GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU: …BAB PERKARA MUKASURAT PENGESAHAN STATUS TESIS...
Transcript of GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU: …BAB PERKARA MUKASURAT PENGESAHAN STATUS TESIS...
GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU:
KAJIAN DI DUA BUAH SEKOLAH RENDAH LUAR BANDAR KOTA TINGGI
SHAMBANI BINTI MAHAMAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESISּט
JUDUL : GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU: KAJIAN DI DUA BUAH SEKOLAH RENDAH LUAR BANDAR KOTA TINGGI
SESI PENGAJIAN : 2011/2013
SHAMBANI BINTI MAHAMAD (MP111314)
Saya _______________________________________________________________ (HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________________________ ____________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:S.K. FELDA LOK HENG, KOTA TINGGI, JOHOR DR. KHADIJAH BT DAUD ____________________________________________ Nama Penyelia
Tarikh: ___________________________ Tarikh: _____________________________
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara ּט penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Pengurusan dan Pentadbiran”
Tandatangan : ……………………...............
Nama Penyelia : Dr. Khadijah bt Daud
Tarikh : ………………
GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU:
KAJIAN DI DUA BUAH SEKOLAH RENDAH LUAR
BANDAR KOTA TINGGI
SHAMBANI BINTI MAHAMAD
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
(Pengurusan dan Pentadbiran)
Fakulti Pendidikan
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2013
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ……………………………..
Nama Penuh : SHAMBANI BINTI MAHAMAD
Tarikh :
i
DEDIKASI
Buat Suami Tersayang
Hafis Firdaus bin Mat Radi terima kasih kerana memahami dan mengizinkan diri ini untuk
meneruskan perjuangan. Buat anakanda yang menjadi sumber inspirasi Zara Madihah
jadikan usaha ini sebagai panduan untuk menempuh kejayaan di masa hadapan. .
Buat ayahanda bonda dan ahli keluarga, terima kasih atas doa dan dorongan yang diberikan,
sesungguhnya kalian amat bermakna buat diri ini.
Juga
Pihak Pentadbir dan Rakan-Rakan Di SK Felda Lok Heng, Kota Tinggi, Johor yang
bertimbang rasa, memahami keadaan dan memberi kelonggaran untuk mengikuti
kelas pada hujung minggu.
Penyelia yang dihormati Dr. Khadijah Binti Daud yang sentiasa memantau
serta memberi bimbingan dan tunjuk ajar dari masa ke semasa.
Rakan-rakan kuliah yang banyak membantu.
Terima kasih kerana telah memberiku semangat untuk meneruskan perjuangan
yang tiada noktahnya ini..
ii
PENGHARGAAN
Alhamdullilah, syukur di atas limpahan rahmat dan kurniaan-Nya memberi ketabahan
dan kesabaran kepada penulis untuk menyempurnakan kajian ini. Ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Khadijah Binti Daud selaku penyelia kajian ini di
atas nasihat, teguran,dorongan dan keikhlasan beliau amat penulis hargai.
Tidak lupa juga, penghargaan diberikan kepada guru-guru sekolah yang terlibat
sebagai responden kajian. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pentadbir
Sekolah Kebangsaan Felda Lok Heng dan Sekolah Kebangsaan LKTP Lok Heng Selatan di
daerah Kota Tinggi kerana memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian.
Akhir sekali terima kasih kepada rakan seperjuangan yang telah bersama-sama
mengharungi segala mengharungi pahit manis, kegembiraan dan kepayahan sepanjang proses
pembelajaran ini. Semangat setia kawan dan keikhlasan, saling bantu- membantu serta sedia
berkongsi maklumat akan menjadi penguat semangat untuk berjuang meneruskan misi bagi
menyiapkan tesis ini. Semoga kejayaan menjadi inspirasi untuk kecemerlangan kalian di
masa depan. Semoga Allah melimpahi kesejahteraan, kerahmatan dan keberkatan kepada kita
semua selamanya. Amin.
iii
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji gaya kepimpinan guru
besar dan motivasi guru di dua buah sekolah rendah luar bandar di daerah Kota Tinggi.
Seramai 50 orang guru di sekolah Kebangsaan Felda Lok Heng dan Sekolah
Kebangsaan LKTP Lok Heng Selatan di daerah Kota Tinggi telah dipilih sebagai
responden. Semua data telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical
Package For Social Sciences (SPSS) versi 16.0. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian
yang dibuat telah menggunakan pendekatan tinjauan soal selidik sebagai alat kajian
kuantitatif. Data-data dijana menggunakan statistik deskriptif dan inferens. Daripada
análisis yang diperoleh, penyelidik telah mendapati dapatan soal selidik menunjukkan
bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan
menyokong iaitu dengan min sebanyak 16.5, diikuti dengan kepimpinan penglibatan
dengan jumlah min sebanyak 15.8.Seterusnya kepimpinan mengarah dengan min
sebanyak 15.18 dan akhir sekali kepimpinan berorientasikan kejayaan sebanyak 14.9.
Daripada analisa tersebut juga mendapati bahawa tahap motivasi guru juga berada di
tahap yang tinggi. Hasil daripada kajian ini, didapati bahawa terdapat hubungan
antara gaya kepimpinan guru besar dengan tahap motivasi guru.
iv
ABSTRACT
The aim of this research is to study the headmaster’s leadership style and
teachers‘ motivation in two primary schools in Kota Tinggi District. There were 50 teachers
in Felda Lok Heng and LKTP Felda Lok Heng Selatan primary school chosen as respondens.
All data were analysed by Statistical Package For Social Science (SPSS) version 16.0. To
achieve the aim of the research, it is carried out by using Questionaire Observation Approach
as quantitative research tool. The data is generated by using descriptive statistical and
inferens. Based on analysis made, the researcher found the questionares result shown, the
headmaster leadership style was at the top level was supportive leadership which its mean
represented 16.5 involment leadership with the total of mean at 15.8. then, instructional
leadership with mean of 15.18 and the final level is succesfull-oriented leadership with 14.9.
