Mpw 1143 Pengajian Islam

557
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM PENGAJIAN ISLAM (MPW 1143) BAB 1: DEFINISI DAN KONSEP ASAS ISLAM

Transcript of Mpw 1143 Pengajian Islam

Page 1: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

PENGAJIAN ISLAM (MPW 1143)

BAB 1:

DEFINISI DAN KONSEP

ASAS ISLAM

Page 2: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

LEARNING OBJECTIVES

Menerang dan memahamkan bahawa

Islam adalah agama yang menyeluruh

dalam semua aspek kehidupan, bukan

sekadar amalan ritual atau ibadat

khusus semata-mata.

Memahamkan tujuan kehidupan

manusia hasil daripada konsep dan

gambaran di atas.

Page 3: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

LEARNING OUTCOMES

Memahami dan menjiwai Islam sebagai

agama yang menyeluruh dan boleh

diamalkan dengan sempurna di mana-

mana sahaja termasuk kehidupan

moden hari ini.

Memenuhi kehidupan dengan cita-cita

untuk berkhidmat dan berbakti terhadap

agama Islam.

Page 4: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Bab Pertama

Definisi dan Konsep Asas Islam

Islam adalah agama yang menyeluruh

(Syumul)

Definisi Islam

Ciri-ciri Islam

Sumber-sumber hukum-hukum Islam

Tujuan-tujuan Syariat (Maqasid

Syariah)

Page 5: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

PENDAHULUAN

Islam adalah agama samawi terakhir

terakhir yang diutuskan kepada rasul

terakhir, Muhammad s.a.w.

Dua agama samawi sebelum Islam ialah

Yahudi dan Kristian. Kedua-duanya telah

diselewengkan.

Islam telah memansuhkan dua agama ini

dengan syariat yang lebih baik.

Page 6: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

ISLAM AGAMA YANG MENYELURUH

Baginda Rasulullah s.a.w. telah menerima

daripada Allah swt; agama Islam sebagai

suatu agama yang menyeluruh atau

syumul melalui wahyu, iaitu al Qur‟an.

Kemudian, Rasulullah s.a.w. diperintahkan

untuk menyampaikannya kepada seluruh

umat manusia di samping mempraktikkan

ajaran-ajaran Islam yang terkandung di

dalam al Quran itu.

Page 7: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Akhirnya, Islam diwarisi secara turun

temurun dari satu generasi kepada satu

generasi yang lain sebagaimana asalnya

tanpa sebarang keraguan dan syak

wasangka.

Kesyumulan Islam dapat dilihat dari sudut

ia adalah agama yang merangkumi

segenap sistem kehidupan seperti sistem

pentadbiran, ekonomi, kebudayaan dan

lain-lain.

Page 8: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Ini berdasarkan firman Allah: „pada hari ini

aku telah menyempurnakan kepada kamu

nikmatku dan aku redha Islam sebagai

agama‟. (al-Maidah 5 : 3)

Sifat menyeluruh (syumul) ini juga dapat

dilihat dari sudut ia adalah untuk seluruh

umat manusia.

Page 9: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Ini bermakna, Islam bukanlah suatu agama yang khusus kepada orang Arab sahaja atau agama kepada satu-satu umat tertentu, bukan juga agama kepada kasta-kasta tertentu,

sebaliknya Islam adalah agama

kemanusiaan sejagat tanpa mengira kaum dan warna kulit pada sepanjang zaman.

Page 10: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Ini berdasarkan kepada firmanNya yang

bermaksud:

”Dan tiadalah Kami mengutusmu ( wahai

Muhammad ) melainkan untuk umat

manusia seluruhnya, sebagai Rasul

pembawa berita gembira (kepada orang-

orang yang beriman), dan pemberi

amaran (kepada orang-orang yang

ingkar), akan tetapi kebanyakan manusia

tidak mengetahui ( hakikat itu )”.

(Saba‟ : 28)

Page 11: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kesyumulan Islam turut jelas terjelma

dari sudut ia sesuai pada setiap

generasi dan zaman.

Agama nabi-nabi sebelum Nabi

Muhammad hanya sesuai untuk zaman

dan umat mereka.

Page 12: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Umat Islam wajib mempercayai dengan

yakin Islam agama yang menyeluruh atau

syumul khususnya dari sudut ia sebagai

sistem dan cara hidup yang merangkumi

segenap kehidupan.

Ini kerana, pada zaman penjajahan yang

memakan masa selama beratus-ratus

tahun, mereka menanam pemikiran

bahawa Islam tiada kaitan dengan urusan

dunia.

Page 13: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Perdana Menteri Britain, Gladstone,

dalam tahun 1882, sambil mengangkat

al-Quran dalam parlimen Britain, beliau

mengatakan bahawa untuk melemahkan

umat Islam, mereka mesti dijauhkan dari

al-Quran.

Oleh sebab itu, penjajah telah

menjauhkan Al Quran daripada sistem

pendidikan negara kita, sekaligus

menyemai pemikiran bahawa agama

tiada kaitan dengan urusan dunia.

Page 14: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Dalam masa yang sama, penjajah mewujudkan generasi yang memerintah dan mentadbir negara; yang memper-cayai bahawa Islam tiada kaitan dengan urusan dunia atau sekurang-kurangnya tidak meyakini hubungkait Islam dengan urusan dunia.

Page 15: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SOALAN TUTORIAL

1. Sebutkan tiga sudut yang menunjukkan

agama Islam itu menyeluruh atau

syumul?

2. Nyatakan usaha-usaha penjajah untuk

menyemai pemikiran bahawa agama

Islam tiada kaitan sama sekali dengan

urusan dunia?.

Page 16: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

DEFINISI ISLAM

Dari segi bahasa:

Perkataan Islam berasal daripada kata

akar bahasa Arab: `aslama‟, `yuslimu‟ ,

`Islaman‟ yang membawa maksud :

- Penyerahan (surrender)

- keakuran (submission), dan

- pengabdian (subservient)

Page 17: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Dari segi istilahnya ialah:

`Penyerahan diri (manusia) kepada Allah S.W.T dalam semua urusan kehidupan, sama ada menyentuh hubungan antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam semesta, atas sifatnya sebagai hamba (`abd) dan khalifah di muka bumi ’

Page 18: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Untuk melihat keIslaman seseorang itu,

mestilah dilihat dari sudut yang berikut:

“Islam itu adalah kamu bersaksi bahawa

tiada tuhan melainkan Allah, Muhammad

itu Rasul Allah, mendirikan solat, menge-

luarkan zakat, berpuasa Ramadan dan

mengerjakan haji jika kamu mampu”

(Riwayat Muslim)

Page 19: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Berdasarkan kepada dalil-dalil Al Quran dan

As Sunnah serta sirah Rasulullah SAW,

Islam difahami mempunyai tiga perkara

besar :

a. Perkara asas (paksi): merujuk kepada

rukun-rukun iman dan rukun-rukun Islam.

b. Sistem-sistem: merujuk kepada sistem

akhlak, pendidikan, sosial, politik,

ekonomi dan sebagainya.

c. Penyokong/pemangkin: amar makruf,

nahi munkar (dakwah) & jihad.

Page 20: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SOALAN TUTORIAL

1. Terangkan definisi Islam dari segi

bahasa dan istilah?

2. Berdasarkan kepada sebuah hadith

Nabi, untuk melihat keislaman se-

seorang, apakah yang perlu dilihat

kepada individu tersebut?

Page 21: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

CIRI-CIRI ISLAM

1. Islam adalah agama wahyu

Berdasarkan Kitab yang diturunkan

daripada langit, iaitu al-Quran dan di-

sampaikan oleh seorang Rasul, iaitu

Muhammad s.a.w.

2. Islam adalah tata cara hidup

Bersifat sempurna dan menyeluruh.

Page 22: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tata cara hidup Islam merangkumi :

a. Hubungan manusia dengan Allah

SWT.

b. Hubungan manusia sesama

manusia

c. Hubungan manusia dengan alam

semesta

Page 23: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Hubungan manusia dengan Allah

bersifat vertical (menegak). Ini

bermaksud manusia sebagai hamba

berada di bawah. Manakala Allah

sebagai Tuhan berada di atas

Hubungan manusia sesama manusia

dan manusia dengan alam adalah

bersifat horizontal (melintang). Ini

bermaksud manusia mestilah me-

ngikut peraturan yang ditetapkan

dalam berinteraksi dengan manusia

yang lain dan alam.

Page 24: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Keseimbangan antara kepentingan

individu dengan masyarakat

Islam tidak memberi keutamaan ke-

pada mana-mana kepentingan. Se-

baliknya, hendaklah diseimbangkan

antara kepentingan-kepentingan ter-

sebut yang saling berkaitan

Contoh: Diharuskan individu memiliki

harta menurut syarak, namun ada ke-

pentingan masyarakat yang mesti di-

tunaikan, iaitu zakat dan sedekah.

Page 25: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Kesatuan antara rohani dan jasmani

Cara hidup Islam mementingkan tuntutan material

atau fizikal dan tuntutan rohani atau spiritual

sekaligus.

Ini disebabkan kejadian manusia menurut Islam

adalah cantuman antara tubuh badan (yang bersifat

material) dengan roh (yang bersifat spiritual).

Islam mementingkan dunia sepertimana ia

mementingkan akhirat, Islam mementing-kan akal

sepertimana ia mementingkan perasaan dan

sebagainya.

Page 26: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Sejagat (universal) dan kemanusiaan

Cara hidup Islam adalah tatacara yang bersifat universal dan kemanusiaan:

a. Sejagat (universal): melewati batas- batas negara, bangsa, keturunan dan kedudukan

b. Kemanusiaan: bersifat insani, iaitu bukan `syatani’ (kesyaitanan) atau `haiwani’ (kehaiwanan/kebinatangan)

Page 27: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

6. Tetap dan anjal

Tetap : Terikat kepada suruhan dan

larangan Allah S.W.T yang mesti

dipatuhi.

Anjal : Kadangkala, kerana sesuatu

sebab yang munasabah, maka tuntutan

boleh ditinggalkan sementara apabila

wujud kesukaran untuk melaksakannya.

Begitu juga sesuatu tegahan boleh

dilakukan kerana terpaksa (ad-darurah).

Page 28: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

7. Mudah dan praktikal

Cara hidup Islam adalah mudah, tidak

terlalu ideal dan tidak membebankan

serta praktikal untuk dilaksanakan.

Contoh :

- Solat hanya 5 waktu sehari semalam.

- Puasa hanya sebulan dalam setahun.

- Zakat hanya bagi orang berharta.

Page 29: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SOALAN TUTORIAL

1. Sebutkan ciri-ciri Islam dan huraikan ciri

Islam yang kelima dan keenam secara

ringkas?

2. Huraikan ciri-ciri Islam yang kedua iaitu

Islam adalah tatacara hidup?

Page 30: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SUMBER-SUMBER HUKUM DALAM SYARIAT ISLAM

Terbahagi kepada dua kategori :

Pertama : sumber asasi/utama

Kedua : sumber tambahan

Page 31: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SUMBER UTAMA/ASASI

a) Al-Quran:

“Kitab yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. dengan lafaznya dalam bahasa Arab, dipindahkan se-cara mutawatir, ditulis dalam mushaf, bermula dengan surah al-Fatihah, berakhir dengan surah An-nas, dan membacanya adalah ibadat”.

Page 32: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

b) As-Sunnah :

“Sesuatu yang datang daripada Rasul-

ullah s.a.w, sama ada dari segi / :

- perkataan (sunnah qauliyah),

- perbuatan Baginda (sunnah fi`liyah),

- perakuan Baginda (sunnah taqririyah).

Page 33: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SUMBER TAMBAHAN

a) Al-Ijma’:

“Permuafakatan sebulat suara

seluruh para (ulamak) mujtahidin

daripada umat nabi Muhammad

s.a.w. ke atas sesuatu hukum dalam

sesuatu masa selepas wafat

Baginda”.

Page 34: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

b) Al-Qiyas :

“Menetapkan hukum ke atas sesuatu

perkara atau perbuatan yang belum

ada hukumnya (sama ada dalam al-

Quran atau as-Sunnah) berdasarkan

kepada sesuatu yang sudah ada

hukumnya, kerana kedua-duanya

mempunyai alasan (illah) yang sama”.

Page 35: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Contoh :

Menetapkan hukum meminum tuak dan cecair lain yang memabukkan sebagai haram.

Tuak tidak disebut dalam Al-Quran atau As-Sunnah, tetapi hukumnya ditentukan haram berdasarkan hukum haramnya arak, kerana tuak juga memabukkan sepertimana arak (yang memabukkan).

Page 36: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SOALAN TUTORIAL

1. Sebutkan sumber utama/asasi dan

sumber tambahan agama Islam dan

takrifkan sumber utama yang

kedua?

Page 37: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

RUMUSAN

1. Tiga sudut kesyumulan Islam iaitu Islam

sebagai cara hidup yang merangkumi

segenap kehidupan, Islam terbuka

kepada seluruh umat manusia dan

agama Islam sesuai untuk semua

zaman.

2. Penjajah telah melakukan usaha untuk

menyemai pemikiran di kalangan umat

Islam untuk menyatakan bahawa Islam

tiada kena mengena dengan urusan

dunia.

Page 38: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Antara usaha-usaha tersebut ialah mengenepikan maklumat tentang sistem-sistem Islam daripada pendidikan negara dan mewujudkan golongan pe-merintah dan pentadbir yang memper-cayai atau sekurang-kurangnya tidak meyakini Islam sebagai agama yang memmbentuk sistem kehidupan.

4. Kesimpulan daripada definisi Islam ialah menyerah diri kepada Allah dengan mengikuti ajaran Islam dalam semua aspek kehidupan.

Page 39: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Ciri-ciri Islam ialah agama wahyu, tata cara hidup, seiring antara kepentingan individu dan masyarakat, kesatuan antara rohani dan jasmani, sejagat, mempunyai unsur tetap dan anjal dan mudah atau praktikal.

6. Sumber-sumber rujukan hukum dalam Islam ialah al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qiyas.

Page 40: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

1. Nasrudi Yunos, Roziah Sidik dan Zulkarnain Mohamed,

Pengajian Islam, Oxford Fajar, 2007.

2. Dr. Abdul Rahman Haji Abdullah, Sejarah dan Tamadun Islam,

Pustaka Ilmi, 2002.

3. Al Ustaz H. Idris Ahmad S.H, Fiqh Syafie, Jilid 1 & 2, Pustaka

Antara Sdn. Bhd. 2000.

4. Nazzwardi Abu Bakar Aly, Muqaddimah Pengajian Islam,

Percetakan Nasional Malaysia Berhad, 2000.

5. Dr. Mustafa Haji Daud, Al Quran Sumber Tamadun Islam, Percetakan Perniagaan Kita, 1997.

Rujukan

Page 41: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

TUJUAN-TUJUAN SYARIAT

(MAQASID ASY-SYARIAH)

Page 42: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

LEARNING OBJECTIVES

Menerang dan memahamkan bahawa

Islam adalah agama yang menyeluruh

dalam semua aspek kehidupan, bukan

sekadar amalan ritual atau ibadat

khusus semata-mata.

Memahamkan tujuan kehidupan

manusia hasil daripada konsep dan

gambaran di atas.

Page 43: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

LEARNING OUTCOMES

Memahami dan menjiwai Islam sebagai

agama yang menyeluruh dan boleh

diamalkan dengan sempurna di mana-

mana sahaja termasuk kehidupan

moden hari ini.

Memenuhi kehidupan dengan cita-cita

untuk berkhidmat dan berbakti terhadap

agama Islam.

Page 44: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

TUJUAN-TUJUAN SYARIAT

(MAQASID AS SYARIAH)

Islam yang berteraskan wahyu melalui dua

sumber utama yang muqaddas (suci) iaitu

al-Quran dan al-sunnah men-jadikannya

tetap unggul dan bertahan sepanjang

zaman.

Dengan kedua-dua sumber ini men-jadikan

tabiat Islam bersifat dinamik dan mempunyai

objektif atau maqasid yang jelas dan

bertepatan dengan hidup manusia sejagat.

Page 45: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Penelitian terhadap nas-nas dan

hukum-hukum syara‟ telah mengesah-

kan bahawa maqasid utama syariat

Islam ialah untuk memberi kebaikan/

maslahah.

Samada dengan menarik kebaikan

(maslahah) tersebut atau menolak

keburukan (mafsadah).

Page 46: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Oleh itu didapati semua hukum syara'

adalah bernaung di bawah konsep

jaminan maslahah kepada manusia

yang meliputi :

(a) maslahah di dunia

(a) maslahah yang menjangkaui

alam akhirat.

Page 47: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

KATEGORI KEBAIKAN/MASLAHAH

1. Al-Dharuriyyat (Asas):

Maslahah yang asasi dan paling penting

dalam kehidupan manusia samada

kehidupan dunia dan agama. Sekiranya

maslahah ini tidak ada, kehidupan

manusia akan rosak dan tidak tenteram.

Maslahah Dharuriyyat adalah perkara-

perkara yang memelihara agama, nyawa,

akal, nasab (keturunan) dan harta.

Page 48: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Perkara-perkara yang menjaga agama dikira sebagai maslahah / kebaikan yang paling utama.

Ini kerana manusia yang mempunyai fitrah

yang sejahtera pasti memerlukan agama dan hubungan yang baik dengan Allah S.W.T kerana ia men-dapatkan kekuatan rohani, ketenangan mental dan ketabahan dalam kehidup-an dunia.

Page 49: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Manakala di akhirat, manusia akan

terlepas daripada neraka dan me-

masuki syurga selama-lamanya.

Justeru, memelihara agama adalah

perkara yang dikategorikan sebagai

Maslahah Dharuriyyat.

Page 50: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Maslahah Hajiyyat (Keperluan):

Maslahah yang diperlukan oleh

manusia untuk mendapatkan keper-

luan hidup dan kelapangan.

Tanpa Maslahah Hajiyyat, kehidupan

manusia akan menjadi tidak sempurna

dan mengalami kesempitan walaupun

tidak sampai ke tahap rosak.

Page 51: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Contoh, Islam menetapkan rukhsah

bagi orang yang sakit dan orang yang

berada dalam perjalanan jauh.

Kedua-dua golongan ini tetap boleh

bersembahyang dalam perjalanan dan

berpuasa pada bulan Ramadhan.

Page 52: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Mereka mengalami kesukaran. Untuk

itu Islam memberi kelonggaran

dengan memberikan rukhsah kepada

mereka, iaitu :

- jamak dan qasar bagi

sembahyang, dan

- qada‟ bagi ibadah puasa.

Page 53: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Maslahah Tahsiniyyat (Pembaikan dan

Mewah)

Maslahah yang tidak sampai ke tahap

kedua-dua di atas, ia bertujuan untuk

memberi keselesaan dan kecantikan

serta menjauhkan diri daripada perkara

yang mencacatkan.

Contoh :

Perkara-perkara baik yang lebih

cenderung kepada adat dan etika.

Page 54: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Untuk memudahkan kefahaman tahap-

tahap maslahah, kita boleh melihat

kepada contoh berikut :

Mendirikan sekolah adalah maslahah

dhoruriyyat (asas), kerana memberi

pendidikan kepada orang ramai

adalah wajib.

Page 55: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Melengkapkan sekolah dengan kemudahan-kemudahan asas seperti menyediakan bilik-bilik sebagai kelas, buku teks dan sebagainya adalah maslahah hajiyyat kerana ia adalah kemudahan yang sangat perlu untuk sebuah sekolah.

Manakala menyediakan kelas berhawa dingin, projektor dan landskap yang cantik pula adalah maslahah tahsiniyyat kerana ia adalah perkara-perkara penambahbaikan dan mewah.

Page 56: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

PERTEMBUNGAN ANTARA MASLAHAH

Pengkategorian maslahah sangat

penting untuk melihat mana satu yang

perlu didahulukan apabila berlaku

pertembungan.

Sekiranya berlaku pertembungan, pe-

ngambilan maslahah mestilah dilakukan

mengikut turutan tadi dengan syarat

tidak boleh dilakukan serentak.

Page 57: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Masalah Dharuriyyat mestilah diutama-

kan ke atas Maslahah Hajiyyat dan

Maslahah Tahsiniyyat.

Keutamaan sesama Maslahah

Dharuriyyat berdasarkan lima asas tadi

iaitu memelihara agama, nyawa, akal,

nasab (keturunan) dan harta.

Page 58: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Maslahah Dharuriyyat yang berkaitan

memelihara agama mesti diutamakan

ke atas Maslahah Dharuriyyat yang

berkaitan memelihara nyawa.

Page 59: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SOALAN TUTORIAL

1. Sebutkan tahap maqasid asy-syariah?

2. Apakah yang anda faham tentang

tujuan-tujuan syariat atau maqasid

asy- syariah?

Page 60: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

RUMUSAN

1. Tiga sudut kesyumulan Islam iaitu Islam

sebagai cara hidup yang merangkumi

segenap kehidupan, Islam terbuka

kepada seluruh umat manusia dan

agama Islam sesuai untuk semua

zaman.

2. Penjajah telah melakukan usaha untuk

menyemai pemikiran di kalangan umat

Islam untuk menyatakan bahawa Islam

tiada kena mengena dengan urusan

dunia.

Page 61: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Antara usaha-usaha tersebut ialah mengenepikan maklumat tentang sistem-sistem Islam daripada pendidikan negara dan mewujudkan golongan pe-merintah dan pentadbir yang memper-cayai atau sekurang-kurangnya tidak meyakini Islam sebagai agama yang memmbentuk sistem kehidupan.

4. Kesimpulan daripada definisi Islam ialah menyerah diri kepada Allah dengan mengikuti ajaran Islam dalam semua aspek kehidupan.

Page 62: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Ciri-ciri Islam ialah agama wahyu, tata cara hidup, seiring antara kepentingan individu dan masyarakat, kesatuan antara rohani dan jasmani, sejagat, mempunyai unsur tetap dan anjal dan mudah atau praktikal.

6. Sumber-sumber Islam ialah Al Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas.

7. Tujuan-tujuan syariat mempunyai tiga peringkat.

Page 63: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Dharuriyyat (perkara-perkara asas): ia merupakan perkara yang wajib ada dan berdasarkan kepada menjaga lima perkara, agama, nyawa, akal, nasab dan harta.

6. Hajiyat (perkara-perkara perlu): ia merupakan perkara yang perlu untuk mendapatkan kelapangan hidup. Contohnya, rukhsah.

7. Tahsiniyyat (perkara-perkara pembaik-an dan mewah): ia tidak mencapai tahap di atas.

Page 64: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

MUHASABAH DIRI ! ! !

• Bagaimana kita berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah ?

• Bagaimana kita memenuhi dan melak-sanakan segala keperluan dalam kehi-dupan dunia ?

-Daruriyyat

-Hajiyyat

-Tahsiniyyat

Page 65: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

1. Nasrudi Yunos, Roziah Sidik dan Zulkarnain Mohamed, Pengajian Islam, Oxford Fajar, 2007.

2. Dr. Abdul Rahman Haji Abdullah, Sejarah dan Tamadun Islam, Pustaka Ilmi, 2002.

3. Al Ustaz H. Idris Ahmad S.H, Fiqh Syafie, Jilid 1 & 2, Pustaka Antara Sdn. Bhd. 2000.

4. Nazzwardi Abu Bakar Aly, Muqaddimah Pengajian Islam, Percetakan Nasional Malaysia Berhad, 2000.

5. Dr. Mustafa Haji Daud, Al Quran Sumber Tamadun Islam, Percetakan Perniagaan Kita, 1997.

Rujukan

Page 66: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

AKHLAK

Akhlak adalah perkataan yang berasal

dari bahasa arab yang bermaksud adab

atau pun perlakuan manusia yang baik.

Berasal dari bentuk jamak (plural).

Bentuk mufrad (singular) adalah Khuluk.

Perlakuan yang tetap sifatnya dalam diri

seseorang tanpa perlu didahului oleh

pemikiran.

Page 67: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Dapat memelihara manusia dari me-

lakukan perkara yang salah. Bukannya

undang-undang semata-mata.

Apabila manusia tidak mampu me-

ngawal dirinya sendiri barulah undang-

undang mengambil tempat dan dan ia

menjadi pengajaran kepada orang lain.

Akhlak dapat dipupuk menerusi didikan

yang berterusan.

Page 68: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Islam Mengutamakan Akhlak

Al Quran telah menceritakan kepada

kita akhlak Rasulullah s.a.w.

“Sesungguhnya engkau mempunyai

akhlak yang mulia.”

(Al Qalam: 4)

Rasullullah saw diutuskan untuk me-

nyempurnakan akhlak. SabdaNya: aku

diutuskan untuk menyempurnakan

akhlak manusia.

Page 69: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Akhlak Rasulullah saw adalah ber-dasarkan Al Quran. Aisyah r.a telah berkata apabila ditanya tentangnya: “Sesungguhnya akhlak Rasulullah saw adalah Al Quran”.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik: …Selama sepuluh tahun saya melayani Rasulullah saw, belum pernah saya diherdik atau ditegur perbuatan saya : mengapa engkau berbuat ini? atau mengapa engkau tidak mengerjakan itu?” (Bukhari dan Muslim).

