KAEDAH DAN PENDEKATAN PENGAJARAN SENI KHAT: … · kaedah pengajaran dan pendekatan seni khat di...

31
KAEDAH DAN PENDEKATAN PENGAJARAN SENI KHAT: SATU KAJIAN DI JOHOR BAHRU LATIFAH BINTI ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of KAEDAH DAN PENDEKATAN PENGAJARAN SENI KHAT: … · kaedah pengajaran dan pendekatan seni khat di...

KAEDAH DAN PENDEKATAN PENGAJARAN SENI KHAT:

SATU KAJIAN DI JOHOR BAHRU

LATIFAH BINTI ALIAS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAEDAH DAN PENDEKATAN PENGAJARAN SENI KHAT:

SATU KAJIAN DI JOHOR BAHRU

LATIFAH BINTI ALIAS

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

ii

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang

Syukurku panjatkan di atas segala kurnianya...

Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah S.A.W.

Kajian ini didedikasikan khas buat insan-insan tersayang yang banyak membantu,

memberi semangat dan dorongan yang tidak terhingga...

Buat Ayah, Mak dan Tok tersayang,

Alias bin Abdullah, Rohimah binti Awang dan Rokiah binti Ahmad

Terima kasih atas didikan dan kasih sayang yang dicurahkan

Sesungguhnya, engkaulah sumber kekuatanku dalam mengharungi hidup ini.

Buat Kakak , Adik dan Anak Buahku yang dikasihi,

Kak, Dik Wa, Hajar,Mansur, Along dan Angah

Terima kasih kerana kalian menjadi sumber inspirasiku untuk terus berjaya

Buat Penyelia yang dihormati,

Ustaz Abd.Rahman bin Hj. Hamzah

Terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajarmu yang tidak pernah jemu

Buat Pensyarah-Pensyarah FTI

Terima kasih atas didikan, nasihat, dan teguran yang diberikan,

akanku sentiasa ingati….

Buat sahabat-sahabat seperjuangan,

Terima kasih kerana kalian sentiasa memberiku perangsang dan bersama-sama

dalam mengharungi pahit getir dalam menggenggam segulung ijazah

Sesungguhnya, kalian sentiasa menjadi pembakar semangatku,

Moga ikatan ukhuwah yang terbina akan kekal buat selamanya...Amin

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah S.W.T. pencipta seluruh alam,

selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga

dan para sahabat baginda penegak keadilan sepanjang zaman. Selawat kesyukuran

dilafazkan kerana dengan berkat dan pertolongan serta inayahNya, pengkaji dapat

menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini hingga ke nokhtah yang terakhir.

Pertama sekali pengkaji ingin merakamkan jutaan penghargaan dan terima

kasih kepada Dr. Abd.Rahman Bin Hj. Hamzah selaku penyelia dalam membantu

menyiapkan Projek Sarjana Muda ini di samping memberi panduan, bimbingan,

tunjuk ajar, kritikan-kritikan yang membina serta sanggup meluangkan masa bagi

memperolehi mutu kajian ilmiah yang sempurna.

Di kesempatan ini juga, terima kasih diucapkan kepada ketiga-tiga orang

responden iaitu Al-Fadhil Ustaz Jainal Sakiban, Ustaz Jalaluddin Misban dan Dr.

Abd.Rahman Hj Hamzah pada masa yang sama selaku penyelia Projek Sarjana Muda

dalam membantu memberikan maklumat yang diperlukan dan sudi meluangkan masa

untuk sesi temubual dan tidak dilupakan juga kepada pensyarah-pensyarah Fakulti

Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan.

Akhir sekali, sekalung penghargaan yang istemewa buat mak, ayah dan

keluarga serta sahabat-sahabat yang banyak membantu dalam proses menyiapkan

Projek Sarjana Muda ini. Segala budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T

sahaja yang membalasnya. Sekian, terima kasih.

v

ABSTRAK

Seni Khat merupakan salah satu daripada kesenian Islam yang halus dan

indah serta mempunyai kedudukan yang istimewa oleh umat Islam. Seni khat bukan

sekadar wacana penyampai maklumat tetapi mengandungi nilai-nilai abstrak yang

disimpulkan dengan kehalusan, kelembutan, kesinambungan, perhubungan,

pergerakan dan keharmonian. Ia juga merupakan satu ilmu yang mempunyai asas

dan kaedah yang tepat. Oleh yang demikian, satu kajian telah dijalankan berkaitan

kaedah pengajaran dan pendekatan seni khat di negeri Johor. Kajian ini berbentuk

kualitatif dan menggunakan metodologi pengumpulan data dan analisis data.

