Motivasi Dan Sukan
description
Transcript of Motivasi Dan Sukan
MOTIVASI DAN SUKAN
FREDAUS BIN JOHARIDG NURUL EZZAH PG MUSA
ROZARINA AK ROBERT GERSOM
DEFINISI MOTIVASI
• Merujuk kepada arah dan intensiti usaha seseorang individu.
SAGE (1977)
WAN (1977)
• Proses kebangkitan dalam diri individu yang membantu usaha mengarah serta mengekalkan perlakuan yang diingini.
Motivasi boleh didefinisikan sebagai satu daya yang membantu peningkatan serta pengekalan perlakuan seseorang individu.
TEORI MOTIVASI• Motivasi boleh dilihat serta dijelaskan
berdasarkan kepada beberapa pendekatan.
MOTIVASI PENCAPAIA
N
MOTIVASI KEYAKINAN
DIRI
MOTIVASI PENCAPAIAN
• Bermaksud kecenderungan seseorang atlet sama ada untuk mendekati atau mengelakkan diri dari situasi yang kompetitif atau berasaskan pencapaian.
• Pencapaian dalam konteks sukan dijelaskan dengan kemenangan, hadiah serta pengiktirafan kepada individu yang berjaya
MOTIVASI PENCAPAIAN
• Motif penyertaan seseorang dalam sukan bergantung kepada:– Motif yang brsifat intrinsik (dalaman)• Memperbaiki pencapaian peribadi• Meningkatkan tahap kesihatan.
– Motif yang bersifat ekstrinsik• Mendapatkan ganjaran• Penghormatan.
TEORI MOTIVASI PENCAPAIAN
• Motif untuk mencapai kejayaan dilihat sebagai motivasi intrinsik atlet untuk melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti manakala takut kepada kegagalan mewakili kebimbangan kognitif seketika.
MODEL McCLELLAND dan ATKINSON
MOTIVASI PENCAPAIAN=MOTIVASI INTRINSIK-KEBIMBANGAN KOGNITIF
SEKETIKA
• Contoh situasi:– Anita mencuba nasib untuk mewakili pasukan bola
baling disekolah.– Anita mendapati ramai pemain yang mempunyai
kemahiran yang lebih baik daripadanya.– Sekiranya Anita berpegang teguh kepada
persepsinya itu, beliau tidak akan mencuba nasibnya (takut kepada kegagalan)
– Tetapi sekiranya Anita merasakan dia mempunyai kemahiran setara dengan pemain lain, maka dia akan memilih untuk menyertai ujian pemilihan tersebut (motif untuk mencapai kejayaan).
MOTIVASI KEYAKINAN DIRI
• Arkes dan Garske (1982) melihat pengaruh keyakinan diri sebagai faktor yang membezakan individu yang tinggi motivasi berbanding mereka yang rendah motivasi pencapaiannya.
• Atlet yang berkeyakinan untuk berjaya lazimnya akan berjaya.
MENINGKATKAN MOTIVASI DAN KEYAKINAN DIRI
• Motif utama golongan remaja melibatkan diri dalam bidang sukan dan aktiviti fizikal:–Mempelajari kemahiran baru dan
meningkatkan kemahiran sedia ada– Untuk keseronokkan diri–Menjadi sihat dan cergas–Menyahut cabaran sukan serta merasai
keseronokan semasa menyertai pertandingan.
MENINGKATKAN MOTIVASI DAN KEYAKINAN DIRI
• Guru dan jurulatih boleh membantu meningkatkan keyakinan diri individu:–Menggunakan arahan dan latih tubi
yang berkesan–Menggalakkan bicara kendiri yang
positif– Berkeyakinan sebagai jurulatih atau
guru.–Memuji perlakuan atau pergerakan yang
baik (sekali sekala).– Penilaian dilakukan dengan
menggunakan kaedah yang pelbagai.
MENINGKATKAN MOTIVASI DAN KEYAKINAN DIRI
• Ibu bapa:–Menanam serta menggalakkan sifat
berdikari kepada anak-anak–Memberi sokongan – Percaya terhadap kemampuan serta
kebolehan anak– Berikan galakkan dan perangsang – Sentiasa melihat usaha, mendengar
masalah serta cuba memahami perasaan anak-anak.
KESIMPULAN..
• Dengan langkah bersepadu yang diambil oleh kesemua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, kita dapat membantu dalam meningkatkan lagi keyakinan serta motivasi atlet serta memberikan pengalaman sukan dan aktiviti yang lebih bermakna kepada mereka.
SUMBER RUJUKAN
• Shaharudin Abd. Aziz (2006), Mengaplikasi Teori Psikologi Dalam Sukan. Selangor Darul Ehsan: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
SEKIAN..