Modul Sjh 3116 - Malaysia Negara Kita

download Modul Sjh 3116 - Malaysia Negara Kita

of 64

Transcript of Modul Sjh 3116 - Malaysia Negara Kita

  • 8/15/2019 Modul Sjh 3116 - Malaysia Negara Kita

    1/64

    SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA 

    1

    TAJUK 1 PENGENALAN SEJARAH 

    Sinops

    is

     

    Tajuk ini memberi pendedahan mengenai pelbagai pengertian sejarah oleh

    sejarawan luar dan tempatan. Disamping itu disiplin-disiplin sejarah, pemikiran

    sejarah dan juga sumber sejarah juga akan dibincangkan.

    Hasil Pembelajaran: Pada akhir interaksi pelajar akan dapat:-

    1. Menjelaskan pengertian sejarah mengikut pelbagai pandangan ahli akademik 2. Menjelaskan disiplin-disiplin sejarah3. Membuat perbandingan ciri-ciri sumber-sumber sejarah

    Jadual 1.1: Pengertian Sejarah Menurut Pandangan Tokoh

    Tokoh Pengertian Sejarah

    Herodotus Sejarah bermaksud penyelidikan atau penyiasatanterhadap segala peristiwa silam mahupun sezaman

    Leopold vonRanke

    Sejarah haruslah dikaji dan ditulis ‘seperti sebenarnyaberlaku’ (wes es eigentlich gewesen) berasaskanfakta-fakta dan dokumen-dokumen yang dikaji secarasaintifik

    R. G.Collingwood

    Sejarah ialah sebuah bentuk penyelidikan tentang hal-hal yang telah dilakukan oleh manusia pada masalampau.

    E. H. Carr Sejarah adalah satu proses yang tidak putus-putusantara ahli sejarah dengan faktanya atau antara masa

    kini dengan masa lampau.

    Ilmu Khaldun Sejarah adalah catatan atau maklumat tentangmasyarakat dan tamadun dunia dan perubahan yangberlaku pada masyarakat tersebut.

     AbdulRahman Abdullah

    Sejarah sebagai realiti objektif (fakta) memerlukanpemikiran subjektif (interpretasi) sejarahwan yangbertanggungjawab.

    Tafsiran Kendiri

    Sejarawan bebas memilih peristiwa, bidang kajian, menganalisis serta mentafsir

    sesuatu peristiwa sejarah berdasarkan sumber-sumber atau bahan-bahan bukti

    mahupun fakta-fakta yang diterima. Sejarawan juga bebas memberi tafsirannya sendiri

  • 8/15/2019 Modul Sjh 3116 - Malaysia Negara Kita

    2/64

      SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA 

    2

    terhadap sesuatu peristiwa asalkan tafsirannya mempunyai sumber-sumber kajian

    yang mencukupi bagi mengukuhkan dan membenarkan pentafsiranya. Jika ada dalam

    kalangan sejarawan yang tidak mempersetujuinya, maka satu kajian lain perlu

    dilakukan berdasarkan sumber-sumber yang boleh membenarkan pandangannya pula.

    Oleh itu, kebenaran sejarah boleh dikatakan sesuatu yang bersifat objektif dan

    subjektif. Ini adalah kerana fakta sejarah itu bersifat objektif sedangkan pentafsirannyabersifat subjektif.1 

    DISIPLIN SEJARAH

    Sejarah Politik

    Tema politik sentiasa menarik perhatian sejarawan dan masyarakat kerana

    naluri manusia sendiri yang gemarkan kuasa, pangkat, harta, dan wanita. Sifat

    manusia yang tamak kuasa inilah yang menyebabkan segala sesuatu dilihat dan dinilai

    dari sudut pandangan ini. Antara mereka termasuklah ahli sejarawan yang melihat

    seolah-olah kuasa politiklah yang sebenarnya menjadi faktor utama pengerak yang

    mengubah perjalanan sejarah manusia selama ini. Maka tidak hairanlah jikalau sejarah

    politik sentiasa berpengaruh sepanjang zaman.Sejarah politik terbahagi kepada dua

    iaitu politik tinggi, dan politik rendah. Sejarah politik tinggi menyentuh tentang (i)

    kegiatan golongan elit yang memerintah, (ii) dasar-dasar pentadbiran dan

    perlaksanaannya, dan (iii) urusan diplomatik dan strategik. Sejarah politik rendah lebih

    tertumpu kepada kegiatan masyarakat dan orang-orang awam. Sebagai contoh

    gerakan politik di kampung-kampung, atau sikap para pengundi atau para penyokong

    parti tertentu. Walaupun masih menyentuh sejarah politik namun kesannya tidak

    sampai kepada peringkat negara.

    Sejarah Sosial

    Kemunculan aliran sejarah sosial adalah akibat kritikan terhadap sejarah politik

    yang dianggap sempit dan terbatas kepada golongan elit atau pihak yang berkuasa

    sahaja. Sejarah sosial mengetepikan politik dan lebih tertumpu kepada sejarah orang

    kebanyakan. Di antara aspek-aspek yang dikaji dalam sejarah sosial ialah

    kebudayaan, kesenian, kesusasteraan, agama, ekonomi, pendidikan, perundangan,

    pemikiran, keluarga, wanita, etnik dan sebagainya. Ciri utama yang menjadi tumpuan

    ialah aspek kualitatif berbanding aspek kuantitatif. Aspek kualitatif yang dimaksudkan

    ialah sistem nilai atau sikap golongan yang dikaji sedangkan aspek kuantitatif lebih

    banyak menggunakan perangkaan atau rajah dalam kajiannya.

  • 8/15/2019 Modul Sjh 3116 - Malaysia Negara Kita

    3/64

    SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA 

    3

    Sejarah Ekonomi

    Walaupun pada asalnya sejarah sosial termasuk sejarah ekonomi, tetapi

    sejarah ekonomi telah berkembang menjadi satu subdisiplin yang tersendiri. Sejarah

    ekonomi terbahagi kepada dua jenis. Jenis yang pertama bersifat tematik, iaitu

    menekankan aspek kegiatan ekonomi atau tema-tema ekonomi dalam sejarah.

    Manakala jenis yang kedua bersifat paradigmatik, iaitu faktor ekonomi sebagai skema

    mental atau asas falsafah dalam menganalisis setiap kejadian sejarah. Sebagai suatu

    tema, sejarah ekonomi berkembang hingga melahirkan dua aliran lagi iaitu aliran

    tradisional dan aliran New Economic History  (cliometrics). Sifat aliran tradisional agak

    menyeluruh dan luas hingga termasuk kegiatan sosial. Manakala sifat aliran New

    Economic History  (cliometrics) terlalu khusus dan menjurus kepada persoalan ekonomi

    semata-mata dengan menggunakan kaedah-kaedah matematik, ekonometrik dan

    kuantitatif. Kedua-dua aliran sejarah ekonomi ini terus berkembang dan saling

    melengkapi dalam pendekatan masing-masing. Di antara ciri-ciri sejarah ekonomi ialah

    (i) kemampuan membuat generalisasi, (ii) kemampuan menyusun data secara

    kuantitatif, (iii) kemampuan membuat kajian perbandingan, dan (iv)

    mengindentifikasikan pola atau kecenderungan. Generalisasi walaupun bersifat

    abstrak merupakan suatu konstruksi berdasarkan kuantifikasi dan perbandingan secara

    empirik untuk menghasilkan suatu hukum.

    Sejarah Agama

    Sejarah agama tidak popular sebagai suatu bidang kajian dalam disiplin

    sejarah. Ini kerana ia dianggap sebagai sebahagian daripada pengajian agama.

    Dalam pengajian agama ini, biasanya dikaji tentang (i) perbandingan agama, iaitu

    kajian tentang sejarah dan perbandingan agama-agama yang pernah wujud di dunia,

    dan (ii) kajian tentang agama Kristian.

    Sejarah Kebudayaan

    Sejarah kebudayaan sama seperti sejarah ekonomi, pada asalnya sebahagian

    sejarah sosial tetapi telah berkembang menjadi satu subdisiplin sejarah sendiri. Secara

    umumnya kebudayaan mencakupi keseluruhan cara hidup manusia termasuk unsur-

    unsur kebudayaan sejagat seperti sistem sosial, sistem ekonomi, sistem politik, sistem

    agama, moral, adat istiadat, undang-undang, kesenian, bahasa, ilmu pengetahuan dan

    sebagainya.Secara khususnya kebudayaan terbahagi kepada dua jenis iaitu (i)

    kebudayaan tinggi atau elit, dan (ii) kebudayaan popular atau massa. Kebudayaan

    popular lebih diminati oleh pengkaji dalam kajian budaya kerana kurang berdasarkan

    sumber-sumber dokumentasi berbanding kebudayaan tinggi. Sebaliknya ia lebih

    berfokus kepada sumber yang diperolehi melalui kajian lapangan menggunakan

  • 8/15/2019 Modul Sjh 3116 - Malaysia Negara Kita

    4/64

      SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA 

    4

    kaedah pemerhatian, temudugaatau penyertaan oleh pengkaji sendiri di dalam

    masyarakat atau budaya yang dikajinya. 

    Sejarah Tempatan (Local History )

    Dalam bidang sejarah yang bersifat geografi terdapat sejarah tempatan yangmemberi tumpuan kepada unit kawasan kecil seperti daerah, kampung, komuniti atau

    kelompok masyarakat tertentu. Dorongan awal yang melahirkan kajian sejarah

    tempatan ialah kecintaan kepada kisah atau pengalaman yang paling hampir dengan

    diri sendiri. Ini menyebabkan sejarah tempatan lebih menarik jika dibandingkan

    dengan bidang-bidang sejarah lain yang biasanya membosankan kerana (i) tiada

    hubungan emosi dengan pengalaman seseorang, dan (ii) bersifat elitis. Sejarah

    tempatan juga bersifat interdisiplin, lantaran tema dan kaedah penyelidikannya luas

    dan menyeluruh. Sumber-sumber sejarah tempatan juga banyak seperti buku, peta,tinggalan arkeologi, arkib, bangunan, gambar, dan manusia.

