PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21

12
~ 1 ~ Bahagian A Menerangkan dua strategi pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 yang kreatif dan inovatif bagi disesuaikan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam. Pelan Pembangunan Pendidikan telah dirangka bagi menghadapi cabaran abad ke- 21 berasaskan dasar dan laporan terdahulu yang sangat besar pengaruhnya. Pelan ini berfokuskan cara membangunkan dan meneruskan perkembangan, serta menambah baik sistem pendidikan secara berterusan. Bagi tujuan itu, Pelan Pembangunan Pendidikan dirangka berasaskan tiga objektif yang khusus iaitu memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan. Sehubungan dengan itu , Malaysia juga berfokuskan kepada penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian(ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem.Antara lain , ia juga mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025 dan menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan, termasuk perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi perkhidmatan awam. Di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam perlu diakui ia juga perlulah sejajar dengan matlamat Pendidikan Negara abad ke 21 yang mementingkan kepada kepentingan membudayakan ilmu dan perlunya kepada strategi pengajaran dan pembelajaran pada abad ke 21.Sehubungan dengan itu , antara dua strategi pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 yang kreatif dan inovatif untuk disesuaikan dengan mata pelajaran Pendidikan Islam ialah penggunaan ICT dalam pengajaran dan pendidikan Islam dan pembelajaran koperatif. Ini kerana penggunaan ICT iaitu Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam akan mewujudkan persekitaran pembelajaran realistik maya yang interaktif dan menyeronokkan di kalangan pelajar .Penggunaan ICT boleh membantu pelajar dalam pembinaan daya kreativiti dan inovasi di samping dapat memupuk kecekapan penggunaan teknologi dalam mengakses maklumat daripada pelbagai sumber yang sejajar dengan perkembangan global berasaskan e-pembelajaran dan k-ekonomi.

Transcript of PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21

Page 1: PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21

~ 1 ~

Bahagian A

Menerangkan dua strategi pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 yang

kreatif dan inovatif bagi disesuaikan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran

pendidikan Islam.

Pelan Pembangunan Pendidikan telah dirangka bagi menghadapi cabaran abad ke-

21 berasaskan dasar dan laporan terdahulu yang sangat besar pengaruhnya. Pelan ini

berfokuskan cara membangunkan dan meneruskan perkembangan, serta menambah baik

sistem pendidikan secara berterusan. Bagi tujuan itu, Pelan Pembangunan Pendidikan

dirangka berasaskan tiga objektif yang khusus iaitu memahami prestasi dan cabaran

semasa sistem pendidikan.

Sehubungan dengan itu , Malaysia juga berfokuskan kepada penambahbaikan

akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang

pencapaian(ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan

keberkesanan sistem.Antara lain , ia juga mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk

sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025

dan menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan,

termasuk perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, yang membolehkan

sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong

transformasi perkhidmatan awam.

Di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam perlu diakui ia juga

perlulah sejajar dengan matlamat Pendidikan Negara abad ke 21 yang mementingkan

kepada kepentingan membudayakan ilmu dan perlunya kepada strategi pengajaran dan

pembelajaran pada abad ke 21.Sehubungan dengan itu , antara dua strategi pengajaran

dan pembelajaran abad ke 21 yang kreatif dan inovatif untuk disesuaikan dengan mata

pelajaran Pendidikan Islam ialah penggunaan ICT dalam pengajaran dan pendidikan Islam

dan pembelajaran koperatif.

Ini kerana penggunaan ICT iaitu Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan

penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam akan

mewujudkan persekitaran pembelajaran realistik maya yang interaktif dan menyeronokkan di

kalangan pelajar .Penggunaan ICT boleh membantu pelajar dalam pembinaan daya

kreativiti dan inovasi di samping dapat memupuk kecekapan penggunaan teknologi dalam

mengakses maklumat daripada pelbagai sumber yang sejajar dengan perkembangan global

berasaskan e-pembelajaran dan k-ekonomi.

Page 2: PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21

~ 2 ~

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran pembelajaran berlaku bukan hanya

setakat di dalam bilik darjah semata-mata, tetapi juga merentasi di luar bilik darjah sehingga

ke peringkat global. Transformasi maklumat boleh dilakukan dari satu hala menjadi dua hala

atau lebih , dengan ini suasana pengajaran pembelajaran menjadi lebih menarik.

