Model Model Pengajaran
-
Upload
charles-koh -
Category
Documents
-
view
150 -
download
9
description
Transcript of Model Model Pengajaran
SCE3108
Senarai Kandungan
Kandungan Muka Surat
1 Konsep Pengajaran 2
2 Ciri-ciri Pengajaran 2
3
Model-model Pengajaran
1. Model Pemerosesan Maklumat
2. Model Ekspositori
3. Model Inkuiri
4. Model Konstruktivisme
2
3
4
8
12
4 Banding Beza Model-model Pengajaran 17
5Rancangan Mengajar Harian Dunia Sains dan Teknologi
Tahun 3 berdasarkan Model Pengajaran Inkuiri20
6 Rasional dalam pemilihan Model Pengajaran Inkuiri Sains 23
7 Lampiran 26
8 Refleksi 29
9 Rujukan 30
Koh Ing Tai Page 1
SCE3108
KONSEP PENGAJARAN
Pengajaran merupakan satu proses yang melibatkan aktiviti-aktiviti penyampaian
idea atau maklumat kepada murid dengan tujuan membawa perubahan-perubahan
tingkah laku dikalangan mereka. Proses pengajaran merangkumi perancangan,
pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian.Kesemua langkah-langkah ini
adalah bertujuan untuk menyebarkan ilmu dengan berkesan.
Manakala bagi mencapai objektif untuk mendapatkan perubahan tingkah laku,
guru perlulah jelas dengan jenis perubahan yang dikehendaki, kemudian merancang
aktiviti yang sesuai untuk menjayakannya.Antara perubahan-perubahan yang
dikehendaki ialah jenis pengetahuan yang hendak diajarkan, kemahiran dan perubahan
sikap.Pengajaran bermaksud aktiviti yang dirancangkan oleh guru dengan teliti dan
melaksanakannya melalui kaedah dan teknik tertentu yang bertujuan untuk
menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran murid-murid.
CIRI-CIRI PENGAJARAN
Proses pengajaran melibatkan dua pihak iaitu penyampai maklumat dan
penerima maklumat., cpntohnya guru mengajar di sekolah dan murid belajar maka
pengajaran telah berlaku. Pengajaran juga meliputi rancangan mengajar, objektif
pelajaran, tempat belajar, alat Bantu mengajar serta strategi, kaedah dan teknik
mengajar. Di dalam aktiviti pengajaran, guru memainkan peranan sebagai pengajar
atau fasilitator dan murid berperanan sebagai pelajar.
MODEL-MODEL PENGAJARAN
Dalam menghasilkan satu proses pengajaran yang sistematik, kita perlu merujuk
kepada beberapa model pengajaran.Antara fungsi utamanya ialah sebagai satu
panduan kepada guru bagi menghasilkan satu sessi p&p yang menyeronokkan dan
memotivasikan murid-murid selain untuk mengukur sejauh mana keberkesanan
Koh Ing Tai Page 2
SCE3108
penggunaan terhadap murid-murid.Di antara model-model pengajaran yang sering kali
diamalkan dalam bilik darjah ialah :
5. Model Pemerosesan Maklumat
6. Model Ekspositori
7. Model Inkuiri
8. Model Konstruktivisme
1. Model Pengajaran Ekspositori
Model Ekspositori bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam
konteks pengajaran ekspositori menekankan kepada proses penyampaian maklumat
atau isi kandungan pelajaran secara verbal dan secara langsung kepada murid-murid di
dalam kelas. Roy Killen juga menamakan model ekspositori ini sebagai model
pembelajaran langsung (dirrect intruction), karana dalam model ini pengajaran
disampaikan secara langsung oleh guru. Oleh itu,kaedah ekspositori ialah cara
penyampaian pelajaran melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi dengan tujuan
menyampaikan sesuatu untuk difahami oleh murid-murid.
Tujuan pengajaran ekspositori adalah untuk menyalurkan pengetahuan dan
kemahiran daripada orang yang tahu (misalnya guru dan buku teks) kepada mereka
yang tidak tahu (murid). Pengajaran ekspositori boleh dan seharusnya melibatkan
murid, melibatkan mereka dalam pelbagai aktiviti pembelajaran yang mencabar yang
mampu membina kemahiran pemikiran kritikal.