Page 70: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Akhlak merupakan kayu ukur kesem-

purnaan iman. Sabda Rasulullah saw:

“Orang mukmin yang paling sempurna

imannya ialah yang terbaik akhlaknya”

(Riwayat Tirmizi).

Sabda lain: “Sesungguhnya sebaik-baik

kalian ialah yang terbaik akhlaknya”.

(Bukhari dan Muslim).

Page 71: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Ciri-ciri Akhlak Islam

1. Tetap dan tidak berubah

Tidak mengikut peredaran zaman. Sebagai contoh sifat amanah, sejak dahulu hingga sekarang, amanah adalah sifat yang baik.

2. Berlandaskan fitrah manusia

Manusia secara fitrahnya cenderung untuk melakukan perkara baik dan benci kepada perkara buruk.

Page 72: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Merupakan Kesan daripada ibadah

Lahir daripada mematuhi ajaran Islam

dan meninggalkan larangannya. Ibadah

yang dilakukan dengan sempurna akan

menegah diri daripada berakhlak buruk.

4. Sumber kekuatan

Asas keagungan umat. Benarlah kata-

kata seorang penyair arab: “Kekalnya

sesuatu umat itu dengan kekalnya akhlak

mereka. Apabila akhlak mereka runtuh

dan lenyap, lenyaplah umat tersebut”.

Page 73: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Syumul

Meliputi akhlak :

- Akhlak dengan Allah dan rasul

- Akhlak sesama manusia

- Akhlak dengan alam

- Akhlak dengan pekerjaan

- Akhlak dengan binatang

Page 74: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Akhlak Etika

Berdasarkan Al Quran

dan Sunnah.

Pandangan manusia

atau selain dua sum-

ber tersebut.

Matlamat akhlak Islam

untuk mendapatkan

kebahagiaan di dunia

dan akhirat.

Bertujuan memenuhi

kehendak manusia.

lebih berorientasikan

keuntungan

Perbezaan Antara Akhlak Dan Etika

Page 75: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Mempunyai daya atau

nilai kudus dan suci

yang memberikan nilai

tinggi dan penghor-

matan kepada akhlak

itu sendiri.

Tiada nilai kudus dan

suci. Ia adalah panda-

ngan manusia se-

mata-mata. Semua

orang boleh menyang-

gah dan menerima-

nya.

Tetap dan tidak ber-

ubah. Semenjak za-

man Rasulullah saw

definisi sesuatu akh-

lak tidak berubah

Tindakan yang diang-

gap baik tidak diang-

gap baik pada masa

yang lain. Berdasar-

kan rasional semasa.

Page 76: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Memberi kesan yang

mendalam kepada

pengamalnya, sama

ada dari sudut rohani

dan jasmani

Tidak mampu me-

ninggalkan kesan. Ini

kerana kebaikan se-

suatu perkara berda-

sarkan kepada ke-

adaan dan rasional.

Page 77: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kaedah Pembentukan Akhlak

1. Mengawal sesuatu sifat ke arah yang

sederhana.

2. Memandu sifat-sifat manusia ke jalan

yang disuruh oleh Islam.

3. Menggantikan sifat yang buruk dengan

sifat yang baik.

Page 78: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Faktor-faktor Pembentukan Akhlak

1. Pandangan manusia terhadap Penciptanya:

Apakah hubungan manusia dengan Tuhannya? Apakah mereka akan di-pertanggungkan di hadapanNya? Apakah matlamat kewujudan mereka? Maka, tasawwur manusia yang jelas tentang Tuhannya dan matlamat kejadiannya akan membina neraca yang sebenar mengenai akhlak yang mesti mereka amalkan.

Page 79: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Beriman kepada Allah S.W.T dan

pembalasan akhirat:

Perkara ini berkait rapat dengan

keimanan terhadap hari akhirat. Adakah

seseorang menghayati dan

menggambarkan diri mereka apabila

berhadapan dengan seksa Allah SWT.

3. Persekitaran:

Seperti keluarga, masyarakat, geografi

dan sebagainya.

Page 80: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Teman dan sahabat:

Maksud hadis :

“Perumpamaan seseorang yang mengam-

bil kawan yang baik, adalah seperti

seorang yang berkawan dengan penjual

minyak wangi. Dia akan terkena bauan

minyak wangi itu. Manakala seorang yang

mengambil kawan yang jahat seperti

orang yang berkawan dengan tukang

besi. Bajunya akan koyak atau terkena

bauan yang busuk”.

Page 81: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Keturunan (Wirathah):

Sifat genetik yang diwarisi dari gengerasi ke generasi yang lain mampu mem-bentuk peribadi seseorang.

6. Adat:

Adat yang baik di dalam sesebuah masyarakat akan membantu seseorang itu terikat dengan perkara tersebut. Islam tidak melarang adat resam sesuatu bangsa selagi mana ia tidak berten-tangan dengan agama.

Page 82: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

7. Undang-undang dan peraturan:

Undang-undang merupakan jalan ter-

akhir atau sokongan untuk membentuk

akhlak manusia. Di dalam Islam terdapat

dua cara untuk mendidik manusia :

Pertama : menggalakkan (targhib).

Kedua : menakutkan (tarhib).

Kedua-dua cara ini saling melengkapi di

antara satu sama lain.

Page 83: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

8. Ilmu:

Ilmu yang dimaksudkan adalah :

(a) ilmu agama secara umumnya dan

(b) ilmu akhlak secara khususnya.

Ini kerana ilmu mengenalkan manusia

perkara baik dan sebaliknya serta

balasan-balasan yang akan diperolehi

jika melakukannya.

Page 84: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

9. Budaya:

Budaya yang dimaksudkan ialah :

Nilai-nilai baik yang sudah menjadi

budaya di dalam masyarakat.

Untuk menjadikan nilai-nilai baik men-

jadi budaya memerlukan kepada proses

pembudayaan.

Page 85: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

PENGAJIAN ISLAM (MPW 1143)

BAB 2:

ASPEK-ASPEK UTAMA AJARAN ISLAM

MOHD SAFUAN BIN AHMAD SUBHI

PENSYARAH PENGAJIAN ISLAM

Page 86: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

OBJECTIVES LEARNING

Memahamkan dan menghuraikan konsep dan asas-asas Islam seperti Aqidah, Akhlak dan Syariat

Memahamkan tujuan kehidupan manusia hasil daripada konsep dan gambaran di atas.

Page 87: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

OUTCOME LEARNING

Mengetahui dan memahami konsep dan asas-asas Islam seperti Aqidah, Akhlak dan Syariat dan berusaha mempraktik-kannya di dalam ruang-ruang tersebut.

Memenuhi kehidupan dengan cita-cita untuk berkhidmat dan berbakti terhadap agama Islam.

Page 88: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

ASPEK-ASPEK UTAMA

AJARAN ISLAM

ISLAM

SYARIAH AKIDAH AKHLAK

Kepercayaan/

Keimanan

Perundangan

/Hukum

Nilai-nilai

baik/buruk

Page 89: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

AKIDAH

DEFINISI AKIDAH

Dari segi bahasa:

Berasal daripada perkataan Arab `aqada’ bermaksud :

`ikatan atau simpulan’.

Page 90: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Dari segi istilah : Kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-

hakikat atau nilai-nilai yang mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki, yang kudus dan suci seperti yang diwajibkan oleh syarak, iaitu beriman kepada Allah S.W.T, rukun-rukun iman, rukun-rukun Islam, dan perkara-perkara ghaibiyyat seperti syurga dan neraka (seperti dijelaskan oleh al-Quran).

Page 91: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Maksud Firman Allah :

“Sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa di jalan Allah. Mereka itu orang-orang yang benar”

(al-Hujurat 49:15)

Page 92: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kaitan definisi akidah dari sudut bahasa dan istilah boleh dilihat dari segi:

Akidah adalah sesuatu kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa seseorang sehingga tidak mungkin tercerai/terurai.

Page 93: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Maksud iman :

Imam al-Ghazali menghuraikan iman sebagai :

(a) Pengakuan dengan lidah.

(b) Membenarkan pengakuan itu dengan hati.

(c) Membuktikan pengakuan tersebut dengan amalan melalui anggota.

Page 94: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Antara dalil yang menjadi asas akidah/iman:

Maksud sabda Rasulullah s.a.w ketika menjawab pertanyaan Jibril tentang iman:

“Iman itu ialah kamu beriman kepada Allah dan para malaikatNya, dan kitab-kitabNya, dan para rasulNya dan hari akhirat, dan kamu beriman dengan qadar ketetapanNya baik dan buruk” .

Page 95: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

MENGAPA PERLU AKIDAH? Akidah menjadi teras/asas dalam kehidupan.

Amalan yang dilakukan oleh seseorang tanpa iman, tidak diterima oleh Allah.

Akidah yang murni akan memberi kesan terhadap jiwa seseorang, di mana akidah akan bertindak sebagai pendorong untuk melakukan amal ibadah dan tidakan yang lain.

Page 96: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Akidah yang murni bertindak sebagai

penyuluh untuk seseorang mengenali

kebenaran dan menyelamatkannya dari-

pada terjerumus ke kancah kesesatan

dan penyelewengan.

Seseorang yang mempunyai akidah yang

kuat akan mengetahui tujuan kehidupan-

nya. Dia mengetahui permulaan dan

pengakhiran kehidupannya. Dia hidup di

atas jalan yang lurus.

Page 97: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Akidah tauhid akan menjadikan manusia bersatu padu kerana semua manusia diciptakan oleh Allah. Iman menjadikan manusia berkasih dan bersaudara.

“Dan sesiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memimpin hatinya, dan Allah amat mengetahui segala se-suatu”

(at-Taghabun : 11)

Page 98: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

ASAS AKIDAH DALAM ISLAM (RUKUN IMAN)

1. Beriman kepada Allah sebagaimana dijelaskan dalam al-Quran :

“Katakanlah (wahai Muhammad : (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tidak beranak, dan Dia tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa pun yang setara denganNya”.

Page 99: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Perkara-perkara yang membuktikan kewujudan Allah.

Melalui logik akal, setiap perkara yang wujud di alam ini ada penciptanya. Maka siapakah yang menciptakan alam ini?. Jawapannya tidak lain dan tidak bukan, tentulah Allah.

Page 100: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Melalui dalil wahyu, iaitu hujah di mana

Allah memberitahu menerusi RasulNya

bahawa Dia adalah Rabbul Alamin

(pencipta, penguasa, pemerintah dll).

Maksud Firman Allah SWT. :

Atau sesiapa yang telah menciptakan

langit dan bumi dan menurunkan air

Dari langit lalu kami tumbuhkan kebun-

kebun… (al-naml: 60)

Page 101: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Para Ulamak memutuskan bahawa cara untuk mengenal Allah ialah melalui wahyu, iaitu pemberitahuan oleh Allah sendiri tentang diriNya.

Antara pengenalan Allah yang paling jelas

terdapat dalam Asma al-Husna, iaitu nama-nama Allah yang 99 sebagai gambaran tentang sifat-sifat Allah.

Page 102: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Antaranya:

Allah

Lafaz yang Maha Mulia ini merupakan nama

dari zat Ilahi yang Maha Suci serta berhak

memiliki segala pujian serta sanjungan.

Manakala nama-nama lain menunjukkan

suatu sifat Allah yang tertentu dan oleh itu ia

juga boleh dianggap sebagai sifat-sifat bagi

lafaz yang Maha Agung iaitu Allah.

Page 103: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Antara nama lain ialah:

Al Rahman

Maha Pengasih, memberi nikmat kepada

makhluk semasa di dunia.

Al Rahim

Maha Penyayang, ada ulamak mentafsirkan

dengan maksud memberi nikmat

yang banyak di akhirat kursus kepada orang-

orang mukmin.

Page 104: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Seorang muslim wajib beriman kepada

Allah pada tiga sudut iaitu Tauhid

Uluhiyyah, Tauhid Rububiyah dan Al Asma

Was Sifat.

Tauhid Uluhiyyah: mempercayai secara

putus bahawa hanya Allah SWT Tuhan

yang berhak disembah, tiada selainNya.

Tauhid Rububiyah : mempercayai secara

putus/tetap bahawa hanya Allah SWT yang

mencipta, memiliki dan menyusun alam ini.

Segala-galanya tertakluk ketentuan Allah

S.W.T.

Page 105: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Mempercayai bahawa Allah mempunyai

nama-nama dan sifat-sifat yang mulia.

Maksud beriman kepada Allah juga

sepatutnya kita mempelajari dan me-

mahami segala yang datang daripada

Allah melalui RasulNya sama ada dalam

al-Quran atau al-Sunnah.

Maksud beriman kepada Allah juga bukan

sekadar percaya tentang kewujudan

Allah tetapi termasuk juga segala apa

yang datang daripada Allah S.W.T.

Page 106: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Apa maknanya beriman kepada Allah kalau tidak mengatahui dan jahil tentang petunjuk atau ajaran Allah S.W.T. inilah yang dimaksudkan dengan konsep akidah yang kabur dan iman yang keliru.

Antara maksud dan tuntutan iman kepada

Allah juga ialah yakin terhadap apa yang datang daripada Allah.

Page 107: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SOALAN TUTORIAL

1. Apakah dalil-dalil atau hujah-hujah logik yang menyatakan Allah itu wujud?

2. Mengapa seorang Islam yang beriman dengan Allah mesti mematuhi dan mengamalkan ajaran-ajaran Islam?

Page 108: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Beriman kepada Malaikat

Mereka adalah makhluk ghaib yang diciptakan oleh Allah daripada cahaya, berdasarkan Hadith Rasulullah yang bermaksud:

“Dijadikan Malaikat dari cahaya, dijadikan jin dari nyalaan api dan manusia seperti yang telah digambarkan kepada kamu”. (Riwayat Muslim)

Page 109: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Malaikat boleh meyerupai bermacam rupa

dan bentuk dengan izin Allah.

Biasanya ia datang kepada Rasulullah

dalam bentuk manusia dan ada juga yang

datang ke bumi dalam bentuk cahaya.

Bentuk asal malaikat mempunyai sayap

yang berbeza-beza antara satu malaikat

dengan yang lain. Ada yang mempunyai

dua sayap, tiga sayap, empat sayap

bahkan ada yang lebih dari itu.

Page 110: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Firman Allah S.W.T.

“Segala puji-pujian bagi Allah yang

mencipta langit dan bumi, menjadikan

malaikat sebagai utusan, pada malaikat ada

sayap-sayap, ada yang punya dua sayap,

tiga sayap, empat sayap. Allah boleh

menembahkan pada ciptaanNya apa yang

Allah kehendaki, sesungguhNya Allah

Maha Berkuasa terhadap segala-galanya”.

(Fatir: 1)

Page 111: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: Rasulullah S.A.W. telah melihat Jibril mempunyai enam ratus buah sayap (Riwayat Muslim)

Mereka melaksanakan segala perintah Allah. Firman Allah SWT:

“Para Malaikat itu tidak melanggar apa yang di perintah oleh Allah di mana mereka melaksanakan apa yang disuruh”. (al-Tahrim: 6).

Page 112: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Antara tugas mereka ialah membawa wahyu kepada para Nabi dan Rasul. Firman Allah SWT:

“Katakanlah wahai Muhammad siapa yang menjadi musuh Jibril maka sebenarnya Jibril itu membawa turun wahyu ke dalam hati kamu dengan izin Allah, membenarkan wahyu yang terdahulu dan sebagai petunjuk serta berita gembira bagi orang mukmin”.

(al-Baqarah: 97).

Page 113: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Bertasbih dan patuh serta sujud pada Allah. Firman Allah S.W.T:

“Sesungguhnya semua Malaikat yang ada di sisi Tuhanmu (Allah) mereka tidak menyombong diri dan tidak enggan beribadah menyembah Allah, mereka bertasbih dan sujud kepadaNya”.

(al-Akraf: 206).

Page 114: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Memikul Arsy. Fiman Allah: Mereka

(malaikat) yang memikul Arasy. (Ghafir: 7).

Berdoa untuk Orang-orang beriman:

“Dan mereka (malaikat) memohon keam-

punan untuk orang-orang yang beriman

dengan berkata wahai Tuhan kami yang

Maha Luas RahmatNya terhadap segala-

galanya dan pengetahuanNya. Ampunlah

mereka yang bertaubat dan menuruti jalan

engkau, dan peliharalah mereka dari azab

neraka…” (Ghafir: 7-8)

Page 115: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Di dalam nas-nas, terdapat nama-nama malaikat dan kerja-kerja mereka:

Jibril : menyampaikan wahyu Mikail : menyampaikan rezeki Raqib : menulis segala kejahatan Atid : menulis segala kebaikan Ridhwan : menjaga pintu syurga Malik : menjaga pintu neraka Munkar : menyoal di dalam kubur Nakir : menyoal di dalam kubur Izrail : mencabut nyawa Israfil : meniup sangkakala

Page 116: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SOALAN TUTORIAL

1. Mengapakah kita perlu memahami perkara-perkara berkaitan Malaikat me-lalui nas-nas agama?

2. Bagaimanakah keimanan terhadap malaikat boleh memberi kesan yang baik dalam kehidupan?

Page 117: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Beriman kepada kitab

Percaya bahawa Allah menurunkan kitab-kitab kepada nabi-nabi dan rasul-rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar.

Tidak meragui Al-Quran adalah kitab yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. yang merupakan mukjizat.

Membenarkan segala ajaran yang terdapat dalam al-Quran dan beramal dengannya.

Page 118: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Setiap orang Islam mestilah mengetahui

dan yakin bahawa Allah SWT telah menurunkan wahyuNya kepada para Nabi dan Rasul sejak dahulu hingga Rasul terakhir Muhammad S.A.W.

Page 119: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Firman Allah SWT:

“Seluruh manusia adalah Ummah yang satu.

Kemudian Allah mengutuskan Nabi-Nabi

sebagai pembawa berita gembira dan

menyampaikan peringatan juga diturunkan

bersama mereka kebenaran supaya ia dapat

memberikan keputusan tentang apa yang

menjadi pertikaian di kalangan mereka...”

(al-Baqarah: 213)

Page 120: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Antara contoh-contoh kitab yang Allah

turunkan ialah Suhuf kepada Ibrahim yang

disebut dalam al-Quran.

Page 121: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya berjaya orang-orang yang

menyucikan dirinya. Mengingati nama

Tuhannya kemudian mendirikan solat. Tetapi

kamu semua terpengaruh dengan kehidupan

dunia sedang akhirat adalah lebih baik dan

lebih kekal. Sesungguhnya perkara ini ter-

dapat dalam Sahifah-Sahifah yang terdahulu

iaitu Sahifah-sahifah yang diturunkan kepada

Nabi Ibrahim dan Musa”.

(al-A‟la: 14-19)

Page 122: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Contoh lain ialah Zabur kepada Daud.

Firman Allah SWT:

“Dan Tuhan lebih mengetahui siapa

yang berada di langit-langit dan di bumi.

Sesungguhnya kami melebihkan seba-

hagian Nabi kepada sebahagian yang

lain. Dan kami telah berikan kepada

Daud kitab Zabur”.

(al-Isra‟: 55)

Page 123: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Taurat dan Injil diturunkan kepada Nabi Allah Musa dan Isa :

“Dan Kami mengutuskan Isa bin Maryam mengikuti jejak langkah mereka (nabi-nabi Bani Israel yang terdahulu) untuk mem-benarkan apa yang telah ada dihadapan-nya dari kitab Taurat, dan Kami telah mem-erikan kepadanya Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil membenarkan apa yang dahulu daripadanya iaitu Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat bagi orang-orang yang bertaqwa’. (al-Maidah: 46)

Page 124: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kitab terakhir ialah al-Quran, diturunkan

kepada Muhammad s.a.w. :

Maksud Firman Allah: “Allah, tiada Tuhan

selainNya, yang hidup kekal mentadbir-

kan (sekelian makhlukNya). Dia menurun-

kan kepadamu (Muhammad) al-Quran

dengan mengandungi kebenaran, yang

membenarkan isi kitab-kitab suci yang

terdahulu, dan Dia juga yang menurunkan

kitab-kitab Taurat dan Injil”.

(Ali Imran: 2-4)

Page 125: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tujuan kitab-kitab diturunkan ialah untuk memberi petunjuk kepada manusia ten-tang jalan hidup yang betul.

“Dengan al-Quran itu, Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaan-nya, dan (dengannya) Dia megeluarkan mereka daripada kegelapan (kufur) kepa-da cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya, dan (dengannya juga) Dia menunjukkan mereka ke jalan yang lurus”. ( al-Maidah:16 ).

Page 126: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Persamaan Al-Quran dengan kitab-kitab lain

ialah :

semua kitab Allah yang diturunkan kepada para Nabi adalah membawa perkara pokok yang sama, iaitu mengajak manusia menyembah Allah S.W.T men-tauhidkanNya dan supaya mereka menjauhi Taghut.

Page 127: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Beberapa perbezaan Al-Quran Dengan kitab-kitab lain:

1. Al-Quran mengandungi isi kandungan

yang menyeluruh dan lengkap. Manakala kitab-kitab lain tidak menyeluruh dan belum sempurna kerana kitab yang terakhir iaitu Al Quran belum lagi diturunkan.

Page 128: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Al-Quran tetap asli, tidak ada perubahan dan tidak mampu dipinda oleh manusia. Firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Kami menurunkan Al-Zikir (Al-Quran) dan kami yang menjaganya” (Al-Hajr : 9). Kitab-kitab lain pula telah diselewengkan dan tidak asli.

3. Syariat atau hukum-hakam yang terdapat di dalam Al-Quran sesuai untuk semua zaman dan tempat. Manakala syariat daripada kitab-kitab terdahulu sesuai untuk tempoh-tempoh tertentu sahaja.

Page 129: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Bahasa Al-Quran adalah bahasa yang

hidup penggunaanya sepanjang zaman

iaitu sentiasa digunakan oleh ramai orang

dan banyak negara di seluruh dunia.

Bahasa kitab-kitab lain telah atau hampir

pupus, yang tinggal hanyalah pengganti-

penggantinya iaitu bahasa-bahasa ter-

jemahan. Jika ada bahasa asal sekali

pun, kita akan dapati tidak ada atau

jarang orang yang boleh memahaminya.

Page 130: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Hikmah Beriman Dengan Kitab-Kitab.

1. Menunjukkan bahawa agama yang datang daripada Allah adalah satu sahaja iaitu Islam yang terkandung di dalam kitab-kitab terdahulu dan kitab yang terakhir iaitu Al Quran.

2. Umat manusia di sepanjang zaman sebenarnya memerlukan agama yang satu iaitu Islam, yang berteraskan akidah Tauhid. Ini semua terkandung dalam semua kitab-kitab yang datang daripada Allah.

Page 131: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Perbezaan dari segi syariat adalah perkara ranting sahaja. Manakala perkara asas adalah sama.

4. Mengetahui bahawa sepatutnya orang-orang

Yahudi dan Kristian menerima Islam. Ini kerana semua para Nabi membawa mesej yang sama dan Islam adalah agama Allah yang memansuhkan kesemua agama sebelum ini.

Page 132: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SOALAN TUTORIAL

1. Sebutkan nama-nama kitab yang diturun-kan kepada nabi-nabi. Selain daripada kitab-kitab tersebut, adakah terdapat kitab-kitab lain yang telah diutuskan?. Jika ada sebutkan nama kitab-kitab tersebut berserta dalilnya.

2. Apakah kesinambungan atau hubungkait antara semua kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah SWT?.

Page 133: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Beriman kepada rasul Nabi atau rasul ialah manusia lelaki yang

diutuskan oleh Allah kepada umat/kaum-nya bertujuan mengajak manusia me-nyembah Allah dan menjauhi Taghut. Firman Allah S.W.T:

“Dan kami telah mengutuskan kepada setiap umat seorang Rasul untuk meng-ajak manusia menyembah Allah dan menjauhi Taghut...”

(Al-Nahl : 36)

Page 134: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Ada di antara Rasul-Rasul yang diceritakan oleh Allah kepada kita dan sebilangan yang lain tidak dijelaskan.

Firman Allah S.W.T:

“Dan sebilangan dari kalangan para Rasul telah diceritakan kepada kamu manakala sebilangan yang lain tidak diceritakan”. (Al-Nisa ; 164)

Page 135: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Sebilangan yang diceritakan dalam Al-Quran

seperti firman Allah S.W.T :

“Dan itulah hujah yang Kami berikan kepada Ibrahim dalam menghadapi kaumnya, Kami tinggikan darjat siapa yang Kami kehendaki. Sesungguhnya TuhanMu itu maha bijaksana lagi maha mengetahui”

(Al-An’am: 83)

Page 136: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Sambungan…

“Dan Kami anugerahkan kepada nabi

Ibrahim (anaknya) Ishak (dari isterinya Sarah)

dan (cucunya) Yaakob. Tiap-tiap seorang

(daripada mereka) Kami berikan petunjuk,

dan sebelum itu kami berikan kepada Nuh,

dan sebelum itu kami berikan kepada Daud,

Sulaiman, Ayub, Yusuf, Musa dan Harun.

Begitulah kami berikan balasan kepada

orang-orang yang berbuat kebaikan.”

(Al-An‟am: 84)

Page 137: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Antara hujah yang menunjukkan seseorang Rasul itu benar ialah mukjizat.