Antara contoh penggunaannya adalah melalui penggunaan interaktiviti elemen ICT

seperti teks,audio, video, grafik dan animasi yang melibatkan sensori manusia. Sehingga

kini pelajar tidak digalakkan menghafal fakta di dalam Pendidikan Islam tetapi amat

digalakkan untuk meningkatkan tahap kemahiran befikir dan berkomunikasi bagi

menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat keputusan.

Dengan ini sebagai menyahut anjakan paradigma dalam perkembangan pendidikan

Islam pada masa kini maka kelestarian penggunaan ICT secara terancang, bersesuaian

dan berfikrah adalah amat diperlukan untuk meningkatkan kecekapan proses dan

keberkesanan pengajaran pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah. Untuk ini guru dan

pengamal Pendidikan Islam perlu memainkan peranan masing-masing dalam melengkapi

diri dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan termasuk pedagogi dan kemahiran

memilih perisian ICT demi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Islam di sekolah.

Suasana Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam yang menarik dan

menyeronokkan dapat mewujudkan suasana pemebelajaran yang interaktif dikalangan

pelajar.Selain itu , pelajar juga tidak mudah menjadi bosan dan mengantuk ketika

belajar.Sikap guru Pendidikan Islam yang masih lagi mengajar hanya dengan berceramah

atau menyampaikan kata kata dengan nasihat sahaja tidak lagi relevan untuk digunakan

kepada pelajar pada masa kini.Tambahan pula , pelajar pada masa kini lebih mengetahui

akan penggunaan teknologi dan lebih terdedah akan perkara tersebut dengan penggunaan

yahoo , facebook , instragram , whassup dan twitter yang digunakan dengan meluas pada

masa kini.

Sehubungan dengan itu , penggunaan ICT di kalangan pelajar dapat membantu

pelajar untuk berfikir di luar kotak dan cabang ilmu yang dibincangkan. Pelajar juga

menjadi tidak bosan dan penggunaan ini diharap akan dapat meningkatkan prestasi pelajar

dalam subjek Pendidikan Islam.Sebagai contoh mata pelajaran sirah yang diajar

menggunakan grafik yang beraneka bentuk dan lukisan.Ia dapat membantu guru untuk

menerangkan perkara yang susah dan dapat mewujudkan proses kemahiran interaksi dua

hala yang baik di kalangan guru dan pelajar.Guru yang berkemahiran tinggi dan berinovatif

pasti akan menjadikan suasana pembelajaran tersebut menjadi lebih baik dan di sukai oleh

para pelajar.

Page 3: PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21

~ 3 ~

Antara ciri ciri persekitaran pembelajaran tradisional adalah berpusatkan guru ,

stimulasi satu deriaan , kemajuan satu hala , satu media , tugasan secara berasingan ,

penyampaian maklumat , pembelajaran pasif , pembelajaran berasaskan fakta , tindakan

roaktif , konteks terasing dan artifisial.Manakala pembelajaran baru iaitu dengan

menggunakan ICT ataupun teknologi maklumat adalah berpusatkan pelajar , stimulasi

multideriaan , kemajuan pelbagai hala , multimedia , tugasan secara kolaboratif ,

perkongsian maklumat , pembelajaran aktif sama ada dengan menggunakan penjelasan

atau pertanyaan.

Selain itu dengan menggunakan Teknologi Maklumat atau ICT pelajar lebih kepada

pemikiran kritis dan membuat keputusan.Ia juga membawa kepada tindakan proaktif sama

ada secara konteks realiti dan autentik.Sehubungan dengan itu dapat dikenal pasti bahawa

penggunaan ICT ataupun Teknologi Maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Islam adalah berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar

terhadap pelajaran.

