Kementerian belia dan sukan
description
Transcript of Kementerian belia dan sukan
KEMENTERIAN BELIA DAN
SUKAN
VISI,
MISI DAN OBJEKTIF
VisiPeneraju Dalam Mengupayakan Pembangunan Belia Dan Sukan Yang Terbilang Dan Masyarakat Berbudaya Sukan Menjelang Tahun 2015.
MisiMembina Bangsa Malaysia Yang Patriotik Dan Bersatupadu Melalui Program Pembangunan Belia Dan Sukan Yang Strategik.
Objektif“ Untuk membina masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang sosial dan ekonomi serta untuk membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya sukan ke arah perpaduan dan pembangunan negara.”
SEJARAH LATAR
BELAKANG
SEJARAH AWAL KEMENTERIAN
Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dengan Pemindahan ini juga dua lagi bahagian telah diwujudkan iaitu Bahagian Sukan dan Bahagian Belia.
*Kerajaan telah menggabungkan tiga aspek penting iaitu Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk dikendalikan di bawah satu Kementerian yang dikenali sebagai Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 1972.*Pada 20 Mei 1987, Kementerian ini sekali lagi berubah, di mana Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan pula di bawah portfolio Kementerian Kebudayaan, Kesenian danPelancongan. Dengan pemindahan ini, Kementerian kini dikenali sebagai KementerianBelia dan Sukan Malaysia.* (KBS) telah diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan.
CARTA ORGANISASI
Majlis Sukan Negara
• ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia
1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979)
• Pelancarannya secara rasmi:
Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-2
(21 Februari 1972)
• Matlamat: bertanggungjawab sepenuhnya ke arah
penggalakan, pembangunan dan pencapaian cemerlang
sukan pada pertandingan di peringkat tertinggi.
Perbadanan Stadium Merdeka (PSM)
• Badan Berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Stadium Merdeka 1963
• Peranan:- mengurus dan mentadbir Kompleks Sukan Negara
Bukit Jalil serta Kompleks Sukan Bukit Kiara- memberikan khidmat nasihat dan panduan kepada
penganjur acara- mempromosi dan mempelbagaikan acara- menyediakan kemudahan dan peralatan yang lengkap kepada para penganjur, pengguna dan penonton- menyewakan Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil serta Kompleks Sukan Bukit Kiara lengkap dengan kemudahan dan peralatannya
Institut Sukan Negara (ISN)
• Penubuhan sejajar dengan Dasar Sukan Negara yang diluluskan oleh
Kabinet pada 20 Januari 1988
• Pembinaan ISN mengambil masa kira-kira tiga tahun
• dirasmikan oleh YB. Dato’ Annuar Hj. Musa, Menteri Belia dan Sukan ketika
itu pada 20 Oktober 1992
• menyediakan perkhidmatan sains sukan, perubatan sukan, penyelidikan
dan pembangunan serta pendidikan berterusan ke arah mencapai
kecemerlangan sukan negara
• pusat sumber maklumat dalam memberi ilmu bermanfaat kepada jurulatih-
jurulatih negara seiring dengan fungsi ISN sebagai pusat kecemerlangan
sukan negara
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA
MALAYSIA (IPPBM)
• pusat penyelidikan nasional di bawah naungan
Kementerian Belia dan Sukan
• dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun
Abdullah Hj. Ahmad Badawi pada 15 Mei 2005
bersempena dengan Hari Belia Malaysia
• menjalankan kajian terhadap pelbagai aspek pembangunan
