PEMBELAJARAN ILMU TAJWID SECARA DALAM TALIAN DI ERA …
Transcript of PEMBELAJARAN ILMU TAJWID SECARA DALAM TALIAN DI ERA …
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM021
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
415
PEMBELAJARAN ILMU TAJWID SECARA DALAM TALIAN DI ERA COVID-19: SATU
TINJAUAN MENURUT PERSPREKTIF AS-SUNNAH
Anuar bin Hasin
Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia,
71800 Nilai, Negeri Sembilan
E-Mail: [email protected]
Norazman bin Alias
Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia,
71800 Nilai, Negeri Sembilan
E-Mail: [email protected]
Zainora binti Daud
Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia,
71800 Nilai, Negeri Sembilan
E-Mail: [email protected]
ABSTRAK
Ilmu Tajwid al-Quran merupakan sebuah ilmu yang bercorak teori dan praktikal. Kebiasaanya ilmu ini
dipelajari melalui kaedah talaqqi dan musyafahah yakni murid menadah ilmu dan mengambil bacaan
secara bersemuka dan terus daripada guru. Namun, sejak wabak Covid-19 melanda dunia, corak
pembelajaran di dunia yang lazimnya secara bersemuka telah berubah kepada norma baru iaitu
pembelajaran secara dalam talian. Hal yang demikian turut memberi kesan ke atas perjalanan
pembelajaran ilmu tajwid di kebanyakan institusi. Kertas kerja ini adalah bagi mengenalpasti sejauhmana
penerimaan as-Sunnah terhadap pembelajaran tajwid al-Quran secara dalam talian. Selain itu, ia juga
adalah untuk meneroka panduan yang telah digariskan oleh as-Sunnah berkaitan dengan pembelajaran
al-Quran dan keterikatan pembelajaran secara dalam talian terhadapnya. Kajian ini mengaplikasikan
kaedah kualitatif melalui analisis terhadap hadis-hadis Nabi s.a.w yang berkaitan dengan pembelajaran
Al-Quran juga pandangan ulama-ulama berkenaannya dan juga pemerhatian ke atas saluran-saluran
pembelajaran ilmu tajwid secara dalam talian di dalam masyarakat. Hasil kajian menunjukkan bahawa
Islam melalui as-Sunnah tidak menghalang penggunaan teknologi maklumat dalam pembelajaran ilmu
al-Quran seperti tajwid dan seumpamanya namun ia mestilah tidak menjejaskan keaslian ilmu itu serta
mestilah berupaya memelihara tradisi asal keilmuan ilmu tersebut seperti talaqqi dan musyafahah.
Kata Kunci: Tajwid, Covid-19, Pembelajaran Online, as-Sunnah, Talaqqi
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM021
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
416
PENDAHULUAN
Penularan wabak COVID-19 di penghujung tahun 2019 telah banyak mengubah cara kehidupan manusia
secara besar-besaran. Di Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dikuatkuasakan bermula
pada 18 Mac 2020 dengan tujuan untuk memutuskan rantaian wabak penyakit ini di dalam masyarakat.
Walaupun pada masa ini, negara sedang berada di dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
(PKPP), namun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bimbang vaksin untuk melawan COVID-19
mungkin tidak akan ditemui.
Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Gabreyesus berkata walaupun usaha mencari vaksin
berkesan dipercepatkan, penyelesaian yang sempurna mungkin tidak akan dijumpai.1 Secara globalnya,
situasi ini telah memberi kesan yang mendalam kepada semua sektor terutamanya ekonomi dan
pendidikan. Fenomena COVID-19 telah mengubah cara hidup manusia kepada norma-norma baharu
seperti penjarakkan sosial, pemakaian penutup muka, penggunakan gel pembasmi kuman dan sebaginya.
Secara tidak langsung, ia juga sangat memberi kesan ke atas kaedah dan cara penyampaian ilmu dari
berbentuk bersemuka kepada dalam talian. Keadaan ini bagi mengelakkan perkumpulan besar manusia
yang memungkinkan penyebaran virus. Hal ini juga selaras dengan apa yang telah disarankan oleh
junjungan Nabi s.a.w kepada umat Islam khususnya ketika berlakunya penyebaran sesuatu wabak
penyakit. Sabda baginda:
“Sekiranya kamu mendengar tentang (penyebaran) wabak di sesuatu tempat, maka janganlah kamu
masuk. Dan sekiranya kamu sudah berada dalam kawasan (penularan wabak) tersebut, maka janganlah
kamu keluar darinya.”2
Sejak penularan wabak Covid-19, sambutan terhadap pembelajaran Al-Quran secara dalam talian
semakin mendapat sambutan. Banyak institusi samada kerajaan mahupun swasta telah memperkenalkan
kelas-kelas pembelajaran Al-Quran seperti tajwid, talaqqi, tarannum, dan hafazan secara dalam talian.
Menurut sumber Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, belajar mengaji secara dalam talian
merupakan satu wasilah untuk mendapatkan ilmu membaca al-Quran dengan menggunakan teknologi
terkini. Usaha murni tersebut memudahkan capaian masyarakat untuk mempelajari ilmu membaca al-
Quran.3 Ilmu membaca al-Quran yang dimaksudkan ialah ilmu tajwid.
