Diucapkan kepada Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008ato’ Mohd. Arif bin Ab Rahman, bekas Ketua...

24
Diucapkan kepada RISDA kerana berjaya mendapat Pensijilan ISO/IEC 27001:2005 Diucapkan kepada RISDA kerana berjaya mendapat Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008

Transcript of Diucapkan kepada Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008ato’ Mohd. Arif bin Ab Rahman, bekas Ketua...

Page 1: Diucapkan kepada Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008ato’ Mohd. Arif bin Ab Rahman, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dilantik sebagai Ketua

Diucapkan kepada RISDA kerana berjaya mendapat

Pensijilan ISO/IEC 27001:2005

Diucapkan kepada RISDA kerana berjaya mendapat

Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008

Page 2: Diucapkan kepada Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008ato’ Mohd. Arif bin Ab Rahman, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dilantik sebagai Ketua

akaman setinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada Pengurusan Tertinggi RISDA yang baharu yang diketuai oleh Dato’ Haji Mohamat bin Muda, Ketua Pengarah, Tuan Haji Mohd. Najib bin A. Samad,

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) dan Tuan Haji Mohd. Ihwan bin Sudim @ Hj. Basri, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Korporat) atas perlantikan ke jawatan masing-masing baru-baru ini.

Kombinasi mantap yang terbentuk ini dilihat mampu meneruskan kesinambungan kejayaan seperti masa-masa lalu, yang pastinya memberikan impak yang lebih besar dalam rangka pembangunan dan kemajuan kumpulan sasar yakni para pekebun kecil di negara ini, selain tumpuan kepada kesejahteraan warga kerja sendiri.

Sebagai warga kerja, kita seharusnya memberikan kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan sedia ada, dengan terus memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan setiap agenda yang direncana dapat diteruskan. Yang tidak juga kurang pentingnya ialah fokus terhadap kerja perlulah dipertingkatkan. Seperti kata pujangga : ‘Talent And Effort Are Nothing, Without Focus And Determination’. Salam penuh kesejahteraan.

- MUHAMMAD ADNIN BAKIR ABU BAKARKetua Pengarang

EDITORIALPenaung

Dato’ Haji Mohamat Muda

PenasihatTuan Haji Mohd. Ihwan Sudim

Ketua PengarangMuhammad Adnin Bakir Abu Bakar

Timbalan Ketua Pengarang

Muhammad Fikhry Zulkhifly

Pengarang/EditorSharudin Abdullah

PenulisSalasiah Abdul Wahab

Jashairoladnin Hj. ShaidinAimi Hanisah Mohamad

JurufotoNasri Rahmat

Abd. Malek KassimYahya Al-Mubarak Jamal

PengedaranMohd. Azmer Azizan

Unit Penerbitan dan Pameran, BKK

Kami mengalu-alukan sumbangan karya berbentuk

penulisan kreatif, puisi, pantun, syair, kata-kata

hikmah/mutiara kata, foto, selain rencana mengenai

peristiwa di PT untuk dimuatkan di dalam Buletin ini.

Sila hantarkan karya anda kepada :

Ketua Pengarang RISCOMBahagian Komunikasi Korporat

Tingkat 2, Bangunan RISDAKM 7, Jalan Ampang

Karung Berkunci 1106750990 Kuala Lumpur

Tel: 03-42564022Faks: 03-42565599

Email: [email protected]

2 BuletinRISCOM

R

KANDUNGAN

Dari Meja Ketua Pengarang... 2

Perasmian Pejabat RISDA Daerah Bera - Mercu Tanda Baharu Bera 3

Dato’ Mohd. Arif bin Ab Rahman - Ketua Setiausaha KKLW 4

Dato’ Haji Mohamat bin Muda - Ketua Pengarah RISDA Yang Baharu 5

Tuan Haji Mohd. Najib bin A. Samad - Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan 6

Tuan Haji Mohd. Ihwan bin Sudim @ Hj. Basri - Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Korporat 7

Sarapan Pagi Pekebun Kecil Bersama Pengerusi RISDA- Jalinan Kemesraan dan Semangat Setiakawan 8

‘Malam Sekalung Budi Setulus Kasih’- Rai Persaraan Ketua Pengarah RISDA 9

‘Malam Sulaman Kasih Junjungan Budi’ - Rai Persaraan Dato’ Alang 10

UCAM Diiktiraf IPT Hijau Negeri Melaka 2015 11

POSTER YB Menteri KKLW 12 & 13

'Tok Mat' Luah Rahsia Persahabatan Dengan Bekas Ketua Pengarah RISDA 14

Hari Sukan Negara Peringkat RISDA Meriah 15

Majlis Kesyukuran dan Sambutan Ma’al Hijrah 1437 Hijri 16

Audit Pemantauan Oleh SIRIM QAS International Ke Arah Penekanan Kawalan-Kawalan Baharu 17

Explore Race KGMR PRD Segamat Laluan Mencapai Sasaran Pekebun Kecil 18

Pertandingan Futsal KGMR PRD Pahang Timur 19

PRB Miri Sertai Pesta Buah-Buahan 2015 20

PRD Raub Terima Anugerah e-Zakat Pahang 2015 21

PRN Pulau Pinang Semarakkan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-58 22

R&R RISCOM 23

Page 3: Diucapkan kepada Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008ato’ Mohd. Arif bin Ab Rahman, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dilantik sebagai Ketua

3Saluran Komunikasi Warga RISDA

ada 12 September 2015 lalu telah berlangsung acara perasmian Pejabat RISDA Daerah (PRD) Bera yang baharu ke arah menawarkan

perkhidmatan yang lebih baik kepada setiap kumpulan sasar. Bangunan 4 tingkat bernilai RM 10.2 juta itu telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Perasmian bangunan tersebut dianggap sebagai satu lagi mercu tanda daerah Bera di mana YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sendiri bertindak selaku Ahli Parlimennya.

Bangunan Pejabat RISDA Daerah Bera yang terletak di Lot 5387, Jalan Bunga Raya, Triang ini adalah merupakan bangunan PRD/PRB ke-53 yang dibina di seluruh negara yang memiliki identitinya yang tersendiri terutama dari segi warna bangunannya yang berwarna kuning selain reka bentuknya yang agak unik, dan ianya dianggap sebagai satu lagi mercu tanda daerah Bera.

Dengan pembinaan bangunan tersebut adalah diharapkan agar setiap kakitangan dapat memberikan perkhidmatan

yang sebaik mungkin dan berkualiti demi memastikan kelangsungan kecemerlangan RISDA secara umumnya dan Kementerian

amnya.

Oleh : Sharudin Abdullah

P

SATU MERCU TANDA KEMEGAHAN BERA...

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN...

MENANDATANGANI PLAK PERASMIAN...

PEMIMPIN YANG SENTIASA DEKAT DI HATI RAKYAT...