• Mukjizat ialah kejadian luar biasa yang diberikan oleh Allah kepada Rasul-rasulNya.

Contoh : mukjizat Nabi Ibrahim a.s., tidak hangus dibakar api.

“Kami telah berfirman: wahai api, dinginlah dan jadilah kamu selamat kepada Ibrahim”. (al Anbiya:69)

Page 138: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kepentingan Beriman Kepada Para Rasul: 1. Menunjukkan kesatuan, kesinambungan dan

hubungan antara para Nabi dan Rasul, di mana mereka semua adalah penerus agama Allah yang berasaskan akidah Tauhid.

2. Menunjukkan bahawa agama yang benar

hanya satu sahaja, iaitu Islam yang dibawa oleh semua Nabi dan Rasul.

Page 139: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SOALAN TUTORIAL

1. Apakah bukti kebenaran seseorang Rasul?. Sebutkan contoh perkara yang diberikan oleh Allah kepada para Rasul untuk membuktikan kebenaran mereka?.

2. Apakah hubungan antara Islam dengan agama Yahudi dan Kristian?.

Page 140: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Beriman kepada hari akhirat/kiamat

Konsep beriman kepada hari Akhirat bererti percaya dan yakin tentang adanya kehidupan selepas alam dunia ini. Setiap manusia akan berpindah dari alam dunia ke alam akhirat apabila mereka mati. Dengan kata lain akhirat ialah alam selepas mati.

Akhirat bagi seseorang ialah bermula dengan kematiannya. Setelah seseorang itu meninggal dunia bermakna dia telah masuk ke alam akhirat.

Page 141: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Peringkat-Peringkat di Hari Akhirat 1. Alam Kubur (Barzakh)

Akhirat bagi seseorang bermula dengan kematiannya. Apabila seseorang itu mati beerti telah bermula hari akhiratnya. Ini berdasarkan sabda Rasulullah yang bermaksud:

“kubur itu akan menjadi samada satu taman dari pada taman-taman Syurga atau satu lubang daripada lubang-lubang Neraka”.

Page 142: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Hari Kebangkitan

Apabila berlakunya Qiamat, manusia akan dibangkitkan. Allah S.W.T berfirman: “Pada hari yang mana Allah membangkit-kan mereka semua, kemudian Allah memberitahu kepada mereka tentang apa yang mereka lakukan. Allah telah mem-buat perhitungan sedang mereka telah melupainya, dan Allah maha menyaksikan segala sesuatu”.

(Al-Mujadalah: 6).

Page 143: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Firman Allah yang lain:

“Dan Dia (Allah) yang memulakan pen-ciptaan makhluk, kemudian Dia me-ngulanginya, dan ia lebih mudah bagiNya…”. (Al-Rum: 27).

Page 144: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Apabila manusia dibangkitkan, mereka

dihimpun di suatu tempat yang bernama

(Mahsyar). Rasulullah bersabda

maksudnya:

“Manusia dikumpul pada hari Qiamat

kepada tiga golongan: satu golongan

berjalan, satu golongan lain berkendera-

an dan golongan yang ketiga berjalan

dengan muka-muka mereka. Para

sahabat bertanya, wahai Rasulullah!,

Bagaimana mereka dapat berjalan

dengan muka?

Page 145: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Sambungan…

Baginda menjawab: Allah Maha Berkuasa

menjadikan manusia berjalan dengan kaki,

maka sudah tentu Allah berkuasa menjadikan

manusia berjalan dengan muka-muka

mereka. Alangkah sukarnya mereka yang

berjalan dengan muka kerana terpaksa

menjaga muka dari tanah yang berbonggol-

bonggol dan berduri.”

(Riwayat Tirmizi)

Page 146: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pada hari Akhirat, amalan manusia akan dipamerkan. Setiap orang akan melihat setiap amalan mereka lakukan sama ada baik atau pun buruk, besar, atau pun kecil. Firman Allah S.W.T: “Dan sesiapa yang melakukan kebaikan walaupun sebesar zarrah ia akan dapat melihatnya dan juga sesiapa melakukan kejahatan sebesar zarrah sekali pun ia akan dapat melihat.” (al-Zalzalah:7-8)

Page 147: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Antara perkara yang akan dilalui oleh

manusia di akhirat ialah hisab dan

timbangan amalan. Firman Allah swt:

“Tidak berganjak tapak kaki seseorang

hamba sehingga dia disoal tentang

umurnya untuk apa dihabiskannya, dan

ilmunya untuk apa dipergunakannya, dan

tentang hartanya dari mana ia diperoleh

dan untuk apa dipergunakan.”

(Riwayat Tirmizi)

Page 148: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Sambungan…

Firman Allah SWT:

“Kami letakkan timbangan yang adil pada hari

qiamat, maka tidak dizalimi seseorang itu

sedikit pun, dan cukuplah Kami yang

membuat perhitungan.”

(al-Anbiya: 47)

Page 149: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Setiap orang pasti melalui sirat (jambatan). Firman Allah S.W.T:

“Tidak seorang pun dari kamu melainkan mendatanginya (sirat). Perkara itu bagi TuhanMu adalah ketentuan yang telah ditetapkan. Kemudian kami menyelamat-kan orang-orang yang bertaqwa dan membiarkan orang-orang yang zalim berlutut di dalamnya (api neraka)”. (Mariam: 71-72)

Page 150: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Sambungan…

Rasulullah bersabda bermaksud:

“Dibentangkan sirat di antara dua tebing

Neraka Jahanam. Aku (Muhammad) dan

umatku adalah mereka yang mula-mula

menyeberangi. Tidak ada yang berani

bercakap ketika itu kecuali para Rasul

dengan berdoa: Ya Allah selamatkanlah.

Page 151: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Akan berlaku balasan syurga dan

neraka. Berdasarkan nas-nas yang

menunjukkan bahawa orang yang

mempunyai amalan baik yang banyak

sehingga memberatkan timbangan

amalan baik ia akan dimasukkan ke

dalam syurga, manakala mereka yang

sebaliknya akan dimasukkan ke dalam

neraka.

Page 152: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Sambungan…

Firman Allah S.W.T: “Dan sesiapa yang

berat timbangan amalan baiknya ia akan

hidup dalam keredhaan Allah di Akhirat dan

mereka yang ringan timbangan baiknya

akan dikembalikan kepada Hawiah. Apakah

Hawiah itu?. Iaitu api yang membakar.”

(al-Qari‟ah: 7)

Page 153: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SOALAN TUTORIAL 1. Bagaimanakah Keimanan Kepada Hari Akhirat

dapat meningkatkan keimanan kepada Allah SWT seterusnya membentuk akhlak yang mulia?.

1. Terangkan peringkat-peringkat Hari Akhirat secara ringkas?.

Page 154: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kepentingan Beriman dengan Hari Akhirat.

1. Membuatkan manusia melakukan ke-baikan dan meninggalkan kejahatan kerana mereka menyedari bahawa setiap perkara akan diberi balasan.

2. Membuatkan manusia berlaku adil kerana

pembalasan Allah swt maha adil.

Page 155: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Menimbulkan keimanan dengan merasai

keagungan Allah Rabbul Alamin selaku perintah dan penguasa serta pemilik alam dan segala isi kandungannya.

4. Melembutkan hati manusia dengan

mengingati mati dan Hari Akhirat.

Page 156: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

6. Beriman kepada Qada’ dan Qadar. Qada’ bermaksud pelaksanaan atau

penyempurnaan sesuatu perkara se-bagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt.

Daripada maksud qada, kita mestilah

beriman bahawa Allah swt mengetahui apa yang akan terjadi terhadap setiap makhluk.

Page 157: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Qadar bermaksud kadar atau sukatan yang

telah ditentukan oleh Allah swt. Daripada maksud qadar, kita mestilah

beriman bahawa setiap makhluk telah ditetapkan oleh Allah swt kadar yang akan diperolehinya.

Page 158: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Terdapat kekeliruan dalam memahami konsep Qada’ dan Qadar. Antaranya ialah sikap tidak mahu berusaha kerana beranggapan Allah swt telah mengetahui Qada’ (pelaksanaan dan penyempurna-an) dan telah menetapkan Qadar (kadar dan sukatan).

Pemikiran sebegini adalah salah dan tidak

memahami kosep Qada’ dan Qadar dengan betul.

Page 159: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Allah swt menentukan kadar dan sukatan

sesuatu perkara kepada manusia berdasarkan penyempurnaan dan pelaksanaan mereka sendiri.

Dalam kata lain, Allah swt menetapkan

sesuatu perkara berdasarkan usaha dan kehendak menusia itu sendiri.

Page 160: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Adil

di dalam menilai usaha dan kehendak itu. Ini bertepatan dengan firmanNya:

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah

keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”.

(Surah ar-Rad: ayat 11)

Page 161: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Manusia juga dituntut untuk berdoa kepada

Allah swt. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan mem-buat baik kepada ibu bapa.”

(Riwayat Ibnu Hibban dan Tirmizi)

Page 162: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Sikap Orang Islam Dalam Menerima Takdir Allah:

1. Menerima dan redha dengan takdir kerana

Allah Maha Adil dan tidak zalim terhadap makhluk. Perkara yang ditentukan kepada manusia yang berada di luar kemampuan mereka berdasarkan kepada keadilan Allah swt.

Page 163: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Bersabar di atas takdir buruk yang berlaku

kerana Allah swt mengetahui hikmahnya dan bersyukur di atas takdir yang baik.

3. Berusaha dan berwaspada dalam kehidupan

seharian. Kemudian mengi-ringinya dengan doa dan selepas itu bertawakkal.

Page 164: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kepentingan Beriman Dengan Qada’ dan Qadar:

1. Melatih diri untuk banyak bersyukur dan

bersabar. Orang yang beriman kepada qada’ dan qadar, apabila mendapat keberuntungan, dia akan bersyukur kerana menyedari itu adalah nikmat Allah. Sebaliknya, apabila terkena musibah, dia akan sabar kerana menyedari itu adalah ujian.

Page 165: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Menjauhkan diri dari sifat sombong dan

putus asa. Ini kerana, apa yang

diperolehi adalah milik Allah swt. Apabila

mengalami kegagalan, tidak mudah

berkeluh kesah dan berputus asa

kerana mengetahui bahwa kegagalan itu

sebenarnya adalah ketentuan Allah.

Page 166: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Mempunyai sikap optimis dan giat

bekerja. Manusia tidak mengetahui takdir

yang akan terjadi pada dirinya. Justeru,

semua orang tentu menginginkan nasib

yang baik. Keberuntungan dan nasib yang

baik itu tidak datang begitu saja, tetapi

harus diusahakan. Oleh sebab itu, orang

yang beriman kepada qada‟ dan qadar

sentiasa optimis dan giat bekerja untuk

meraih kebaikan yang diingini.

Page 167: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Sambungan…

Firman Allah: “Dan carilah kebahagiaan

negeri akhirat dengan apa yang telah

dianugerahkan Allah kepadamu, dan

janganlah kamu melupakan bahagianmu

daripada kenikmatan dunia, dan berbuat

baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah

telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah

kamu berbuat kerosakan di muka bumi.

Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-

orang yang berbuat kerosakan”

(Al- Qashas ayat 77).

Page 168: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Orang yang beriman dengan qada‟ dan qadar

mempunyai jiwa yang tenang. Ini kerana

mereka merasa senang dengan apa yang

ditentukan Allah kepadanya. Jika beruntung

atau berhasil, dia ber-syukur. Jika terkena

musibah atau gagal, dia bersabar dan

berusaha lagi. Firman Allah: “wahai jiwa yang

tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan

hati yang redha lagi diredhaiNya. Maka,

masuklah ke dalam kumpulan hamba-

hamba-Ku, dan masuklah ke dalam

syurgaKu.

(Al-Fajr : 27-30).

Page 169: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SOALAN TUTORIAL

1. Mengapa manusia perlu berusaha sedangkan Allah SWT sudah mengetahui dan menetapkan apa yang akan diperolehi?.

2. Seseorang yang beriman dengan qada’ dan qadar akan mempunyai jiwa yang tenang?. Huraikan secara ringkas.

Page 170: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Apakah Yang Boleh Merosakkan Akidah? Syirik: Perbuatan menyekutukan Allah dalam

apa jua bentuk dengan sesuatu yang lain, sama ada makhluk bernyawa atau tidak’.

Syirik terbahagi kepada dua iaitu syirik khafi

(tersembunyi) dan syirik jali (jelas).

Page 171: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Syirik khafi (tersembunyi) bermaksud: Tidak

meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat, terutama dalam ibadah.

Antara perbuatan syirik khafi ialah riyak

(menunjuk-nunjuk kehebatan diri), ujub (mengagumi diri) dan takabur (membangga diri).

Page 172: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Syirik jali (jelas) berlaku melalui salah satu daripada tiga keadaan:

1. Melalui iktikad iaitu meragui atau menafikan kewujudan Allah swt.

2. Melalui perbuatan atau amalan tertentu seperti menyembah berhala, patung, pokok, matahari, bulan, bintang dan lain-lain.

3. Melalui lidah atau perkataan seperti mengaku keluar daripada Islam dan menghalalkan perkara yang haram.

Page 173: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tindakan-tindakan yang membawa kepada rosak akidah:

1. Sihir dan menenung nasib

2. Bertawakal kepada makhluk

3. Mengkafirkan orang Islam yang telah nyata Islamnya

4. Yakin pada ideologi yang dibawa oleh manusia lebih baik daripada sistem Islam

Page 174: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Mencaci nabi dan sunnah

6. Hukum Allah menjadi sendaan dan

gurauan

7. Menolak sunnah yang dibawa oleh

Rasulullah s.a.w.

8. Membantu orang kafir untuk merosakkan

Islam

9. Menolak sebahagian daripada al-Quran

dan menerima sebahagian yang lain

Page 175: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Bagaimana kesan/akibat daripada pe-nyelewengan akidah ?

Kesan terhadap individu

• Dimurkai oleh Allah • Melemahkan iman • Hati sentiasa gelisah • Tidak takut untuk melakukan kejahatan • Berakhlak buruk • Hidup tanpa arah/tujuan yang betul dan

tidak diredai

Page 176: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kesan terhadap masyarakat dan negara

• Merosakkan hubungan persaudaraan dalam Islam

• Timbul pelbagai masalah sosial • Mudah dieksploitasikan oleh orang lain

untuk kepentingan sendiri seperti yang berlaku di Barat.

• Umat Islam akan sentiasa ditindas • Mewujudkan perpaduan masyarakat yang

pincang

Page 177: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

RUMUSAN

1. Maksud Akidah ialah simpulan yang kuat.

2. Dalam Islam, apabila dibicarakan per-soalan akidah, ia merujuk kepada Iman.

3. Terdapat enam rukun Iman yang wajib dipercayai oleh orang Islam iaitu beriman kepada Allah, Malaikat, Kitab-kitab, Rasul-rasul, Hari Akhirat dan Qada’ dan Qadar.

Page 178: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Maksud beriman kepada Allah ialah

meyakini secara putus (tekad) bahawa

tiada sekutu bagi Allah dalam semua

perkara, hanya Allah yang berhak

disembah sebagai Tuhan dan Allah

mempunyai nama-nama dan sifat-sifat

yang mulia.

5. Maksud beriman kepada Malaikat ialah

mempercayai kewujudan malaikat dan

keadaannya sebagaimana yang

diterangkan oleh Al Quran dan Hadith.

Page 179: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

6. Maksud beriman kepada Kitab-kitab ialah

mempercayai bahawa Allah SWT

menurunkan Kitab-kitab kepada Rasul-

rasulnya, membenarkan ajarannya dan Al

Quran adalah kitab terakhir yang

memansuhkan kitab-kitab sebelum ini.

7. Maksud beriman kepada Rasul-rasul ialah

mempercayai bahawa Allah SWT

mengutuskan Rasul-rasul kepada setiap

umat dan keadaan mereka sebagaimana

yang diceritakan oleh Al Quran dan Hadith.

Page 180: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SYARIAH

Syariah difahami sebagai sistem atau peraturan perundangan yang menyusun kehidupan sepertimana yang digariskan oleh Islam yang bersumberkan wahyu dan sunnah nabi untuk diamalkan oleh manusia.

Tujuannya ialah untuk memelihara kese-lamatan 5 perkara asas:

(a) Agama (b) Akal (c) Keturunan (d) Harta (e) Nyawa

Page 181: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Skop atau ruang lingkup syariat ialah

hukum-hukum amali/praktikal yang di-

laksanakan oleh manusia meliputi

aspek-aspek berikut:

1. Ibadat : Meliputi aspek-aspek fardu

ain (seperti solat, puasa, zakat dan

haji) dan fardu kifayah.

2. Muamalat : seperti perniagaan dan

kewangan

Page 182: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Munakahat seperti nikah, talak, rujuk.

4. Hukuman jenayah seperti qisas dan

hudud

5. Hubungan antara negara - perjanjian

dan lain-lain

6. Akhlak dan adab - seperti amanah dan

benar

Page 183: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Ibadah

Dari sudut bahasa, berasal daripada

perkataan `abada‟, bermaksud: “me-

rendah diri, tunduk, akur patuh dan taat”.

Dari segi istilah syarak, ibadah

bermaksud: “taat, tunduk, patuh dan

merendah diri sepenuhnya kepada Allah,

mengakui dan meyakini bahawa Allah

sahaja yang layak menjadi tumpuan

kepatuhan dan pengharapan dalam

aktiviti kehidupan manusia ”

Page 184: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tujuan utama penciptaan manusia

adalah untuk `mengabdikan diri kepada

Allah S.W.T.

Maksud Firman Alah :

“Dan tidak Aku menciptakan jin dan

manusia melainkan untuk mereka

mengabdikan diri (terhadapKu)”.

( Surah : )

Page 185: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pembahagian Ibadah

• Ibadah khusus: “Ibadah yang dilakukan

dalam hubungan antara manusia dengan

Allah secara langsung seperti solat,

puasa, zakat dan haji”.

• Cara dan peraturan : ditentukan oleh al-

Quran dan as-Sunnah secara terperinci.

Ibadat menjadi sah jika segala rukun dan

syarat disempurnakan.

Page 186: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Ibadah Umum

Merujuk kepada segala perkara atau

amalan selain daripada ibadah khusus

yang dilakukan semata-mata untuk

mencari keredhaan Allah.

Justeru, ia adalah seluruh perbuatan

manusia dalam kehidupan sehariannya.

Page 187: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Contoh :

Makan, minum, tidur dan mandi. Jika

diniatkan kerana Allah, dianggap

sebagai ibadat dan diberi ganjaran

pahala

Tidak melakukan sesuatu kejahatan

seperti tidak mencuri, tidak menipu dan

sebagainya, dikira telah melakukan

ibadah dan diberikan pahala.

Page 188: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Ciri-ciri khusus ibadah:

1. Bebas daripada sebarang bentuk

perantaraan antara hamba (manusia)

dengan Penciptanya (Allah).

2. Tidak terbatas kepada ruang masa

dan tempat yang tertentu sahaja

3. Boleh dilakukan dengan mudah dan

menepati kemampuan manusia

4. Meliputi semua bidang kehidupan

Page 189: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Muamalat

• Meliputi semua hukum syariat yang

membicarakan hukum-hukum berkaitan

dengan urusan yang melibatkan harta

dan kewangan mengikut syariat Islam.

• Ia juga hubungan manusia dengan

manusia dalam usaha mendapatkan

keperluan jasmani dengan cara yang

dibenarkan oleh syariat dan tuntutan

agama.

Page 190: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Muamalat berlaku dalam pelbagai

urusan, antaranya seperti berikut:

1. Menukar barangan

2. Jual beli

3. Pinjaman

4. Upah

5. Gadaian dan lain-lain

Page 191: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Antara dalil-dalil berkaitan muamalat:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu di antaraa kamu dengan jalan yang salah, kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah S.W.T sentiasa mengasihi kamu”

(an-Nisa‟ 29).

Page 192: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

“ Pedagang yang jujur lagi amanah adalah

bersama-sama para Nabi, orang-orang

yang benar dan orang- orang yang mati

syahid”

(Riwayat al-Bukhari).

Page 193: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

“Dan Kami jadikan di bumi ini kebun-

kebun kurma dan anggur, dan Kami

pancarkan padanya beberapa mata air,

supaya mereka makan daripada buah-

buahannya (pertanian) dan dari apa yang

dikerjakan oleh tangan mereka (per-

usahaan), maka patutkah mereka tidak

bersyukur?”.

(Yasin 34-35)

Page 194: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Perbezaan muamalat mengikut syariat

dan bukan syariat. Contohnya:

Ekonomi konvensional:

1. Mementingkan keuntungan semata-

mata tanpa had.

2. Tiada nilai akhirat (tidak mengambil

kira hukum-hakam)

Page 195: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Ekonomi Islam:

1. Tertakluk kepada peraturan yang

dibenarkan oleh syariat

2. Mempunyai nilai `al-falah‟ iaitu

kejayaan di dunia dan akhirat

Page 196: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Asas-asas dalam muamalat:

1. Rububiyyah (Ketuhanan)

• Sedar bahawa Allah s.w.t sebagai

Penguasa alam yang menentukan

segala peraturan untuk kehidupan

makhluk.

• Segala rezeki, aktiviti ekonomi dan

kekayaan milik manusia disusun oleh

Allah kerana Dia adalah pemilik

sebenar.

Page 197: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Tazkiyah (Penyucian)

• Bertujuan menyucikan jiwa dan men-

dekatkan diri kepada Allah dengan me-

ngikut syariat dalam kegiatan ekonomi.

• Membersihkan harta dengan zakat dan

sedekah.

Page 198: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Manusia Sebagai Khalifah

• Manusia memegang tanggungjawab dan

amanah yang besar untuk dilaksanakan

sebagai khalifah di muka bumi

• Sebagai khalifah, hendaklah memak-

murkan bumi dengan :

(a) Bersikap adil

(b) Tidak melakukan kerosakan

Page 199: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Persaudaraan dan pengorbanan

• Dalam urusan muamalat, persaudaraan

suatu elemen penting dan menjadi

sebahagian daripada tauhid (iman)

• Rasa kasih sayang, menghormati

saudara dan berkorban untuknya adalah

dituntut. Sesama saudara tidak boleh

berlaku tindas menindas, memeras,

bakhil dan lain-lain.

Page 200: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Al-Falah (Kejayaan)

• Maksudnya kejayaan di dunia dan di

akhirat menjadi matlamat bagi aktiviti

muamalat.

• Kebendaan bukan matlamat, tetapi

hanya sebagai wasilah. Nafsu rakus

dalam pencarian harta perlu dikawal.

Page 201: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Munakahat

Munakahat menurut istilah Ahli Fiqh

adalah meliputi :

`segala persoalan pernikahan, talak

dan rujuk, serta yang bersangkutan

dengannya‟

Page 202: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Maksud nikah:

Dari segi bahasa: `berkumpul dan

bercampur‟.

Dari segi istilah syarak: `Ijab dan qabul

(akad) yang membolehkan pergaulan

antara suami isteri, yang diucapkan

dengan lafaz yang menunjukkan nikah,

menurut peraturan yang ditentukan oleh

syariat‟.

Page 203: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Firman Allah berkaitan nikah:

“…maka nikahilah olehmu wanita yang

disenangi pada pandanganmu; dua, tiga

atau empat, tetapi apabila kamu khuatir

bahawa kamu tidak boleh berlaku adil,

maka kahwinilah seorang sahaja…”

(an-Nisa : 3).

Page 204: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kedudukan Nikah Dalam Islam

Nikah adalah sunnah nabi. Sesiapa yang membenci perkahwinan bererti dia mem-benci sunnah nabi, dan tidak termasuk dalam kategori umatnya.

Sabda Rasulullah s.a.w:

Anas r.a. telah berkata, Nabi s.a.w bersabda: “Maka sesiapa yang mem-benci sunnahku, maka ia tidak termasuk dalam kalangan umatku”

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Page 205: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Hukum Nikah

Wajib :

Cukup syarat, mampu, mempunyai

keinginan dan bimbang berlaku per-

buatan zina.

Sunat:

Cukup syarat, mampu, ada keinginan dan

hendak mendapat zuriat .

Page 206: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Makruh:

Tiada keinginan, tidak mampu, mem-

punyai penyakit yang menjejaskan

hubungan perkahwinan.

Haram: tidak mampu, berniat

jahat/buruk.

Harus: cukup syarat, mampu, boleh

menjauhi perbuatan zina.

Page 207: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Dasar pernikahan yang dituntut oleh

syarak :

Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w.,

baginda bersabda: “Dikahwini perem-

puan itu kerana empat perkara; kerana

hartanya, baik keturunannya, kecantikan-

nya dan agamanya, dan pilihlah perem-

puan yang taat kepada agama, nanti

kamu akan beruntung”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Page 208: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Beberapa perkara yang berkaitan

dengan urusan pernikahan:

1. Melamar atau meminang

2. Kufu‟ / kafaah (setanding atau

sepadan)

3. Mahar (mas kahwin)

Page 209: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Wali

5. Wanita yang haram dikahwini

6. Walimatul urus

7. Talak

8. Idah

9. Rujuk

Page 210: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Perceraian boleh berlaku melalui :

1. Talak (lafaz talak)

2. Khuluk (tebus talak)

3. Fasakh (atas sebab kecacatan)

4. Ila‟ (sumpah tidak bersama isteri)

5. Li`an (menuduh isteri berzina)

6. Zihar (menyerupakan isteri dengan

ibu)

7. Kematian

Page 211: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Talak/perceraian adalah perbuatan

halal yang dimurkai Allah

Ibnu Umar r.a berkata, Nabi s.a.w

bersabda: “Perbuatan halal yang

dimurkai Allah ialah talak”

(Riwayat Abu Daud dan Hakim)

Page 212: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Talak yang boleh dirujuk (talak raj`ie):

1. Talak satu dan dua

2. Talak secara `zihar‟ (setelah

membayar denda atau kifarat, boleh

bersama isteri semula)

Page 213: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Talak yang tidak boleh dirujuk (talak

bain)

1. Talak dengan cara „li`an‟ (haram

selama-lamanya).

