PENASIHAT : Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat EDITOR ... · hadis Nabi SAW yang telah diucapkan...
Transcript of PENASIHAT : Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat EDITOR ... · hadis Nabi SAW yang telah diucapkan...
PENASIHAT : Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat EDITOR : Noorisah Taljid & Kartini Ismail
SIDANG PENGARANG : Muhamad Afiq Bin Mohamad Ali HEBAHAN & PUBLISITI : Malik Hanafi Achmad Rofi’ie
TAJUK : TSUNAMI BALASAN ATAU PERINGATAN?
OLEH:
MUHAMAD AFIQ BIN MOHAMAD ALI
FAKUTLI KEMANUSIAAN, SENI DAN WARISAN
Bismillahirrahmanirrahim…Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang maha
pengasih lagi maha penyayang kerana mengurniakan nikmat yang paling besar kepada umat
manusia iaitu nikmat iman. Di mana, tidak semua umat manusia di dunia ini boleh memilikinya
kecuali yang dikehendaki-NYA sahaja. Oleh itu, kita seharusnya sentiasa bersyukur dengan
nikmat iman yang kita miliki dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan keimanan kita kepada
Allah SWT.
Akan tetapi, bersediakah kita untuk menghadapi hari kemudian dengan berbekalkan
iman yang ada? Kita sebagai manusia biasa, mempunyai tahap iman yang berbeza-beza. Ada
yang ketakwaannya tinggi kepada Allah SWT, ada yang mempunyai ketakwaan pasang surut
dan ada pula yang langsung tidak bertakwa walhal mengaku beriman. Hal ini menunjukkan
bahawa, tahap iman kita pandai berubah-ubah dan mengikut musim. Sebagaimana yang disebut
dalam mafhum Nabi SAW yang bermaksud: “Kita beriman pada waktu pagi, tetapi kufur
pada waktu petang. Kufur pada waktu petang tetapi beriman pada waktu malam”? Pernahkah
kita terfikir bagaimana ketika kita di akhir hayat nanti? Adakah masih beriman ataupun tidak?
Hal ini kerana, tidak ramai yang mengambil iktibar daripada setiap apa yang berlaku di muka
bumi ini termasuklah bencana alam seperti tsunami.
Baru-baru ini, kita telah dikejutkan dengan bencana alam yang sangat dahsyat iaitu
tsunami yang telah menimpa Palu, Indonesia. Peristiwa ini telah mengorbankan ribuan nyawa di
kawasan sekitarnya dan telah menghancurkan rumah-rumah kediaman yang berada di kawasan
tersebut. Jika diteliti daripada sudut geografi dan secara logik, kedudukan Palu terletak di
kawasan yang mustahil berlakunya tsunami kerana kedudukan geografinya. Namun, dengan
kudrat dan kekuasaan Allah SWT, didatangkan tsunami yang amat dahsyat sebagai memberi
peringatan kepada umat manusia. Selain itu, kita juga dapat melihat sendiri dalam laporan berita
dan media sosial ada proses pembersihan dilakukan dan bagaimana keadaan mangsa-mangsa
tsunami yang terlibat. Ada sebahagian mangsa yang mati dalam keadaan lengkap menutup aurat
dan ada juga yang tidak tertanggal sehelai benang pun dari tubuhnya. Adakah kita telah
mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku dan berusaha untuk meningkatkan takwa kita?
Kita sebagai umat Islam, seharusnya mengambil iktibar dan takut akan kemurkaan
Allah SWT. Kita percaya bahawa, bencana alam seperti itu bukan sahaja bertujuan untuk
memberi balasan tetapi juga untuk memberi peringatan kepada kita tentang tanda-tanda hari
kiamat yang semakin hampir. Sebagaimana yang telah Rasulullah SAW khabarkan semasa
hidup Baginda bahawa gempa bumi adalah salah satu daripada tanda-tanda kiamat. Imam
Ahmad ada mengatakan dalam sebuah hadith Nabi SAW yang telah diriwayatkan oleh Abu
Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan berlaku kiamat sehingga ilmu
diangkat, masa berlalu dengan cepat, gempa bumi akan meningkat, munculnya fitan dan
al-Harj akan meningkat. Kemudian para sahabat bertanya: Apakah itu al-Harj, ya
Rasulullah? Lalu Baginda SAW menjawab, “al-Qatl (pembunuhan)”. Jelaslah di sini bahawa,
hadis Nabi SAW yang telah diucapkan oleh Baginda sendiri telah berlaku pada hari ini.
Dalam Al-Quran Allah SWT juga telah berfirman maksudnya, “Maka, nikmat
Tuhan-Mu yang manakah yang ingin kamu dustakan? (Ar-Rahman, 13). Ayat ini telah
disebutkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran Surah Ar-Rahman sebanyak 31 kali. Hal ini
menunjukkan bahawa, Allah SWT telah mengurniakan bermacam-macam nikmat kepada umat
manusia. Namun, manusia seringkali lupa dan sering mendustakan nikmat yang diberikan-Nya.
Oleh itu, untuk memberi semula peringatan kepada manusia, Allah SWT telah menghantar
pelbagai jenis bencana termasuklah tsunami kepada kita untuk dijadikan iktibar. Seperti yang
berlaku pada zaman Nabi Nuh AS dalam Al-Quran ada dinyatakan dengan jelas bagaimana
Allah SWT telah memberi peringatan kepada mereka dengan menghantar banjir besar
disebabkan oleh kekufuran mereka dan kedegilan mereka untuk mentauhidkan Allah SWT.
Sebagai kesimpulan, setiap apa yang berlaku di atas muka bumi ini semuanya adalah
kehendak Allah SWT. Sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya
keadaan kekuasaan-Nya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, Dia hanya berfirman
kepada (hakikat) benda itu: “Jadilah engkau”. Maka ia akan jadi”. (Yasiin, 82). Oleh itu,
sebagai umat Islam ambillah iktibar dengan apa yang telah berlaku di atas muka bumi ini dan
sebarkanlah dakwah kepada seluruh umat manusia agar semuanya tergolong dalam kalangan
umat yang diredhai oleh Allah SWT.
SAMBUNGAN….
BIL PROGRAM TARIKH TEMPAT
01 Mesyuarat Penyelarasan AJK
Sempena Maulidur Rasul
Peringkat UMS BIL.2/2018
27hb November 2018
Bilik Mesyuarat
PIUMS
02 Majlis Ihtifal dan Tilawah
Al-Quran Sempena Sambutan
Maulidur Rasul
29hb Disember 2018
Bilik VIP (P)
PIUMS
03 Majlis Kesyukuran Ulang
Tahun UMS ke-24 dan Bacaan
Yasin
29hb Disember 2018
Masjid UMS
04 Majlis Perarakan dan
Sambutan Maulidur Rasul
Peringkat UMS
30hb November 2018
Dewan
Canselor/
Masjid UMS
05 Seminar Keluarga
Bahagia Sempena Sambutan
Maulidur Rasul
1hb Disember 2018
Masjid UMS
06 Riang Ria Maulidur Rasul
Sempena Sambutan Maulidur
Rasul
2hb Disember 2018
Masjid UMS
“Dan tiadalah kami mengutuskan engkau (wahai
Muhammad), melainkan untuk menjadi
rahmat bagi sekalian alam.”
(Surah Al-Anbiyaa’ :Ayat 107)
********************