Penyelidik telah menjalankan temubual terhadap 3 orang tokoh seni khat negeri

Johor yang dipilih sebagai responden. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal

pasti kaedah dan pendekatan pengajaran tokoh seni khat negeri Johor. Ia juga

bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pengajaran terbaik tokoh seni khat untuk

mata pelajaran seni khat di peringkat sekolah. Secara keseluruhannya, dapatan kajian

menunjukkan bahawa kaedah dan pendekatan pengajaran tokoh seni khat di negeri

Johor adalah seperti mengajar bermula daripada kaedah yang mudah kepada yang

sukar serta mengajar cara untuk memegang pen dengan betul. Pendekatan yang

digunakan dalam pengajaran seni khat adalah seperti memberi motivasi, kata-kata

pujian, lawatan, pertandingan dan yang paling utama adalah memperbanyakkan

latihan. Diharap kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu individu yang berminat

untuk mengetahui kaedah dan pendekatan pengajaran seni khat.

vi

ABSTRACT

Calligraphy is one of the Islamic arts of fine and beautiful and has a very

special position of Islam. Calligraphy is not just a discourse of informers, but

contains abstract values that concluded with softness, gentleness, continuity,

communication, movement and harmony. It is also a knowledge that has a basic and

perfect method. Thus, a study was carried out related teaching methods and

approaches calligraphy in Johor. This study was qualitative and the determination of

the subject methodology, data collection and data analysis. The researcher was

interview three of figures art calligraphy in Johor, chosen as respondents. This study

was to identify methods and approaches in teaching calligraphy character in Johor. It

also aims to identify the best methods of teaching calligraphy characters in

calligraphy teaching at schools. Overall, the results show that the teaching method

was use in Johor is teaching starts from the simple method to difficult and taught

how to hold a pen properly. The approach was used in teaching calligraphy is

motivated, in words of praise, tours, competitions and the most important is the do

more practice. Hopefully some of these studies to help anyone who is interested to

know the methods and approaches in teaching calligraphy.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI AYAT AL-QURAN xiii

