Menurut kajian Muhamad Hasan bin Abdul Rahman dan Yeong Weng Fatt

(2001a & 2001b) menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan komputer dan

internet, namun seperkara yang menarik daripada dapatan penyelidikan tersebut ialah

Page 98: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

79

91 responden (76.4%) daripada 122 berpandangan bahawa penggunaan internet

mengurangkan produktiviti kerja. Apa yang dapat diimplikasikan daripada dapatan

tersebut ialah tahap kemahiran yang rendah menyebabkan pengguna tidak cekap, sukar

dan banyak membuang masa semasa menggunakan internet. Dapatan tersebut juga

berkemungkinan dipengaruhi oleh kesukaran mengakses internet dan talian internet

yang kerap terputus. Kelembapan capaian internet akan menyebabkan kesukaran

kepada pengguna kerana talian internet yang lembab akan bermakna masa yang lebih

lama diperlukan untuk mengakses sesuatu laman web. Faktor ini juga akan

menyebabkan kehilangan fail yang dimuat turun selain pengguna merasa bosan kerana

terpaksa menunggu.

5.4 Cadangan Tindakan

Berdasarkan kepada hasil dan rumusan kajian beberapa cadangan

dikemukakan. Diharapkan implikasi kajian ini dapat dijadikan garis panduan oleh

pihak-pihak yang berkenaan untuk melihat keberkesanan penggunaan pusat akses

sekolah. Sejauh manakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat merangsang minat

guru terhadap ICT dan mengaplikasikannya di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pihak sekolah pula perlu mengambil inisiatif menambah bilangan komputer di pusat

akses sekolah. Tindakan penambahbaikan pusat akses sekolah ialah dengan

meningkatkan kecekapan pengurusan berkaitan dengan penggunaan dan

penyelenggaraan peralatan komputer di pusat akses sekolah. Selain itu galakan,

insentif serta penghargaan juga boleh diberi kepada guru-guru yang menggunakannya.

Sebagai langkah komunikasi pihak pentadbir boleh mengeluarkan pengumuman atau

arahan melalui emel atau di laman web.

Page 99: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

80

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

Pengkaji mencadangkan agar dilakukan kajian yang lebih menyeluruh,

melibatkan lebih banyak sekolah. Kajian ini hanya melibatkan tujuh buah sekolah

rendah sahaja dan ke semua sekolah tersebut merupakan sekolah rendah kategori

bandar. Pengkaji mengusulkan beberapa cadangan kajian yang lebih menyeluruh

seperti kajian dijalankan di peringkat daerah yang melibatkan lebih banyak sekolah.

Lebih ramai guru yang terlibat akan dapat memberi gambaran lebih jelas terhadap

penggunaan pusat akses sekolah dalam kalangan mereka. Kajian juga boleh

melibatkan pelajar selain guru sebagai sampel, dengan penglibatan dua golongan ini

iaitu guru dan pelajar hasil dapatan kajian tentulah lebih menarik. Sekaligus dapat

mengenal pasti kecenderungan ke dua golongan ini terhadap aktiviti yang dilakukan di

pusat akses sekolah.

Kajian akan lebih menarik juga jika dibuat di antara sekolah menengah dan

rendah. Corak penggunaan mungkin berbeza antara guru-guru sekolah menengah

dengan sekolah rendah, begitu juga dengan kecenderungan pelajar. Dapatan ini akan

menunjukkan minat serta aktiviti yang mungkin sama atau berbeza. Kajian yang

melibatkan kategori sekolah bandar dan luar bandar turut akan menunjukkan corak

atau pola penggunaan yang menarik.

Page 100: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

81

BIBLIOGRAFI

Ab. Rahim Selamat. (2000). Kemahiran Dalam Sekolah Bestari. Johor Bahru : Badan Cemerlang Sdn. Bhd.

Abu Zahari. (1998). Psikologi Pendidikan Untuk Guru. Selangor : Pustaka Delta Sdn. Bhd.

