P4202 - BAB 1 Pengenalan Pengauditan
description
Transcript of P4202 - BAB 1 Pengenalan Pengauditan
BAB 1 : PENGENALAN
Definisi pengauditan
Shaari Isa
Pemeriksaan secara kritis tentang penyata kewangan yang dibuat oleh
seseorang akauntant bertujuan membolehkan pendapat diberikan kepada tuan
punya atau pihak ke-3 sama ada penyata kewangan menunjukkan keadaan
benar dan saksama.
Arens & Loebbecke
Proses pengumpulan dan penilaian bukti yang dilakukan oleh seseorang yang
berkelayakan dan bebas, berkaitan suatu entiti ekonomi yang khusus, bertujuan
menentukan dan melaporkan darjah persetujuan antara maklumat yang diukur
dengan kriteria yang ditetapkan.
Tujuan Pengauditan
Pengauditan perlu supaya juruaudit dapat memberikan pandangan dari laporan tentang
sama ada penyata kewangan disediakan dengan sempurna mengikut Akta Syarikat
1965 dan memberi gambaran benar dan saksama tentang penyata kewangan serta
untung/ rugi untuk tahun kewangan itu.
Gambaran Benar dan Saksama
Gambaran benar dan saksama wujud hanya jika juruaudit berpuashati tentang perkara-
perkara berikut :
i. Aset
- wujud dan dimiliki
- tidak dicagar – jika dicagar, mesti dilaporkan dalam akaun
- jumlah aset mengikut dasar perakauanan dan tekal
ii. Liabiliti
- diambilkira hanya sehingga tarikh kunci kira-kira sahaja
- peruntukan yang cukup untuk liabiliti dan kerugian luar jangka
- nota kepada akaun untuk liabiliti luar jangka
- jumlah liabiliti selaras dengan dasar perakaunan dan tekal
iii. Hasil / Belanja
- untuk tahun yang berkenaan sahaja
- ikut dasar perakaunan dan tekal
iv. Pembentangan
- lengkap dan betul
- maklumat bagi item yang ada kesan material dibentangkan
- keterangan tentang angka-angka dalan akaun
- amaun baki akaun dan ringkasan maklumat seimbang
Gambaran benar dan saksama tidak wujud jika :
i. angka-angka terlebih atau terkurang jumlah yang material
ii. maklumat penting tidak didedahkan
iii. angka yang dipaparkan mengelirukan
iv. akaun tidak selaras dengan dasar perakaunan
v. cara pembentangan akaun mengelirukan
Perakauanan VS Pengauditan
Perakaunan Pengauditan
- proses merekod, mengelas dan
meringkas maklumat dalam bentuk
kuantitatif untuk pembuatan
keputusan
- merujuk piawai/ criteria/ asas
tertentu dalam penyediaan
maklumat. Cth : Akta syarikat,
GAAP, standard MASB
- hasil akhir adalah penyata
kewangan
- menentukan perekodan yang betul
bagi maklumat kewangan yang
dipersembahkan
- merujuk piawai tertentu dalam
pengauditan tetapi mesti
menguasai semua piawai dalam
perakaunan
- hasil akhir adalah laporan audit
Jenis-jenis Audit
Audit Penyata
Kewangan
Audit Pematuhan Audit Operasi
1. Memeriksa Kesahihan penyata
kewangan
Tindakan entiti /
individu
Seluruh/
sebahagian aktiviti
organisasi
2. Tujuan Tentukan samada
keseluruhan
penyata kewangan
dipersembahkan
mengikut criteria
yang spesifik
Tentukan samada
prosedur, polisi,
undang-undang,
peraturan yang
ditetapkan oleh
pihak tertentu
dipatuhi
Menilai kecekapan
dan keberkesanan
organisasi
3. Kriteria Prinsip-prinsip
perakaunan (GAAP,
Akta Syarikat)
Peraturan dan
undang-undang
(Akta Cukai,
Rasuah)
Objektif-objektif
tertentu organisasi
4. Laporan Gambaran benar
dan saksama
Pematuhan kepada
kriteria-kriteria
Cadangan-
cadangan
pembaikan
5. Contoh Memeriksa secara
terperinci butir-butir
penyata kewangan
Golden Hope Bhd
Memeriksa samada
kadar upah pekerja
di Kilang Papan
Weng Hup
mengikut Undang-
undang Buruh
Menilai kecekapan
dan tahap
kepuasan
pelanggan terhadap
servis pengedaran
surat dan
bungkusan yang
dikendalikan oleh
Pos Malaysia
Audit Tradisional VS Audit Moden
Audit Tradisional Audit Moden
Objektif Kesan kesilapan dan
penipuan
- penyata kewangan
benar dan saksama
- kawalan dalaman,
sistem perakaunan
dan sistem operasi
berkesan dan cekap
- kesan kesilapan dan
penipuan
Pendekatan Audit terperinci Teknik persampelan – audit
terperinci adalah untuk kes-
kes tertentu sahaja.