Ia juga dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar

daripada pelbagai latar belakang dan keupayaan.Meningkatkan motivasi pelajar ,

membolehkan pembelajaran secara bersendirian .Membolehkan pelajar mengakses

maklumat yang sukar didapati , membolehkan pelajar mengumpul maklumat yang

memerlukan masa yang lama atau terlalu mahal.Mewujudkan suasana pembelajaran yang

menyeronokkan dan mencabar. Membolehkan pelajar mencuba atau melakukan

eksperimen yang sukar, terlalu mahal atau bahaya untuk dilakukan secara

biasa.Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar , memberi peluang kepada pelajar

meningkatkan prestasi kendiri secara berkesan dengan bimbingan yang minimum dan

meningkatkan kemahiran ICT secara berterusan.

Sehubungan dengan itu penggunaan ICT ataupun Teknologi Maklumat dapat

membantu pelajar dalam kaedah pembelajaran. Dengan ini, kaedah pembelajaran

penerokaan melalui penggunaan ICT dapat memberi peluang kepada pelajar untuk

menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing masing.Melalui kaedah ini para

pelajar turut dirangsang untuk melibatkan diri secara lebih aktif di dalam pembelajaran

masing-masing dan secara langsungnya dapat menghilangkan rasa bosan dan seterusnya

menjadi lebih bermotivasi untuk mengetahui lebih banyak maklumat selanjutnya. Susulan

daripada ini pihak guru boleh menerapkan pelbagai teori pengajaran dan pembelajaran

moden seperti kostruktivisme, pembelajaran masteri, multiple intelligence dan lain-lain yang

sesuai dengan keadaan penerimaan pelajar.

Page 4: PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21

~ 4 ~

Terdapat banyak kelebihan di dalam penggunaan pendekatan ini. Antara

kelebihannya, ia amat sesuai digunakan di dalam kelas yang mengandungi bilangan pelajar

yang ramai dengan kemampuan yang berbeza. Justeru itu ia dapat membantu pelajar yang

lemah mengikuti pengajaran guru berdasarkan kemampuan kendiri. Dalam era dunia

berteknologi maklumat dan siber, maklumat dapat diperoleh dengan mudah dan cepat

melalui internet dan laman web. E-pembelajaran adalah salah satu strategi dan saluran

utama untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya menggunakan kaedah tersebut di

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Strategi kedua bagi Pengajaran dan Pembelajaran abad ke 21 yang kreatif dan

inovatif bagi disesuaikan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam

adalah dengan melalui pembelajaran koperatif.Pembelajaran koperatif merupakan

pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid bekerja dalam kumpulan kecil

heterogeneous untuk saling bantu membantu mempelajari isi pelajaran di dalam bilik

darjah.Ahli kumpulan bertanggungjawab ke atas pembelajaran secara individu dan

kumpulan.

Mereka akan menyumbangkan pengetahuan , pengalaman , kemahiran dan sumber

pembelajaran kepada kumpulan .Mereka akan bekerjasama dan berkolaborasi agar setiap

ahli kumpulan mendapat faedah daripada sumbangan ahli , akhirnya mereka mempelajari

ilmu pengetahuan dan kemahiran baru.Kagan ( 2003 ) telah mengemukakan prinsip PIES

sebagai elemen wajib dalam pembelajaran kumpulan koperatif.PIES merujuk kepada saling

bergantung antara satu dengan lain secara positif iaitu tugasan dan matlamat didefinisikan

dengan jelas.Usaha setiap ahli akan memberi faedah kepada kumpulan dan komitmen

dibuat untuk mencapai kejayaan kumpulan.

Kedua adalah akauntabiliti dan tanggungjawab individu.Ia merujuk kepada setiap ahli

perlu membuat sumbangan , setiap ahli bertanggungjawab untuk membantu kumpulan

mencapai objektif pembelajaran.Ketiga penyertaan seimbang iaitu setiap ahli kumpulan

mesti bermotivasi , menjadi pemimpin berkesan , mampu membuat keputusan , boleh

membina kepercayaan ahli , boleh berkomunikasi dengan baik dan mampu mengendalikan

konflik.

Keempat adalah interaksi serentak.Ia bermaksud setiap orang membantu kejayaan

ahli dengan cara berkongsi sumber , menggalakkan , membantu dan menghargai usaha ahli

kumpulan , menyokong perkembangan akademik dan peribadi ahli , menjelaskan

bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah , mengajar antara satu dengan lain ( peer

teaching ) .