Dalam model ekspositori ini, guru boleh menyampakan pengajaran dengan :
menerang, menginterpretasi dan menghuraikan dan konsep daripada buku teks.
menerangkan sambil mendemonstrasikan cara melukis atau membina bentuk -
bentuk geometri.
menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah berdasarkan kemahiran -
kemahiran yang telah dipelajari.
menerangkan sesuatu konsep dengan alat bantu mengajar.
Koh Ing Tai Page 3
SCE3108
Guru memberi penerangan dan penjelasan terlebih dahulu dan murid
mendengar dengan teliti hingga mereka memahami dan mengingatinya atau
merekodkan isi pentingnya dalam buku rekod mereka. Guru boleh menggunakan model
ini untuk menerangkan konsep, fakta, hukum, prinsip atau teori sains. Dari segi
implikasi P&P, murid-murid dapat memperolehi gambaran atau rangka pembelajaran
yang perlu mereka pelajari. Selain itu, guru juga dapat menjimatkan masa penyampaian
pelajaran kerana dengan kaedah ini melibatkan guru menyampaikan semua maklumat
tentang konsep dalam masa yang lebih singkat dan murid-murid hanya duduk diam dan
mendengar sahaja.
Model Ekspositori
2. Model Pemerosesan Maklumat
Model pemerosesan maklumat telah diperkenalkan oleh Robert Mills Gagne
seorang pendidik Amerika di mana kajian tentang pembelajaran dan pengajaran sangat
terpengaruh dengan sekolah Amerika.
Prinsip Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat
a) Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat.
b) Pengaliran maklumat dua hala.
c) Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengekodan,
penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan.
d) Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan
maklumat.
Koh Ing Tai Page 4
SCE3108
Teori pemprosesan maklumat R.M Gagne menjelaskan bagaimana maklumat
dalam sesuatu proses pembelajaran dapat diperolehi. R.M Gagne menyatakan bahawa
rangsangan dari persekitaran luar diterima dalam system saraf melalui deria, selepas
itu maklumat akan ditafsir dalam satu ingatan, kemudian ia di hantar kepada stor jangka
panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui system saraf.
Pengalaman - pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang penting
kepada manusia dan mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru bagi
memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Guru boleh mengaitkan pengetahuan
sedia ada pada seseorang pelajar yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang
apabila memperkenalkan pengajaran baru dengan tujuan memudahkan pelajar
mendapat konsep awal dengan mudah dan memperkesankan pembelajaran berlaku.
Mengikut Gagne, terdapat lapan jenis pembelajaran yang dikenal pasti iaitu dari
peringkat mudah ke peringkat kompleks:
i. Fasa motivasi – Jangkaan
ii. Fasa kefahaman – Pemerhatian –Simpanan Persepsi
iii. Fasa Perolehan – Pengekodan – Simpanan Awal
iv. Fasa Penahanan – Penyimpanan – Stor Ingatan
v. Fasa Ingatan Kembali – Mengingat Kembali – Mencari
vi. Fasa Generalisasi – Pindahan
vii. Fasa Prestasi – Gerak balas
viii. Fasa Maklum balas – Peneguhan
a. Pembelajaran melalui isyarat (signal learning)
- Merupakan pembelajaran primitif.
- Misalnya, manusia belajar melalui pengalaman, mempelajari isyarat asap
sebagai kebakaran.
b. Pembelajaran Stimuli-tindakbalas (Stimulus-response learning)
- Iaitu menghubungkaitkan stimuli yang dirancang dan dirangsang dengan tindak
balas individu bagi menghasilkan perubahan tingkah lakunya.
- Misalnya guru menunjukkan sesuatu benda yang konkrit, murid menyebut
namanya.
Koh Ing Tai Page 5
SCE3108
c. Pembelajaran Melalui Rantaian (Chaining)
- Merujuk kepada pelbagai hubungkait daripada pembelajaran stimuli-tindakbalas
selepasnya.
- Berlaku dalam peringkat pembelajaran paling tinggi.