    PEMIKIRAN SEJARAH

    Konsep Ruang dan Masa dalam Sejarah

    Menurut Nirmal Yadav ruang merujuk kepada lokasi, arah dan jarak di

    permukaan bumi atau planet lain. Penguasaan konsep ruang penting bagi

    membolehkan individu memahami perhubungan di antara tempat dengan fenomena

    bersejarah. Manakala masa pula adalah merujuk kepada perhubungan di antara

    pelbagai peristiwa. Lokasi, jarak dan tempoh merupakan tiga elemen yang membentuk

    hubungan masa. Penguasaan konsep masa penting bagi memahami urutan peristiwa

    dalam masyarakat. Urutan masa (timelines) merupakan satu siri peristiwa yang berlaku

    mengikut kronologi manakala himpunan masa (time convention) melibatkan tarikh dan

    peristiwa. Memahami kronologiiaitu kemahiran melihat masa lalu, kini dan akan

    datang mengikut urutan sesuatu peristiwa sejarah itu berlaku. Sebagai contoh murid-

    murid dididik dengan kemahiran memahami konsep masa mengikut kemajuan sesuatu

    tamadun di samping memahami konversi masa iaitu melabelkan sesuatu peristiwa

    mengikut zaman seperti Zaman Darurat, Zaman Meleset dan Zaman Penjajahan tanpa

    menyatakan tahunnya.

  • 8/15/2019 Modul Sjh 3116 - Malaysia Negara Kita

    5/64

    SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA 

    5

    Jadual 2.1: Konsep Masa Dalam Sejarah

      Satu dekad – 10 tahun

      Satu abad atau kurun – 100 tahun

      Kurun ke-19 – tahun 1800 hingga 1899

      Kurun ke-20 – tahun 1900 hingga 1999

      Satu alaf – 1000 tahun

      Zaman  –  jangka masa tertentu yang mempunyai ciri-ciri istimewa

    yang berkaitan dengan masa tersebut. Contohnya, Zaman Batu dan

    Zaman Logam.

      Masihi  –  tahun atau kurun yang dikira berasaskan tarikh kelahiran

    Nabi Isa.

      Hijrah  –  tahun mengikut kalendar Islam yang berasaskan peristiwaperpindahan Nabi Muhammad dari Makkah ke Madinah.

      Kronologi – urutan peristiwa mengikut masa kejadian.

    Cuba lihat contoh tajuk penyelidikan yang berbunyi ”Ekonomi Malaysia:

    Penguasaan Orang Cina di Malaysia, 1963-1969”. Ruang bagi tajuk penyelidikan

    tersebut merujuk kepada Malaysia, dan waktu pula merujuk kepada tahun 1963 hingga

    1969 manakala orang Cina dan ekonomi merupakan aspek kajian.

    Kesinambungan dan Perubahan

     Apa yang dikatakan berubah, dan apa yang dikatakan kekal? Kesinambungan

    dan perubahan merupakan asas untuk mengorganisasi masa lampau yang kompleks.

    Kesinambungan dan perubahan sering dikaitkan dengan kemajuan dan kemerosotan

    mengikut masa tetapi perubahan tidak bermakna kemajuan, dan ini sering

    mengelirukan murid. Penilaian kesinambungan dan perubahan boleh dibuat melalui

    perbandingan di antara masa lampau dan masa kini atau antara dua peringkat masalampau (contohnya sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua).

    Nilai Keperihalan

    Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (1999) sejarah pada umumnya dapat

    mempengaruhi pembentukan budaya bangsa dan negara, membentuk nilai-nilai

    kewarganegaraan, mencorakkan ideologi tertentu dalam pembinaan negara bangsa,

    dan sumber inspirasi kepada pembinaan wawasan masa depan Malaysia.

    Sehubungan dengan itu, pengetahuan sejarah amat penting kerana ia dapat menyemai

  • 8/15/2019 Modul Sjh 3116 - Malaysia Negara Kita

    6/64

      SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA 

    6

    nilai-nilai yang diperlukan dalam proses perkembangan dan pembangunan individu.

    Nilai-nilai kemanusiaaan dan kemoralan seperti nilai kewarganegaraan;nilai etika dan

    moral; nilai sosial; nilai budaya dan estetika; nilai sosialisasi politik; nilai tradisi; nilai

    universal; nilai perpaduan dan persefahaman; nilai patriotisme; dan sebagainya dapat

    disebar dan disuburkan melalui sejarah.Nilai-nilai dalam sejarah boleh dijadikanteladan, panduan dan pedoman hidup untuk menggalakkan seseorang berfikir dan

    mengambir iktibar daripada sejarah lampau. Nilai-nilai ini selaras dengan aspirasi dan

    wawasan pembinaan bangsa Malaysia yang akan mencurakan segala taat setia

    kepada negara. Di antara unsur-unsur nilai yang boleh dipupuk melalui pendidikan

    sejarah menurut Abd. Rahim Abd Rashid2 ialah:

      Kesetiaan (loyalty )

      Kebanggaan (sense of proudness)

      Kesedaran kebangsaan (national awareness)

      Nasionaliti (nationality )

      Kewibawaan

      Sedia berkorban

      Perpaduan nasional

      Penghayataan nilai perjuangan

      Keyakinan diri

      Pembinaan diri bangsa

      Memahami sejarah orang lain

    Sebab dan Akibat

    Bagaimana dan kenapa keadaan dan tindakan tertentu memberi kesan kepada

    yang lain. Punca kepada konsep sebab dan akibat ialah peranan manusia (sama ada

    secara individu atau kumpulan) dalam menggalakkan, membentuk dan menghalang

    perubahan dalam sejarah. Konsep sebab ada kaitan dengan motivasi (niat) sesuatu

    kumpulan atau individu yang dipengaruhi oleh ideologi, institusi dan keadaan. Jadi

    sejarah tidak setakat penceritaan secara naratif sahaja, bahkan juga penjelasan dan

    analisis tentang sebab-musabah atau punca-punca terjadinya sesuatu peristiwa itu.

    Tidak selalunya penjelasan sejarah melibatkan kajian sebab-musabab

    (mengapa) tetapi bagaimana (proses atau selok-belok) sesuatu kejadian itu berlaku.

    Selain itu, ada juga pihak yang kelihatan semacam mengambil mudah sahaja terhadap

    persoalan ini, dengan cara mengaitkan pertanyaan tentang sebab-musababnya dengan

  • 8/15/2019 Modul Sjh 3116 - Malaysia Negara Kita

    7/64

    SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA 

    7

    kebetulan (chance  atau accident ) sahaja tanpa memerlukan penelitian yang serius

    terhadapnya.

    Pada umumnya terdapat dua aliran besar tentang masalah penyebaban dalam

    sejarah, iaitu aliran sekular dan aliran teologi. Dalam aliran sekular wujud (i) konflik

    atau pertentangan pendapat tentang hierarki sebab-musababnya (hierarchy of causes),

    dan (ii) kecenderungan untuk menonjolkan faktor tertentu sahaja sebagai faktornya

    yang asasi dan terpenting (linear causation). Penyebaban yang bercorak sekular ini

    menjelaskan sebab-sebab yang dikaitkan dengan alam tabii dan manusia yang

    menentukan perjalanan sejarah. Di antara ahli sejarah yang menekankan peranan

    besar iklim atau geografi sebagai penentu nasib manusia ialah Alexander von

    Humboldt, Henry T. Buckle, Richard Green, Friedrich Ratzel, Frederick J. Turner, dan

    Brooke Adams. Dalam erti kata yang lain, terdapat kuasa atau tenaga impersonal  yang

    memainkan peranan yang menentukan terhadap arah dan perjalanan sejarah manusia.

    Kuasa atau tenaga alam ini berlaku secara tabii (natural ), bukannya ditentukan oleh

    sebarang kuasa lain seperti yang diyakini oleh orang-orang agama.

    Bagi aliran yang menekankan kuasa personal, ia mementingkan peranan

    individu. Aliran individu ini dikenali sebagai ’Teori Manusia Agung’ (Great Man Theory )

    yang menekankan peranan dan ketokohan seseorang yang tertentu sebagai faktor

    utama yang membawa perubahan besar dalam sejarah. Menurut Leopold von Ranke

    (1795-1886) seseorang manusia agung dapat mempengaruhi masyarakat kalau (i)

    kena pada ketikanya (timing ), dan (ii)sealiran dengan arus semangat zamannya

    (zeitgeist ) atau semangat tempatnya (ortgeist ).

    Bagi aliran idealis (yang dipelopori oleh George Hegel, Benedetto Croce, dan R.

    G. Collingwood) semua sejarah ialah sejarah pemikiran. Ia merupakan suatu proses

    yang rasional dan logik, yakni sejarah didasari oleh akal fikiran manusia bukannya

    kebetulan (accidental ) sahaja. Kalau sekiranya aliran idealis melihat dominasi

    pemikiran terhadap dunia, dan dengan itu mempengaruhi perjalanan sejarah,

    sebaliknya aliran materialis lebih menekankan asas kebendaan sebagai pengerak

    asasi kejadian-kejadian sejarah.

    Sebagai ditegaskan sebelumnya, penjelasan tentang penyebaban yang

    menekankan faktor tertentu sahaja sebagai yang terpenting itu disebut sebagai linear

    causation. Nampaknya penjelasan yang menjurus itu mulai dipertikaikan oleh

    sejarawan, terutama pada masa kini. Sebagai suatu masalah yang kompleks,

    kejadian-kejadian dalam sejarah tidaklah tercetus kerana faktor tertentu sahaja, tetapi

    kerana berbagai-bagai sebab (multiple causation). Contohnya, di samping adanya

  • 8/15/2019 Modul Sjh 3116 - Malaysia Negara Kita

    8/64

  • 8/15/2019 Modul Sjh 3116 - Malaysia Negara Kita

    9/64

    SJH3116 MALAYSIA NEGARA KITA 

    9

    (iv) Tidak perlu mencari keseragaman dan peraturan generalisasi dalam

    sejarah. Ini kerana melalui generalisasi sejarah, hasil proses sejarah

    dan peristiwa dapat dijelaskan secara sistematik.

    (v) Fakta individu sebagai asas generalisasi mesti diuji untuk mencari

    kebenaran sebagaimana yang sebenarnya.

    (vi) Cetusan kesimpulan generalisasi diambil daripada kemungkinan

    peristiwa semasa yang sama dan peristiwa semasa yang berbeza.

    (vii) Penghapusan generalisasi dalam sejarah adalah berdasarkan sumber

    yang terbatas atau kurang.

    Louis Gottschalk pula telah mengkategorikan generalisasi kepada beberapa

    bentuk untuk menilai peristiwa atau sumber sejarah iaitu:

    (i)  The school of unique. Sejarah dilihat sebagai peristiwa yang tidak

    berulang dengan merujuk kepada tempat, masa dan individu yang

    terlibat.

    (ii)  School generalization basic of trend . Perbincangan sejarah dilihat dari

    arah yang berlainan aspek interpretasi dan masa.

    (iii)  School limited of generalization. Melihat sejarah dengan caramenggambarkannya.