2. Talak tiga kali.

3. Talak secara „khuluk‟.

4. Talak secara „fasakh‟ (atas sebab

`aib syar`ie).

Page 214: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Jinayat

Jinayat adalah perkataan bahasa arab

yang bermaksud jenayah-jenayah.

Menurut istilah fekah:

“Perbuatan jahat yang dilakukan oleh

seseorang untuk menceroboh kese-

lamatan dan kehormatan jiwa dan tubuh

badan orang lain dengan sengaja, dan

melakukan kesalahan yang berkaitan

dengan harta benda”.

Page 215: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Jenayah atau kejahatan menurut Islam

dibahagikan kepada tiga bahagian:

1. Jenayah qisas dan diyat .

2. Jenayah hudud .

3. Hukuman takzir.

Page 216: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Jenayah qisas ialah kejahatan yang

berupa:

1. Pembunuhan secara sengaja.

2. Menghilangkan dengan sengaja

salah satu anggota badan orang

lain.

Page 217: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Jenayah qisas ialah kejahatan yang

berupa:

1. Pembunuhan secara sengaja.

2. Menghilangkan dengan sengaja salah

satu anggota badan orang lain.

3. Melukakan orang lain secara sengaja

Hukuman: dibalas dengan kesalahan

yang sama, iaitu nyawa dibayar

dengan nyawa, anggota dibayar

dengan anggota dan lain-lain.

Page 218: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Diyat ialah denda yang dikenakan bagi

menggantikan hukuman qisas, atas

sebab tertentu, seperti hukuman qisas

dimaafkan.

Jenayah hudud ialah hukuman yang

dikenakan terhadap orang yang

merosakkan harta benda orang lain,

keturunan, agama, keamanan dan akal

fikiran.

Page 219: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Jenayah hudud meliputi 7 jenis kesalahan:

1. Zina.

2. Menuduh orang berzina (qazaf).

3. Minum arak.

4. Mencuri.

5. Murtad.

6. Menyamun (hirabah).

7. Memberontak (bughah).

Hukuman: ditentukan oleh nas al-Quran.

Page 220: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Jenayah takzir ialah :

- Jenayah yang hukumannya tidak

dikenakan hukuman Qisas atau

Hudud, tetapi diserahkan kepada

pemerintah atau kerajaan untuk

menentukan hukuman yang sesuai

berdasarkan kepentingan semasa.

Page 221: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

RUMUSAN

Ruang lingkup syariat ialah mengatur tata cara hidup dalam pelbagai bidang kehidupan.

Syariah melibatkan bidang-bidang utama seperti ibadah, muamalat, munakahat dan jinayat.

Ibadah mempunyai pengertian dan skop yang luas.

Page 222: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Muamalat :

Berkaitan dengan persoalan pengurusan harta dan ekonomi.

Munakahat :

Membahaskan persoalan yang berkaitan dengan nikah kahwin

Jinayat :

Menjelaskan hukuman bagi sesuatu ke-salahan, sama ada qisas, hudud dan takzir

Page 223: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

AKHLAK

Akhlak adalah perkataan yang berasal

dari bahasa arab yang bermaksud adab

atau pun perlakuan manusia yang baik.

Berasal dari bentuk jamak (plural).

Bentuk mufrad (singular) adalah Khuluk.

Perlakuan yang tetap sifatnya dalam diri

seseorang tanpa perlu didahului oleh

pemikiran.

Page 224: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Dapat memelihara manusia dari me-

lakukan perkara yang salah. Bukannya

undang-undang semata-mata.

Apabila manusia tidak mampu me-

ngawal dirinya sendiri barulah undang-

undang mengambil tempat dan dan ia

menjadi pengajaran kepada orang lain.

Akhlak dapat dipupuk menerusi didikan

yang berterusan.

Page 225: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Islam Mengutamakan Akhlak

Al Quran telah menceritakan kepada

kita akhlak Rasulullah s.a.w.

“Sesungguhnya engkau mempunyai

akhlak yang mulia.”

(Al Qalam: 4)

Rasullullah saw diutuskan untuk me-

nyempurnakan akhlak. SabdaNya: aku

diutuskan untuk menyempurnakan

akhlak manusia.

Page 226: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Akhlak Rasulullah saw adalah ber-dasarkan Al Quran. Aisyah r.a telah berkata apabila ditanya tentangnya: “Sesungguhnya akhlak Rasulullah saw adalah Al Quran”.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik: …Selama sepuluh tahun saya melayani Rasulullah saw, belum pernah saya diherdik atau ditegur perbuatan saya : mengapa engkau berbuat ini? atau mengapa engkau tidak mengerjakan itu?” (Bukhari dan Muslim).

Page 227: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Akhlak merupakan kayu ukur kesem-

purnaan iman. Sabda Rasulullah saw:

“Orang mukmin yang paling sempurna

imannya ialah yang terbaik akhlaknya”

(Riwayat Tirmizi).

Sabda lain: “Sesungguhnya sebaik-baik

kalian ialah yang terbaik akhlaknya”.

(Bukhari dan Muslim).

Page 228: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Ciri-ciri Akhlak Islam

1. Tetap dan tidak berubah

Tidak mengikut peredaran zaman. Sebagai contoh sifat amanah, sejak dahulu hingga sekarang, amanah adalah sifat yang baik.

2. Berlandaskan fitrah manusia

Manusia secara fitrahnya cenderung untuk melakukan perkara baik dan benci kepada perkara buruk.

Page 229: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Merupakan Kesan daripada ibadah

Lahir daripada mematuhi ajaran Islam

dan meninggalkan larangannya. Ibadah

yang dilakukan dengan sempurna akan

menegah diri daripada berakhlak buruk.

4. Sumber kekuatan

Asas keagungan umat. Benarlah kata-

kata seorang penyair arab: “Kekalnya

sesuatu umat itu dengan kekalnya akhlak

mereka. Apabila akhlak mereka runtuh

dan lenyap, lenyaplah umat tersebut”.

Page 230: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Syumul

Meliputi akhlak :

- Akhlak dengan Allah dan rasul

- Akhlak sesama manusia

- Akhlak dengan alam

- Akhlak dengan pekerjaan

- Akhlak dengan binatang

Page 231: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Akhlak Etika

Berdasarkan Al Quran

dan Sunnah.

Pandangan manusia

atau selain dua sum-

ber tersebut.

Matlamat akhlak Islam

untuk mendapatkan

kebahagiaan di dunia

dan akhirat.

Bertujuan memenuhi

kehendak manusia.

lebih berorientasikan

keuntungan

Perbezaan Antara Akhlak Dan Etika

Page 232: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Mempunyai daya atau

nilai kudus dan suci

yang memberikan nilai

tinggi dan penghor-

matan kepada akhlak

itu sendiri.

Tiada nilai kudus dan

suci. Ia adalah pan-

dangan manusia se-

mata-mata. Semua

orang boleh meny-

anggah dan mene-

rimanya.

Tetap dan tidak ber-

ubah. Semenjak za-

man Rasulullah saw

definisi sesuatu akh-

lak tidak berubah

Tindakan yang diang-

gap baik tidak diang-

gap baik pada masa

yang lain. Berdasar-

kan rasional semasa.

Page 233: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Memberi kesan yang

mendalam kepada

pengamalnya, sama

ada dari sudut rohani

dan jasmani

Tidak mampu me-

ninggalkan kesan. Ini

kerana kebaikan se-

suatu perkara berda-

sarkan kepada ke-

adaan dan rasional.

Page 234: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kaedah Pembentukan Akhlak

1. Mengawal sesuatu sifat ke arah yang

sederhana.

2. Memandu sifat-sifat manusia ke jalan

yang disuruh oleh Islam.

3. Menggantikan sifat yang buruk dengan

sifat yang baik.

Page 235: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Faktor-faktor Pembentukan Akhlak

1. Pandangan manusia terhadap Penciptanya:

Apakah hubungan manusia dengan Tuhannya? Apakah mereka akan diper-tanggungjawabkan di hadapanNya? Apa-kah matlamat kewujudan mereka? Maka, tasawwur manusia yang jelas tentang Tuhannya dan matlamat kejadiannya akan membina neraca yang sebenar mengenai akhlak yang mesti mereka amalkan.

Page 236: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Beriman kepada Allah S.W.T dan

pembalasan akhirat:

Perkara ini berkait rapat dengan

keimanan terhadap hari akhirat. Adakah

seseorang menghayati dan

menggambarkan diri mereka apabila

berhadapan dengan seksa Allah SWT.

3. Persekitaran:

Seperti keluarga, masyarakat, geografi

dan sebagainya.

Page 237: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Teman dan sahabat:

Maksud hadis :

“Perumpamaan seseorang yang mengam-

bil kawan yang baik, adalah seperti

seorang yang berkawan dengan penjual

minyak wangi. Dia akan terkena bauan

minyak wangi itu. Manakala seorang yang

mengambil kawan yang jahat seperti

orang yang berkawan dengan tukang

besi. Bajunya akan koyak atau terkena

bauan yang busuk”.

Page 238: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Keturunan (Wirathah):

Sifat genetik yang diwarisi dari gengerasi ke generasi yang lain mampu mem-bentuk peribadi seseorang.

6. Adat:

Adat yang baik di dalam sesebuah masyarakat akan membantu seseorang itu terikat dengan perkara tersebut. Islam tidak melarang adat resam sesuatu bangsa selagi mana ia tidak berten-tangan dengan agama.

Page 239: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

7. Undang-undang dan peraturan:

Undang-undang merupakan jalan ter-

akhir atau sokongan untuk membentuk

akhlak manusia. Di dalam Islam terdapat

dua cara untuk mendidik manusia :

Pertama : menggalakkan (targhib).

Kedua : menakutkan (tarhib).

Kedua-dua cara ini saling melengkapi di

antara satu sama lain.

Page 240: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

8. Ilmu:

Ilmu yang dimaksudkan adalah :

(a) ilmu agama secara umumnya dan

(b) ilmu akhlak secara khususnya.

Ini kerana ilmu mengenalkan manusia

perkara baik dan sebaliknya serta

balasan-balasan yang akan diperolehi

jika melakukannya.

Page 241: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

9. Budaya:

Budaya yang dimaksudkan ialah :

Nilai-nilai baik yang sudah menjadi

budaya di dalam masyarakat.

Untuk menjadikan nilai-nilai baik men-

jadi budaya memerlukan kepada proses

pembudayaan.

Page 242: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

PENGAJIAN ISLAM (MPW 1143)

BAB 3:

ISLAM SEBAGAI TAMADUN

DAN PERADABAN

MOHD SAFUAN BIN AHMAD SUBHI

PENSYARAH PENGAJIAN ISLAM

Page 243: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

LEARNING OBJECTIVES

Memahamkan sumbangan Islam kepada

tamadun dan peradaban dunia.

Memahamkan maksud dan keistime-

waan pendangan semesta Islam (world

view), epistemologi dan aksiologi Islam

serta kesannya dalam kehidupan.

Page 244: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

LEARNING OUTCOMES

Meyakini dan menghargai sumbangan

Islam terhadap tamadun dunia, seterus-

nya terhadap kemajuan manusia.

Menghayati ilmu dan kemahiran yang

diperolehi dengan mencintainya dan

mengamalkannya dalam masyarakat.

Page 245: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Islam Sebagai Peradaban

dan Tamadun.

Definisi tamadun.

Pengenalan tamadun Islam.

Pandangan semesta Islam

(world view).

Epistemologi dan aksiologi Islam.

Page 246: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Definisi Tamadun

Istilah tamadun memberi pengertian

yang sama dengan istilah „Civilization‟

dalam bahasa Inggeris yang ber-

maksud :

`kepentingan budaya dan kemajuan

kebendaan‟.

Page 247: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tamadun sering disinonimkan dengan

peradaban yang membawa maksud

keadaan serta tingkat kemajuan dalam

kehidupan dari segi aspek rohani dan

jasmani bagi sesebuah masyarakat dan

bangsa.

Dari sudut bahasa, perkataan tamadun

berasal dari bahasa arab „Madana‟ yang

bermasuk : `pembukaan bandar dan

perlakuan sopan dan halus‟.

Page 248: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pengenalan Tamadun Islam

Sarjana-sarjana Islam mentakrifkan

Tamadun Islam seperti berikut:

Syed Nuqib : Keadaan kehidupan

manusia yang mencapai taraf kehalusan

tata susila dan kebudayaan yang luhur

bagi sesebuah masyarakat.

Al Shirazi: berkisar tentang kekuasaan,

kehebatan, kemakmuran dan kemajuan.

Page 249: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tengku Iskandar:

Keadaan masyarakat yang dicirikan

oleh taraf kemajuan kebendaan dan

perkembangan pemikiran.

Page 250: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Sumber-sumber Tamadun Islam

1. Al Quran.

2. As Sunnah / Hadith

3. Warisan tamadun yang lain:

Antara tamadun lain yang memberi sumbangan kepada tamadun Islam ialah tamadun Greek, tamadun India, tamadun Parsi dan tamadun Cina.

Banyak buku-buku yang diterjemah dari-pada tamadun Greek ke bahasa Arab seperti Megale Syntaxiz, Tetrabiblos dan lain-lain.

Page 251: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Penyerapan tamadun India dapat dilihat

dalam karya-karya Al Biruni.

Cendiakawan India juga pernah datang

ke majlis-majlis ilmu di Baghdad.

Penterjemahan teks matematik dan

astronomi seperti Brahmasputasiddhanta

dan Brahmagupta.

Manakala daripada tamadun Parsi,

apabila kota ilmu iaitu Jundishapur jatuh

ke tangan orang Islam.

Page 252: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Apabila bangsa Monggol memeluk Islam

dan mereka melakukan penaklukan,

ilmu-ilmu daripada tamadun Cina turut

dibawa.

Daripada tamadun Cina juga ialah pe-

mindahan teknologi pembuatan kertas.

Page 253: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pandangan Semesta Islam (World View)

Definisi Pandangan Semesta ialah satu

konsep mengenai alam semesta secara

keseluruhan, terutamanya dilihat melalui

satu sudut pandangan yang dipengaruhi

oleh suatu sistem nilai yang tertentu.

Kesimpulannya: Pandangan Semesta

boleh dimaksudkan sebagai pandangan

terhadap alam semesta dan tujuan

kehidupan.

Page 254: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Menurut Lucien Goldman, unsur utama yang membezakan antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain ialah pandangan semesta yang men-dasarinya.

Ibnu Khaldun menyatakan bahawa suasana merupakan unsur terpenting yang membentuk Pandangan Semesta sesebuah masyarakat.

Page 255: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pandangan Semesta Islam ialah dunia

adalah tempat persediaan menuju

akhirat. Manusia yang hidup di atas

dunia ini mestilah beribadat kepada

Allah dalam erti kata yang luas dan

syumul.

Untuk memahami Pandangan Semesta

Islam, Konsep Huquq mestilah difahami

terlebih dahulu.

Page 256: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Konsep Huquq (Hak-hak)

Islam mempunyai konsep huquq atau

haknya yang tersendiri.

Melalui konsep tersebut, terjalin hu-

bungan antara manusia dengan Tuhan,

sesama manusia dan dengan alam

secara teratur dan adil.

Page 257: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Hak-hak tersebut dibahagikan kepada:

1. Hak-hak Manusia (Huququl I‟bad)

yang wajib dipenuhi terhadap Allah.

2. Hak-hak Allah SWT (Huququllah)

iaitu perkara-perkara yang Allah

berikan kepada manusia dan alam.

3. Hak-hak Alam (Huququl Alam) yang

mesti oleh manusia.

Page 258: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Hak-hak Manusia (Huququl I’bad) Yang

Wajib Dipenuhi Terhadap Allah

1. Mengenal Pencipta:

Allah SWT telah mencipta manusia

sebagai sebaik-baik kejadian.

Manusia telah diberikan akal untuk

berfikir. „Sesungguhnya dalam pencip-

taan langit dan bumi, bersilih ganti

siang dan malam, menjadi tanda-tanda

orang-orang yang berakal‟.

Page 259: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Manusia perlu mengiktiraf Allah sebagai

Tuhan dan Penguasa bersama-sama

dengan undang-undang dan peraturan-

nya sekali.

Melalui pengiktirafan tersebut, timbulnya

suatu perasaan bahawa manusia

sentiasa berada di dalam genggaman

Allah SWT.

Page 260: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Mengetahui dan mengamalkan peraturan

serta perundangan yang digariskan.

Allah SWT menurunkan peraturan

dan perundangan kepada RasulNya

iaitu Muhammad SAW yang disebut

sebagai wahyu.

Menjadi tanggungjawab manusia

untuk mencari, mempelajari dan

mengamalkan peraturan tersebut.

Page 261: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pengetahuan tersebut mestilah dalam

bentuk sedar dan ikhlas, bukan sekadar

ikut-ikutan.

3. Memilih kebaikan:

Allah SWT telah memberikan akal

kepada manusia yang dipandu oleh

wahyu. Manusia mestilah memilih

kebaikan berdasarkan apa yang telah

dianugerahkan kepada mereka.

Page 262: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Dalam masa yang sama, pemilihan

sesuatu perkara di atas dunia ini bukan

sekadar di antara yang baik dan yang

buruk, bahkan di antara yang baik dan

paling baik.

4. Melaksanakan ibadah:

Manusia diciptakan oleh Allah SWT

untuk memikul suatu tanggungjawab

yang sangat besar iaitu beribadah

kepada Allah.

Page 263: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Mengamalkan kebebasan terpimpin:

Islam mengiktiraf kebebasan manusia.

Islam mengamalkan kebebasan ber-

agama, bersuara, memiliki harta dan lain-

lain.

Walaubagaimana pun kebebasan ini

mempunyai batasan dan dipimpin su-

paya manusia tidak melampaui batas.

Page 264: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Hak-hak Allah SWT (Huququllah) (Perkara-perkara yang Allah berikan

kepada manusia dan alam)

1. Mencipta manusia:

Allah SWT berhak dan berkuasa mencipta manusia tanpa terikat dengan paksaan, arahan atau kehendak sesiapa.

Allah SWT tidak mengharapkan sesuatu daripada penciptaan manusia.

Page 265: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Menetapkan peraturan dan undang-undang:

Allah SWT mencipta alam ini lengkap dengan peraturan dan perundangan.

Peraturan dan perundangan ini dapat dilihat dalam Sunnatullah dan wahyu.

Sunnatullah ialah peraturan dan per-jalanan alam yang ditetapkan oleh Allah.

Wahyu ialah perundangan yang diturun-kan kepada nabi untuk diikuti oleh manusia

Page 266: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Perkara-perkara yang diberikan oleh Allah

kepada Alam:

1. Mencipta alam:

Allah SWT berhak dan berkuasa

mencipta manusia tanpa terikat dengan

paksaan, arahan atau kehendak sesiapa

Allah SWT tidak mengharapkan sesuatu

daripada penciptaan manusia.

Penciptaan alam membuktikan ke-

kuasaan Allah SWT.

Page 267: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Mengatur perjalanan alam:

Alam semesta dicipta oleh Allah SWT

bersama-sama dengan sistem

perjalanannya yang dinamakan sebagai

sunnatullah.

Sunnatullah ini berlaku dengan kehendak

Allah tanpa campurtangan yang lain.

Sunnatullah berbeza dengan law of

nature. Sunatullah memperlihatkan

kekuasaan Allah. Manakala law of nature

melihat alam dari mekanikal atau sebab

dan musabbab.

Page 268: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Hak-hak Alam (Huququl Alam) yang mesti

dipenuhi oleh manusia

1. Alam sebagai tanda kebesaran Allah:

Justeru, tugas manusia memanfaatkan alam

untuk mengenal Allah.

2. Alam diciptakan untuk kepentingan manusia:

„Tidakkah kamu memerhatikan bahawa Allah

SWT telah memudahkan untuk kegunaan kamu

apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah

melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya

yang zahir dan batin‟.

Page 269: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Sekali pun manusia mampu menguasai

makhluk lain dengan kelebihan yang ada

pada dirinya, namun itu tidak menjadi

matlamat kepada mereka. Bahkan ia

adalah ujian.

„..dan Dialah yang menjadikan kamu

khalifah di muka bumi dan meninggikan

sebahagian dari kamu ke atas seba-

hagian yang lain dengan beberapa darjat

kerana Dia mahu menguji kamu dengan

apa-apa yang dikurnikanNya kepada

kamu‟.

Page 270: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Alam mesti dipelihara dan dipulihara:

Manusia wajib memelihara alam dari-

pada kerosakan dan memulihkannya

apabila ia rosak akibat perbuatan se-

gelintir manusia.

„Telah berlaku kerosakan di muka bumi

dan di laut hasil daripada tangan-tangan

manusia‟.

Page 271: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Epistemologi

Berasal daripada perkataan Yunani iaitu

episteme yang bermaksud : ilmu penge-

tahuan dan logos yang bermaksud teori

Tajuk Epistemologi membicarakan ten-

tang definisi ilmu, konsep-konsep yang

berhubung dengannya, sumber dan

kriteria ilmu, bentuk-bentuk ilmu dan

tahap kepastiannya.

Page 272: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Manakala Epistemologi Islam mem-

bicarakan tentang ilmu dan konsep yang

berkaitan dengannya menurut pan-

dangan atau kaedah Islam.

Dengan mempelajari tajuk Epistemologi,

ia akan memperlihatkan perbezaan

antara budaya Barat dan budaya Islam

dari segi ilmu pengetahuan.

Page 273: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Definisi Ilmu

Dari sudut bahasa ia berasal dari

perkataan bahara Arab yang bermaksud

tahu.

Dari sudut istilah Epistemologi, Syed

Naquib al-Attas mentakrifkan sebagai:

`Ketibaan, iaitu kemunculan sesuatu

makna ke dalam jiwa seseorang hasil

daripada maklumat yang benar‟

Page 274: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Dengan perkataan lain, segala gerak

langkah dan budi pekerti seseorang

dipengaruhi oleh ilmu yang terkandung

dalam hati sanubarinya.

Ilmu tidak setaraf dengan maklumat atau

pengetahuan, sebagai contoh, yang

diperoleh daripada membaca, kerana

beberapa faktor

Page 275: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

1. Tidak semua pembacaan seperti akhbar

dan majalah ringan untuk mendapatkan

ilmu tetapi sekadar untuk mengetahuinya

sahaja.

2. Sebahagian bacaan tersebut tidak

memberi pengajaran sekaligus tidak

membentuk peribadi tetapi hanya

memberi maklumat.

3. Ilmu hanya diperoleh daripada sesuatu

bahan jika ia mencetuskan gerak hati

yang mempengaruhi tindakan.

Page 276: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Seseorang yang berilmu bukan sahaja

mengetahui kebenaran, malah mem-

punyai :

keyakinan serta kesedaran terhadap

tanggungjawab kepada diri, keluarga,

masyarakat dan negara; apatah lagi

terhadap Allah Maha Pencipta.

Page 277: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Dalam Islam, menuntut ilmu adalah

suatu yang difardukan ke atas setiap

muslim. Kerana itu terdapat banyak nas-

nas yang memuliakan ilmu dan orang

yang berilmu. Antaranya:

“..Katakanlah adakah sama orang yang

berilmu dengan orang yang tidak

berilmu…”. (az-Zumar 9)

“..Allah mengangkat darjat orang

beriman daripada kamu dan orang

berilmu..”. (al-Mujadalah 11)

Page 278: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pengkelasan Ilmu

Menurut Imam an-Nawawi dalam Kitab

al-Majmuk, Ilmu Syariat yang terbahagi

kepada dua.

Pertama: Fardhu Ain. Contohnya rukun

Iman, rukun Islam, ilmu tauhid, ibadah.

Kedua: Fardhu Kifayah. Contohnya,

perubatan, ekonomi, pendidikan, keten-

teraan, pertanian.

Page 279: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Manakala Ilmu Bukan Syariat terbahagi

kepada dua:

Pertama: ilmu yang haram. Contohnya

sihir, tilik nasib, teori-teori sesat.

Kedua: ilmu yang harus. Contohnya

sastera, seni bina, seni jahitan, fotografi.

Page 280: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Ibnu Khaldun dalam kitabnya al-

Muqaddimah membahagikan ilmu

kepada dua:

Pertama: ilmu-ilmu yang diperoleh secara

pancaindera dan akal.

Kedua: ilmu-ilmu agama yang

bersumberkan wahyu Ilahi yang tidak

memberi ruang kepada akal.