ILMU TAJWID
Ilmu tajwid ialah sebuah ilmu yang membahaskan tentang kaedah-kaedah menyebut huruf-huruf dan
memelihara segala makhraj dan sifatnya serta segala yang berkaitan dengannya dari segi hukum yang
1 Isabelle Leong, “COVID-19: WHO Khuatir Vaksin Sempurna Mungkin Tidak Akan Ditemukan”, http://
http://www.astroawani.com/berita-dunia/covid-19-who-khuatir-vaksin-sempurna-mungkin-tidak-akan-ditemukan-253856 2 Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail (2001), Al-Jami’ Al-Musnad Al-Sahih Al-Mukhtasar Min Umur Rasulillah Sallallah
Alaih Wasallam Wa Sunanihi Wa Ayyamihi, Beirut: Dar Al-Thouq Al-Najah, 130 3https://www.muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4436-irsyad-al-fatwa-siri-ke-494-bolehkah-mengaji-
al-quran-secara-atas-talian-online-berduaan-berlainan-jantina
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM021
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
417
mendatang, dan apa yang berkaitannya dari sudut waqaf, ibtida’, washal dan qatha’.4 Para ulama sangat
mementingkan ilmu ini kerana melaluinya lidah akan terpelihara daripada melakukan kesalahan dan
kesilapan ketika membaca al-Quran.5 Oleh yang demikian, ilmu ini telah disusun bagi memudahkan umat
Islam untuk membaca al-Quran dengan tepat mengikut apa yang dibacakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Ia merupakan semulia-mulia ilmu kerana berkait terus dengan Kalam Allah.6 Nabi s.a.w bersabda:
Orang yang paling baik di antara kamu adalah seseorang yang belajar al-Qur’an dan mengajarkannya.7
Hadith ini jelas menunujukkan bahawa perbuatan mempelajari Al-Quran dan mengajarkan Al-Quran
adalah perbuatan yang sangat mulia di sisi Allah serta orang yang melakukannya diiktiraf sebagai orang
yang terbaik.
Ulama telah membahagikan tajwid kepada 2 aspek iaitu teori dan amali. Teori ataupun di dalam Bahasa
Arab disebut sebagai tajwid nazari bermaksud mengetahui segala hukum hakam tajwid dan kaedah-
kaedahnya, menghafalnya dan memahaminya. Hukum bagi aspek ini ialah fardhu kifayah seperti ilmu-
ilmu lain yang menjadi keperluan bagi orang-orang Islam. Ia juga merupakan sebagaian daripada ilmu
alat.8 Manakala aspek kedua pula ialah tajwid ‘amali yang bermaksud memprakikkan segala hukum
hakam yang terkandung di dalam tajwid nazari di dalam pembacaan Al-Quran. Hukumnya ialah fardhu
‘ain.9 Ini berdasarkan firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Muzzammil :
....dan bacalah Al-Quran itu dengan tartil (Al-Qur’an 73:4)
Ilmu tajwid merupakan sebuah ilmu yang lahir selepas kewafatan Nabi s.a.w. Ia merupakan di antara
ilmu yang terawal dalam sejarah Islam. Terlebih dahulu, ilmu tajwid dipelajari secara tidak langsung
melalui proses pembelajaran secara musyafahah di antara guru Al-Quran dan murid tanpa mempunyai
catatan dalam mana-mana kitab. Segala hukum hakam yang termaktub di dalam teori-teori ilmu tajwid
seperti Mad Asli, Mad Wajib, Idgham, Idzhar, Ikhfa’ dan sebagainya telahpun dipraktikkan oleh
Rasulullah s.a.w dan para sahabat secara amali bermula sejak penurunannya. Karya pertama ilmu tajwid
telah ditulis dalam bentuk 51 bait syair oleh Abu Muzahim Musa Al-Khaqani yang berasal dari Baghdad.
Pun begitu, beliau tidak menggunakan kalimah tajwid dalam syairnya, namun beliau menggunakan
istilah husn al-ada’. 10
PEMELIHARAAN AL-QURAN
4 Ahmad Khalid Syukri et.al (2017) al-Munir Fi Ahkam al-Tajwid. Amman: al-Jam’iah, 9. 5 Abu Mardhiyah (2007) Tajwid al-Quran Qiraat ‘Aashim – Riwayat Hafsh – Toriq al-Syatibi. Kuala Lumpur: al-Jenderaki
Enterprise, 75. 6 Ibid, 74. 7 Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail (2001), Al-Jami’ Al-Musnad Al-Sahih Al-Mukhtasar Min Umur Rasulillah Sallallah
Alaih Wasallam Wa Sunanihi Wa Ayyamihi, Beirut: Dar Al-Thouq Al-Najah. 8 Ahmad Khalid Syukri (2017) al-Munir Fi Ahkam al-Tajwid. Amman: al-Jam’iah, 11. 9 Ibid 10 Ibid
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM021
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
418
Al-Quran merupakan kalam Allah yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui
perantaraan malaikat Jibril a.s dan kemudiannya di sampaikan kepada umatnya secara mutawatir.
