Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Click here to load reader
-
Upload
norulhuda-ahmad -
Category
Data & Analytics
-
view
2.577 -
download
1
Transcript of Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK SGRC 3023
1
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH
1.PENGENALAN
DEFINISI PENDEKATAN PENGAJARAN
Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau
memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa
mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-
aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab
itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan
wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran.
Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid,
cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan
pengajaran mata pelajaran lain.
Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan
individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas
bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang
kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang
difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.
Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan
induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi
susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.
Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan
memusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai
KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK SGRC 3023
2
pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang
memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-
kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid
adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan
kumpulan.
Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan
komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan
pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran
yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau
kognitif maka pendekatan yang digunakan adlah seperti pendekatan terjemahan dan
pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang
digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi.
Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia
seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya
untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh
sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.
DEFINISI PRASEKOLAH
Prasekolah (bahasa Inggeris: pre-school) merupakan pilihan pendidikan bagi kanak-kanak
sebelum memasuki sekolah.
Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan di Malaysia. Kementerian
Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak
berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-
kanak daripada golongan berpendapatan rendah.
KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK SGRC 3023
3
Dalam pendidikan prasekolah,guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan diri,keperluan,kebolehan,bakat dan minat
serta latar belakang murid.Oleh sebab murid merupakan pembelajar yang aktif,guru perlu
menyediakan aktiviti dan bahan yang konkrit dan menarik supaya murid boleh melibatkan
diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Oleh itu,aktiviti pengajaran dan
pembelajaran perlu dirancang dan dikelolakan secara teliti dan sistematik bagi menjamin
setiap murid mendapat peluang yang sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama
ada secara kelas,kumpulan ataupun individu.
2.PENDEKATAN
Berdasarkan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah,empat pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang perlu diutamakan iaitu :
Pendekatan Belajar Melalui Bermain
Pendekatan Bertema
Pendekatan Bersepadu
Penggunaan Ict dalam Pembelajaran
2.1 Belajar Melalui Bermain
Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi
peluang kepada murid belajar dalam keupayaan kognitif,suasana yang menggembirakan dan
bermakna.Pendekatan ini diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana
bermain adalah fitrah kanak-kanak.Melalui bermain mereka dengan gembira dan senang hati
membuat penerokaan,penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung semulajadi.
Oleh itu penekanan kepada pendekatan ini menjadikan proses pengajara dan pembelajaran itu
menggembirakan di samping meningkatkan keupayaan kognitif,keinginan untuk meneroka
KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK SGRC 3023
4
bagi memenuhi perasaan ingin tahu,kemahiran motor kasar dan motor halus serta
meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif.Pendekatan bermain sambil
belajar menekankan cirri-ciri berikut:
Aktiviti yang menggembirakan
Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran
Permainan bebas dan terancang
Kelonggaran masa
Percubaan idea sendiri
Peluang member tumpuan dan perhatian
Semasa melakukan aktiviti bermain,proses penerimaan sensori atau deria seperti
pendengaran,penglihatan,bau,sentuhan dan rasa akan terangsang dan memberikan satu
pengalaman pembelajaran yang bermakna dan penguasaan kemahiran akan terbina serta
membantu perkembangan ke tahap optimum.Tanggapan main pada kanak-kanak adalah
belajar.Naluri kanak-kanak suka bermain dan pada masa yang sama mereka belajar menerusi
main.Berbeza pula pada tanggapan orang dewasa yang menganggap main ialah untuk
beriadah dan ada juga menjadikannya sebagai profesion seperti main bola sepak,badminton
dan sebagainya.
2.1.1 Konsep Belajar Melalui Bermain
* Sesuatu aktiviti yang memberi kegembiraan serta peluang murid-murid melahirkan
perasaan
* Murid dapat meneroka,mencuba dan meningkatkan penguasaan sesuatu kemahiran
* Peluang untuk memberi tumpuan dan perhatian
KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK SGRC 3023
5
* Membantu mengembangkan pertumbuhan dari segi kognitif dan psikomotor
* Bebas,terancang dan selamat
2.1.2 Kepentingan main dan permainan
Main melibatkan pemilihan aktiviti bebas daripada motivasi sendiri,menyeronokkan dan
berorientasikan proses.Ini bermakna aspek di luar masa,penggunaan bahan dan
peralatan,persekitaran,peraturan aktiviti bermain dan peranan yang mengambil bahagian yang
dibuat semasa kanak-kanak bermain.Semua berdasarkan deria reality kanak-kanak.Pada masa
yang sama main dapat member manfaat terhadap perkembangan kanak-kanak dari segi sosial
dan kognitif.Sebenarnya kanak-kanak bermain tidak memerlukan ganjaran,pujian, wang atau
makanan.Mereka bermain kerana sukakannya.Kanak-kanak bermain tanpa mengikut arahan
orang dewasa.Proses pembelajaran akan berlaku secara tidak langsung semasa
bermain.Kanak-kanak akan membina kefahaman sesuatu konsep menerusi bermain sama ada
konsep sosial atau kognitif.