It is also shown that teachers‘ motivation was also at the top level. The result of that Pearson
Correlation Test shown that there was significant relationship between headmaster leadership
style and teachers‘ motivation level.
v
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
TAJUK
PENGAKUAN
DEDIKASI i
PENGHARGAAN ii
ABSTRAK iii
ABSTRACT iv
KANDUNGAN v
SENARAI RAJAH x
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1. PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 9
1.3 Objektif Kajian 11
1.4 Persoalan Kajian 11
1.5 Hipotesis Kajian 12
1.6 Kepentingan Kajian 12
1.7 Kearngka Teori dan Kerangka Konsep
1.8.1 Kerangka Teori Kajian 14
vi
1.8.2 Kerangka Konsep Kajian 15
1.8 Batasan Kajian 16
1.9 Definisi Istilah
1.9.1 Pemimpin 17
1.9.2 Kepimpinan 18
1.9.3 Gaya Kepimpinan 19
1.9.4 Guru Besar 19
1.9.5 Motivasi 20
1.9.6 Guru 21
1.10 Kesimpulan 21
2. SOROTAN PENULIS
2.0 Pendahuluan 22
2.1 Pengenalan 22
Kepimpinan
2.1.1 Konsep Kepimpinan 22
2.1.2 Teori – Teori Kepimpinan 23
2.1.2.1 Teori X dan Teori Y 23
2.1.2.2 Teori Kontenjensi Fiedler 24
2.1.2.3 Teori Situasi Hersay – Blanchard 24
2.1.2.4 Teori Tingkah Laku 25
2.1.2.5 Teori Tret 25
2.1.3 Teori Laluan Matlamat 26
2.1.3.1 Kepimpinan Mengarah 30
2.1.3.2 Kepimpinan Menyokong 31
2.1.3.3 Kepimpinan Penglibatan 31
2.1.3.4 Kepimpinan Orientasi Kejayaan 32
2.1.4 Dapatan Kajian-Kajian Lepas Berkaitan Gaya 32
Kepimpinan
2.1 Motivasi Guru
vii
2.2.1 Konsep Motivasi 36
2.2.2 Teori-Teori Motivasi
2.2.2.1 Teori Pandangan Awal Motivasi 37
2.2.2.2 Teori Awal Motivasi 38
2.2.2.3 Teori Masa Kini Motivasi 39
2.2.3 Teori Dua Herzberg 40
2.2.3.1 Peluang Pembangunan Diri 42
2.2.3.2 Pengiktirafan 42
2.2.3.3 Tanggungjawab 43
2.2.3.4 Pencapaian 44
2.2.4 Dapatan Kajian Lepas Berkaitan Motivasi 44
Guru
2.2 Kajian Lepas Gaya Kepimpinan Dengan Motivasi 45
Guru
2.3.1 Kajian Dalam Negeri 45
2.3.2 Kajian Luar Negara 47
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 49
3.2 Reka Bentuk Kajian 50
3.3 Lokasi Kajian 51
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 52
3.5 Instrumen Kajian 52
3.6 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen 55
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 58
4.2 Analisis Aspek Demografi Responden 59
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 59
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 60
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Umur 60
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan 61
viii
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Tempoh 62
Perkhidmatan
4.2.6 Taburan Responden Mengikut Status 62
Perkahwinan
4.3 Analisis Dapatan Kajian
4.3.1 Analisis Persoalan 1 63
4.3.2 Analisis Persoalan 2 64
4.3.3 Analalis Persoalan 3 65
4.3.3.1 Persoalan Kajian Bagi H01 66
4.3.3.2 Persoalan Kajian Bagi H02 67
4.3.3.3 Persoalan Kajian Bagi H03 67
4.3.3.4 Persoalan Kajian Bagi H04 68
4.4 Kesimpulan 70
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 72
5.2 Rumusan Kajian 72
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 74
5.3.1 Tahap Gaya Kepimpinan Guru Besar ( Mengarah) 74
Di Sekolah Rendah
5.3.1.1 Gaya Kepimpinan Mengarah 75
5.3.1.2 Gaya Kepimpinan Menyokong 76
5.3.1.3 Gaya Kepimpinan Penglibatan 78
5.3.1.4 Gaya Kepimpinan Orientasi Kejayaan 80
5.3.2 Gaya Kepimpinan Guru Besar Yang Paling Dominan 81
5.3.3 Tahap Motivasi Guru 82
5.3.3.1 Pembangunan Diri 83
5.3.3.2 Pengiktirafan 84
5.3.3.3 Tanggungjawab 85
5.3.3.4 Pencapaian 86
5.3.4 Ciri Guru Yang Bermotivasi 87
5.3.5 Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Dan Motivasi 88
Guru di Sekolah Rendah
ix
5.4 Implikasi Dapatan Kajian 91
5.4.1 Implikasi Kepada Gaya Kepimpinan Guru Besar 92
5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model Kepimpinan 93
Guru Besar
5.4.3 Implikasi Kepada Guru Besar 94
5.4.4 Implikasi Kepada Guru 94
5.5 Cadangan Tindakan 94
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 95
5.7 Penutup 96
RUJUKAN
LAMPIRAN
x
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKASURAT
1. Rajah 1.1 Kerangka Teori Kajian 14
2. Rajah 1.2 Kerangka Konsep Kajian 16
3. Rajah 2.1 Kepimpinan Laluan Matlamat 28
House
4. Rajah 2.2 Teori Dua Faktor Herzberg 41
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKASURAT
Jadual 3.1 Jumlah responden 52
Jadual 3.2 Jadual spesifikasi soal selidik 53
Jadual 3.3 Skor skala likert dalam kajian 54
Jadual 3.4 Taburan pengagihan soal selidik 55
kajian
Jadual 4.1 Taburan bilangan dan peratusan 59
responden mengikut jantina
Jadual 4.2 Taburan bilangan dan peratusan 60
responden mengikut bangsa
Jadual 4.3 Taburan bilangan dan peratusan
responden mengikut umur
Jadual 4.4 Taburan bilangan dan peratusan 61
responden mengikut tahap pendidikan
Jadual 4.5 Taburan bilangan dan peratusan 62
responden mengiku tempoh perkhidmatan
Jadual 4.6 Taburan bilangan dan peratusan 63
responden mengikut status perkahwinan
Jadual 4.7 Min keseluruhan bagi gaya kepimpinan 64
guru besar
Jadual 4.8 Min keseluruhan motivasi guru 65
Jadual 4.9 Kekuatan nilai pekali korelasi 65
Jadual 4.10 Analisis korelasi hubungan gaya 66
kepimpinan (mengarah) guru besar
dan motivasi guru
Jadual 4.11 Analisis korelasi hubungan gaya 67
kepimpinan (menyokong) guru besar
dan motivasi guru
xii
NO JADUAL TAJUK MUKASURAT
Jadual 4.12 Analisis korelasi hubungan gaya 68
kepimpinan (penglibatan) guru besar
dan motivasi guru
Jadual 4.13 Analisis korelasi hubungan gaya 69
kepimpinan (orientasi kejayaan) guru
besar dan motivasi guru
Jadual 4.14 Analisis korelasi hubungan gaya 70
kepimpinan dengan motivasi guru
xiii
SENARAI SINGKATAN
GB : Guru Besar
IAB : Institut Aminuddin Baki
JPN : Jabatan Pelajaran Negeri
JPNJ :Jabatan Pelajaran Negeri Johor
KPM : Kementerian Pelajaran Malaysia
KSSR : Kurikulum Standard Sekolah Rendah
PPD : Pejabat Pelajaran Daerah
SPSS : Statistical Package For Social Science
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A : Borang Soal Selidik 101
B : Surat kebenaran untuk menjalankan kajiaan 104
daripada UTM dan PPD Kota Tinggi.