Mutawatir bermakna Al-Quran telah dinukilkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain melalui
pendekatan dan strategi tertentu.11 Mutawatir juga bermaksud sesuatu yang diriwayatkan oleh
sekumpulan orang yang ramai yang mana mustahil mereka itu bersepakat untuk berbohong. Al-Quran
telah diyakini sampai kepada umat Islam sehingga pada hari ini secara mutawatir kerana ia di bacakan
dan disampaikan oleh begitu ramai manusia dari generasi ke generasi yang lain dengan lafaz yang sama
dan memustahilkan ia untuk didustai. Selain itu, Al-Quran juga adalah satu-satunya kitab di atas muka
bumi yang dijamin oleh Allah akan pemeliharaannya. Firman Allah:
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-zikr (al-Quran) dan Kamilah yang memelihara dan
menjaganya.(Al-Quran 15: 9)
Al-Tabari menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan Allah memelihara Al-Quran itu ialah ia
terpelihara daripada sebarang tokok tambah mahupun sebarang pengurangan daripada syaitan dan iblis.12
Selain itu, pemeliharaan Allah terhadap Al-Quran juga adalah tidak terhad kepada isi kandungannya
sahaja, akan tetapi ia meliputi aspek fizikal, digital, hafazan13 dan juga bacaan. Penyusunan ilmu tajwid
adalah signifikan kepada pemeliharaan Al-Quran dari sudut bacaan. Melalui ilmu ini, umat Islam dapat
mengenalpasti bentuk bacaan yang tepat dan sahih mengikut apa yang dibacakan oleh Rasulullah s.a.w
dan dapat membezakan sesuatu bacaan yang terkeluar daripada kaedah yang sebenar.
TALAQQI DAN MUSYAFAHAH SEBAGAI KEADAH PEMBELAJARAN AL-QURAN DI
ZAMAN RASULULLAH S.A.W
Tugas menyampaikan wahyu merupakan tugas utama para rasul. Tanggungjawab ini telah dipikul oleh
Nabi Muhammad s.a.w apabila menerima wahyu daripada Allah melalui perantaraan Malaikat Jibril,
maka beliau akan menyampaikan wahyu tersebut kepada para sahabat baginda. Keadaan Nabi s.a.w
menerima wahyu daripada Jibril dan kemudian baginda mengajarkannya kepada para sahabat tersebut
bolehlah dianggap sebagi satu proses pengajaran dan pembelajaran. Jibril bertindak selaku guru kepada
Rasulullah s.a.w, manakala para sahabat pula bolehlah dikira sebagai murid kepada Rasulullah s.a.w.
Secara umumnya, Kaedah Talaqqi dan Musyafahah adalah sangat penting dalam pembacaan dan
pendidikan Al-Quran. Ia tidak tidak boleh dipandang ringan kerana ia berperanan penting dalam
memastikan hak kalam Allah sentiasa tertunai dan terpelihara.14 Kaedah yang unik ini mampu membantu
11 Sharifah Norshah Bani Syed Bidin, Nor Salimah Abu Mansor, Zulkifli A. Manaf, “Perlaksanaan Manhaj Rasulullah Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Al-Quran Bagi Golongan Dewasa”, Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari
Keluaran Khas (2011): 55 12 Al-Tobari, Abu Ja’far (2000), Jami’ Al-Bayan Fi Ta’wil Al-Quran, Muassasah Al-Risalah, 68. 13 Taufiq Yap Yun Hin, “Keaslian Al-Quran Terjaga Selamanya”,
https://www.hmetro.com.my/addin/2019/05/458578/keaslian-al-quran-terjaga-selamanya 14 Sedek Ariffin (2009) Kepentingan Talaqqi dan Musyafahah Dalam Pembacaan Al-Quran. Jurnal Darul Quran, 7-8
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM021
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
419
untuk mengekalkan keaslian khazanah ilmu Islam dan mencegahnya daripada dipenagruhi oleh elemen-
elemen yang tidak sihat.15
Talaqqi dalam konteks pembelajaran Al-Quran bermaksud proses mempelajari Al-Quran secara terus
melalui cara mendengar dan meniru bacaan daripada seorang guru yang mempunyai sanad yang
bersambung kepada Rasulullah s.a.w. Manakala musyafahah pula bermaksud seorang murid
memperoleh pengetahuan secara lisan dengan menumpukan pada pergerakan bibir guru dan mengulang
bacaan.16 Maka talaqqi dan musyafahah boleh diertikan sebagai pertemuan secara langsung antara guru
dan pelajar dalam satu perjumpaan pada bila-bila masa dan pelajar mempelajari bacaan Al-Quran dari
mulut ke mulut secara langsung dengan guru berkenaan.