Pendidikan prasekolah memberi penekanan kepada belajar melalui bermain dalam proses
pengajaran dan pembelajran. Pendekatan meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu,
kemahiran motor kasar dan halus, kemahiran inovatif, kritis dan kreatif serta membantu
mengatasi perasaan bimbang dan tertekan.
Pendekatan menekankan ciri-ciri berikut:
* Aktiviti yang menggembirakan
* Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran
* Permainan bebas dan terancang
* Kelonggaan masa
* Percubaan idea sendiri
* Peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian
KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK SGRC 3023
6
Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan
kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga
kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan
bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.
Menurut Caplan dan Caplan 1973, main sebagai penentu penting bagi perkembangan
kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping
dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid.
Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan
kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Sebagai contoh,
aktiviti fizikal yng dilakukan di dalam kelas. Melalui permainan yang melibatkan perlumbaan
misalnya.
Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk
melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. Almy
(1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri
tanpa mengambilkira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan.
Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-kanak melibatkan
diri dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan
pandangan Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983).
Dalam membincangkan ciri-ciri main mereka menyebut;
“Pertama, main adalah motivasi dalaman. Lenyap dengan sendiri, berlaku hanya untuk
kepuasan semasa melakukannya. Kedua, ciri-ciri yang berkaitan dengan main mestilah ada
kebebasan memilih oleh peserta” . ( Fergus 1995,2). Mengikut Vygotsky (1967) “Main
membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui
penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi
KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK SGRC 3023
7
kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia
sebenar.” Perkembangan Fizikal dapat dikuasai melalui aktiviti fizikal di dalam dan di luar
bilik darjah dengan menggunakan pelbagai alat permainan yang disediakan dan aktiviti
pergerakan lokomotor kreatif.
Komponen Perkembangan Fizikal membolehkan murid:
i. Menguasai kemahiran motor halus untuk membantu aktiviti dalam pembelajaran
ii. Membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam
aktiviti fizikal
iii. Mengamalkan cara hidup yang sihat dan selamat
iv. Membina minda yang sihat dan cerdas
Oleh itu, pendekatan belajar sambil bermain amat sesuai dilakukan dalam aktiviti fizikal. Hal
ini kerana ia dapat merangsang minat kanak-kanak dalam melakukan aktiviti fizikal.Melalui
main sambil belajar,murid-murid boleh mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran dari
umum kepada yang lebih spesifik,meningkatkan keupayaan kognitif,bersosialisasi dengan
rakan sebaya dan orang dewasa,meningkatkan kemahiran emosi,menguasai kemahiran
manipulatif serta melahir dan menyatakan perasaan.
BELAJAR MELALUI BERMAIN Aktiviti bermain dijadikan sebagai teknik yang berkesan dalam pembelajaran di prasekolah .
Bermain adalah fitrah kanak-kanak .
KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK SGRC 3023
8
2.2 PENDEKATAN BERTEMA
Pendekatan bertema adalah penguasaan pengajaran dan pembelajaran melalui satu topic atau
tema yang dipilih bersesuaian dengan masa,tempat,minat dan latar belakang murid.Tema
yang dipilih dijadikan sebagai bahan utama untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti
kemahiran bertutur,membaca,menulis,asas matematik,berfikir dan emosi serta sosial.Selain
itu ,pendekatan ini member peluang kepada murid meluaskan pengetahuan melalui tema
yang dipilih.
Pendekatan pengajaran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk
menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintegerasikan pelbagai bidang kurikulum.Kanak-
kanak dapat membina kemahiran dan mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang yang
lebih luas.Selain itu peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai bidang
pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu dititik beratkan
sebelum memulakan pengajaran bertema.Unit-unit perlu dirancang berdasarkan minat kanak-
kanak dan sesuai dengan latar belakang pengalaman dan tahap perkembangan
mereka.Pendekatan ini melibatkan bidang-bidang lain tetapi membincangkan perkara yang
sama.Sebagai contoh haiwan sebagai temanya.Pendekatan bertema melibatkan bidang yang
luas tetapi tidak mendalam.Kemahiran yang berbeza tetapi bukan tujuan untuk mendalami
topik.Tema boleh dianggap sebagai rangsangan kearah pembelajaran.
