PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: KESENIAN, ISU SEMASA … filebab perkara muka surat pengesahan status tesis...
Transcript of PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: KESENIAN, ISU SEMASA … filebab perkara muka surat pengesahan status tesis...
PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: KESENIAN, ISU SEMASA DAN
E-FORUM MATEMATIK
FAKHRUR RAZI BIN AHMAD
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
iii
gxÜ|áà|Åxãt‹ Uâtà UÉÇwt ;[}{jtà|Ç| Uàx `|áÄtÇ<
wtÇ Tçt{tÇwt ;[} T{Åtw U|Ç fâ}t~< çtÇz áxÇà|tát ÅxÇvâÜt{ ~tá|{ wtÇ ÅxÇçxÅt| v|àt
fxÜàt ~x~tÇwt çtÇz w|átçtÇz| fxztÄtÇçt t~tÇ ÅxÇ}tw| ux~tÄtÇ çtÇz uxÜzâÇt
fxÅÉzt }tátÅâ w||utÄtá TÄÄt{ fAjAg? \ÇáçtTÄÄt{‹
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan buat
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Syukur Alhamdulillah kerana dengan kudrat
yang diberiNya dapat saya menyiapkan projek ini. Segalanya keranaNya.
Sekalung penghargaan buat penyelia yang dihormati, PM. Dr. Zaleha Binti
Ismail dan En. Mohd Khalid Bin Kasmin yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan
sokongan bagi menyelesaikan projek ini. Segala dorongan, ilmu dan nasihat yang
diberikan banyak membantu dan sentiasa menjadi pedoman.
Jutaan terima kasih juga saya rakamkan kepada keluarga tercinta serta teman-
teman yang terlibat secara langsung ataupun tidak, di atas kerjasama yang diberikan.
Jasa kalian amat dihargai.
Doa dan harapan menjadi tunas impian. Kegigihan dan kesabaran tunggak
kejayaan. Tanpa kalian terkuburlah semangat membina harapan.
Wassalam.
v
ABSTRAK
Pembelajaran berasaskan web semakin popular dikalangan guru dan pelajar
lantaran dari kemudahannya yang kian meluas. Pada masa kini, terdapat banyak portal
pendidikan yang mampu mewujudkan pembelajaran berpusatkan pelajar, terarah kendiri,
kadar kendiri dan akses kendiri. Untuk mencari pendekatan yang afektif dalam
melaksanakan e-Pembelajaran, projek ini memilih sistem pengurusan bahan, Joomla!
dan model rekabentuk instruksi bersistem ADDIE. Sistem dan model rekabentuk ini
sesuai, memandangkan rekabentuknya menyokong prinsip konstruktivisme sosial yang
menggalakkan pembelajaran secara koloboratif dan menekankan pembentukan
pengetahuan melalui aktiviti sosial seperti pebincangan dan pertukaran pendapat antara
komuniti secara maya. Majalah web yang merupakan satu format e-Pembelajaran
dibangunkan dengan menyediakan ruangan Fokus, Kesenian, Aplikasi, Isu semasa,
Permainan, Tokoh, Sejarah, Statistik, Kerjaya, Kuiz, e-Forum dan Pelajari matematik.
Namun, penulisan ini hanya menumpukan kepada Kesenian, Isu Semasa dan e-Forum
matematik. Bagi lima edisi yang pertama, ruangan Kesenian menghubungkaitkan
matematik dengan senibina, fraktal, muzik, seni ukiran dan rekabentuk serta proses
menjubin. Manakala isu semasa dan e-Forum memberikan pendedahan kepada
pendidikan, aktiviti dan perbincangan matematik. Ruangan tersebut membenarkan
pelajar atau guru memberikan komen atas talian untuk tujuan perkongsian idea.
