Mzu 3104- Tokoh Pestalozzi & Reimer
-
Upload
astera-mckee -
Category
Documents
-
view
404 -
download
4
description
Transcript of Mzu 3104- Tokoh Pestalozzi & Reimer
1.0 TOKOH : JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746 – 1827)
BIOGRAFI
Johann Heinrich Pestalozzi dilahirkan pada 12 Januari 1746 di Zurich, Switzerland.
Bapanya Johann Pestalozzi, telah meninggal dunia ketika beliau berusia 5 tahun.
Beliau telah dibesarkan oleh ibunya Susanna Hotz Pestalozzi bersama-sama kakak
serta seorang pembantu rumah.
FOTO 1.1: Johann Heinrich Pestalozzi
Beliau tidak pernah ke sekolah sehinggalah beliau mencapai usia 9 tahun.
Pada peringkat awal persekolahannya, beliau tidak begitu cenderung untuk belajar
kerana beliau lebih suka mengelamun. Walaupun demikian, beliau telah Berjaya
melanjut dan menamatkan pengajiannya di Universiti Zurich (University Of Zurich).
Pestalozzi juga memberi komitmennya kepada keadilan sosial dan berminat di dalam
bidang inovasi yang dia telah ceburi di awal persekolahannya. Keadaan ini
membuatkan Pestalozzi semakin berminat dalam pendidikan.
MZU 3104 : ASAS PENDIDIKAN MUZIK
FOTO 1.2 : Collegium Carolinum yang kini dikenali sebagai Universiti Zurich
(University Of Zurich).
Guru yang paling diminati beliau ialah Johann Jakob Bodmer yang merupakan
seorang guru yang dikenali di dalam serta di luar Zurich dan Switzerland dan
mempunyai ramai pelajar yang berbakat. Dalam tahun 1767, Pestalozzi telah
mengkaji tentang Sains Pertanian bersama dengan Johann Rudolf Tschiffeli,
seorang petani prysiocrat dan experimental dekat Kirchberg.
Pada tahun 1769, beliau telah berkahwin dengan Anna Schulthess seorang
gadis dari keluarga golongan kelas pertengahan di Zurich dan pada tahun 1770
beliau telah dikurniakan seorang anak dan diberi nama Jean Jacques.
FOTO 1.3 : Anna Schulthess
MZU 3104 : ASAS PENDIDIKAN MUZIK
Pada tahun 1775 beliau telah membeli sebuah ladang berhampiran Neuhof,
Switzerland dan telah mendirikan sebuah sekolah. Pendidikan di sini diberikan
secara percuma kepada anak-anak yatim dan juga anak-anak terbiar. Di sekolah ini,
beliau telah mengajar dengan menggunakan kaedah-kaedah pengajaran
sepertimana beliau mengajar anaknya Jean Jacques. Beliau telah telah berjaya
memberi pendidikan kepada kanak-kanak ini yang sebelum ini tidak berpeluang
untuk belajar atau bersekolah. Di sini beliau telah membentuk kaedah belajar
berkumpulan dalam mempelajari bidang pembacaan, penulisan dan matematik.
Namun sekolah ini terpaksa ditutup kerana kekurangan dana dan hutang yang
banyak.
FOTO 1.4 : Gambaran sekolah yang dibina oleh Pestalozzi.