- Contohnya, murid membina ayat dengan menghubungkaitkan perkataan-
perkataan atau mensintesis beberapa kemahiran untuk menjadikan kemahiran
yang kompleks dan sebagainya.
d. Pembelajaran Melalui Asosiasi Verbal (verbal association)
- Merupakan asas pembelajaran bahasa.
- Mengaitkan nama benda hidup dengan sifatnya atau perkataan santifik dengan
makna dalam bahasa Melayu.
e. Pembelajaran Melalui Pelbagai Perbezaan (Multiple discrimination)
- Merujuk kepada pembelajaran untuk memilih satu sahaja tindak balas terhadap
pelbagai rangsangan.
- Misalnya belajar perkataan benda hidup, murid boleh menyatakan pelbagai jenis
benda hidup bila mendedahkan perkataan benda hidup.
f. Pembelajaran Konsep (concept learning)
- Merujuk kepada pembelajaran membentuk konsep dengan perwakilan simbol
berdasarkan ciri-ciri sama.
- Contohnya beg, buku, kereta dan lain-lain mewakili konsep benda.
g. Pembelajaran Prinsip (principle learning)
- Merujuk kepada pembelajaran perkataan dua atau lebih konsep yang telah
dipelajari.
- Misalnya, “ benda hidup boleh membesar, bernafas ….” ini adalah prinsip
- Konsep-konsep disusun mengikut urutan akan menjadi prinsip dalam
pembelajaran prinsip seperti anjing boleh membesar , ia adalah benda hidup.
Koh Ing Tai Page 6
SCE3108
i. Pembelajaran Penyelesaian Masalah (Problem Solving)
- Merupakan pembelajaran melalui proses berfikir iaitu memikir cara penyelesaian
masalah dengan menggunakan konsep dan prinsip yang telah dipelajari.
- Misalnya, untuk menyelesaikan masalah sains, pelajar harus menjalankan
eksperimen untuk mendapatkan jawapan dan kesimpulannya.
Model pemprosesan maklumat sama seperti model komputer, iaitu terdiri
daripada ingatan deria (sensory memory), ingatan jangka pendek atau ingatan kerja
(short-term/ working memory) dan ingatan jangka panjang (long-term memory). Ingatan
deria merupakan ingatan jangka pendek yang wujud pada deria manusia. Masa
simpanan maklumat ialah antara satu hingga tiga saat. Jika maklumat ini tidak diproses,
ingatan jangka pendek itu akan hilang serta merta. Ingatan jangka panjang dari segi
kandungan boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu ingatan episodik, semantik dan
procedural. Ingatan jangka pendek adalah ingatan yang bekerja atau ingatan sedar.
Sistem Pemprosesan Maklumat
Koh Ing Tai Page 7
SCE3108
3. Model Pengajaran Inkuiri
Inkuiri boleh didefinisikan sebagai teknik penyoalan tentang sesuatu perkara dan
niat untuk mencari jawapan kepada soalan atau masalah yang diutarakan. Proses
inkuiri melibatkan pemerhatian dan pengukuran, membuat hipotesis, menterjemah dan
membina teori. Justeru, strategi inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran melibatkan
murid dalam memberi pendapat, pandangan dan menyoal supaya dapat meneroka,
mencadangkan hipotesis, mengumpul dan menyusun data untuk menguji hipotesis, dan
membuat inferens dan kesimpulan. Inkuiri memerlukan kemahiran mengeksperimen,
refleksi dan mengambil kira kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan. (Herank,
2000).
Model pengajaran inkuiri menggunakan naluri ingin tahu murid-murid untuk
mendorong mereka meneroka sesuatu bidang ilmu baru atau secara mendalam.
Penggunaan model ini dapat membantu dan mengembangkan kemahiran dan disiplin
intelek yang perlu untuk membangkitkan soalan dan mencari jawapan yang berpunca
daripada rasa ingin tahu mereka.