Persekitaran pembelajaran dimantapkan dengan grafik, audio dan video. Majalah web
Dunia Matematik, telah diuji keberkesannya di sekolah oleh pengkaji yang lain dan
hasilnya menunjukkan aspek sosial, pembelajaran, emosi dan persekitaran pada tahap
positif yang tinggi. Oleh itu, majalah web Dunia Matematik perlu diberi perhatian oleh
guru, pelajar, dan warga pendidikan, khasnya, bagi menggalakkan penggunaan komputer
sebagai bahan bantu mengajar alternatif di sekolah.
vi
ABSTRACT
The web-based teaching and learning is becoming more popular among teachers
and students, as it has broadened in terms of facility. Today, there are many education
portal that enables student-centered learning, self-directed, and self access. In order to
find an effective approach in executing the e-Learning process, this project chooses the
content management system Joomla! and the instructional model design ADDIE. This
system and model design are appropriate, as the design supports the social
constructivism which encourages collaborative learning, and emphasizes the building of
knowledge via social activities, such as discussion and exchanging of opinions between
virtual community. Web magazine that is one of the e-Learning format developed,
prepare columns that consist of Focus, Arts, Application, Current Issues, Games,
Notable Person, History, Statistics, Carrier, Quiz, e-Forum and Learning mathematics.
However, for this writing only Arts, Current Issues and mathematics e-Forum will be
focused on. For the first five editions, the Arts column links mathematics with designing
or architecture, fractal, music, tiling process and the art of sculpture. Other than that,
Current Issues and e-Forum give exposure to education as well as activities and
discussions of mathematics. These columns would allow students and teachers to give
comments and share ideas online. The learning environment is enhanced with graphics,
audio and video. The Dunia Matematik web magazines has been tested for its
effectiveness in schools by other researchers and the results show a high level of positive
outcome on the social, learning, emotional, and environmental aspects. Therefore, the
Dunia Matematik web magazine should be paid attention to by teachers, students and
education population in general in order to promote the use of computers as an
alternative teaching aid in schools.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xi
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI SINGKATAN xv
1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 6
1.3 Objektif Projek 6
1.4 Kepentingan Projek 7
1.5 Skop dan Batasan Projek 8
viii
1.6 Kerangka Teori Projek 9
1.7 Definisi Istilah 10
1.8 Kesimpulan 12 2 SOROTAN PENULISAN
2.0 Pengenalan 13
2.1 e-Pembelajaran Di Malaysia 14
2.1.1 Kelebihan e-Pembelajaran 16
2.1.2 Kelemahan e-Pembelajaran 18
2.2 Konstruktivisme sosia dan Hubungannya dengan 19
e-Pembelajaran
2.3 Sistem Pengurusan Kursus Dalam e-Pembelajaran – 20
Joomla
2.4 Perisian Sumber Terbuka 21 2.4.1 Kelebihan Perisian Sumber Terbuka 22
2.7 Kajian Penggunaan e-Pembelajaran 23
2.7.1 Dapatan Kajian Dalam Negara 23
2.7.2 Dapatan Kajian Luar Negara 26 2.6 Majalah Web Matematik 26
2.7 Kesenian Matematik 28
2.8 Isu semasa Matematik 29
2.9 e-Forum Matematik 30
3.0 Penutup 31
ix
3 METODOLOGI PROJEK
3.0 Pengenalan 32 3.1 Kaedah Perlaksanaan 32
3.1.1 Analisis 33
3.1.2 Rekabentuk 35
3.1.3 Pembangunan 37
3.1.4 Perlaksanaan 55