    (iv)  School of organization of camparison. Mengkaji sejarah dengan

    membuat perbandingan. Sebagai contoh, membandingkan penulisan

    karya sejarah seorang penulis dengan penulisan karya sejarah seorang

    penulis yang lain.

    (v) Generalisasi untuk tujuan kawalan.

    (vi)  The school of cosmic generalization. Sejarah dilihat daripada aspek

    kejadian alam berasal daripada idea Marxisme.

    Aktiviti 

    Bincangkan sumber-sumber sejarah. Anda catatkan nota anda dalampeta pokok (i-Think ).

  • 8/15/2019 Modul Sjh 3116 - Malaysia Negara Kita

    10/64

    10

    SJH3116 MALAYSIA NEGARA KIT  

    TAJUK 2 Sejarah Awal 

    Sinopsis 

    Tajuk ini memberi pendedahan mengenai Zaman Air Batu, ZamanPrasejarah, Kerajaan awal, Kesultanan Melayu Melaka

    Hasil Pembelajaran: Pada akhir interaksi pelajar akan dapat:-

    1. Menjelaskan ciri-ciri zaman Air Batu, Zaman Prasejarah, Kerajaan Awaldan Kesultanan Melayu melaka.

    2. Menjelaskan perbezaan antara zaman dalam zaman Prasejarah

    3. Menganalisis faktor pembangunan dan kejatuhan Kesultanan MelayuMelaka

    Aktiviti 

    Bincangkan ciri-ciri Zaman Air Batu. catatkan hasil perbincangan andadalam bentuk peta pemikiran (i-Think ).

    Sumber arkeologi menjelaskan bahawa Malaysia telah diduduki oleh manusia sejak

    beribu-ribu tahun yang lalu. Sumber ini juga menjelaskan bahawa terdapat empatzaman prasejarah iaitu:

    (a) Zaman Paleolitik (Zaman Batu Awal)(b) Zaman Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan)

    (c) Zaman Neolitik (Zaman Batu Baharu)

    (d) Zaman Logam (Zaman Gangsa-Besi)

    (a) Zaman Paleolitik (Zaman Batu Awal)

    Berdasarkan rekod-rekod sejarah, zaman ini wujud kira-kira 35 000 tahun yang lalu.Komunitinya tinggal dalam gua-gua. Kegiatan ekonomi mereka bersifat sara diri danhidup secara nomad. Contoh petempatan komuniti ini ialah di Gua Badak dan KotaTampan (Perak), Gua Niah (Sarawak) dan Tingkayu (Sabah).

    (b) Zaman Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan)

    Berbanding dengan Zaman Paleolitik, zaman ini dianggarkan wujud sekitar 11000tahun yang lalu. Komuniti zaman ini tertumpu di gua-gua batu kapur. Mereka sudahmula mendiami kawasan sekitar sungai dan pinggir laut. Peralatan batu yangdigunakan dalam kehidupan seharian mereka lebih halus buatannya. Masih memburubinatang dan mula bercucuk tanam. Kawasan petempatan mereka seperti di Gua Cha

    (Kelantan), Gua Kecil (Pahang), Gua Kepah (Kedah) dan Jenderam Hilir (Selangor).

    (c) Zaman Neolitik (Zaman Batu Baharu)

  • 8/15/2019 Modul Sjh 3116 - Malaysia Negara Kita

    11/64

    11

    SJH3116 MALAYSIA NEGARA KIT  

    Zaman ini wujud sekitar 5 000 tahun yang lalu. Komuniti zaman ini masihmenggunakan alat-alat batu untuk membantu mereka menjalani kehidupan seharian.Kegiatan utama mereka adalah memburu binatang, menangkap ikan, bercucuk tanamdan menternak binatang. Mereka mula mengadakan hubungan dengan komuniti luar.

    Contoh petempatan yang memperlihatkan zaman ini adalah seperti di Gua Gomantongdan Gua Madai (Sabah), Gua Niah dan Gua Tengkorak (Sarawak).

    (d) Zaman Logam (Zaman Gangsa-Besi)

    Zaman ini dikatakan wujud sekitar kira-kira 2500 tahun yang lalu. Komuniti zaman initidak lagi menggunakan alat-alat batu untuk membantu mereka dalam kehidupanseharian. Kehidupan komuniti zaman ini lebih teratur dan beradat. Contoh petempatanzaman ini adalah di Sungai Lang dan Sungai Langat (Selangor), Batu Buruk.

    Kerajaan – kerajaan Awal

    Kerajaan-kerajaan di Alam Melayu termasuklah Tan-Tan, Kalasapura, Fo- Lo-An, Chiu-Chih, Lo-Yüeh, Chih-Tu,Tun-Sun, Pan-Pan dan Hsia-Wai-Lu. Kerajaan-kerajaantersebut mempunyai nama dalam loghat bahasa China.

    Kerajaan Kedah Tua   Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaanawal terkenal yang terletak di Semenanjung TanahMelayu. 

      Ia juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah,Kalah Bar dan Kalagram.

      Menurut catatan I Ching dari negara China, Kedah Tua juga disebut sebagai Cheh-Cha.

      Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5.   Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan

    pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke LembahBujang

      Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha danseterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candiyang terletak di Lembah Bujang.

      Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempatpenukaran barang, tempat persinggahan dan tempatmembaiki kapal pelayar dan pedagang dari  Arab, India,  Sri Lanka,  Parsi dan Eropah sebelum mereka

    meneruskan perjalanan mereka ke Timur.  Ia juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil

    tempatan yang dikumpul oleh penduduk tempatanseperti bijih timah,  emas,  beras,  lada hitam,  gading, damar, rotan, tanduk dan sebagainya.

      Walaupun ia adalah sebuah kerajaan samudera tetapi juga menjadi pengeluar padi terkenal keranadikurniakan tanah pamah yang rata dan luas.

      Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangansemasa pemerintahan Sultan al-Mutawakil (847-861).

      Ini dapat dibuktikan melalui penemuan wang perakpada zaman Sultan al-Mutawakil, manik yang dibawa

    dari negara India dan barangan kaca dari TimurTengah. 

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Semenanjung_Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Semenanjung_Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/I_Chinghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Chinahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Abad_ke-5http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sungai_Mas&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Lembah_Bujanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lembah_Bujanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Buddhismehttp://ms.wikipedia.org/wiki/Agama_Hinduhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Candihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Arabhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sri_Lankahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parsihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Eropahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Timahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Emashttp://ms.wikipedia.org/wiki/Berashttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lada_hitamhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Gading&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Damar&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Rotan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Tandukhttp://ms.wikipedia.org/wiki/847http://ms.wikipedia.org/wiki/861http://ms.wikipedia.org/wiki/Perakhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Manik&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Kacahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Timur_Tengahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Timur_Tengahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Timur_Tengahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Timur_Tengahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kacahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Manik&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Perakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/861http://ms.wikipedia.org/wiki/847http://ms.wikipedia.org/wiki/Tandukhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Rotan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Damar&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Gading&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Lada_hitamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Berashttp://ms.wikipedia.org/wiki/Emashttp://ms.wikipedia.org/wiki/Timahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Eropahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parsihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sri_Lankahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Arabhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Candihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Agama_Hinduhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Buddhismehttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lembah_Bujanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lembah_Bujanghttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sungai_Mas&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Abad_ke-5http://ms.wikipedia.org/wiki/Chinahttp://ms.wikipedia.org/wiki/I_Chinghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Semenanjung_Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Semenanjung_Tanah_Melayu

  • 8/15/2019 Modul Sjh 3116 - Malaysia Negara Kita

    12/64

    12

    SJH3116 MALAYSIA NEGARA KIT  

    KerajaanLangkasuka

      Langkasuka atau juga dikenali sebagai Lang-ya-shiu, Lang-chia-shu  (China), Langasyuka  (Arab)dan Ilangasoka (inkripsi Tangore) yang terletak dikawasan yang dikenali sebagai Pattani

    (dahulunya Kedah).  Langkasuka ialah sebuah kerajaan Hindu Melayu

    silam yang terletak di Semenanjung Malaysia  Kerajaan ini bersama-sama dengan Kerajaan

    Kedah Tua berkemungkinan merupakan kerajaanyang paling awal di Tanah Melayu. 

      Mengikut satu sumber, kerajaan ini diasaskanpada kurun ke-2 masihi.

      Legenda orang Melayu mendakwa bahawaLangkasuka diasaskan di Kedah,  dan kemudianberpindah ke Pattani. 

      Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapimengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China(500 M) merujuk kerajaan itu sebagai "Langgasu"yang diasaskan pada kurun pertama masihi.

      Nama Langkasuka juga ada disebut dalamtulisan-tulisan Melayu dan Jawa, 

      sementara tulisan-tulisan dari China pernahmenyebut sebuah negeri iaitu Lang-ya-hsiu  atauLang-chia-shu 

      Pada tahun 515 M Raja Bhagadatta menjalinkanhubungan dengan China.

      Hubungan itu dikukuhkan lagi dengan duta-dutadihantar pada tahun 523, 531 dan 568 masihi

      Pada kurun ke-12, Langkasuka merupakan negerinaungan kepada Kerajaan Srivijaya dan padakurun ke-15 ia digantikan dengan KerajaanPattani

      Pada tahun 1963, Stewart Wavell mengetuai satuekspedisi Cambridge ke Langkasuka danTambralinga.  Maklumat mengenai ekspedisi iniboleh didapati melalui buku "The Naga King's

    Daughter ", terbitan Antara Books.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Pattanihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hinduhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Semenanjung_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kedah_Tuahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kedahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pattanihttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Dinasti_Liang&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Chinahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jawahttp://ms.wikipedia.org/wiki/515http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bhagadatta&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/523http://ms.wikipedia.org/wiki/531http://ms.wikipedia.org/wiki/568http://ms.wikipedia.org/wiki/Srivijayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Pattanihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Pattanihttp://ms.wikipedia.org/wiki/1963http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tambralinga&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tambralinga&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/1963http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Pattanihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Pattanihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Srivijayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/568http://ms.wikipedia.org/wiki/531http://ms.wikipedia.org/wiki/523http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bhagadatta&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/515http://ms.wikipedia.org/wiki/Jawahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Chinahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Dinasti_Liang&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Pattanihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kedahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kedah_Tuahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Semenanjung_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hinduhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pattani

  • 8/15/2019 Modul Sjh 3116 - Malaysia Negara Kita

    13/64

    13

    SJH3116 MALAYSIA NEGARA KIT  

    Kerajaan Chih Tu   Menurut catatan I-Ching, Chih Tu bermaksudTanah Merah, yang terletak di negeri Kelantan. 