SENARAI GAMBAR RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

viii

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Kaedah 9

1.8.2 Pendekatan 10

1.8.3 Pengajaran 10

1.8.4 Seni 10

1.8.5 Khat 11

1.9 Penutup 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 13

2.1 Pengenalan 13

2.2 Sejarah Seni Khat 14

2.3 Kaedah Peangajaran Seni Khat 17

2.4 Peralatan Pengajaran Khat 19

2.5 Perkembangan Seni Khat di Malaysia 19

2.6 Perkembangan Seni Khat di Johor Bahru 23

2.6.1 Lokasi Johor Bahru 24

2.6.2 Persatuan Seni Khat Kebangsaan

Cawangan Johor (PSKKCJ) 24

2.6.3 Yayasan Warisan Johor (YWJ) 26

2.6.4 Akademi Seni Khat Muar 26

2.7 Kajian Lepas 27

ix

2.8 Penutup 29

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 30

3.1 Pengenalan 30

3.2 Metode Pengumpulan Data 31

3.2.1 Metode Dokumentasi 31

3.2.2 Metode Historis 32

3.2.3 Metode Penyelidikan Perpustakaan 32

3.2.4 Metode Temubual Semi-Struktur 33

3.3 Metode Analisis Data 34

3.3.1 Metode Induktif 35

3.3.2 Metode Deduktif 35

3.3.3 Metode Komparatif 35

3.4 Penutup 36

BAB 4 ANALISIS DATA 37

4.1 Pengenalan 37

4.2 Tokoh Seni Khat : Jainal Sakiban 38

4.2.1 Biodata Tokoh 38

4.2.1.1 Penglibatan dan Sumbangan 39

4.2.1.2 Karya 41

4.2.2 Kaedah Pengajaran Seni Khat 41

x

4.2.2.1 Pendedahan Tentang Seni Khat 42

4.2.2.2 Kelengkapan / Peralatan 42

4.2.2.3 Mengajar Cara Memegang Pen 44

4.2.2.4 Mengajar Dari Mudah Kepada Sukar 46

4.2.2.5 Meniru Tulisan Contoh 48

4.2.3 Pendekatan Pengajaran Seni Khat 48

4.2.3.1 Pengetahuan Pelajar 49

4.2.3.2 Mengajar Melalui Kelas 49

4.2.3.3 Memberi Pujian 49

4.2.3.4 Memperbanyakkan Latihan 50

4.2.4 Kesimpulan 50

4.3 Tokoh Seni Khat : Jalaluddin Misban 51

4.3.1 Biodata Tokoh 51

4.3.2 Kaedah Pengajaran Seni Khat 53

4.3.2.1 Mengajar Cara Memegang Pen 53

4.3.2.2 Mengajar Daripada Mudah Kepada

Sukar 53

4.3.2.3 Kaedah Pengajaran Berdasarkan

Bentuk 54

4.3.2.4 Menggunakan Alat Bantu Mengajar

(ABM) 54

4.3.2.5 Meniru Tulisan Contoh 55

4.3.3 Pendekatan Peangajaran Seni Khat 55

4.3.3.1 Meangajar Secara Individu 55

4.3.3.2 Memberi Pujian 55

4.3.3.3 Mendekati Pelajar 56

4.3.3.4 Memperbanyakkan Latihan 56

xi

4.3.4 Kesimpulan 56

4.4 Tokoh Seni Khat : Abd.Rahman 57

4.4.1 Biodata Tokoh 57

4.4.1.1 Penglibatan dan Sumbangan 58

4.4.2 Kaedah Pengajaran Seni Khat 60

4.4.2.1 Pendedahan Tentang Seni Khat 60

4.4.2.2 Tulisan Contoh 60

4.4.2.3 Kelengkapan / Peralatan 61

4.4.2.4 Buku Panduan 63

4.4.2.5 Mengajar Cara Memegang Pen 63

4.4.2.6 Mengajar Daripada Mudah Kepada

Sukar 64

4.4.3 Pendekatan pengajaran Seni Khat 66

4.4.3.1 Pengetahuan Pelajar 66

4.4.3.2 Mengajar Secara Berkumpulan 66

4.4.3.3 Memberi Pujian 67

4.4.3.4 Mendekati Pelajar 67

4.4.3.5 Lawatan 67

4.4.3.6 Pertandingan 68

4.4.3.7 Perabanyakkan Latihan 68

4.4.4 Kesimpulan 68

4.5 Kaedah Pengajaran Terbaik Tokoh Seni Khat

Negeri Johor Untuk Mata Pelajaran Seni Khat

Di Peringkat Sekolah. 69

4.6 Penutup 73

xii

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 74

5.1 Pengenalan 74

5.2 Kesimpulan 74

5.3 Cadangan 77

5.3.1 Institut Pengajian Tinggi (IPT) 77

5.3.2 Sekolah 78

5.3.3 Guru 78

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 79

5.5 Penutup 80

RUJUKAN 81

LAMPIRAN

xiii

SENARAI AYAT AL-QURAN

AL-QURAN HALAMAN

Surah Al-‘Alaq 96 :1-5 2

xiv

SENARAI GAMBAR RAJAH

GAMBAR RAJAH TAJUK HALAMAN

A Cara Membuat Pen Khat Daripada Buluh 40

B Cara Memegang Pen 42

C Contoh Huruf Tunggal 43

D Contoh Huruf Bersambung 44

E Contoh Ayat 45

xv

SENARAI SINGKATAN

DYMM - Duli Yang Maha Mulia

DYAM - Duli Yang Amat Mulia

IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

IPT - Institut Pengajian Tinggi

IIUM - International Islamic University Malaysia

KTHO - Kolej Tun Hussin Onn

Khattat - Penulis Khat

MSI - Masjid Sultan Ismail

NGO - Non Government Organization

OHP - Over-Head Projector

PSKKCJ - Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor

Sg. - Sungai

S.A.W - Sallallahu Alaihi Wasallam (Rasulullah)

S.W.T - Subhanahu Wa Ta’ala (Allah)

UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

UiTM - Universiti Teknologi Mara

UPM - Universiti Putra Malaysia

UIAM - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

YAM - Yang Amat Mulia

YB - Yang Berhormat

YWJ - Yayasan Warisan Johor

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Soalan Temubual

B Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat

C Surat Temujanji

D Gambar Pengkaji bersama Tokoh Khat

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Khat merupakan salah satu kesenian Islam yang dikagumi oleh umat Islam. Ia

diminati oleh setiap lapisan masyarakat Islam daripada raja sehinggalah masyarakat

umum. Keindahannya diabadikan pada bangunan, seramik, kaca, ukiran kayu, ukiran

logam dan lain-lain lagi. Seni khat juga merupakan satu bidang yang paling tinggi

pencapaiannya dalam kesenian Islam (Mustafa Haji Daud,1996:369).