3.1.5 Penilaian 55 3.2 Penutup 56 4 BAHAN E-PEMBELAJARAN DUNIA MATEMATIK
4.0 Pengenalan 57
4.1 Penghasilan Bahan Pembelajaran 57 4.1.1 Kesenian 58
4.1.2 Isu semasa 59
4.1.3 e-Forum 60 4.2 Majalah Web Dunia Matematik 61 4.2.1 Skrin Daftar Masuk atau ‘Log in’ 63
4.2.2 Skrin Halaman Utama 65
4.2.3 Skrin Edisi Lepas 65
4.2.4 Skrin Komen 66
4.2.5 Skrin Komuniti 68
4.2.6 Skrin Dunia Matematik 68
4.2.7 Skrin Kesenian 69
x
4.2.8 Skrin Isu semasa 69
4.2.9 Skrin e-Forum 76
4.3 Penutup 79 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.0 Pengenalan 80 5.1 Perbincangan 80 5.2 Keistimewaan Majalah Web Dunia Matematik 82 5.3 Kebaikan Majalah Web Dunia Matematik 83 5.4 Kelemahan Majalah Web Dunia Matematik 84
5.5 Masalah yang Dihadapi Semasa Pembangunan 84
Majalah Web Dunia Matematik
5.5.1 Capaian Internet 85
5.5.2 Kepakaran Yang Terhad 85
5.6 Cadangan 85 5.7 Penutup 86
RUJUKAN 87 LAMPIRAN 93
xi
SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 1.0 Kerangka Teori Projek 9 2.0 Skrin +plus magazine 28 3.0 Carta proses pembangunan majalah web 38
Matematik
3.1 Carta alir proses ‘upload’ media 39 3.2 Skrin pengurusan media (Media Manager) 39 3.3 Skrin fail ‘Stories’ 40 3.4 Skrin proses ‘upload’ media 40
3.5 Skrin pengurusan seksyen (Section Manager) 41 3.6 Skrin penulisan uraian @ diskripsi bagi seksyen 42 3.7 Carta alir proses pengurusan seksyen 43 3.8 Skrin pengurusan kategori (Category Manager) 43 3.9 Skrin penulisan artikel yang baru 44 3.10 Skrin penulisan uraian @ diskripsi bagi kategori 44 3.11 Carta alir proses pengurusan kategori 45
xii
3.12 Skrin ruangan penulisan artikel 46 3.13 Skrin menunjukkan butang ‘image’, ‘page break ‘dan 47
‘Read more’.
3.14 Skrin pemilihan media bagi artikel 47 3.15 Carta Alir bagi proses penulisan artikel 48 3.16 Skrin pengurusan pengguna (User Manager) 49 3.17 Skrin pengurusan menu (Menu Manager) 50 3.18 Skrin ‘Menu Item Manager’ bagi menu utama 50 3.19 Skrin ‘Menu Item Manager’ bagi Top Menu 51
3.20 Skrin pengurusan bahasa (Language Manager) 52 3.21 Skrin pengurusan halaman utama (Front Page Manager) 53 3.22 Skrin ‘Poll Manager’ 54 3.23 Skrin ‘Template Manager’ 55 4.0 Ruangan yang terdapat di majalah web Dunia Matematik 62 4.1 Skrin daftar masuk (Log in) 63 4.2 Skrin ‘Register’ 64 4.3 Skrin notis selepas proses ‘Register’ 64 4.4 Skrin halaman utama 65 4.5 Skrin Edisi Lepas 66 4.6 Senarai keseluruhan komen yang boleh dibaca oleh 67
Pembangun 4.7 Ruangan koemn bagi pengguna 67 4.8 Skrin komuniti 68 4.9 Skrin ruangan Dunia Matematik 69
xiii
4.10 Skrin kesenian bagi edisi pertama, Januari 2008 70 4.11 Skrin kesenian bagi edisi kedua, Februari 2008 70 4.12 Skrin kesenian bagi edisi ketiga, Mac 2008 71 4.13 Skrin kesenian bagi edisi keempat, April 2008 71
(Bahagian Atas)
4.14 Skrin kesenian bagi edisi keempat, April 2008 72
(Bahagian Bawah)
4.15 Skrin kesenian bagi edisi kelima, Mei 2008 72
(Bahagian Atas)
4.16 Skrin kesenian bagi edisi kelima, Mei 2008 73
(Bahagian Bawah)
4.17 Skrin Isu semasa bagi edisi pertama, Januari 2008 73 4.18 Skrin Isu semasa bagi edisi kedua, Februari 2008 74 4.19 Skrin Isu semasa bagi edisi ketiga, Mac 2008 74 4.20 Skrin Isu semasa bagi edisi keempat, April 2008 75 4.21 Skrin Isu semasa bagi edisi kelima, Mei 2008 75 4.22 Skrin e-Forum bagi edisi pertama, Januari 2008 76 4.23 Skrin e-Forum bagi edisi kedua, Februari 2008 77 4.24 Skrin e-Forum bagi edisi ketiga, Mac 2008 77 4.25 Skrin e-Forum bagi edisi keempat, April 2008 78 4.26 Skrin e-Forum bagi edisi kelima, Mei 2008 78
xv