Ahmad Sarji Abdul Hamid. (Ed). (1993). Malaysia’s Vision 2020. Kuala Lumpur: Pelanduk Publication

Ansary Ahmed. (2006). Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan. Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd. Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan. (2006). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Profesional. _______________ Bahagian Teknologi Pendidikan. Jurnal BTP. Siri 4 Disember (2002) Baharudin Aris,et al.(2000). Teknologi Pendidkan, Dari Yang Tradisi Kepada Yang

Terkini, Siri Modul Pembelajaran. Skudai : Penerbit Universiti Teknologi

Malaysia.

Berita Harian Online. (1998). Malaysia Komited Lahirkan Masyarakat. Bhasah Abu Bakar. (2006). Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah. Siri Pengajian Dan Pendidikan Utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn. Bhd.

Page 101: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

82

Cheiro, R.T. (1997). Teachers Perspective On Factors That Affect Computer Use. Jounal Of Research On Computing In Edu. 30(2): 133-142

Faisal Hj Mohamad & Norzita Hj Abu Mansor. (2007). Pusat Sumber Dan Kemahiran Maklumat. Alor Setar: Institut Perguruan Kedah Darulaman . Percival, F and Ellington, H. (1988). Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbitan Erlangga. G.S Rao, A.K. Rao, Zoraini Wati Abas, Wan Fauzy Wan Ismail. (1991).

Pembelajaran Berbantukan Komputer. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.

Hargreaves, A. (2003). Teaching In The Knowledge Society. Philadelphia : Open University Press McGraw-Hill Education.

Harley, H. (1996). The Internet Complete Reference Second Edition. USA: Osborne Mcgraw-Hill. Haslina Hassan. (1999). Kafe Siber Sumber Maklumat Atau Pusat Hiburan: Dewan Masyarakat (Julai 1999). Kuala Lumpur. Media Network Sdn Bhd. Hlm. 12-17 Irma Indayu Omar dan Yushiana Mansor. (2005). Panduan Mencari Maklumat Kuala Lumpur: PTS Professional.

Ismail Zain. (1999). Pendidikan Bertaraf Dunia – Ke Arah Pembestarian Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn. Bhd.

Ismail Zain. (2001). Pembelajaran Berbantukan Komputer Intergrasi Perisian Hot Patatoes. Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn. Bhd.

Page 102: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

83

Jurnal Kurikulum. (1996). Jilid 1 Bil. 1. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur: SMART Print & Stationer Sdn. Bhd.

Jong Soe Han, Chong Jon Pong, Lin Soo King, Hatim Mohd Tahir. (1993). Literasi Komputer. Kuala Lumpur: Fajar Bakti .

Lynch, M. Mc V. (2002). The Online Educator. New York : Routeledgefalmer.

__________________ Jabatan Pelajaran Johor. Bilangan 5. 2001.

Ministry Of Education. (1997). The Malaysian Smart School A Conceptual Blueprint. Kementerian Pelajaran Malaysia. Muhammad Rais Abdul Karim, Nazariah Mohd Khalid. (2000). E-Government In Malaysia. Kuala Lumpur: Pelanduk Publication. Muhammad Kamarul Kabilan, Norizan Abdul Razak, Mohamed Amin Embi. (2006). Online Teaching And Learning In ELT. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

McEwan, E. K. (2001). Ten Traits Of Highly Effective Teachers. California: Corwin Press Inc

Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor Bahru : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd. Janib Johari. (2001). Etika Profesional. Johor Bahru : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Page 103: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

84

Omar Zakaria et al (2002). Computer Security. Kuala Lumpur: Penerbit KL McGraw- Hill.

Rothke, B. (2004). Computer Security Handbooks. California : McGraw-Hill Osborne. .

Rozinah Jamaluddin. (2005). Multimedia Dalam Pendidikan. Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia Sdn. Bhd.