Seni khat juga dikenali sebagai kaligrafi. Perkataan khat dalam bahasa Arab

bermaksud garis atau garisan indah . Manakala perkataan kaligrafi berasal daripada

perkataan Latin kalios yang bererti indah dan graph yang bererti tulisan atau aksara

(Mahayudin Hj. Yahaya,2001:489).

Sejak turunnya wahyu yang pertama kepada junjungan besar Nabi

Muhammad S.A.W, kepentingan seni khat mula kelihatan. Perkembangan ini disebut

secara tidak langsung dalam firman Allah S.W.T :

2

اقزأ وربك األكزم (٢)خلق اإلنسان هن علق (١)اقزأ باسن ربك الذي خلق (٥)علن اإلنسان ها لن يعلن (٤)الذي علن بالقلن (٣)

Maksudnya : Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu

yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari

sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,

yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, ia mengajarkan

manusia apa yang tidak diketahuinya.

(Surah Al-„Alaq, 96: 1-5)

Seruan pertama Allah S.W.T, mengajak manusia untuk melihat kepentingan

ilmu sebagai bekalan dunia yang paling berharga. Allah S.W.T mengulangi sekali

lagi seruan membaca, tetapi kali ini mengaitkan seruan tersebut dengan sifat-Nya

yang Maha Mulia yang mengajar manusia menggunakan pena. Kaitan antara

penggunaan pena dengan sifat Allah yang Maha Mulia sudah tentu memberi peluang

kepada umat Islam supaya melihat aspek penulisan secara umum dan seni khat

secara khusus sebagai satu cabang ilmu yang harus dihormati dan disanjungi (Abd

Rahman Hamzah,2008:2).

Menurut Abdullah Jusuh (1990:128), seni khat adalah satu ciri aktiviti

tamadun manusia yang merupakan salah satu keperluan asas kemasyarakatan.

Daripada kehalusan rasa seni dan ketajaman daya pemikiran, manusia mencipta seni

tulisan sebagai lambang kepada perkataan yang dituturkan.

Dr Venetia Porter, Kurator Muzium British yang juga seorang pengkaji

kesenian Islam menyatakan, tulisan merupakan antara elemen terpenting untuk

menyampaikan sesuatu maksud sebagai gambaran pelbagai kejadian yang berlaku.

(http://callidesign.blogspot.com). Manakala, Syeikh Syamsudin al-Akfani pula

menjelaskan seni khat adalah ilmu yang memperkenalkan huruf-huruf tunggal dan

cara-cara merangkaikannya menjadi tulisan yang tersusun (Mahayudin Hj.

Yahaya,2000:197).

3

Menurut Hasrul Hashim (2008), Seni khat adalah antara salah satu seni yang

indah dan halus, sangat dihargai serta mempunyai kedudukan yang istimewa kepada

umat Islam. Sejarah perkembangannya adalah seiring dengan sejarah perkembangan

tamadun Islam. Pada abad pertama dan kedua hijrah, khat merupakan salah satu ciri

untuk memperindahkan sesuatu penulisan. Melalui khat, setiap maksud dapat

diungkapkan. Seni khat bukan sekadar wacana penyampai maklumat tetapi

mengandungi nilai-nilai abstrak yang disimpulkan dengan kehalusan, kelembutan,

kesinambungan, perhubungan, pergerakan, keharmonian dan sebagainya.

(http://hasrulkhat.webnode.com).

Kesimpulannya, seni khat adalah antara khazanah Islam yang amat berharga.