SENARAI SINGKATAN ADDIE – Analysis Design Development Implementation Evaluation BTP – Bahagian Teknologi Pendidikan CMS – Content Management System ICT – Information and Communication Technology IRC – Internet Relay Chat ISO – International Organization for Standardization IT – Information Technology KBK – Komunikasi Beperantarakan Komputer KBSM – Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah KBSR – Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah KPM – Kementerian Pelajaran Malaysia MSC – Multimedia Super Corridor PIPP – Pelan Induk Pembangunan Pendidikan P&P – Pengajaran dan Pembelajaran UTHM – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTM – Universiti Teknologi Malaysia
1
BAB 1
PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan
Bagi menghadapi cabaran perkembangan teknologi dan maklumat pada abad ke
21 dengan berkesan, Koridor Raya Multimedia (MSC) dilancarkan oleh Perdana Menteri
pada Ogos 1996. MSC dilancarkan atas kesedaran betapa besarnya pengaruh teknologi
maklumat dan telekomunikasi (ICT) dalam usaha meningkatkan produktiviti dan kualiti
hidup manusia pada masa hadapan.
Konsep sekolah bestari dilaksanakan sebagai satu daripada aplikasi perdana
MSC, yang bertujuan bagi melahirkan generasi muda negara yang akan mewarisi
tampuk negara dan memanfaatkan serta mengembangkan infrastruktur MSC. Sekolah
bestari juga sebagai usaha ke arah mencapai misi Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) dan pada masa yang sama melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.
Di Malaysia, sekolah bestari merujuk kepada sekolah yang memberikan peluang
teknologi maklumat interaktif untuk memainkan peranan penting dalam pengajaran dan
pembelajaran serta proses pengurusan. Sekolah ini memfokuskan usaha melahirkan
pelajar yang kreatif, dan berupaya menjana idea baru. Selain itu, dapat melahirkan
golongan pemikir dan bukan hanya individu yang hanya mengeluarkan semula
2
pengetahuan. Sekolah bestari mengutamakan perkembangan individu secara menyeluruh
dari segi intelektual dan afektif. Teknologi terkini akan digunakan untuk
mengembangkan peranan pengajaran ke arah akses sendiri, terarah pelajar dan mengikut
kadar pembelajaran individu.
Oleh itu, prasarana elektronik adalah diperlukan bagi membolehkan berlakunya
aliran maklumat dua hala, akses dan input sumber pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Kurikulum di sekolah perlu disesuaikan dengan peranan guru dan pelajar yang lebih
ditumpukan kepada proses pembelajaran kendiri.
Sehubungan dengan itu, salah satu bidang utama yang telah dikenalpasti untuk
diberi tumpuan ialah e-Pembelajaran. e-Pembelajaran adalah merupakan satu
perkembangan dalam pendidikan hasil daripada ledakan dan perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi (Ismail, 2002). Razmah (2001) mendefinisikan e-
Pembelajaran sebagai pembelajaran elektronik yang bersistematik dalam P&P, yang
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi sama ada secara terarah guru atau
pelajar. e-Pembelajaran membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih
berkesan. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran mereka.
Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang sukar berulang kali sehingga pemahaman
dicapai. Mereka juga dapat belajar dalam suasana yang selesa, tanpa merasa malu untuk
bertanya. Perbincangan kumpulan yang lebih terancang dan teratur juga boleh dicapai
dengan mengunakan teknologi sedia ada.