Contohnya, guru boleh memulakan pengajaran secara inkuiri dengan
menyediakan satu situasi yang pelik dan ajaib. Murid akan berasa tertarik dan
sedemikian secara semula jadi bermotivasi untuk mencari jawapan dan menyelesaikan
masalah tersebut. Selain itu, guru juga boleh memulakan pengajaran dengan memberi
sebanyak mungkin contoh khusus kepada pelajar sehingga dapat membuat kesimpulan
tentang apa yang ingin guru sampaikan. Ini melibatkan proses penaakulan dan
menggalakkan murid dalam pemikiran peringkat tinggi. Pelajar tidak diberitahu
mengenai isi-isi pembelajaran yang ingin dipelajari, tetapi mereka perlu berusaha
sendiri mencari, meneliti dan mempelajarinya.
Terdapat empat jenis model ini iaitu;
i. Model Inkuiri Sains
ii. Model Inkuiri Sosial
iii. Model Inkuiri Jurisprudential
Koh Ing Tai Page 8
SCE3108
Model Inkuiri Sains
Model Inkuiri Sains merupakan model yang digunakan untuk mengkaji prinsip,
fenomena dan ciri-ciri unsur sains. Menurut model Inkuiri Dewey melibatkan 5 langkah
iaitu mengenal pasti masalah, mencari maklumat rumusan, membentuk hipotesis,
menguji hipotesis dan menilai serta membuat rumusan.
Fasa satu, guru perlu mengemukakan situasi bermasalah dan menerangkan
atur cara inkuiri kepada murid. Pembentukan satu kejadian seperti menunjukkan
bagaimana sebatang pisau dibuat daripada dua jenis logam yang apabila dipanaskan ia
menjadi bengkok, memerlukan murid berfikir. Matlamat akhirnya dalam pengajaran
seperti ini adalah bertujuan untuk murid mengalami pembentukan pengetahuan baru.
Fasa dua, melibatkan pemeriksaan proses iaitu murid mengumpulkan maklumat
tentang kejadian yang dilihat atau alami.
Fasa tiga, uji kaji dijalankan oleh murid dengan memasukkan elemen-elemen
baru dalam situasi untuk melihat sama ada kejadian itu berlaku dengan cara lain. Di sini
murid mungkin bertanya tentang objek dan guru harus peka serta sedar tentang jenis
maklumat yang diperlukan dan mengubah corak penyoalan.
Fasa empat, guru meminta murid menyusun data untuk membentuk satu
keterangan. Mungkin ada murid yang sukar untuk memahami maklumat dan
membentuk pemahaman mengenainya.
Fasa lima, murid diminta menganalisis corak inkuiri mereka. Mereka
memerlukan soalan yang berkesan, soalan yang produktif dan memerlukan maklumat
lanjut daripada guru.
Guru boleh membantu dan membimbing murid memahami dan mengenal pasti
aspek-aspek penting yang terkandung dalam masalah. Dengan panduan yang terhad,
murid perlu berusaha mengumpul bahan-bahan atau fakta-fakta yang berkaitan dengan
penyelesaian masalah. Setelah bahan-bahan atau fakta-fakta dijumpai maka murid
mengemukakan cadangan strategi dan cara menyelesaikan masalah. Untuk
mendapatkan kesahihan jawapan, murid perlu menilai semula hipotesis yang dibuat.
Apabila memperolehi kesahihan jawapan , murid perlu membuat rumusan terhadap
Koh Ing Tai Page 9
Mengenal pasti
Mencari maklumat
Membentuk
MengujiHipotesis
MembuatRumusan
SCE3108
teknik penyelesaian yang telah digunakan dalam proses penyelesaian masalah.
Walaupun model inkuiri digunakan pada mulanya dalam bidang sains, namun atur
caranya juga sesuai untuk semua bidang. Contohnya, kemahiran hidup, bagaimana
proses-proses tumbesaran pokok atau tanaman daripada hanya sebutir biji benih yang
kering, boleh dijadikan situasi yang membingungkan murid.