Ia juga merupakan tulisan yang mempunyai kedudukan yang mulia berikutan

kaitannya secara langsung dengan kitab suci Al-Quran. Kelebihan atau kemahiran

menulis khat sepatutnya ada pada setiap umat Islam. Ia bukan sahaja sebagai tanda

kecintaan kepada agama yang suci, bahkan satu kemahiran yang mampu menjadi

metod dakwah yang paling berkesan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Ramai yang menghargai tulisan khat, malah mengaguminya dengan

menjadikannya hiasan di dinding-dinding sekolah, surau, masjid, bangunan-

bangunan, maqam, tembok-tembok istana dan sebagai perhiasan di kediaman

masing-masing. Tetapi pada masa yang sama, berapa ramaikah yang berminat untuk

mendalami kemahiran seni khat? Adakah umat Islam pada masa kini menyedari

bahawa seni itu sedang diancam kepupusan? Seni khat mempunyai nilai yang

tersendiri terutama daripada segi sumbangannya kepada tamadun Islam di seluruh

4

dunia. Sejak wahyu pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W diturunkan untuk

mengajar umat Islam membaca dan menulis.

Kemerosotan atau kemunduran seni khat pada masa kini mungkin disebabkan

oleh generasi sekarang kurang berminat untuk mempelajari seni khat. Apatah lagi,

untuk mempelajari satu-satu jenis khat itu memerlukan masa yang agak lama,

penelitian yang mendalam, kesabaran dan kemahiran yang tinggi. Masalah ini adalah

sesuatu yang serius, kerana jika terus dibiarkan tanpa sebarang tindakan pasti tidak

akan ada golongan pelapis yang bakal mewarisi apatah lagi memperkembangkan seni

khat. Oleh itu, seni khat perlu dipopularkan kembali demi melahirkan golongan

pelapis yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang khat.

Di negeri Johor, seni khat banyak bergantung kepada usaha individu seperti

Amir Yusuf, Sha‟ban Abdul Aziz dan Jainal Sakiban yang mengukir nama sebagai

khattat atau penulis khat. Mereka telah berusaha dalam mempertahankan seni khat

dengan menubuhkan Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor (PSKKCJ)

pada tahun 1996 yang dipengerusikan oleh Jainal Sakiban. Malangnya, tidak banyak

program dapat dijalankan kerana tidak ramai anggota persatuan mempunyai

komitmen tinggi untuk giat berkecimpung manakala sebahagian lagi masih belum

mampu menjadi khattat bewibawa.

Menurut Jainal Sakiban, Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor

(PSKKCJ) pernah bekerjasama dengan Yayasan Warisan Johor untuk membantu

mengembangkan seni khat kepada masyarakat dengan mengadakan kursus-kursus

bagi melahirkan guru khat yang seterusnya boleh mengajar di daerah-daerah negeri

Johor. Namun, sambutannya amat kurang. Sehingga tahun lepas, hanya dua puluh

orang khattat dapat dilahirkan untuk menjadi guru di daerah. Usaha untuk

memperkembangkan seni khat ini akan menjadi sia-sia sekiranya ia hanya terletak

pada usaha individu sahaja (Sa‟odi Mat Atar, 2008:30).

5

Sebenarnya, terdapat banyak rahsia seni khat yang terpendam dan dilupakan

oleh masyarakat Islam. Seharusnya, seni khat terus dikaji, diperbahas dan

dibincangkan secara ilmiah dengan dapatannya disebarkan untuk dihayati oleh umat

Islam dan masyarakat lain. Sedikit sebanyak dapatan ini boleh memberikan

gambaran yang lebih jelas tentang mengapa Allah S.W.T memilih tulisan Arab

sebagai tulisan untuk wahyu-Nya kepada umat manusia, dan bukannya tulisan lain

yang mempunyai pelbagai bentuk dan gaya. Pemilihan ini sudah tentu bukannya

secara kebetulan kerana sesungguhnya Allah S.W.T. sahaja yang mengetahui segala

sesuatu, dan sesuatu yang dibuat oleh-Nya pasti tersirat dengan seribu satu hikmat

yang masih kabur daripada pengetahuan manusia.

Melihat daripada ciri-ciri keistimewaan yang terdapat pada seni khat, amat

wajarlah masyarakat Melayu mempelajari kaedah belajar seni khat dan menghayati

kembali khazanah warisan bangsa yang tidak ternilai harganya ini menerusi pelbagai

usaha secara berterusan. Usaha yang dijalankan oleh kerajaan menerusi kementerian

tertentu dilihat sebagai satu petanda yang positif, tetapi tidak dapat menyerap ke akar

umbi jika semua pihak tidak bekerjasama untuk memartabatkannya.