Page 5: PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21

~ 5 ~

Seterusnya menyemak kefahaman setiap ahli , membincangkan konsep yang telah

dimuridi , mengaitkan pembelajaran masa kini dengan pembelajaran lalu dan mendorong

pencapaian matlamat kumpulan.Pembelajaran koperatif boleh berlaku sama ada melalui

talaqi musyafahah , dan pembelajaran sirah.Struktur struktur pembelajaran koperatif adalah

menurut Kagan ( 1998 ) , dalam pembelajaran koperatif aktiviti pembelajaran dikatakan

wujud apabila struktur koperatif digabung dan disesuaikan dengan isi kandungan.

Hubungan ini dapat digambarkan seperti berikut iaitu struktur pembelajaran ditambah

dengan isi kandungan dan aktiviti.Melalui penjelasan ini dapat difahami bahawa setelah

guru memberikan penerangan berkaitan dengan kandungan pembelajaran yang diajar guru

akan memberikan aktiviti dan latihan yang sesuai berdasarkan tajuk tersebut.Setelah itu

murid akan dinilai berdasarkan keputusan tersebut.

Antara lain konsep dan prinsip dalam pembelajaran koperatif adalah

pengintergrasian pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat

dilakukan melalui proses perancangan , pengendalaian , pengurusan dan

penilaian.Perancangan adalah memilih struktur yang disesuaikan dengan isi kandungan

pelajaran , memilih struktur yang disesuaikan dengan isi kandungan pelajaran , memilih

struktur yang disesuaikan dengan matlamat pembelajaran , menentukan kriteria untuk

membentuk pasukan murid ( secara rawak , mengikut pelbagai kebolehan ) , meyediakan

bahan sama ada kad arahan , kertas sebak dan lain lain.

Sebagai contoh tugasan dilakukan secara berkumpulan dan murid murid diagihkan

dalam kumpulan tertentu mengikut agihan tugasan berkumpulan.Di situ murid akan dapat

mewujudkan interaksi sosial yang baik di kalangan guru dan para pelajar.Pelajar juga dapat

memahami isi kandungan yang menyeluruh melalui isi perbincangan tersebut.Sehubungan

dengan itu ia akan mewujudkan interaksi sosial yang baik di kalangan para pelajar.

Apabila wujud sesi perbincangan dalam kumpulan ia mudah bagi guru untuk

mengenal pasti akan kelemahan dan kelebihan akan seseorang pelajar tersebut.Murid yang

aktif akan mudah memberikan refleksi dan tindak balas yang baik manakala murid yang

kurang aktif pula tidak akan berasa malu dan tersisih apabila mereka belajar bersama

ataupaun membuat tugasan di dalam kumpulan tersebut.

Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran nanti penilaian akan merujuk kepada

kemahiran berfikir , perkongsian maklumat ( samada antara ahli pasukan atau antara

pasukan – pasukan lain ) , dan kemahiran komunikasi.

Page 6: PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21

~ 6 ~

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR TAHUN TIGA

Mata Pelajaran : Pendidikan Islam ( Asuhan Tilawah Al- Quran ) Kefahaman.

Kelas : Tahun 3 Cemerlang

Masa : 60 minit.

Standard Kandungan : 1.2.2 Memahami , mengamal dan menghayati Surah Al –

Fatihah.

Standard Pembelajaran : 1.2.2.3 Menyebut dan menghayati isi penting surah Al –

Fatihah.

1.2.2.4 Menyenaraikan pengajaran yang terdapat dalam surah

Al- Fatihah

1.2.2.5 Mengamalkan surah Al –Fatihah dalam kehidupan

seharian.

Objektif Pembelajaran : Murid dapat :

1 ) Menyebut isi penting surah Al –Fatihah dengan betul.

2 ) Menyenaraikan pengajaran yang terdapat dalam surah

Al -Fatihah dengan betul.

3) Mengamalkan surah Al –Fatihah dalam kehidupan

seharian.

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran :1) Membaca surah Al –Fatihah dan

pengertiannya.

2 ) Sumbang saran isi penting surah Al –

Fatihah.