Model Inkuiri Sosial
Model Inkuiri Sosial merupakan model yang digunakan untuk mengkaji topik-
topik yang berkaitan dengan bidang kemanusiaan dan kemasyarakatan. Proses kajian
adalah berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian , temubual atau soal selidik. Model
inkuiri sosial menegaskan proses interaksi sosial. Model ini merangkumi enam langkah
iaitu pembentukan masalah oleh pengajar, pembentukan hipotesis oleh pelajar,
menentukan definisi untuk hipotesis, perbincangan kesalahan hipotesis, mencari
sokongan untuk hipotesis dan membuat rumusan atau kesimpulan
Model Inkuiri Juris Prudential
Model Inkuiri Juris Prudential digunakan untuk mencari kebenaran dan ketepatan
isu-isu sering digunakan dalam aktiviti perdebatan. Di dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri Juris Prudential iaitu inkuiri terbimbing
dan inkuiri terbuka. Inkuiri terbimbing adalah kaedah pemeblajaran yang memerlukan
guru membimbing dalam menjalankan segala proses kajian. Dalam inkuiri terbuka,
murid-murid tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh
murid sendiri. Inkuiri Juris Prudential tidak sesuai digunakan pada peringkat sekolah
rendah kerana pengetahuan sedia ada dan pendedahan mereka adalah masih kurang
tetapi sesuai digunakan pada peringkat sekolah menengah atas dan peringkat lebih
tinggi.
Koh Ing Tai Page 10
SCE3108
Model Inkuiri Suchman
Model Inkuiri Suchman diperkenalkan oleh Richard Suchman. Model ini
menyatakan bahawa kaedah-kaedah dan strategi yang digunakan oleh ahli sains untuk
menjalankan kaji selidik boleh juga digunakan sebagai model pengajaran dalam mata
pelajaran khususnya sains. Ia merupakan pendekatan yang memberi peluang kepada
pelajar membuat kesimpulan sendiri mengenai sesuatu konsep atau benda.
Dalam model Inkuiri Suchman, guru boleh memulakan pengajaran dengan
memberi sebanyak mungkin contoh khusus kepada pelajar tentang topik yang ingin
dipelajari oleh murid sehingga murid dapat membuat kesimpulan tentang apa yang
ingin guru sampaikan. Model ini adalah sesuai digunakan dalam semua pelajaran
kerana model ini mengalakkan kecergasan murid berfikir.
Implikasi Model Pengajaran Inkuiri
Dalam model ini, penglibatan murid adalah tinggi dan boleh dikatakan
pengajaran inkuiri memerlukan dedikasi dan usaha murid-murid sendiri untuk
memperolehi pengetahuan. Murid mengambil bahagian yang aktif dalam pembelajaran,
menganalisis data, menyemak hipotesis dan membuat rumusan terhadap pembentukan
ilmu pengetahuan yang dijumpai dan difahami sendiri. Murid akan berasa puas hati dan
lebih mudah untuk memahami sesuatu konsep yang kompleks kerana ini adalah hasil
murid-murid berupaya memahami asal-usul masalah serta mencari jalan penyelesaian
sendiri . Ini dapat dibuktikan daripada proses ‘hands on’ yang telah memberi kesan
yang lebih mendalam kepada murid. Selain mengukuhkan lagi ingatan murid terhadap
sesuatu konsep atau tajuk. Hal ini kerana manusia lebih mudah memahami dan
mengingati perkara yang mereka sendiri lakukan secara amali berbanding lisan.
Model ini juga membantu guru menentukan objektif pelajaran mengikut tahap
kebolehan pelajaran dan menyediakan bahan yang sesuai. Merancangkan langkah-
langkah membentuk sesuatu konsep, prinsip, ataupun teori dengan jelas dan terperinci.
Menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam proses inkuiri dengan guru
memainkan peranan sebagai fasilitator yang berkesan. Selepas peringkat akhir inkuiri,
guru harus memberi ulasan atau penilaian terhadap hasil inkuiri murid.
Koh Ing Tai Page 11
SCE3108
4. Model Pengajaran Konstruktivisme
Konstruktivisme merupakan pendekatan pengajaran berdasarkan kepada
penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat
setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan
daripada orang lain. (Mok Song Sang, 2008)
Menurut model ini, murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea
dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada,
mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang
diperolehi dengan binaan intelektual yang sedia wujud dan guru berperanan sebagai
fasilitator sahaja.