Audit persendirian vs audit berkanun
Audit Persendirian
Dibuat atas kehendak pemilik tunggal dan perkongsian sahaja
Bukan atas arahan undang-undang ( tidak wajib dibuat)
Tujuan : kebenaran dan kesaksamaan maklumat penyata kewangan
Audit Berkanun
Diwajibkan oleh undang-undang ke atas semua syarikat awam berhad dan
sendirian berhad
Tujuan : memeriksa penjagaan harta syarikat, pengendalian operasi, elak
penyelewengan oleh pihak pengurusan, rekod-rekod perakaunan diselenggaran
dengan sempurna
Profesion Perakaunan
Tertakluk di bawah Akta Akauntant 1967
Telah menyebabkan tertubuhnya MIA
Institut Akauntant Malaysia / Malaysian Institute of Accountants (MIA)
Institut yang bertanggungjawab untuk mengawal selia profesion perakaunan di
Malaysia
Hanya ahli penuh MIA layak bergelar akauntant
Fungsi MIA :
i. Menentukan kelayakan untuk menjadi ahli
ii. Menyediakan latihan, pendidikan dan peperiksaan samada oleh institute
atau badan lain
iii. Mengawal selia profesion perakaunan di Malaysia
iv. Meningkatkan dan memaparkan profesion perakaunan
Keahlian MIA terbahaigi kepada 3 :
i. Chartered Accountants
ii. Associate Members
iii. Licensed Accountants
Garispanduan Perakauanan
Lembaga Piawai Perakauanan Malaysia / Malaysian Accounting Standard Board
(MASB) bertanggungjawab mengisu piawai-piawai perakauanan – tertakluk di bawah
Akta Pelaporan Kewangan 1997
Piawai Pengauditan
Jawatankuasa Perakaunan dan Pengauditana / The Accouting and Auditing
Committee (AAC) MIA bertanggungjawab mengisu hal-hal berkaitan pengauditan
Disebut sebagai Piawai Audit yang Diluluskan / Malaysian Approved Standards
on Auditing (MASA)
Garispanduan Audit Dalaman
Diisukan oleh jawatankuasa Audit Dalaman / Internal Audit Committee (IAC)
Menggalakan penggunaan teknologi maklumat, penyelidikan dan pembangunan
dalam audit dalaman dilakukan secara meluas
Institute Akauntant-akauntant Awam Bertauliah Malaysia / Malaysian Institute of
Certified Public Accountants (MICPA)
Ditubuhkan pada 26 Julai 1958 di bawah Ordinan Syarikat 1940 – 46
Ditukar kepada MACPA pada 6 Julai
Ditukar semula kepada MICPA pada 2001
Objektif :
i. Memperluaskan penggunaan teori dan amalan perakaunan dalam
pelbagai aspek perniagaan
ii. Pengambilan, pendidikan, latihan, penilaian ke atas akauntant-akauntant
bertauliah
iii. Memastikan profesionalisme akauntant
iv. Memastikan amalan professional akauantant berkualiti tinggi
Firma Akauntant Awam
Menjalankan audit penyata kewangan
Tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965
Lebih 1000 firma wujud di Malaysia sekarang
3 kategori firma di Malaysia :
i. Big Four International Firms
ii. Medium sized firms
iii. Small firms
Big Four – KPMG Peat Marwick, Price Waterhouse Coopers, Deloitte Touche
Tonmatsu, Ernast & Young.
Aktiviti firma akauntant
i. Perkhidmatan perakaunan dan simpankira
ii. Perkhidmatan cukai
iii. Perkhidmatan perundingan pengurusan