Page 4: Diucapkan kepada Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008ato’ Mohd. Arif bin Ab Rahman, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dilantik sebagai Ketua

ato’ Mohd. Arif bin Ab Rahman, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang baharu. Beliau yang tidak asing lagi

kepada agensi ini di mana beliau juga merupakan Ahli Pihak Berkuasa RISDA memulakan tugasnya pada 16 Oktober 2015 di kerusi KSU.

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Geografi, dari Universiti Malaya (1979). Memulakan perkhidmatannya dalam sektor awam sebagai Penolong Pengarah Unit Penyelarasan, Jabatan Perdana Menteri (1 Disember 1981), Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Perumahan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Pejabat SUK Selangor (16 November 1992), Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Perkhidmatan, Kementerian Kewangan Malaysia (1 Oktober 1993), Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (1 Mei 1999), Pegawai Daerah Sepang / Yang Dipertua Daerah Sepang (2 April 2003), Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (16 Ogos 2005), Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Perbendaharaan Negeri Selangor (6 September 2006), Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (1 November 2012), Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (1 Januari 2014) dan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar Wilayah (mulai 16 Oktober 2015).

Atas dedikasi dan kecemerlangannya, Dato’ Mohd. Arif telah dianugerahkan dengan Darjah dan Pingat Kebesaran Persekutuan dan Negeri iaitu; Ahli Mangku Negara (AMN) 1998, Ahli Mahkota Selangor (AMS) 2000, Darjah Kebesaran - Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) 2003, Darjah Kebesaran - Dato’ Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) 2005, dan Johan Mangku Negara (JMN) 2008.

Tahniah dan syabas diucapkan lepada Ketua Setiausaha KKLW yang baharu. Semoga warga desa khususnya para pekebun kecil akan terus maju dan makmur menikmati limpahan pembangunan yang diilhamkan kelak ke arah mencapai misi, visi serta objektif KKLW khususnya dan RISDA amnya.

DOleh : Salasiah Abdul Wahab

4 BuletinRISCOM

Page 5: Diucapkan kepada Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008ato’ Mohd. Arif bin Ab Rahman, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dilantik sebagai Ketua

ekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Dato' Haji Mohamat bin Muda, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) yang telah dilantik sebagai Ketua Pengarah RISDA yang baharu bermula dari tarikh 19 Oktober 2015 lalu menggantikan Dato' Sri Wan Mohamad Zuki bin Hj.

Mohamad yang bersara wajib.

Beliau yang lahir di Terengganu pada 30 Jun 1956, berkelulusan Sarjana Muda Pertanian dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM), dan mula dilantik sebagai Pegawai Kanan RISDA (Gred A19) pada 6 April 1979 dengan lokasi bertugas di Ibu Pejabat RISDA Kuala Lumpur. Pada 1 Ogos 1979-31 Ogos 1980 beliau dilantik sebagai Pegawai Pemasaran Negeri Terengganu di PRN Terengganu dan seterusnya sebagai Pegawai Kanan Menjaga Wilayah Terengganu Utara, Besut pada 1 September 1980-31 Disember 1988. Pada 1 Januari 1989-30 April 1988, beliau bertukar dan bertugas sebagai Pegawai RISDA Daerah Kuala Krai/Gua Musang, Kelantan (Memangku Gred A11). Beliau kemudian bertukar kembali untuk bertugas sebagai Pengurus Mini Estet di Pejabat RISDA Negeri Terengganu (Memangku Gred A11) pada 1 Mei 1991-31 Disember 1995.

Bermula dari tarikh 1 Januari 1996-31 Ogos 1996, beliau ditempatkan ke National Rubber Smallholder Corporative (NARSCO) Negeri Terengganu sebagai Pengurus. Kemudian beliau dipinjamkan ke RISDA Plantation Sdn. Bhd. sebagai Pengurus RPSB di PRN Negeri Terengganu dari 1 September 1996-31 Mac 2000. Beliau dipinjamkan pula ke RPSB pada 1 April 2000-31 Disember 2000 sebagai Ketua Jabatan Pemasaran dan ditempatkan di RPSB Ibu Pejabat RISDA Kuala Lumpur, dan kemudian dipinjamkan ke RPSB pada 1 Januari 2001-31 Disember 2001 dengan posisi sebagai Pegawai Zon Timur dan ditempatkan di PRN Terengganu.

Pada 1 Januari 2002-30 Jun 2002, beliau dipinjamkan ke RISDA Plantation Sdn. Bhd. dan dilantik sebagai Ketua Jabatan Perniagaan Tani di Pusat Tanggungjawab di RPSB Kuala Lumpur. Beliau kemudian dinaikkan pangkat ke Gred G48 pada 1 Julai 2002, dan mulai tarikh tersebut beliau dilantik sebagai Pengarah RISDA Negeri Terengganu dalam Gred G48/G52 sehingga dinaikkan pangkat pada 16 Disember 2006 ke Gred G52. Pada 1 Ogos 2007, beliau ditukarkan ke Bahagian Tanam Semula dan Perladangan sebagai Pengarah Bahagian (Memangku Gred G54). Genap setahun iaitu pada 1 Januari 2008, beliau dinaikkan pangkat ke Gred G54 di Bahagian dan posisi yang sama.

Dari 1 November 2009-15 Oktober 2010, beliau ditukarkan pula ke Bahagian Produktiviti dan Pemasaran sebagai Pengarah dalam gred jawatan G54. Pada 15 Oktober 2010 beliau dipinjamkan ke RPSB dan dilantik sebagai Pengurus Besar Gred 2. Setahun selepas itu, iaitu pada 15 Oktober 2011 beliau ditempatkan di Pejabat Ketua Pengarah sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) (Memangku Gred JUSA 'C') sehinggalah pada 15 Februari 2013, dimana beliau dinaikkan pangkat ke Jawatan Utama 'C' secara Khas Untuk Penyandang (KUP) Gred VU7. Dan pada 19 September 2015, beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah dalam Gred Utama JUSA 'B' VU6.

Beliau menerima anugerah Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman iaitu Darjah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) yang membawa gelaran Dato’ pada 2013. Selain itu, Ketua Pengarah juga dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada 1986, Pingat Ahli Mahkota Terengganu (A.M.T) pada 2004 dan Ahli Mangku Negara (A.M.N) pada 2009. Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) RISDA Kumpulan A sebanyak dua kali iaitu pada 1989 dan 2003 ini juga pernah dianugerahkan Pemenang Anugerah Insentif Kewangan KPLB Berdasarkan Merit (Kumpulan A) Anugerah Kementerian pada 1991, Pengurus RPSB Terbaik Peringkat Kebangsaan 1998, dan Pengurus Cawangan Pemasaran RPSB Terbaik Peringkat Kebangsaan 1999.

Beliau berkahwin dengan To’ Puan Hajah Zaidah bt. Harun dan dikurniakan 9 orang cahayamata yang terdiri daripada 5 lelaki dan 4 perempuan. Kita ucapkan selamat bertugas kepada Ketua Pengarah yang baharu dan kita doakan semoga RISDA akan terus melakar kejayaan seperti masa-masa lalu. Insya'Allah.