3 ) Perbincangan pengajaran ayat surah Al

–Fatihah.

4 ) Penerangan tentang isi penting dan

pengajaran ayat Surah Al – Fatihah.

Elemen Merentas Kurikulum : Teknologi Maklumat- Power Point

Keusahawanan :

Page 7: PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21

~ 7 ~

EK 1.4 : Daya Kreativiti dan Inovasi ( Murid boleh

memberi banyak idea )

EK 1.14 : Boleh membina jaringan sosial ( Murid boleh

berkomunikasi dengan baik )

EK 1.9 : Berkeupayaan memimpin ( Bekerjasama dan

mempunyai daya saing untuk menghasilkan kerja

kumpulan.

Bahan Bantu Mengajar : 1 ) DLP

2 ) Kertas Majung

3) Sampul

4 ) Kertas Penyataan isi penting dan pengajaran ayat

surah Al – Fatihah.

Penilaian : Klasifikasi Maklumat

Fasa Persediaan Cadangan Aktiviti Catatan

1.1 Pemerhatian 1.1.1 Murid diperdengarkan bacaan surah Al –

Fatihah serta terjemahan menggunakan DLP.

1.1.2 Murid membaca ayat ayat daripada surah Al

– Fatihah manakala seorang yang lain membaca

pengertian menggunakan “ power point “.

1.1.3 Bersoal jawab berkenaan surah Al – Fatihah

contoh :

1) Surah apakah yang kamu dengar tadi ?

2 ) Berapakah bilangan ayat surah Al – Fatihah?

3 ) Ceritakan apa yang kamu tahu tentang surah Al

– Fatihah?

- EMK

- Teknologi

- DLP

Page 8: PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21

~ 8 ~

1.2 Analisis 1.2.1 Guru menerangkan jawapan murid berkaitan

isi penting surah Al – Fatihah melalui paparan

power point.

Allah Maha Pengasih dan Maha

Penyayang.

Allah menguasai sekalian alam.

Allah pemberi pertolongan.

Allah pemberi hidayah.

Allah pemberi nikmat kepada orang

yang beriman.

Allah memurkai kaum yang sesat.

1.2.1 Murid diminta membaca pernyataan tentang

isi isi surah Al – Fatihah.

- EMK

- Teknologi

- DLP

Page 9: PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21

~ 9 ~

1.3 Fasa Imaginasi 1.3.1 Penjanaan Idea

1.3.1 Guru memaparkan pengajaran daripada

surah Al –Fatihah berpandukan paparan power

point.

Pengajaran Surah Al – Fatihah :

Kita mesti berusaha

mendapatkan kasih

sayang Allah.

Mentaati Allah adalah

satu kewajipan.

Manusia memerlukan

pertolongan daripada

Allah.

Kita hendaklah

memohon petunjuk

daripada Allah.

Sebagai orang

beriman kita

hendaklah mensyukuri

nikmat Allah.

Elakkan daripada

melakukan larangan

Allah.

1.3.2 Murid membaca semula pengajaran ayat

secara kelas dan individu.

1.3.3 Guru bersoal jawab dengan murid :

1 ) Bagaimanakah cara kita mendapat kasih

sayang daripada Allah ?

2 ) Mengapa kita wajib beribadah kepada Allah ?

3 ) Mengapakah kita perlu memohon pertolongan

Allah ?

4 ) Bagaimanakah cara kita bersyukur dengan

nikmat Allah ?

1.3.4 Guru merumuskan jawapan murid berkaitan

dengan pengajaran surah Al – Fatihah.

- EMK

- Teknologi

- DLP

Page 10: PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21

~ 10 ~

1.4 Fasa

Perkembangan

Sintesis Idea

1.4.1 Murid dibahagikan kepada beberapa

kumpulan .

1.4.2 Setiap kumpulan diberikan sampul surat

yang mengandungi penyataan kad ayat mengenai

isi isi penting dan pengajaran daripada surah Al –

Fatihah.

1.4.3 Murid diminta mengelaskan kad ayat

mengikut kategori :

1 ) Isi penting surah Al – Fatihah.

2 ) Pengajaran daripada surah Al – Fatihah.