Setelah sekolah ini ditutup, Pestalozzi telah mengabdikan selama beberapa
tahun dalam mengusahakan ladangnya serta membuat penyelidikan tentang
kaedah-kaedah dan teknik-teknik pendidikannya. Pada tahun 1871 beliau telah
mencetak buku pertamanya yang bertajuk ‘The Evening Hours of a Hermit’ yang
menceritakan tentang jurnalnya sebagai seorang guru. Pada tahun yang sama beliau
telah mencetak jilid pertama novelnya yang bertajuk ‘Leonard and Gertrude’. Di
MZU 3104 : ASAS PENDIDIKAN MUZIK
dalam novel ini beliau telah mengumpulkan kebanyakkan idea-ideanya tentang
pendidikan dan juga tentang program pemulihan sosial. Jilid keempat dan yang
terakhir telah dicetak dalam tahun 1785. Walaupun buku tersebut hanya menjadi
bahan rujukan sahaja kemudiannya, dia mendapat sedikit keuntungan dari cetakan
Fables (cerita teladan) iaitu koleksi cerita-cerita mengenai haiwan yang padat
dengan nilai-nilai murni dan sebuah lagi buku bertajuk Inquiry yang mana ianya
berkaitan dengan falsafah. Kedua-dua buku ini telah diterbitkan pada tahun 1791.
Dalam tahun 1798, Pestalozzi telah menawarkan diri untuk menolong anak-
anak yatim di Stanzs berikutan dengan kemusnahan yang tercetus akibat daripada
Revolusi Swiss. Semasa penjajahan tentera Perancis ke atas Switzerland dalam
tahun 1798, beberapa orang kanak-kanak yatim telah ditinggalkan bersendirian
tanpa makanan dan tempat tinggal di Canton of Nidwalden. Pestalozzi telah
mengambil kanak-kanak tersebut dan menjaga mereka. dia telah menukarkan
sebuah gereja yang telah ditinggalkan menjadi sebuah sekolah untuk kanak-kanak
tersebut.
FOTO1.5 : Gambaran pelukis mengenai hubungan Pestalozzi dengan anak-
anak yatim yang diselamatkannya.
MZU 3104 : ASAS PENDIDIKAN MUZIK
Dalam tahun 1799, Pestalozzi telah menawarkan perkhidmatan kepada
penduduk-penduduk Kampung Burgdorf . Apabila penduduk Kampung merasa
curiga dengan cara kaedah pengajarannya, dia mengambil keputusan untuk
membuka sekolah persendiriannya sendiri. Sekolah ini kemudiannya berjaya
menarik perhatian masyarakat antarabangsa dan menjadi terkenal. Akhirnya sekolah
ini telah ditaja oleh pihak kerajaan buat pertama kalinya. Akhirnya pada tahun 1801
sebuah buku yang lengkap dan sistematik yang berkaitan dengan cara-cara dan
kaedah yang diguna pakai oleh Pestalozi telah diterbitkan.
Pestalozzi telah memindahkan sekolahnya ke sebuah istana lama di Yverdon
dalam tahun 1805 dan kekal di situ selama 20 tahun. Sekolah ini juga telah menarik
perhatian para pelajar dan guru-guru dari seluruh dunia. Wakil-wakil dari Prussia
sangat berbangga dengan sekolah tersebut. Mereka telah membawa pulang cara-
cara dan kaedah pengajaran Pestalozzi ke Prussia. Mereka telah mengaplikasikan
kaedah pengajaran ini ke dalam sistem pendidikan Negara mereka. Pestalozzi telah
menutup sekolahnya dan telah bersara pada tahun 1826.
Dia telah meninggal dunia pada 17 Februari 1827. Mayatnya telah
dikebumikan di New Neuhof iaitu di tapak sekolah pertamanya dahulu. Di Neuhof,
Pestalozzi telah menulis hasil karyanya yang terakhir "Schwanengesang“
(swansong). Buku tersebut terdiri dari dua bahagian. Bahagian yang pertama terdiri
daripada sebuah autobiografi dan bahagian yang kedua adalah penerangan yang
lengkap tentang teori-teori pembelajarannya.
MZU 3104 : ASAS PENDIDIKAN MUZIK
FOTO 1.6 : Tugu peringatan Pestalozzi di sebuah gereja di Zurich
Pestalozzi yakin bahawa pendidikan adalah bertujuan untuk menzahirkan
kuasa semulajadi dalam diri manusia yang meliputi aspek kemahiran semulajadi
yang terpendam yang harus dicungkil melalui pembelajaran.Kanak-kanak mampu
dibantu untuk mencapai potensi penuh melalui pendidikan subjek-subjek yang
meliputi kemahiran penggunaan otak kiri dan kanan. Maka dengan itu, Pestalozzi
mengembangkan kurikulum Geografi, Sains, Lukisan dan Muzik dalam sistem
pembelajarannya.