2.2.1 Faktor-Faktor Pemilihan Pendekatan Bertema
Pemilihan tema perlu menimbangkan aspek-aspek berikut:
Boleh merentas semua komponen
Bersesuaian dan berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan murid
Bersesuaian dengan situasi,masa dan peristiwa
KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK SGRC 3023
9
Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran
Guru berminat terhadap tema yang dipilih
Pemeringkatan tema dari mudah kepada yang lebih mencabar
BERTEMA Tema di pilih berasasakan keadaan setempat , bahan , tahap murid , musim dan minat murid
Tema menjadi fokus pembelajaran
2.2.2 Kepentingan Pendekatan Bertema
* Tema yang dipilih dijadikan sebagai wahana untuk menghubungjalinkan pengetahuan
Kemahiran daripada beberapa komponen yang berlainan.
Pendekatan bertema dapat membantu guru merancang,mengurus aktiviti dan
menyediakan bahan p&p secara lebih berfokus dan menyeluruh
2.2.3 Pelaksanaan Pendekatan Bertema
Sebelum melaksanakan pendekatan ini,guru perlu mengenalpasti tema yang hendak
digunakan,menjana idea berkaitan tema,membina peta minda tema yang mengandungi
komponen yang berkaitan dengan tema,menyediakan senarai aktiviti kepada setiap
komponen yang berkaitan dengan tema,merancang iklim dan menyusun persekitaran
KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK SGRC 3023
10
kelas dan pusat pembelajaran supaya mempunyai suasana yang berkaitan dengan
tema.
2.3 PENDEKATAN BERSEPADU
Pendekatan ini membantu murid memahami hakikat kehidupan sebenar.Dalam kehidupan
sebenar sesuatu itu saling itu saling berkaitan diantara satu sama lain dan bukannya sesuatu
yang terpisah-pisah.Mereka melihat pembelajaran secara menyeluruh dan bersepadu dan
tidak memisahkan pembelajaran kepada subjek yang berbeza-beza.Selain daripada
kesepaduan antara komponen,pendekatan ini melibatkan juga kesepaduan antara beberapa
kemahiran,kemahiran dan nilai murni,aktiviti dalam kelas dan luar kelas,aktiviti berfokuskan
guru dan berfokuskan murid serta pelbagai kaedah dan teknik.
Pembelajaran melalui pendekatan bersepadu menyediakan murid peluang:
Memenuhi keperluan mereka yang berbeza-beza dari segi perkembangan,minat dan
kebolehan serta perbezaan latar belakang
Meneroka sesuatu topik dengan cara yang lebih mendalam
Lebih banyak pilihan dan motivasi untuk kepuasan pelajar
Meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti
Meningkatkan kemahiran bahasa dan komunikasi
Meningkatkan nilai murni
KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK SGRC 3023
11
BERSEPADU Aspek yang disepadukan ialah kemahiran , teori , nilai , komponen , teknik , pengajaran diluar, dalam biik darjah dan kaedah.
Disepadukan dari pelbagai aspek kehidupan
Pendekatan bersepadu boleh digunakan dalam aktiviti seharian.Guru perlu menggunakan
pengalaman harian kanak-kanak dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Semua deria
kanak-kanak terlibat secara langsung dalam pelbagai situasi yang dapat merangsang
pembelajaran di dalam atau luar kelas.Contohnya dalam permainan pasir,kanak-kanak dapat
merasakan tekstur pasir seperti kasar,halus,konsep seperti kering dan basah,kemahiran
membuat timbunan pasir menaik dan menurun serta memupuk nilai murni seperti
bekerjasama,bertolak ansur dan berdisiplin.Pendekatan ini boleh menggabungkan beberapa
kemahiran seperti kemahiran mendengar,bertutur,membaca,menulis dan aspek jasmani,rohani
serta intelek.Kaedah pendekatan ini menggabungkan sekurang-kurangnya dua kemahiran
yang perlu dikuasai oleh murid.