1.4.4 Murid diminta menulis semula diatas kertas

majung yang dibekalkan.

- Sampul surat

- Kertas Majung

1.5 Penambahbaikan 1.5.1 Wakil setiap kumpulan mempamer dan

membentangkan hasil kerja masing masing.

1.5.2 Guru merumuskan jawapan dan hasil kerja

setiap kumpulan.

1.5.3 Kumpulan yang terbaik diberi penghargaan

oleh guru.

1.5.4 Kumpulan yang belum menguasai diberi

tugasan tambahan.

- Keupayaan untuk

memimpin

1.6 Menilai 1.6.1 Murid menyebut semula isi penting dan

pengajaran daripada surah Al – Fatihah secara

kumpulan dan kelas.

Page 11: PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21

~ 11 ~

1.7 Pelaksanaan 1.7.1 Murid membaca surah Al – Fatihah beserta

pengertiannya.

1.8 Amalan Berterusan 1.8.1 Guru mengedarkan lembaran kerja.

1.8.2 Guru menasihatkan murid supaya sentiasa

membaca surah Al – Fatihah dalam kehidupan.

- Lembaran Kerja

Page 12: PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21

~ 12 ~

Refleksi

Sepanjang saya melakukan tugasan ini saya mendapati banyak lagi kekurangan dan

kelemahan yang perlu saya baiki.Antaranya adalah sebagai contoh rujukan yang perlu ada

seperti buku perlu dicari dan ditambah maklumat yang penting berkaitan dengan tugasan.

Akibat daripada kekurangan masa dan tugasan yang didapati perlu dibuat semasa cuti

maka sumber rujukan banyak diambil daripada internet.Akan tetapi sebelum saya

mengambil rujukan tersebut daripada internet saya mengambi kira akan sumber yang

dikenal pasti itu sama ada betul ataupun tidak.

Sumber yang diambil juga dikenal pasti sama ada ianya sesuai atau tidak untuk

dipadankan dengan tajuk yang perlu disiapkan.Membudayakan proses mencari ilmu dan

membaca merupakan perkara utama yang perlu dipupuk dan diterapkan dalam diri pelajar

untuk mereka berjaya dan cemerlang pada masa hadapan.Dalam merentasi dan

melangkaui arus dan zaman ke 21 ini guru sepatutnya perlu lebih mahir dalam mempelajari

dan membudayakan pelajaran ICT.

Sehubungan dengan itu sebagai seorang bakal guru saya perlu lebih mahir , rajin

dan berusaha dengan lebih gigih untuk mendidik anak bangsa berjaya pada masa

hadapan.KBAT iaitu kemahiran berfikir aras tinggi perlu diterapkan dan disesuaikan dalam

pengajaran dan pembelajaran murid murid di sekolah.Saya percaya jika seseorang guru itu

mahir dan pandai dalam mendidik anak anak murid mereka maka pelajar tersebut tidak akan

bosan dan malas untuk belajar subjek pembelajaran tersebut di sekolah.

Pengetahuan yang meluas bagi seorang guru adalah amat penting dalam proses

mendidik anak anak murid mereka.Jika seorang guru hanya mengajar berdasarkan silibus di

buku teks semata mata maka dikhuatiri proses pembelajaran tersebut tidak akan

memberikan kesan yang maksimum kepada anak anak murid mereka.Guru yang kreatif ,

berinovatif dan berdisiplin tinggi amat digalakkan dan memerlukan usaha yang berterusan

bagi para pelajar untuk lebih faham dan mahir akan tajuk dan pembelajaran yang diajar.

Oleh itu , dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapati kemahiran berfikir aras

tinggi yang perlu disesuaikan dalam diri pelajar adalah guru dan pelajar perlu mahir akan

penggunaan teknologi dan pandai dalam membuat sesuatu penemuan di dalam sesuatu

pembelajaran yang diajar supaya pembelajaran tersebut bukan sahaja tertumpu kepada

buku teks dan berpusatkan guru semata mata tetapi ia perlu didatangkan dengan konsep

yang lebih luas dan menyeluruh supaya ia menjadi model yang bermanfaat pada masa

akan datang.