Selain itu, Pestalozzi berpendapat bahawa guru tidak seharusnya mengajar
dengan kata-kata semata-mata. Penggunaan pancaindera juga mampu memberikan
pendidikan yang berkesan kepada pelajar seperti memberikan pelajar pengalaman
MZU 3104 : ASAS PENDIDIKAN MUZIK
melihat, mendengar atau menyentuh objek yang berkaitan. Melalui tindakan
sedemikian, murid-murid akan aktif secara berterusan melihat, membuat dan
membetulkan kesalahan serta menerangkan pemantauan dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran yang sedang berlaku. Aktiviti sedemikian mampu untuk
menggalakkan minat murid untuk belajar melalui analisis objek sekaligus
memberikan pengetahuan yang lebih mendalam kepada murid.
Apa yang membezakan antara sistem pendidikan Pestalozzi dan sistem
pendidikan yang sezaman dengannya, adalah pendekatan kerohanian. Beliau
percaya, bahawa persekitaran di dalam kelas mestilah menyerupai atau mampu
memberikan mood dalam suasana keluarga penganut Kristian, di mana ajaran
Kristian menganjurkan penganutnya untuk bersifat kooperatif, penyayang dan
berlaku baik antara sama sama lain dalam unit keluarga.
MZU 3104 : ASAS PENDIDIKAN MUZIK
2.0 TOKOH : BENNET REIMER (1932-KINI)
BIOGRAFI
Bennet Reimer merupakan seorang yang terkenal dan dihormati dalam bidang dan
perangka dasar falsafah pendidikan muzik.
FOTO 2.1 : Bennet Reimer
Hasil karya beliau yang paling disegani adalah A Philosophy of Music Education
yang diterbitkan pada 1970. Beliau turut menulis pelbagai jurnal yang menghuraikan
lagi dengan lebih mendalam konsep-konsep yang diterangkan di dalam bukunya itu.
Selain seorang penulis, Reimer merupakan seorang pensyarah dalam bidang muzik
dan pendidikan kesenian.
Kariernya dalam bidang muzik bermula dengan kerjayanya sebagai pemain
clarinet dan obo. Kemudian, beliau menjadi pakar dalam pembangunan
kurikulum,teori penyelidikan dan program pendidikan seni melalui pendidikan yang
MZU 3104 : ASAS PENDIDIKAN MUZIK
diperolehinya di University of Illinois dan State University of New York pada tahun
50-an dan 60-an.
Reimer mempunyai pengalaman bekerja sebagai pendidik di empat buah kolej
ternama di Amerika Syarikat sebagai pensyarah muzik dan pendidikan seni,
disamping menjadi penulis sambilan. Beliau turut menerima anugerah Legend of
Teaching dari Northwestern University. Beliau merupakan pengarang dan penyunting
kepada lebih 24 buah buku, 150 buah artikel dan ulasan yang merangkumi bidang-
bidang falsafah pendidikan muzik, teori kurikulum, teori penyelidikan, isu
kepelbagaian budaya, kesusasteraan, pendidikan keguruan,pendidikan muzik
antarabangsa serta psikologi kognitif dalam pendidikan muzik. Salah satu penulisan
beliau yang terkenal adalah A Philosophy of MusicEducation telah diterbitkan pada
1970 dan masih diulang cetak walaupun setelah hampir 20 tahun kemudian.
Kesinambungan buku tersebut turut diterbitkan pada 2003 serta diterjemahkan
ke dalam pelbagai bahasa lain, yang diberi judul A Philosophy of Music Education:
Advancing The Vision.