Rozinah Jamaluddin. (2007). Internet Dalam Pendidikan. Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia Sdn. Bhd.

Pembangunan Pendidikan 2001-2010. (2001). Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pritchard, A. (2007). Effective Teaching With Internet Technologies. London : Paul Chapman Publishing

PPK. (2001). Sukatan Pelajaran Teknologi Maklumat. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

PPK. (2005). ICT Dalam Pendidikan, Satu Tanda Tanya. Edisi Khas. Kementerian Pelajaran Malaysia .

Shahril @ Charil Marzuki dan Habib Mat Som. (1999). Isu Dan Cabaran Di Malaysia, Sorotan Dan Kajian. Kuala Lumpur : Utusan Publication Sdn. Bhd.

Szor, P. (2005). Computer Viruses and Computer Security. California. Berkeley: McGraw-Hill Osborne .

Page 104: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

85

Walker, D. T. (2004) . What Every Teacher Must Know About Media And Technology. California: Corwin Press Inc.

Yusof Boon. (2006). Penyelidikan Tindakan. Skudai : Desktop Publisher.

Zarina Abdul Malek. (2004). Kemajuan Mengajar Guru Tahun 2004: Teori, Strategi Dan Pengkaedahan Dalam Pendidikan Komputer – Http://Pendidikan.Tv/Guruinternet.Html

Zoraini Wati Abas. (1991). Moving Towards The Computer Age: The Malaysian Experience. Prosiding 18th Annual Conference Of The International Association Of School Librarianship. Kalamazoo. Missouri. Pg. 347-369.

Zulkifli Abdul Manaf dan Raja Maznah Raja Hussain. (1994). Attitudes, Knowledge And Previous Computer Experience Of Teachers Trainee In Diploma Of Education Programme At The University Of Malaya. Journal Of Educational Research, Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Jld. 16, 1-19.

Zurida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros, Mohd.Ali Samsudin. (2007). Kaedah Mengajar Sains. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.

http://motivasiutusan.4mg.com/aritikel.htm

www.ccautosoft.com http://kdp.ppk.kpm.my https://e.hasil.org.my/ http://www.microsoft.com/protect/computer/basics/virus.mspx

Page 105: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

86

http://ms.wikipedia.org/wiki/Virus_komputer

http://www.drsolomon.com

Page 106: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

87

SOAL SELIDIK PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH

DALAM KALANGAN GURU

Nama Sekolah :________________________________________________ Kod Sekolah:

Guru-guru yang dihormati, Anda telah terpilih untuk menjawab soal selidik mengenai tajuk di atas. Anda diminta untuk menjawab soalan yang dikemukakan dengan jujur dan ikhlas. Jawapan anda sangat berguna untuk kajian ini. Segala maklumat yang anda berikan adalah rahsia dan hanya untuk kepentingan kajian ini semata-mata. Adalah diharapkan agar pihak tuan/puan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan kajian ini. Setinggi –tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan di atas kerjasama dan keikhlasan yang diberikan untuk menjayakan kajian ini. Sekian, terima kasih. HAMIYAH BINTI MOHD LANI Program Khas Pensiswazahan Guru Besar Fakulti Pendidikan UTM, Skudai, Johor

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR

Page 107: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

88

Bahagian A : Latar Belakang Responden Arahan : Sila tandakan (√) pada kotak yang berkaitan bagi setiap

kenyataan yang diberikan.

1 25 – 30 tahun

2 31 – 35 tahun

3 36- 40 tahun

4 41 – 50 tahun

1. Umur

5 51 tahun ke atas

1 1-5 Tahun

2. Pengalaman Mengajar 2 6-10 tahun

3 11- 15 tahun

4 16 – 20

5 20 tahun ke atas

Page 108: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

89

Bahagian B : ARAHAN : Nyatakan respons anda dengan menanda ( ) pada ruang

yang berkenaan

Skor Penjelasan 1 Sangat tidak setuju 2 Tidak setuju 3 Kurang setuju 4 Setuju 5 Sangat setuju

Respons Bil. Item 1 2 3 4 5

1

Saya menggunakan pusat akses sekolah kerana mudah mengakses internet.