Dewasa ini, pendidikan matematik lebih memberi tumpuan kepada penggunaan
teknologi maklumat dalam P&P matematik. Sehubungan itu, para pelajar perlu
didedahkan kepada penggunaan komputer supaya ia dapat meningkatkan kefahaman dan
penguasaan pelajar terhadap pelajaran, memberi peluang pembelajaran yang sama
kepada semua murid yang pelbagai keupayaan, meningkatkan motivasi murid dan
membolehkan pembelajaran sendiri (individualise learning) dilakukan. Majalah web
matematik yang merupakan satu format e-Pembelajaran dilihat sebagai satu alternatif
yang berkesan dalam P&P matematik.
3
1.1 Latar Belakang Masalah
Di dalam usaha pemantapan sistem pendidikan negara, KPM telah merangka
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 (PIPP). PIPP akan menjadi garis
panduan pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh sepanjang tempoh lima
tahun dalam RMK ke-9. Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and
Communication Technology (ICT), antara aspek yang ditekankan dalam sistem
pendidikan. Selaras dengan perkembangannya pendidikan sains dan matematik, dilihat
amat penting dalam melahirkan masyarakat yang progresif dan saintifik, serta berilmu
dalam membentuk warganegara yang kreatif dan kritis serta berketrampilan dalam
mengamalkannya. Seharusnya, proses P&P matematik khususnya, menumpukan kepada
matematik sebagai proses inkuiri penemuan berasaskan konstruktivisme, pembelajaran
masteri, pembelajaran konstektual dan penerapan modal insan. Kaedah P&P perlu
dipelbagaikan dan lebih berpusatkan kepada pelajar. Pembelajaran elektronik atau lebih
dikenali sebagai e-Pembelajaran merupakan pendekatan yang tepat. Kemudahan e-
Pembelajaran yang terdapat di rangkaian teknologi maklumat, sistem telekomunikasi
dan pangkalan data membolehkan segala maklumat disalurkan dengan begitu mudah,
pantas dan terkini. Justeru itu, pembangunan majalah web matematik akan menjadi
saluran maklumat dan penghubung antara pelajar tanpa kekangan masa dan tempat serta
menjadi pendorong ke arah pelajar yang berdaya saing.
Ke arah pembudayaan penggunaan ICT dalam pendidikan, KPM telah
menggariskan tiga dasar utama iaitu, mengutamakan peranan dan fungsi ICT sebagai
mata pelajaran atau pengupaya dalam proses pengajaran dan pendidikan, memastikan
semua pelajar celik ICT serta menggalakkan penggunaan ICT dalam meningkatkan
produktiviti, kecemerlangan dan keberkesanan dalam sistem pengurusan. Projek
pengkomputeraan dan makmal komputer, projek rintis Sekolah Bestari, penyediaan
infrastruktur dan rangkaian jalur lebar SchoolNet, dan TV Pendidikan merupakan antara
langkah utama.
Seiring dengan pembudayaan ICT dalam P&P matematik, khasnya, dan sistem
pendidikan, umumnya, pembangunan majalah web matematik bertepatan dengan hasrat
4
kerajaan. Pengaplikasian majalah web matematik berpusatkan kepada pelajar, dan lebih
kepada pendekatan konstruktivisme. Di samping itu, ia menggalakkan pelajar untuk
melibatkan diri secara aktif dan dinamik dalam aktiviti pembelajarannya. Pelajar dapat
memperolehi pengalaman secara ‘hands-on’ dalam mengendalikan majalah web
matematik tersebut dan mereka dapat membuat rujukan dalam pembelajaran matematik,
membaca informasi berkenaan aplikasi matematik dalam pelbagai bidang, mengetahui
isu-isu semasa berkaitan aktiviti-aktiviti matematik dan pendedahan sejarah matematik
bagi meningkatkan tahap pengetahuan dan kefahaman para pelajar. Menurut
Muhammad Hassan (1998), penggunaan program pengajaran multimedia dapat
mendorong pelajar dan guru berinteraksi dengan lebih afektif dan berkesan. Penggunaan
multimedia dalam persekitaran P&P dikatakan menggalakkan pelajar untuk menjadi
seorang yang mampu berfikir secara kritikal, menyelesaikan masalah, lebih mahir dalam
proses mencari dan menyusun maklumat, bermotivasi dalam pembelajaran dan
sebagainya (Jamaluddin dan Zaidatun, 2003).