FOTO 2.2 : Karya Reimer A Philosophy of Music Education: Advancing The
Vision.
MZU 3104 : ASAS PENDIDIKAN MUZIK
Reimer merupakan penyunting untuk kebanyakkan jurnal-jurnal utama dan
menjadi Pengerusi Music Educators National Conferene ( MEN ) Committee on
Aesthetic Education. Beliau pernah mewakili MEN sebagai ahli The Alliance for
Curriculum Programme yang ditaja oleh Pejabat Pendidikan U.S. Beliau juga
merupakan salah seorang daripada enam ahli yang menulis tentang National
Standards for music Education. Salah seorang daripada enam ahli ( Ommision
Authors of Position Paper for the MEN vision 20/20 project. Pengarah kepada projek
penyelidikan 3 tahun berkaitan kurikulum am muzik yang ditaja oleh Pejabat
Pendidikan U.S. Penyelidik kepada projek From Kindergarten through Conservatory
in China dan Harvard Project Zero.
FOTO 2.3 : Reimer (kiri) pada Persidangan Agung Persatuan Pendidikan
Muzik Antarabangsa (MENC).
Reimer percaya bahawa muzik wujud dalam diri setiap individu dan nilai-nilai
estetika muzik tidak semata-mata untuk golongan elit sahaja. Beliau juga
mengatakan pendidik-pendidik estetik mesti tahu dengan mendalam nilai-nilai muzik
seperti mana cendekiawan-cendekiawan professional. Pendidik-pendidik ini mesti
MZU 3104 : ASAS PENDIDIKAN MUZIK
menggambarkan seni muzik secara keseluruhan dan tulen kepada kanak-kanak.
Dalam pendekatannya, Reimer memasukkan unsur-unsur dari spectrum yang luas
dalam kesusasteraan muzikal dan menggalakkan pendedahan kepada muzik untuk
lain-lain budaya. Beliau percaya ini akan membawa kepada pemahaman yang lebih
dalam pada diri kita dan hubungan dengan budaya-budaya lain.
Maksud Perkataan :
a) Falsafah
- Kecintaan kepada kebijaksanaan dengan berfikir secara mendalam dan
tepat mengenai satu-satu perkara. - Mengapa perlu pada falsafah. Pengajar-
pengajar muzik memerlukan panduan kepercayaan tentang alam semulajadi
dan nilai-nilai subjek itu.
b) Aesthetics / Estetika.
- Tanggapan dan kepuasan dalam muzik ( respon ).
c) Nilai-nilai estetika dalam muzik.
(i) Bunyi-bunyi yang merdu.
(ii) Mencipta muzik yang bermakna ( fikiran, badan dan perasaan ).
(iii) Universal / kebudayaan / individu.
(iv) Pengalaman langsung dengan bunyi-bunyi muzik.
MZU 3104 : ASAS PENDIDIKAN MUZIK
d) Ciri-ciri pengalaman dalam muzik menurut Reimer:
(i) Memerlukan tanggapan bunyi itu sesuatu yang berseni / artistik.
(ii) Tindak balas efektif untuk meluahkan bunyi yang semulajadi.
(iii) Muzik sebagai cara untuk membelai rasa.
(iv) Muzik sebagai cara untuk dimensi kreatif.
(v) Muzik sebagai cara untuk dimensi sosial / kontekstual.
e) 1992 – Standard Movement seperti yang disarankan oleh MENC :
i. Nyanyian
ii. Bermain
iii. Menggunakan apa-apa bahan yang ada
iv. Mencipta / menyusun / menggubah
v. Kemahiran membaca not ( notasi ) dan memahaminya.
vi. Mendengar
vii. Menilai
viii. Hubungan antara muzik dan lain-lain seni serta disiplin.
ix. Memahami muzik dan sejarahnya serta dimensi budaya.
MZU 3104 : ASAS PENDIDIKAN MUZIK