Page 281: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Sumber Ilmu

1. Wahyu

Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

2. Ilham (intuisi)

Ilmu yang dihasilkan daripada gerak

hati. Ia berlaku pada Rasul dan manusia

yang lain.

Page 282: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Naluri

Melalui warisan atau genetik seperti

anak penyu terus tahu berenang selepas

menetas, walaupun tidak diajar.

Contoh lain :

Manusia secara semulajadi telah di-

kurniakan ilmu bahawa lapar memerlu-

kan makanan dan dahaga me-merlukan

minuman.

Page 283: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Kepintaran akal:

Manusia dikurniakan kelebihan akal

berbanding makhluk lain. Tahap

pemikiran individu pula dipengaruhi oleh

faktor dalaman dan luaran, seperti alam

sekitar, budaya, pendedahan dan lain-

lain.

5. Pancaindera

Melalui pengalaman, pengamatan, pem-

bacaan, penglihatan dan peranan-

peranan lain yang dimainkan oleh

pancaindera.

Page 284: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Hierarki Ilmu Dan Ilmuan

Dikategorikan kepada beberapa

bahagian, berdasarkan tahap ketakwaan

serta kemampuan mereka dalam

menerima dan mengamalkan ilmu

seperti berikut:

1. Para rasul dan nabi

Mereka insan terpilih oleh Allah untuk

menyampaikan risalah wahyu, memiliki

keperibadian tinggi, berakhlak mulia,

mempuyai mukjizat.

Page 285: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Awliya`

Merupakan golongan istimewa kerana

mempunyai ketakwaan yang tinggi

dengan sentiasa beramal soleh dan

mendekatkan diri dengan Allah.

3. Hukama`

Golongan cendiakawan yang menunjuk-

kan ketinggian ilmu, berbanding ilmu

oleh orang ramai.

Page 286: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Awam

Merupakan golongan majoriti dalam

masyarakat manusia. Mereka bertang-

gungjawab mencari dan memahami ilmu

daripada golongan yang mengetahui.

“..Maka bertanyalah kepada orang yang

mengetahui jika kamu tidak menge-

tahuinya”

(an-Nahl16:43).

Page 287: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Aksiologi

Dari sudut bahasa, ia berasal daripada

perkataan Greek iaitu axios yang

bermaksud nilai.

Manakala logos pula bermaksud ilmu

atau teori.

Aksiologi adalah tajuk yang mem-

bincangkan tentang nilai. Adakah ia

berfaedah atau tidak? Baik atau tidak

kepada manusia?.

Page 288: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tajuk atau ilmu Aksiologi kebiasaannya

terbahagi kepada dua:

Estetika : nilai seni dan keindahan.

Etika: nilai moral dalam kelakuan

manusia.

Page 289: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Walaupun di dalam Islam pada asalnya

tidak mempunyai istilah Aksilogi, tetapi

nas-nas Islam sejak dari mula lagi sudah

membicarakan soal nilai.

Apabila disebut Aksiologi Islam, secara

langsung akan tergambar kepada kita

bahawa ia adalah kaedah Islam dalam

menilai perkara-perkara atau nilai-nilai

yang baik atau buruk.

Page 290: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Sumber Nilai Islam

Sumber pertama nilai-nilai Islam ialah

sumber Islam itu sendiri iaitu Al Quran

dan As Sunnah.

Sumber kedua ialah Uruf. Ia adalah

kebiasaan yang dilakukan oleh manusia

samada perbuatan atau perkataan.

Uruf terbahagi kepada dua. Pertama:

Uruf Sahih iaitu adat yang tidak ber-

canggah dengan Islam.

Page 291: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Contoh: perbuatan anak mencium

tangan ibu bapa semasa bersalaman.

Kedua:

Uruf Fasid iaitu adat yang bercanggah

dengan Islam

Contoh: mengamalkan riba dalam

aspek jual beli.

Page 292: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Heirarki Nilai

Tahap-tahap nilai di dalam Islam boleh

dibahagikan berdasarkan tahap-tahap

Hukum Taklifi:

1. Harus (mubah)

Harus melakukan perkara tersebut. Jika

melakukannya, tidak diberikan sebarang

pahala. Jika meninggalkannya tidak

mendapat sebarang dosa.

Page 293: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Sunat (Mandub)

Jika melakukannya diberi pahala.

Sekiranya ditinggalkan tidak dibalas

sebarang balasan.

3. Wajib

Mesti dilakukan. Sekiranya dilakukan,

akan mendapat pahala. Sekiranya

meninggalkannya dikenakan dosa.

Page 294: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Makruh

Merupakan sesuatu yang dibenci.

Sekiranya dilakukan, tidak dikenakan

dosa. Sekiranya ditinggalkan akan

diberi pahala.

5. Haram

Sesuatu yang dilarang oleh Allah.

Sekiranya melakukannya dikenakan

dosa. Sekiranya meninggalkannya

diberi pahala.

Page 295: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pelaksanaan Nilai Dalam

Kehidupan

Al Quran dan As Sunnah sangat banyak

menceritakan tentang nilai kepada

manusia.

Ini menunjukkan kepada manusia

bahawa penetapan nilai-nilai yang baik

adalah berdasarkan kepada wahyu.

Page 296: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Islam tidak menerima penetapan nilai

berdasarkan majoriti dan kesesuaian

masa dan tempat.

Setiap tindakan dan kelakuan manusia

tidak dapat lari daripada nilai dan sangat

jelas sekali nilai amat berperanan dalam

menentukan perjalanan bagi kehidupan

manusia.

Page 297: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

BAB 4:

KESENIAN DAN MANIFESTASI

BUDAYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

MOHD SAFUAN BIN AHMAD SUBHI

PENSYARAH PENGAJIAN ISLAM

Page 298: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

OBJECTIVES LEARNING

Mengenal pasti, menghuraikan dan

menyemai konsep, prinsip dan bidang-

bidang seni dan budaya dalam Islam.

Page 299: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

LEARNING OUTCOMES

Memahami konsep, prinsip dan bidang-

bidang seni dan budaya dalam Islam.

Melakukan aktiviti kesenian dan ke-

budayaan mengikut roh dan kehendak

Islam.

Page 300: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kesenian Dan Manifestasi Budaya

Menurut Perspektif Islam

Definisi Kesenian dan Kebudayaan.

Pandangan Semesta Tauhidi sebagai

penentu konsep seni dan budaya Islam.

Prinsip dan Kesenian dan Kebudayaan

Islam.

Bidang-bidang Kesenian Menurut

Perspektif Islam.

Page 301: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Definisi Kesenian dan Kebudayaan

Maksud seni ialah perkara atau sesuatu

yang indah dan halus, enak didengar dan

suatu karya yang diciptakan dengan

bakat.

Manakala maksud budaya pula ialah

secara amnya cara hidup manusia atau

tingkah laku yang diwarisi oleh sesuatu

masyarakat.

Page 302: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pandangan Semesta Tauhidi Penentu

Konsep Seni Dan Budaya Islam

Islam mempunyai Pandangan Semesta

yang tersendiri terhadap alam dan

kehidupan.

Ia berdasarkan kepada kepada agama

Islam secara keseluruhannya atau

keimanan dan tauhid kepada Allah SWT.

Page 303: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pandangan Semesta Islam juga boleh dinamakan sebagai Pandangan Semesta Tauhidi kerana ia berdasarkan kepada keimanan dan mentauhidkan Allah SWT.

Pandangan Semesta Islam atau Pandangan Semesta Tauhidi ini menjadi asas di dalam konsep kesenian dan kebudayaan Islam.

Islam membenarkan umatnya berimaginasi dan berkreativiti dalam pemikiran mereka. Namun ia perlu dijaga dan disuburkan dalam ruang dan batasan syariat.

Page 304: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kesenian Islam berteraskan konsep

tauhid yang bertujuan untuk meng-

abdikan diri kepada Allah SWT dan

berdakwah kepada orang lain.

Kesenian Islam hendaklah menampilkan

agama Islam yang sebenar.

Tiada pemisahan antara seni dan agama

sebagaimana yang difahami oleh orang

Barat yang memisahkan urusan dunia

daripada agama.

Page 305: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tanggungjawab Seniman dan Seni Islam

Seseorang seniman perlu memahami

ajaran Islam yang hendak disampaikan

melalui seni sama ada seni lukisan,

muzik, seni bina, seni pentas.

Kesenian Islam perlu mempunyai mesej

yang jelas dan mudah difahami oleh

masyarakat supaya mereka mengambil

manfaat.

Page 306: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Hasil atau karya seni mestilah boleh

mendidik manusia supaya menjadi insan

yang soleh.

Ahli seni mempunyai tanggungjawap

sosial yang sangat besar.

Page 307: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Prinsip Kesenian Islam

1. Mengangkat martabat insan dengan tidak

meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan

dan nilai-nilai persekitaran dan sejagat.

Alam sekitar galerinya, manakala

manusia menjadi seniman yang

menggarap segala unsur kesenian untuk

tunduk serta patuh kepada keredhaan

Allah SWT.

Page 308: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Mementingkan persoalan akhlak dan

kebenaran yang menyentuh aspek-

aspek estetika, kemanusiaan, moral dan

lain-lain lagi.

3. Kesenian Islam menghubungkan ke-

indahan sebagai nilai yang tergantung

kepada keseluruhan kesahihan Islam itu

sendiri. Menurut Islam, kesenian yang

mempunyai nilai tertinggi ialah yang

mendorong ke arah ketaqwaan, ke-

ma'rufan, kesahihan dan budi yang

mantap.

Page 309: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Kesenian Islam terpancar daripada

wahyu Allah, sama seperti undang-

undang Allah dan SyariatNya. Maknanya

ia harus berada di bawah lingkungan dan

peraturan wahyu. Ini yang membezakan

kesenian Islam dengan kesenian bukan

Islam.

5. Kesenian Islam adalah menghubungkan

manusia dengan tuhan, alam sekitar dan

sesama manusia dan juga makhluk.

Page 310: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Fungsi Kesenian Islam

1. Berdakwah

memperkenalkan agama Islam sebagai

satu-satunya agama yang benar di dunia

ini.

Dengan karya-karya seni dan budaya,

mereka mengetahui Islam adalah agama

yang mesti mereka anuti supaya selamat

di dunia yang sementara dan akhirat yang

kekal abadi.

Page 311: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Meningkatkan nilai-nilai yang baik dan

murni

Meningkatkan lagi dan menyebar luas

nilai-nilai baik yang telah sedia ada

supaya ia menguasai arus perdana.

3. Beribadat kepada Allah SWT

Dengan aktiviti seni dan budaya, individu

yang terlibat dan masyarakat yang

menerimanya akan bertambah keimanan

mereka sekaligus ia menjadi ibadat

kepada Allah SWT.

Page 312: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Bidang-bidang Seni Islam

BIDANG

SENI

Melalui

penglihatan

Melalui

pendengaran &

penglihatan

Melalui

pendengaran

Melalui

pembacaan

• Muzik • Deklamasi puisi • Seni suara (nasyid,

bacaan Quran dll) • Pidato

• Karya sastera (novel dll.)

• Quran (mutu bahasa)

• Drama • Pentomen • Filem dll.

• Seni lukis • Seni hiasan • Seni bina /ukir • Seni fesyen • Seni taman

Page 313: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SENI SASTERA

Seni sastera dalam Islam ialah:

• Hasil karya seni daripada umat Islam

sebagai manifestasi daripada penghayat-

annya dengan ajaran agama

• Karya seni tersebut dilahirkan dalam

bentuk bahasa, sama ada :

(a) bahasa tulisan, atau

(b) ucapan

Page 314: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

• Seni sastera meliputi syair, puisi, prosa, pidato, risalah, qasidah telah wujud sejak sebelum kedatangan Islam. Ini bersesuai-an dengan kepandaian orang-orang Arab yang sangat tinggi nilai bahasanya

• Kedatangan Islam telah mengubah ben-tuk kesusasteraan Arab tersebut. Seni sastera yang dihasilkan adalah dipenga-ruhi oleh `uslub al-Quran‟. Tema puisi me-ngalami perubahan, seperti bertemakan jihad, memuji Rasulullah s.a.w dan kebesaran Islam sebagai medium dakwah

Page 315: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Seni sastera dalam al-Quran :

• Ketika Islam muncul di kalangan masya-

rakat bangsa Arab di Kota Mekah, seni

sastera sedang berada di puncak

keagungannya. Ketika itu penyair Arab

amat dihormati dan disanjung tinggi.

Namun demikian, al-Quran sebagai

wahyu Allah, menandingi dan memperke-

cilkan syair ciptaan penyair-penyair di se-

luruh tanah Arab ketika itu

Page 316: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

• Keindahan seni sastera dalam al-Quran dilihat pada mutu bahasanya dari segi:

(a) Ketepatan maknanya – membawa kepada pemelukan Islam oleh ramai musyrikin Mekah, apabila mendengar bacaan al- Quran

(b) Gaya bahasanya – belum pernah dikenal sama sekali dalam kesusasteraan Arab sebelum-nya.

Bahasanya adalah sesuatu yang baharu dan unik. Inilah antara ciri khas al-Quran sebagai wahyu Allah dan mukjizat agung bagi Raulullah s.a.w.

Page 317: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

• Walaupun al-Quran tidak boleh dianggap

sebagai karya sastera (kerana ia Kalam

Allah), namun:

al-Quran tetap dijadikan sebagai panduan

dan rujukan paling utama dalam bahasa

dan kesusasteraan Arab

Page 318: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

• Dalam al-Quran terdapat ayat-ayat yang

mencabar penyair-penyair Arab supaya

menghasilkan mutu seni sastera yang

boleh menandingi al-Quran, namun

mereka tidak mampu melakukannya.

(a) Surah al-Baqarah, ayat

(b) Surah Hud, ayat 11

(c) Surah al-Isra‟ , ayat 88

Page 319: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SENI SUARA

• Seni suara diakui dan diberi nilai tertentu dan diharuskan dalam Islam. Lagu dan irama adalah satu cabang daripada mani-festasi seni yang indah yang dinikmati oleh telinga

• Lagu dalam Islam pada pokoknya berasaskan kepada bacaan al-Quran

• Selain al-Quran, keindahan lagu-lagu ter-sebut dihayati seperti dalam azan, qasidah, nasyid, marhaban dll.

Page 320: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

• Terdapat gesaan supaya orang Islam membaca al-Quran dengan bacaan yang baik

Maksud Firman Allah :

“Bacalah al-Quran dengan bacaan yang baik”

(al-Muzzammil : 4)

Maksud hadis :

“Perindahkanlah al-Quran dengan suara-mu. Sesungguhnya suara yang merdu itu menambahkan keindahan al-Quran”

Page 321: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

• Menurut Umar bin Qubais:

Nyanyian dan suara berirama, baik yang terbit daripada mulut manusia atau hanya rentak irama daripada alat bunyi-bunyian tidak haram dibunyikan atau didengar, selagi ia tidak menyebabkan akibat yang tidak baik dari segi :

(a) gerak geri, dan

(b) lirik/kata-kata

yang membangkitkan nafsu atau men-dorong kepada maksiat, termasuk melalai-kan daripada mengingati Allah

Page 322: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SENI KHAT

• Seni khat adalah satu cabang seni dalam Islam. Penulisnya dipanggil `khattat‟ )خطاط( . Khat dikategorikan sebagai kaligrafi (iaitu seni tulisan yang indah), seperti tulisan cina dan latin

• Menurut Syeikh Syamsuddin al-Akfani, khat didefinisikan sebagai `suatu ilmu yang mem-perkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal, letaknya dan cara-cara merangkainya men-jadi sebuah tulisan yang tersusun, atau apa-apa yang ditulis atas garis-garis, dan bagaimana cara menulisnya‟

Page 323: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

• Terdapat pelbagai jenis khat yang diguna-

kan dalam tulisan atau ukiran. Antaranya:

(a) Khat kufi

(b) Khat nasakh

(c) Khat thuluth

(d) Khat diwaan

(e) Khat riq`ah

(f) Khat farsi

Page 324: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

• Seni khat pada awalnya dihasilkan untuk mencatat ayat-ayat al-Quran. Ketika wahyu diterima oleh Rasulullah s.a.w, ayat-ayat al-Quran dicatatkan oleh pada Sahabat/ penulis wahyu pada daun-daun kayu, tulang, kulit binatang dll.

• Seni khat tertua dan telah sedia ada sejak sebelum Islam ialah khat kufi (sempena nama Kufah) yang dicipta di bandar Kufah, Iraq

Page 325: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

• Khat kufi digunakan sebagai tulisan al-Quran dan tulisan rasmi pada zaman Rasulullah s.a.w dan Khulafa` ar-Rasyidin

• Penulisan al-Quran kemudiannya menggu-nakan khat nasakh sejak kurun ke 10, menggantikan khat kufi

• Di negara kita, artifak seni khat tertua mem-buktikan kedatangan Islam ke Tanah Melayu, terdapat pada Batu Bersurat Tereng-ganu bertarikh 702H/1303M, iaitu 671 tahun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w

Page 326: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

• Keindahan seni khat juga diaplikasikan pada bangunan-bangunan bagi meng- indahkan lagi seni bina Islam. Antara bangunan tersohor dihiasi dengan seni khat ialah Masjid Jamek Isfahahan, Iran.

• Selain bangunan, seni khat juga dipamer-kan bagi menghiasi seramik, mata wang, ukiran kayu, ukiran logam dll

Page 327: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SENI BINA

• Seni khat didefinisikan sebagai `satu ke-mahiran bidang seni mendirikan bangunan dan bahan binaannya terdiri daripada pelbagai bahan seperti kayu, batu, marmar dsb

• Ibnu Khaldun menyatakan bahawa seni bina merupakan satu daripada asas tamadun yang paling utama; secara tidak langsung merupakan lambang dan ukuran pencapaian dari sesuatu tamadun

Page 328: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

• Masjid merupakan asas kepada perkem-bangan seni Islam dengan terbinanya masjid pertama dalam Islam, iaitu Masjid Quba. Namun ia bukanlah satu hasil seni bina yang sempurna, kerana tiangnya hanya diperbuat daripada batang pokok kurma

• Menurut Alfred Frazer, seni bina Islam me-rupakan gambaran dari satu agama (bukan golongan tertentu), sistem ekonomi, politik. Bangunan utamanya ialah masjid

Page 329: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

• Antara masjid-masjid yang dibina dengan

sempurna dalam sejarah seni bina Islam:

(a) `Dorm of the Rock‟ di Jerusalem,

Palestin yang dibina pada zaman

Khalifah b. Malik bin Marwan

(b) Masjid al-Aqsa di Jerusalem, Palestin.

Dari masjid ini Rasulullah s.a.w di-

mikrajkan oleh Allah

(c) Masjid Mihrab Lutfallah, Isfahan, Iran

(d) Masjid Besar Damascus, Syria

Page 330: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

• Ciri-ciri seni bina Islam

(a) Pembahagian ruang pemisah antara

lelaki dan perempuan

(b) Mengutamakan kemasukan cahaya

matahari ke dalam rumah yang mak-

simum. Secara tidak langsung, peng-

aliran udaranya amat baik dan

semula jadi, memberi keselesaan ke-

tika beribadah dan menjamin kesem-

purnaannya.

Page 331: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

(c) Relung tajam ke atas atau `pointed

arch‟ dapat dilihat di masjid-masjid, ter-

utama bahagian kubah atau menara. Ia

berkonsepkan penyembahan kepada

Allah S.W.T dan mengarah ke langit

(b) Hiasan yang indah di dalam dan luar

banguna dengan corak-corak yang se-

ring digunakan, iaitu arabes, seni khat

dan mozek yang berwarna-warni, cerah

dan harmoni

Page 332: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SENI UKIR

• Seni ukir adalah satu cabang seni dan di-

galakkan dalam Islam. Ukiran tersebut

terdapat pada barang-barang perhiasan,

ukiran di bangunan (seperti masjid) dll

• Antara bentuk ukiran yang dibenarkan ia-

lah seperti ukiran bunga, awan larat dan

ayat-ayat al-Quran.

Page 333: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

• Seni ukir berbentuk patung tidak termasuk

dalam skop seni dalam Islam, kerana ukir-

nya bercanggah dengan akidah Islam dan

diharamkan

SENI LUKIS

• Subjek yang dilukis tidak menggambarkan

drama atau potret yang beremosi, sebalik-

nya menggambarkan unsur-unsur yang

berkaitan dengan keesaan Allah

Page 334: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

• Lukisan tumbuh-tumbuhan alam semula

jadi, satu elemen yang bermotif mewujud-

kan suatu keadaan tenang dan tenteram

Motif tumbuhan digunakan dalam men-

capai kejayaan yang tinggi dalam seni

tembikar, batu jubin, ukiran (batu pada

bangunan), tenunan kain, permaidani dll

Page 335: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kesimpulan

1. Seni adalah sesuatu yang indah untuk

kesenangan dan ketenangan kepada

manusia

2. Pelaksanaan seni dalam Islam tertakluk

kepada batas dan prinsip yang diboleh-

kan oleh syariat

3. Pelbagi bidang seni yang dihasilkan ada-

lah menjadi satu ciri / lambang kepada

ketamadunan Islam.

Page 336: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

PENGAJIAN ISLAM

(MPW 1143)

BAB 5:

INSTITUSI-INSTITUSI

ISLAM

Page 337: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

LEARNING OBJECTIVES

Menerang dan memahamkan kepenting-

an institusi-institusi kemasyarakatan se-

perti institusi keluarga, pendidikan dan

pemerintahan dijalankan mengikut kon-

sep dan ajaran Islam.

Page 338: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

LEARNING OUTCOMES

Meyakini dan menanam keinginan dalam

diri masing-masing untuk melihat

institusi-institusi kemasyarakatan seperti

kekeluargaan, pendidikan, ekonomi dan

pemerintahan dijalankan mengikut kon-

sep dan ajaran Islam sepenuhnya.

Page 339: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

INSTITUSI-INSTITUSI

ISLAM

PENDIDIKAN

PEMERINTAHAN DAN

PENTADBIRAN

KELUARGA DAN

MASYARAKAT

Page 340: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

KELUARGA DAN MASYARAKAT

Definisi

Jenis-jenis Keluarga

Fungsi Keluarga

Tanggungjawab Ahli Keluarga

Page 341: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Definisi Keluarga

Menurut masyarakat Barat, keluarga merupakan suatu ikatan antara lelaki dan perempuan yang mempunyai cita-cita dan matlamat hidup yang sama.

Ia boleh berlaku dengan sekadar wujudnya kerelaan bersama (mutual-consent) dalam melakukan hubungan jantina dan matlamat hidup bersama, tidak kira sekadar untuk berseronok atau melahirkan zuriat.

Page 342: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Menurut Islam pula, perkahwinan adalah

satu-satunya cara yang diterima dalam

membina sebuah keluarga berdasarkan

wahyu (al-Quran dan sunnah).

Institusi kekeluargaan yang terbentuk

bukan atas dasar perkahwinan atau

perkahwinan yang tidak sah seperti

sumbang mahram (hubungan jantina

antara mahram) dan lain-lain adalah

haram.

Page 343: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Jenis-jenis Keluarga

Menurut ahli sosiologi, jenis-jenis keluarga boleh

dibahagikan kepada dua:

Pertama: Keluarga nuklear iaitu terdiri

daripada suami, isteri dan anak-anak

Kedua: Keluarga luas iaitu keluarga yang

meliputi keluarga nuklear dan angota-anggota

yang lain seperti datuk, nenek, cucu, ibu

saudara, bapa saudara, anak saudara, sepupu

dan sebagainya.

Page 344: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Fungsi Keluarga

1. Memelihara tamadun Islam:

Keluarga berfungsi sebagai institusi yang

dapat memelihara kesinambungan gene-

rasi manusia yang bertanggungjawab

membina dan mengekalkan tamadun.

Tanpa keluarga, mustahil kesinambung-

an suatu generasi manusia itu dapat

diteruskan.

Page 345: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Memelihara akhlak dan kesopanan:

Pembentukan keluarga yang diasaskan

melalui perkahwinan memelihara nafsu

syahwat daripada kerosakan akhlak.

3. Tempat perlindungan:

Rumahtangga merupakan tempat per-

lindungan untuk setiap individu sepanjang

hidupnya. Anggota keluarga saling me-

ngambil berat di antara satu sama lain

dengan membantu menyelesaikan mas-

alah dan menjaga kebajikan.

Page 346: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Berkasih sayang:

Melalui institusi keluarga, suami

memberikan kasih sayang terhadap isteri

dan sebaliknya yang menghasilkan

ketenangan jiwa.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-

Nya, Dia menciptakan untukmu isteri-

isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu

cenderung dan merasa tenteram

kepadanya dan dijadikannya di antara

kamu kasih sayang..”. (ar-Rum 30:21)

Page 347: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Persaudaraan dan perpaduan:

Institusi keluarga bertanggungjawab

meluaskan hubungan kekeluargaan apabila

berlaku perkahwinan antara anggota

keluarga yang berlainan. Islam

menggalakkan perkahwinan itu berlaku dari

keluarga yang jauh dan tiada hubungan

darah.