Menerusi sirah Rasulullah s.a.w, terdapat banyak dalil yang menunjukkan bahawasanya baginda sentisa
bertalaqqi dengan Malaikat Jibril untuk bermusyafahah mengambil Al-Quran daripadanya antaranya:
Dan sesungguhnya kamu benar-benar diberi al-Quran dari sisi Allah s.w.t yang Maha Bijaksana lagi
Maha mengetahui.(Al-Quran 27:6)
Seterusnya,
عليه ها السلام : أسر إلي النب صلى الل أن جبيل كان ي عارضن بالقرآن كل سنة ، وإنه عارضن العام : وسلم عن فاطمة علي مرتين ، ول أراه إل حضر أجلي
Daripada Fatimah r.a berkata, bahawa Nabi SAW telah berbisik kepadaku:
Jibril membacakan al-Quran kepadaku setiap tahun sekali dan sesungguhnya Jibril membacakan al-
Quran kepadaku pada tahun ini sebanyak dua kali. Aku tidak melihatnya melainkan isyarat bahawa
ajalku telah datang.17
عليه وسلم القرآن كل عام مرة ، ف عرض عليه مرتين : ، قال أب هري رة عن بض ف العام الذي ق كان ي عرض على النبه صلى الل فاعتكف عشرين ف العام الذي قبض فيه فيه ، وكان ي عتكف كل عام عشرا ،
Daripada Abu Hurairah ia berkata;
15 Syuhaida Idha Abd Rahim, Mohd Asmadi Yakob, Fadilah Abd. Rahman. (2016). Talaqqi Method in Teaching and Learning
for the Preservation of Islamic Knowledge: Developing the Basic Criteria. Contemporary Issues and Development In The
Global Halal Industry, 313. 16 Yusof, N. H. bin, Razali, M. A. bin M., Omar, N. binti, Abdelgelil, M. F. M., & Hamzah, M. S. bin. (2018). Concept and
Execution of Talaqqi and Musyafahah Method in Learning Al-Quran. International Journal of Academic Research in Business
and Social Sciences, 8(11), 559–563 17 Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail (2001), Al-Jami’ Al-Musnad Al-Sahih Al-Mukhtasar Min Umur Rasulillah Sallallah
Alaih Wasallam Wa Sunanihi Wa Ayyamihi, Beirut: Dar Al-Thouq Al-Najah, 186.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM021
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
420
Kebiasaannya Jibril menyemak bacaan Al Qur`an Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sekali pada setiap
tahunnya. Namun pada tahun wafatnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam Jibril melakukannya
dua kali. Dan beliau Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam beri'tikaf sepuluh hari pada setiap
tahunnya. Sedangkan pada tahun wafatnya beliau beri'tikaf selama dua puluh hari.18
Dalil-dalil Al-Quran dan Al-Hadis di atas menunjukkan bahawasanya talaqqi Al-Quran merupakan
antara rutin Rasulullah s.a.w bersama Malaikat Jibril a.s. Manakala kaedah yang diaplikasikan semasa
proses talaqqi itu berlangsung dinamakan sebagai al-‘Ard iaitu kaedah di mana murid memperdengarkan
bacaan Al-Quran di hadapan guru dan guru memperbetulkan kesalahannya samada kesalahan kecil
mahupun besar.19
Terdapat beberapa strategi lain yang telah diaplikasikan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat ketika
melaksanakan proses talaqqi Al-Quran antaranya: al-Talqin, al-Sama’ dan Riwayah al-Hurf . Al-Talqin
bermaksud guru membaca ayat Al-Quran sambil didengari oleh murid dengan teliti. Kemudian murid
akan mengulang semula bacaan guru tersebut.20 Kaedah ini juga sering diaplikasikan pada peringkat asas
Pendidikan Al-Quran kanak-kanak dan diktiraf sebagai salah satu kaedah talaqqi yang paling baik kerana
diamalkan oleh para salaf dari kalangan sahabat dan tabi’in.21
Kaedah al-Sama’ pula ialah murid mendengar bacaan guru dengan baik tanpa memerlukan mereka
mengulangi bacaan tersebut. Kaedah ini telah dipraktikkan oleh imam Qiraat terdahulu antaranya Imam
Kisaie. Ia berlaku kerana kehadiran muridnya yang terlalu ramai hingga menyukarkannya menyemak
bacaan mereka seorang demi seorang.22
Seterusnya ialah kaedah riwayah al-huruf ialah pelajar mempelajari cara bacaan al-Quran dengan
seseorang guru melalui periwayatan sahaja tanpa membaca dengan beliau. Kaedah ini biasanya berlaku
ketika bertalaqqi sesebuah kitab yang meriwayatkan cara atau wajah bacaan al-Quran atau bacaan qiraat
seseorang imam.23
KESAN COVID-19 TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU TAJWID SECARA DALAM
TALIAN
Sejarah telah membuktikan bahawa perindustrian dan perkembangan teknologi mampu mengubah
sesebuah masyarakat. Perkembangan teknologi terutamanya evolusi internet telah mencabar konsep
18 Ibid 19 Norazman Alias, Khairul Anuar Mohamad, Abd Muhaimin Ahmad (2015) Fenomena Talaqqi Al-Quran Bersanad Riwayat
Hafs ‘An ‘Asim Menurut Toriq Al-Syatibiyyah; Sumbangannya Dalam Perkembangan Pengajian Al-Quran Di Malaysia, 6. 20 Norazman Alias, Khairul Anuar Mohamad, Abd Muhaimin Ahmad (2015) Fenomena Talaqqi Al-Quran Bersanad Riwayat
Hafs ‘An ‘Asim Menurut Toriq Al-Syatibiyyah; Sumbangannya Dalam Perkembangan Pengajian Al-Quran Di Malaysia, 6. 21 Nurul Huda Zainal Abidin, Najmiah Omar, Nor Hafizi Yusof (2019) Konsep Dan Pelaksanaan Kaedah Talaqqi dan
Musyafahah Dalam Pembelajaran Al-Quran, Malaysian Journal For Islamic Studeis (2019), 30. 22 Norazman Alias, Khairul Anuar Mohamad, Abd Muhaimin Ahmad (2015) Fenomena Talaqqi Al-Quran Bersanad Riwayat
Hafs ‘An ‘Asim Menurut Toriq Al-Syatibiyyah; Sumbangannya Dalam Perkembangan Pengajian Al-Quran Di Malaysia, 6. 23 Nurul Huda Zainal Abidin, Najmiah Omar, Nor Hafizi Yusof (2019) Konsep Dan Pelaksanaan Kaedah Talaqqi dan
Musyafahah Dalam Pembelajaran Al-Quran, Malaysian Journal For Islamic Studeis (2019), 31.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM021
