panitiabahasamelayusmkis.files.wordpress.com… · Web viewKERTAS KERJA UNTUK PROGRAM MINGGU BAHASA...
Transcript of panitiabahasamelayusmkis.files.wordpress.com… · Web viewKERTAS KERJA UNTUK PROGRAM MINGGU BAHASA...
KERTAS KERJA UNTUK PROGRAM MINGGU BAHASA MELAYU
2014
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR SHAH
1.0 PENDAHULUAN
Dasar pendidikan kebangsaan telah dimuktamadkan dalam Akta Pendidikan 1996 sebagai mata pelajaran teras selaras dengan akta 152 perlembagaan Malaysia iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Selaras dengan ini, adalah menjadi tanggung jawab semua warganegara Malaysia memainkan peranan dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sama ada dalam urusan rasmi ataupun tidak rasmi. Sehubungan dengan ini, sekolah yang berperanan sebagai sebuah institusi dalam melahirkan generasi masa depan . Negara harus memainkan peranan penting terutamanya dalam merealisasi dan memantapkan pengunaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar dan dalam masa yang sama menanam minat dan sayang akan bahasa Melayu yang kaya dengan nilai seni dan budaya yang tidak kita sedari. Berdasarkan kesedaran ini, Panitia Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah telah menganjurkan Minggu Bahasa Melayu 2014 untuk memenuhi hasrat dan aspirasi tersebut.
2.0 RASIONAL
Sekolah merupakan wahana dalam mendaulat dan memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Oleh itu, pelbagai aktiviti akan dilaksanakan bagi menarik minat warga sekolah agar mampu berkomunikasi dengan baik dan sopan selain memupuk semangat cintakan bahasa dan budaya bangsa.
3.0 TEMA
“Bahasa Wasilah Budaya Bangsa”
4.0 MATLAMAT PROGRAM
Minggu Bahasa Melayu bertujuan membimbing dan mempertingkatkan pengetahuan tentang aspek bahasa dan menekankan aspek menghormati, kesantunan
dan kesopanan yang akan menjadikan warga SMKIS warga yang berbudaya dan bertamadun.
5.0 OBJEKTIF PROGRAM
5.1 Memberi pendedahan tentang keunikan dan kepelbagaian Bahasa Melayu daripada pelbagai aspek.
5.2 Menimbulkan minat dalam kalangan pelajar untuk mendalami ilmu Bahasa
Melayu dan mencintai budaya bangsa.
5.3 Melahirkan pelajar yang bukan sahaja mahir mencipta karya tetapi menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif dan semangat patriotik yang tulen.
6.0 CADANGAN TARIKH DAN MASA PROGRAM
Tarikh : 07 April 2014 hingga 11 April 2014
7.0 TEMPAT
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR SHAH
8.0 PERASMIAN PEMBUKAAN
Tn Hj Zolkaply Bin Yunus, Pengetua SMK Iskandar Shah
9.0 KUMPULAN SASARAN
Semua Murid tingkatan 1, 2,3,4 dan 5, Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar
Shah
10.0 KEWANGAN
Rujuk lampiran 1
11.0 ORGANISASIRujuk Lampiran 2
12.0 SENARAI TUGAS
Rujuk Lampiran 3
13.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran 4
15.0 PENUTUP
Segala program yang dirancang adalah bermatlamat mencapai objektif yang telah digarisi. Diharap semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.
Sekian, Terima Kasih
Disediakan Oleh Disah dan diluluskan oleh
…………………… ………………………….
(ROZITA BINTI LIZAN) (TN HJ ZOLKAPLY BIN YUNUS)
Ketua Panitia PengetuaBahasa Melayu SMK Iskandar Shah
PERTANDINGAN MINGGU BAHASA MELAYU
TARIKH : 7 APRIL 2014 – 11 APRIL 2014ANJURAN PANITIA BAHASA MELAYU
AKTIVITI YANG DIRANCANG
Pertandingan Pidato
(Kategori Terbuka) : Cik Hadijah /Pn. Zunairah
Pertandingan Sahibba
(Kategori Menengah Rendah) : Pn Kalthom/Pn. Nurbaya
Pertandingan Mencipta/Mendeklamasi Sajak : En. Zahari (sajak)
dan Syair(Kategori Terbuka) : Pn Suzihaswaty (syair)
Pertandingan Kuiz Peribahasa : (Kategori Terbuka) Tn. Hj. Wan Khairuazwan
Pertandingan Mengarang Cerpen : En. Yazid
(Kategori men. atas/men.rendah) : En Khiruddin
Persembahan Lagu-lagu Patriotik : En Sabar (Kategori Terbuka)
Pertandingan Silang Kata
(Kategori Terbuka) : Pn. Rozita
Pertandingan Drama : En. Sukri(Kategori Terbuka)
LAMPIRAN 4
MINGGU BAHASA MELAYU