C : Senarai sekolah-sekolah yang terlibat dalam 106
kajian ini.
D : Data analisis ststistik deskriptif dan inferansi. 107
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bidang pendidikan merupakan suatu bidang yang sering diperkatakan daripada
dahulu hingga ke abad 21 ini. Pendidikan sentiasa berubah mengikut era globalisasi dan
akan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Namun, dalam arena pendidikan ini
sering timbul isu-isu yang sentiasa hangat diperkatakan. Misalnya dengan adanya
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang diperkenalkan baru-baru ini
dianggap menambah kerja dan beban para guru. Akibatnya, guru-guru tidak berpuashati
dan kurang bermotivasi untuk menjalankan tugas mereka dengan kreatif dan efektif .
Apatah lagi dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan pendidikan, pasti ianya terpikul
di bahu para pendidik untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti dan mampu
berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Kepimpinan guru besar merupakam satu proses di mana seorang pemimpin
organisasi perlu untuk mendapatkan kerjasama daripada orang lain agar dapat mencapai
2
sesuatu matlamat di dalam situasi yang tertentu. Menurut Lim dalam Lokman dan Ai
Ling (2011), peranan guru besar bukan sahaja sebagai pentadbir sekolah, namun mereka
juga adalah pendidik dan pemimpin profesionalisme kepada guru-guru di sekolah.
Kejayaan atau kegagalan sesebuah sekolah adalah terpikul di bahu mereka. Mereka
bertanggungjawab untuk menaikkan nama sekolah ke persada pendidikan di pelbagai
peringkat sama ada daerah, negeri, kebangsaan mahupun peringkat antarabangsa. Di
sinilah mereka perlu memainkan peranan mereka sebagai pemimpin yang berwibawa
dan mampu mengekalkan prestasi demi kecemerlangan sesebuah sekolah. Justeru itu,
gaya kepimpinan yang diamalkan oleh seseorang guru besar adalah amat penting.
Menurut Azizi, Noordin dan Tim Heng daripada kajian Ab. Majid (2008),
mengenalpasti gaya kepimpinan guru besar di empat buah sekolah rendah di Daerah
Hulu Terengganu telah mendapati gaya kepimpinan yang paling dominan daripada
persepsi guru-guru ialah gaya kepimpinan berorientasikan kejayaan, diikuti oleh gaya
kepimpinana partisipatif dan menyokong dan terakhir sekali gaya kepimpinan mengarah.
Oleh itu, gaya kepimpinan guru besar amat penting demi bagi kejayaan sesebuah
sekolah.
Namun begitu, guru yang bermotivasi akan menyumbang sesuatu di dalam
bidang pendidikan supaya ianya akan lebih cemerlang. Cemerlang, sederhana atau
lemah sesuatu kerja adalah bergantung kepada kualiti kerja yang disumbangkan oleh
guru-guru. Sekiranya motivasi kerja mereka tinggi pasti akan menghasilkan sesuatu
yang baik dan begitulah sebaliknya. Seseorang pemimpin organisasi juga perlu
menentukan objektif, misi dan visi sekolah, namun keberkesanan semua itu adalah
bergantung kepada kesanggupan guru-guru untuk mencurahkan usaha dan tenaga
mereka. Dalam erti kata lain, kekuatan motivasi individu akan menyumbangkan usaha
ke arah pembentukan tenaga kerja yang kolektif (Teow Chong & Yim Lean, 2005).
Justeru itu, sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan pada 1 April 2010, di mana
setelah NUTP telah membuat aduan supaya mengkaji beban tugas guru yang terpaksa
melakukan kerja yang berlebihan termasuk dalam hal ehwal pentadbiran dan
perkeranian sehingga mengganggu tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pendidik
3
(Berita Harian, 1 April 2010). Kementerian Pelajaran Malaysia memandang serius isu
ini kerana beban tugas yang berlebihan akan mengakibatkan guru-guru bermotivasi
rendah dalam melaksanakan tugas mereka. Selain itu juga, pengagihan kerja yang tidak
adil menyebabkan mereka tidak berpuas hati terhadap pemimpin organisasi. Sekiranya
keadaan ini berterusan, sedikit sebanyak akan memberikan kesan yang buruk terhadap
sesebuah sekolah. Oleh itu, motivasi adalah satu perkara yang sangat penting dan perlu
diberi perhatian yang sewajarnya untuk meningkatkan kecemerlangan dan kualiti
perkhidmatan yang merangkumi kelakuan dan tingkah laku guru-guru.
Berdasarkan permasalahan ini, kajian ini dijalankan untuk melihat apakah gaya
kepimpinan guru besar berperanan mempengaruhi motivasi kerja guru supaya sesebuah
organisasi pendidikan di sekolah berjaya dan cemerlang.
1.2 Latar Belakang Masalah
Demi mencapai matlamat organisasi, pelbagai gaya kepimpinan telah diamalkan
oleh guru besar. Penumpuannya ialah untuk meningkatkan produktiviti modal insan
yang biasanya menjadi keutamaan dan matlamat sesebuah organisasi. Manakala, guru-
guru pula dilihat sebagai penyumbang utama dan berperanan penting dalam
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang di sekolah. Keperluan dan kebajikan para
guru seharusnya diberi perhatian agar motivasi dan kepuasan bekerja kekal dalam diri
mereka supaya tidak berlaku rasa tidak puashati dan kemerosotan tahap komitmen guru
terhadap tugas dan organisasi (Lokman dan Anuar, 2011) . Seringkali juga kita terdengar
rungutan dan keluhan tentang ketidakpuasan hati para guru terhadap gaya kepimpinan
yang diamalkan oleh guru besar. Antaranya ialah guru-guru kurang keyakinan diri,
matlamat kerja yang tidak jelas, kekurangan cabaran kerja dan ganjaran yang tidak
4
menepati kehendak mereka (Abd Ghani et.al, 2008). Justeru itu, apakah guru-guru akan
bermotivasi untuk melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan berdasarkan gaya
kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar?