Justeru, persaudaraan dapat ditingkat-kan,

dan seterusnya perpaduan ma-syarakat

dan umat Islam khususnya dan manusia

umumnya dapat dikuatkan

Page 348: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Membentuk sikap dan nilai-nilai

murni:

Melalui institusi keluarga, sikap dan

nilai baik seperti pengorbanan, ber-

dedikasi, bertanggungjawab dan lain-

lain dapat dipupuk melalui peranan

yang dimainkan oleh masing-masing.

Page 349: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tanggungjawab Ahli Keluarga

Tanggungjawab suami terhadap isteri

1. Memberi nakfah kepada isteri:

Nafkah meliputi makanan dan minuman, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, perubatan. “Dan para ayah wajib memberi nafkah kepada para ibu dan memberi mereka pakaian dengan baik”.

(al-Baqarah 233)

Page 350: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Hidup/bergaul dengan isteri secara

yang makruf:

Maksud hidup dengan makruf ialah

melayan isteri dalam kehidupan seharian

dengan baik.

Di antara perkara baik tersebut ialah

lemah lembut, mengasihani, berkasih

sayang, memaafkan, menghormati,

memberi pujian dan sebagainya.

Page 351: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Mengamalkan pergaulan hidup secara

yang makruf dengan isteri mestilah

dilakukan dengan jujur, sama ada di

hadapan atau di belakang isteri.

“Dan bergaullah dengan mereka (isteri-

isteri kamu itu) dengan cara yang baik..”.

(an-Nisa 19).

Page 352: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Menjaga rahsia suami isteri:

Suami wajib menjaga rahsia hubungan suami isteri. Perkara ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam sebuah hadis yang bermaksud:

“Bahawasanya manusia yang paling buruk kedudukannya pada hari kiamat ialah lelaki yang menggauli isterinya, dan wanita yang menggauli suaminya, ke-mudian menyebarkan rahsianya kepada orang lain”.

Page 353: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Suami juga wajib menjaga rahsia-rahsia

lain dan aib isteri.

Namun begitu, dibolehkan untuk men-

ceritakan keadaan tersebut jika untuk

kebaikan seperti untuk menyelesaikan

masalah dan lain-lain dengan beberapa

syarat antaranya menceritakan dengan

benar, dengan kadar yang diperlukan

sahaja, menceritakan kepada orang yang

layak dan syarat-syarat yang lain.

Page 354: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Menjaga kepemimpinan sebagai ketua

keluarga

Menurut Islam, suami adalah ketua

keluarga kerana dia memberi nafkah dan

mempunyai kekuatan tubuh badan.

Sebagai ketua dan pemimpin keluarga,

suami mestilah bertanggungjawab dan

mempunyai kewibawaan dalam kepimpi-

nannya.

Page 355: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Lelaki itu sebagai pemimpin kaum wanita

dengan kelebihan yang Allah berikan,

sebahagian mereka ke atas sebahagian

yang lain, dan kerana lelaki itu mem-

berikan belanja daripada hartanya kepada

wanita”.

(an-Nisa 4: 34).

Page 356: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tanggungjawab isteri kepada suami

1. Menjaga kehormatan diri:

Isteri wajib memelihara kehormatan

diri ketika suami ada atau tidak.

Dilarang sama sekali membenarkan

orang bukan mahram masuk ke

rumah ketika suami tiada.

Suatu perkara yang perlu diberi per-

hatian. Kebiasaannya maruah suami

lebih terjejas kerana karenah dan per-

lakuan isteri, tetapi tidak sebaliknya.

Page 357: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Mentaati suami dalam perkara yang

bukan maksiat:

Mentaati suami merupakan kewajipan

tetapi terbatas di dalam perkara-

perkara makruf sahaja iaitu perkara-

perkara yang bertepatan dengan

agama.

Page 358: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Berkomunikasi dengan baik dan

hormat:

Komunikasi dengan baik adalah asas

kejayaan sesebuah rumahtangga. Isteri

mestilah menunjukkan kemesraan

kepada suami dan keluarganya.

Isteri juga perlu memahami perasaan

pasangannya dalam apa-apa perbin-

cangan yang mungkin boleh mem-

bangkitkan kemarahan suami.

Page 359: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Komunikasi yang baik juga memerlukan

isteri membantu suami dalam menye-

lesaikan apa-apa konflik dengan baik.

Jika sebaliknya, masalah kecil menjadi

besar dan yang mudah akan menjadi

sukar.

Page 360: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Menjaga rumah dan harta suami

Maksud hadis:

“Isteri itu adalah penjaga rumah

suaminya, maka dia bertanggungjawab

ke atas segala apa yang ada di bawah

jagaannya”

(Riwayat al-Bukhari,

Muslim, Abu Daud dan

at-Tarmizi).

Page 361: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tanggungjawab Bersama

1. Berbincang dalam pelbagai perkara

terutama yang memerlukan kepu-

tusan bersama.

2. Mewujudkan persefahaman, ber-

maafan dan bertolak ansur.

3. Mendidik anak-anak yang soleh dan

solehah.

Page 362: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Nasihat menasihati demi mencapai

kerukunan rumah tangga.

5. Hormat menghormati dan memelihara

hubungan baik antara kedua-dua

keluarga masing-masing.

6. Tolong menolong dan bekerjasama

dalam menyelesaikan sebarang urusan

berkaitan dengan keluarga.

Page 363: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tanggungjawab anak kepada ibu bapa

Islam menggunakan istilah ihsan ter-

hadap ibu bapa yang bermaksud berbuat

baik.

Antara sifat ihsan ialah mentaati ibu

bapa, mengasihi kedua-dua mereka,

tidak meninggikan suara, mendoakan

mereka.

Page 364: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Firman Allah yang bermaksud:

`..dan hendaklah engkau berbuat baik

kepada ibu bapa. Jika salah seorang

daripada keduanya, atau kedua-duanya

sekali, sampai kepada umur tua dalam

jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah

engkau berkata kepada mereka (sebarang

perkataan kasar) sekalipun perkataan `ah!‟,

dan janganlah engkau menengking me-

nyergah mereka, tetapi katakanlah kepada

mereka perkataan yang mulia (bersopan

santun)` (al-Isra` 17: 23)

(al-Isra` 17 : 23-24)

Page 365: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

`Dan hendaklah engkau merendah meng-

hina diri kepada keduanya kerana belas

kasihan dan kasih sayangmu, dan

doakanlah (untuk mereka dengan

berkata):

Wahai Tuhanku ! Curahkanlah rahmat

kepada mereka berdua, sebagaimana me-

reka telah mencurahkan kasih sayang

mereka, memelihara dan mendidikku

semasa kecil`

(al-Isra` 17: 24)

Page 366: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Usia tua ibu bapa merupakan masa

yang sering diabaikan oleh anak-anak

disebabkan beberapa faktor samada

faktor sikap dan keadaan.

Anak-anak mestilah berusaha semampu

mungkin untuk memberikan kasih

sayang yang terbaik kepada mereka

sepanjang jangka masa hidup mereka.

Page 367: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Apabila mereka telah meninggal dunia

kita mesti mendoakan supaya diampun-

kan dosa-dosa mereka, selamat dari-

pada azab kubur dan dimasukkan ke

dalam syurga.

Anak-anak juga sangat disarankan oleh

Islam supaya berbuat baik kepada

rakan-rakan yang baik dengan ibu bapa

mereka ketika hidup.

Page 368: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

INSTITUSI PENDIDIKAN

Definisi

Huraian istilah-istilah penting

Pendidikan berkesan

Peranan pendidikan

Tanggungjawab menjayakan

pendidikan

Page 369: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Definisi Pendidikan

Dalam bahasa Arab, pendidikan disebut

`at-tarbiyyah‟. Terdapat beberapa istilah

yang boleh dikaitkan dengannya, iaitu:

(a) at-Takdib:

memperadabkan atau menjadikan se-

seorang itu beradab dan berakhlak

mulia.

Page 370: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

(b) at-Taklim:

bermaksud : `mengajar sesuatu ilmu

pengetahuan‟

(c) al-Wa`z wal-Irsyad:

bermaksud : `memberi kesedaran dan

petunjuk seperti dijelaskan dalam al-

Quran

Page 371: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Maksud Firman Allah :

“Serulah kepada jalan Tuhanmu (wahai

Muhammad) dengan hikmah kebijak-

sanaan dan nasihat pengajaran yang

lbaik, dan berbahaslah dengan mereka

(yang engkau serukan itu) dengan cara

yang lebih baik…”.

(al-Nahl 16: 125)

Page 372: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Dari segi istilah, pendidikan dalam Islam

didefinisikan sebagai :

“suatu proses secara formal atau tidak

formal bagi memupuk seluruh potensi

(kebolehan dan keupayaan) semula jadi

manusia dari segi intelektual (aqliyyah),

fizikal (jasmaniyyah), akhlak (akhlaqiah)

dan rohani (ruhaniyyah) secara sepadu

dan seimbang ke arah pembentukan

insan soleh sebagai khalifah Allah”.

Page 373: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Huraian Ungkapan Penting

Proses:

Berlaku melalui pembelajaran dan peng-

hayatan secara berperingkat-perinkat.

Ia sama sekali tidak berlaku secara jalan

pintas atau pendidikan segera (instant

education) seperti melalui TV, radio.

Page 374: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Secara formal atau tidak formal:

Formal : menjelaskan `sesuatu pendidik-

an diperoleh melalui institusi pendidikan

yang khusus seperti sekolah, maktab

dan universiti yang mempunyai guru,

murid, kurikulum, peralatan, sistem

penilaian dan sebagainya.

Tidak formal: ialah pendidikan yang

diperoleh secara tidak langsung, seperti

melalui ikutan (qudwah), nasihat,

hukuman, insiden/musibah dsb.

Page 375: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Memupuk seluruh potensi semula jadi

manusia:

Pendidikan berlaku secara `gradual‟

atau beransur-ansur. Justeru, langkah

pemupukan dan penyemaian perlu untuk

menjana dan menambahbaikkan ke-

bolehan dan keupayaan seseorang yang

sedia wujud.

Page 376: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Secara sepadu dan seimbang:

Pendidikan seharusnya merangkumi

semua aspek akal, akhlak, rohani dan

jasmani secara sekaligus dan seimbang

tanpa memberi penekanan yang

berlebihan kepada mana-mana aspek

lain.

Jika berlaku ketidakseimbangan akan

menghasilkan seseorang yang tinggi

ilmunya, tetapi kosong rohaninya atau

buruk akhlaknya.

Page 377: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Ke arah pembentukan insan soleh:

Pembentukan insan soleh yang ber-

maksud `manusia yang baik‟ adalah

matlamat pendidikan dalam Islam.

Terdapat istilah lain yang digunakan

dalam pendidikan Islam iaitu `insan

kamil‟ yang bermaksud: `manusia yang

sempurna dari segi kemanusiaan dan

keimanan‟

Page 378: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Sebagai Khalifah Allah:

Pendidikan seharusnya memberikan

pelbagai ilmu dan kemahiran yang

mampu menjadikan seseorang itu

sebagai khalifah (pentadbir) yang boleh

memakmurkan alam ini sebagai melak-

sanakan amanah Allah.

Page 379: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Berdasarkan definisi tersebut, pendidik-

an dalam Islam dapat dirumuskan

seperti berikut :

1. Proses pendidikan adalah melibatkan

aktiviti-aktiviti memupuk dan memper-

kembangkan empat elemen iaitu akal

(intelektual), fizikal (jasmani), akhlak

(tingkah laku) dan rohani (spiritual).

Page 380: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Pendidikan adalah berbeza dengan

pengajaran. Pengajaran lebih bersifat

`proses menyampaikan ilmu berdasar-

kan sesuatu kurikulum yang ditetap-

kan‟.

Pendidikan pula tidak hanya me-

nyampaikan ilmu, tetapi lebih merupa-

kan satu proses untuk memberi

kefahaman, memupuk kesedaran,

membentuk tingkah laku serta mem-

beri kemahiran untuk kehidupan

masa depan.

Page 381: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pendidikan Berkesan

Ukuran terhadap keberkesanan pen-

didikan boleh dinilai dari segi impak dan

hasil terhadap individu dari sudut berikut:

1. Kekuatan daya intelek:

Pendidikan mampu melahirkan insan

yang mempunyai daya pemikiran yang

tinggi untuk menghasilkan pelbagai

program dan aktiviti bagi kepentingan

ummah

Page 382: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Kekuatan rohani:

Mempunyai akidah yang teguh dari

sudut keimanan kepada Allah,

kepercayaan kepada perkara-perkara

`samiyyat‟ dan perkara-perkara lain

yang berkaitan dengan akidah.

3. Penyemaian nilai-nilai akhlak:

Pendidikan membentuk dan merang-

sang sifat-sifat peribadi dan akhlak yang

baik (mahmudah) seperti berani, sabar,

ikhlas.

Page 383: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Perubahan tingkah laku

Wujud kesedaran dan sedia berubah

menjauhi tingkah laku yang negatif

seperti gejala sosial, pencabulan hak-

hak terhadap Allah, sesama manusia

dan hak terhadap alam.

Page 384: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Peranan Pendidikan

1. Pendidikan Islam membentuk dan

memperkembangkan diri dan potensi

seseorang muslim untuk beriman,

berilmu dan beramal soleh.

2. Mencorakkan pembangunan sumber

manusia (modal insan) dalam pelbagai

bidang kemahiran dan kepakaran untuk

mencapai matlamat pembangunan

negara.

Page 385: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Pendidikan merangsang perubahan

tingkah laku sosial yang disusuli dengan

pelbagai tindakan untuk kemajuan

masyarakat dan negara.

4. Membentuk jati diri seorang muslim

yang sentiasa berpegang teguh kepada

ajaran agama di mana sahaja mereka

berada dan di dalam apa jua situasi.

Page 386: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Berperanan sebagai `penyeru kepada

kebenaran‟ dan `pencegah terhadap

kemungkaran‟.

6. Berperanan mewujudkan kesepaduan

dalam kehidupan antara menunaikan

tuntutan keduniaan dan tuntutan akhirat,

berbeza dengan pendidikan sekular/

Barat.

Page 387: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tanggungjawab menjayakan

agenda pendidikan

Individu

Memelihara haknya untuk mendapat

peluang pendidikan di semua peringkat

(rendah, menengah dan pengajian

tinggi).

Menggunakan segala peluang pendidik-

an sehingga mencapai satu tahap

kecemerlangan.

Page 388: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Keluarga

Bertanggungjawab memberi pendidikan

kepada anak-anak, bermula di peringkat

awal kanak-kanak lagi.

Merancang segala keperluan dan kemu-

dahan serta bimbingan secukupnya

untuk persekolahan dan pendidikan

anak-anak.

Page 389: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Masyarakat

Masyarakat memikul tanggungjawab

sosial untuk memberi sokongan dan

bantuan menjayakan pendidikan.

Sebagai anggota masyarakat, hendak-

lah membantu mana-mana anggotanya

yang menghadapi kesulitan yang boleh

menghalang pembelajaran seperti mas-

alah kewangan dan lain-lain.

Page 390: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Cendiakawan / para ilmuan

Bertanggungjawab menyebar luas

segala ilmu pengetahuan dan kemahiran

yang dimiliki dalam pelbagai bidang dan

peringkat pendidikan.

Bersedia secara sukarela menyumbang-

kan tenaga dan kepakaran menjayakan

pelbagai program khidmat masyarakat

tertentu.

Page 391: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kerajaan / pemerintah

Mewujudkan sistem pendidikan yang

baik untuk rakyat.

Memastikan rakyat mendapat pe-

luang pendidikan di semua peringkat.

Mewujudkan keseragaman di antara

pendidikan dan pekerjaan.

Page 392: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

PEMERINTAHAN DAN

PENTADBIRAN

Konsep Pemerintahan dan Pentadbiran

Institusi Syura dan Hisbah

Tanggungjawab Kerajaan

Tanggungjawab Rakyat

Page 393: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Konsep Pemerintahan Islam

Secara am, skop pemerintahan dan

pentadbiran tidak terhad hanya kepada

pemerintahan dan pentadbiran negara,

tetapi juga melibatkan institusi-institusi

yang lebih kecil, seperti keluarga dan

masyarakat.

Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w:

“Setiap daripada kamu adalah penjaga

(pemerintah/pentadbir), dan setiap dari-

pada kamu bertanggungjawab terhadap

orang di bawah jagaannya”.

Page 394: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pemerintahan atau pentadbiran melibat-

kan dua pihak:

1. Golongan yang memerintah

Pemerintah, pentadbir atau pemimpin

2. Golongan yang diperintah (rakyat).

Kedua-dua pihak mempunyai hubungan

secara timbal balik bagi menjamin

pemerintahan yang baik dan mencapai

situasi `menang-menang‟‟, di mana peme-

rintah berjaya melaksanakan pentadbiran

dan rakyat mendapat manfaatnya.

Page 395: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pemerintahan Islam yang pertama ialah

pemerintahan pada zaman Kerajaan Islam

Madinah yang diketuai oleh Rasulullah s.a.w

yang ditadbir menurut `Sahifah Madinah‟

(Perlembagaan Madinah).

Kurun terbaik pemerintahan Islam ialah pada

zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w dan

diikuti oleh zaman pemerintah-an Khulafa ar-

Rasyidin, berdasarkan hadis :

“Sebaik-baik kamu adalah pada kurun aku,

kemudian kurun yang selepasnya, kemudian

kurun selepasnya”.

Page 396: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Hadis Rasulullah s.a.w. bermaksud :

“Sebaik-baik kamu adalah pada kurun

aku, kemudian kurun yang selepasnya,

kemudian kurun selepasnya”.

Dalam konteks pemerintahan, zaman

yang terbaik ialah :

(a) Zaman Rasulullah s.a.w

(b) Zaman Khulafa ar-Rasyidin (Sahabat)

dan seterusnya

Page 397: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Sesuatu pemerintahan dilaksanakan

berdasarkan perkara-perkara penting

seperti berikut:

1. Tujuan / matlamat.

2. Prinsip-prinsip pemerintahan.

3. Tanggungjawab pemerintah.

4. Tanggungjawab rakyat.

Page 398: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tujuan / matlamat

Menurut al-Quran, fungsi atau sebab

pemerintahan atau negara ditegakkan

adalah seperti berikut :

1. Menyebarkan agama Islam:

Pembentukan negara Islam adalah

untuk menyebarkan agama Islam

seluas mungkin ke seluruh alam

sesuai dengan Islam sebagai agama

untuk semua umat.

Page 399: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kenyataan ini dijelaskan melalui Firman

Allah S.W.T yang bermaksud :

“Iaitu orang-orang yang jika Kami

teguhkan kedudukan mereka di muka

bumi, nescaya mereka mendirikan

solat, mengeluarkan zakat, menyuruh

berbuat yang makruf dan mencegah

yang mungkar”.

(al-Haj 22: 41).

Page 400: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Melaksanakan hukum syarak:

Semua persoalan yang berkaitan dengan

keluarga, ekonomi, perundangan, hubu-

ngan antarabangsa dan sebagainya

akan dapat dilaksanakan jika wujud

pemerintahan Islam.

“Kemudian Kami jadikan kamu berada di

atas suatu syariat (peraturan) dalam uru-

san agama, maka ikutilah syariat itu dan

janganlah kamu mengikut hawa nafsu

orang-orang yang tidak mengetahui”.

(al-Jathiah 145: 18).

Page 401: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Melaksanakan keadilan

Islam melaksanakan keadilan kepada

orang Islam dan bukan Islam. Undang-

undang Jenayah Islam telah terbukti

mampu membendung jenayah dan serta

mengawal keamanan.

“Sesungguhnya Kami telah mengutus

para Rasul Kami dengan membawa bukti-

bukti yang nyata, dan Kami telah turunkan

bersama mereka al-Kitab dan mizan

(neraca) supaya dapat melaksanakan

keadilan …” (al-Hadid 57: 25)

Page 402: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Melaksanakan `amar makruf’ dan

mencegah yang `mungkar’

Islam menyeru kepada kebaikan yang

menjangkau kebaikan yang dibawa oleh

undang-undang seperti dalam pendidik-

an, komuniti dan pembudayaan nilai-nilai

baik di dalam masyarakat.

Manakala pencegahan terhadap sebaha-

gian besar kemungkaran adalah langkah

yang amat berat untuk dilaksanakan. Ia

tidak mungkin dapat dilaksanakan secara

individu.

Page 403: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu menjadi umat

yang menyeru kepada kebaikan, me-

nyeru kepada yang makruf dan men-

cegah daripada yang mungkar. Mereka-

lah orang-orang yang beruntung”.

(Ali Imran 3: 104)

Page 404: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Membina tamadun Islam

Pemerintahan menjadi asas kepada

sesebuah tamadun dan hanya peme-

rintahan yang kuat dapat mencipta

tamadun.

Kerajaan-kerajaan Islam dalam sejarah

ketamadunannya telah membuktikan

perkara ini. Malah, sehingga hari ini,

dunia mendapat manfaat daripada

tamadun dan peradaban Islam ter-

dahulu.

Page 405: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Prinsip-prinsip pemerintahan

1. Prinsip keadilan

Keadilan menjadi teras dalam pelaksana-

an pemerintahan, meliputi segala bentuk

undang-undang dan peraturan dilaksana-

kan.

Hukuman-hukuman yang dijalankan ada-

lah untuk menegakkan keadilan, selain

untuk mendidik pesalah serta memberi

pengajaran dan kesedaran

Page 406: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Undang-undang tersebut dikaitkan juga

dengan pengampunan Allah SWT pada

hari akhirat. Ini akan mendatangkan

perasaan insaf dan sesal di dalam diri

pesalah.

Hukuman yang dilaksanakan itu juga

akan dilihat oleh masyarakat. Secara

tidak langsung akan menimbulkan pe-

rasaan gerun kepada orang lain untuk

tidak melakukan kesalahan.

Page 407: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Prinsip kesamarataan

Semua orang adalah sama sahaja pada

pandangan Islam tanpa mengira ke-

dudukan bangsa dan warna kulit.

Contoh :

Rasulullah s.a.w melantik Zaid bin

Harithah sebagai naib Baginda, sedang-

kan Zaid adalah seorang bekas hamba

Baginda.

Page 408: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Prinsip ini terus diamalkan pada zaman

pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin.

Contoh :

Khalifah Umar al-Khattab tidak mem-

bezakan hukuman terhadap sesiapa

yang melakukan kesalahan. Beliau

pernah mengambil tindakan ke atas

Muawiyah bin Abu Sufian, Amr bin al-As

dan Abu Hurairah sedangkan mereka

adalah gabenor dan pegawai.

Page 409: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Prinsip kebebasan

Kebebasan meliputi hak mendapatkan

tempat dalam pemerintahan, kebebasan

bersuara/memberi pendapat (syura)

Contoh :

Rasulullah s.a.w mendapatkan panda-

ngan para Sahabat tentang strategi

mempertahankan kota Madinah semasa

Perang Uhud. Nabi menerima panda-

ngan untuk bertahan di luar kota

Madinah.

Page 410: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kebebasan memegang jawatan dalam

pentadbiran Negara juga diamalkan.

Baginda mengagihkan jawatan kepada

para sahabat.

Contoh :

Rasulullah s.a.w melantik Sa`d bin

Ubadah dan Sa`d bin Muaz sebagai

`naib‟.

Page 411: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Prinsip kebebasan ini terus diamalkan

pada zaman pemerintahan Khulafa ar-

Rasyidin

Contoh :

Khalifah Umar al-Khattab r.a. memberi

kebebasan kepada penduduk Syria me-

ngekalkan sistem cukai pada zaman

kerajaan Byzantium yang dikenakan ke

atas penduduk bukan Islam di Syria.

Page 412: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Prinsip ketelusan

Rasulullah s.a.w dan para Sahabat

mengambil sikap terbuka dan telus dalam

pemerintahan, iaitu pentadbiran dan pe-

ngurusan. Ini bertujuan untuk megelak

daripada rasa tidak senang hati dan

tanggapan salah rakyat.

Rasulullah mengagihkan tugas kepada

para Sahabat mengikut kelayakan dan

keupayaan mereka untuk menjalankan

pentadbiran negara.

Page 413: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Konsep Syura

Syura bermaksud : `meminta pendapat

dan bersefahaman dalam perundingan‟.

Dalam konteks pentadbiran, syura

difahami sebagai `meminjam pendapat

orang lain tentang perkara-perkara yang

berkaitan dengan kepentingan ber-

sama‟.

Page 414: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Prinsip `syura‟ dalam pemerintahan dan

pentadbiran Islam adalah berdasarkan Al

Quran dan Sirah Rasulullah SAW:

“Dan urusan mereka dilakukan secara

syura di antara mereka”. (asy-Syura :

38). “Dan bermesyuaratlah dengan

mereka tentang sesuatu perkara”.

(Ali Imran : 159).

Sirah Rasulullah membuktikan bahawa

baginda mendapatkan pandangan para

Sahabat dalam perkara-perkara tertentu.

Page 415: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Prinsip `syura‟ dalam pemerintahan dan

pentadbiran Islam adalah berdasarkan Al

Quran dan Sirah Rasulullah SAW:

“Dan urusan mereka dilakukan secara

syura di antara mereka”. (asy-Syura: 38)

“Dan bermesyuaratlah dengan mereka

tentang sesuatu perkara”.

(Ali Imran : 159).