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
421
dan teori pendidikan tradisional, terutamanya terhadap konsep bilik darjah serta metod pengajaran
dan pembelajaran.24 Metod pembelajaran pada masa kini telah banyak berubah kepada corak
pembelajaran secara dalam talian. Ia juga dikenali sebagai online learning ataupun e-learning yang
membawa maksud suatu jenis belajar mengajar yang memungkinkan tersampaikannya bahan ajar kepada
siswa (pelajar) dengan menggunakan media internet, intranet atau media jaringan komputer lain.25
Pada masa kini, media sosial menjadi platform pilihan bagi golongan remaja terutamanya untuk
meneroka tentang sesuatu perkara. Platform seperti Instagram, Facebook, WhatsApp dan YouTube telah
dimanfaat untuk menarik golongan muda untuk mencintai Al-Quran. Ia juga merupakan medium yang
sangat berkesan dalam penyampaian ilmu Quran. Medium-medium tersebut telah digunakan secara
meluas bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia. Sejak penularan wabak Covid-19,
pembelajaran Ilmu Tajwid samada yang berbentuk amali mahupun praktikal secara dalam talian semakin
berkembang. Hal ini adalah disebabkan oleh masyarakat Islam tidak dibenarkan untuk berkumpul
beramai-ramai di dalam satu-satu masa. Dalam keadaan ini, banyak saluran pembelajaran ilmu tajwid
telah diwujudkan oleh pelbagai pihak di media massa dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan
di kalangan masyarakat. Berikut adalah di antara contoh senarai saluran pembelajaran ilmu tajwid secara
dalam talian yang terdapat di Malaysia:
Nama Saluran Medium Jumlah Pengikut
Uwais Qorny Facebook 336,000
Azdan Quranic Center Facebook 111,633
Kelas Ngaji Ustazah Hayati Facebook 28,990
Asraffayob YouTube 25000
Dikemaskini pada 6 Ogos 2020
Pelbagai pendekatan digunakan oleh pihak-pihak berkenaan dalam menyampaikan ilmu tajwid kepada
masyarakat di antaranya ialah menggunakan Facebook Live dan YouTube Live. Menurut pemerhatian,
perkara yang disampaikan oleh pihak-pihak berkenaan ialah berkaitan dengan tajwid nazari yakni ilmu
tajwid yang berbentuk teorikal. Manakala kaedah yang digunakan dalam penyampaian pula ialah sehala
dan boleh dikategorikan sebagai al-Talqin.
Selain itu, terdapat juga pihak-pihak yang menganjurkan kelas talaqqi secara online. Menurut satu
temubual bersama Hisyam Abdul Bari Rajih26 , beliau menganjurkan kelas talaqqi online sewaktu
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Platform ZOOM telah digunakan bagi
mengumpulkan para pelajar di dalam sebuah kelas secara maya. Para pelajar kemudiannya membaca Al-
Quran secara bergilir-gilir dan beliau akan menegur mereka sekiranya berlaku kesalahan di dalam
24 Kassim, Zahiah Binti, et al. 2010. “E-Pembelajaran: Evolusi Internet Dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat. “Proceedings
of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010”, 210 25 Darin E. Hartley, Selling e-Learning, (Amerika: American Society for Training and Development, 2003), 1. 26 Hisyam Abdul Bari Mohammad Rajih dilahirkan pada 1 Oktober 1980 di Iskandariah, Mesir, merupakan pemegang sanad
qiraat 10 sughra dan kubra daripada Syeikh Muhammad Abdul Hamid. Sekarang beliau menetap di Kota Bharu, Kelantan
dan berkhidmat sebagai pengetua di Akademi Al-Quran Bandaraya Islam di bawah Majlis Perbandaran Kota Bharu. Beliau
aktif mengajar Al-Quran di seluruh Kelantan dan menjadi guru talaqqi secara bersanad kepada murid-murid yang berasal dari
dalam dan luar negara.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM021
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
422
bacaan. 27 Kaedah ini bolehlah disamakan dengan al-‘Ard28 dalam kaedah talaqqi tradisional, namun
yang membezakannya ialah menerusi talaqqi secara di dalam talian pelajar dan guru tidak bersemuka
secara langsung, sebaliknya mereka bertemu secara maya. Menurut Syeikh Hisyam lagi, kejayaan talaqqi
secara online sangat bergantung kepada kelajuan internet, kejelasan gambar. Kelajuan internet sangat
penting untuk memastikan komunikasi di antara guru dan murid berjalan lancar. Sekiranya guru tidak
dapat mendengar bacaan murid,maka ia akan menyukarkan proses bacaan dan teguran semasa proses
talaqqi berlangsung. Manakala kejelasan gambar adalah penting supaya guru dan murid dapat
memerhatikan bibir dan mulut masing-masing dengan tujuan untuk mengenalpasti sebutan huruf dan
tajwid yang betul.29
PANDUAN AL-SUNNAH TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU TAJWID SECARA DALAM
TALIAN
Meskipun dunia secara amnya dan negara secara khususnya sedang menghadapi satu ujian yang sangat
getir daripada Allah s.w.t iaitu penularan wabak Covid-19 yang sehingga kini telah meragut hampir
700,000 orang, namun usaha menuntut ilmu tidak harus dihentikan lebih-lebih lagi ilmu Al-Quran. Apa-
apa yang tidak dapat dilakukan sepenuhnya, tidaklah harus ditinggalkan semuanya. Justeru, penggunaan
teknologi semasa dalam pembelajaran Al-Quran bukanlah suatu yang dilarang di dalam Islam selagimana
ia tidak melanggar batas-batas syarak. Tidak ada dalil daripada Al-Quran mahupun Al-Sunnah yang
melarang penggunaan teknologi dalam pembelajaran Al-Quran. Namun, beberapa dalil bolehlah
dijadikan panduan dan pedoman dalam mengendalikan kelas tajwid Al-Quran secara dalam talian.