Hari ini, tidak dapat dinafikan bahawa gaya kepimpinan guru besar sering
menjadi isu utama dalam pendidikan. Amalan kepimpinan yang dilaksanakan akan
mempengaruhi organisasi di bawah pimpinannya sama ada akan terus maju ke hadapan
atau sebaliknya. Seharusnya, guru besar perlu peka dan prihatin terhadap gaya
kepimpinan yang diaplikasi dalam pengurusan organisasi. Satu kajian oleh Abd Ghani
et.al (2008) merumuskan bahawa terdapat empat amalan kepimpinan guru besar iaitu
gaya kepimpinan menyokong, mengarah, berorientasikan pencapaian dan penyertaan.
Dengan adanya kepimpinan sebegini, secara tidak langsung akan mewujudkan budaya
yang positif dan kondusif bagi sesebuah organisasi di sekolah.
Mohd Hizam dan Zafir (2003) mengatakan seseorang pemimpin yang berwibawa
perlu mengatasi apa jua cabaran yang mendatang. Mereka perlu peka terhadap
perubahan persekitaran dan sentiasa mencari peluang untuk melakukan perubahan,
pengembangan dan kemajuan. Percubaan dan penyelidikan perlu dilakukan dengan teliti
supaya dapat mengurangkan risiko yang yang akan diterimanya nanti. Selain itu juga,
mereka harus mendorong diri untuk perkongsian matlamat dengan cara merancang
sesuatu yang baru supaya guru-guru lebih bermotivasi untuk menyertai dan
melaksanakannya. Justeru, gambaran terhadap objektif yang dirancang perlu diberikan
kepada guru-guru dengan sejelasnya agar membolehkan mereka bertindak ke arah
pencapaian matlamat tersebut.
Menurut Mohd Hizam dan Zafir (2003), pada masa ini, semakin ramai pengurus
menonjol dengan memberi kebebasan kepada para pekerjanya membuat keputusan.
Terdapat jutaan pekerja dan kumpulan pekerja membuat keputusan operasi untuk
5
organisasi yang secara langsung memberi kesan dalam kerja harian mereka. Penyediaan
belanjawan, perangkaan jadual kerja, pengawalan iventori, penyelesaian masalah kualiti
dan sebagainya pada masa ini telah menjadi sebahagian kerja pengurusan. Terdapat dua
punca yang menyebabkan perkara ini berlaku iaitu keperluan untuk membuat keputusan
dengan cepat oleh mereka yang peka terhadap sesuatu isu dan keadaan ekonomi pada
akhir 80-an dan 90-an telah menyebabkan banyak organisasi mengecilkan saiz mereka
(penyusutan) sehingga menyebabkan kerja para pengurus bertambah. Dengan cara ini,
pengurus atau pemimpin telah memberi peluang kepada ahli di dalam organisasinya
untuk membuat keputusan secara bebas supaya mereka tidak berasa terkongkong dengan
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Secara tidak langsung mereka akan berasa
mereka dihargai oleh pihak atasan dan motivasi kerja akan menjadi bertambah baik.
Sebagai contoh dalam hal ehwal dalam membuat keputusan di dalam pengajaran dan
pembelajaran, para guru diberi kebebasan atau hak untuk menggunakan apa jua kaedah
untuk kecemerlangan murid. Apatah lagi dengan latarbelakang murid yang pelbagai
aras, budaya dan agama akan menyebabkan para guru terpaksa membuat keputusan
sendiri dengan menggunakan kaedah yang pelbagai supaya mereka menguasai apa yang
telah dipelajari. Oleh itu, pemimpin perlu mengendalikan sumber tenaga para guru
dengan bijak supaya mereka dapat menggembleng tenaga ke arah mencapai satu
matlamat bagi memenuhi objektif organisasi.
Selain itu, Sabda S (2008) mengatakan ramai pekerja jadi malas kerana suasana
sekeliling tidak mendorong mereka berdedikasi, kreatif, bermotivasi dan tidak komited
dengan objektif organisasi. Ramai pekerja tidak suka dengan gaya kepimpinan
organisasi yang diamalkan oleh guru besar. Pastinya ramai tenaga pengajar yang mahir
dan berpengalaman akan memohon untuk bertukar sekolah dan meninggalkan organisasi
kerana sikap pengurus dan pemimpin yang bodoh sombong. Ini adalah disebabkan gaya
pemimpin yang tidak disenangi oleh kebanyakkan pegawai dan kakitangannya seperti
mengamalkan gaya kepimpinan autokratik dan sentiasa mengarah, bersikap menekan
orang bawahan untuk memuaskan hatinya, tidak tetap pendirian hingga memeningkan
kebanyakan guru serta suka mengambil kesempatan hasil daripada kerja mereka.
6
Lokman Mohd Tahir et. Al (2012), kajian kepimpinan dilihat tidak mampu diasingkan
dengan penggunaan kuasa dalam organisasi oleh pemimpin. Ini kerana pemimpin yang
menitikberatkan kuasa didapati lebih gemar memilih stail autokratik berbanding stail
kemanusiaan. Akibatnya, menurut Mohd Rasit Asan (2009), ramai di kalangan guru
besar tidak sedar bahawa wujudnya pelbagai dimensi sokongan yang boleh digunakan
untuk menyenangkan hati para guru dan menyelesaikan masalah yang timbul, tetapi
kebanyakan pengetua berfikiran ortodoks, tidak melayan guru dengan baik, marah-
marah tanpa sebab dan sambil lewa tanpa menggunakan kebijaksanaan sebagai
pemimpin yang tertinggi dalam sekolah. Terdapat kajian yang mengatakan beban tugas
guru sangat berat dan membebankan sehingga boleh mengganggu fikiran mereka.
Justeru itu, sebagai seorang pemimpin seseorang guru besar perlu ada gaya kepimpinan
yang disenangi supaya matlamat dan objektif sekolah dapat dicapai bersama seterusnya
ke arah menempa kejayaan dalam arena pendidikan.
Di dalam Berita Semasa (6 April 2011) melaporkan kes kematian seorang murid
tahun satu yang bernama Saiful Syazani Saiful Sopfidee kerana telah dibelasah oleh
seorang guru agama di sebuah sekolah agama di Arau, Perlis. Berita Harian (15
Disember 2005), melaporkan bahawa seorang guru yang bernama Patricia Barbara
Shanta telah ditahan kerana mendera seorang murid tahun 3 sehingga menyebabkan
murid tersebut mengalami kecederaan fizikal. Seterusnya berkaitan pelajar perempuan
yang dipaksa berendam di dalam kolam ikan yang kotor selama sejam oleh seorang guru
akibat membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas (Berita Harian, 18 Julai 2007).