Ciri-ciri Kaedah Pengajaran Konstruktivisme
Kaedah pengajaran konstruktivisme mempunyai beberapa ciri-ciri yang boleh
diperlihatkan. Pertama , murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang
sesuatu konsep dalam sesi pembelajaran. Murid bebas menghubungkaitkan dan
membuat perbandingan maklumat baru dengan pengalaman yang sedia ada mereka
demi mencapai kefahaman tentang sesuatu konsep. Murid juga berpeluang berkongsi
persepsi antara satu sama lain. Ini bermakna, murid menggunakan pemikiran yang
sama berdasarkan membandingkan maklumat baru dengan pengalaman sendiri untuk
menyelesaikan sesuatu perselisihan pandangan.
Kedua, model ini mendidik murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan
sebaya walaupun pandangan rakan adalah bercanggah dengan pandangan sendiri.
Pengalaman yang sama atau hampir sama akan membolehkan murid menghargai
sebarang pendapat rakan-rakan lain. Justeru, untuk mencapai keberkesanan
pembelajaran, murid perlu merancang strategi, berfikir dan akhirnya menilai aktiviti
pembelajaran yang dilaksanakan.
Ketiga, model pengajaran ini adalah berpusatkan kepada murid. Guru cuma
berperanan sebagai pembimbing supaya murid dapat mencari makna, terutamanya
dalam merancang, mengarah dan menilai pemikirannya supaya tidak terpesong jauh
fakta yang perlu dijumpai oleh murid-murid.
Koh Ing Tai Page 12
SCE3108
Keempat , model ini mementingkan dan megaplikasikan kemahiran saintifik dan
berfikir. Murid diajar mengenai perkembangan operasi yang mengarahkan dan
mengawal kemahiran serta proses kognitif. Oleh yang demikian, pemikiran rasionalisasi
murid amat dititik beratkan dalam setiap pemikiran murid.
Kelima, murid-murid perlu merenung kembali proses pembelajaran yang telah
dilaksanakan oleh mereka demi mengukuhkan kefahaman yang dibina. Murid
digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru yang menerangkan teori. Guru
hanya sebagai pembimbing yang membawa kepada proses pemikiran dan aktiviti yang
dijalankan.
Keenam, hubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina. Perkara terpenting
dalam kaedah pengajaran konstruktivisme adalah, murid mesti menghubungkaitkan
pengalamannya dengan maklumat baru yang diterimanya. Seterusnya, murid akan
mengaplikasikan idea yang baru dibina dalam kehidupan seharian.
Ciri-ciri yang terakhir adalah, murid selalunya bekerja secara kumpulan. Guru
akan membuat aktiviti berkumpulan agar murid dapat melontarkan pandangan masing
bersama-sama rakan-rakan sebaya mereka. Setiap persoalan dalam kumpulan akan
diselesaikan berdasarkan pengalaman sendiri dan dibimbing melalui maklumat yang
baru disampaikan oleh guru. Selain daripada itu, ia akan mengwujudkan kerjasama dan
perasaan muhibbah. (Mok Song Sang, 2008)
Kelebihan Kaedah Pengajaran Konstruktivisme
Dalam kaedah pengajaran konstruktivisme, guru merupakan penolong,
pemudahcara, perancang dan hanya berperanan menyampaikan teori pengajaran dan
menghubungkait dengan pengalaman murid untuk pemahaman. Guru memilih idea
yang terdekat dengan prinsip yang hendak diajar kepada murid. Ini bermakna, untuk
menjayakan sesi pembelajaran pelajar adalah berperanan utama dalam aktiviti
pembelajaran. Mereka perlu melibatkan diri secara langsung dengan penyelesaian
masalah yang dilaksanakan dalam kelas.