      Kerajaan ini diasaskan oleh Raja Guatama padaabad keenam Masihi.

      Beliau ialah seorang raja yang berkuasa mutlak.  Beliau diketuai oleh tiga orang menteri yang

    bertanggungjawab dalam pemerintahan danpentadbiran.

      Sistem pemerintahan berjaya mengikut corakpemerintahan kerajaan Srivijaya yang menerimapengaruh Hindu. 

    Aktiviti 

    Cuba fikirkan kerajaan-kerajaan awal yang lain. Catatkan jawapan anda dalam bentuk

    peta bih (i-Think).

    Kesultanan Melayu Melaka

    Pengasasan Melaka

    Parameswara adalah keturunan Raden Wijaya,  raja pertama (1293-1309) dan

    pengasas Kerajaan Majapahit menikahi Sri Gayatri Rajapatni, puteri dari SriKertanegara, raja terakhir (1268-1292) Kerajaan Singhasari,  yang kemudian memilikiPuteri Tribuana Tunggadewi, pemimpin ketiga (1326-1350) Kerajaan Majapahit. Beliaumenikahi Kertawardana, dan memiliki Puteri Iswari. Si puteri kemudian menikahiSingawardana, dan memiliki Putri Sarawardani. Kemudian ia menikahi Ranamenggala,dan memiliki anak bernama Parameswara yang lahir di tahun 1344 pada saatneneknya, Ratu Tribuana Tunggadewi, memerintah Majapahit. 

    Selain itu, beliau masih kerabat dari Ananggavarman atau Ananggawarman, (anak dari Adityawarman) yang menjabat sebagai gabenor  Majapahit di Pagar Ruyung, KerajaanDharmasraya, dan Palembang. 

    Sebelumnya Parameswara beragama Hindu, dan kemudian memeluk agama Islam ditahun 1414. Dari agama yang diyakini kita dapat lihat bahawa Parameswara bukan aslidari Sriwijaya atau Palembang,  kerana umumnya mereka memeluk agama Buddha. Sriwijaya ketika masa lampau adalah pusat pengembangan agama Buddha di AsiaTenggara.

    Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yangmenggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa,  BataraTamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura  ("orang yang berani").Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura. 

    Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi) di Singapura, Parameswara

    menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telahdiserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribupengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencaritempat perlindungan yang baru.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Kelantanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Srivijayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hinduhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Raden_Wijayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Majapahithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Singhasarihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Majapahithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Majapahithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ananggavarmanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ananggawarmanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Adityawarmanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Majapahithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pagar_Ruyunghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Dharmasrayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Dharmasrayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Palembanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sriwijayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Palembanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Buddhahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sriwijayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Buddhahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Suma_Orientalhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jawahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Singapurahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Thailandhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Semenanjung_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Semenanjung_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Thailandhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Singapurahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jawahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Suma_Orientalhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Buddhahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sriwijayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Buddhahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Palembanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sriwijayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Palembanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Dharmasrayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Dharmasrayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pagar_Ruyunghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Majapahithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Adityawarmanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ananggawarmanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ananggavarmanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Majapahithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Majapahithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Singhasarihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Majapahithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Raden_Wijayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hinduhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Srivijayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kelantan

  • 8/15/2019 Modul Sjh 3116 - Malaysia Negara Kita

    14/64

    14

    SJH3116 MALAYSIA NEGARA KIT  

    Menurut Sejarah Melayu  ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanang padatahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yangtidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagalkerana  kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta.Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujong. Setelah berada di sana,

    beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliautiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja.

    Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekorpelanduk menendang salah seekor daripada anjing-anjing pemburunya.Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskanmembina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas menanyakannama pokok (Pokok Melaka)  yang diteduhnya, Parameswara menamakantempat itu "Melaka".

     Ancaman serangan daripada pihak Siam menyebabkan keputusanParameswara membayar ufti kepada negara China pada tahun 1409 supayamendapat perlindungan. Pada tahun 1411, diiringi oleh Laksamana Cheng Ho, beliau melawat negara China dengan rombongan pengiring sebanyak 540orang untuk pertemuan dengan Maharaja Ming, Yung Lo. 

    Parameswara memeluk Islam pada tahun 1414 melalui perkahwinannya dengan puteriPasai, Indonesia dan menukarkan nama beliau kepada "Raja Megat Iskandar Shah".

    Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yangterpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melakamerupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada

    negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkanmenerusi Duarte Barbosa yang berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapatmenguasai perdagangan dunia" (He who is lord of Malacca has his hand on the throatof Venice.)

    Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang majuadalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya danMonsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa,  Arab,  India,  China dan lain-laindapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke lautsemula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka,berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui  yang terbaik pada masa itu

    Perkembangan Melaka

    Iskandar Shah mangkat pada tahun 1424 dan diwarisi oleh anaknya, Sri Maharaja,yang mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah"  (1424-1444). Padakemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya, RajaIbrahim. Raja Ibrahim kemudian dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan AbuSyahid".

    Raja Kassim menaiki tahta pada tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar

    Shah" (1445-1459) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi

    negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan

    Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggarapada ketika itu beragama Hindu.  Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat

    serangan pertama ke atas Melaka pada tahun 1447 tetapi ditewas tidak jauh dari Muar.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tun_Sri_Lananghttp://ms.wikipedia.org/wiki/1565http://ms.wikipedia.org/wiki/Muarhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Biawakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kubuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bertamhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Seletar&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Pelandukhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Melakahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ufti&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Chinahttp://ms.wikipedia.org/wiki/1409http://ms.wikipedia.org/wiki/1411http://ms.wikipedia.org/wiki/Laksamanahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Cheng_Hohttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Maharaja&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Dinasti_Minghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Maharaja_Yung_Lohttp://ms.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1414http://ms.wikipedia.org/wiki/Puterihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pasai,_Indonesiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pelabuhanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Abad_ke-15http://ms.wikipedia.org/wiki/Abad_ke-16http://ms.wikipedia.org/wiki/Perdaganganhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Rempahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Duarte_Barbosahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Monsun&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Arabhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bukit_Cinahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Feng_shuihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Feng_shuihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Feng_shuihttp://ms.wikipedia.org/wiki/1424http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Muhammad_Shahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1444http://ms.wikipedia.org/wiki/1445http://ms.wikipedia.org/wiki/1459http://ms.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kepulauan_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kepulauan_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Borneohttp://ms.wikipedia.org/wiki/Filipinahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Asia_Tenggarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hinduhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1447http://ms.wikipedia.org/wiki/1447http://ms.wikipedia.org/wiki/Hinduhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Asia_Tenggarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Filipinahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Borneohttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kepulauan_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kepulauan_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1459http://ms.wikipedia.org/wiki/1445http://ms.wikipedia.org/wiki/1444http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Muhammad_Shahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1424http://ms.wikipedia.org/wiki/Feng_shuihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bukit_Cinahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Arabhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Monsun&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Duarte_Barbosahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Rempahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perdaganganhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Abad_ke-16http://ms.wikipedia.org/wiki/Abad_ke-15http://ms.wikipedia.org/wiki/Pelabuhanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pasai,_Indonesiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Puterihttp://ms.wikipedia.org/wiki/1414http://ms.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Maharaja_Yung_Lohttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dinasti_Minghttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Maharaja&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Cheng_Hohttp://ms.wikipedia.org/wiki/Laksamanahttp://ms.wikipedia.org/wiki/1411http://ms.wikipedia.org/wiki/1409http://ms.wikipedia.org/wiki/Chinahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ufti&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pelandukhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Seletar&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Bertamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kubuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Biawakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Muarhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1565http://ms.wikipedia.org/wiki/Tun_Sri_Lananghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Melayu

  • 8/15/2019 Modul Sjh 3116 - Malaysia Negara Kita

    15/64

  • 8/15/2019 Modul Sjh 3116 - Malaysia Negara Kita

    16/64

    16

    SJH3116 MALAYSIA NEGARA KIT  

    asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatanpemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.

    Kejatuhan Melaka

    Pada tahun 1488,  Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapaikemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di  Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga denganLaksamana Hang Tuah.  Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalamirancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapibeliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya (Sultan Alaudin Riayat Shah)mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masihkanak-kanak. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayarluar negeri.

    Pada tahun 1509,  Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari AngkatandiRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di

     Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri,disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkansupaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20anak kapalnya ditahan.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/1488http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Mahmud_Shahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Asia_Tenggarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hang_Tuahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Abad_ke-16http://ms.wikipedia.org/wiki/1509http://ms.wikipedia.org/wiki/Diego_Lopez_de_Sequierahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Diego_Lopez_de_Sequierahttp://ms.wikipedia.org/wiki/1509http://ms.wikipedia.org/wiki/Abad_ke-16http://ms.wikipedia.org/wiki/Hang_Tuahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Asia_Tenggarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Mahmud_Shahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1488

  • 8/15/2019 Modul Sjh 3116 - Malaysia Negara Kita

    17/64

    17

    SJH3116 MALAYSIA NEGARA KIT  

    Tajuk 3 Perkembangan Negeri-negeri Di Tanah Melayu

    Sinopsis 

    Tajuk ini memberi pendedahan mengenai Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak bersekutu, MalayanUnion, Persekutuan Tanah Melayu 1948, Perjuangan Menuntut Kemerdekaandan Pembentukan Malaysia.

    Hasil Pembelajaran: Pada akhir interaksi pelajar akan dapat:-

    1. Menceritakan perkembangan Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri MelayuBersekutu, negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Malayan Union,persekutuan Tanah Melayu 1948, Perjuangan Menuntut Kemerdekaandan Pembentukan Malaysia.

    2. Menganalisis sebab-sebab kegagalan Malayan Union3. Menganalisis sebab penentangan terhadap pembentukan Malaysia

    Negeri-negeri Selat, 1826-1890 

    Selepas tahun 1824, British mempunyai 3 bentuk petempatan. Pertama, Pulau Pinang

    yang telah ditubuhkan sejak tahun 1786. Pada tahun 1805, Kerajaan India telah

    mengangkat Pulau Pinang menjadi “Presidency” ke-4 selepas Madras, Bombay danBenggala di India. Pulau Pinang mempunyai seorang gabenor sebagai ketua negara.

    Kedua, Singapura yang ditubuhkan pada 1819 dengan seorang Residen yang

    bertanggungjawab kepada Kerajaan India. Sebelumnya iaitu di antara 1819-1823,

    semua arahannya datang secara langsung dari Raffles di Bengkahulu dan bukan dari

    Pulau Pinang, tetapi selepas Raffles pulang ke England (1824), Singapura terus

    diletakkan di bawah pentadbiran India. Ketiga, Melaka yang diperolehi melalui

    pertukaran dengan Bengkahulu yang diserahkan kepada Belanda berdasarkan

    Perjanjian Inggeris-Belanda diletakkan secara langsung di bawah pentadbiran Kerajaan

    India.