Oleh : Sharudin Abdullah

S

5Saluran Komunikasi Warga RISDA

Page 6: Diucapkan kepada Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008ato’ Mohd. Arif bin Ab Rahman, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dilantik sebagai Ketua

Oleh : Aimi Hanisah Mohamad

ekas Ketua Pegawai Eksekutif ESPEK Sdn. Bhd., Tuan Haji Mohd. Najib bin A. Samad, dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) RISDA yang baharu mulai 16 Oktober 2015 lalu. Beliau mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Dato’ Haji Mohamat bin Muda yang kini menjawat jawatan selaku Ketua Pengarah RISDA.

Beliau yang dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 22 Mac 1957, berkelulusan Sarjana Muda Pertanian dari Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) dan Masters Sains Perniagaan Tani dari Louisiana State University, Amerika Syarikat. Ahli Incorporated Society of Planters ini mula dilantik sebagai Pegawai Pertanian Gred A22, dan diletakkan di Bahagian Latihan dan PMR, Ibu Pejabat RISDA pada 16 Mei 1980. Kemudian beliau bertukar ke Pejabat Ketua Pengarah, pada 16 Februari 1983, sebelum ditukarkan ke Bahagian Sosio Ekonomi sebagai Pengarah pada 15 Mei 1983. Pada 1 Januari 1985 beliau bertukar ke PRN Terengganu, manakala pada 2 September 1990 beliau menanggung kerja jawatan Pegawai Tadbir Tingkatan Kanan Gred A12.

Beliau kemudian bertukar ke Pejabat Ketua Pengarah sebagai Pegawai Perhubungan Awam (Tugas Khas) pada 1 Jun 1994, sebelum dipinjamkan ke Permodalan RISDA Sdn. Bhd. pada 1 April 1996, dan seterusnya dipinjamkan pula ke ESPEK Sdn. Bhd. pada 1 Jun 1999. Selanjutnya beliau bertukar ke Pejabat Ketua Pengarah pada 1 November 2001 dengan memangku jawatan Pegawai Pertanian Gred G2 sehingga dinaikkan pangkat ke jawatan Pegawai Pertanian Gred G2 (KUP) pada 1 Oktober 2002. Beliau menanggung kerja sebagai Pengarah Bahagian Peningkatan Ekonomi pada 1 Jun 2004, dan ditukarkan ke Bahagian tersebut sebagai Pengarah pada 1 Oktober 2005. Beliau kemudian dinaikkan pangkat ke jawatan Pegawai Pertanian Gred G52 pada tarikh 16 Disember 2006.

Pada 1 Januari 2008 beliau dinaikkan pangkat ke jawatan Pegawai Pertanian Gred G54, dan pada 16 April 2009 dipinjamkan ke RISDA Baja Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Besar. Manakala pada 1 November 2011 beliau dipinjamkan pula ke RISDA Plantation Sdn. Bhd., sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sebelum ke ESPEK Sdn. Bhd., sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 16 Ogos 2013. Pada 1 September 2014 beliau dinaikkan pangkat ke Gred VU7 (JUSA ‘C’).

Penerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada 2010 dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada 2006 ini juga pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2006 dan 2012 atas kecemerlangan dan dedakasinya. Beliau berkahwin dengan Hajah Faridah Aini bt. Muhammad dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata perempuan. Selamat bertugas dan selamat maju jaya kita ucapkan kepada Tuan Haji Mohd. Najib bin A. Samad, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) RISDA yang baharu.

B

6 BuletinRISCOM

Page 7: Diucapkan kepada Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008ato’ Mohd. Arif bin Ab Rahman, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dilantik sebagai Ketua

uan Haji Mohd. Ihwan bin Sudim @ Hj. Basri telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Korporat) RISDA mulai tarikh 10 Oktober 2015 lalu menggantikan Dato’ Mohamed Alang Abdul Hamid yang bersara

wajib. Dilahirkan di Johor pada 25 Jun 1959, berkelulusan Certificate In Agricultural Business Management, Bsc. Opreational Research dari Lancaster University (UK) dan Masters In Management Program - AIM Manila, Filipina.

Beliau mula dilantik sebagai Pegawai Tadbir Gred A22 di Bahagian Pemasaran, Ibu Pejabat RISDA pada 5 Ogos 1983. Kemudian dipinjamkan ke NARSCO Sdn. Bhd., pada 1 Januari 1987 sebelum bertukar ke Pejabat Ketua Pengarah pada 1 Julai 2001. Beliau kemudian bertukar pula ke RPSB pada 2 Mei 2002 sebelum dinaikkan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N48 pada 31 Disember 2003. Pada 1 Disember 2005 beliau bertukar pula ke SHDC Sdn. Bhd., dan seterusnya ke Bahagian Perancangan Strategik & Korporat pada 2 April 2007. Tanggal 7 Julai 2009, beliau dilantik untuk menanggung kerja jawatan Pegawai Pertanian Gred G52, dan pada 17 September 2009 memangku jawatan Pegawai Tadbir Gred N52. Beliau kemudian bertukar ke Bahagian Pelaburan dan Pembangunan Syarikat pada 1 Mac 2010 sehingga dinaikkan pangkat ke Gred N52 pada 1 November 2011.

Pada 1 Julai 2013, beliau ditukarkan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia sebagai Pengarah dan dinaikkan pangkat tiga hari kemudian ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N54. Pada 10 Oktober lalu beliau diarah menjalankan tugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Korporat) RISDA.

Selain sebagai Yang Dipertua Badan Agama Islam RISDA, beliau juga adalah merupakan Pengerusi Koperasi Anggota RISDA Malaysia Berhad (KARISMA). Beliau pernah menjadi ahli Delegasi Perdagangan ke Agriculture Expo di Qingdao, Weifeng dan Beijing, China, selain pernah membentang Kertas Kerja di International Rubber Conference 2012, London UK.

Beliau berkahwin dengan Hajah Mariatul Kabtiah bt. Jamil dan dikurniakan dengan 9 orang cahayamata yang terdiri daripada 5 perempuan dan 4 lelaki. Selamat bertugas dan selamat maju jaya kita ucapkan kepada Tuan Haji Mohd. Ihwan bin Sudim @ Hj. Basri, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Korporat) RISDA yang baharu.

TOleh : Jashairoladnin Hj. Shaidin

7Saluran Komunikasi Warga RISDA

Page 8: Diucapkan kepada Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008ato’ Mohd. Arif bin Ab Rahman, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dilantik sebagai Ketua

ada 9 Oktober 2015 lalu telah diadakan Majlis Sarapan Pagi Pekebun Kecil Bersama Pengerusi RISDA bertempat

di Dewan Seri Melati, Beseri, Perlis. Seramai 200 orang pekebun kecil dari daerah tersebut telah mengambil bahagian dalam majlis yang turut disertai oleh Dato’ Haji Mohamat Muda, Ketua Pengarah RISDA.

Dalam ucapannya, Datuk Zahidi Zainul Abidin, Pengerusi RISDA telah menyeru para pekebun kecil agar terus menyokong Kerajaan sedia ada supaya segala perancangan dan pembangunan yang dibawa akan dapat dilaksana dan direalisasikan seperti mana yang sewajarnya. Mereka juga diseru supaya memberikan perhatian dan sokongan terhadap program-program yang perkenalkan oleh RISDA ke arah meningkatkan ekonomi pekebun kecil seperti konsep GAP dan AET.

Sempena majlis tersebut telah diadakan penyerahan replika cek tanam semula Negeri Perlis berjumlah RM858,390.00 yang disampaikan oleh Pengerusi RISDA kepada wakil penerima iaitu Pengerusi TSB Wang Kelian.

Sesungguhnya pelaksanaan majlis pada pagi tersebut turut menjadi saluran kepada para pekebun kecil RISDA untuk berinteraksi dan menyampaikan permasalahan kepada pihak pengurusan secara terus, di samping memperkukuh jalinan kemesraan dan semangat setiakawan yang sedia terjalin erat selama ini.

Oleh : Muhammad Fikhry Zulkhifly

P

LAKSANAKAN TUGAS DENGAN DEDIKASI DAN INTEGRITI...

PEKEBUN KECIL SENTIASA DIUTAMAKAN...

PEKEBUN KECIL BOLEH !

8 BuletinRISCOM

Page 9: Diucapkan kepada Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008ato’ Mohd. Arif bin Ab Rahman, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dilantik sebagai Ketua

Oleh : Sharudin Abdullah

9Saluran Komunikasi Warga RISDA

ehadiran Datuk Zahidi bin Zainul Abidin, Pengerusi RISDA sempena majlis persaraan Dato' Sri Wan Mohamad Zuki bin Hj. Mohamad, Ketua

Pengarah RISDA pada 17 September 2015 lalu telah menambah meriahkan lagi majlis yang berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Jadual beliau yang agak sibuk terutama dengan kejadian banjir yang ketika itu sedang melanda beberapa tempat di Perlis tidak membataskan beliau untuk turun ke Kuala Lumpur bagi meraikan majlis persaraan Ketua Pengarah RISDA.

Dalam ucapannya, Dato' Sri Wan Muhamad Zuki telah melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada jemputan yang datang daripada seluruh negara, yang sekaligus membuktikan sokongan padu dan berterusan seisi warga terhadap beliau dan agensi yang menaungi. Beliau juga memuji komitmen seluruh warga kerja dari semua peringkat dalam memastikan misi, visi dan objektif RISDA dapat direalisasikan bersama.

Ucapan penghargaan khas beliau juga ditujukan kepada isteri serta keluarganya yang begitu setia dan sanggup berkorban masa dan tenaga demi memastikan kehadiran beliau di posisi penting itu dalam menjelmakan impak positif yang semaksima mungkin. Beliau juga berharap agar apa yang ditinggalkannya menjadi suatu yang membawa manfaat besar kepada semua khususnya dalam arah tuju membangun masa hadapan kumpulan sasaran dan RISDA amnya. Turur hadir ialah isteri beliau Datin Hjh. Rafiah Mustafa yang juga selaku Pengerusi Cawangan Kecil PUSPANITA RISDA dan anak-anak serta kedua-dua menantunya.

Kumpulan Briged Seni RISDA di bawah pimpinan Mohamad Faiz Che Zakaria telah memeriahkan majlis dengan lagu-lagu bertemakan perpisahan dan penghormatan termasuk dendangan dari Timbalan Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, En. Muhammad Adnin Bakir Abu Bakar dengan lagunya yang begitu syahdu 'Kau Pergi' yang menyentuh perasaan. Sempena majlis tersebut juga, sebuah lagu khas berjudul 'Wan Zuki - Namamu Terpahat Di Hati' ciptaan Sharudin Abdullah telah diperdengarkan buat julungkali oleh penciptanya sendiri dalam majlis makan malam itu.

K

PULUT KUNING...Tanda Penghargaan Dan Kasih Sayang Warga Risda.

GENERASI PENERUS KECEMERLANGAN RISDA...Sebahagian daripada warga kerja RISDA yang menghadiri majlis tersebut.

SELFIE...Untuk kenangan bersama.

SENTIASA DI HATI WARGA RISDA...

Page 10: Diucapkan kepada Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008ato’ Mohd. Arif bin Ab Rahman, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dilantik sebagai Ketua

'SEROJA'...Yang sentiasa berada di sisi.

CENDERAHATI KENANGAN...

eliau bukan asing dalam pentadbiran RISDA. Namanya sahaja cukup gah dan dikenali oleh warga kerja malah oleh klien daripada luar. Apa tidaknya, beliau adalah merupakan Setiausaha Pihak Berkuasa RISDA dan juga Ketua Pentadbir Pejabat Ketua Pengarah yang turut merangkumi Pejabat Pengerusi RISDA. Jawatan terakhirnya ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Korporat). Dato’ Mohamed Alang Abdul Hamid yang dilahirkan pada 10 Oktober 1955, di Kg. Gong, Tapang, Pasir Puteh, Kelantan berkelulusan Bachelor of Science dari Universiti Sains Pulau Pinang dan telah berkhidmat selama 35 tahun di RISDA.

Beliau seorang yang cukup komited dalam kerja. Meminjam ucapan Tuan Haji Ihwan Sudim, yang mewakili Ketua Pengarah, bahawa Dato' Alang begitu komited serta setia dengan tugas sehingga sanggup 'melupuskan' cuti selama 6 bulan sepanjang perkhidmatan beliau. Ini satu contoh terbaik yang harus menjadi ikutan oleh setiap daripada kita warga kerja RISDA.

Dalam ucapannya Dato' Alang telah menyingkap kenangan beliau semasa berkhidmat di RISDA yang menurutnya begitu manis namun dalam masa yang sama amat mencabar dengan kepelbagaian tugas, khususnya sewaktu beliau di posisi sebagai Ketua Pentadbir Pejabat Ketua Pengarah yang meliputi juga Pejabat Pengerusi RISDA. Dengan ihklas beliau menitipkan nasihat kepada hadirin, agar setiap tugasan yang diamanahkan perlu diberikan tumpuan (fokus) dan dilaksanakan mengikut seperti mana yang sewajarnya.

Beliau turut melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada setiap warga kerja RISDA yang telah berperanan membantu melicinkan lagi tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya dari semasa ke semasa. Kepada 'sahabatnya' Dato' Haji Mohamat Muda, beliau menzahirkan ucapan tahniah di atas perlantikan sebagai Ketua Pengarah RISDA yang baharu menggantikan Dato' Sri Wan Mohammad Zuki Hj. Mohamad yang bersara wajib mulai 19 September 2015 lalu.

Di penghujung acara, beliau turut mendendangkan sebuah lagu berjudul 'Seroja' bersama isteri tercinta Datin Nuridah Mamat yang menjadi memori kepada setiap yang hadir pada 'Majlis Malam Sulaman kasih Junjungan Budi' yang berlangsung di Kelab Darul Ehsan (KDE) Ampang, Selangor pada 7 Oktober 2015 itu. Selamat bersara buat ‘Dato’ Alang’ dan terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau di RISDA.

B

10 BuletinRISCOM

Oleh : Sharudin Abdullah

IKATAN PERSAHABATAN YANG TAK MUNGKIN PUDAR...

Page 11: Diucapkan kepada Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008ato’ Mohd. Arif bin Ab Rahman, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dilantik sebagai Ketua

Oleh : Zulkifli Zaini

11Saluran Komunikasi Warga RISDA

olej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) dipilih antara tiga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Negeri

Melaka menerima Anugerah Hijau 2015 (Kategori IPT) sempena Majlis Anugerah Hijau 2015 anjuran Perbandanan Teknologi Hijau Negeri Melaka pada 5 Ogos 2015 bertempat di Swiss Garden Hotel, Melaka yang disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Ir. Idris Harun, Ketua Menteri Melaka.

UCAM dipilih berasaskan inisiatif-inisiatif kempen serta amalan hijau yang diamalkan oleh UCAM seperti amalan cekap tenaga serta pembangunan infrastruktur UCAM yang turut memberi penekanan kepada kriteria Indeks Bangunan Hijau (GBI). Melalui penubuhan Jawatankuasa Hijau, SKUAD Lestari UCAM turut menyahut langkah ‘Melaka Tanpa Polistrin’ dengan melarang penggunaan polistrin kepada semua pengusaha dan pembekal makanan di dalam kampus. Melalui inisiatif ini, pembungkus makanan polistrin digantikan kepada bekas makanan jenis biodegradasi atau mudah diurai seperti yang diperbuat daripada hampas tebu dan jagung. Kakitangan dan pelajar juga digalakkan membawa bekas makanan sendiri sebagai usaha menyokong program ini ke arah pelestarian UCAM sebagai Kampus Hijau.

Pada majlis tersebut sebanyak 7 kategori telah dipertandingkan, dan penyertaan sulung UCAM berjaya menerima anugerah bagi kategori tersebut bersama dua lagi penerima iaitu; Politeknik Merlimau Melaka dan Institut Pengurusan Melaka. Anugerah yang diterima oleh Datuk Dr. Faridah Hanam Mohd. Rashid, Naib Canselor UCAM daripada Ketua Menteri Melaka itu turut dihadiri sama oleh Prof. Dr. Ghizan Saleh, Timbalan Naib Canselor bersama-sama pengurusan UCAM yang lain.

K

SATU PENGIKTIRAFAN UNTUK UCAM...

BERKONGSI KEJAYAAN BERSAMA...

PENCAPAIAN YANG MENJADI KEBANGGAAN RISDA...

Page 12: Diucapkan kepada Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008ato’ Mohd. Arif bin Ab Rahman, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dilantik sebagai Ketua

12 BuletinRISCOM

Page 13: Diucapkan kepada Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008ato’ Mohd. Arif bin Ab Rahman, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dilantik sebagai Ketua

13Saluran Komunikasi Warga RISDA

"RIS

DA

mer

akam

kan

ucap

an se

tingg

i ta

hnia

h da

n sy

abas

ke

pada

YB

Dat

o' S

ri Is

mai

l Sab

ri Ya

akob

at

as k

ejay

aan

mel

alui

te

mpo

h 10

0 ha

ri ya

ng

penu

h ce

mer

lang

m

enge

mud

i KKL

W !"

Page 14: Diucapkan kepada Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008ato’ Mohd. Arif bin Ab Rahman, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dilantik sebagai Ketua

Oleh : Salasiah Abdul Wahabetika bujang, kami sering pekena roti canai dan teh tarik di Restoran Maju, Ampang. Dan kalau berkelapangan kami bersembang

dan lokasinya kadang-kadang adalah di rumah saya”. Ucap Datuk Haji Mohamat Muda ketika mengimbau kisah persahabatan beliau dengan Dato’ Sri Wan Mohamad Zuki Hj. Mohamad, Ketua Pengarah RISDA (mantan) sempena ’Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih’ di Dewan Gemalasari, RISDA pada 18 September 2015.

Beliau turut mengambil kesempatan untuk menzahirkan penghargaan dan rasa terima kasih daripada seluruh warga kerja RISDA dan kumpulan sasar atas jasa bakti yang disumbangkan oleh Dato’ Sri Wan Zuki sepanjang perkhidmatannya di RISDA. Banyak tranformasi yang telah dilakukannya ke arah meneruskan kesinambungan kejayaan dan kecemerlangan agensi perladangan ini. ”Just Do It”, merupakan laungan slogan yang diperkenalkan pada garis mula perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah RISDA. Dan, beliau tidak mengambil masa yang lama untuk menjadikan agensi ini terus berdaya saing dan disegani melalui pendekatan-pendekatan yang berobjektif dan proaktif. Amalan Pertanian Baik (GAP) khusus untuk meningkatkan tahap pengeluaran pekebun kecil di negara ini turut menjadi agenda penting dalam kalendar RISDA.

Tidak cukup dengan itu, kisah kejayaan RISDA dalam pelbagai bidang menjadikan era pentadbiran beliau penuh warna warni kegemilangan. Ini termasuklah kemampuan RISDA mempertahankan kejuaraan kali ke-13 berturut-turut Pesta Sukan MAKSPEN 2015 yang telah berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah dari 11-15 Ogos 2015 yang lalu.

Sesungguhnya pemergian beliau selaku Ketua Pengarah RISDA telah menghadirkan rasa kesedihan kepada seluruh warga kerja pada petang tersebut, namun masing-masing faham dan akur akan ketentuan dan had tempoh persaraan yang wajib bagi setiap penjawat awam seperti yang telah dimutlakkan. Kita ucapkan selamat bersara kepada beliau, dan kita doakan agar Dato’ Sri Wan Zuki dilimpahi dengan kesihatan dan kesejahteraan bersama keluarga tercinta

“K

SAHABAT SEPERJUANGAN...

CENDERAHATI DARIPADA PENGARAH MEWAKILI WARGA BPU...

TANDA INGATAN DAN PENGHARGAAN ATAS JASA BAKTI YANG DICURAHKAN...

14 BuletinRISCOM

Page 15: Diucapkan kepada Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008ato’ Mohd. Arif bin Ab Rahman, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dilantik sebagai Ketua

15Saluran Komunikasi Warga RISDA

Oleh : Sharudin Abdullah

ari Sukan Negara disambut buat pertama kalinya secara serentak di seluruh negara pada 10 Oktober 2015 lalu, dengan

pelancarannya telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Mohd. Najib Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, di UiTM Shah Alam, Selangor. Sebanyak 17,648 acara sukan diadakan di seluruh negara dengan pembabitan seramai 5 juta peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia hadir memberikan komitmen untuk menjayakannya.

Salah satu daripada lokasi Hari Sukan Negara yang berlangsung serentak itu adalah di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM), Air Pa'abas, Melaka yang diadakan bagi peringkat RISDA. Majlis tersebut dirasmikan oleh wakil Ketua Pengarah RISDA, Tuan Haji Ihwan bin Sudim (Pengarah PSM). Dalam ucapannya, Ketua Pengarah telah menyentuh mengenai kepentingan menjaga kesihatan dan kecergasan untuk memastikan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilakukan dengan penuh kesempurnaan.

Sukan juga menurutnya boleh menjadi jambatan penghubung silaturrahim dan perpaduan antara sesama warga yang mampu mewujudkan suasana yang selesa dan sejahtera dalam organisasi. Turut hadir ialah Datuk Dr. Faridah Hanam Mohd. Rashid, Naib Canselor merangkap Ketua Pegawai Eksekutif UCAM, Datuk Dr. Ghizan Salleh, TNC Akademik UCAM, Puan Hajah Zainabon Ismail, Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi, Pn. Hjh. Tengku Suriani Tengku Anuar Zainal, Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat, Tuan Haji Abd. Aziz Jaafar, CEO ESPEK dan En. Muhammad Adnin Bakir Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah BKK.

Seramai kira-kira 1,000 peserta yang terdiri daripada para pelajar dan pengurusan UCAM serta warga kerja RISDA daripada Melaka dan Ibu Pejabat telah hadir dalam program yang dimulakan dengan acara Senamrobik, diikuti Walkathon dan perlawanan persahabatan Bola Sepak (lelaki) dan Futsal (wanita) serta Pertandingan Tendangan Penalti VIP antara RISDA dan UCAM yang memeriahkan lagi acara pada pagi tersebut. Turut diadakan ialah acara cabutan tiket bertuah. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh wakil Ketua Pengarah RISDA.

HSENAMROBIK...Rakyat sihat negara cemerlang.

SEGERAK SEIRAMA...

GIMIK PERASMIAN...

Page 16: Diucapkan kepada Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008ato’ Mohd. Arif bin Ab Rahman, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dilantik sebagai Ketua

empena Sambutan Ma’al Hijrah 1437 Hijri Peringkat RISDA pada 16 Oktober 2015 lalu, telah diadakan majlis

kesyukuran untuk meraikan perlantikan pengurusan tertinggi RISDA yang terdiri daripada, YB Dato’ Zahidi Zainul Abidin, Pengerusi RISDA, Dato’ Haji Mohamat Muda, Ketua Pengarah RISDA, Tuan Haji Mohd. Najib Ab. Samad, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Korporat) dan Tuan Haji Mohd. Ihwan Sudim, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Korporat).

Majlis yang dipimpin oleh Ustaz Abdul Khair Jalil, Pensyarah Bahasa di Jabatan Tilawah Al-Quran, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang juga merupakan johan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 2015 telah berlangsung meriah dengan kehadiran pegawai dan staf serta Syarikat Milikan RISDA, dengan pengisiannya Bacaan Ayat Suci Al-Quran, Tazkirah Ma’al Hijrah, Solat Hajat serta Bacaan Yassin dan Tahlil.

Sesungguhnya kehadiran tahun baharu 1437 Hijrah dengan tema ‘Perpaduan Nadi Tranformasi Negara’, dan dengan perlantikan pengurusan tertingginya bakal menyemarakkan lagi perjuangan RISDA untuk mensejahterakan masyarakat pekebun kecil di negara ini, di samping meletakkan kebajikan warga kerja sebagai kunci meneruskan momentum kecemerlangannya.

SOleh : Aimi Hanisah Mohamad

16 BuletinRISCOM

SALING MENGUCAP TAHNIAH...

ANTARA MUSLIMAH YANG HADIR...

TERIMA KASIH...Ketua Pengarah bersalaman dengan penceramah jemputan.

MENDOAKAN UNTUK KESEJAHTERAAN BERSAMA...

Page 17: Diucapkan kepada Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008ato’ Mohd. Arif bin Ab Rahman, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dilantik sebagai Ketua

17Saluran Komunikasi Warga RISDA

ada 3-4 September 2015 lalu, Ibu Pejabat RISDA telah menerima kehadiran Juruaudit daripada SIRIM QAS International bagi melaksanakan audit pemantauan tahun kedua Pensijilan Standard ISO/EC27001:2013 iaitu Sistem Pengurusan Keselamatan

Maklumat (ISMS). Pengauditan tersebut merupakan keperluan biasa yang perlu dilalui organisasi yang telah dipersijilkan. Untuk audit berkenaan, ia turut melibatkan proses transisi standard daripada versi lama iaitu ISO/IEC27001:2005 ke standard ISO/IEC27001:2013.

Skop bagi pelaksanaan ISMS kekal seperti tahun sebelumnya iaitu Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) yang merangkumi tiga sistem aplikasi utama Ibu Pejabat RISDA iaitu Aplikasi Sistem Maklumat Bersepadu (Kewangan), Aplikasi Sistem Pengurusan Aset RISDA (e-Spar) dan Aplikasi Sistem Permohonan Bantuan Tanam Semula (TS Online).

Dalam Standard ISO/IEC27001:2013, pihak SIRIM telah menekankan kawalan-kawalan baharu seperti keselamatan maklumat dalam perhubungan pihak pembekal serta pemantauan risiko dalam pengurusan projek. Selaras dengan itu juga, Dasar Keselamatan ICT (DKICT) RISDA sedia ada telah ditambahbaik bagi memenuhi keperluan-keperluan dalam pelaksanaan ISMS.

Pelaksanaan ISMS di RISDA sebenarnya bukan hanya tertakluk dalam skop Bahagian Teknologi Maklumat sahaja, tetapi turut melibatkan lain-lain pihak yang saling bergantungan serta pihak berkepentingan seperti Bahagian Pentadbiran, Bahagian Khidmat Kejuruteraan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Inspektorat dan Audit Dalam serta Bahagian Kewangan dan Belanjawan.

Antara kebaikan yang diperolehi dalam pelaksanaan ISMS ini adalah ia telah menetapkan kawalan-kawalan yang terbaik bagi memastikan setiap aset dan maklumat adalah terjaga daripada sudut kerahsiaan, integriti dan kesediaan. Standard ini juga dilaksanakan mengikut amalan terbaik sepertimana yang diamalkan dalam industri di luar. Hasil daripada auditan tersebut, tiada laporan ketidakakuran (NCR) yang ditemui, dan RISDA berjaya mendapat pengesyoran untuk terus mengekalkan pensijilan melalui ISO/IEC27001:2013.

Rakaman setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak SIRIM QAS International di atas hasil penemuan audit kali ini. Tahniah juga dirakamkan kepada semua pihak yang telah memastikan kejayaan pelaksanaan ISMS di RISDA terutamanya Pasukan Pelaksanaan ISMS dan MYRAM di Bahagian Teknologi Maklumat serta pasukan perunding daripada Nexagate Sdn. Bhd. Diharapkan pelaksanaan ISMS ini dapat dibudayakan sehingga ke seluruh peringkat Pusat Tanggungjawab RISDA.

Oleh : Mohd. Faizal Mohd. Tajudin

P

AUDIT PEMANTAUAN SIRIM QAS INTERNATIONAL...Demi memastikan kejayaan pelaksanaan ISMS di RISDA.

Page 18: Diucapkan kepada Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008ato’ Mohd. Arif bin Ab Rahman, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dilantik sebagai Ketua

U ntuk menggapai ‘Winning Productivity, Embracing Prosperity,’ RISDA mengambil pendekatan dengan

memberikan fokus kepada empat komponen Amalan Pertanian Baik (GAP), iaitu Penanaman dan Penyelenggaraan, Pembajaan, Rangsangan dan Penorehan. Rangkaian empat GAP tersebut adalah merupakan satu sistem pengurusan kebun yang ideal dan bersistematik bermula dari penyediaan kebun sehinggalah pokok getah mencapai usia kematangan dan mengeluarkan hasil dalam tempoh empat tahun setengah.

Sedar akan kepentingannya, RISDA Daerah Segamat telah menganjurkan program Explore Race Kelab Generasi Muda (KGMR) bertempat di Segamat dengan pembabitan seramai 60 orang peserta. Mereka dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut stesen iaitu PRS Buloh Kasap, PRS Jementah, PRS Tengah dan PRS Labis. Objektif utama aktiviti berkaitan adalah untuk mendedahkan ahli-ahli KGMR mengenai ilmu pengurusan kebun khususnya getah dengan penerapan amalan GAP.

Tuan Haji Muhammad Shahlan Mahnoon, Pengarah RISDA Negeri Johor telah merasmikan program berkenaan yang turut disertai oleh En. Nor Afzami Isa, Pegawai RISDA Daerah Segamat dan En. Nik Aminuddin Nik Salleh, Pengurus Tapak Semaian RSSB Sekijang, Segamat.

Dalam Ucapannya, Tuan Haji Shahlan telah menyarankan agar ahli-ahli KGMR daerah Segamat yang berjumlah sekitar 350 orang itu merebut peluang bantuan yang ditawarkan oleh RISDA dan menolak persepsi bahawa hanya permukiman di bandar sahaja peluang untuk berjaya terbuka luas. Dengan mempelajari selok belok serta mendalami ilmu pertanian moden, pasti tanggapan sebegitu dapat disangkal, yang secara tak langsung matlamat untuk mencapai sasaran pendapatan pekebun kecil sebanyak RM4,000 dapat direalisasikan.

Oleh : Mohd. Azrin Abu Bakar

18 BuletinRISCOM

KGMR PENERUS AGENDA GAP...

KGMR GIGIH...

PENUH SEMANGAT...Antara peserta yang hadir.

TUNJUK AJAR...Taklimat sebelum Explore Race.

Page 19: Diucapkan kepada Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008ato’ Mohd. Arif bin Ab Rahman, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dilantik sebagai Ketua

ertarikh 15 September 2015 lalu, telah berlangsung Pertandingan Futsal Kelab Generasi Muda RISDA (KGMR) anjuran Pejabat RISDA Daerah Pahang Timur, Kuantan. Seramai 70 peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut, di mana setiap stesen diwakili oleh dua pasukan. Turut mengambil bahagian ialah dua buah pasukan yang terdiri daripada kakitangan RISDA dan juga Syarikat Milikan RISDA (SMR).

Program yang penuh dengan semangat kesukanan itu telah disempurnakan oleh En. Maizal Hakiman Nawawi, Timbalan Pengarah RISDA Negeri Pahang. Seramai lebih daripada 100 orang penonton telah menyaksikan pertandingan yang berlangsung di Kuantan itu. Keputusan pertandingan menyaksikan Stesen Bandar Rumbia yang diwakili oleh pasukan daripada Kampung Paloh Inai telah memenangi perlawanan akhir dengan menewaskan Stesen Rompin yang diwakili oleh pasukan daripada Kampung Endau dengan keputusan mutlak 3-0.

Semoga dengan penganjuran perlawanan seperti itu, akan menambahkan lagi bakat-bakat sukan Futsal di kalangan ahli-ahli KGMR dan RISDA di samping menyediakan modal insan yang aktif dan sihat dari aspek rohani serta jasmani.

Oleh : Khairul Bariah Abu Hassan

B

19Saluran Komunikasi Warga RISDA

PEMBINAAN SEMANGAT SUKAN YANG TULEN...

HADIAH UNTUK PEMENANG UTAMA...

MENGABADIKAN MEMORI...

Page 20: Diucapkan kepada Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008ato’ Mohd. Arif bin Ab Rahman, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dilantik sebagai Ketua

ertempat di Gelanggang Serbaguna, Bekenu, Miri, Sarawak telah berlangsung acara Pesta Buah-buahan

Miri 2015 selama dua hari iaitu dari 19 hingga 20 September 2015. Penganjurannya merupakan inisiatif terbaik untuk mempromosikan buah-buahn tempatan selain daripada untuk membantu golongan petani bagi memasarkan hasil pertanian, yang secara tak langsung meningkatkan pendapatan mereka. Sebagai strategi serampang dua mata, Kerajaan berharap melalui penganjurannya, akan dapat mengurangkan import buah-buahan daripada luar negara yang harganya dilihat agak lebih mahal daripada keluaran hasil tani tempatan.

YB Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang, Ahli Parlimen Sibuti yang juga merupakan Ahli Pihak Berkuasa RISDA telah merasmikan acara yang turut disertai oleh RISDA Bahagian Miri serta agensi-agensi seperti KEMAS, Veterina Bahagian Miri, Lembaga Lada, Lembaga Koko Malaysia, LKIM, Persatuan Nelayan, Kelab Kelulut Kampung Selanau, MyIPO Kuching dan beberapa lagi.

Keterlibatan RISDA yang diketuai oleh En. Mensan Anak Balayong, Pegawai RISDA Bahagian Miri adalah merangkumi pameran dan info mengenai tanaman getah yang dipaparkan melalui kaedah tayangan video serta pameran jenis-jenis baja R1, R4, RP dan klon-klon benih getah. Selain dapat mempelajari mengenai penanaman buah-buahan yang termasuk di bawah program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET), pekebun juga dapat memahami kepentingan tanam semula getah dan kaedah GAP yang mampu menjana dan meningkatkan pendapatan mereka.

Oleh : Muhamad Taqiyuddin Mohammad Khori

B

20 BuletinRISCOM

SERAMPANG DUA MATA...Meneliti cara dan kaedah menoreh yang betul untuk informasi pengunjung yang hadir.

SAMBUTAN LUAR DUGAAN...Antara jenis buah-buahan yang termasuk di bawah program AET RISDA.