2.

Kemudahan internetnya laju dan memudahkan saya.

3.

Saya dapat berjimat dengan mengakses internet di pusat akses sekolah

4.

Saya tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan kemudahan internet di tempat lain.

5. Saya selesa dengan waktu operasi Pusat Akses Sekolah.

6

Saya bebas menggunakannya kerana masa operasinya sepjg dan selepas waktu persekolahan

7.

Saya dapat menggunakan komputer dan pencetak secara percuma.

8.

Saya belajar daripada kawan cara mengkakses internet di pusat akses sekolah

9.

Saya menggalakkan murid untuk menggunakan Pusat Akses Sekolah pada waktu persekolahan.

10.

Saya diberi galakkan oleh pihak sekolah utk menggunakan Pusat Akses Sekolah bagi mengakses maklumat berkaitan P&P.

11.

Saya berpendapat lokasi Pusat Akses Sekolah adalah sesuai untuk warga sekolah.

12.

Saya berpendapat peralatan di Pusat Akses Sekolah adalah mencukupi.

Page 109: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

90

Respons Bil. Item 1 2 3 4 5

13.

Saya mengakses internet untuk mencari bahan pengajaran dan pembelajaran .

14. Saya melayari laman web MySchoolNet.

15. Saya melayari laman web MyTutor.

16. Saya menggunakan emel untuk berkomunikasi sesama rakan guru.

17. Saya membaca akhbar secara online. 18. Saya membaca majalah secara online.

19. Saya melayari laman web yang telah ditentukan melalui panduan di pusat akses sekolah.

20.

Saya menggunakan komputer di pusat akses sekolah untuk melihat perisian.

21. Saya mencari bahan untuk penyediaan soalan peperiksaan.

Page 110: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

91

Bahagian C : ARAHAN : Nyatakan respons anda dengan menanda ( ) pada ruang yang berkenaan.

Skor Penjelasan 1 Sangat tidak setuju 2 Tidak setuju 3 Kurang setuju 4 Setuju 5 Sangat setuju

Cadangan Penambahbaikan: ________________________________________________________________

Respons Bil. Item 1 2 3 4 5

22. Lokasi pusat akses sekolah yang berada di tingkat atas menyulitkan.

23. Saya tiada kesempatan menggunakan pusat akses sekolah kerana masa di sekolah amat terhad.

24. Tugas sebagai guru sangat berat saya sukar untuk menggunakannya.

25. Saya lebih bebas mengakses internet di rumah daripada di pusat akses sekolah.

26. Bilangan komputer di pusat akses sekolah amat terhad.

27. Lebih mudah jika guru dibenarkan menyimpan fail yang dimuat turun dalam komputer di pusat akses sekolah.

28. Jadualwaktu persendirian yang ketat menyukarkan saya menggunakan pusat akses sekolah.

29. Saya mengambil masa yang lama untuk akses laman web yang relevan dengan P&P.

30. Serangan virus membimbangkan saya.

Page 111: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKANKEMENTERIAN PELA]ARAN MALAYSIAARAS 1-4, BLOK E-8KOMPLEKS KERA]AAN PARCEL EPUSAT PENTADBIRAN KERA]AAN PERSEKUTUAN62604 PUTRAJAYA.

Telefon : 03-88846591Faks :03-88846579

Ruj. KamiTarikh

KP(BPPDP)603/ 5/J lD.08(2e2)13 Ogos 2008

Hamiyah Bt Mohd LaniNo,38, Jalan KerenggaTaman Desa Permai81110 Johor BahruJohor

Tuan/Puan,

Permohonan Untuk Menjalankan Kajian Di Sekolah fnsfitut Perguruan. JabatanPelaiaran Neaeri Dan Bahaaian-Bahagian Di Bawah Kementerian Pelaiaran Malausia

Adalah saya dengan hormatnya diarah memaklumkan bahawa permohonan tuan /puan untukmenjalankan kajian bertajuk :

" Penggunaan Pusat Akses Sekolah Di Kalangan Guru Di Daerah Johor Bahru "di luluskan.