Sirah Rasulullah membuktikan bahawa

baginda mendapatkan pandangan para

Sahabat dalam perkara-perkara tertentu.

Page 416: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Syura sangat penting, kerana `keputusan

berdasarkan kepada pandangan ramai

dianggap lebih menghampiri kebenaran,

berbanding keputusan yang dibuat

mengikut pandangan individu‟.

Ia diamalkan sejak pada zaman

Rasulullah s.a.w dan diteruskan dalam

pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin.

Pada zaman Khalifah Abu Bakar, syura

dijalankan secara terbuka, tanpa

mempunyai badan tertentu.

Page 417: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pada zaman Khalifah Umar, beliau

menubuhkan `Majlis Syura‟ yang mem-

punyai ahli-ahli yang dilantik dari kala-

ngan enam orang Sahabat iaitu:

a. Uthman bin Affan

b. Ali bin Abi Talib

c. Talhah bin Ubaidullah

d. Zubair bin Awwam

e. Abdul Rahman bin Auf

f. Saad bin Abi Waqqas

Page 418: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Konsep Hisbah

Hisbah ialah satu `institusi pengawasan‟.

Individu yang bertanggungjawab dengan

tugas pengawasan tersebut dinamakan

`al-muhtasib‟ (pengawas/penguatkuasa).

Pada zaman Rasulullah s.a.w, Baginda

mengarahkan `pengawas/penguatkuasa‟

yang disebut `sahibus suq‟ (penyelia

pasar) untuk menjalankan tugas penga-

wasan perniagaan di pasar.

Page 419: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Baginda melantik Sa`id bin al-As bin

Umaiyah mengawas kegiatan

perdagangan di Mekah dan Umar bin al-

Khattab mengawas kegiatan

perdagangan di Madinah.

Pada zaman Khulafa ar-Rasyidin,

Khalifah Umar al-Khattab, Khalifah

Uthman dan Khalifah Ali bin Abu Talib

sendiri membuat pengawasan di pasar-

pasar.

Page 420: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tugas pengawasan ini diteruskan pada

zaman pemerintahan Kerajaan bani

Umaiyah seperti Khalifah al-Walid bin

Abdul Malik.

Begitu juga pada zaman pemerintahan

Kerajaan Abbasiah, seperti Khalifah Abu

Jaafar al-Mansur yang melantik

beberapa orang petugas.

Page 421: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tanggungjawab Kerajaan

1. Bertanggungjawab secara langsung

kepada Allah, kerana ia merupakan

amanah daripadaNya, dan mandat

daripada umat Islam

2. Memelihara kesuciaan agama dengan

melaksanakan syariah Islamiah sepenuh-

nya dan menyebarkan dakwah

3. Menjamin kebebasan beragama di

kalangan warganegara yang terdiri

daripada pelbagai agama.

Page 422: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Menjamin keselamatan nyawa seperti

yang dinyatakan di dalam Surah al-Isra,

ayat 33

5. Memelihara hak milik individu yang sah

daripada pencerobohan, peras ugut dan

lain-lain seperti dalam Surah al-Baqarah,

ayat 188

6. Memastikan setiap rakyat terpelihara

kehormatan dan kehidupan peribadi

daripada gangguan dan ancaman orang

lain seperti dalam Surah an-Nur ayat 27.

Page 423: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

7. Melaksanakan keadilan di setiap

peringkat pemerintahan dan pentadbiran

negara

8. Menjaga kebajikan semua rakyat amnya

dan golongan yang lemah kerana cacat,

tua, uzur, sakit, miskin dan lain-lain

khususnya seperti dalam Surah az-

Zariyat, ayat 19.

Page 424: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tanggungjawab Rakyat

Berkewajipan untuk bekerjasama,

membantu dan memastikan pemerin-

tahan negara Islam itu dapat berjalan

dengan lancar dan mantap dari semasa

ke semasa

Mematuhi perundangan yang diwujud-

kan dan menjauhkan diri daripada

melakukan sebarang kerosakan dalam

negara seperti dalam Surah al-A`araf

ayat 85.

Page 425: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Memberikan ketaatan dan kesetiaan

kepada pemerintah, selagi pemerintah

tidak menyuruh melakukan perkara-

perkara yang melanggar akidah, syariat

dan akhlak seperti dalam Surah an-Nisa,

ayat 59.

4. Melaksanakan jihad untuk membantu

pihak pemerintah dalam memelihara

agama, kemerdekaan, kebebasan, ke-

hormatan dan kesejahteraan seperti

dijelaskan dalam Surah al-Baqarah, ayat

218.

Page 426: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

• BAB 6:

• PRINSIP-PRINSIP ISLAM DALAM

MENANGANI CABARAN SEMASA

Page 427: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

OBJECTIVES LEARNING

Menerang dan menghuraikan kaedah dan

prinsip Islam dalam menangani cabaran

dan isu dunia moden seperti gejala sosial,

perkembangan sains dan globalisasi.

Page 428: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

LEARNING OUTCOMES

Mengetahui dan memahami kaedah dan

prinsip Islam dalam menangani cabaran

dan isu dunia moden, seterusnya

mengambil pendirian sejajar dengan

prinsip-prinsip tersebut.

Page 429: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Bab Keenam

Prinsip-prinsip Islam Dalam Menangani

Cabaran Semasa

Gejala Sosial dan Keruntuhan Akhlak.

Isu-isu Ekonomi.

Pembangunan dan Alam Semulajadi.

Etika atau Akhlak Islam Dalam Kemajuan

Sains dan Teknologi.

Globalisasi.

Page 430: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Gejala Sosial dan Keruntuhan Akhlak

Maksud keruntuhan akhlak.

Faktor keruntuhan akhlak.

Pihak-Pihak Yang Berperanan Dalam

Menyelesaikan Gejala Sosial

Page 431: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Maksud Keruntuhan Akhlak

Keruntuhan akhlak membawa maksud

perihal runtuh, kejatuhan, kerobohan dan

kerosakan budi pekerti, kelakuan,

tingkah laku dan tabiat yang baik.

Page 432: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Faktor Keruntuhan Akhlak

1. Sifat ingin tahu dan mencuba:

Remaja selalu dikaitkan dengan sifat

ingin mencuba atau mempunyai sifat

impresif dan mudah terpedaya dengan

keindahan zahir daripada memikirkan

nilai negatif di sebalik sesuatu perkara.

Justeru, lumrah remaja yang mahu

melakukan perkara-perkara sebegini

tanpa bimbingan akan merosakkan

mereka.

Page 433: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Pengaruh kawan:

Rakan mempunyai pengaruh yang

sangat besar terhadap remaja. Dalam

sesetengah keadaan, ia menjadi faktor

paling utama di dalam pembentukan

perilaku. Hadis Nabi telah menerangkan

perkara dengan sangat jelas.

Page 434: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Kepincangan keluarga:

Ketiadaan keharmonian di dalam sesebuah rumahtangga menyebabkan mereka mencari ketenangan di luar rumah yang kebiasaannya mudah terjebak dengan aktiviti negatif. Sebahagian daripada mereka memang sengaja mahu melepaskan tekanan dengan perkara-perkara salah. Sebahagian yang lain pula melakukan perkara tersebut kerana memberontak di atas perkara yang mereka tidak berpuas hati.

Page 435: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Pengaruh Budaya Asing:

Pengaruh asing yang dibawa oleh media

massa sangat mengesankan minda

remaja. Mereka didorong oleh perasaan

bahawa aspek-aspek tersebut

menunjukkan kemajuan bangsa Barat

sedangkan sebahagian besar daripada

budaya-budaya tersebut disebarluaskan

oleh syarikat-syarikat gergasi untuk

mengaut keuntungan.

Page 436: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Budaya-budaya seperti memakai pakai

yang ketat dan seumpamanya adalah

salah dari sudut agama dan kesihatan.

Malah di Barat sekarang ini, wujud

badan-badan bukan kerajaan yang

berkempen menentang model-model

pakaian yang terlalu kurus yang mana

mereka ini menjadi ikutan masyarakat

dalam fesyen pakaian.

Page 437: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Pendidikan tidak seimbang:

Pendidikan moden yang diamalkan

kebanyakkannya tidak seimbang. Ia

hanya mementingkan kecemerlangan

akademik. Terlalu sedikit aspek akhlak

yang dimasukkan kedalam kurikulum.

Aspek amali pendidikan agama juga

tidak ditekankan.

Page 438: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

6. Kurang penghayatan agama:

Agama Islam merupakan benteng

daripada gejala sosial tetapi rata-rata

dalam kehidupan moden hari ini skop

agama difahami secara salah dan

dianggap terbatas kepada amalan

ibadat-ibadat tertentu.

Page 439: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

6. Kurang penghayatan agama:

Agama Islam merupakan benteng

daripada gejala sosial tetapi rata-rata

dalam kehidupan moden hari ini skop

agama difahami secara salah dan

dianggap terbatas kepada amalan

ibadat-ibadat tertentu.

Page 440: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pihak-Pihak Yang Berperanan Dalam Menyelesaikan Gejala Sosial

Individu

1. Mengawal interaksi antara lelaki dan perempuan bukan mahram:

Interaksi antara lelaki dan perempuan berbeza mengikut usia dan suasana. Islam telah menetapkan cara berinteraksi yang betul. Perbuatan berdua-duaan adalah haram kerana ia boleh membawa kepada penzinaan.

Page 441: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Perhubungan sesama mahram juga juga

mempunyai batasan dan adab. Bilik tidur

lelaki dan perempuan mesti diasingkan.

Batasan aurat juga wujud di antara

mereka.

Page 442: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Menjaga penampilan:

Lelaki dan perempuan diperintahkan

untuk menutup aurat. Aurat perempuan

adalah seluruh badan kecuali muka dan

tapak tangan. Aurat lelaki pula ialah di

antara pusat dan lutut. Pakaian yang

ketat dan nipis juga diharamkan.

Page 443: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Mengawal penglihatan:

Di dalam ayat Al Quran dan hadis yang

sangat banyak, ia memerintahkan

manusia untuk memelihara penglihatan.

Ini kerana, kebiasaannya apabila melihat

sesuatu yang tidak baik akan mendorong

seseorang itu untuk melakukannya,

samada cepat atau lambat, sedikit atau

banyak.

Page 444: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Perintah menundukkan pandangan

terlebih dahulu dikenakan terhadap

lelaki. Ini kerana mereka adalah gender

yang mudah untuk melakukan perbuatan

haram tersebut. Manakala perintah

menutup aurat dikenakan terhadap

perempuan kerana mereka adalah

gender yang menarik perhatian.

Page 445: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Mengawal hawa nafsu:

Manusia terdiri daripada dua komponen

iaitu akal dan nafsu. Nafsu perlu dikawal

dengan unsur-unsur rohani. Perlu

diingat, mengawal nafsu memerlukan

mujahadah. Maksudnya, memerlukan

usaha bersungguh-sungguh dan kadang

kala ia amat memenatkan.

Page 446: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Mengarah hala tuju persahabatan:

Persahabatan adalah aset penting dalam

pembangunan modal insan. Islam

mengarahkan individu supaya memilih

kawan dan jiran yang baik. Islam juga

memerintahkan kita membantu

sahabatnya sama dizalimi atau

menzalimi.

Page 447: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

6. Tangani budaya asing dengan bijak:

Islam tidak melarang umatnya mencontohi

budaya asing baik tetapi melarang

mengambil perkara yang merosakka

7. Tingkatkan penghayatan agama:

Penghayatan agama mesti dilakukan

secara berterusan. Dalam Islam terdapat

konsep „dari buaian ke liang lahad‟. Ia

adalah kiasan terhadap pendidikan yang

berpanjangan.

Page 448: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Ibu Bapa

1. Membina dan mengekalkan keharmonian

rumahtangga:

Di antara langkah-langkah yang perlu

diambil ialah mencari pasangan

berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh

agama. Suami sebagai ketua keluarga

perlu membina keperibadian yang baik

untuk mengemudi keluarga.

Page 449: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Islam dengan tegas telah menyatakan

bahawa ibu bapa bertanggungjawab

terhadap dosa dan maksiat yang

dilakukan oleh anak mereka jika mereka

membiarkan begitu sahaja atau

mengambil tindakan sambil lewa.

Page 450: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Memberi pendidikan asas agama:

Pendidikan asas agama perlu diberikan

kepada anak-anak secara langsung dan

tidak langsung. Pendidikan ini mesti

berlaku secara teori (maklumat) dan amali

(tindakan).

Page 451: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3.Mengetahui dan mempraktikkan

hubungan baik dengan anak-anak:

Hubungan ibu bapa dan anak-anak perlu

diasaskan dengan panduan Islam yang

membahagikannya kepada empat tahap:

(a) Tahap kanak-kanak yang perlu

dimanjakan sebelum usia tujuh tahun.

Page 452: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

(b) Perlu disayangi dan dihukum dengan

hukuman yang sesuai dan tidak

memudaratkan iaitu daripada usia tujuh

tahun hingga mereka baligh iaitu sekitar

sembilan tahun bagi anak perempuan dan

lima belas tahun bagi anak lelaki beserta

pendidikan formal dan tidak formal.

Page 453: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

(c) Tahap remaja atau dewasa hingga

sebelum berkahwin. Perlu berkawan,

memberi bimbingan, nasihat dan

menghukum mereka sebagai jalan

terakhir.

Page 454: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

(d) Tahap dewasa apabila anak-anak

sudah berkahwin dan berpisah daripada

keluarga. Ia sudah melepasi tahap

memberi hukuman. Diasaskan pada

konsep persahabatan di samping

mengekalkan ciri keibubapaan yang perlu

dihormati dan sebagai pemberi nasihat

dan pandangan yang penting.

Page 455: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Memahami keperluan dan tuntutan

semasa:

Ini kerana perbezaan generasi dan zaman

menjadi penghalang kepada pemahaman

yang baik seterusnya mewujudkan benteng

di antara perhubungan dua pihak.

Page 456: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Mengawasi dan memantau tingkah laku

anak-anak:

Pengawasan dan pemantauan sangat perlu

kerana tindakan manusia perlu dikawal

dengan nasihat dan undang-undang.

Namun begitu, ia perlu bijak dilakukan

tanpa menggugat kebebasan perasaan dan

akal mereka sehingga tercetusnya konflik.

Page 457: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

ISU-ISU EKONOMI

Konsep Ekonomi Islam

Beberapa Ayat Al Quran Mengenai

Penjanaan Ekonomi.

Prinsip-prinsip Ekonomi Islam.

Page 458: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Konsep Ekonomi Islam

Islam menggalakkan individu mencari

rezeki dan memiliki harta di dunia. Firman

Allah yang bermaksud :

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan

yang telah dikurniakan oleh Allah kepada

kamu akan pahala dan kebahagian untuk

akhirat, dan janganlah engkau melupakan

bahagianmu daripada dunia” (al-Qasas

28:77).

Page 459: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Ekonomi Islam mengoptimumkan manfaat

sosial dan tidak bersifat individualistik

yang mana semua lapisan masyarakat

merasai kekayaan negara berdasarkan

keupayaan masing-masing tanpa ada

unsur penindasan dan penganiayaan.

Pengurusan ekonomi mestilah mencapai

sasaran yang tepat tanpa sebarang

pembaziran

Page 460: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Ekonomi Islam tidak boleh dikuasai oleh

kehendak yang tiada batasan.

Skop ekonomi mengikut keperluan

semasa untuk menjaga kepentingan umat

Islam. Contohnya kewujudan sistem

insuran `takaful‟ terjadi untuk membantu

umat Islam yang ditimpa kemalangan.

Page 461: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pada dasarnya, skop ekonomi Islam

adalah sama dengan sistem ekonomi

konvensional, tetapi diurus menurut

peraturan syariat

Page 462: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Beberapa ayat al-Quran tentang usaha

terhadap penjanaan ekonomi:

1. Perusahaan perkapalan

“..dan (pada) kapal-kapal yang belayar di

lautan dengan membawa barangan yang

bermanfaat kepada manusia”. (al-

Baqarah 2: 164).

Page 463: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Perusahaan logam besi

“… dan kami telah mencipta besi dengan

keadaannya mengandungi kekuatan yang

dahsyat serta pelbagai faedah lain bagi

manusia..”. (al-Hadid 57: 25).

Page 464: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Pertanian

“..Dia juga telah menurunkan hujan

daripada langit. Maka Kami keluarkan

dengannya berjenis-jenis tanaman dan

buah-buahan yang berlainan keadaannya.

Makanlah kamu daripadanya dan berilah

makan binatang-binatang ternakan

kamu..”. (Taha 20: 53-54).

Page 465: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

”Dan Dialah (Allah) yang menjadikan

(untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar

(tanamannya) dan yang tidak menjalar,

dan pohon-pohon tamar, dan tanaman

yang berlainan (bentuk dan rasanya),

buah zaitun dan delima, yang sama

(warnanya dan daunnya) dan tidak sama

(rasanya)...”. (al-Anaam 6 : 141).

Page 466: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

PRINSIP-PRINSIP EKONOMI ISLAM

1.Kemaslahatan atau kemanfaatan kepada

masyarakat:

Produk samada barangan atau

perkhidmatan yang tidak memberikan

kebaikan di sisi Islam tidak boleh

diniagakan.

Page 467: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2.Tiada unsur penipuan (Ghash):

Semua kegiatan ekonomi yang

mempunyai unsur penipuan dan

kesamaran kepada pengguna adalah

ditegah.

Page 468: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Kepenggunaan:

Islam mementingkan pengguna yang bijak

supaya kegiatan ekonomi memberi

manfaat kepada semua pihak. Sebagai

contoh, pengguna boleh memboikot

peniaga-peniaga yang menaikkan barang

sesuka hati mereka. Pengguna juga mesti

melaporkan kepada pihak berkuasa jika

hak-hak mereka dicabuli.

Page 469: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Keseimbangan:

Perlu wujud pelbagai sektor secara

seimbang untuk memenuhi keperluan

rakyat dan negara.

5. Kemahiran dan teknologi:

Perhatian perlu diberikan dalam

penyediaan tenaga kerja mahir dan

penggunaan teknologi tinggi dalam

pengeluaran.

Page 470: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

7. Produk yang boleh dicapai:

Barangan yang tidak dapat dimiliki seperti

burung di udara dan tanah yang belum

dimiliki sepenuhnya tidak boleh

diniagakan.

8. Akhlak:

Pihak yang menjalankan aktiviti ekonomi

mestilah mempunyai kesedaran akhlak.

Tindak-tanduk dan perilaku mereka wajib

berasaskan kepada akhlak Islam.

Page 471: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

9. Memelihara kedaulatan dan keselamatan

negara:

Negara tidak boleh dipercaturkan semata-

mata kerana kepentingan ekonomi.

Beberapa sektor yang dianggap sebagai

kepentingan strategik mestilah dipegang

atau dikawal sebahagiannya oleh negara

seperti tenaga dan makanan.

Page 472: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pembangunan dan Alam Semulajadi

Maksud Pembangunan Di Dalam Islam.

Hubungan Pembangunan Dengan Alam

Semulajadi.

Ciri-ciri Pembangunan Di Dalam Islam.

Page 473: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Maksud Pembangunan Di Dalam Islam

Membuat perubahan dan peningkatan

taraf hidup, pengabdian kepada tuhan,

perilaku dan daya intelek. Pembangunan

di dalam Islam menggabungkan aspek

fizikal dan spiritual.

Page 474: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Hubungan Pembangunan Dengan Alam

Semulajadi

Pembangunan sering dikaitkan dengan

hubungan negatif dengan penjagaan alam

semulajadi. Apabila pembangunan atau

modenisasi dilakukan alam akan terancam

kerana ekosistem diusik. Ini kerana

pembangunan yang dilakukan adalah

pembangunan tidak terkawal.

Page 475: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pembangunan adalah keperluan kepada

manusia untuk kesejahteraan dan

kemakmuran. Justeru ia perlu dilakukan

dengan terkawal dan mengikut peraturan

supaya mendatangkan manfaat dan

menjauhkan kemudaratan

Page 476: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Ciri-ciri Pembangunan Di Dalam Islam

1.Pembangunan madani atau fizikal perlu

berteraskan keutamaan atau prioriti yang

digariskan oleh Maqasid As Syariah iaitu

Ad Dhururiyyat, Al Hajiyyat dan At

Tahsiniyyat.

Page 477: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Kesaksamaan dalam pengagihan nikmat

pembangunan. Kemudahan daripada

pembangunan tidak boleh dimonopoli

penggunaannya atau ia dilakukan untuk

golongan tertentu sahaja.

Page 478: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Bercirikan „mesra sumber alam‟ iaitu

mencakupi aspek-aspek berikut:

(a) Penggunaan sumber dengan terancang

dan optimum.

(b) Produk sampingan daripada lebihan

sumber yang telah digunakan.

(c) Mengelakkan penghasilan produk yang

berlebihan dan membazir.

(d) Mewujudkan sistem kitaran yang efektif

supaya bahan buangan boleh digunakan

semula.

Page 479: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Bercirikan `mesra alam‟ iaitu mencakupi

aspek-aspek berikut:

(a) Tidak menjejaskan ekosistem dengan

mengambil langkah seperti tanam semula,

konsep pembangunan dalam taman dan

sebagainya.

(b) Memilih lokasi pembangunan yang

sesuai seperti jauh dari sumber air, hutan

simpanan dan perumahan.

Page 480: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

(c) Melupuskan buangan sisa toksik secara

terancang dan mesra alam.

(d) Mengutamakan penggunaan bahan-

bahan semula jadi dan mengurangkan

bahan-bahan kimia.

Page 481: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5.Pembangunan fizikal yang

menggabungkan aspek spiritual yang

tersirat. Contohnya, kemudahan-

kemudahan sukan mestilah memudahkan

wanita-wanita Islam bersukan seperti

gelanggang sukan yang tertutup dan

tempat khas untuk wanita. Contoh lain

ialah seni bina Islam untuk

memperlihatkan syiar Islam.

Page 482: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

6. Keseimbangan di antara pembangunan

madani dan insani. Sebagai contoh,

peruntukan untuk sukan mestilah

seimbang dengan pendidikan. Maksud

keseimbangan bukan persamaan tetapi

berdasarkan kepada keutamaan

berasaskan Maqasid As Syariah.

Page 483: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Etika atau Akhlak Islam Dalam Kemajuan

Sains dan Teknologi

Pandangan Islam Terhadap Kemajuan

Sains dan Teknologi.

Al Quran dan Sains.

Etika Islam Dalam Sains dan Teknologi.

Page 484: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pandangan Islam Terhadap Kemajuan

Sains dan Teknologi

Islam tidak memusuhi kemajuan sains dan

teknologi sebagaimana agama Kristian

pada zaman pertengahan yang mana ahli-

ahli sains dibunuh jika penemuan-

penemuan baru mereka dianggap

bercanggah dengan agama.

Page 485: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Setiap perkara yang memberi manfaat

dan kebaikan kepada manusia menurut

pandangan Islam sangat dialu-alukan.

Malah, sebuah hadis telah menyatakan;

“Kebijaksanaan adalah barang orang

mukmin yang hilang. Di mana sahaja

ditemui, dia lebih berhak

mendapatkannya”.

Page 486: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Al Quran dan Sains

Al Quran dan nas-nas agama yang lain

sama sekali tidak akan bercanggah

dengan fakta sains atau penemuan baru

manusia.

Page 487: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pada hari ini, ulama‟ yang mempunyai

pengetahuan sains atau pakar sains yang

beragama Islam seperti Abdul Majid Az

Zandani dan Harun Yahya telah

membuktikan bahawa Al Quran telah

memberitahu dengan tepat fakta-fakta

sains seperti pembentukan janin,

pemisahan di antara laut-laut yang

berbeza struktur kulit manusia dan lain-

lain.

Page 488: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Antara individu yang memeluk Islam

selepas mengetahui kebenaran Islam

melalui sains ialah Professor Tagata

Tagasone, Ketua Jabatan Anatomi dan

Embriologi di Universiti of Shiang Mai di

Thailand.

Page 489: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Suatu perkara yang mesti diingat ialah

nas-nas agama tidak akan bercanggah

dengan maklumat sains yang telah

terbukti sebagai fakta yang betul. Jika

wujud percanggahan, terdapat beberapa

kemungkinan antaranya maklumat

tersebut bukannya fakta yang betul dan

beberapa kemungkinan yang lain.

Page 490: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Etika Islam Dalam Sains dan Teknologi

1. Keimanan kepada Allah SWT:

Iman adalah teras kepada semua jenis

amalan dalam Islam. Seorang ahli sains

perlu mempunyai keimanan serta

keyakinan yang kukuh kepada Allah dan

sentiasa memohon bantuan daripadaNya.

Page 491: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Mereka perlu sedar Allah sentiasa melihat

segala pemikiran dan perlakuan manusia.

Allah merupakan Pencipta dan Pemilik

alam yang menjadi bahan kajian dan

penggunaan sains dan teknologi.

Page 492: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Kepatuhan kepada Syariah dan etika

kerja:

Seseorang ahli sains perlu mempunyai

ketaatan yang tinggi terhadap peraturan-

peraturan dan ketentuan Allah dengan

mengambil kira persoalan halal dan haram

dalam kerjayanya.

Page 493: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Matlamat yang murni dalam

pembangunan dan penggunaan teknologi

seharusnya seiring dengan kaedah yang

tidak melanggar batas-batas ajaran Islam.