Sungguhpun demikian, terdapat guru yang masih menggunakan kaedah
tradisional dalam proses P&P matematik. Menurut Grabe (2004), ada tiga sebab
mengapa guru kurang mahir dan bersedia untuk mengintegrasikan teknologi dalam
pengajaran mereka. Pertama, kerana kebanyakkan institusi latihan guru tidak
mempunyai kelengkapan dan peralatan yang mencukupi. Kedua, sebahagian besar ahli
dalam fakultinya tidak dapat memanfaatkan penggunaan teknologi dalam kuliah masing-
masing kerana tidak berminat dan kurang bersedia mencubanya. Ketiga adalah kerana
kurikulum latihan perguruannya, hanya menumpu kepada aspek menggunakan teknologi
untuk tugasan, bukannya berlatih bagaimana menggunakannya untuk membantunya
mengajar.
Selain itu, sekiranya pelajar kurang faham terhadap proses pembelajaran di
dalam kelas mereka cenderung mendiamkan diri kerana tidak yakin dan malu untuk
bertanya. Perhatian guru kurang dapat diberikan secara individu kerana bilangan pelajar
yang ramai di dalam kelas. Menurut Razali (2002), pengajaran secara tradisional
memberikan penekanan kepada mengingati konsep-konsep dan istilah-istilah saintifik
atau matematik secara terasing yang mana akhirnya akan dilupai. Ini bercanggah
5
daripada objektif sebenar pendidikan yang telah digariskan, dimana proses pembelajaran
adalah berterusan dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Disamping itu, senario yang berlaku kini, pendidik matematik di Malaysia
terutama di peringkat sekolah hanya menggunakan pendekatan latih tubi tanpa
memberikan penerangan konsep matematik yang mencukupi. Kaedah ini adalah satu
kaedah yang baik sekiranya kita hanya inginkan hasil yang bersifat kuantitatif sahaja.
Tanpa kefahaman ini, adalah sukar untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi
khususnya yang berkaitan dengan matematik dan aplikasinya.
Melalui sistem pengajaran tradisional juga, guru tidak mampu untuk memantau
prestasi setiap pelajar di dalam kelas disebabkan kekangan masa dan bilangan pelajar
yang ramai. Selain itu juga, pelajar mungkin berasa terkongkong dengan pembelajaran
yang telah dirancang oleh guru. Tetapi melalui pembelajaran menggunakan internet,
guru dapat merekabentuk aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik, menyediakan
bahan-bahan atas talian yang berkualiti dalam menghasilkan pembelajaran kolaboratif
(Razali, 2002). Pembelajaran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dapat
membantu guru mempelbagaikan aktiviti-aktiviti yang dilakukan di dalam kelas.
Oleh yang demikian, penggunaan e-Pembelajaran sebagai bahan P&P matematik
merupakan satu alternatif dalam meringankan beban guru bagi menangani pelajar-
pelajar yang terdiri daripada pelbagai tahap pemikiran. Menurut Faisal (2002), e-
Pembelajaran memberi beberapa kelebihan berbanding dengan P&P secara
konvensional. Antaranya, e-Pembelajaran bebas daripada kongkongan masa dan tempat,
meningkatkan cara pembelajaran dan menyediakan bentuk pembelajaran yang berkesan
melalui pendekatan seperti pembelajaran koperatif, pembelajaran berasaskan masalah,
pembelajaran berasaskan sumber dan sebagainya. e-Pembelajaran kaya dengan
maklumat dan media, serta berpusatkan pelajar.