ANJURAN PANITIA BAHASA MELAYU
Tarikh : 07 April 2014 Isnin
Masa Program Tempat Guru yang terlibat
7.20 pagi Majlis Pelancaran Minggu Bahasa Melayu
-Persembahan Teater Bercerita
Pertandingan menulis cerpen
Dataran Perhimpunan
Kelas
Ajk Berkaitan
TArikh : 08 April 2014 Selasa
Masa Program Tempat Guru yang terlibat
7.20 pagi Kuiz Peribahasa Deejay radio AJK Terlibat
2.45 Pertandingan Sahibba Pusat Sumber
Ajk Terlibat
Tarikh : 9 April 2014 Rabu
Masa Program Tempat Guru yang terlibat
7.20 pagi Kuiz Peribahasa Deejay radio Ajk Terlibat
2.45 petang Pertandingan mencipta/deklamasi sajak/syair
Kelas Ajk Terlibat
Tarikh : 10 April 2014 Khamis
Masa Program Tempat Guru yang terlibat
7.45 pagi Teka silang kata Kelas ting. 1-5 Ajk Terlibat dan guru BM
2.45 petang Pertandingan Pidato / Pertandingan Lagu patriotik
Bilik Rujukan/ Dewan
Ajk Terlibat
Tarikh : 11 April 2014 Jumaat
Masa Program Tempat Guru yang terlibat
7.20 pagi Kuiz Peribahasa
Pertandingan drama
Deejay radio
Dewan
Ajk Terlibat
Tarikh : 23 April 2014 Rabu
Masa Program Tempat Guru yang terlibat
7.20 pagi Majlis Penyampaian Hadiah Minggu Bahasa Melayu
Tapak Perhimpunan
Semua Ajk
MINGGU BAHASA 2014
TARIKH: 7 APRIL 2014-12 APRIL 2014
AHLI JAWATANKUASA GURU
AJK Persembahan : En Sabar Mohd
AJK Perasmian En. Sukri/En. Zahari
AJK Banner dan Brosur : Pn. Suzihaswaty
Tn. Hj. Wan Khairuazwan
AJK Perakam dan Dokumentasi : En. Yazid
En. Khiruddin
AJK Juruacara Majlis : Cik Hadijah
AJK Teks Ucapan : Pn. Kalthom
AJK Hadiah dan Cenderamata/Sijil : Pn Nurbaya Jalil
Pn. Zunairah
AJK Bacaan Doa : Badan Pengawas
AJK PA Sistem : En. Zakwan
Badan Pengawas
LAMPIRAN 3
SENARAI TUGAS
AJK BROSUR DAN BANNER
- Menyediakan brosur minggu Bahasa Melayu
- Menyediakan Banner minggu Bahasa Melayu
- Mengedar Brosur pada hari pelancaran
AJK PERAKAM DAN DOKUMENTASI
- Mengambil gambar sepanjang minggu Bahasa Melayu
- Merakam peristiwa di blog sekolah
- Membuat dokumentasi
AJK JURUACARA MAJLIS
- Melantik dan membimbing pelajar menjalankan majlis perasmian
- Memantau kelancaran majlis perasmian dan penutup
AJK BACAAN DOA
- Membaca doa ketika majlis pelancaran dan penutup Minggu Bahasa
Melayu
AJK PERSEMBAHAN/PERASMIAN
- Melatih pelajar untuk acara yang bersesuaian untuk persembahan
Perasmian dan penutup Minggu Bahasa Melayu.
AJK HADIAH DAN CENDERAMATA
- Membeli, membungkus dan menyediakan hadiah yang sesuai pada
hari penyampaian hadiah.
LAMPIRAN 1
ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERTANDINGAN
1 PERTANDINGAN PIDATO
1. Tempat pertama : RM 25.00
2. Tempat Kedua : RM 20.00
3. Tempat Ketiga : RM 15.00
JUMLAH : RM 60.00
2 PERTANDINGAN SAJAK
1. Tempat pertama : RM 25.00
2. Tempat Kedua : RM 20.00
3. Tempat Ketiga : RM 15.00
JUMLAH : RM 60.00
3 PERTANDINGAN SAHIBBA
1. Tempat Pertama : RM 25.00
2. Tempat Kedua : RM 20.00
3. Tempat Ketiga : RM 15.00
JUMLAH : RM 60.00
4 PERTANDINGAN MENULIS CERPEN
A. MEN. ATAS
1. Tempat Pertama : RM 20.00
2. Tempat Kedua : RM 15.00
B. MEN. RENDAH
1. Tempat Pertama : RM 20.00
2. Tempat kedua : RM 15.00
JUMLAH : RM 70.00
5 KUIZ PERIBAHASA(TERBUKA)
5 X RM 10.00 = RM 50.00
6 PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK (INDIVIDU)
1. Tempat Pertama : RM 25.00
2. Tempat Kedua : RM 20.00
3. Tempat Ketiga : RM 15.00
JUMLAH : RM 60.00
7
PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA (KUMPULAN:3-4 org)
1. Tempat Pertama : RM 30.00
2. Tempat Kedua : RM 25.00
3. Tempat Ketiga : RM 20.00
JUMLAH : RM 75.00
8 PERTANDINGAN SYAIR (INDIVIDU)
1. Tempat pertama : RM 25.00
2. Tempat Kedua : RM 20.00
3. Tempat Ketiga : RM 15.00
JUMLAH : RM 60.00
9 PERTANDINGAN DRAMA (KUMPULAN-hamper)
1. Tempat Pertama : RM 70.00
2. Tempat Kedua : RM 55.00
3. Tempat Ketiga : RM 45.00
4. Pelakon lelaki terbaik : RM 15.00
5. Pelakon perempuan terbaik: RM 15.00
JUMLAH : RM 200.00
10 ALAT TULIS DAN PELBAGAI = RM 150.00
JUMLAH KESELURUHAN = RM 845 .00
SUMBER KEWANGAN : PCG PANITIA BAHASA MELAYU