OK Amali Bulan

19
PRAKTIKAL 4 Tajuk : Fasa Bulan Tujuan : Untuk memerhati pergerakan bulan dan fasa-fasanya. Pengenalan : Bulan adalah objek langit yang paling dekat dengan bumi. Oleh sebab jaraknya yang “paling dekat” tersebut, bulan adalah objek langit yang paling mudah dilihat dengan mata kasar. Bulan biasanya kelihatan pada waktu malam, namun adakalanya kita tidak dapat melihatnya kerana beberapa faktor seperti cuaca dan awan tebal. Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri dan ia kelihatan bercahaya kerana memantulkan cahaya matahari kepada bumi. Bulan adalah satelit semulajadi yang saiznya ialah satu perempat saiz bumi. Ia berputar mengelilingi bumi pada jarak 384 000 km atas paksi yang condong sedikit berbanding Dataran Ekliptik. Sambil mengelilingi bumi, bulan berputar atas paksinya sendiri dengan kelajuan yang sama, iaitu 360 darjah dalam masa lebih sedikit dari 27 hari. Ini menyebabkan permukaan bulan yang sama menghadap bumi. Fasa-fasa bulan adalah bentuk bulan yang berlainan yang dapat dilihat dari bumi. Fasa bulan dipengaruhi oleh kedudukannya 1

Transcript of OK Amali Bulan

PRAKTIKAL 4Tajuk : Fasa Bulan

Tujuan : Untuk memerhati pergerakan bulan dan fasa-fasanya.

Pengenalan :

Bulan adalah objek langit yang paling dekat dengan bumi. Oleh sebab jaraknya

yang “paling dekat” tersebut, bulan adalah objek langit yang paling mudah dilihat

dengan mata kasar. Bulan biasanya kelihatan pada waktu malam, namun adakalanya

kita tidak dapat melihatnya kerana beberapa faktor seperti cuaca dan awan tebal. Bulan

tidak mengeluarkan cahayanya sendiri dan ia kelihatan bercahaya kerana memantulkan

cahaya matahari kepada bumi.

Bulan adalah satelit semulajadi yang saiznya ialah satu perempat saiz bumi. Ia

berputar mengelilingi bumi pada jarak 384 000 km atas paksi yang condong sedikit

berbanding Dataran Ekliptik. Sambil mengelilingi bumi, bulan berputar atas paksinya

sendiri dengan kelajuan yang sama, iaitu 360 darjah dalam masa lebih sedikit dari 27

hari. Ini menyebabkan permukaan bulan yang sama menghadap bumi.

Fasa-fasa bulan adalah bentuk bulan yang berlainan yang dapat dilihat dari

bumi. Fasa bulan dipengaruhi oleh kedudukannya diantara bumi dan matahari. Cahaya

matahari yang terkena pada bulan akan dipantulkan bulan. Orang yang berada di bumi

akan dapat melibat bentuk atau fasa bulan yang berbagai ini mengikut tempat dan

keadaan tertentu. Fasa bulan boleh di bahagikan kepada 8 fasa iaitu anak bulan, bulan

sabit, bulan separa, bulan hampir purnama, bulan purnama, bulan purnama lama, bulan

separa lama dan bulan sabit lama.

1

Antara perkara yang penting dalam mengkaji fasa-fasa bulan ialah dengan

mengetahui terlebih dahulu waktu terbit dan terbenam bulan. Ini dilakukan supaya kita

dapat menganggarkan waktu yang sesuai untuk merekod gambar bulan. Waktu bulan

terbit adalah apabila bahagian atas bulan melepasi garisan ufuk manakala waktu bulan

terbenam adalah apabila bahagian bawah bulan menghilang di bawah garisan ufuk.

Menentukan terbit dan terbenam bulan, nilai azimut juga perlu di tentukan.

Azimut adalah jarak garisan mendatar ketika bulan terbit dan bulan terbenam. Azimut

biasanya diukur menggunakan kompas. Dalam 360 darjah, dan dikira mengikut arah

jam, utara memberikan azimut 0o , timur memberikan azimut 90o, selatan memberikan

180o dan barat memberikan nilai 270o. Anak panah kecil pula menunjukkan arah

matahari terbit berdasarkan peta yang menunjukkan utara ke atas.

Altitud bulan pula dikenalpasti semasa merekod gambar bulan. Altitud merujuk

kepada jarak pusat bulan kepada garisan horizon. Selain itu, dalam fasa yang berbeza

akan memberikan kecerahan yang berbeza.

2

Radas : Kamera.

Prosedur : 1. Maklumat mengenai terbit dan terbenam bulan dicari daripada buku, majalah,

jurnal, surat khabar atau internet.

2. Lokasi yang sesuai dipilih serta bulan diperhatikan setiap hari bermula dari fasa

anak bulan hingga fasa bulan purnama.

3. Pemerhatian dijalankan menggunakan mata kasar.

4. Kamera yang sesuai digunakan untuk mengambil gambar.

5. Tarikh dan waktu pemerhatian direkodkan.

6. Kedudukan bulan dan sebarang perubahan bentuk bulan dicatatkan ke dalam

jadual.

7. Data yang diperoleh dianalisis dan ditafsirkan.

3

Keputusan :

Pemerhatian 1

Tarikh Masa Lokasi Fasa bulan1 Februari 2014 09:40 Kawasan Kediaman Bulan sabit lama

Masa Terbit Masa Terbenam

Azimut Altitud KecerahanTerbit Terbenam

08:52 20:53 98° 264° 76.8° 3.0%

Pemerhatian 2

Tarikh Masa Lokasi Fasa bulan4 Februari 2014 21:50 Kawasan Kediaman Bulan sabit

Masa TerbitMasa

TerbenamAzimut

Altitud KecerahanTerbit Terbenam

11:05 23:35 83° 279° 86.8° 25.8%

4

Pemerhatian 3

Tarikh Masa Lokasi Fasa bulan09 Februari 2014 09:00 Kawasan Kediaman Bulan separa

Masa TerbitMasa

TerbenamAzimut

Altitud KecerahanTerbit Terbenam

15:05 02:55 71° 289° 76.9° 75.6%

Pemerhatian 4

Tarikh Masa Lokasi Fasa bulan11 Februari 2014 9:15 Kawasan Kediaman Bulan hampir purnama

Masa TerbitMasa

TerbenamAzimut

Altitud KecerahanTerbit Terbenam

16:41 04:31 72° 289° 76.9° 89.9%

5

Pemerhatian 5

Tarikh Masa Lokasi Fasa bulan15 Februari 2014 09:45 Kawasan Kediaman Bulan purnama

Masa TerbitMasa

TerbenamAzimut

Altitud KecerahanTerbit Terbenam

19:45 07:29 83° 279° 85° 99.8 %

Pemerhatian 6

Tarikh Masa Lokasi Fasa bulan19 Februari 2014 10:00 Kawasan Kediaman Bulan purnama lama

Masa TerbitMasa

TerbenamAzimut

Altitud KecerahanTerbit Terbenam

22:50 10:19 100° 262° 77° 86.4 %

Pemerhatian 7

Tarikh Masa Lokasi Fasa bulan23 Februari 2014 09:25 Kawasan Kediaman Bulan separa lama

Masa TerbitMasa

TerbenamAzimut

Altitud KecerahanTerbit Terbenam

01:27 13:39 108° 251° 65.1° 47.3%

6

Pemerhatian 8

Tarikh Masa Lokasi Fasa bulan27 Februari 2014 09:40 Kawasan Kediaman Bulan sabit lama

Masa Terbit Masa Terbenam

Azimut Altitud KecerahanTerbit Terbenam

05:19 17:35 104° 257° 70.2° 7.2%

Pemerhatian 9

Tarikh Masa Lokasi Fasa bulan2 Mac 2014 09:45 Kawasan Kediaman Bulan sabit lama

Masa Terbit Masa Terbenam

Azimut Altitud KecerahanTerbit Terbenam

08:01 20:26 91° 272° 84.0° 1.3%

7

Perbincangan : Untuk mengkaji fasa-fasa bulan di atas, perkara utama yang perlu dilakukan ialah

dengan memastikan tarikh qamari supaya kemunculan fasa-fasa bulan dapat dipastikan

dengan tepat. Kemudian, maklumat berkenaan waktu terbit dan waktu terbenam bulan

dipastikan supaya kita dapat menjangka waktu yang tepat untuk mengambil gambar

bulan. Maklumat tersebut dapat diperolehi dengan melayari internet di

http://www.timeanddate.com/worldclock/astronomy.html?n=1228&month=2&year=

2014&obj=moon&afl=-1&day=1. Maklumat tersebut adalah seperti berikut :

Masa Bulan Terbit dan Terbenam Bagi Kawasan Georgetown

8

Daripada data yang diperolehi, nilai azimut, altitud, lepasan meridian bulan dan

perlbagai lagi maklumat lain dapat dikenalpasti. Kesemua maklumat ini menjadi

pengukur bagi menentukan fasa-fasa bulan. Setelah maklumat keseluruhan diperolehi

seperti di atas, jadual perancangan dilakukan untuk memilih tarikh sesuai untuk

membuat pemerhatian terhadap bulan. Jadual tersebut adalah seperti berikut:

TarikhMasa Bulan

TerbitMasa bulan Terbenam

Pemerhatian

01 Februari 2014 08:32 20:53 Anak bulan02 Februari 2014 09:25 21:49 Anak bulan

9

04 Februari 2014 11:05 23:35 Bulan sabit05 Februari 2014 11:53 00:26 Bulan sabit08 Februari 2014 14:17 02:06 Bulan separa09 Februari 2014 15:05 02:55 Bulan separa11 Februari 2014 16:41 04:31 Bulan hampir purnama12 Februari 2014 17:28 05:18 Bulan hampir purnama15 Februari 2014 19:45 07:29 Bulan purnama16 Februari 2014 20:30 08:11 Bulan purnama18 Februari 2014 22:02 09:35 Bulan purnama lama19 Februari 2014 22:50 10:19 Bulan purnama lama23 Februari 2014 01:27 13:39 Bulan separa lama24 Februari 2014 02:24 14:36 Bulan separa lama27 Februari 2014 05:19 17:35 Bulan sabit lama28 Februari 2014 06:15 18:34 Bulan sabit lama01 Mac 2014 07:09 19:31 Anak Bulan02 Mac 2014 08:01 20:26 Anak bulan

Seterusnya lokasi yang sesuai dipilih dan ditetapkan iaitu kawasan kediaman

saya di Kampung Sungai Semambu, Bagan Serai, Perak untuk mengambil gambar fasa

bulan. Hasil daripada pemerhatian yang telah dibuat, saya dapat tentukan kesemua

bentuk fasa-fasa bulan bermula daripada anak bulan, bulan separa, bulan purnama

hinggalah kembali kepada anak semula. Namun bentuk bulan sabit pada 4 Februari

2014 kelihatan terbalik daripada bentuk yang sepatutnya diperolehi. Ini adalah kerana

waktu puncaknya dimana ia berada 900 dari garisan ufuk atau “meridian passing”

adalah pada pukul 17:19. Apabila gambar yang diambil melebihi waktu puncaknya iaitu

pada pukul 21:50 maka imej yang diperolehi juga akan kelihatan terbalik kerana pada

waktu itu bulan sudah melalui waktu terbenam.

Kesimpulan:Fasa- fasa bulan adalah bentuk-bentuk bulan yang berlainan yang kelihatan

daripada bumi. Ini adalah kerana kedudukan bulan yang berlainan akan menyebabkan

ia memantulkan cahaya matahari pada kawasan-kawasan bulan yang tertentu sahaja.

Soalan

10

1. Kita amat kenal dengan bulan. Kita biasa melihat bulan pada waktu malam. tetapi bulan juga dapat dilihat pada waktu pagi. Bilakah kita lihat bulan pada waktu malam dan pada waktu pagi?Waktu kita dapat melihat bulan pada waktu malam dan waktu pagi bergantung kepada

waktu terbit dan terbenamnya bulan itu sendiri. Waktu bulan terbit pada setiap hari

adalah tidak sama dan akan berubah. Jika bulan terbit pada waktu pagi, kita akan

dapat melihatnya pada waktu pagi dan kita tidak akan dapat melihatnya pada malam

hari. Begitu juga sebaliknya. Sebenarnya bulan sentiasa memantulkan cahaya

matahari sama ada di malam hari atau di siang hari. Namun demikian, disebabkan

kemunculan cahaya matahari pada waktu pagi kadang-kadang menyukarkan kita

melihat bulan pada waktu tersebut.