2. Kelulusan ini adalah berdasarkan kepada cadangan penyelidikan dan instrumen kajian yangtuan/puan kemukakan ke Bahagian ini. Kebenaran bag! menqgunakan samoel kajlan oerludiperolehi dari Ketua Bahaoian/Penqarah Pelaiaran Neqeri vano berkenaan.

3. Sila tuan/puan kemukakan ke Bahagian ini senaskah laporan akhir kajian setelah selesaikelak. Tuan/Puan juga diingatkan supaya mendapat kebenaran terlebih dahulu daripadaBahagian ini sekiranya sebahagian atau sepenuhnya dapatan kajian tersebut hendak dibentangkandi mana-mana forum atau seminar atau diumumkan kepada media massa.

- Sekian untuk makluman tuan/puan. Terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menlnut perintah,

(DR. SOON SENG THAH)Ketua Sektor Penyelidikan Dan Penilaianb,p. PengarahBahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar PendidikanKementerian Pelajaran Malaysia

Zu !,/surat kelu ft$a fi /108

92

Page 112: PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM ......PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU HAMIYAH BINTI MOHD …

JABAT'AN PELAJARAN JOHOR,JALAN TUN ABDUL RAZAK,80604 JOIIOR BAHRU,JOI{OR DARUL T,A,'ZIM

f""gu.uh :07-2361'7BjPe.jabal Arrr : 07-2361633

: 07-2332200No. Fux : 07-2385789

:07-2378319Peperiksaan : 07-2361979No. Fax :07-2369084e -mail : jpnj ohor@j oh. moe. gov"my.

Rujukan Kami : JPNJ/31/l tZS/Ild.44 (17)Tarikh : 20 Oktober 2008

Hamiyah Binti Mohd. LaniNo. 38, Jalan Kerengga,Taman Desa Permai8 I I 10 Johor Bahru,Johor Darul Ta'zim.

Tuan,

Keb en a ran U n tu k M eni a l an kan Kaj i an D i S eko t ah -S eko t a h, l n stitu t p erg u ru an,Jabatan Pelajaran Negeri Dan Bahagian-Bahagian Di BawahKementerian Pelaiaran Malavsi a.

Dengan hormatnya surat daripada KP(BPpDp)603/5/Jld. 0g(292) bertarikh811312008 berkaitan permohonan tuan adalah di rujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini tiada apa-apa halangan bagi membenarkantuan menjalankan kajian ke sekolah-sekolah Kerajaan dan Swasta Negeri Johoi bertajuk:

oo Penggunaan Pusat Akses Sekolah Di Kalangan Guru Di Daerah Johor Bahru "

3._ Sehubungan dengan itu, tuan boleh berhubung terus dengan pengetua / Guru Besarsekolah berkenaan bagi mendapatkan maklumat dan tindikan selanjitnya.

4. Sila bawa surat ini semasa membuat kaiian.

Sekian, terima kasih.

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ''

Saya yang menurut perintah,

( HAJI DIN r)Penolong Sekolah dan GuruJabatan ?6lajaran Negeri Johor.b.p. Ketua Pendaftar Sekolah dan GuruKementerian Pelajaran Malaysia.

Kajiun/Zdhefli-puge I.

.9ijil PeruiuJiaranttio. PA 0{)59

,Si.r:ttn Fiualiti MS ISO 9()00!'. .i hitinut.in /tt'ttm Maltt\'.tic,

M alny s ian P u blit: S e rvk:eMS ISO 90Q0 Qu{rlit! System

Ra gistruti an Ce rtift.(:ateNo. FA AA59

93