Guru Yang Berkelayakan
Guru yang berkelayakan adalah suatu isu yang sangat penting di dalam pembelajaran Al-Quran lebih-
lebih lagi secara dalam talian. Ini kerana, platform dalam talian adalah sesuatu yang sangat terbuka dan
tidak mampu dikawal sepenuhnya oleh mana-mana pihak. Sesiapa sahaja boleh mengajar tajwid
meskipun tidak mendapat pengiktirafan daripada mana-mana pihak.
Dalam hal ini, Nabi s.a.w telah mengesyorkan agar umat Islam mempelajari Al-Quran daripada orang
yang mahir dan arif serta dengannya. Sabda Nabi Muhammad s.a.w:
القرآن من أرب عة من عبد الل بن مسعود وسال ومعاذ بن جبل وأبه بن كعب خذوا Ambillah Al-Quran daripada empat orang iaitu daripada Abdullah bin Mas’ud, Salim Maula Abi
Huzaifah, Muaz bin Jabal dan Ubai bin Ka’ab.30
27 Hisyam Abdul Bari Rajih dalam temubual bersama Anuar Hasin, 7 Ogos 2020. 28 Kaedah pelajar membaca dihadapan guru dan guru membetulkan bacaan mereka sekiranya terdapat kesalahan. Rujuk
halaman 5 29 Hisyam Abdul Bari Rajih dalam temubual bersama Anuar Hasin, 7 Ogos 2020. 30 Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail (2001), Al-Jami’ Al-Musnad Al-Sahih Al-Mukhtasar Min Umur Rasulillah Sallallah
Alaih Wasallam Wa Sunanihi Wa Ayyamihi, Beirut: Dar Al-Thouq Al-Najah, 186
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM021
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
423
Imam Al-Nawawi dalam mensyarahkan hadis ini berkata di antara sebab Rasulullah s.a.w menyuruh
umat Islam mengambil Al-Quran daripada keempat-empat sahabat ini ialah kerana merekalah yang
paling kuat dalam menjaga lafazh ayatnya dan lancar dalam bacaanya, walaupun sahabat yang lain ada
yang lebih faham arti dan maksud ayatnya dari pada empat sahabat yang beliau sebutkan. Mereka juga
sempat mempelajari Al-Quran secara musyafahah dengan Nabi s.a.w sedang sahabat-sahabat lain hanya
mendengar daripada sahabat-sahabat lain. Demikian juga merupakan isyarat supaya sekiranya baginda
telah wafat, maka umat Islam haruslah mendahulukan mereka berempat ini dalam hal mengambil bacaan
Al-Quran kerana kelebihan-kelebihan yang telah dinyatakan tadi.31 Ibnu Hajar juga menyatakan bahawa
sahabat yang empat ini merupakan yang paling terkenal dengan hafalan mereka dan paling bersemangat
dalam mengajarkan Al-Quran.32
Hadis ini memberi gambaran betapa pentingnya bacaan Al-Quran dipelajari daripada guru yang
mempunyai bacaan yang baik dan diktiraf sedemikian oleh guru Al-Quran yang lain. Kebebasan platform
media social dalam menyampaikan ilmu tidak seharusnya diambil kesemapatan oleh mana-mana
individu untuk meraih populariti dan keuntungan semata-mata. Ini bermakna, seseorang yang ingin
mengajar ilmu tajwid teori mahupun amali, mestilah terlebih dahulu memahirkan diri dalam ilmu
tersebut. Manakala murid juga hendaklah mengutaman guru-guru yang diiktiraf pakar dalam bidang serta
mempunyai contoh bacaan yang baik untuk diikuti.
Merujuk Pakar Bidang
Elemen kedua yang dititikberatkan oleh sunnah ketika mempelajari Al-Quran ialah sentiasa merujuk
masalah yang timbul kepada orang yang pakar. Hal ini ditunjukkan sendiri oleh para sahabat baginda
Nabi s.a.w apabila berhadapan dengan situasi mereka mendengar bacaan yang tidak pernah mereka
dengar daripada Nabi s.a.w.