Berdasarkan penerangan di atas, pembangunan majalah web matematik sejajar
dengan kehendak pendidikan masa kini yang dapat memberi manfaat kepada pelajar dan
guru. Justeru itu, guru perlu menggabungjalinkan penggunaannya dalam pengajaran agar
proses pembelajaran pelajar lebih bermakna.
6
1.2 Penyataan Masalah
Masalah pembelajaran matematik di sekolah telah wujud sejak dahulu lagi
hingga kini. Pelbagai cara dilakukan oleh pihak-pihak tertentu bagi mengatasi masalah
yang dihadapi. Seiring dengan perubahan teknologi yang semakin pantas, maka
pembelajaran menggunakan ICT merupakan satu alternatif bagi menangani masalah
tersebut. Terdapat beberapa portal pendidikan yang telah dibangunkan, tetapi ianya tidak
memfokuskan kepada satu subjek tertentu. Sehubungan dengan itu, majalah web yang
merupakan format kepada e-Pembelajaran dibangunkan supaya dapat menyediakan
bahan P&P matematik yang komprehensif dan fleksibel.
1.3 Objektif Projek
Objektif bagi projek bahan e-Pembelajaran ialah, membangunkan majalah web
matematik khusus kepada tiga bahagian berikut:
I. Kesenian dalam matematik
II. Isu semasa berkaitan matematik
III. e-Forum matematik
1.4 Kepentingan Projek 1.4.1 Pelajar
Para pelajar dapat menggunakan majalah web sebagai bahan pembelajaran dan
sebagai rujukan. Para pelajar dapat melakukan ulangkaji Kuiz yang disediakan, dan
7
tidak terbatas hanya di sekolah sahaja. Para pelajar dapat mengaksesnya dimana-mana
sahaja tanpa mengira waktu dengan capaian internet. Disamping itu juga, para pelajar
dapat memberikan pendapat atau menyuarakan permasalahan berkenaan matematik
dalam ruangan e-Forum yang disediakan. Para pelajar akan dapat berkomunikasi sesama
pelajar lain mahupun guru secara maya.
1.4.2 Guru
Guru dapat menggunakan majalah web ini sebagai bahan pengajaran di dalam
kelas. Proses pengajaran akan lebih efektif dan menyeronokkan. Selain itu, guru dapat
memberi pendapat dalam penyelesaian matematik di ruangan e-Forum tanpa batasan
waktu. Interaksi guru dengan pelajar tidak terbatas hanya di sekolah malah proses P&P
dapat dilakukan dimana sahaja.
1.4.3 Sekolah
Sekolah dapat menarik minat pelajar dalam meningkatkan tahap penguasaan
dalam ICT. Disamping itu, sekolah dapat melahirkan para pelajar yang celik IT, serta
pelajar akan lebih berfikiran global dengan segala informasi yang diberikan dalam
majalah web bagi setiap edisi.
1.4.4 Ibu bapa dan masyarakat
Ibu bapa juga dapat membantu anak mereka dalam menyemai tabiat membaca di
rumah. Ini merupakan alternatif lain bagi mewujudkan suasana pembelajaran dikalangan
ahli keluarga dan masyarakat. Melalui ruangan Kuiz, ibu bapa juga boleh mengenal pasti
8
permasalahan matematik yang dihadapi oleh anak mereka apabila mereka melakukan
aktiviti tersebut bersama-sama.
1.5 Skop dan Batasan Projek
Skop bagi projek ini hanya menyediakan:
I. Fokus
II. Isu semasa
III. Kesenian
IV. Sejarah
V. Tokoh
VI. Kuiz
VII. e-Forum
VIII. Kerjaya
IX. Statistik
X. Pelajari
XI. Permainan
XII. Kuiz
Batasan projek ini adalah menyediakan bahan e-Pembelajaran yang berkaitan
dengan dunia pendidikan matematik. Bahan e-Pembelajaran bagi majalah web
matematik ini akan diterbitkan sebanyak lima edisi. Penulisan ini hanya menumpukan
kepada ruangan kesenian, isu semasa dan e-Forum matematik.