1.3 Pernyataan Masalah

Disebabkan terdapatnya kemerosotan dan kemunduran seni khat pada era

kemodenan ini, maka kajian ini dijalankan meliputi kaedah dan pendekatan

pengajaran seni khat. Antara permasalahan yang wujud adalah, ketiadaan guru yang

berkebolehan untuk mengajar mata pelajaran berkenaan di peringkat sekolah.

Keadaan ini akan menyebabkan bakat dan minat yang terpendam dalam kalangan

pelajar sekolah tidak dapat dicungkil dan digilap sepenuhnya.

6

Kaedah atau pendekatan yang digunakan semasa pengajaran seni khat

mungkin terlalu sukar untuk diikuti oleh pelajar. Hal ini kerana untuk menghasilkan

tulisan khat yang baik ia memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

betul selain kesabaran, ketelitian dan masa yang agak lama. Melihatkan keadaan ini

pasti ada sebab mengapa masyarakat hanya sekadar mengkagumi hasil tulisan khat

tetapi kurang tertarik untuk mempelajari cara menulisnya. Situasi permasalahan yang

berlaku ini telah mendorong pengkaji untuk membuat kajian mengenai “Kaedah dan

Pendekatan Pengajaran Seni Khat : Satu Kajian di Johor Bahru”.

1.4 Objektif Kajian

Dalam membuat kajian ini, pengkaji telah menetapkan beberapa objektif

yang ingin dicapai dalam kajian. Antaranya ialah :

1.4.1 Untuk mengenal pasti kaedah pengajaran tokoh seni khat negeri Johor.

1.4.2 Untuk mengenal pasti pendekatan pengajaran tokoh seni khat negeri Johor.

1.4.3 Untuk mengenal pasti kaedah pengajaran terbaik tokoh seni khat negeri Johor

untuk mata pelajaran seni khat di peringkat sekolah.

7

1.5 Persoalan Kajian

Secara umumnya, kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui kaedah dan

pendekatan pengajaran seni khat. Berdasarkan objektif, diharapkan kajian ini dapat

menjawab beberapa persoalan berikut :

1.5.1 Apakah kaedah pengajaran tokoh seni khat negeri Johor?

1.5.2 Apakah pendekatan pengajaran tokoh seni khat negeri Johor ?

1.5.3 Apakah kaedah pengajaran terbaik tokoh seni khat negeri Johor untuk mata

pelajaran seni khat di peringkat sekolah?

1.6 Kepentingan Kajian

Pengkaji sangat berharap melalui kajian yang dijalankan ini dapat

dimanfaatkan oleh masyarakat. Antara kajian yang dijalankan ini mempunyai

beberapa kepentingan iaitu :

1.6.1 Kepentingan kepada Fakulti Pendidikan, UTM yang melahirkan graduan

bidang Pengajian Islam. Graduan Pendidikan Islam bakal turun ke sekolah

dan mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam sekaligus mempunyai

kemahiran untuk mengajar seni khat. Seni khat amat perlu kerana ia

berhubung kait dengan konsep martabat Pendidikan Islam di sekolah dan seni

khat merupakan sebahagian kebudayaan Islam.

8

1.6.2 Kepentingan kajian ini adalah bagi kemanfaatan pihak-pihak yang terlibat

secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Lanjutan

daripada itu, kajian ini juga dapat memberi kepentingan yang menyeluruh

kepada guru-guru agar dapat merancang dan menyusun strategi dalam proses

pengajaran dan pembelajaran seni khat.

1.6.3 Kajian ini diharap dapat memberi kesedaran kepada setiap individu ke arah

usaha untuk mempelajari seni tulisan khat.

1.6.4 Kajian ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang

pentingnya mempelajari seni khat. Sekiranya tiada golongan pelapis yang

mewarisi seni khat lama kelamaan seni khat ini akan terus terkubur.

1.7 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan ini melibatkan tiga orang tokoh seni khat negeri Johor

iaitu Jailan Sakiban, Jalaluddin Misban dan Abd.Rahman Hamzah. Kajian ini

dilakukan di Johor Bahru. Pengkaji memilih untuk menjalankan kajian di Johor

Bahru kerana ianya dekat dengan tempat pengajian pengkaji iaitu UTM, Skudai. Di

samping itu, ia juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan dan bagi memudahkan

segala urusan untuk penyelidikan.

Batasan kajian hanya tertumpu kepada kaedah dan pendekatan pengajaran

tokoh seni khat negeri Johor. Skop kajian, pengkaji menumpukan kepada kaedah dan

9

pendekatan pengajaran tiga orang tokoh seni khat negeri Johor iaitu Jailan Sakiban,

Jalaluddin Misban dan Abd.Rahman Hamzah.