Pada suatu hari, seorang lelaki memperdengarkan bacaannya kepada Ibnu Mas’ud, lelaki tersebut
membacakan ayat ( ... ا الصدقات للفقراء والمساكين tanpa memanjangkan kalimah lilfuqara’ , maka 33(إن
Ibnu Mas’ud menegur lelaki tersebut dengan berkata bahawasanya bukan begitu Nabi s.a.w membacakan
ayat itu kepadanya. Kemudian beliau membacakan semula ayat tersebut dengan memanjangkan kalimah
lilfuqara’.34
Sungguhpun dalil ini merupakan sandaran para ulama Tajwid dalam membicarakan tentang kewajipan
memanjangkan bacaan (hukum mad), akan tertapi dari satu sudut yang lain kita melihat bahawa betapa
pentingnya seseorang yang hendak mempelajari Al-Quran mahupun mengajarkannya merujuk kepada
orang yang lebih pakar dalam soal hukum hakam dalam bacaan. Dalam konteks pembelajaran ilmu
Tajwid secara dalam talian, ia sangat terdedah kepada awam dan boleh dilihat serta ditontoni oleh sesiapa
31 Al-Nawawi, Abu Zakariya Muhyiddin (1973), Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim bin Al-Hajjaj, Beirut: Dar Ihya’ Al-Turath
Al-Arabi, 17. 32 Al-Asqalani, Ahmad bin Ali Abu Al-Fadhl (1960), Fath Al-Bari Syarh Sahih Al-Bukhari, Beirut: Dar Al-Ma’rifah, 47 33 Al-Quran, 10: 60. 34 Ahmad Khalid Syukri et.al (2017) Al-Munir Fi Ahkam al-Tajwid. Amman: al-Jam’iah, 115.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM021
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
424
sahaja. Justeru, pengajar khususnya hendaklah sentiasa merujuk pakar bidang khususnya apabila
melibatkan sesuatu kemusykilan dalam bacaan ataupun riwayat. Ini supaya guru tersebut tidak
mengajarkan perkara yang salah di dalam masyarakat dan
Memelihara Adab-adab Bersama Al-Quran
Belajar dan mengajar Al-Quran secara dalam talian tidak terlepas daripada kewajipan memelihara adab-
adab sepertimana mempelajarinya secara bersemuka. Di antara adab-adab yang berkaitan ialah:
Memelihara Niat
Niat adalah sesuatu yang sangat penting di dalam ibadah. Perkara yang pertama yang perlu berada dalam
niat orang yang mengajar dan belajar Al-Quran adalah bagi mendapat keredhaan Allah s.w.t35 seperti
mana di dalam firman Allah:
Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah
kepadaNya, lagi tetap teguh atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberikan zakat,
dan demikian itulah agama yang benar. (Al-Quran 98:5)
Justeru, guru dan pelajar yang mengajar secara dalam talian hendaklah berpegang kuat dengan prinsip
ikhlas ini di dalam perbuatan mereka. Sebarang unsur keduniaan seperti untuk mendapat pujian dan
perhatian manusia, atau mendapat sebarang habuan dunia melalui aktiviti online yang dilakukan.
Kemasyhuran dan juga perhatian adalah mudah di dapati oleh setiap guru yang mengajar Al-Quran secara
dalam talian melalui platform seperti facebook, Instagram, YouTube dan selainnya. Justeru mereka
sewajarnya berhati-hati supaya tidak terjerumus dengan fitnah tersebut.
Memelihara Akhlak Dan Penampilan
Akhlak dan penampilan ada dua perkara yang sangat penting di dalam pembelajaran secara dalam talian.
Dalam hal ini, guru Al-Quran hendaklah mempamerkan akhlak serta penampilan yang baik ketika
berhadapan dengan orang ramai sekalipun hanya di alam maya. Ini kerana akhlak dan penampilannya
akan ditonton oleh ramai orang.
Imam Al-Nawawi menasihatkan supaya guru Al-Quran hendaklah menonjolkan sikap sabar dan lemah
lembut, bersikap warak, memuliakan orang lain, merendah diri dan bersopan santun. Selain itu, guru Al-
Quran mestilah menjaga kebersihan diri, merapikan misai dan janggut36 supaya kelihatan baik dihadapan
orang ramai. Ini selaras dengan sabda Nabi s.aw: Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan
akhlak yang mulia.37
35 Al-Nawawi, Abi Zakariya bin Syaraf, Al-Tibyan Fi Adab Hamalat Al-Quran. Dar Ibn Hazm, 31. 36 Al-Nawawi, Abi Zakariya bin Syaraf, Al-Tibyan Fi Adab Hamalat Al-Quran. Dar Ibn Hazm, 37. 37 Al-Baihaqi, Abu Bakar (2003), Al-Sunan Al-Kubra. Beirut: Dar Al-Kutub Al-Ilmiah, 323.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM021
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
425
Menghormati Guru
Seorang murid hendaklah menghormati guru dengan cara merendah diri dan bersopan terhadapnya
walaupun guru tersebut lebih muda ataupun kurang masyhur. Ibnu Abbas berkata “kamu hina ketika
menuntut, maka kamu mulia ketika dituntut”.38 Justeru, sekiranya seseorang itu bertalaqqi dengan
seorang guru secara dalam talian, dia mestilah menghormati guru tersebut sekalipun tidak pernah
bertemu dengannya secara bersemuka. Ini kerana dia telah memperolehi manfaat ilmu daripada guru
tersebut dan selayaknyalah untuk dia dihormati sebagai seorang guru.
Memelihara Kesopanan Di Dalam Majlis Ilmu
Kesopanan adalah sesuatu yang amat penting untuk dipelihara di dalam majlis ilmu. Imam Al-Nawawi
menegaskan bahawa pelajar hendaklah duduk dihadapan gurunya dengan gaya seorang pelajar dan
bukannya seperti gaya seorang guru. Suara tidak boleh ditinggikan tanpa keperluan, tidak ketawa dan
bercakap tanpa keperluan dan tidak bermain-main dengan tangannya atau selainnya.39 Dalam konteks
pembelajaran ilmu tajwid secara dalam talian, para pelajar hendaklah menjaga kesopanan mereka dengan
tidak melayari laman-laman sesawang lain atau bermain-main dengan apa jua aplikasi lain sewaktu kelas
dijalankan. Mereka juga hendaklah berhati-hati supaya tidak bercakap-cakap hingga mengganggu guru
yang sedang mengajar. Oleh itu, mereka mestilah sentiasa meletakkan tetapan suara dalam keadaan
senyap dan hanya membukanya apabila diminta guru untuk berbuat demikian. Pergerakan juga harus
dikawal supaya guru tidak merasakan seolah-olah murid tidak meberikan perhatian kepadanya sewaktu
mengajar.