Kes-kes sebegini tidak akan berlaku sekiranya amalan kepimpinan yang diamalkan
menjadikan guru selesa bertugas di dalam organisasi tersebut. Sebagaimana yang kita
tahu, guru besar merupakan agen perubahan dalam mempengaruhi dan mengubah sikap
dan motivasi orang bawahnya. Beliau perlu bijak bertindak sebagai seorang penggerak
untuk menerima sesuatu yang baru dan mempengaruhi orang lain menerimanya (Newel,
1978).
7
Kajian Sri Vel (2012), sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan pada 1 April
2010 setelah mendapat aduan daripada NUTP bagi mengkaji beban tugas guru yang
terpaksa melakukan kerja yang berlebihan termasuk dalam hal ehwal perkeranian dan
pentadbiran sehingga mengganggu tanggungjawab mendidik pelajar. Jawatankuasa ini
telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran ketika itu, iaitu Tan Sri Alimudin
Mohd Dom dan turut dianggotai oleh beberapa orang pegawai pelajaran serta wakil
daripada NUTP. Sebenarnya, Kementerian Pelajaran Malaysia amat memandang serius
perkara ini. Beban tugas yang berlebihan akan menyebabkan guru-guru kurang
bermotivasi dalam melakukan tugas masing-masing. Ini sedikit sebanyak akan
memberikan impak yang buruk terhadap kecemerlangan sesebuah sekolah. Di sini
jelaslah bahawa motivasi merupakan satu elemen dalam meningkatkan kecemerlangan
dan kualiti perkhidmatan yang juga merangkumi kelakuan dan tingkah laku para guru.
Dalam mana-mana organisasi, kita memang maklum bahawa tidak ada pekerja
yang malas dan tidak ada pekerja yang tidak tahu melakukan kerja. Pekerja yang malas
boleh diberi motivasi dan pekerja yang tidak tahu melakukan kerja boleh diberi latihan
dan kursus. Persoalan yang timbul ialah terdapat beban tugas kerja yang tidak sama rata
( Sabda S, 2008). Warisan melambat-lambatkan kerja berpunca daripada ‘ kepimipnan
melalui teladan’. Guru Besar, Encik Jaul AK Bunyau yang berkhidmat di Sekolah
Kebangsaan Ulu Lebai, Sarawak telah dianugerahkan anugerah Guru Besar Cemerlang
dalam perayaan Hari Guru peringkat negeri (Harian Metro, 26.5.2011). Ini adalah kerana
komitmen luarbiasa yang telah ditonjolkan menyebabkan sekolah tersebut Berjaya
mencatat kelulusan seratus peratus di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
selama lima tahun berturut-turut sehingga 2010. Sekolah tersebut juga pernah menerima
dua anugerah peringkat antarabangsa, lima anugerah peringkat kebangsaan, 14 pada
peringkat negeri dan 46 peringkat bahagian dan daerah. Kecemerlangan ini wujud
daripada usaha para guru yang bermotivasi tinggi hasil daripada kepimpinan guru besar
tersebut.
8
Ab. Aziz et.al (2004), mengatakan beberapa simptom yang menjadi petunjuk
kepada subordinat yang mempunyai motivasi kerja yang rendah. Di antaranya ialah
produktiviti yang rendah dan terus menurun, ketidakhadiran yang terus meningkat,
kehadiran ke tempat kerja lewat dan meninggalkan tempat kerja lebih awal, kadar lantik
henti yang tinggi, kualiti kerja yang rendah, peningkatan rungutan pelanggan, semangat
kerja berpasukan yang rendah, konflik antara perorangan dalam organisasi, konflik
dengan pengurus, sikap yang terlalu jumud terhadap perubahan dan hubungan yang
tidak baik dengan bahagian lain dalam organisasi. Selain itu juga, Teow Chong dan Yim
Lean (2005) mengatakan produktiviti rendah adalah akibat daripada tahap motivasi yang
rendah dan mereka yang demotivasi. Oleh itu, adalah wajar bagi seseorang pemimpin
berusaha ke arah mewujudkan kecemerlangan organisasi. Dalam hal ini motivasi
insaniah harus difahami, diteliti dan diperhalusi untuk mengoptimumkan motivasi di
dalam organisasi di mana satu rangka strategi kepimpinan dan pengurusan harus ada
penerapan unsur-unsur motivasi.
Wan Noraini dan Nooraini (2011), menyatakan guru menghadapi tekanan kerana
sentiasa berdepan dengan tingkah laku pelajar dan permintaan yang tinggi terhadap guru
di sekolah, di mana guru-guru yang melanjutkan pengajian mereka ke peringkat sarjana
turut mengalami tekanan melalui perubahan mereka kembali menjadi pelajar. Sulaiman
(2002), menyatakan bahawa adalah perlu seseorang pelajar untuk menganalisis tugas
dan membahagikan masa secara terperinci untuk mengelakkan bebanan dan tekanan
yang berlebihan. Maka di sinilah guru yang juga berperanan sebagai pelajar perlu bijak
dalam menguruskan bebanan dan masa mereka bagi mengelakkan tekanan. Manakala
Abdul Ghani dan Tang (2006) menyatakan, cabaran yang dihadapi oleh pengurus
pendidikan masa kini jauh lebih rumit berbanding sebelumnya kerana harapan
masyarakat dan tuntutan tanggungjawabpengetua menjadi semakin meningkat. Bagi
menangani cabaran tersebut, pengurus pendidikan harus menggerakkan pengamalan
budaya cemerlang dalam pengurusannya agar berlaku perubahan dari segi sikap, nilai
dan prestasi warga organisasinya. Menjana dan memperkasa pengamalan serta
penghayatan terhadap budaya kerja organisasi menerusi pasukan kerja secara kolaboratif
9
bukan sesuatu perkara yang baru dalam sistem pengurusan masa kini kerana budaya
kolaboratif dikatakan mempunyai kuasa yang hebat dalam membentuk dan menterjemah
corak pemikiran dan tindakan warganya (Barth 2002). Sekolah yang mengamalkan
budaya kolaboratif dikatakan mempunyai ciri organisasi yang sihat, termasuk kesediaan
untuk berubah dan lebih responsif kepada perubahan. Malahan, sebarang aktiviti kerja
yang berasaskan budaya kolaboratif dianggap sebagai salah satu cara guru menyuburkan
amalan pedagoginya secara bersama kerana dapat memperbaiki amalan pengajaran dan
pembelajaran guru (Gable 2004) serta berupaya meningkatkan motivasi kerja guru
(Johnson 2003). Menurut Yusof Boon (2012), motivasi sangat berkait rapat dengan
keupayaan individu untuk membuat keputusan sendiri dalam segala tindakan yang
diambil. Oleh itu, segala keputusan untuk melakukan perubahan adalah atas diri sendiri
dengan adanya motivasi yang tinggi serta gaya kepimpinan yang diamalkan oleh