    Pada tahun 1826, Kerajaan India mengambil kesempatan untuk menyatupadukan

    ketiga-tiga negeri menjadi satu bentuk pemerintahan dengan tujuan untuk

    mengurangkan bilangan pegawai-pegawai. Pernyataan ini kemudian dipanggil Negeri-

    negeri Selat. Negeri-negeri Selat ini terus menjadi Presidency ke-4 dan Pulau Pinang

    dijadikan ibu negerinya. Seorang gabenor dilantik dan ianya tertakluk kepada arahan-

    arahan dari Kerajaan India. Pada tahun 1832, pusat pentadbiran Negeri-negeri Selat

    dipindahkan ke Singapura.

    Pada tahun 1830, taraf Presidency Negeri-negeri Selat telah diturunkan ke taraf

    Residency. Dengan itu, jawatan gabenor telah dijadikan Residen. Kemudian 2 orang

  • 8/15/2019 Modul Sjh 3116 - Malaysia Negara Kita

    18/64

    18

    SJH3116 MALAYSIA NEGARA KIT  Timbalan Residen telah dilantik di Pulau Pinang dan Melaka. Tetapi selepas tahun1832, jawatan gabenor digunakan semula di Negeri-negeri Selat.

    Perpindahan pusat pentadbiran Negeri-negeri Selat

    Ketika Negeri-negeri Selat di bawah pentadbiran Kerajaan India ia telah diletakkan di

    bawah kawalan 3 bentuk pentadbiran, antaranya:

    a. 1831-1851 – ditadbir oleh Kerajaan Benggala

    b. 1851-1858 – diletakkan secara langsung kepada Pejabat Gabenor

    Jeneral

    c. 1858-1867 – diserahkan kepada Pejabat India

    Rayuan untuk perpindahan pentadbiran Negeri-negeri Selat dari Pejabat Indiake Pejabat Tanah Jajahan telah bertambah kuat selepas pengenalan Akta MataWang dan cukai pelabuhan. Malah, rayuan dibuat kepada Kerajaan India padamasa itu terlibat dalam satu pemberontakan sepoi (Dahagi India, 1857) di manasepoi-sepoi India bangkit menentang SHTI. Peristiwa Dahagi itu jelasmemperlihatkan kelemahan Pejabat India untuk memerintah India sendiri danmembuktikan ketidakmampuan untuk mentadbir Negeri-negeri Selat yang jauh. Dalam rayuan itu, saudagar-saudagar Negeri-negeri Selat telah meminta PejabatTanah Jajahan di London supaya mengambil alih kuasa pentadbiran Negeri-negeri

    Selat daripada Pejabat India. Selepas tamatnya peristiwa Dahagi, iaitu 1858, SHTI

    telah dibubarkan dan kuasa pentadbiran India diletakkan di bawah Kerajaan British di

    London. Pada 10 Ogos 1866, Parlimen meluluskan Akta Perpindahan Pentadbiran

    Negeri-negeri Selat dari India ke Pejabat Tanah Jajahan. Pada 1 April 1867, Akta

    tersebut dikuatkuasakan dan pentadbiran Negeri-negeri Selat dipindahkan ke Pejabat

    Tanah Jajahan di London. Dengan ini, Negeri-negeri Selat mencapai taraf Tanah

    Jajahan Mahkota.

    Sebab-sebab perpindahan 

    1.  Kedudukan India yang jauh dari Negeri-negeri Selat

    Ketika Negeri-negeri Selat di bawah pentadbiran Kerajaan India, telahtimbul beberapa masalah dan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramaiterutama golongan saudagar yang merupakan golongan terpenting. Merekamenuduh Kerajaan India tidak cuba menyelesaikan masalah dan memenuhikeperluan mereka. Dengan lain perkataan, Kerajaan India cuai menjalankan

  • 8/15/2019 Modul Sjh 3116 - Malaysia Negara Kita

    19/64

    19

    SJH3116 MALAYSIA NEGARA KIT  

    tugasnya. Kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh Kerajaan India danmungkin tidak dapat dielakkan kerana kedudukan India yang begitu jauhdaripada Negeri-negeri Selat. Keadaan ini menyebabkan satu-satu arahanpenting yang hendak disampaikan ke Negeri-negeri Selat mengambil masayang lama untuk diterima. Keadaan ini menjadi semakin serius apabila tidakada pegawai-pegawai India yang mengetahui benar-benar akan kedudukan

    Negeri-negeri Selat. Yang penting, antara India dan Negeri-negeri Selatmempunyai perbezaan yang besar sama ada dari segi politik mahupun darisegi sosial. Oleh itu, segala keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Indiasering-kali bertentangan dengan kehendak-kehendak atau tidak dapatmemenuhi keperluan masyarakat Negeri-negeri Selat.

    2.  Sikap kecuaian Kerajaan India dalam masalah Negeri-negeri Selat

    a.  Masalah lanun

    Sikap cuai Kerajaan India jelas dilihat dalam usaha mereka membasmi lanun yang

    dikatakan tidak bersungguh-sungguh. Kejadian rompakan berlaku berleluasa di

    Selat Melaka dan perairan Singapura. Kegiatan lanun dilakukan oleh beberapa

    puak seperti Ilkanon, Sikarna, Melayu, Dayak dan lain-lain. Kadang-kala, mereka

    tidak sahaja merompak malah membakar kapal-kapal perdagangan serta

    membunuh anak-anak kapal atau ditawan lalu dijadikan hamba abdi. Peristiwa

    rompakan oleh lanun sudah pasti menjejaskan perdagangan Negeri-negeri Selat.

    Dalam tahun-tahun 1850, orang Cina turut terlibat dalam peristiwa lanun.

    b.  Mengawal kegiatan kongsi gelap

    Seperti masalah lanun, Kerjaan India juga dituduh tidak berjaya dalamusahanya mengawal kegiatan kongsi gelap cina. Dalam hubungan dengankongsi gelap cina, Kerajaan India menggunakan sistem “indirect rule” iaitumemberi kebebasan kepada kongsi gelap itu menjalankan kegiatan mereka.

    Oleh sebab kongsi gelap cina di Negeri-negeri Selat ditubuhkan berdasarkanpuak-puak, menyebabkan sering terjadi pergaduhan antara mereka yangkemudiannya diikuti oleh peristiwa pembunuhan. Keadaan ini semuamemberi kesan buruk kepada saudagar. Bagi golongan saudagar Negeri-negeri Selat pula, usaha-usaha yang lebih giat hendaklah dijalankan lebih-lebih lagi memandangkan hilangnya monopoli perdagangan Inggeris diNegeri China pada tahun 1833. Dengan kehilangan monopoli perdaganganitu sudah tentu tumpuan hendaklah dibuat ke Negeri-negeri Selat. Tetapi, jika kegiatan lanun dan kongsi gelap tidak dapat dikawal, bermakna cita-citahendak menjadikan Negeri-negeri Selat sebagai pusat perdagangan Inggerisyang penting di bahagian timur tidak akan tercapai.

  • 8/15/2019 Modul Sjh 3116 - Malaysia Negara Kita

    20/64

    20

    SJH3116 MALAYSIA NEGARA KIT  

    3.  Sikap kecuaian Kerajaan India terhadap pentadbiran Negeri-negeri Selat

    Dasar pengurangan pegawai-pegawai untuk menjimatkan perbelanjaanpentadbiran Negeri-negeri Selat menyebabkan kecekapan pentadbirannyamerosot. Ini adalah kerana Negeri-negeri Selat semakin maju tetapibilangan pegawai tidak mencukupi untuk menguruskan kerja tambahan.Selain itu, pegawai yang dihantar ke Negeri-negeri Selat juga tidak terlatihdalam pentadbiran tempatan. Kebanyakan mereka adalah muda dan tidakfaham tentang bahasa dan adat resam orang tempatan. Oleh itu, merekamenghadapi masalah untuk menjalankan tugas dengan cekap. Pegawai-pegawai ini juga diberi gaji yang rendah dan kenaikan pangkat tidakterjamin. Jadi, mereka tidak berminat dalam tugas mereka. Justeru itu,mereka mengamalkan rasuah. Kerajaan India juga tidak mengambil

    tindakan tegas untuk mengekalkan keamanan di Negeri-negeri Selat.Bilangan anggota polis tidak mencukupi untuk menjaga ketenteraman,misalnya pada tahun 1831, hanya terdapat 18 orang polis untuk menjagapenduduk seramai 16000 di Singapura. Sistem keadilan di Negeri-negeriSelat juga tidak cekap kerana tidak ada hakim-hakim dan peguam-peguamyang terlatih dan kekurangan mahkamah untuk membicarakan sertamengadili kes-kes jenayah dan awam. Hanya terdapat seorang hakim diNegeri-negeri Selat pada tahun 1856. Ini menyebabkan banyak kestertangguh.

    4.  Ketiadaan perwakilan tempatan

    Kerajaan Negeri-negeri Selat tidak mempunyai majlis perundangan untuk memilih

    wakil-wakil rakyat dalam menyuarakan pendapat rakyat tempatan berkenaan

    pentadbiran Negeri-negeri Selat. Jadi, undang-undang digubal dan diluluskan di

    majlis perundangan di Calcutta atau Parlimen oleh ahli-ahli dan pegawai-pegawai

    yang jahil mengenai keadaan Negeri-negeri Selat. Undang-undang yang digubal

    tidak secocok dengan keadaan di Negeri-negeri Selat kerana keadaan

    sosioekonomi di Negeri-negeri Selat jauh berbeza daripada India dan Britain.

    Malah, undang-undang ini digubal tanpa menghiraukan pandangan pegawai-

    pegawai tempatan. Oleh itu, pedagang-pedagang tidak puas hati dengan tindakan

    Kerajaan India dan menuntut supaya sebuah majlis perundangan ditubuhkan dan

    diwakili oleh wakil tempatan.