KESIMPULAN
Ilmu Al-Quran seperti ilmu tajwid merupakan wasilah untuk mencapai kesempurnaan dalam bacaan
seperti mana yang dilakukan oleh Nabi s.a.w dan para sahabat terdahulu. Wasilah untuk mempelajarinya
mungkin berbeza pada waktu ini akan tetapi kaedah dan matlamat serta asasnya tetap sama. Keadaan
semasa penularan wabak Covid-19 yang menjadi penghalang murid dan guru untuk bertalaqqi ilmu ini
secara bersemuka tidak harus menjadi alasan untuk mereka meninggalkan pedoman-pedoman serta adab-
adab yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat serta salafussoleh ketika belajar dan
mengajar Al-Quran. Konsep talaqqi dan musyafahah hendaklah dipertahankan semasa proses
pembelajaran tajwid secara dalam talian. Penerapan adab-adab dalam mempelajari dan mengajari Al-
Quran juga haruslah sentiasa diterapkan sewaktu proses pembelajaran itu berlangsung. Selain itu, aspek
teknikal seperti kelajuan internet, kejelasan gambar dan suara mestilah diberi perhatian sewajarnya bagi
memastikan proses talaqqi ilmu tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Islam tidak
38 Abu Mardhiyah (2007) Tajwid al-Quran Qiraat ‘Aashim – Riwayat Hafsh – Toriq al-Syatibi. Kuala Lumpur: al-Jenderaki
Enterprise, 56. 39 Hakim Rosly (2016), Adab Berdamping Dengan Al-Quran, Selangor: PTS Publishing House, 29.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM021
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
426
menghalang dalam penggunaan teknologi seperti internet dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu
tajwid selagi mana ia tidak menjejaskan penyampaian intipati dan ketulenan disiplin ilmu tersebut.
RUJUKAN
Al-Quran
Abu Mardhiyah .(2007). Tajwid al-Quran Qiraat ‘Aashim – Riwayat Hafsh – Toriq al-Syatibi. Kuala
Lumpur: al-Jenderaki Enterprise
Ahmad Khalid Syukri et.al .(2017). Al-Munir Fi Ahkam al-Tajwid. Amman: al-Jam’iah.
Al-Asqalani, Ahmad bin Ali Abu Al-Fadhl .(1960). Fath Al-Bari Syarh Sahih Al-Bukhari, Beirut: Dar
Al-Ma’rifah
Al-Baihaqi, Abu Bakar .(2003). Al-Sunan Al-Kubra. Beirut: Dar Al-Kutub Al-Ilmiah.
Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail .(2001). Al-Jami’ Al-Musnad Al-Sahih Al-Mukhtasar Min Umur
Rasulillah Sallallah Alaih Wasallam Wa Sunanihi Wa Ayyamihi, Beirut: Dar Al-Thouq Al-
Najah.
Al-Nawawi, Abi Zakariya (t.t). Al-Tibyan Fi Adab Hamalat Al-Quran. Dar Ibn Hazm.
Al-Nawawi, Abu Zakariya .(1973). Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim bin Al-Hajjaj, Beirut: Dar Ihya’
Al-Turath Al-Arabi.
Al-Tobari, Abu Ja’far (2000), Jami’ Al-Bayan Fi Ta’wil Al-Quran, Muassasah Al-Risalah
Darin E. Hartley, Selling e-Learning, (Amerika: American Society for Training and Development,
2003)
Hakim Rosly .(2016). Adab Berdamping Dengan Al-Quran, Selangor: PTS Publishing House
Isabelle Leong, “COVID-19: WHO Khuatir Vaksin Sempurna Mungkin Tidak Akan Ditemukan”,
http://www.astroawani.com/berita-dunia/covid-19-who-khuatir-vaksin-sempurna-mungkin-tidak-akan-
ditemukan-253856
Kassim, Zahiah Binti, et al. (2010). “E-Pembelajaran: Evolusi Internet Dalam Pembelajaran Sepanjang
Hayat. “Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010”
Norazman Alias, Khairul Anuar Mohamad, Abd Muhaimin Ahmad (2015) Fenomena Talaqqi Al-
Quran Bersanad Riwayat Hafs ‘An ‘Asim Menurut Toriq Al-Syatibiyyah; Sumbangannya
Dalam Perkembangan Pengajian Al-Quran Di Malaysia
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM021
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
427
Nurul Huda Zainal Abidin, Najmiah Omar, Nor Hafizi Yusof .(2019). Konsep Dan Pelaksanaan Kaedah
Talaqqi dan Musyafahah Dalam Pembelajaran Al-Quran, Malaysian Journal For Islamic
Studeis
Sedek Ariffin (2009) Kepentingan Talaqqi dan Musyafahah Dalam Pembacaan Al-Quran. Jurnal Darul
Quran
Sharifah Norshah Bani Syed Bidin, Nor Salimah Abu Mansor, Zulkifli A. Manaf, “Perlaksanaan
Manhaj Rasulullah Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Al-Quran Bagi Golongan
Dewasa”, Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Keluaran Khas (2011)
Syuhaida Idha Abd Rahim, Mohd Asmadi Yakob, Fadilah Abd. Rahman. (2016). Talaqqi Method in
Teaching and Learning for the Preservation of Islamic Knowledge: Developing the Basic
Criteria. Contemporary Issues and Development In The Global Halal Industry
Taufiq Yap Yun Hin, “Keaslian Al-Quran Terjaga Selamanya”,
https://www.hmetro.com.my/addin/2019/05/458578/keaslian-al-quran-terjaga-selamanya
Yusof, N. H. bin, Razali, M. A. bin M., Omar, N. binti, Abdelgelil, M. F. M., & Hamzah, M. S. bin.
.(2018). Concept and Execution of Talaqqi and Musyafahah Method in Learning Al-Quran.
International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences