Nota Literasi Bahasa Melayu

52
LITERASI BAHASA TAJUK 1. AKTIVITI PRABACAAN KONSEP Kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk menerima pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal . Secara luas, kesediaan membaca melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan, sama ada di peringkat mendirikan asas, mengukuhkan asas mahupun peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi. Secara khusus, iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan dengan sebarang aktiviti bacaan, kesediaan membaca merangkumi kebolehan fizikal, emosi dan mentalnya untuk menerima pengajaran bacaan asas. Dari segi fizikal kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang akan diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-bahan bacaan (seperti bermain dengan bahan bacaan, membelek-belek bahan bacaan, melihat bahan bacaan, dan berminat melihat orang di sekitarnya membaca) dan minatnya untuk mendengar bacaan, khususnya yang berupa cerita. Dari segi mental, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa-apa yang diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya. Dari segi umur, ada kanak-kanak bersedia membaca seawal umur empat tahun dan ada pula kanak-kanak hanya bersedia membaca setelah berumur enam tahun. Selain faktor fizikal, emosi dan mental, faktor persekitaran amat mempengaruhi kesediaan kanak-kanak membaca. Sebagai contoh, kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang di sekeliling membaca dan ada 1

description

nota

Transcript of Nota Literasi Bahasa Melayu

Page 1: Nota Literasi Bahasa Melayu

LITERASI BAHASA

TAJUK 1. AKTIVITI PRABACAAN

KONSEP

Kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk menerima pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal. Secara luas, kesediaan membaca melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan, sama ada di peringkat mendirikan asas, mengukuhkan asas mahupun peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi.

Secara khusus, iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan dengan sebarang aktiviti bacaan, kesediaan membaca merangkumi kebolehan fizikal, emosi dan mentalnya untuk menerima pengajaran bacaan asas. Dari segi fizikal kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang akan diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-bahan bacaan (seperti bermain dengan bahan bacaan, membelek-belek bahan bacaan, melihat bahan bacaan, dan berminat melihat orang di sekitarnya membaca) dan minatnya untuk mendengar bacaan, khususnya yang berupa cerita. Dari segi mental, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa-apa yang diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya.

Dari segi umur, ada kanak-kanak bersedia membaca seawal umur empat tahun dan ada pula kanak-kanak hanya bersedia membaca setelah berumur enam tahun. Selain faktor fizikal, emosi dan mental, faktor persekitaran amat mempengaruhi kesediaan kanak-kanak membaca. Sebagai contoh, kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang di sekeliling membaca dan ada pula orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak sebayanya yang tidak mendapat peluang yang sama.

Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat penting. Menurutnya, “Jika tahap ini tidak dicapai terlebih dahulu, usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru.” Beliau berpendapat, konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh mereka. Umpamanya sebelum mereka boleh berjalan, mereka perlu meniarap, merangkak dan berdiri terlebih dahulu. Kebolehan menggerakkan otot-otot tertentu mengikut urutan sebelum berjalan dapat dianggap sebagai pecahan

1

Page 2: Nota Literasi Bahasa Melayu

kemahiran berjalan. Keadaan yang sama berlaku untuk kemahiran membaca, cuma bentuknya berbeza. Berdasarkan pandangan Syed Abu Bakar ini dapat kita rumusan perbandingan perkembangan kanak-kanak dengan peringkat-peringkat bacaan seperti yang di bawah.

berlari = mahir membaca peringkat inggi berjalan = mahir membaca peringkat rendah berdiri = aktiviti pengukuhan kemahiran asas membaca merangkak = aktiviti mendirikan kemahiran asas membaca meniarap = aktiviti kesediaan membaca

AKTIVITI KESEDIAAN MEMBACA

Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat.

Menurut Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly, Chong (1992) pula, tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Dengan perkataan lain, makna istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. Pada tahap ini murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Penekanan juga perlu diberi kepada pengalaman yang membolehkan murid membentuk kelaziman membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. Untuk mencapai tujuan ini, aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam Buku Sumber Bahasa Malaysia Tahun 1 (1983) dapat dimanfaatkan oleh para guru. Tiga kategori aktiviti disediakan, iaitu pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran, dan pergerakan tangan dan mata.

2

Page 3: Nota Literasi Bahasa Melayu

PENGAMATAN

Definisi umum

i. Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental.

ii. Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia. Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas panca indera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu.

iii. Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh berkembang dan dipelajari. Sungguhpun ia berkait rapat dengan dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran.

iv. Mengikut pendapat Ruth Strang dalam bukunya “ Reading Diagnosis and Remediation” beliau mengatakan pengamatan ialah satu proses yang bergantung kepada kognitif dan kederaan. Proses ini penting kepada pembelajaran terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak- kanak.

v. Janet W. Learner (1971) dalam bukunya “ Children With Learning Disabilities” telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera atau mekanisme yang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek.

BAGAIMANA KANAK-KANAK MENGAMATI

Kanak-kanak menggunakan sebelah matanya sahaja untuk melihat selepas dilahirkan. Beberapa minggu kemudian, dia mula melihat dengan menggunakan kedua-dua belah matanya. Pada akhir bulan kedua kanak-kanak ini sudah boleh menghalakan perhatiannya secara langsung kepada objek yang ada di hadapannya. Apabila objek itu bergerak dari sebelah ke sebelah, pergerakan mata bayi itu juga akan mengikutinya.

Dari peringkat inilah bayi itu mula memerhati sesuatu terutamanya pada benda-benda yang bergerak atau yang berwarna garang. Walau bagaimanapun benda-benda yang diperhatinya itu adalah semata-mata satu benda sahaja dan tidak dapat mentafsirkan keadaan benda itu kepada makna yang lebih dalam lagi.

Apabila kanak-kanak itu berusia lima bulan, dia sedar tentang keadaan sesuatu benda yang dilihatnya. Dia mula menyedari bahawa benda yang dilihatnya itu boleh dipegang. Kesedaran itu datang secara berperingkat-peringkat. Mula-mula ia faham tentang bentuk sesuatu benda itu, kemudian

3

Page 4: Nota Literasi Bahasa Melayu

apabila kanak-kanak itu hampir berumur satu tahun dia mula menyedari tentang setiap benda mempunyai identitnya yang sendiri. Dia akan faham walaupun satu benda yang sama jenis seperti bola umpamanya, apabila diamati ia akan terdapat beberapa perbezaan dari segi saiz, warna, corak dan sebagainya.

MENGAPA PENGAMATAN PENTING DALAM PEMBELAJARAN

Objek-objek di sekitar ditanggap melalui alat-alat panca indera dan diproses pada bahagian tertentu dalam otak sehingga objek itu dapat diamati. Kemampuan untuk membeza, mengumpul dan membuat penumpuan itu disebut sebagai kemampuan untuk mengorganisasi pengalaman. Dengan adanya organisasi ini, manusia selalu belajar dari pengalaman, maka lambat -laun tersusunlah pola pengamatan yang kekal dalam diri kita.

Kebanyakan kanak-kanak keliru dengan huruf dan nombor seperti menulis dengan terbalik, salah menulis kedudukan nombor, keliru dengan huruf besar dan kecil dan lain-lain lagi. Pengamatan adalah satu proses kemahiran yang memerlukan kecekapan dalam menganalisa bentuk-bentuk dan simbol dalam bacaan. Jika kanak-kanak menulis huruf “a” secara terbalik maka tidaklah dapat kita tafsirkan dalam bacaan. Dalam konsep nombor kanak-kanak mesti mempunyai kekuatan pengamatan untuk membentuk nombor yang betul. Jika 16 ditulis 19 dan 15-2 ditulis 51-2, ini menghasilkan jawapan yang salah.

KOMPONEN DAN JENIS-JENIS PENGAMATAN

i. Penglihatan ( Diskriminasi penglihatan, Ingatan penglihatan dan integrasi visual-motor, visual kinestetik.)

ii. Pendengaran ( Diskriminasi pendengaran, Ingatan pendengaran dan Integrasi visual-Pendengaran. )

iii. Sensori- Motor ( Koordinasi pergerakan tubuh atau kawalan gerak visual, koordinasi motor kasar dan motor halus, imej badan sisian arah ( penyelarasan badan).

Antara jenis pengamatan terdapat dua jenis pengamatan yang penting yang berkait rapat dengan pembelajaran kanak-kanak hari ini, yakni pengamatan penglihatan dan pengamatan pendengaran.

“…. Corret auditory and visual perception is the characteristic of a good reader …..” Fred.J. Schnell dalam bukunya “ Backwardness in Basic Subjects”.

4

Page 5: Nota Literasi Bahasa Melayu

Dari kata-kata di atas bererti bahawa “hanya orang yang mempunyai pengamatan dan pendengaran yang boleh membaca dengan baik”. Kita sebagai seorang guru tidak akan menafikan bahawa dari pengalaman-pengalaman mengajar, kita dapat mengesan kanak-kanak terutama kanak-kanak pemulihan yang mempunyai kesukaran-kesukaran dalam satu aspek pengamatan tersebut.

CIRI-CIRI KESUKARAN DALAM KOMPONEN - KOMPONEN PENGAMATAN

Penglihatan

Diskriminasi - Ketidakbolehan membezakan bentuk, saiz, warna, huruf, nombor dan perkataan.

Ingat Kembali - Ketidakbolehan mengingat kembali apa yang diamati.

Orientasi Kedudukan - Ketidakbolehan membezakan kedudukan sesuatu bentuk, huruf dan nombor.

Turutan - Ketidakbolehan mengingati sesuatu mengikut susunan huruf-huruf dalam perkataan.

Menyudah atau - Ketidakbolehan mengenal sesuatu benda atau Melengkap objek, nombor, perkataan atau ayat.

Menyalin - Ketidakbolehan menyalin sesuatu bentuk, huruf, nombor, perkataan atau ayat.

Rajah Latar Belakang - Ketidakbolehan menentukan sesuatu seperti bentuk, huruf atau nombor dari latabelakang sesuatu gambar atau rajah.

Koordinasi Motor - Ketidakbolehan menyelaraskan pergerakan Mata Tangan motor mata dan tangan.Pertalian Jarak - Ketidakbolehan mengagak sesuatu saiz, Jarak( Ruang ) kiri dan kanan serta hubungan antara satu objek dengan objek yang lain.

Ketetapan Bentuk / - Ketidakbolehan mengetahui sesuatu bentuk, Kedudukan dalam huruf, atau nombor yang mempunyai bentuk

5

Page 6: Nota Literasi Bahasa Melayu

Rajah tetap dan tidak akan berubah bentuknya dalam mana-mana keadaan.

Gambar Bersiri - Ketidakbolehan mengikuti cerita dari satu babak ke satu babak yang lain.

Mazing atau Mencari - Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu Masalah Jalan Keluar

Benda Tersembunyi - Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu Masalah yang abstrak.

Pendengaran

Antara masalah dalam pengamatan pendengaran yang berpunca daripada kecacatan organisma telinga adalah seperti : -

Diskriminasi - Ketidakbolehan mengenal dan membezakan bunyi sebutan, rentak irama dan intonasi yang berlainan.

- Ketidakbolehan mengenal arah bunyi ( jauh atau dekat ).

- Ketidakbolehan mengingat bunyi-bunyi yang

didengar.

- Ketidakbolehan mengulang corak bunyi dan turutannya

Pekak Konduktif - Tidak dengar bunyi bernada rendah.

Pekak Perseptif - Tidak dengar bunyi bernada tinggi.

Pekak Campur Aduk - Campuran pekak koduktif dan pekak perseptif.

Pekak Rikrutmen - Boleh mendengar bunyi yang kuat sahaja.( Automatic VolumeControl )

Secretory Otitis - Cecair yang menyekat garam.

6

Page 7: Nota Literasi Bahasa Melayu

Sensori Motor

1. Motor Kasar - Ketidakbolehan dalam pergerakan badan dengan automatis, mudah dan berirama serta dengan imbangan sewajarnya.

2. Motor Halus - Ketidakbolehan untuk menguruskan tugas-tugas atau kerja-kerja yang memerlukan kawalan- kawalan motor halus terutamanya dalam penggunaan tangan dalam tulisan, lukisan, jahitan dan sebagainya.

- Ketidakbolehan bertindak balas terhadap dorongan melalui penglihatan, pendengaran dan daya perasa.

- Ketidakbolehan mengesan, mentafsir dan bertindak balas terhadap dorongan daya perasa.

- Kekurangan kesedaran perhubungan runag dengan imej badan, sisian dan arah.

PUNCA KELEMAHAN PENGAMATAN

Kelemahan pengamatan adalah terdiri daripada dua punca yang besar iaitu : -

i. Faktor Internalii. Faktor External

i. Faktor Internal

Faktor-faktor ini termasuklah : -

a. Minat dan kecenderungan serta perhatian kanak-kanak.b. Keupayaan tenaga, tekanan emosi dan kesukaran peribadi

kanak-kanak.c. Kerosakan pendengaran dan penglihatan.

ii. Faktor External

a. Kurang pendedahan.b. Kurang rangsangan ( dorongan ).

7

Page 8: Nota Literasi Bahasa Melayu

CIRI-CIRI KANAK-KANAK YANG MENGALAMI KESUKARAN PENGAMATAN

Kanak-kanak yang mengalami kesukaran pengamatan boleh antara lain menunjukkan sifat-sifat seperti berikut :-

i. Mereka lambat dalam membuat satu-satu pengolahan seperti mengkelaskan satu-satu himpunan mengikut jenisnya.

ii. Mereka mempunyai kesukaran dalam mengaitkan perkara yang diketahuinya kepada situasi baru.

iii. Cepat lupa oleh itu mereka memerlukan ulangan yang kerap.

iv. Kecenderungan ke arah tindakan yang terburu-buru, memberi keputusan tanpa berfikir.

v. Lemah koordinasi motor mata-tangan.

vi. Ketidakbolehan membuat keputusan secara am.

vii. Dalam permainan, kanak-kanak jenis ini susah sekali untuk turut serta kerana mereka tidak dapat mengikut corak permainan ini.

viii. Mereka tidak mahir dalam kerja-kerja yang memerlukan daya kreatif.

ix. Ketidakupayaan membuat kerja dengan cepat.

x. Mereka lambat sekali untuk menukar tumpuan perhatian dari satu situasi kepada situasi yang lain.

xi. Mereka selalunya belajar secara hafalan tanpa memahami apa yang dilakukannya.

xii. Lemah dalam diskriminasi pendengaran.

xiii. Berfikir terlalu lama sebelum membuat sesuatu kerja.

xiv. Mereka juga kadangkala menunjukkan sifat kurang bekerjasama.

xv. Mereka sering kali terlanggar alat-alat di dalam darjahnya.

xvi. Membuat sesuatu kerja tanpa mengetahui di mana harus berhenti.

8

Page 9: Nota Literasi Bahasa Melayu

MASALAH PENGAMATAN DAN CADANGAN MENGATASINYA

Dalam mengatasi masalah pengamatan seseorang guru boleh memberi latihan-latihan pengamatan yang terlibat dalam latihan pengamatan bentuk, penyelarasan motor mata-tangan, menyalin, ingatan penglihatan, diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pendengaran.

i. Dua Jenis Pengamatan Yang Utama

a. Kelemahan pengamatan penglihatan.b. Kelemahan pengamatan pendengaran.

ii. Kelemahan Pengamatan Penglihatan

a. Diskriminasi penglihatanb. Penerimaan penglihatan ( Visual Reception )c. Perhubungan penglihatan ( Visual Association )d. Visual Closure ( Rumusan atau kelengkapi penglihatan )e. Ingatan visual ( Visual Memori )

iii. Kelemahan Pengamatan Pendengaran

a. Diskriminasi pendengaran.b. Penerimaan pendengaran ( Auditory Reception ).c. Perhubungan pendengaran ( Auditory Association ).d. Rumusan / melengkapi pendengaran ( Auditory Closure )e. Cantuman bunyi / Percantuman pendengaran.f. Ingatan pendengaran ( Auditory Memory )

DISKRIMINASI PENGLIHATAN

Diskriminasi penglihatan dikaitkan dengan kebolehan mengasingkan secara visual akan persamaan dan perbezaan yang ada pada objek-objek, bentuk-bentuk, gambar-gambar, huruf-huruf, dan perkataan. Untuk belajar membaca seseorang kanak-kanak mesti tahu mendiskriminasikan perbezaan antara ‘ m ‘ dan ‘ n ‘ atau pun “lari” dan “lori”. Diskriminasi penglihatan juga termasuk dalam bahagian orientasi arah atau kedudukan seperti lagu dan gula, daki dan baki. Sekiranya kanak-kanak menghadapi kesulitan-kesulitan ini maka haruslah ia diberi bimbingan dari peringkat awal bacaan supaya kemahiran ini dapat berkembang dengan baik.

Cadangan Aktiviti :

a. Mencari gambar, bentuk, huruf, dan simbol yang tidak sama.

9

Page 10: Nota Literasi Bahasa Melayu

b. Perbezaan dan persamaan objek-objek – kerusi, meja, papan hitam, dan sebagainya.

c. Objek-objek yang hampir serupa yang boleh diperolehi daripada gambar haiwan, bunga, dan daun-daun.

d. Memadankan huruf-huruf dengan perkataan.e. Menekap corak-corak, bentuk-bentuk dan huruf-huruf.

i) PENERIMAAN PENGLIHATAN

Penerimaan penglihatan dikaitkan dengan kebolehan memahami tanda-tanda yang seseorang itu melihat. Sesetengah kanak-kanak sukar untuk mentafsir atau menterjemahkan simbol-simbol yang dilihat. Pemulihan dijalankan untuk menolong kanak-kanak memahami sImbol- simbol, pergerakan badan, isyarat-isyarat, gambar-gambar, dan lukisan supaya ia dapat menceritakan makna objek-objek itu.

Cadangan Aktiviti

a. Ajar kanak-kanak untuk mengenal dan membeza pelbagai bentuk benda-benda yang mudah dan telitikan perbezaan saiz, warna, dan

kedudukannya.

b. Adakan permainan seperti menyoal siapa yang boleh lihat dengan banyak benda-benda yang ada di dalam kedai.

ii) PERHUBUNGAN PENGLIHATAN ( VISUAL ASSOCIATION )

Kemahiran ini berkait rapat dengan kanak-kanak menceritakan dua atau lebih kenyataan mengenai sesuatu objek yang dilihatnya. Ini termasuklah menakul, mengkritik, berfikir, dan menyelesaikan masalah.

Cadangan Aktiviti

a. Galakkan kanak-kanak melahirkan pemikirannya terhadap sesuatu objek dan suruh ia mengkritik objek itu. Beri beberapa soalan bimbingan.

b. Bimbing kanak-kanak seperti konsep berlawanan contohnya kecil dan besar, tinggi dan rendah atau mengenai apa yang dilihatnya.

10

Page 11: Nota Literasi Bahasa Melayu

c. Gunakan dua gambar yang ada kaitannya antara satu sama lain seperti –anjing dengan tulang, kucing dengan tikus, dan buku dengan pensel. Minta murid ceritakan antara kedua-dua benda ini.

d. Latih murid-murid mengenal konsep kumpulan dengan menyediakan gambar-gambar dari jenis makanan, haiwan, bunga, tumbuhan dan sebagainya.

RUMUSAN ATAU MELENGKAPI PENGAMATAN ( VISUAL CLOSURE )

Kemahiran ini ialah satu kemahiran di mana kanak-kanak dapat membuat sesuatu rumusan dengan melihat sesuatu yang tidak lengkap. Dalam bacaan seseorang kanak-kanak akan memerlukan kebolehan membaca dengan hanya melihat beberapa perkataan dan dapat menanggap ayat itu.

Cadangan Aktiviti

a. Memadan atau mencantumkan gambar-gambar jigsaw puzzle.

b. Membuat teka-teki, misalnya guru beri perkataan-perkataan seperti merah, biru, kuning, dan hijau. Kemudiaan minta murid beri satu perkataan yang boleh merumuskan maksud perkataan tadi. Jawapan murid mestilah warna.

iii) INGATAN PENGLIHATAN ( VISUAL MEMORY )

Ingatan penglihatan memerlukan kebolehan mengingat apa yang telah dilihat. Untuk membaca, kanak-kanak mesti mengekalkan ingatan penglihatannya tentang huruf-huruf dan perkataan-perkataan yang telah dilihatnya.

Cadangan Aktivitinya

a. Sediakan benda-benda di atas meja dan minta murid menelitinya. Tutupkan benda-benda tersebut dan minta murid menyebut kembali benda-benda yang dilihatnya.

b. Tunjuk satu corak atau gambar kepada murid. Tutup corak atau gambar itu dan suruh murid melukisnya.

c. Tunjukkan satu gambar kepada murid dan kemudian tutup. Bincangkan dengan murid mengenai gambar tersebut.

11

Page 12: Nota Literasi Bahasa Melayu

d. Ambil satu tali dan gantungkan beberapa keping gambar dalam susunan yang tertentu. Turunkan gambar itu dan minta murid susun semula sebagaimana yang telah dibuat oleh guru.

e. Perkembangkan ingatan kanak-kanak dengan membincangkan benda- benda yang telah mereka lihat. Kemudian minta mereka ceritakan semula apa yang mereka ingat seperti tempat yang telah mereka lawati, orang yang mereka jumpa, warna pakaian, dan sebagainya.

SENARAI KEMAHIRAN PENGAMATAN

1. Diskriminasi yang sama

2. Diskriminasi yang ganjil

3. Diskriminasi saiz

4. Ingat kembali

5. Orientasi kedudukan

6. Turutan

7. Menyudah atau Melengkapkan

8. Menyalin

9. Rajah latar belakang atau bertindih

10. Koordinasi motor mata tangan

11. Pertalian jarak atau ruang

12. Gambar bersiri

13. Kekalan atau keabadian bentuk

14. Mazing atau cari jalan keluar

15. Benda tersembunyi

12

Page 13: Nota Literasi Bahasa Melayu

CONTOH PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN

Aktiviti Pengamatan Penglihatan 1Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis, warna dan saiz.

BahanPelbagai gambar kereta, baju, buku, lain-lain.

Aktiviti MuridMurid mengelaskan gambar yang telah dicampuradukkan oleh guru. Aktiviti ini dilaksanakan secara individu, kelas dan kumpulan

Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2Menggunting dan menampal berbagai-bagai gambar mengikut tajuk di papan kenyataan atau di buku skrap kelas.

BahanGambar benda hidup, benda bukan hidup, benda yang boleh dimakan, benda yang tidak boleh dimakan, pakaian, dan alat tulis-menulis.

Aktiviti Guru/Murid1. Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda bukan hidup.

2. Murid menyebut “benda hidup” atau “benda bukan hidup” sebagai respons terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru.

3. Guru memberi murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di papan kenyataan mengikut tajuknya seperti benda hidup, pakaian, alat tulis-menulis dan lain-lain.

4. Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku skrap mengikut tajuk tertentu.

AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN

Aktiviti Pengamatan Pendengaran 1Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam perbezaan bunyinya.

BahanPaku, tin, batang kayu, meja, tempurung, batu.

Aktiviti Guru/Murid1. Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi seperti tin,

paku, tempurung, batang kayu, meja dan batu.

2. Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid mendengarnya.

3. Guru mengetuk dua benda yang berlainan. Murid menyatakan sama ada bunyi benda itu sama atau tidak.

4. Murid menyanyi lagu “Mari Bergembira” dengan meniru nyanyian daripada pita rakaman atau nyanyian guru sendiri.

13

Page 14: Nota Literasi Bahasa Melayu

Aktiviti Pengamatan Pendengaran 2Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak.

BahanPita rakaman yang mengandungi bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang, angin menderu, hujan lebat, dan ombak. Beberapa gambar carta yang dapat disesuaikan dengan bunyi-bunyi yang diperdengarkan.

Aktiviti Guru/Murid1. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman.2. Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan murid menyatakan

jenis bunyi itu.3. Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan bunyi yang dinyatakan.

AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATA

Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 1Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain.

BahanPlastisin, tanah liat, dan bubur kertas.

Aktiviti Guru/Murid1. Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh.

2. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda atau model yang disukainya.

3. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka.

Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari atas ke bawah untuk membolehkan membentuk huruf.

BahanLembaran kerja, benda maujud (dulang berpasir, model pokok, model tiang bendera, bola, manik, cawan, air), kertas pendua yang mengandungi perjalanan atau arah yang dibuat dengan garisan putus-putus.

Aktiviti Murid1. Murid menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri ke

kanan dan sebaliknya.

2. Murid memegang cawan plastik yang penuh dengan air dengan tangan kanan dan menggerak-gerakkan tangan kanan mereka kiri ke kanan dan sebaliknya. Teknik memegang cawan dipelbagaikan.

3. Murid membilang manik yang digantung dengan menggunakan jari dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas.

4. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang bendera.

14

Page 15: Nota Literasi Bahasa Melayu

TAJUK 2. ASAS MEMBACA : KAEDAH FONETIK

Kaedah Fonik/bunyi

Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru. Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya.

Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Dalam bidang fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [ a ], dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain. Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ].

[ b ] + [ a ] = [ ba ][ t ] + [ a ] = [ ta ][ ba ] + [ta ] = [ bata ]

TAJUK 3. ASAS MEMBACA : KAEDAH ABJAD

Kaedah Abjad/huruf

Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf dari a – z. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf konsonan, dan diftong ai, au,oi. Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini. Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan.

Contoh: Memperkenalkan huruf - a - z Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo, bu Membentuk perkataan daripada suku kata - ba + tu batu Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.

Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan baru yang belum dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam membaca.

15

Page 16: Nota Literasi Bahasa Melayu

TAJUK 4. ASAS MEMBACA : KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

Kaedah Pandang dan sebut/Kaedah Seluruh Perkataan

Kaedah ini sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris, namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu. Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa (sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya.

Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan yang murid belajar secara pandang (visual). Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.

Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan ”rumah”, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf ”r” iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ].

TAJUK 5. PRATULISAN/PRAMENULIS

Peringkat Pramenulis

Kanak-kanak sudah boleh diajar kemahiran pramenulis sekiranya ia sudah mempunyai kesediaan menulis seperti pergerakan otot-otot tangan dan jari jemari serta sudah dapat membuat pengamatan visual iaitu sudah boleh membezakan dan mengecam benda-benda. Pada peringkat ini otot-otot tangan dan jari dilatih supaya lebih kemas dan teratur pergerakannya dan juga dapat memegang pensel dengan betul dan kemas. Selain itu latihan-latihan koordinasi mata dan tangan dilakukan dengan banyak supaya kanak-kanak dapat meniru bentuk-bentuk yang dilihat.

Pada peringkat pramenulis, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih pergerakan tangan, koordinasi mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan mata melalui lakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh kanak-kanak. Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffmann (1991) kanak-kanak sepatutnya sudah boleh melakukan perkara-perkara berikut sebelum mereka diajar menulis.

i. Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan, dan depan ke belakang.

16

Page 17: Nota Literasi Bahasa Melayu

ii. Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometri dan garisan putus.

iii. Menyambungkan titik-titik di atas kertas.

iv. Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawah, dan bawah ke atas.

v. Melukis bulatan arah lawan jam, garis melengkung, dan bulatan arah jarum jam.

vi. Melukis garis condong.

vii. Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk, dan

viii. Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan bentuk huruf-huruf tersebut.

Contoh aktiviti pramenulis seperti berikut:

(i) Latihan menulis dari kiri ke kanan.

17

Page 18: Nota Literasi Bahasa Melayu

(ii) Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri

(iii) Latihan membentuk bulatan di udara. Di atas meja, pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis.

18

Page 19: Nota Literasi Bahasa Melayu

(iv) Latihan membentuk garis lurus

(v) Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan secara bebas.

19

Page 20: Nota Literasi Bahasa Melayu

(vi) Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat.

TAJUK 6. PENULISAN MEKANIS

Peringkat Mendirikan Asas (Tulisan Mekanis)

Apabila kanak-kanak sudah boleh menguasai kemahiran pramenulis dan dapat melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan baik, maka guru sudah boleh memperkenalkan pengajaran kemahiran menulis kepada mereka. Aktiviti awal adalah tertumpu kepada menulis huruf-huruf secara bebas di atas kertas kosong, kertas petak, dan kertas garis tiga. Pada peringkat ini guru menekankan cara memegang pensel yang betul, kedudukan badan, dan bentuk huruf. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, guru hendaklah menggunakan berbagai-bagai kaedah dan teknik untuk mengajar kanak-kanak menulis.

Peringkat Mendirikan Asas

Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan. Pada peringkat awal, dicadangkan murid membentuk huruf di kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan, barulah dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris. Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan. Aktiviti ini harus bermula daripada garisan yang lebar hingga kepada lembaran satu garis. Di bawah ini adalah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke akhir lembaran satu garis itu.

20

Page 21: Nota Literasi Bahasa Melayu

(i) Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan yang terkawal.

Bentuk besar

Bentuk kecil

(ii) Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua/tiga

a b c d e f

(iii) Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu.

a b c d e f

(iii) Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul.

21

Page 22: Nota Literasi Bahasa Melayu

Aa Bb Cc Dd Ee FfAktiviti lain yang sesuai :

1. Melengkapkan tempat kosong mengikut urutan yang betul abjad a-z.2. Melengkapkan tempat kosong mengikut urutan songsang abjad z-a3. membina satu suku kata KV dan KVK.4. Menggabungkan suku kata menjadi perkataan.5. Membina ayat tunggal.

TAJUK 7. PEMULIHAN BAHASA DALAM PENDIDIKAN MUZIK Teknik menyanyi

Sifat semula jadi kanak-kanak sangat suka mendengar nyanyian dan juga menyanyi. Bagi kanak-kanak, menyanyi dianggap sebagai satu bentuk aktiviti yang merehatkan dan menyeronokkan. Guru menggunakan teknik menyanyi ini untuk menarik minat murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas. Guru perlulah bijak memilih lagu yang hendak dinyanyikan oleh murid-murid iaitu lagu yang betul tatabahasa, dan perbendaharaan katanya. Selain itu guru boleh memilih rentak lagu yang diminati oleh murid-murid dan mencipta lirik baru dengan memasukkan perkataan-perkataan yang perlu murid kuasai sebutannya.

Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah :1. Melagukan bunyi huruf a – z secara individu dan kumpulan.2. Melagukan bunyi suku kata.3. Simulasi : Berlakon membentuk huruf a- z.4. Melaksanakan bacaan berlagu/Nyanyian.

TAJUK 8. PEMULIHAN BAHASA DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Aktiviti lain yang boleh dilaksanakan :1. Gunting dan tampal huruf a-z.2. Mewarnakan huruf a-z.3. Kraf/ukiran huruf a-z.

TAJUK 9. PEMULIHAN BAHASA DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Pergerakan Lokomotor

Pergerakan yang memerlukan seseorang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Dengan kata lain, dasar menyokong pelaku pergerakan berubah mengikut pergerakan.

22

Page 23: Nota Literasi Bahasa Melayu

Pergerakan Bukan LokomotorPergerakan kategori ini melibatkan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan.

1. Motor Kasar - Ketidakbolehan dalam pergerakan badan dengan automatis, mudah dan berirama serta dengan imbangan sewajarnya.

2. Motor Halus - Ketidakbolehan untuk menguruskan tugas-tugas atau kerja-kerja yang memerlukan kawalan- kawalan motor halus terutamanya dalam penggunaan tangan dalam tulisan, lukisan, jahitan dan sebagainya.

- Ketidakbolehan bertindak balas terhadap dorongan melalui penglihatan, pendengaran dan daya perasa.

- Ketidakbolehan mengesan, mentafsir dan bertindak balas terhadap dorongan daya perasa.

- Kekurangan kesedaran perhubungan runag dengan imej badan, sisian dan arah.

Contoh Pergerakan motor kasar dan motor halus

1. Bermain dengan huruf dan perkataan secara beriadah.2. Aktiviti gerak badan sambil mengeja perkataan3. Menampal kad suku kata untuk menjadi perkataan4. Menyusun perkataan untuk membentuk ayat selapis.

TAJUK 10. BINA BAHAN BUKAN ELEKTRONIK

Latih tubi aspek sebutan (fonologi)

Kanak-kanak masalah pembelajaran kebanyakannya menghadapi masalah sebutan. Latih tubi jenis ini khusus digunakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah menyebut bunyi-bunyi tertentu dalam perkataan. Ada dua jenis latih tubi bentuk ini iaitu latih tubi pasangan minimal dan latih tubi pemintal lidah.

i. Latih tubi pasangan minimal

23

Page 24: Nota Literasi Bahasa Melayu

Kanak-kanak masalah pembelajaran kerap menghadapi masalah menyebut bunyi-bunyi konsonan tertentu. Mereka kerap tersalah menyebut konsonan yang mempunyai perbezaan bunyi yang paling minimum dalam perkataan sehingga menyebabkan makna perkataan itu tersasar jauh, misalnya d dalam perkataan ladang disebut sebagai l sehingga bertukar menjadi perkataan lalang. Oleh itu guru perlu menyediakan senarai perkataan yang mengandungi konsonan d dan l dan meminta murid menyebutnya berulang-ulag kali sehingga mahir.

Contoh: dari --- lari ladang --- lalang lada --- lala dada --- lada tadi --- tali

ii. Latih tubi pemintal lidah

Latih tubi pemintal lidah sangat penting untuk melatih kanak-kanak menyebut sesuatu bunyi dengan betul dan tepat. Latih tubi jenis ini hanya menumpukan kepada bunyi tertentu yang menjadi masalah kepada kanak-kanak menyebutnya.

Contoh:

a) Masalah menyebut fonem /p/

Pandang pandan tepi pagar depan padang b) Masalah menyebut fonem /s/ di awal perkataan ( contoh yang sangat popular digunakan dalam bahasa Inggeris)

She sells sea shells at the sea shore. The shells she sells are sea shore shells.

iii. Permainan bahasa

Permainan bahasa adalah satu lagi aktiviti yang menarik dan menyeronokkan. Aktiviti ini amat secocok dengan naluri kanak-kanak yang sukakan hiburan, cabaran, dan kepuasan.

Ada banyak jenis permainan bahasa yang menarik, antaranya:1. Permainan mendengar dan membunyi huruf.2. Permainan mengeja

24

Page 25: Nota Literasi Bahasa Melayu

3. Permainan perkamusan4. Permainan persamaan dan perbezaan suku kata5. Permainan membina ayat6. Permainan untuk melatih daya kreatif dan pemikiran7. Permainan membina cerita dll.

Sebelum aktiviti ini dijalankan, ada beberapa perkara penting yang harus diberi perhatian:

1. Pilih jenis permainan yang sesuai dengan umur, minat,kebolehan, dan pengalaman murid.

2. Guru harus jelas dengan objektif permainan yang hendak dijalankan. Sebaik-baiknya, permainan bahasa yang telah dipilih itu dapat memenuhi tujuan dan matlamat pengajaran hari itu.

3. Setiap permainan bahasa yang dipilih harus dapat memberi sumbangan yang besar kepada peningkatan tahap berbahasa murid terutama tahap penguadaan kemahiran lisan.

4. Sebelum permainan bahasa dijalankan, gurperlu meranvcang terlebih dahulu tahu bagaimana hendak menjalankannya, alat-alat yang diperlukan, ganjaran yang perlu disediakan, ruang untuk menjalankan gerak kerja, penglibatan murid dan sebagainya.

5. Penerangan tentang peraturan dan syarat permainan mestilah dilakukan terlebih dahulu sebelum pelajaran dijalankan.

6. Semasa aktiviti permainan berjalan, guru hendaklah membimbing murid. Pastikan aktiviti berjalan lancar dan aktif. Pastikan muid terlibat sepenuhnya dan tidak terhad dalam kalangan murid yang sama.

7. Pada bahagian akhir aktiviti, bolehlah dibincangkan kesalahan yang berlaku. Guru boleh juga menyemak jawapan murid atau membincangkan perjalanan permainan tersebut.

Contoh permainan bahasa.Nama permainan : melukis gambar melalui arahanJenis : Permainan membina ayatFokus : KomunikasiFormat : Kertas an penselCara : a) melihat dan menyebut

b) mendengar dan melukisAktiviti : - guru memberi arahan

- minta murid mencari pasangan (berpasangan atau berkumpulan). Beri seorang daripadanya sekeping gambar. Murid tadi mengarahkan rakan-rakannya melukis gambar mengikut arahannya.

25

Minta kawan anda melukis gambar ini mengikut arahan lisan yang anda sebutkan

Page 26: Nota Literasi Bahasa Melayu

- Selepas aktiviti melukis, bolehlah dibandingkan gambar-gambar itu dan dibincangkan.

-

vi. Lakonan

Teknik lakonan amat baik untuk mengajar dan melatih bahasa lisan kanak- kanak. Melalui lakonan kanak-kanak dilatih melakonkan watak-watak tertentu dengan menggunakan skrip pendek dan ringkas. Teknik ini dapat melatih sebutan, intonasi, dan kelancaran pertuturan kanak-kanak di samping melatih menggunakan pelbagai jenis ayat seperti ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan, dan ayat perintah.

v. Main peranan Dalam teknik main peranan, murid melakonkan watak yang dipilih berdasarkan cerita atau situasi yang ditetapkan. Murid perlu faham akan peranan watak itu dan menghayatinya lalu melakonkan aksi dan percakapan watak itu. Contoh situasi yang diberi boleh seperti berikut:

Seorang murid telah terjumpa syiling dua puluh sen. Dia pergi berjumpa gurunya dan menyerahkan syiing itu kepada gurunya sambil memberitahu di mana dia menjumpai syiling itu. Guru memuji sikapnya yang amanah itu.

TAJUK 11. BONEKA

Teknik Boneka dikenali juga sebagai teknik patung atau ”puppet”. Teknik ini adalah antara teknik yang sangat digemari oleh kanak-kanak kerana pergerakan boneka dan dialog dalam lakonan boneka ini sangat menarik dan menghiburkan. Ada kanak-kanak berkeperluan khas yang pendiam tetapi akhirnya mahu bercakap setelah gurunya menggunakan boneka untuk bercakap dengannya dan dia juga menggunakan boneka untuk menjawab soalan guru tadi. Guru boleh menyediakan berbagai-bagai jenis boneka seperti boneka kayu, boneka sarung tangan, boneka tali, boneka piring dan sebagainya. Namun, boneka yang dibuat oleh murid sendiri adalah lebih bermakna kepada mereka. Bagi mencapai objektif pengajaran lisan, guru hendaklah memberi peluang muridnya bercakap atau berlakon dengan menggunakan boneka sesama mereka.

(Rujuk nota tambahan boneka)

26

Page 27: Nota Literasi Bahasa Melayu

TAJUK 12. PEMBELAJARAN INDIVIDU/KEMPULAN/BERPASANGAN

Kaedah Pembelajaran Individu

Pengajaran secara individu mengamalkan cara pengajaran yang menumpukan perhatian terus kepada seseorang pelajar tertentu dengan bahan-bahan pengajaran yang dikhaskan kepadanya. Pengajaran secara individu ini diasaskan kepada pengakuan bahawa setiap pelajar adalah berbeza dari segi intelek, minat, kecekapan, daya cipta, dan kebolehan-kebolehan lain. Kesemua pengajaran individu diwujudkan dengan mengambil kira perbezaan pencapaian serta kadar kepantasan pelajar. Pengajaran cara ini pada keseluruhannya bertujuan supaya pelajar-pelajar boleh belajar mengikut kemampuan sendiri.

Mengapakah guru perlu mengindividukan pembelajaran? Bagi menjawab persoalan ini, Zakaria Abd. Rahman (1992) mengatakan bahawa sekiranya terdapat satu kebenaran tentang pembelajaran, ia adalah satu pernyataan bahawa setiap individu itu berbeza dan pembelajaran patutlah bermula daripada tahap pelajar berada ke tahap yang dapat dicapai olehnya. Malang sekali, guru kerap kali berasa sukar mengindividukan pengajaran supaya usahanya itu memenuhi keperluan khusus setiap pelajar. Bagi setiap matlamat, setiap pelajar dapat memperoleh bahan-bahan, pendekatan-pendekatan, bantuan yang terbaik, dan pengalaman-pengalaman pembelajaran diatur secara individu oleh seorang pakar diagnostik. Kemudian pelajar dibimbing bagi mengikuti pengalaman-pengalaman pembelajaran yang telah ditetapkan itu. Pelajar-pelajar mempunyai keperluan yang berbagai-bagai yang memerlukan proses pembelajaran yang tersendiri atau sekurang-kurangnya cara proses pembelajaran yang berbeza-beza.

Pengajaran secara individu boleh dijalankan dalam dua bentuk mengikut tujuan dan objektifnya (Fauziah, http://www.educ.upm.edu.my/~fauziah/nota% 20kaedah .htm). Pertama, ia boleh dilakukan seperti pengajaran biasa yang bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi oleh individu-individu tertentu . Biasanya, guru akan memberi perhatian yang teliti dan rapi kepada individu tersebut dan cuba membantunya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Pengajaran secara individu jenis ini sangat sesuai untuk pengajaran pemulihan dan juga kepada pelajar bermasalah pembelajaran.

Bentuk pengajaran individu yang kedua boleh dilakukan terhadap pelajar yang maju dalam pembelajaran mereka. Biasanya, pelajar akan menggunakan kebijaksanaan mereka untuk belajar tanpa bergantung sangat kepada guru.

27

Page 28: Nota Literasi Bahasa Melayu

Segala sumber pembelajaran dirancang supaya setiap pelajar mengkaji objektif pembelajarannya dan bertindak sendiri untuk mencapai objektif-objektif tersebut.

Bahan-bahan belajar sendiri disediakan dan disusun dengan tujuan supaya pelajar dapat mencapai kemajuan mengikut kebolehan dan keupayaannya sendiri. Bagi merealisasikan kemajuan pelajar, sistem ini menekankan keluwesan (flexibility) dari segi masa, aktiviti-aktiviti diagnostik dan pemulihan, pemilihan bahan-bahan mengikut kemampuan sendiri serta tempat belajar dan cara mempelajarinya. Aktiviti pengajaran terancang dan pengajaran berbentuk modul adalah sangat penting bagi pembelajaran secara individu ini.

Bagi pelajar bermasalah pembelajaran atau pelajar berkeperlujan khas yang lain, teknik-teknik pengajaran yang menggunakan pelbagai deria adalah sangat penting kerana mempunyai nilai yang istimewa bagi mereka. Orientasi mereka adalah lebih menjurus kepada komunikasi lisan berbanding tulisan. Bahan-bahan yang digunakan perlu diubah suai selaras dengan kebolehan dan keupayaan mereka.

Kaedah Pembelajaran Secara Kumpulan

Di dalam sebuah kelas yang terdiri daripada pelajar yang berbeza dari segi kognitif, emosi, tingkah laku, minat, dan sebagainya tentu sekali menyukarkan guru menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan. Oleh itu pengajaran secara kumpulan adalah jalan terbaik untuk cuba memenuhi keperluan pembelajaran pelajar-pelajar.

Apakah yang dimaksudkan dengan kumpulan? Dari sudut pendidikan, satu kumpulan pelajar merupakan satu kelompok atau pasukan yang mengandungi beberapa orang pelajar yang bertingkah laku sama, terlibat dalam proses pembelajaran. Mereka juga mempunyai fungsi yang sama serta berusaha dan bekerja ke arah satu matlamat yang khusus. Dalam proses pembelajaran, kumpulan sering dibentuk berdasarkan minat dan kebolehan pelajar, aras keupayaan atau berdasarkan persahabatan. Keahlian dalam kumpulan boleh berubah-ubah (Kamarudin Hj. Husin, 1990).

Bagi melaksanakan pengajaran kumpulan guru perlu membahagikan pelajarnya kepada kumpulan-kumpulan supaya perancangan pengajaran dapat dibuat dan dilaksanakan. Ada dua bentuk kumpulan yang boleh diadakan di dalam kelas iaitu kumpulan mengikut kebolehan atau pencapaian, iaitu pelajar-pelajar yang lebih kurang sama kebolehan mereka diletakkan dalam satu kumpulan. Pada amnya guru akan membahagikan pelajarnya kepada kumpulan cerdas, kumpulan sederhana, dan kumpulan lambat . Mereka diletakkan mengikut kumpulan berdasarkan keputusan penilaian yang dijalankan. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, pengajaran secara kumpulan dilaksanakan semasa mengajar kemahiran lisan, membaca, dan juga menulis. Pengajaran secara kumpulan ini membolehkan guru memberi perhatian kepada satu-satu kumpulan yang hampir-

28

Page 29: Nota Literasi Bahasa Melayu

hampir sama kebolehannya sebagai satu usaha untuk mengukuhkan kemahiran yang diajar. Satu perkara yang perlu diingat ialah ahli kumpulan tidaklah kekal sepanjang masa dan boleh berubah mengikut keadaan dan juga pencapaian mereka.

Satu lagi kumpulan ialah kumpulan pelbagai kebolehan dan kecenderungan. Kebiasaannya pelajar dalam kumpulan ini sudah menguasai kemahiran asas. Semasa proses pengajaran mereka boleh saling membantu iaitu pelajar yang pandai membantu pelajar yang lemah. Perkembangan sahsiah yang sihat dapat dibina di samping dapat mengukuhkan sikap bekerjasama, bertimbang rasa, bertanggungjawab, bertolak ansur, dan sebagainya.

Susun atur kumpulan mengikut kebolehan dan kumpulan pelbagai kebolehan dalam kelas adalah penting supaya guru dapat menjalankan pengajaran yang berkesan. Berikut adalah contoh susunan kelas untuk satu kumpulan mengikut kebolehan dan kumpulan pelbagai kebolehan (Ee Ah Meng, 1990).

Meja guru

Petunjuk: A - pelajar cerdas

B - pelaja rsederhana C - pelajar lemah

C C C C

C C C C

C C C C

B B B B

B B B B

B B B B

A A A A

A A A A

A A A A

A A A A

29

Page 30: Nota Literasi Bahasa Melayu

Rajah : Susunan kumpulan

Meja guru

Petunjuk: A - pelajar cerdas B - pelajar sederhana

C - pelajar lemah Rajah : Susunan kumpulan pelbagai kebolehan

* Susun atur kedudukan pelajar dalam kumpulan masing-masing adalah bergantung kepada guru sama ada berbentuk bundar, segi empat atau bentuk-bentuk lain yang sesuai.

Melaksanakan pengajaran kumpulan adalah rumit kerana guru perlu membuat persediaan yang rapi termasuk menyediakan bahan-bahan pengajaran bagi setiap kumpulan. Walaupun penggunaan peralatan dan bahan bantu mengajar

A C C A

B B B C

C A A B

A C B C

B B A B

C A C A

A B B A

B A A C

C A A B

A C C A

30

Page 31: Nota Literasi Bahasa Melayu

dikatakan sukar dikendali oleh guru, tetapi sekiranya pelajar sudah biasa dengan pengajaran secara kumpulan, mereka akan menjadi biasa dengan rutin pengajaran guru dan akan bekerjasama mengambil dan memulangkan segala peralatan dan bahan pembelajaran yang telah digunakan.

Prinsip-prinsip Pengajaran Kumpulan

Menjalankan pengajaran kumpulan memerlukan kecekapan guru mengendalikan pengajaran dan aktiviti pengajarannya. Beberapa perkara berikut harus diberi perhatian oleh guru sewaktu hendak menjalankan pengajaran secara kumpulan.

i. Sebelum menjalankan aktiviti kumpulan, guru hendaklah menyediakan pelajar-pelajar dan beri arahan dengan jelas. Setiap aktiviti yang hendak dijalankan hendaklah dirancang terlebih dahulu. Pastikan alat-alat dan bahan-bahan yang diperlukan tersedia.

ii. Pelajar harus dibiasakan dengan tatakerja aktiviti kumpulan, iaitu apabila satu-satu aktiviti kumpulan hendak dijalankan murid harus tahu tugas mereka. Antara tugas mereka adalah seperti mengambil alat-alat atau bahan, membahagikan bahan-bahan kepada setiap kumpulan, menjalankan aktiviti, mempersembahkan hasil aktiviti, menyimpan bahan dan alat, mengemas tempat, dan lain-lain.

iii. Wujudkan pertandingan yang sihat antara kumpulan.

iv. Guru harus bersedia bertolak ansur dengan suasana yang agak bising ketika aktiviti kumpulan berlangsung terutama ketika mereka berbincang atau bersoal jawab sesama mereka.

v. Guru hendaklah beredar dari satu kumpulan ke satu kumpulan lain semasa aktiviti-aktiviti dijalankan untuk memberi bimbingan dan juga galakan.

vi. Benarkan pelajar bergerak dalam kelas tanpa mengganggu pelajar lain.

vii. Beri peluang kepada kumpulan murid membentangkan hasil kerja atau hasil perbincangan kumpulan mereka di depan kelas. Guru hendaklah memberi galakan, pujian, ataupun komen-komen yang membina.

viii. Perhatian guru hendaklah sama rata bagi semua kumpulan supaya tidak ada kumpulan yang berasa mereka terpinggir.

31

Page 32: Nota Literasi Bahasa Melayu

Pengajaran kumpulan yang dijalan akan merapatkan lagi hubungan guru dan pelajar dan hubungan pelajar dengan pelajar. Selain itu pelajar yang lemah akan mendapat perhatian dan bimbingan yang lebih manakala pelajar yang cerdas pula akan dibimbing untuk belajar kemahiran yang lebih tinggi lagi. Ketika aktiviti kumpulan berlangsung, pelajar akan dapat memupuk nilai-nilai sosial yang positif seperti tolong-menolong, kerjasama, tanggungjawab, tolak ansur, dan sebagainya.

Pelaksanaan Pengajaran Kumpulan

Pengajaran secara kumpulan dan aktiviti berkumpulan dilaksanakan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengalami proses pembelajaran mengikut kemampuan dan kecenderungan sendiri serta bekerja mengikut kebolehan dan kepantasan masing-masing (Kamarudin Hj. Husin, 1990). Mengikut cara ini tidak ada pelajar yang akan tertinggal di belakang. Pelajar cerdas akan terus maju dalam pelajarannya manakala pelajar lemah akan mendapat layanan dan perhatian yang lebih daripada guru dan rakan sebayanya.

Terdapat beberapa cara pelaksanaan pengajaran kumpulan yang boleh guru jalankan. Dalam tajuk ini anda ditunjukkan dua cara pelaksanaan pengajaran yang sesuai dijalankan di dalam kelas.

Contoh satu waktu pengajaran dan pembelajaran mengikut kebolehan.

Kumpulan Merah Biru Hijau

3 minit Arahan guru

8 minit Kerja sendiri Kerja sendiri Guru mengajar

8 minit Kerja sendiri Guru mengajar Kerja sendiri

8 minit Guru mengajar Kerja sendiri Kerja sendiri

3 minit Penilaian/Kesimpulan penutup

Jadual pengajaran kumpulan mengikut kebolehan (Kamarudin Hj. Husin, 1990)

32

Page 33: Nota Literasi Bahasa Melayu

Dalam jadual di atas guru akan memulakan pengajarannya dengan memberi penerangan dan menentukan tugas pelajar-pelajar dalam kumpulan masing-masing. Guru akan mengedarkan lembaran kerja untuk kumpulan Merah dan kumpulan Biru dan meminta mereka membuat kerja sendiri, manakala guru akan berada bersama-sama kumpulan Hijau untuk menerangkan pelajaran pada hari itu. Selepas masa yang diperuntukkan, guru akan memberi kerja kepada kumpulan Hijau tadi dan beralih pula ke kumpulan Biru untuk memberi penerangan. Kumpulan Merah masih meneruskan kerja sendiri mereka. Sekiranya ada pelajar yang telah menyiapkan tugasannya guru akan memberi lembaran kerja baru kepada pelajar tersebut sebagai aktiviti pengayaan. Pada tahap seterusnya guru akan pergi pula ke kumpulan Merah untuk memberi penerangan manakala kumpulan Biru dan Hijau membuat kerja masing-masing. Beberapa minit sebelum pengajaran berakhir guru akan membuat kesimpulan pengajarannya sebagai penutup.

Bagi kelas Pemulihan Khas, pengajaran secara kumpulan adalah dimestikan supaya setiap pelajar berpeluang mendapat perhatian guru. Berikut adalah contoh satu waktu pengajaran dan pengajaran kumpulan kelas pemulihan khas.

Kumpulan Merah Biru Hijau

3 minit Rutin kelasSet induksi

8 minitInteraksi dengan guru

Permainan berunsur pendidikan

Latihan

8 minit Latihan Interaksi dengan guru

Permainan berunsur pendidikan

8 minit Permainan berunsur pendidikan

Latihan Interaksi dengan guru

3 minit Penilaian/Kesimpulan penutup

Jadual pengajaran kumpulan kelas pemulihan khas (Jabatan Pendidikan Khas, 1999)

33

Page 34: Nota Literasi Bahasa Melayu

Pelaksanaan pengajaran kumpulan dalam jadual di atas adalah sama dengan pelaksanaan pengajaran kumpulan dalam jadual sebelum ini, kecuali satu elemen ditambah iaitu permainan berunsur pendidikan. Elemen permainan dimasukkan supaya menjadikan pengajaran dan pembelajaran suatu pengalaman yang menggembirakan. Pengajaran kumpulan ini juga sangat sesuai dijalankan dalam kelas PKBP sekiranya kelas tersebut tidak ada masalah tingkah laku yang serius yang boleh mengganggu proses pelaksanaan pengajaran kumpulan tersebut.

Kaedah Pembelajaran Berpasangan ( Rakan Sebaya )

Bimbingan rakan sebaya merupakan satu lagi cara melaksanakan pengajaran di dalam bilik darjah. Pengajaran ini melibatkan bimbingan secara individu seorang sama seorang. Bimbingan rakan sebaya adalah untuk memenuhi keperluan individu pelajar iaitu bertujuan untuk membina kemahiran-kemahiran dan membantu mengembangkan konsep kendiri yang positif. Ehly & Larsen (1980) menyatakan bahawa bimbingan rakan sebaya adalah bimbingan yang diberikan oleh rakan sebaya pelajar dan melibatkan ”kanak-kanak membimbing kanak-kanak lain, kebiasaannnya secara seorang sama seorang” (Peter Cole & Lorna Chan,1990). Manakala Ornstein dan Larsley (2000) mengatakan bahawa bimbingan rakan sebaya adalah tugasan untuk seorang pelajar membantu pelajar lain secara individu atau dalam kumpulan kecil dalam pelbagai situasi.

Kelas yang dikendalikan melalui cara ini biasanya mengandungi pelajar-pelajar yang hampir-hampir sama dari semua segi, kecuali mungkin mereka berbeza dari segi kecerdasan. Walau bagaimanapun dalam banyak aspek seperti umur, minat, kecenderungan, dan kepentingan kebanyakan mereka adalah serupa. Sama seperti kumpulan pelbagai kebolehan, pelajar digalak memberi tunjuk ajar kepada rakan mereka yang lemah dalam kemahiran tertentu. Sebagai contoh dalam pengajaran bahasa, galakan perlu diberi kepada pelajar pandai supaya membimbing rakan-rakan mereka yang memerlukan pertolongan dalam membaca dan menulis (http//:www.educ.upm.edu.my/~fadzilah/Nota%20kaedah.htm).

Terdapat tiga jenis bimbingan rakan sebaya, iaitu:

i. pelajar membimbing pelajar lain dalam lingkungan kelasii. pelajar yang lebih tua membimbing pelajar dalam kelas lebih rendah

di luar kelas, misalnya pelajar Tahun 6 mengajar pelajar Tahun 4,iii. dua orang pelajar yang sama pencapaiannya belajar bersama-sama

dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran.

34

Page 35: Nota Literasi Bahasa Melayu

Tujuan bagi dua jenis bimbingan teratas adalah meregukan (pairing) pelajar yang memerlukan bantuan dengan tutornya secara individu, walaupun kumpulan kecil yang terdiri daripada dua atau tiga orang pelajar boleh juga dibentuk. Manakala jenis ketiga yang juga dikenali sebagai pasangan sebaya (peer-pairing) adalah lebih daripada membimbing (tutoring). Mereka belajar bersama-sama saling membantu dan adakalanya dikenali juga sebagai pembelajaran koperatif (coorperative learning).

Antara tiga jenis bimbingan rakan sebaya di atas, bimbingan rakan sebaya di dalam kelas adalah lebih biasa dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah rendah. Pelajar yang sudah menguasai sesuatu kemahiran atau sudah mempelajari sesuatu tajuk pelajaran dan memahaminya akan dipasangkan dengan pelajar lemah yang memerlukan bantuan. Pelajar lebih suka belajar dengan rakan sebaya mungkin kerana mereka berkomunikasi sesama mereka dengan bahasa yang lebih mudah difahami. Pelajar berasa lebih selesa untuk menyoal rakan sebayanya soalan-soalan yang dia rasa mungkin guru akan menganggapnya sebagai soalan “bodoh”.

Kebaikan Bimbingan Rakan Sebaya

Kebaikan bimbingan rakan sebaya yang dapat dilihat ialah pelajar akan dapat menguasai kemahiran-kemahiran akademik yang menjadi kelemahannnya, perkembangan tingkah laku sosial dan disiplin bilik darjah, dan membina perhubungan yang baik antara rakan yang sebaya (Page Kalkowski http//:www.nwrel.org/scpd/sirs/9/c018.html). Selain itu pengajaran rakan sebaya menggalakkan pelajar-pelajar berinteraksi sesama sendiri secara bebas. Ia memberi peluang kepada mereka belajar, mengkaji, dan menjalankan aktiviti bersama-sama. Cara ini akan menggalakkan perkembangan kemahiran-kemahiran interpersonal yang lebih baik. Selain itu, melalui perbincangan atau aktiviti-aktiviti yang diadakan, pelajar belajar berkerjasama, bertolak ansur, hormat menghormati terhadap rakan mereka yang lain, dan sebagainya.

Rakan pembimbing (peer tutor) akan mendapat manfaat daripada hubungan yang terjalin dengan rakan tuteenya, pemahamannya juga akan bertambah apabila ia menerangkan atau menjelaskan sesuatu idea atau masalah, dan kemahiran sosial kedua-dua mereka akan meningkat. Manakala guru akan mempunyai lebih masa untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran yang lebih teruk.

Bimbingan rakan sebaya kebiasaannya berkesan untuk mengajar pelajar yang kurang bertindak balas terhadap pengajaran orang dewasa. Mereka lebih selesa dibimbing oleh rakan yang sebaya dengan mereka dan bersedia untuk mengambil bahagian. Bimbingan rakan sebaya boleh membentuk hubungan persahabatan yang rapat antara pelajar dengan rakan pembimbingnya, dan hubungan ini sangat penting dalam untuk mengintegrasikan pelajar lemah ke dalam kumpulan. Kebaikan seterusnya ialah bimbingan rakan sebaya

35

Page 36: Nota Literasi Bahasa Melayu

membolehkan guru mengajar kumpulan pelajar yang lebih besar (kelas) tetapi masih dapat memberikan tumpuan kepada pelajar yang lemah dan memerlukan bantuan

Panduan Melaksanakan Bimbingan Berpasangan (Rakan Sebaya )

Pelaksanaan bimbingan rakan sebaya akan berjaya sekiranya dirancang dengan teliti walaupun agak sukar pada peringkat permulaannya. Ornstein dan Larsley (2000) telah memberi beberapa cadangan untuk melaksanakan bimbingan rakan sebaya yang berkesan.

1. Sediakan arahan-arahan kepada setiap tutor tentang jadual masa dan perkara yang perlu dibuat dengan jelas. Contoh: ”Baca ayat kepada ahli kumpulan dan dapatkan sekurang-kurangnya dua pelajar untuk mengenal pasti kata kerja dan kata adjektif”.

2. Jangan benarkan tutor menganggap dirinya sebagai pengganti guru untuk mengajar.

3. Pastikan pelajar-pelajar memahami peranan masing-masing. Guru perlu menunjukkan tingkah laku tutor yang sesuai, menunjukkan contoh perkara yang perlu dicapai, dan tunjukkan cara untuk mencapainya.

4. Maklumkan kepada ibu bapa tentang pembentukan bimbingan rakan sebaya dan tujuan program pembimbing rakan sebaya tersebut.

Kesimpulan

Kaedah-kaedah pengajaran yang telah dibincang dalam tajuk ini iaitu pengajaran secara individu, pengajaran kumpulan, dan bimbingan rakan sebaya merupakan kaedah-kaedah yang boleh membantu pelajar yang lemah dalam pembelajaran, masih belum menguasai kemahiran tertentu. Guru perlu bijak memilih kaedah yang sesuai untuk digunakan mengikut tahap pencapaian pelajar dan juga kecenderungan mereka.

TAJUK 13. BAHAN POWER POINT

Panduan membina bahan Power Point:

1. Pemilihan topik dan bahan- Topik atau kemahiran- Bahan yang menarik sesuai dengan kemahiran

36

Page 37: Nota Literasi Bahasa Melayu

- Bahan ciptaan, sesuai dengan topik/kemahiran

2. Objektif bahan yang jelas- Sesuai dengan objektif dan matlamat pengajaran- Sesuai dengan pendekatan, kaedah, dan aktiviti

3. Jenis latihan dan tugasan- Tentukan tahap bahan yang dibina

4. Komponen yang ada pada bahan- Penerangan- Latihan- Permainan bahasa- Petikan untuk bacaan dan latihan- Tugasan- Aktiviti komunikasi

5. Menulis arahan atau penerangan- Arahan/penerangan perlu jelas- Contoh/ilustrasi boleh disertakan- Penerangan ditulis dalam langkah-langkah yang mudah diikuti- Penerangan mengikut susunan yang kemas dan teratur

6. Persembahan atau susun atur bahan- Susunan atur bahan jelas dan menarik- Cara menaip/menulis dan saiz tulisan sesuai dengan murid dan

strategi- Ilustrasi perlu baitan dengan bahan- Tahap kesukaran bahan perlu dikenal pasti

7. Maklum balas- Jawapan kepada latihan perlu disediakan- Penerangan jawapan

8. Penyemakan- Bahanbahan yang telah disediakan perlu disemak oleh guru lain- Perkara-perkara yang perlu disemak

o Tahap kesesuaiano Arahan/Penerangano Latihan atau tugasano Susun atur bahan (format)o Percetakano Kesalahan bahasa dan ketepatan jawapan

Antara bahan yang boleh dibina ialah : - kad abjad, suku kata, perkataan, frasa, dan ayat- permainan bahasa

37

Page 38: Nota Literasi Bahasa Melayu

- slot video- gambar dll

TAJUK 14. RAKAMAN BUNYI-BUNYIAN (RAKAMAN DIGITAL)

Rakaman digital boleh dibuat untuk merakamkan bunyi-bunyi :1. Alam seperti air tejun, hujan.2. Haiwan seperti kucing, anjing dll3. Mekanikal seperti bunyi kenderaan, mesin dll.

Asosiasi bunyi dengan abjad boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran seperti :

1. melakonkan orang yang terkena api yang panas samil menjerit ”aaaaaa....”, panasnya!”

2. membuat bentuk ular dan membunykan ”sssss...” dll.

38