Pengkaji hanya memilih tiga orang tokoh seni khat sahaja sebagai responden.

Ketiga-tiga orang tokoh khat tersebut telah memadai bagi pengkaji mendapatkan

maklumat mengenai kaedah dan pendekatan pengajaran seni khat. Berdasarkan

kepada pengalaman, sumbangan dan penglibatan mereka dalam bidang seni khat.

1.8 Definisi Istilah

Istilah yang digunakan dalam penulisan ini berhubung dengan istilah-istilah

yang spesifik berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Ini bertujuan untuk mengelak

dari memahami kajian dengan persepsi yang berbeza seperti mana yang dikehendaki

dalam sesuatu kajian. Ia juga membantu pembaca memahami dengan lebih jelas

setiap isu yang dibincangkan. Dalam kajian ini beberapa definisi digunakan dan

berikut merupakan maksud setiap perkataan. Definisi tajuk kajian, “Kaedah dan

Pendekatan Pengajaran Seni Khat : Satu Kajian di Johor Bahru” adalah seperti

berikut:

1.8.1 Kaedah

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:653), kaedah bermaksud cara

atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yang bersistem atau yang biasa).

10

Manakala, menurut Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003:1136) pula,

kaedah bermaksud rumusan asas-asas yang menjadi hukum; prinsip.

1.8.2 Pendekatan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:328). Pendekatan bermaksud

kaedah (cara, langkah-langkah dan sebagainya) yang diambil bagi memulakan dan

melaksanakan tugas (mengatasi masalah dan lain-lain).

Manakala menurut Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003:569) pula,

pendekatan bermaksud proses (perihal, perbuatan mendekati atau mendekatkan).

1.8.3 Pengajaran

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:21). Pengajaran bermaksud

perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar (seperti cara atau

sistem mengajar, aspek yang dipentingkan dan lain-lain). Dalam kajian ini,

penyelidik akan menemubual kaedah pengajaran seni khat oleh tokoh-tokoh seni

khat negeri Johor.

1.8.4 Seni

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga (1997:1244-45),

seni membawa maksud halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus. Selain daripada itu

juga seni boleh ditafsirkan sebagai membawa maksud atau pengertian kebolehan

11

mencipta sesuatu lukisan, ukiran, khat dan sebagainya yang indah-indah belaka

(Mohd Johari Abd Hamid,2004:18).

Menurut Herbert Read, seni adalah usaha untuk menciptakan bentuk-bentuk

yang menyenangkan (Sidi Gazaba, 1982 : 291).

Menurut Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003:2475) pula, seni bermaksud

terlalu kecil hingga sukar dilihat dengan mata kasar (tentang bentuk atau struktur

sesuatu; halus).

Seni disebut dalam perkataan Inggeris sebagai art, yang berasal daripada

bahasa Yunani yang bermaksud kecekapan dan kebolehan (Norrodzoh Hj. Siren,

2004 : 125).

1.8.5 Khat

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:781). Khat bermaksud tulisan

tangan yang cantik, yang dihasilkan dengan menggunakan berus atau pen khas

kaligrafi.

Pengertian istilah khat dikemukakan oleh Syekh Syamsuddin al-Afkani

(penulis pelbagai cabang ilmu: tasawuf, kedoktoran dan lain-lain) dalam kitabnya

Irsyad al-Qasid (yang berisi tentang akhlak tasawuf), pada bab Hasyrul „Ulum:

“Khat adalah ilmu yang memperkenalkan huruf tunggal, penempatannya dan cara

merangkainya menjadi tulisan; atau apa yang ditulis adalam baris-baris, bagaimana

12

cara menulisnya dan menentukan mana yang tidak perlu ditulis; mengubah ejaan

yang perlu digubah dan bagaimana mengubahnya” (Ensiklopedia Islam, 2004 : 1)

1.9 Penutup

Dalam bab satu ini, pengkaji telah membicarakan tentang tajuk-tajuk yang

berkaitan dengan pengenalan, latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif

kajian, kepentingan kajian, persoalan kajian, skop kajian, definisi istilah serta

kesimpulan. Seterusnya bab ini akan menjadi panduan kepada pengkaji bagi

menjalankan penyelidikan seterusnya.