pemimpin organisasi.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan pada situasi pendidikan masa kini yang sentiasa mengalami
perubahan dan harapan masyarakat terhadap institusi sekolah, usaha-usaha digembleng
ke arah meningkatkan mutu di sekolah. Atas dasar itu Datuk Seri Najib Tun Razak,
Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan di dalam pembentangan bajet 2013, satu
bulan setengah gaji kepada semua penjawat awam di Malaysia termasuklah golongan
pendidik sebagai imbuhan dan motivasi. Namun, menawarkan kepada seorang guru
yang kuat bekerja dengan ganjaran yang rendah adalah seperti menghina (John West dan
Fergus, 2010). Keperluan guru sebagai pelaksana harus diberi perhatian selari dengan
bebanan tugas dan kelayakan mereka. Beban tugas yang semakin bertambah akan
menyebabkan guru-guru tidak berpuashati dan berasa kurang bermotivasi untuk
melaksanakannya. Apatah lagi jika pengagihan kerja dan tugas yang diberikan oleh guru
10
besar adalah tidak adil. Menurut Mohd Taib dan Hamdan (2006), berdasarkan kajian
yang telah dijalankan oleh University of Manchester Institute Sience & Technology
mendapati bahawa bidang profesion guru mempunyai kadar tekanan yang tinggi iaitu
pada skala 6.2 daripada tekanan 0 hingga 10. Tahap stress guru yang tinggi ini
disumbangkan oleh perubahan dan persaingan dunia pendidikan dalam menghadapi era
globalisasi. Guru terpaksa menjalankan tugas bagi memenuhi kehendak pelbagai pihak
seper ti kehendak organisasi sekolah, guru besar, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD),
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pelajar, ibu
bapa, masyarakat dan negara. Kadar tekanan yang tinggi ini akan menyebabkan guru-
guru kurang bermotivasi dan mereka tidak akan bersungguh-sungguh ketika
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Daripada kajian Sri Vel (2012) mendapati bahawa peranan guru besar amat
penting. Guru besar perlu bertindak sebagai penyederhana tekanan kerja guru. Corak
kepimpinan guru besar yang sesuai akan dapat meningkatkan prestasi kerja guru.
Seterusnya dengan cara ini akan meningkatkan keberkesanan dan kecemelangan
organisasi sekolah. Sebaliknya, jika guru besar mengamalkan corak kepimpinan yang
tidak sesuai akan mewujudkan hubungan yang kurang baik dengan guru. Akibatnya,
akan menjadi punca tekanan terhadap guru tersebut. Kajian menunjukkan tekanan yang
berlebihan kepada pekerja boleh menjejaskan keberkesanan dan kecemerlangan
sesebuah organisasi.
11
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah seperti berikut:
1.4.1 Mengenalpasti gaya kepimpinan yang paling dominan diamalkan oleh guru besar
di dua buah sekolah rendah luar bandar daerah Kota Tinggi.
1.4.2 Mengenalpasti tahap motivasi guru di dua buah sekolah rendah luar bandar
daerah Kota Tinggi.
1.4.3 Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan antara gaya kepimpinan guru besar
dengan motivasi guru di dua buah sekolah rendah luar bandar daerah Kota
Tinggi.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah gaya kepimpinan guru besar yang paling dominan diamalkan oleh guru
besar di dua buah sekolah rendah luar bandar daerah Kota Tinggi?
1.5.2 Apakah tahap motivasi guru di dua buah sekolah rendah luar bandar daerah Kota
Tinggi?
1.5.3 Adakah terdapat hubungan signifikan antara gaya kepimpinan guru besar dengan
motivasi guru?
12
1.6 Hipotesis Kajian
Ho 1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan (mengarah) guru
besar dengan motivasi guru.
Ho 2 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan (menyokong)
guru besar dengan motivasi guru.
Ho 3 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan (penglibatan)
guru besar dengan motivasi guru.
Ho 4 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan (orientasi
Kejayaan) guru besar dengan motivasi guru.
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian berkaitan gaya kepimpinan guru besar di sekolah amat penting
memandangkan ia berkait rapat dalam mempengaruhi motivasi kerja guru-guru di
sekolah yang dikaji. Kajian dalam bidang ini dapat memberi maklumat untuk
mengenalpasti gaya kepimpinan guru besar yang diamalkan selari dengan peredaran
masa kini. Walaupun terdapat banyak kajian berkaitan gaya kepimpinan guru besar,
namun secara jelasnya dapat dilihat bahawa personaliti pekerja seperti keperluan
peribadi, kebolehan pekerja dan kawalan diri serta situasi tugas seperti struktur tugas,
peraturan dan sistem kuasa masa kini sentiasa mempengaruhi keputusan kajian. Justeru,
untuk melihat keberkesanan sesuatu kepimpinan ianya dapat dilihat melalui kepuasan
bekerja, pekerja bermotivasi dan kepimpinan yang diamalkan diterima oleh pekerja atau
tidak.
13
Kajian ini juga penting untuk meningkatkan motivasi para guru. Penyusunan
kerja yang sistematik seperti polisi pentadbiran, penyeliaan kerja, gaji, keadaan tempat
kerja, perhubungan dengan rakan sekerja, kebajikan guru, bebanan tugas perlu diberi
perhatian sewajarnya. Begitu juga halnya dengan kandungan kerja yang ditetapkan
seperti pencapaian tujuan kerja, tanggungjawab, pengiktirafan, peluang pembangunan
diri dan kenaikan pangkat perlu dititikberatkan. Di samping itu, kajian ini juga sedikit
sebanyak dapat memberi maklumat kepada pihak berkaitan untuk melihat tahap motivasi
para guru pada masa kini terhadap arena pendidikan adalah tinggi atau sebaliknya.
Motivasi guru sering diperkatakan dan menjadi isu di dalam organisasi sesebuah
di sekolah. Di harap melalui kajian ini, dapat membantu para pentadbir terutamanya
guru besar mendapatkan maklumat berkaitan beban tugas para guru yang tidak seimbang
dan mengakibatkan motivasi kerja menurun dan seterusnya akan memberi kesan yang
negatif di dalam institusi pendidikan. Oleh itu, motivasi kerja guru dianggap penting
demi meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan seterusnya akan membantu
meningkatkan prestasi organisasi sekolah.