    5.  Penempatan banduan di Negeri-negeri Selat

    Kerajaan India mengambil keputusan untuk menghantar banduan dari India

    ke Negeri-negeri Selat, misalnya menjelang tahun 1857, seramai 4000orang banduan telah dihantar ke Negeri-negeri Selat. Tindakan ini dibantahkeras oleh saudagar-saudagar yang diketuai oleh W.H. Read. Mereka

  • 8/15/2019 Modul Sjh 3116 - Malaysia Negara Kita

    21/64

    21

    SJH3116 MALAYSIA NEGARA KIT  

    menganggap kehadiran banduan akan menjejaskan imej Negeri-negeriSelat dan mengancam nyawa mereka. Besar kemungkinan perdaganganNegeri-negeri Selat akan merosot kerana saudagar asing akan merasabimbang untuk melakukan aktiviti perdagangan. Selain itu, Negeri-negeriSelat juga terpaksa membiayai perbelanjaan untuk menanggung banduan-banduan itu dan seterusnya menambahkan beban kewangan dan sosial

    mereka.

    6.  Dasar tidak campur tangan Kerajaan India

    Faktor ini adalah berkaitan dengan kepentingan golongan saudagar. Bagipendapat mereka, polisi tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu akanmerugikan perdagangan dan mengurangkan pengaruh British. Merekainginkan Kerajaan India untuk campur tangan dan menamatkan keadaanhuru-hara di Negeri-negeri Melayu yang semakin berleluasa. Mereka

    mengharapkan agar keamanan di Negeri-negeri Melayu dapat dipulihkanuntuk kemajuan perdagangan dan pelaburan. Namun, Kerajaan Indiaenggan berbuat demikian. Di sebaliknya, mereka mengamalkan dasar pro-Siam di mana dasar ini telah merugikan kegiatan perdagangan saudagarBritish.

    7.   Akta Mata Wang, 1855

    Pada tahun 1855, Akta Mata Wang telah diluluskan di mana akta ini

    menjadikan mata wang rupee dan paisa sebagai mata wang yang sah diNegeri-negeri Selat bagi menggantikan mata wang ringgit perak dan sen. Akibatnya, bantahan-bantahan telah timbul disebabkan saudagar-saudagartelah biasa dengan penggunaan wang ringgit dan juga disebabkan nilaiwang rupee adalah tidak stabil berbanding dengan nilai wang ringgit.Masalah ini menjadi kemuncak kemarahan dan rasa tidak puas hatigolongan saudagar terhadap pentadbiran India. Akhirnya, Kerajaan Indiaterpaksa menarik balik pelaksanaan mata wang rupee.

    Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

    Idea penubuhan persekutuan dikemukakan oleh Frank Swettenham pada tahun 1892

    kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil Smith

    menghantar laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan penubuhan

    persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

    Dalam laporan itu, beliau menegaskan penubuhan persekutuan akan menguntungkan

    British dan negeri tersebut dari segi politik, ekonomi dan sosial. Frank Swettenham

    mengambil inisiatif dengan mendapatkan persetujuan Sultan Perak, Selangor, Pahang

    dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap penubuhan persekutuan. Pada 1

    Julai 1895, Sultan tersebut menandatangani perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896,Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi

    Gabenor Negeri-negeri Selat.

  • 8/15/2019 Modul Sjh 3116 - Malaysia Negara Kita

    22/64

    22

    SJH3116 MALAYSIA NEGARA KIT  

    Faktor-faktor penubuhan 

    1. Untuk mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran

    Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan Residen dilantik di Perak padaNovember 1874, di Selangor pada Disember 1874, Pahang pada tahun 1888 danNegeri Sembilan pada tahun 1895. Residen dihantar sebagai penasihat untukmenasihati Sultan dalam semua hal kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agamaIslam dan adat-istiadat orang Melayu. Walau bagaimanapun, Residen tidak diberi garispanduan di dalam melaksanakan tugas di Negeri-negeri Melayu. Perlaksanaan sistemResiden bergantung kepada sepenuhnya di atas kebijaksanaan Residen yang dilantik.Kejayaan dan kegagalan menjadi tanggungjawab Residen. Akibatnya, berlakuketidakseragaman dalam pentadbiran di negeri Perak, Selangor, Pahang dan NegeriSembilan. Kemajuan di antara negeri ini juga tidak seimbang kerana kebolehan dancara pentadbiran Residen berbeza-beza. Terdapat juga perbezaan-perbezaan dalam

    pentadbiran Undang-uhndang Tanah, keadilan dan sistem cukai di antara negeri-negeritersebut. Kemajuan juga tidak seimbang di mana negeri yang kaya iaitu Perak dnSelangor lebih maju dari negeri yang miskin seperti Pahang. Kerjasama antara negerisukar dijalankan sebab negeri ini mempunyai unit politik yang berasingan. FrankSwettenham berpendapat penubuhan persekutuan akan mewujudkan keamanan dankecekapan pentadbiran kerana pentadbiran akan dijalankan mengikut arahan pusat.Perkara yang berkaitan seperti sistem pentadbiran, cukai, undang-undang tanah dankeadilan akan disatukan dan diselaraskan. Hal ini akan menjimatkan kos pentadbiran.Usaha memajukan sistem perhubungan juga dapat dilaksanakan denganmenghubungkan jalan raya dan keretapi di negeri tersebut. Pada dasarnya, penubuhanpersekutuan akan mewujudkan kerjasama ekonomi, politik dan sosial.

    2.  Menghadkan kuasa Residen

    Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan perlantikan Residen di Perak,Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Walaupun Residen dilantik sebagai penasihat,mereka muncul sebagai kuasa paling berkesan kerana segala urusan pentadbirandijalankan atas arahan Residen. Sultan dan Majlis Negeri tidak dapat menyekat kuasaResiden. Malah Sultan dan pembesar Melayu terpaksa merujuk kepada Residen dalammenjalankan pentadbiran negeri. Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagaiinstitusi pentadbiran kerana Residen mempunyai kuasa mutlak. Semua undang-undangyang diluluskan seperti Undang-undang Tanah mesti ditandantangani oleh Residensebelum berkuatkuasa. Gabenor Negeri-negeri Selat juga tidak dapat mengawal kuasaResiden kerana beliau berada di Singapura dan sibuk dengan urusan-urusan Negeri-negeri Selat. Penubuhan persekutuan akan mengurangkan kuasa Residen keranamereka terpaksa tertakluk kepada arahan kerajaan pusat dan pentadbiran negeri.3. Masalah kewangan Pahang

     Ahli-ahli sejarah seperti Profesor Khoo Kay Kim dan K.G. Tregonning berpendapatbahawa masalah kewangan Pahang menyebabkan British menubuhkan Negeri-negeriMelayu Bersekutu. British menduduki Pahang pada tahun 1886 di mana J.P. Rodgersmenjadi Residen pertama. British mengambil Pahang dengan harapan Pahang

    mempunyai prospek ekonomi cemerlang. Apa yang sebenarnya ialah Pahangmerupakan negeri miskin dengan jumlah penduduk dan hasil bumi yang kurang. Padatahun 1890-an, Pahang menghadapi masalah kewangan. Dalam menjalankan

  • 8/15/2019 Modul Sjh 3116 - Malaysia Negara Kita

    23/64

    23

    SJH3116 MALAYSIA NEGARA KIT  

    pentadbiran, British mendapat bantuan kewangan dari Negeri-negeri Selat. Pada akhirtahun 1891, hutang Pahang pada Negeri-negeri Selat ialah $600 ribu. Pada akhir tahun

    1892, hutang meningkat kepada $800 ribu. Masalah kewangan Pahang semakinruncing apabila berlaku kebangkitan Pahang 1891-1895. Jadi beberapa cadangandikemukakan oleh British untuk mengatasi masalah ini.

    Cadangan pertama ialah British berundur dari Pahang dan menyerahkan pentadbirankepada Sultan. Langkah ini tidak dapat dilaksanakan kerana ia menjatuhkan maruahBritish. Tindakan ini juga membuka peluang kepada kuasa lain untuk bertapak diPahang yang sudah tentu akan menjejaskan kepentingan British. Cadangan keduaialah British mendapatkan pinjaman dari Negeri-negeri Selat. Ia tidak dapatdilaksanakan kerana pada tahun 1890-an, Negeri-negeri Selat juga menghadapimasalah kewangan. Hutang yang berjumlah $800 ribu pada tahun 1892 masih belumdiselesaikan.

    Cadangan ketiga ialah British mendapat bantuan kewangan dari negeri yang kaya

    seperti Perak dan Selangor. Cadangan ini tidak dapat dilaksanakan kerana Perak danSelangor enggan membantu sebab ianya satu unit politik berasingan.

    Diharapkan dengan penubuhan persekutuan, hasil negeri kaya seperti Perak dan

    Selangor dapat digunakan untuk membantu negeri-negeri miskin seperti Pahang jika

    negeri-negeri ini digabungkan sebagai satu unit politik. Frank Swettenham dan C.D.

    Cowan (Pegawai Tanah Jajahan) menegaskan British tidak sepatutnya berundur dari

    Pahang sebaliknya memajukan Pahang daripada hasil Perak dan Selangor apabila ia

    bergabung.

    4. Keselamatan

     A.C. Miller menegaskan faktor keselamatan menyebabkan penubuhan Negeri-negeri

    Melayu Bersekutu pada tahun 1896. British bimbang kekacauan seperti Perang Perak

    pada 1875-an dan Kebangkitan Pahang 1891-1895 akan berlaku lagi. Penubuhan

    persekutuan akan membolehkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai

    kemampuan dan keupayaan dari segi ketenteraan, khususnya dalam menjaga

    keamanan persekutuan tanpa mengharapkan bantuan luar. C.P. Lucan dalam

    laporannya menegaskan penubuhan persekutuan perlu dilihat dari segi aspek

    keselamatan negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat.

    5.  Dasar British

    Memang menjadi dasar British pada akhir abad ke-19 untuk menggabungkan negeri

    kecil di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai persekutuan. Penubuhan

    persekutuan akan memberi kebaikan politik, ekonomi dan sosial kepada British dan

    Negeri Melayu. Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan selepas kejayaan British

    dalam penubuhan persekutuan di Amerika Utara, India, Afrika, Australia dan New

    Zealand. Pendapat ini disokong oleh ahli sejarah seperti A.C. Miller dalam bukunya

    “Federation Decision of 1895” dan Jagjit Singh dalam bukunya “Administration of the

    Federation Malay States 1896-1920”. 

  • 8/15/2019 Modul Sjh 3116 - Malaysia Negara Kita

    24/64

    24

    SJH3116 MALAYSIA NEGARA KIT  

    Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

    Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah sekumpulan lima buah Negeri-Negeri

    Melayu. Negeri-negeri itu ialah:

      Johor

      Terengganu

      Kelantan

      Kedah

      PerlisKumpulan ini tidak menggambarkan negeri-negeri berikut sebagai satu entiti tetapi

    hanyalah sebagai satu terma untuk menerangkan tentang negeri-negeri Melayu

    berkenaan. Johor menandatangani Perjanjian perlindungan pada tahun 1885 dan

    akhirnya tunduk kepada tekanan untuk menerima Penasihat British pada tahun 1904. 