2.4 PENGGUNAAN ICT DALAM PEMBELAJARAN
Komputer menyediakan peluang pembelajaran yang berkesan kepada murid kerana ianya
member peluang pengalaman pembelajaran dalam cara dan kadar yang berlainan untuk
memenuhi keperluan setiap individu.Murid boleh menggunakan komputer secara
berpasangan untuk menggalakkan mereka bersama-sama meneroka dan memperolehi
pembelajaran.Pendekatan ini digunakan untuk:
KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK SGRC 3023
12
Membantu proses pengajaran dan pembelajaran
Memperoleh maklumat
Berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan bersama rakan sebaya
Memperkayakan pengalaman pembelajaran
2.4.1Kepentingan Penggunaan ICT
* Membantu membentuk persepsi pemikiran murid
* ICT sebahagian daripada kehidupan masa kini
* Boleh dijadikan bahan bantu mengajar
* Boleh diprogramkan dengan perisian khas
* Dapat merangsang minat murid dan member keseronokan
* Dapat merangsang kreativiti dan pemikiran
* Membantu memudahkan murid memahami konsep sebab dan akibat
2.4.2 Prinsip-Prinsip Penggunaan ICT
* Kesesuaian umur murid-murid
* Kepentingan
*Kawalan kanak-kanak
* Arahan yang jelas
* Penggunaan berdikari
* Tanpa keganasan
*Berorientasikan proses
* Model yang sebenar
KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK SGRC 3023
13
* Ciri-ciri teknikal
* boleh ditransformasikan
* kepelbagaian bahasa
ICT Penggunaan komputer dan perisian yang sesuai dengan tahap kanak-kanak menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, lebih tumpuan , menarik minat dan berkesan
Tumpuan kanak-kanak adalah tinggi semasa menggunakan ICT
Tidak dinafikan bahawa pengajaran menggunakan I C T merupakan satu strategi menyeluruh
dalam menentukan tahap pencapaian murid. Namun begitu, gaya pengajaran guru memainkan
peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru-guru perlumencari
idea yang lebih kreatif, inovatif dan menarik bagi meningkatkan minat serta memotivasikan
murid untuk belajar. Penggunaan ICT hanyalah merupakan satu alat yang boleh membantu
guru dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran(Burnett 2010).
3.KESIMPULAN
Apabila melihat konsep pendekatan iaitu cara mendekati sesuatu, ia merujuk kepada cara
bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Maka dengan itu
dapatlah dikenalpasti akan kepentingan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran di
KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK SGRC 3023
14
mana sebagai guru yang mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya mestilah mengetahui
terlebih dahulu latar belakang mereka. Ini kerana, dengan mengetahui latar belakang
mereka, guru tersebut dapat memilih dan merancang pengajarannya dengan menggunakan
pendekatan yang sesuai. Guru tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama terhadap
murid yang berlainan. Ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak
akan berkesan iaitu tidak mencapai objektif. Sekiranya guru dapat mengenal pasti sifat atau
keperluan murid-muridnya, maka guru tersebut akan dapat memilih dan menggunakan
pendekatan yang sesuai, tepat dan betul supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku
secara efektif.Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran
menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan
pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta
kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling
maksimum
KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK SGRC 3023
15
RUJUKAN
Abu Bakar Nordin & Rohaty Mohd Majzub (1989). Pendidikan
prasekolah.Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Asmah Morni (2001). Play in Brunei preschool classrooms: In journal of Applied
Research in Education, 2002, Vol.2,No.4,203-213.
Hamzah Dadu (1994). Pola-pola permainan dan pengurusan aktiviti permainan di
pusat pendidikan kanak-kanak prasekolah. Tesis Sarjana Pendidikan
(tidak diterbitkan). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hussain Ahmad (1996). Dasar, status perlaksanaan dan masa depan pendidikan
prasekolah di Malaysia. Seminar Kebangsan Pendidikan Prasekolah.
Pulau Pinang: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1991). Draf kurikulum prasekolah. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian kurikulum prasekolah
kebangsaan. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulam.
Sharifah Nor Puteh, Manisah Mohd Ali, Norshidah Mohamad Salleh & Aliza Alias. (2009).
Penggunaan dan pengurusan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam
kurikulum permainan pendidikan awal kanak-kanak. Laporan Teknikal Projek
Penyelidikan UKM-GG-05-FRGS0003-2007. Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Sufean Hussin, Ahmad Zabidi, Habib Md. Som & Alina Ranee. (2005). Pentadbiran dalaRita
Kurnia & Rohaty Mohd. Majzud. (2009). Kesediaan membaca kanak-kanak
KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK SGRC 3023
16