belia dan kaitannya dengan perubahan yang berlaku di
peringkat nasional, rantau dan antarabangsa melalui:
- melaksanakan pelbagai program penyelidikan,
menganjurkan persidangan, bengkel, syarahan dan seminar
- menerbitkan jurnal dan monograf hasil penyelidikan
serta mewujudkan program pendidikan dan latihan
• menyediakan kemudahan penyelidikan yang pelbagai,
termasuklah sebagai sebuah pusat sumber dan data mengenai
pembangunan belia
Menteri-Menteri KBS
Menteri-menteri KBS lalu
Y.T.M. Tungku Abdul Rahman Putra Al Haj, Perdana Menteri merangkap Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. (1964-1966)Y.B. Encik Senu bin Abdul Rahman (1966-1968)Y.B. Dato` Hamzah bin Abu Samah (1969-1973)Y.B. Dato` Ali bin Haji Ahmad (1973-1978)Y.B. Dato` Samad bin Idris (1978-1980)Y.B. Dato` Mokhtar bin Hashim (1980-1983)Y.B. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (1983-1984)Y.B. Datuk Dr. Sulaiman bin Haji Daud (1984-1986)Y.B. Dato` Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak (1986-1990)Y.B. Dato` Annuar bin Haji Musa (1990-1993)Y.B. Tuan Haji Abdul Ghani bin Othman (1993-1995)Y.B. Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Yassin (1995-1999)Y.B. Dato` Hishammuddin bin Tun Hussein (1999-2004)Y.B. Dato' Seri Azalina Othman Said (2004-2008)Y.B. Datuk Ismail Sabri Yaakob (2008-2009)YB. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek (2009-kini)
Timbalan-timbalan menteri KBS lalu
Y.B. Engku Mohsein bin Abdul Kadir (1964-1969)Y.B. Dr. Neo Yee Pan (1976-1977)Y.B. Encik Mak Hon Kam (1978)Y.B. Dato` Chin Hon Ngian (1979-1982)Y.B. Datin Paduka Chow Poh Kheng @Rosemary Chong (1983-1984)Y.B. Encik Wang Choon Wing (1985-1986)Y.B. Dato` Teng Gaik Kwan (1988)Y.B. Dato` Loke Yuen Yow (1995-1999)Y.B. Dato` Ong Tee Keat (1999-2006)Y.B. Dato' Liow Tiong Lai (2006-2008)Y.B. Dato' Wee Jack Seng
1. Y.B. Encik Mokhtar bin Hasim (1972-1973)
2. Y.B. Encik Rais bin Yatim (1974-1976)
3. Y.B. Encik Saadon bin Noh (1977)
4. Y.B. Encik Luhat Wan (1978-1982)
5. Y.B. Encik Mustaffa bin Mohamad (1983)
6. Y.B. Tuan Haji Awang bin Jabar (1984-1990)
7. Y.B. Dato` Ismail Said (1990-1995)
8. Y.B. Dato` Shahrizat binti Abdul Jalil (1995-1999)
9. Y.B. Encik S. A Vigneswaran (Ogos 2004-Mac 2008)
SETIAUSAHA-SETIAUSAHA
PARLIMEN KBS
AGENSI-AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN
BELIA DAN SUKAN
*MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA.*INSTITUT SUKAN NEGARA*INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA
KUMPULAN SASAR
Kumpulan sasar KBS adalah terdiri daripada:
* Semua lapisan masyarakat Malaysia* Belia berumur di antara 15 hingga 40 tahun [Dasar Pembangunan Belia Nasional]* Para atlet Sukan Prestasi Tinggi [Akta Majlis Sukan Negara]* Agensi-Agensi Kerajaan* Pertubuhan - Pertubuhan Sukan [Akta Pembangunan Sukan 1997]* Pertubuhan - Pertubuhan Belia* Pertubuhan - Pertubuhan NGO
UNDANG-UNDANG MALAYSIAAkta 668
AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN
BELIA 2007
Suatu Akta untuk mendaftarkan pertubuhan belia, menggalakkan dan memudahkan pembangunan belia di Malaysia dari aspek pendidikan, penyelidikan dan pembangunan sumber manusia,untuk menubuhkan Majlis Perundingan Belia Negara, untuk menubuhkan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.