    Dibawah Perjanjian Bangkok 1909, Siam (kini Thailand) memindahkan hak-hak mereka

    terhadap Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis kepada pihak British. Pihak British

    kemudiannya memaksa negeri-negeri Melayu berkenaan menandatangani perjanjian

    seperti perjanjian dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. 

    Pegawai kanan pentadbiran koloni British disitu dikenali sebagai "Penasihat".

    Bahasa rasmi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah Bahasa Melayu dengan

    Tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi.

    Kesemua negeri ini kemudiannya menyertai Malayan Union dan sekarang merupakan

    sebahagian daripada Malaysia

    Pembentukan Perlembagaan Malayan Union

    Malayan Union yang ditubuhkan pada 1 April 1946 selepas Perang Dunia II merupakan

    sebuah gabungan Negeri-Negeri Melayu dengan Negeri-Negeri Selat (tanpa

    Singapura) untuk menjadi pengganti British Malaya. 

    Rasional untuk pembentukan Malayan Union

    Seawal 1942, kerajaan British telah menubuhkan "Unit Perancangan TanahMelayu" di United Kingdom untuk menyediakan pembinaan semula Tanah

    Melayu selepas Perang Dunia II tamat. Unit perancangan tersebut dinamakansebagai Malayan Planning Unit (MPU) dan Diketuai oleh Mejar-General RalphHone.Hone diberi tugas untuk merangka satu bentuk pentadbiran baru untukTanah Melayu selepas perang tamat.Akhirnya selepas semua perbincangan

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-Negeri_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-Negeri_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Johorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Terengganuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kelantanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kedahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perlishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Johorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1885http://ms.wikipedia.org/wiki/1904http://ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_Inggeris-Siam_1909http://ms.wikipedia.org/wiki/Siamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Thailandhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kelantanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Terengganuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kedahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perlishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Britishhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-negeri_Melayu_Bersekutuhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Koloni&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Britishhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Jawihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malayan_Unionhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/1_Aprilhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1946http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Dunia_IIhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-Negeri_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-Negeri_Selathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Singapurahttp://ms.wikipedia.org/wiki/British_Malayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/United_Kingdomhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Dunia_IIhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Dunia_IIhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/United_Kingdomhttp://ms.wikipedia.org/wiki/British_Malayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Singapurahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-Negeri_Selathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-Negeri_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Dunia_IIhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1946http://ms.wikipedia.org/wiki/1_Aprilhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malayan_Unionhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Jawihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Britishhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Koloni&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-negeri_Melayu_Bersekutuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Britishhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perlishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kedahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Terengganuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kelantanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Thailandhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Siamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_Inggeris-Siam_1909http://ms.wikipedia.org/wiki/1904http://ms.wikipedia.org/wiki/1885http://ms.wikipedia.org/wiki/Johorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perlishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kedahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kelantanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Terengganuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Johorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-Negeri_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-Negeri_Melayu

  • 8/15/2019 Modul Sjh 3116 - Malaysia Negara Kita

    25/64

    25

    SJH3116 MALAYSIA NEGARA KIT  

    berlaku maka cadangan untuk mencadangkan penggabungan Negeri-negeriMelayu Bersekutu,  Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu,  Pulau Pinang,  danMelaka menjadi Malayan Uniondiusulkan , sedangkan Singapura dikekalkansebagai tanah jajahan yang berasingan.

    Rancangan Malayan Union  mengekalkan Singapura sebagai suatu tanah

     jajahan yang berasingan disebabkan ketakutan bahawa penentangan orangMelayu terhadap penyertaan Singapura akan menjejaskan penerimaanrancangan tersebut. Terdapat kesangsian tradisional di kalangan peniaga-peniaga Tanah Melayu bahawa sektor perniagaan Singapura akan menjejaskankepentingan mereka. Selain itu, pihak British juga takut bahawa pemasukandasar  kewarganegaraan yang liberal akan mengakibatkan ketakutan pemimpin-pemimpin Melayu disebabkan bilangan orang Cina Singapura yang besar.Bagaimanapun, kerajaan British juga hendak menjadikan Singapura sebagaisebuah pangkalan tentera laut untuk operasi strateginya di Timur Jauh.Namunbegitu tujuan utama British mengecualikan penyertaan singapura kedalamMalayan Union adalah disebabkan oleh kepentingan ekonominya di Singapura,

    kedududkan strategik Singapura sebagai pelabuhan dan Pelbagai lagi faktoryang berteraskan kepada kegiatan ekonomi mendorong pihak British untukmengekalkan singapura sebagai kononnya Tanah jajahan London.

    Kebanyakan buku-buku Inggeris menyatakan salah satu daripada sebab utamauntuk pembentukan 'Malayan Union' ialah hasrat kerajaan British untukmenyediakan Tanah Melayu terhadap kemerdekaan.  Ia dilihat sebagai satukewajaran kerana pihak British telah pun menandatangani Piagam Atlantik pada14 Ogos 1941 yang mengisytiharkan bahawa semua negara-negara duniaberhak untuk menentukan dan memerintah negara sendiri dalam erti kata lain'Merdeka', Maka, pihak Britain terikat untuk memberikan kemerdekaan kepada

    Tanah Melayu. Bagaimanapun, banyak pihak di Tanah Melayu ketika itumempercayai bahawa rancangan itu hanya menukarkan taraf negeri-negeriMelayu daripada sebuah negeri naungan menjadi sebuah tanah jajahan British.Di mana ia dilihat sebagai satu usaha untuk memanjangkan lagi tempohpenjajahan British di Tanah Melayu dengan cara berpura-pura berusaha untukmemberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu, sedangkan kuasapemerintah Tanah Melayu ketika itu, iaitu sultan-sultan telah pun dilucutkanmelalui pembentukan Malayan Union.

    Butiran utama Malayan Union

    Rancangan Malayan Union  yang akan melibatkan Negeri-Negeri Selat,  tetapitidak termasuk Singapura, akan terdiri daripada Majlis Perundangan dan MajlisMesyuarat Kerajaan yang diketuai oleh seorang Gabenor British. Sultan-sultanMelayu masih akan mengekalkan kedudukan masing-masing tetapi dalambidang kuasa yang sangat terhad, iaitu berkaitan tentang agama Islam dan adatIstiadat orang Melayu sahaja. Sebaliknya pihak British akan terus memerintahmelalui sebuah majlis penasihat yang diluluskan oleh gabenor Malayan Union.Kerajaan Malayan Union akan mengambil alih semua aset negeri-negeri Melayu,kecuali aset yang berkaitan dengan agama Islam dan harta peribadi sultan-sultan. Di Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai sultan, PesuruhjayaResiden akan menjadi ketua pentadbiran. Beliau diberi banyak kuasa dan

    hanya bertanggungjawab kepada Gabenor. Ini sekaligus menunjukankedaulatan British di Tanah Melayu. Di mana pihak British bertindak mengawalsemua perkara mengenai Tanah Melayu. Dan mereka lebih berkuasaberbanding sebelum pendudukan Jepun.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-negeri_Melayu_Bersekutuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-negeri_Melayu_Bersekutuhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Negeri-negeri_Melayu_Tak_Bersekutu&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Pinanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Singapurahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tanah_jajahan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Kewarganegaraanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tionghoahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pangkalan_tentera_laut&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Timur_Jauhhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kemerdekaanhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Piagam_Atlantik&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/14_Ogoshttp://ms.wikipedia.org/wiki/1941http://ms.wikipedia.org/wiki/Britainhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Negeri_naungan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tanah_jajahan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-Negeri_Selathttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Majlis_Perundangan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Majlis_Mesyuarat_Kerajaan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Majlis_Mesyuarat_Kerajaan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pesuruhjaya_Residen&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pesuruhjaya_Residen&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pesuruhjaya_Residen&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pesuruhjaya_Residen&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Majlis_Mesyuarat_Kerajaan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Majlis_Mesyuarat_Kerajaan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Majlis_Perundangan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-Negeri_Selathttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tanah_jajahan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Negeri_naungan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Britainhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1941http://ms.wikipedia.org/wiki/14_Ogoshttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Piagam_Atlantik&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Kemerdekaanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Timur_Jauhhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pangkalan_tentera_laut&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Tionghoahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kewarganegaraanhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tanah_jajahan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Singapurahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Pinanghttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Negeri-negeri_Melayu_Tak_Bersekutu&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-negeri_Melayu_Bersekutuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-negeri_Melayu_Bersekutu

  • 8/15/2019 Modul Sjh 3116 - Malaysia Negara Kita

    26/64

    26

    SJH3116 MALAYSIA NEGARA KIT  Skim Malayan Union  juga mencadangkan undang-undang baru yangmemberikan kewarganegaraan kepada semua orang yang dilahirkan di TanahMelayu dan Singapura, serta pendatang yang tinggal di sana selama sekurang-kurang 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942.  Semuawarganegara Malayan Union yang baru itu akan mempunyai hak-hak yangsama, termasuk penerimaan masuk untuk perkhidmatan awam. Akhir sekali,

    kewarganegaran Tanah Melayu diberikan kepada semua tanpa diskriminasikaum dan kepercayaan atau pun turut dikenali sebagai 'jus soli'.

    Peringkat memperkenalkan Malayan Union

    Cadangan untuk rancangan Malayan Union  diumumkan oleh Edward Gent,Penolong Setiausaha Rendah Tetap bagi Tanah Jajahan British, buat pertamakali di Parlimen United Kingdom pada Januari 1944. Wilayah-wilayah Borneo juga dimasukkan dalam rancangan yang asal tetapi kemasukan itu kemudiandikeluarkan daripada cadangan yang terakhir kerana ketidaksediaan pihakkerajaan Borneo yang pada masa itu dan masih lagi berada dalam keadaan

    yang kurang stabil. Pada musim bunga 1944, Pejabat Kolonial menjemput SirHarold MacMichael,  untuk pergi ke Tanah Melayu untuk mendapatkantandatangan daripda raja-raja Melayu. Sir Harold Macmicheal bukanlah seorangyang arif tentang Tanah Melayu, beliau tidak pernah berkhidmat di TanahMelayu. Tetapi kerajaan British yang kerap menerima maklumat salahmengenai Tanah Melayu dan orang Melayu percaya bahawa Sir MacMichealpernah berkenalan baik dengan beberapa putera-putera dari TanahMelayu.Pemerintahan Tentera British (BMA) merupakan masa yang palingsesuai bagi MacMichael untuk mendapatkan tandatangan daripada Raja-rajaMelayu kerana keadaan ketenteraan amat sesuai dijadikan asas ugutan untukmendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu.Beliau hanya mengambil masa

    selama 22 hari untuk mendapatkan tandatangan daripada kesemua pemerintahTanah Melayu hasil daripada ugutan yang amat bersesuaian dengan keadaanpada masa itu. Pada 3 September  1945 , ketika pihak British sedang menjalanipendudukan semula di Tanah Melayu, Kabinet British memberikan kebenaranuntuk dasar Tanah Melayu yang baru dan bersetuju dengan misi MacMichael.