2. Bagaimanakah kejadian bulan terbit dan tenggelam dikaitkan dengan fasa bulan dan posisi bulan sejajar dengan kedudukan bumi dan matahari?Kejelasan untuk melihat fasa- fasa bulan bergantung kepada waktu bulan terbit dan

bulan terbenam dan diantaranya. Selepas bulan terbit, ia mengambil masa beberapa

jam untuk membolehkannya berada dalam keadaan 90o dari garisan ufuk. Kedudukan

bulan juga mempunyai hubung kait dengan bumi dan matahari. Hal ini demikian kerana

bulan berputar dan beredar mengelilingi bumi. Bumi pula berputar dan beredar

mengelilingi matahari. Dalam kedudukan bulan, bumi dan matahari yang berlainan,

fasa-fasa bulan yang berlainan akan terhasil. Contohnya apabila bulan berada di antara

bumi dan matahari, fasa anak bulan akan berlaku. Kebiasaannya, bulan tidak akan

kelihatan. Sekiranya kelihatan ia terlalu kecil untuk dilihat oleh mata kasar. Kemudian,

jika bumi berada antara bulan dan matahari, fasa bulan purnama akan berlaku dan

bulan akan kelihatan penuh. Namun jika bulan berada betul-betul pada garisan lurus,

gerhana akan berlaku. Gerhana matahari boleh berlaku ketika fasa anak bulan

manakala gerhana bulan boleh berlaku apabila bulan berada dalam fasa purnama

penuh. Oleh itu, pelbagai kejadian boleh berlaku disebabkan kedudukan bulan yang

tertentu antara bumi dan matahari.

3. Tugasan aktiviti untuk pelajar sekolah rendah membuat pemerhatian tentang fasa-fasa bulan.

11

Aktiviti : Memerhati fasa-fasa bulan

Bahan-bahan : Sebiji bola putih bersaiz 4 (saiz bola sepak) yang separuh

bahagian telah diwarnakan hitam, sebuah bangku, pelekat, kertas

hitam, kapur putih.

Prosedur :

1. Sebiji bola putih yang telah diwarnakan hitam pada separuh bahagian diletakkan

di atas sebuah bangku.

2. Bangku tersebut berserta bola di atasnya di letakkan di tengah satu kawasan

lapang (depan kelas/ dataran/ kawasan lapang lain-lain)

3. Kerusi disusun disekeliling bola tersebut dalam bentuk bulatan.

4. Kemudiannya, murid duduk di setiap kerusi yang telah diletakkan.

5. Murid dibekalkan dengan sekeping kertas hitam dan kapur putih.

6. Guru membuat sesi penerangan tentang fasa- fasa bulan bersama murid.

7. Kemudian, murid diminta melukis bentuk yang dilihat pada bola tersebut dari

kerusi yang mereka berada.

8. Setiap murid menunjukkan hasil lukisan mereka.

9. Guru bersama murid berbincang dan mengaitkan lukisan dengan fasa-fasa

bulan.

12

RUJUKAN

BUKU

Alias A. (2011). Xpress 2011 UPSR Science Bilingual. Sasbadi Sdn. Bhd. Petaling

Jaya, Selangor.

Moo, L.S (1994). Asas pengajaran sains sekolah rendah: Pendekatan

Pembelajaran Sains. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Lutgens F. et al (2009).

INTERNET

Fasa Bulan (2010) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada

http://aguscb.blogspot.com/2010/08/fasa-bulan.html

Fasa Bulan (2013) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada

http://ms.wikipedia.org/wiki/Fasa_bulan

Fasa-fasa Bulan (2009) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada http://astronomi-

falak.blogspot.com/2009/10/fasa-fasa-bulan.html

Fasa-fasa Bulan (2011) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada

13

http://sklk-panitiasains.blogspot.com/2011/01/fasa-fasa-bulan.html

Fasa-fasa Bulan (2012) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada

http://www.slideshare.net/4coursemates/fasa-fasa-bulan-12933521

Fasa-fasa Bulan (2014) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada

http://astronomi.angkasa.gov.my/cms3/page/index/id/74

Moonrise and Moonset in George Town (2014) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada

http://www.timeanddate.com/worldclock/astronomy.html?n=1228&month=1&year

=2014&obj=moon&afl=-1&day=1

Phases of the Moon (2013) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada

http://www.hometrainingtools.com/moon-phases-science-teaching-tip/a/1088/

Teaching Moon Phase. (2009) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada

http://blogs.scholastic.com/3_5/2009/02/teaching-moon-phases.html

14