Kepatuhan kepada peraturan Allah

dijadikan asas penting kepada etika

kerjaya sekalipun berlawanan dengan

tuntutan keinginan kerana sains tidak

boleh bersifat neutral dan bebas.

Page 494: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Mementingkan aspek kemanusiaan dan

ihsan:

Dalam penggunaan sains dan teknologi,

aspek kemanusiaan dan ihsan merupakan

suatu yang tidak boleh diabaikan. Para

saintis adalah khalifah Allah di bumi.

Page 495: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Mereka bertanggungjawab untuk

membawa kemakmuran dan menjaga

keharmonian. Mereka perlu menghindari

diri dari mengekskploitasi sewenang-

wenangnya segala isi kandungan alam

semata-mata untuk kepentingan sanis,

material dan kekayaan.

Page 496: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tindak tanduknya pula dibaluti dengan

nilai-nilai etika dan moral yang suci murni

berdasarkan prinsip “melakukan sesuatu

yang baik dan menjauhi yang mungkar”.

Dengan itu persoalan krisis etika dalam

pelbagai amalan sains dapat dihindarkan

dan sains menjadi ilmu yang mampu

memberi manfaat yang menyeluruh.

Page 497: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Seorang sarjana Muslim yang terkenal

dalam bidang kimia, Muhamad Abu

Zakaria al-Razi, bapa Kimia Arab,

dikatakan telah diperintahkan oleh khalifah

untuk membuat racun arsenik, namun

beliau telah menolaknya kerana arsenik

boleh membunuh kehidupan.

Page 498: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Globalisasi

Definisi globalisasi.

Sejarah ringkas globalisasi.

Baik dan buruk globalisasi.

Page 499: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Definisi Globalisasi

Proses yang membolehkan sesuatu

aktiviti (ekonomi, kebudayaan dan

sebagainya) disebarkan atau diperluas ke

peringkat antarabangsa atau seluruh

dunia.

Page 500: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Sejarah Ringkas Globalisasi

Tiada catatan jelas yang menyatakan

permualaan agenda globalisasi.

Walau bagaimana pun proses globalisasi

boleh diambil kira dengan beberapa

peristiwa yang berlaku seperti gerakan

kapitalisme Eropah bermula pada abad

16, perluasan perniagaan dan pelaburan

dunia pada abad ke 19 yang tergendala

akibat perang dunia pertama.

Page 501: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Penubuhan organisasi dunia yang

mengawal peraturan perdagangan dunia

seperti World Trade Organization (WTO),

International Monetary Fund (IMF), Bank

Dunia dan lain-lain.

Page 502: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Baik Dan Buruk Globalisasi

Kesan Positif:

1.Mencipta daya saing pada negara-negara

Islam. Dunia Islam boleh melihat dan

belajar contoh-contoh perniagaan maju

daripada negara-negara lain. Perpindahan

teknologi dan tenaga kerja mahir juga

akan berlaku.

Page 503: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2.Memberi peluang kepada pemasaran

global. Pasaran produk akan menjadi

sangat luas tanpa sempadan. Sesiapa pun

di seluruh dunia boleh membeli produk

dan boleh produk dihantar kepada

mereka, terutamanya dengan

kecanggihan komunikasi dan sistem

pengangkutan.

Page 504: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Penyatuan negara-negara Islam. Dengan

pergerakan bebas di peringkat

antarabangsa, sesiapa pun boleh

membentuk perikatan, blok ekonomi dan

sebagainya untuk menjaga kepentingan

bersama. Justeru, negara-negara Islam

boleh bekerjasama sesama mereka untuk

kebaikan semua pihak.

Page 505: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kesan negatif:

1. Menghadapi lambakan produk negara

maju kerana produk tempatan tidak

kompetitif dan mahal.

2. Jurang dagangan yang sangat tinggi akan

berlaku seperti negara membangun lebih

banyak mengimport daripada negara maju

berbanding negara membangun yang

mengeksport barangan ke negara maju.

Page 506: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

• BAB: 7

• PENYELESAIAN SALAH FAHAM

TERHADAP ISLAM

Page 507: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

OBJECTIVES LEARNING

Memahamkan pelajar tentang fahaman

yang salah dan bertentangan dengan

islam seterusnya dapat mengelakkan diri

daripada terjebak dengan fahaman-

fahaman yang salah tentang islam.

Page 508: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

LEARNING OUTCOMES

Mengetahui dan memahami tentang

gambaran-gambaran yang salah yang

cuba dikaitkan dengan islam seterusnya

dapat memperbetulkan fahaman yang

salah pelajar bukan islam terhadap agama

islam.

Page 509: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Bab Ketujuh

Penyelesaian Salah Faham Terhadap Islam

Faktor penyebab kepada salah faham

terhadap islam

Bentuk salah faham tradisional

Bentuk salah faham semasa

Tindakan untuk mengatasi salah faham

Page 510: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Faktor penyebab kepada salah faham

terhadap islam

- Faktor Dalaman

- Faktor Luaran

Page 511: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

FAKTOR DALAMAN

1)Persempadanan wilayah islam yang

semakin luas

- Mesej untuk kefahaman tentang islam

secara menyeluruh tidak dapat

disampaikan sedangkan ramai yang

memeluk agama islam.

- Sebahagian mereka mengekalkan atau

masih mengamalkan adat resam yang

bertentangan dengan islam.

Page 512: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2.Perselisihan faham dan Perpecahan

Umat Islam

- Berlakunya perpecahan antara umat islam

telah menyuburkan salah faham terhadap

islam.

- Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w umat

islam menghadapi fitnah yang besar, iaitu

perselisihan faham dan perpecahan.

- Peperangan jamal dan siffin menyebabkan

kelahiran fahaman Syiah yang dianggap

terkeluar daripada pegangan ahli sunnah

dan jamaah, iaitu pegangan dominan islam.

Page 513: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3)Elemen subversif dalam negara atau

kerajaan islam.

- Terdiri daripada golongan munafik,

sebahagian orang yang baru memeluk

agama islam dan bukan islam yang tediri

daripada yahudi, kristian dan majusi.

- Golongan ini mengambil kesempatan

daripada kelemahan perpaduan umat

islam pada ketika itu untuk mencetuskan

keadaan huru hara politik dan pemikiran.

Page 514: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

- Ekoran itu tercetus perdebatan agama

antara islam dengan bukan islam seperti

yang dilihat pada zaman Abbasi. Malah

sebelum itu, iaitu pada zaman

pemerintah khalifah Khalifah Abu Bakar,

wujud beberapa individu mendakwa

menjadi nabi untuk mencetuskan huru-

hara dan mengelak daripada

pembayaran zakat.

Page 515: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4)Kurang ilmu pengetahuan agama

Islam

- Kurangnya ilmu pengetahuan agama

Islam telah menyebabkan atau

menyemai salah faham tentang islam

sedang dalam masa yang sama wujud

pengaruh kebudayaan bukan islam

menuasai arus perdana.

Page 516: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5)Perkembangan ajaran sesat atau

ajaran yang menyeleweng dari agama

- Perkara ini telah menyebabkan salah

faham berlaku terhadap islam dan ia

menyuburkan elemen-elemen syirik

seperti mandi bulan safar untuk

menghindarkan bala, kepercayaan

kepada keramat kubur para wali,

percaya kepada bomoh, tangkal azimat

dan sebagainya.

Page 517: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Faktor Luaran

1)Serangan pemikiran oleh orientalis

barat.

- Selain orientalis barat zionis juga turut

terlibat didalam serangan pemikiran

terhadap umat Islam.

- Serangan pemikiran oleh orientalis barat

yang prejudis cukup berkesan untuk

mencetuskan salah faham terhadap

agama islam ini disebabkan oleh:

Page 518: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

(a) Orientalis barat yang prejudis terhadap

Timur begitu ramai pada era sebelum

penjajahan Barat keatas dunia islam

lagi. Pada asasnya, maklumat yang

dikembangkan oleh mereka bersifat

tangan kedua, bukan interaksi sebenar

mereka dengan kebudayaan islam yang

dikaji.

Page 519: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

(b) Sumber penulisan orientalis barat yang

prejudis masih wujud pada ketika ini dan

ia masih digunakan oleh orientalis

semasa dan juga pengkaji islam.

Sungguhpun wujud penulisan tentang

islam oleh orientalis barat tentang islam

yang sederhana tetapi bilangannya

adalah sedikit.

Page 520: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

(c) Orientalis barat mempelopori kajian sosiologi dan kebudayaan umat islam ketika mana cendekiawan islam masih ketinggalan aspek ini.

- Pada era penjajahan Perancis dan British ke atas Mesir dan dunia Arab keseluruhannya, orientalis barat mengambil kesempatan untuk menerokai kajian mereka tentang aspek sosiologi dan kebudayaan umat islam.

- Ia lebih dilihat daripada perspektif barat daripada perspektif timur atau islam. Gambaran salah tentang islam dan umatnya menguasai penulisan mereka.

Page 521: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2) Pengaruh kebudayaan asing

- Islam muncul di tengah-tengah tiga

kebudayaan iaitu parsi di timur dan

kebudayaan atau agama kristian dan

yahudi.

- Kebudayaan parsi lebih mempengaruhi

aspek kesenian dan hiburan, manakala

kebudayaan atau agama kristian dan

yahudi lebih mempengaruhi aspek-aspek

agama.

Page 522: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

- Antaranya sebahagian penganut kristian

dan yahudi yang dikenali sebagai ahli kitab

kerana mereka juga menerima kitab

samawi telah memeluk agama islam.

- Dalam pada masa yang sama mereka juga

membawa elemen-elemen Israiliat dalam

pentafsiran al-Quran. Sebahagian elemen

itu diakui benar oleh cendiakawan islam,

manakala sebahagian lagi diragui

kebenarannya atau ditolak.

Page 523: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3)Penjajahan barat dan dasar pecah

dan perintah

- Perkara ini telah memberi kesan tidak

langsung kepada percambahan ajaran

ajaran sesat. Dasar pecah perintah

menyebabkan dunia islam tidak bersatu

dan tidak wujud kesefahaman dalam

menangani permasalahan umat islam

termasuk ajaran sesat.

Page 524: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4)Penjajahan dan modenisme barat

- Perkara ini telah diperkenalkan oleh

penjajah barat terhadap dunia Islam

khususnya dalam arena pendidikan

menyebabkan skop pendidikan islam

diletakkan dalam konteks tradisional.

- Seterusnya ia menyebabkan Islam

dipandang secara perspektif tradisional

bukan sebagai agama yang dinamik dan

maju.

Page 525: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Bentuk Salah Faham Tradisional

- Agama Islam yang dimanipulasi

- Al-quran dan Hadis yang dimanipulasi

Page 526: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Agama Islam yang dimanipulasi

1) Dogmatisme dan ideologi

- Sebahagian orientalis barat khusus pada

awal era moden dan sebelumnya melihat

agama sebagai satu dogmatisme yang

menekankan aspek ritual semata-mata.

- Sebahagian mereka menganggap satu

ideologi sedangkan islam merupakan satu

al-din atau agama yang lengkap,

mencakupi seluruh aspek kehidupan

manusia serta universal.

Page 527: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2)Agama adaptasi daripada agama

kristian

- Sebahagian orientalis barat menganggap

agama islam bukan agama samawi tetapi

menganggapnya sebagai adaptasi

daripada agama kristian.

- Mereka mendakwa Nabi Muhammad

s.a.w mempelajari selok belok agama

agama kristian dan seterusnya mencipta

agama tersendiri yang bersifat ketimuran.

Page 528: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

-Tidak hairan sebahagian mereka

melabelkan agama islam sebagai satu

ideologi, iaitu muhammadisme atau

ideologi yang diasaskan oleh Nabi

Muhammad s.a.w.

Page 529: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3) Agama yang kolot

- Akibat kekaburan yang menyelubungi

agama islam, sebahagian umat islam dan

bukan islam beranggapan Islam sebagai

agama kolot atau tidak mendukung

kemajuan.

Page 530: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Al-quran dan hadis yang dimanipulasi

1) Al-quran sebagai wahyu dalam

keraguan

- (a)Nabi Muhammad s.a.w ummi, tidak

boleh membaca dan menulis atau secara

mutlak tidak mempunyai ilmu

pengetahuan. Oleh itu mereka meragui

keupayaan Nabi yang ummi itu untuk

menerima wahyu.

Page 531: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

- Sifat ummi dikaitkan dengan Nabi

Muhammad s.a.w sebenarnya menjadi

ketentuan Allah s.w.t supaya baginda

tidak difitnah sebagai mencipta al-Quran.

- (b)Al-Quran tidak dibukukan dalam satu

mashaf atau buku yang lengkap pada era

penurunannya. Hakikatnya, sungguhpun

ia tidak dibukukan tetapi ia dicatat pada

pelepah tamar dan batu.

Page 532: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

- manakala nabi Muhammad s.a.w sentiasa

menyusun kedudukan ayat Al-Quran mengikut

perintah Allah s.w.t melalui perantaraan malaikat

Jibril.

- Semasa rasulullah wafat, kedudukan susunan

al-Quran sudah lengkap dan para sahabat

sentiasa memperbaharui bacaan atau hafalan

mereka terhadap ayat dan surah al-Quran di

depan Nabi Muhammad s.a.w serta ditegur

kesalahan mereka.

Page 533: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

- (c)Al-Quran dikatakan mengandungi cerita-cerita

dongeng, penglipur lara, dan sebagainya. Ini

merupakan pandangan yang salah. Banyak

fakta saintifik dalam al-Quran hanya dapat

dibuktikan kebenarannya secara saintifik pada

hari ini oleh saintis barat.

- Sungguhpun terdapat banyak cerita dalam al-

Quran, cerita-cerita tersebut adalah benar dan

mempunyai bukti akeologi seperti cerita tentang

Firaun. Bukti akeologinya jasad Firaun telah

ditemui dan diletakkan dalam muzium.

Page 534: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2) Salah faham tentang kedudukan hadis dan meragui kesahihannya.

- Mereka menolak kewujudan hadis sebagai salah satu sumber perundangan, syariat, akidah, dan akhlak dengan alasan ia tidak dibukukan pada era Nabi Muhammad s.a.w masih wujud.

- Memang ia tidak dibukukan pada era baginda dengan perintah baginda sendiri kerana dikhuatiri bahawa ia akan bercampur aduk dengan al-Quran dan menimbulkan keraguan tentang al-Quran dan Islam secara keseluruhannya. namun keseluruhan hadis dirakamkan melalui hafalan para sahabat yang mantap dan turun temurun sebelum ia dibukukan pada era berikutnya.

Page 535: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3) Rasulullah s.a.w yang dimanipulasi

(a) Sebagai penggemar poligami. Rasulullah s.a.w

Selalu digambarkan oleh orientalis barat suku mengamalkan poligami yang luar biasa. Hakikatnya, poligami tersebut dibenarkan oleh Allah s.w.t untuk tujuan penyebaran dan perpaduan umat islam yang terdiri pelbagai kabilah atau etnik.

- Oleh itu, para isteri baginda terdiri daripada pelbagai kabilah dan etnik dan realitinya sebahagian isteri baginda ialah balu yang kematian suami semasa peperangan.

Page 536: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

(b) Sebagai gila seks. Dalam sebahagian tulisan

orientalis barat yang prejudis juga terdapat

kecenderungan mereka untuk menggambarkan

bahawa Rasulullah s.a.w gila seks.

- Hakikatnya, baginda merupakan individu yang

stabil, banyak menumpukan pada urusan

negara dan agama dan ketika berada dirumah

baginga menjadi suami yang bertanggungjawab.

Page 537: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4) Kedudukan wanita yang dimanipulasi

(a)Sebagai hamba seks. Wanita dalam kajian

sosiolgi dan kebudayaan barat digambarkan

sebagai hamba seks atau digunakan untuk

memuaskan hawa nafsu golongan lelaki.

- Antara alasan yang digunakan ialah mereka

dipaksa menutup aurat dan tidak boleh bergaul

bebas serta tidak dibenarkan menjalankan

aktiviti kehidupan harian demi untuk memenuhi

tuntutan seks suami atau tuannya semata-

mata.

Page 538: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

(b) Wanita didera dan dianiaya. Wanita islam

digambarkan dalam sebahagian tulisan

tradisional dan semasa barat berada dalm

kedudukan teraniaya dan didera.

- Penderaan dan penganiayaan terhadap

golongan wanita bukan merupakan ciri atau sifat

agama islam. Malahan, islam diturunkan salah

satunya memerdekakan wanita daripada

perhambaan seks. Penderaan golongan wanita

berlaku dalam kebudayaan dan tamadun

sebelum islam lagi.

Page 539: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5)Masyarakat dan negara Islam yang

dimanipulasi.

a)Sebagai tidak bertamadun. Masyarakat islam

digambarkan sebagai barbarian atau ganas dan

tidak bertamadun. Alasan yang digunakan ialah

bangsa arab ialah bangsa nomad dan tidak

bertamadun seperti bangsa-bangsa lain

disekeliling mereka. Permukaan bumi arab yang

kontang juga tidak membantu pembangunan

tamadun.

Page 540: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

- Memang benar bangsa arab bangsa nomad dan keadaan permukaan bumi yang kontang tetapi ia tidak bermakna bahawa suatu tamadun tidak mampu diwujudkan di bumi yang gersang.

- Bangsa arab tidak bergantung sepenuhnya

terhadap tamadun ilmu greek. Sungguhpun mereka menterjemahkan sumber greek tersebut ke dalam bahasa arab, dalam pada masa yang sama mereka mengkaji dan menganalisa serta melakukan pembetulan , mereka menghasilkan ilmu yang baru selaras dengan tuntutan al-Quran dan hadis.

Page 541: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

b)Suka kepada peperangan. Memang bangsa arab atau Islam pada ketika itu suka kepada peperangan tetapi dalam konteks untuk membela keadilan dan menjaga keamanan.

- Perlu difahami bahawa sudah wujud peperangan sebelum kedatangan Islam lagi umpamanya antara dua kuasa besar Parsi dengan Rom, oleh itu peperangan tidak wujud antara negara Habshah yang ketika mempunyai agama rasminya, iaitu kristian dengan umat Islam kerana Habshah tidak mengancam umat Islam.

Page 542: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Bentuk salah faham semasa

- Dalam bentuk pengistilahan

- Dalam bentuk pandangan, tanggapan atau

persepsi umum.

Page 543: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Dalam bentuk pengistilahan:

1) Fundamentalisme.

- Menggambarkan bahawa agama Islam satu agama yang taksub dan tidak secucuk dengan era moden semasa kerana tiada unsur toleransi pada fundamentalisme.

- Menggambarkan umat Islam sebagai masyarakat yang tertutup dan tidak menerima sebarang elemen daripada peradaban lain. Hakikatnya dalam interaksi dengan peradaban barat, masyarakat boleh menerima sebahagian elemen positif umat islam untuk dikembangkan dalam masyarakat barat.

Page 544: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2) Ekstrimisme

- Menggambarkan bahawa wujud golongan

ekstrimis atau melampau seperti golongan

wahabi dalam masyarakat Islam yang boleh

mengancam kesejahteraan hubungan antara

manusia daripada pelbagai latar belakang

agama.

- Ia dipercayai digunakan apabila wujud sikap

anti-Barat dikalangan sebahagian umat Islam

yang tidak senang hati terhadap kehadiran dan

campur tangan politik barat dalam urusan

negara Islam terutama, timur tengah.

Page 545: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3) Terrorisme

- Mula digunakan apabila wujud elemen ganas

dalam Islam yang bersifat individu dan

menggunakan kekuatan senjata seperti bom

untuk membunuh manusia.

- Ia mungkin mula digunakan pada insiden

pertama yang melibatkan pengebom Arab

Palestin yang berani mati dalam menentang

penjajahan Israel terhadap Palestin.

Page 546: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Dalam bentuk pandangan, tanggapan, atau

persepsi umum.

1) Aspek kerohanian dalam islam tidak relevan

untuk mengejar kemajuan.

- Pandangan popular yang tenggelam dalam arus

kemajuan memandang bahawa aspek

kerohanian dalam islam tidak relevan untuk

mengejar arus kemajuan.

- Memang benar untuk mengejar dunia semasa,

ilmu agama tidak diperlukan tetapi untuk

menjadi manusia yang stabil dan lengkap untuk

berurusan dengan dunia semasa aspek agama

amat diperlukan.

Page 547: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

- Satu hakikat perlu diterima bahawa kemajuan

semasa banyak disumbangkan oleh ilmuwan-

ilmuwan islam dahulu kala yang mempunyai

kerohanian yang tinggi.

Page 548: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2) Keterbatasan kuasa atau utiliti rujukan dan sumber Islam.

- Sebahagian intelektual islam tidak yakin dengan keupayaan sumber ilmu islam sebagai rujukan dalam kegiatan akademik mereka. Ini disebabkan bahawa:

(a) Mereka terikat dengan kemajuan barat, korea dan jepun selain Islam.

(b) Penulisan yang bertaraf magnum opus oleh ilmuwan islam kurang atau tiada langsung dalam sesuatu disiplin.

(c) Kebanyakan magnum opus oleh cendiakawan Islam terdahulu sama ada berada dalam bahasa arab yang susah difahami oleh cendiakawan islam yang tidak berbahasa arab, sudah hilang atau berada di dalam milik barat. Barat dipercayai telah menerokai sepenuhnya magnum opus tersebut.

Page 549: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

(d) Umat islam dikaitkan dengan sifat negetif.

Sesetengah orang bukan Islam mengaitkan

sifat-sifat buruk seperti tidak bermoral, malas

dan sebagainya dengan orang atau masyarakat

Islam. Ia merupakan gambaran yang salah

kerana:

(1) Hanya minoriti orang islam bersikap negetif.

(2) Ajaran Islam tidak menganjurkan sifat negetif.

Jika dihayati sepenuhnya, umat islam akan

mendahului masa seperti yang dilakukan oleh

cendiakawan Islam terdahulu.

Page 550: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tindakan untuk mengatasi salah faham

Dalam konteks individu

Dalam konteks masyrakat dan negara

Page 551: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Dalam konteks individu:

(1) Meningkatkan jati diri

(a) Menjejaki jejak langkah role model Islam seperti imam al-Syafie dan al-Ghazali.

(b) Meningkatkan ketakwaan dan kecekalan rohani kerana ia merupakan sumber kekuatan umat Islam.

(c) Mencontohi individu atau bangsa yang berjaya.

Page 552: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

(2) Mempunyai aura, karisma atau kewibawaan.

- aura, karisma dan kewibawaan merupakan

anugerah semenjak lahir tetapi ia juga boleh

diusaha dan dibangunkan dengan kecekalan,

kegigihan dan kesabaran.

(3) Melengkapkan diri dengan ilmu semasa.

- Ilmu pengetahuan semasa merupakan

keperluan setiap individu dan setiap individu

Islam diperintah untuk menimba ilmu

pengetahuan.

Page 553: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

(4)Menguasai semua kepakaran sains, teknologi

dan ICT.

- Disamping ilmu, kemahiran dan kepakaran dalam

sains, teknologi dan ICT diperlukan oleh setiap

individu.

(5)Menghayati isi kandungan al-Quran dan hadis.

- Menghayati isi kandungan al-Quran dan hadis juga

dapat mempercepatkan proses untuk meningkatkan

jati diri kerana al-Quran dan hadis bgi umat islam

adalah segalanya termasuk aspek motivasi yang

diperlukan untuk ini.

Page 554: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Dalam konteks masyarakat dan negara:

(1) Meningkatkan keupayaan ekonomi.

- Dunia islam perlu membina keupayaan ekonomi tanpa bergantung kepada bantuan dan pertolongan barat kerana ia boleh mengheret dunia islam kepada pelbagai syarat dan peraturan yang boleh menjerat diri sendiri.

(2) Mewujud dan memperkukuhkan kemajuan sains, teknologi dan ICT.

- Negara islam tidak boleh mengabaikan pembangunan sains, teknologi dan ICT untuk bersaing di peringkat global dan seterusnya dapat menghakis imej kemundurannya.

Page 555: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

(3) Membentuk masyarakat dinamik dan

proaktif.

- Tanpa berpeluk tubuh atau berpuas hati dengan

mentaliti subsidi kerajaan.

(4) Meningkatkan kerjasama sesama negara

Islam.

- Dalam pelbagai urusan seperti perdgangan,

kebudayaan, sukan dan pendidikan adalah

penting untuk memberikan gambaran positifnya

kepada kepada dunia.

Page 556: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

(5) Menjalinkan hubungan antarabangsa

dengan baik dan berkesan.

- Hubungan dunia Islam dengan antarabangsa

perlu diberikan perhatian. Dunia islam perlu

menerajui hubungan tersebut bukan sahaja

bersikap terbuka tetapi juga perlu responsif,

proaktif dan berwibawa.

Page 557: Mpw 1143 Pengajian Islam

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat banyak faktor yang

menyebabkan berlakunya salah faham tentang

Islam. Antara faktor terbesar ialah pengenalan

modenisme oleh penjajah barat ke dunia islam,

propaganda sebahagian besar media massa

barat tentang Islam dan faktor orientalisme yang

menyelewengkan fakta tentang islam dalam

pelbagai disiplin.