    Memperoleh tandatangan daripada sultan-sultan tidak sebegitu susah sepertiyang dijangka. Mac Michael telah bertindak memaksakan sultan-sultan Melayuuntuk menerima cadangan-cadangan pihak British dan tidak memberikan masauntuk baginda-baginda berunding dengan majlis masing-masing, malah Sultanyang enggan menandatangani perjanjian tersebut diugut akan digantikan

    dengan sultan yang lain di atas tuduhan bekerjasama dengan Jepun semasaPerang Dunia II. Pada 21 Disember, setiap Sultan atau Pemangku Raja telahmemeterai perjanjian yang baru dengan Sir Harold MacMicheal. Bagaimanapun,sebilangan daripada sultan-sultan itu menyatakan keraguan terhadap syarat-syarat perjanjian itu, tetapi disebabkan oleh ugutan yang mendakwa pebaginda-baginda sultan memainkan peranan semasa pendudukan Jepun diTanah Melayu telah memaksa sultan-sultan itu untuk merelakan Malayan Unionuntuk menunjukkan kesetiaan mereka kepada pihak British dan mereka jugabimbang akan kehilangan tahta. Tanpa disedari oleh sultan-sultan ini ialahsemua perjanjian terdahulu yang mengakui hak kedaulatan sultan-sultanMelayu dimansuhkan. Dengan itu, kepura-puraan pihak British bahawa mereka

    ingin membantu sultan-sultan Melayu untuk memerintah dihapuskan.

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=15_Februari_1942&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Diskriminasi_kaum&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Diskriminasi_kaum&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Parlimenhttp://ms.wikipedia.org/wiki/United_Kingdomhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1944http://ms.wikipedia.org/wiki/Borneohttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Harold_MacMichael&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Harold_MacMichael&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/3_Septemberhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1945http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Dunia_IIhttp://ms.wikipedia.org/wiki/21_Disemberhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sultanhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pemangku_Raja&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Penjajahan_Jepun_di_Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Penjajahan_Jepun_di_Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Penjajahan_Jepun_di_Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Penjajahan_Jepun_di_Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pemangku_Raja&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/21_Disemberhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Dunia_IIhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1945http://ms.wikipedia.org/wiki/3_Septemberhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Harold_MacMichael&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Harold_MacMichael&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Borneohttp://ms.wikipedia.org/wiki/1944http://ms.wikipedia.org/wiki/United_Kingdomhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parlimenhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Diskriminasi_kaum&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Diskriminasi_kaum&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=15_Februari_1942&action=edit&redlink=1

  • 8/15/2019 Modul Sjh 3116 - Malaysia Negara Kita

    27/64

    27

    SJH3116 MALAYSIA NEGARA KIT  

    Setelah menerima perjanjian-perjanjian itu, pihak British mendedahkanrancangan Malayan Union dalam suatu Kertas Putih pada akhir bulan Januari1946.berserta Kertas Putih satu lagi usul telah dikeluarkan iaitu pembatalanundang-undang NNS & NNMB yang wujud sebelum ini dan digantikan dengan

    kesatuan Malaya yang Baru iaitu Malayan Union.

    Gerak balas daripada kaum Melayu

    Bertentangan dengan jangkaan British, penduduk Melayu, yang biasanyabersikap lemah lembut dan sering boleh di arah untuk melakukan itu dan initelah bangun bersama-sama untuk membantah skim yang baru itu. KomunitiCina dan India juga tidak ghairah dan telah mengkritik sesetengah peruntukanyang terdapat di dalam kertas putih Malayan Union. Pemimpin-pemimpin

    Melayu dan pesara-pesara British daripada Perkhidmatan Awam di TanahMelayu telah mengetuai bidasan terhadap rancangan Malayan Union, danmembidas MacMichael kerana menggunakan 'ugutan' untuk memperolehipersetujuan daripada sultan-sultan Melayu. Pegawai-pegawai ini bertindakmeLobi Tanah Melayu di Parlimen antara bekas pegawai-pegawaiPerkhidmatan Awam Tanah Melayu yang mengambil bahagian adalah FrankSwettenham, George Maxwell, R. O. W. Winstedt, Cecil Clementi dan LaurenceGuillemard. Mereka turut menulis surat-surat kepada akhbar nasional dan untukmerayu kepada Perdana Menteri United Kingdom agar menghentikan usahamenukar status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada tanah jajahan.Kegiatan seumpama ini mewujudkan tanggapan bahawa terdapat tentangan

    yang hebat terhadap Malayan Unionbukan sahaja daripada penduduk TanahMelayu malahan daripada pegawai dalaman British sendiri.

    Orang-orang Melayu Menentang Penubuhan Malayan Union

    Sultan-sultan Tanah Melayu juga telah terpengaruh oleh perasaan anti MalayanUnion  yang dianjurkan oleh pegawai-pegawai Melayu dan rakyat Melayu. inimengheret baginda sultan untuk membantah secara terbuka terhadap cara

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kertas_Putih&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Orang_India&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Frank_Swettenhamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Frank_Swettenhamhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=George_Maxwell&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=R._O._W._Winstedt&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Cecil_Clementi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Laurence_Guillemard&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Laurence_Guillemard&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Akhbarhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Akhbarhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Laurence_Guillemard&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Laurence_Guillemard&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Cecil_Clementi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=R._O._W._Winstedt&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=George_Maxwell&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Frank_Swettenhamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Frank_Swettenhamhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Orang_India&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kertas_Putih&action=edit&redlink=1

  • 8/15/2019 Modul Sjh 3116 - Malaysia Negara Kita

    28/64

    28

    SJH3116 MALAYSIA NEGARA KIT  yang digunakan oleh MacMichael untuk memperoleh tandatangan baginda-baginda untuk perjanjian baru itu. Sultan-sultan tersebut menolak rancanganMalayan Union  dan cadangan untuk menghantar sutu perwakilan ke Londonuntuk memansuhkan rancangan itu telah disuarakan. Bagaimanapun, sudutpandangan orang Melayu disampaikan dengan lebih berkesan selepaspenubuhan UMNO atau PEKEMBAR yang telah muncul untuk menyuarakan

    bantahan Melayu terhadap Malayan Union.Pihak British sangat terperanjat dengan perubahan sikap masyarakat Melayu.Selepas pendudukan Jepun orang-orang Melayu telah sedar bahawa pihakBritish tidaklah sekuat yang di sangka, ditambah pula oleh semangat untukmerdeka yang bertiup kencang dari tanah seberang (Indonesia). Di ataskesedaran inilah Orang-orang Melayu telah bangun bersama-sama untukmenentang cadangan pihak British. Tindakan yang kemas telah dilancarkanmelalui UMNO. Negeri-negeri Melayu yang selama ini terpisah dan tidakbersatu telah bangun bersama-sama, malahan sultan-sultan negeri-negeriMelayu juga turut bersama-sama bergabung dengan rakyat Melayu untuk

    menentang Malayan Union. Satu perkara yang tidak pernah terjadi di TanahMelayu sebelumnya.

    Perjuangan orang-orang Melayu tidak terhenti setakat itu sahaja, orang Melayuturut mengadakan ceramah-ceramah umum di seluruh semenanjung untukmenyedarkan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Selepas menerimatekanan yang begitu kuat, pihak British yang masih ingin meneruskan MalayanUnion mencadangkan satu jawatankuasa dihantar untuk melihat reaksimasyarakat Melayu. Ahli jawatankuasa tersebut telah terkejut melihat reaksiyang amat kuat dari orang melayu untuk menghentikan Malayan Union. di manasahaja mereka pergi pasti disambut dengan ribuan umat melayu denganslogan-slogan anti Malayan Union. Malahan mereka dan Gabenor MalayanUnion ketika itu turut bersimpati dengan orang-orang Melayu. Pada akhirlawatan tersebut, ahli jawatankuasa terbabit telah mengambarkan sesuatu yangpositif di dalam ucapan mereka. Ramai orang melayu dan UMNO sendiri yakinbahawa Malayan Union akan berkubur.

    Persekutuan Tanah Melayu, 1948

    Persekutuan Tanah Melayu merupakan sebuah persekutuan 11 negeri di TanahMelayu. Ia dibentuk pada 31 Januari 1948 oleh sembilan Negeri-Negeri Melayu

    dan dua penempatan British Pulau Pinang dan Melaka. Perjanjian Persekutuantelah digubal oleh Sidang Pleno Inggeris-Melayu sejak antara Jun-Disember1946. Di akhir mesyuaratnya Sidang Pleno telah menghasilkan apa yangdikenali sebagai Blue Book  setebal 100 muka surat.

    Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 21 Januari1948 di King House dan diumumkan oleh kerajaan British . Perjanjian iniditandatangani oleh Raja-Raja Melayu, dan Sir Edward Gent,  sebagai wakilKerajaan British . Perjanjian ini adalah sebagai persediaan ke arah penubuhanPersekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Perjanjian ini penting keranaia memansuhkan Malayan Union dan menyatukan negeri-negeri Melayu dalam

    sebuah Persekutuan untuk pertama kali. Kedudukan Raja-Raja Melayu jugatelah dikembalikan.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Londonhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/31_Januarihttp://ms.wikipedia.org/wiki/1948http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-Negeri_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Penempatan_Selat&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/United_Kingdomhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Pinanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melakahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Carcosa_Sri_Negara&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Edward_Gent&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Malayan_Unionhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malayan_Unionhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Edward_Gent&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Carcosa_Sri_Negara&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Pinanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/United_Kingdomhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Penempatan_Selat&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-Negeri_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1948http://ms.wikipedia.org/wiki/31_Januarihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/London

  • 8/15/2019 Modul Sjh 3116 - Malaysia Negara Kita

    29/64

    29

    SJH3116 MALAYSIA NEGARA KIT  

    Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ini diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang

    mempunyai kuasa-kuasa eksekutif dengan dibantu dan dinasihati oleh Majlis

    Mesyuarat Kerja Persekutuan Tanah Melayu dan Majlis Mesyuarat Undangan

    Persekutuan Tanah Melayu. Maj