TAKLIMAT OLEH PEGAWAI RISDA BAHAGIAN MIRI...

PETUGAS DI BELAKANG TABIR...

Page 21: Diucapkan kepada Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008ato’ Mohd. Arif bin Ab Rahman, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dilantik sebagai Ketua

21Saluran Komunikasi Warga RISDA

Oleh : Azhari Hj. Abd. Aziz

alam usaha menyediakan pelbagai kemudahan urusan zakat melalui adaptasi kemudahan yang

ada dalam dunia ICT sekarang, Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Negeri Pahang telah melancarkan lima produk berasaskan penggunaan ICT Aplikasi Android iaitu Zakat Klik!, Laman Web Baru, Usahawan Berkat, Rakan Zakat dan e-ZakatPahang (dikomersalkan dengan nama Zakat4U).

Majlis yang berlangsung pada 11 Ogos 2015 bertempat di Dewan Perdana MS Garden Hotel, Kuantan itu telah menobatkan Pejabat RISDA Daerah Raub sebagai penerima Anugerah e-ZakatPahang Terbaik 2015 kategori Jabatan, dan majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Orang Kaya Indera Pahlawan Dato’ Sri Haji Wan Abdul Wahid Hj. Wan Hassan, Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Negeri Pahang.

Dalam ucapannya beliau turut memberikan penekanan berkaitan manfaat aplikasi ini kepada orang ramai tentang ilmu dan pendedahan serta kemudahan untuk membayar zakat dengan cara yang mudah, tepat dan cepat. Menurut beliau lagi, aplikasi ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk memberi info berkenaan zakat harta, kalkulator pengiraan zakat, saluran pembayaran zakat yang mudah dan mesra, semakan bayaran zakat dan kemaskini maklumat peribadi; dan semakan berkenaan bantuan zakat.

Kejayaan PRD Raub dalam mengungguli salah satu daripada anugerah yang disediakan adalah membuktikan bahawa RISDA sentiasa peka dan sedia melaksanakan sebarang inovasi dan tranformasi yang diperkenalkan oleh pelbagai pihak dalam memenuhi kehendak serta citarasa pelanggan.

D

SATU LAGI KEBANGGAAN RISDA...

BERGAMBAR BERSAMA YANG DIPERTUA MAJLIS UGAMA ISLAM DANADAT RESAM MELAYU NEGERI PAHANG...

Page 22: Diucapkan kepada Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008ato’ Mohd. Arif bin Ab Rahman, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dilantik sebagai Ketua

Oleh : Nor Ayuni Azaluddin

anggal 31 Ogos diabadikan sebagai tarikh keramat penuh bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara. Namun, kemerdekaan bukan sekadar laungan perkataan ‘merdeka’ sahaja, malah lebih daripada itu ianya memerlukan penghayatan dan pemahaman maksud serta kepentingan mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi selama tempoh itu

Pejabat RISDA Negeri Pulau Pinang turut sama menyemarakkan sambutan perayaan Hari Kemerdekaan peringkat negeri tahun 2015 dengan menghantar kontinjen untuk menyertai perarakan tersebut. Dengan diketuai oleh En. Mohd. Danial Mohd. Nasib, kontinjen yang dibarisi oleh seramai 40 orang warga kerja PRN Pulau Pinang itu menyertai 85 agensi dan NGO lain dalam perarakan yang meliputi Jalan Perda Utama, Bandar Perda, Seberang Perai Tengah.

Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas bersama isteri Toh Puan Majimor Shariff vantara orang kenamaan yang telah menghadiri majlis bertemakan 'Sehati Sejiwa' yang turut disertai oleh sekitar 4,000 orang hadirin yang terdiri daripada masyarakat pelbagai lapisan termasuk pelancong asing.

T

22 BuletinRISCOM

SEMANGAT PATRIOTISME WARGA RISDA...

SEHATI SEJIWA...

Page 23: Diucapkan kepada Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008ato’ Mohd. Arif bin Ab Rahman, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dilantik sebagai Ketua

Bekerja lebih keras tidak lebih efektif dari bekerja lebih pintar

- Jack Trout

Dalam setiap kisah sukses, anda akan menemukan seseorang yang telah mengambil keputusan

dengan berani- Peter F. Drucker

Ramai orang yang sebenarnya sudah begitu dekat dengan sukses, tapi sayangnya mereka kemudian

menyerah - Thomas A. Edison

Kegagalan hanya situasi tak terduga yang menuntut transformasi dalam makna positif. Ingat, Amerika Syarikat merupakan hasil dari

kegagalan total, sebab Columbus sebenarnya ingin mencari jalan ke Asia

- Eugenio Barba

Anda seharusnya memiliki tujuan jangka panjang agar tidak kecewa terhadap kegagalan jangka

pendek - Charles Noble

23Saluran Komunikasi Warga RISDA

BILA HIDUPMU DALAM KEGELAPANBila hidupmu dalam kegelapan maka berdoalah. Dan, apabila selesai berdoa, jika kegelapan masih membelenggu maka bayarlah bil elektrik !

PULANG HARI PERTAMA DI SEKOLAHSeorang budak baru pulang dari hari pertama di sekolah. Setiba di rumah siibu bertanya;Ibu : Endut, banyak ke pelajaran yang dipelajari di sekolah tadi ? Endut : Tak banyak, esok kena pergi lagi...

MENYELAMDua orang budak sedang bersembang tentang kehebatan bapa masing-masing dalam pertandingan menyelam yang diadakan semalam.

Budak 1 : Punyalah lama bapak aku menyelam semalam, sejam setengah baru timbul...Budak 2 : Yalah sekurang-kurangnya bapak aku bersainglah jugak dengan bapak kau..ala beza 10 saat jer...(Tiba-tiba melintas Budak 3...)Budak 1 : Eh bukan bapak kau pun masuk bertanding semalam ?Budak 2 : Ha ah...mesti kalah jugak kan ?Budak 3 : Tak tahulah kalah ke tidak, tapi sejak semalam tu sampai sekarang masih belum timbul lagi...dah lebih 30 jam dah...Budak 1 & 2 : ???

AYAM DIMASAK BERSAMA KAMBINGMasakan ini memang mudah untuk disediakan. Anda memerlukan seekor ayam (yang sudah disembelih) dan seekor kambing.Cara mudah menyediakannya, pastikan semasa anda memasak ayam tersebut, kambing ada di sebelah anda. Maka jadilah ayam dimasak bersama kambing. Selamat mencuba.

PEROMPAK SAMASam : Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita...Dol : Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang sign board ‘SILA DATANG LAGI’...Kau degil !

KISAH DI TABIKACikgu : Amri, awak ada berapa adik beradik ?Amri : Tiga cikgu...Cikgu : Awak yang paling tua ?Amri : Tak...Atuk saya...

Page 24: Diucapkan kepada Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008ato’ Mohd. Arif bin Ab Rahman, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dilantik sebagai Ketua

Tautan Kemesraan...