Selain itu juga,di harap kajian ini dapat membantu pengkaji-pengkaji lain untuk
dijadikan sumber bahan rujukan berkaitan gaya kepimpinan guru besar dapat
mempengaruhi motivasi guru di peringkat sekolah. Maklumat kajian ini juga dapat
membantu mereka dalam menambah baik kajian berkaitan isu ini. Guru merupakan
sumber penting dalam melahirkan modal insan justeru itu keperluan guru adalah berubah
mengikut peredaran masa, justeru itu kajian berkaitan pengurusan sumber manusia ini
perlu diteruskan dan kajian ini diharap dapat memberi panduan dan input tambahan pada
kepada pengkaji akan datang.
14
1.8 Kerangka Teori dan Kerangka Konsep
Kerangka kajian ini terdiri daripada kerangka teori dan kerangka konsep.
1.8.1 Kerangka Teori Kajian
Kerangka teori kajian ini terdiri daripada dua teori iaitu model kepimpinan iaitu
Teori Laluan Matlamat oleh Martin G. Evans dan Robert J. House (1971) dan Teori Dua
Faktor Herzberg oleh Frederick Herzberg (1959).
Rajah 1.1: Kerangka teori kajian
Daripada Rajah 1.1 di atas menunjukkan bahawa pengkaji menggunakan Teori
Laluan Matlamat oleh Martin G. Evans dan Robert J. House (1971) untuk melihat gaya
kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar di sekolah. Manakala, untuk mengesan
tahap motivasi guru, Teori Dua Faktor Herzberg oleh Frederick Herzberg (1959)
digunakan.
Kepimpinan Laluan Matlamat
Teori Laluan Matlamat(Martin G. Evans dan Robert J. House 1971)
Motivasi guru
Teori Dua Faktor Herzberg(Frederick Herzberg, 1959)
15
1.8.2 Kerangka Konsep Kajian
Kerangka konsep kajian telah dibina berdasarkan dua teori yang telah dijelaskan
di atas. Kerangka konsep dalam kajian ini adalah daripada pemboleh ubah bebas yang
mengandungi teori gaya kepimpinan di mana ia merupakan pemboleh ubah bebas. Ianya
terdiri daripada empat dimensi yang dinyatakan oleh Martin G. Evans dan Robert J.
House iaitu kepimpinan berasaskan arahan, berorientasikan kejayaan, sokongan dan
penglibatan. Manakala pemboleh ubah bersandar kajian ini terdiri daripada dua
komponen yang dinyatakan oleh Herzberg iaitu faktor hygiene dan faktor motivator.
Namun, pengkaji hanya mengkaji dari faktor motivator sahaja.
Kerangka kajian mengenai gaya kepimpinan guru besar di sekolah seringkali
menjadi tajuk yang sentiasa hangat diperkatakan. Walaupun, zaman telah berlalu dan
keadaan sentiasa berubah namun, amalan kepimpinan terus menjadi isu dan terus
diperkatakan. Pelbagai gaya kepimpinan telah dipraktikkan oleh guru besar tidak kira
yang baru dinaikkan pangkat mahupun yang telah lama berkhidmat.
Justeru itu, kajian ini menggunakan model gaya kepimpinan guru besar seperti di
rajah 1.2 kerana ianya diguna pakai untuk melihat hubungannya dengan tahap motivasi
guru. Model ini digunakan untuk mengesan pengaruh motivasi guru terhadap
kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar sama ada berorientasikan arahan, sokongan,
penglibatan atau pun kejayaan.
16
Rajah 1.2: Kerangka konsep kajian
1.9 Batasan Kajian
Kajian ini hanya melibatkan guru-guru di dua sekolah rendah di kawasan luar
bandar, daerah Kota Tinggi. Sekolah-sekolah yang dipilih terdiri daripada sekolah
rendah kebangsaan iaitu Sekolah Kebangsaan (Felda ) Lok Heng dan Sekolah
Kebangsaan LKTP Lok Heng Selatan. Penyelidikan ini melibatkan 50 orang guru iatu
seramai 25 orang dari setiap sekolah. Guru yang dipilih mempunyai tahap pendidikan
yang berbeza iaitu di peringkat diploma dan ijazah. Latarbelakang pendidikan guru di
sekolah ini akan menyebabkan perbezaan dalam menjawab soalan yang dikemukakan.
Selain itu juga, tempoh perkhidmatan guru di sekolah tersebut juga diambil kira.
Keputusan kajian ini dijalankan di sekolah luar bandar dan kemungkinan tidak mewakili
semua guru serta tidak boleh digenaralisasikan untuk guru-guru di sekolah bandar.
Namun, kajian ini mungkin sesuai untuk keperluan masa kini dan hasil dapatan yang
diperolehi boleh diguna pakai untuk kajian berkaitan bidang ini.
Gaya Kepimpinan
* Arahan * Menyokong * Penglibatan* Orientasi kejayaan
Faktor Motivasi
(pendorong)
17
1.10 Definisi Istilah
1.10.1 Pemimpin
Menurut Mohd Hizam dan Zafir (2008) pemimpin adalah seorang yang boleh
mempengaruhi orang lain untuk mencapai matlamat dan menentukan arah tujuan
organisasi serta memotivasikan pekerja bagi menangani masalah dan menggerakkan
organisasi ke arah masa depan yang cerah.
Greenberg dan Baron di dalam buku Abd Aziz et.al (2004) mendefinisikan
pemimpin sebagai seorang yang menentukan matlamat sesuatu organisasi dan strategi-
strategi untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Mereka juga menjelaskan
kepimpinan merupakan satu proses yang saling mempengaruhi di antara pemimpin dan
pengikut. Pemimpin mempunyai kuasa namun, kekuatan pengaruh pemujukan akan
lebih berkesan berbanding sistem paksaan. Proses kepimpinan selalunya melibatkan
pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan bertujuan untuk mencapai matlamat secara
kolektif.
Ab. Aziz et. al (2004) juga mendefinisikan pemimpin sebagai pengurus yang
bertanggungjawab terhadap segala tindakan yang dilakukan oleh subordinatnya.
Kejayaan atau kegagalan subordinat mencerminkan pemimpin itu sendiri. Oleh itu,
seseorang pengurus perlu bijak dalam membuat sebarang keputusan untuk memotivasi,
membimbing, mengarah, menyediakan ganjaran dan mendisiplinkan subordinat.
18
1.10.2 Kepimpinan
Lokman et.al (2012) mengatakan kepimpinan merupakan proses abstrak yang
berupaya mengadunkan banyak faktor di dalamnya seperti kebijaksanaan pemimpin,
ilmu pemimpin, budaya organisasi dan penerimaan pemimpin terhadap kepimpinan
pemimpin.
Bass di dalam buku Lokman et.al (2012) menjelaskan definisi kepimpinan dilihat
dan dinilai dari pelbagai pendekatan dan perspektif. Ianya dilihat daripada pelbagai
sudut dan kepelbagaian dalam pentafsiran kepimpinan menggambarkan perspektif
kepimpinan yang begitu komprehensif dan meluas. Burns (1970), mentakrifkan
kepimpinan sebagai satu proses yang saling digerakkan oleh orang-orang yang
mempunyai motif dan nilai-nilai yang tertentu, pelbagai sumber ekonomi, politik dan
lain-lain. Northouse (2004) pula melihat kepimpinan sebagai suatu proses untuk
mempengaruhi orang lain dengan menggunakan kuasa yang ada padanya. Ianya turut
meliputi konsep moral dan etika dalam pembentukan sahsiah pemimpin yang beretika
dan bermoral tinggi berlandaskan norma-norma yang diterima oleh masyarakat.
Amin Senin (2005) menyatakan kepimpinan sekolah yang dapat memupuk
pembelajaran organisasi ialah pemimpin yang prihatin dalam membina visi, memupuk
penerimaan matlamat kumpulan dan menyediakan rangsangan intelektual. Di samping
prihatin untuk membantu setiap individu dalam organisasi berhadapan dengan cabaran
perubahan dalam amalan profesionalisme dan menunjukkan penghargaan yang tinggi
apabila mereka mempelajari sesuatu yang baru.
Ahmad Redzuwan (2003) mendefinisikan kepimpinan sebagai satu cara
mengorganisasikan kegiatan manusia melalui pemusatan kuasa untuk mencapai sesuatu
matlamat.
19
1.10.3 Gaya Kepimpinan
Menurut Mohd Hizam dan Zafir (2008) menyatakan gaya kepimpinan adalah
merujuk kepada cara seseorang pemimpin untuk mempengaruhi pekerjanya.
Kebiasaannya pengurus menggunakan lebih daripada satu gaya kepimpinan dan ianya
bergantung kepada masalah yang ingin diselesaikan. Terdapat tiga gaya kepimpinan
yang sering digunakan iaitu gaya kepimpinan autokratik, demokratik dan bebas (laissez
faire).
Mohd Najib dan Tamyis (2008) mengatakan kepimpinan pengetua dapat
menetapkan polisi dan prosedur para guru dan kakitangan lain menjalankan tugas.
Kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada kejayaan pemimpin dalam menguruskan
organisasi dengan baik. Gaya kepimpinan banyak mempengaruhi keberkesanan
sesebuah organisasi dan kepimpinan yang baik adalah bergantung kepada gaya
kepimpinan yang diamalkan. Kebiasaannya gaya kepimpinan sering dikaitkan dengan
cara penggunaan kuasa yang dimiliki oleh seseorang pemimpin. Sebagai seorang
pemimpin, amat wajar bagi seseorang guru besar menggunakan kuasa dalam
menguruskan gaya kepimpinannya.
1.10.4 Guru Besar
Guru besar ialah mereka yang dilantik dan bertanggungjawab dalam pengurusan
sekolah di bawah peruntukan Peraturan Sekolah Umum 1951. Menurut Mohd Nor
Jaafaar (2004), guru besar ialah ketua eksekutif dan merupakan pemimpin bagi sesebuah
sekolah rendah. Mereka ini telah dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
mengetuai sesebuah sekolah dan bertanggungjawab mengurus, mentadbir dan
memimpin sekolah. Sabri Salleh (1998) menyatakan guru besar adalah orang yang
20
bertanggungjawab untuk mengambil inisiatif bagi menggerakkan sesebuah sekolah.
Penampilan guru besar yang hebat dan disegani berkait rapat dengan stail kepimpinan
yang diamalkannya.
1.10.5 Motivasi
Abd Aziz et.al (2004) mendefinisikan motivasi sebagai proses psikologi yang
merangsang dan mendorong individual dalam usaha mencapai sesuatu matlamat. Dalam
erti kata lain, ia adalah kesanggupan dalam menggunakan tahap keupayaan tinggi yang
berjaya dibangunkan oleh pengurus bagi memastikan subordinat bekerja ke arah
pencapaian matlamat organisasi. Motivasi bukan sesuatu yang bercirikan peribadi tetapi
ia adalah hasil interaksi antara individu, pengurus, organisasi dan situasi.
Menurut Morey Stettner (2005), terdapat dua jenis motivasi iaitu jangka pendek
dan jangka panjang. Matlamat motivasi jangka pendek adalah untuk memastikan ahli
melakukan tugasan yang terdekat dengan penuh semangat dan dedikasi. Manakala
matlamat motivasi jangka panjang pula ialah memastikan ahli ingin kekal bersama
pasukan yang disertainya. Mereka merasakan keberadaan mereka bersama pasukan
tersebut begitu bermakna dan mendorongnya untuk menjadi lebih berjaya.s
Menurut Dennis Child dalam Mohammad Shattar et.al (2006), motivasi
merupakan satu keperluan untuk merangsang kita ke arah matlamat yang ingin dicapai.
Sebagai guru, kita perlu bermotivasi bagi memenuhi standard profesionalisme yang
tinggi di dalam pendidikan.
21
1.10.6 Guru
Menurut Kamus Dewan (1996), mentakrifkan pelajar sebagai murid atau
penuntut. Pelajar adalah golongan orang yang belajar atau menuntut di sekolah, maktab
atau universiti. Pelajar pula membawa maksud, “sesiapa yang berada di bangku sekolah
dan bertujuan untuk mendapatkan pelajaran secara formal sama ada di sekolah
menengah ataupun sekolah rendah”. Mok Soon Sang (1990), menyatakan guru
merupakan ahli masyarakat yang mempunyai hubungan sosial dan saling berkait rapat
dengan masyarakat serta merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang
telah dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah. Di dalam Akta
Pendidikan 1996, Akta 550 menyatakan guru ialah seseorang yang mengajar murid di
sesuatu institusi pendidikan.
1.11 Kesimpulan
Sebagai pemimpin organisasi di sekolah guru besar perlu ada sifat tertentu yang
unggul daripada sudut kapasiti profesionalisme dalam menangani dan menyelesaikan
masalah, berintegriti tinggi, berwibawa dan berpengetahuan luas untuk menguruskan
organisasinya secara berkesan dan membangunkan sumber manusia ke arah peningkatan
yang berterusan dan reformasi sekolah secara berkesan dan cemerlang ( Hussien Ahmad.
2008). Justeru itu, penggunaan sumber kuasa mengikut gaya kepimpinan yang tepat oleh
guru besar akan membentuk kecemerlangan akademik di sekolah dan secara tidak
langsung akan meningkatkan motivasi di kalangan guru-guru (Lokman dan Ai Ling,
2011).