Koh Ing Tai Page 13
SCE3108
Melalui model konstruktivisme, murid-murid dapat terapkan nilai koperatif dan
kolaboratif sendiri. Murid perlu bekerjasama dalam kumpulan memberikan hipotesis
mereka sendiri dan sama-sama melengkapkan tugasan. Kaedah ini juga boleh
memotivasikan pelajar, membimbing, dan menggalakkan pelajar melibatkan secara
aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Model Konstruktivisme juga berbeza daripada pengajaran traditional kerana
model ini tidak mengalakkan menggunakan kaedah atau teknik tradisi seperti,
syarahan, menghafal dan mengingat. Model ini berpendapat bahawa murid mendapat
ilmu pengetahuan adalah berdasarkan pengalaman yang dibina dalam minda bukannya
yang wujud dalam luar minda mereka. Dengan bantuan alat bantu mengajar yang
menarik serta pelbagai dapat juga membuatkan murid mudah faham dan berasa
seronok.
Kelebihan model konstruktivisme bukan saja dalan peningkatan pemahaman
malah juga membantu dalam penguasaan teknik lisan dan bukan lisan. Guru hanya
membentangkan tajuk atau teori dan pelajar akan mengadaptasinya sendiri
berdasarkan pengalaman sendiri.
Selain daripada kelebihan, kaedah pengajaran konstruktivisme turut mempunyai
kelemahannya yang tersendiri. Antara kelemahan yang dapat dikesan adalah, menjadi
penghalang kepada kefahaman konsep dalam pembelajaran kerana tidak selaras
dengan pandangan saintifik. Oleh yang demikian ia menimbulkan kesusahan kepada
murid untuk mengasimilasikan dan menyusun idea saintifik baru.
5. Model Pengajaran Projek
Model Pengajaran Projek mula diperkenalkan oleh Professor William Kilpatrick
pada tahun 1871-1965. Beliau menekan konsep pembelajaran murid adalah untuk
menambah minat ketika melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancang. Oleh itu,
model ini menyarankan bahawa murid-murid belajar melalui aktiviti permainan, kerja
praktik, kajian luar dan lawatan.
Koh Ing Tai Page 14
SCE3108
Apakah yang dimaksudkan dengan projek? Sesuatu projek boleh didefinisikan
sebagai suatu penyiasatan mendalam tentang topik dunia sebenar yang sewajarnya
mendapat perhatian murid. Oleh itu, Model pengajaran projek merupakan satu kaedah
pengajaran yang sistematik yang melibatkan murid-murid mempelajari kemahiran dan
pengetahuan melalui satu proses inkuiri yang berstruktur. Projek boleh dilaksanakan
oleh sebuah kelas atau sekumpulan kecil murid pada semua peringkat umur. Murid-
murid mungkin sambil bermain dan meneroka di samping melibatkan diri dalam projek.
Guru perlu menyediakan soalan projek serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang dengan baik. melibatkan penglibatan murid-murid yang tinggi membolehkan
murid-murid berinteraksi dan berkomunikasi .
Satu-satu kelebihan model projek ialah ada elemen kesepaduan di mana murid-
murid dapat mengapplikasikan kemahiran-kemahiran matapelajaran yang berlainan.
guru perlu memberi bimbingan dan arahan dengan terang tentang cara-cara
mengendalikan sesuatu projek. Model ini juga memperkayakan suasana kelas melalui
permainan dramatik kanak-kanak, pembinaan dan lukisan dengan mengaitkannya
kepada kehidupan di luar sekolah. Projek juga membekalkan peluang kepada murid-
murid untuk membuat kajian dalam bidang sains dan kemanusiaan dan mewakilkan
dapatan mereka dalam pelbagai cara. Kanak-kanak juga dapat mengaplikasikan
pengetahuan asas sains dan bahasa semasa melaksanakan projek.
Kriteria Pemilihan Topik untuk Projek:
Bagaimana menariknya topik ini kepada kanak-kanak?
Adakah topik ini topik sebenar dunia?
Adakah terdapat sedikit sebanyak pengalaman kanak-kanak dengan topik
berkenaan?
Bagaimanakah mudahnya kanak-kanak dapat memperoleh pengalaman
sebenar ?
Sejauh mana mereka akan bergantung kepada orang dewasa atau buku untuk
memperoleh maklumat?
Siapa boleh tampil dan maklumkan pengalaman sebenar tentang topik
berkenaan?
Koh Ing Tai Page 15
SCE3108
Adakah akan terdapat banyak soalan yang berlainan yang akan ditanya oleh
kanak-kanak tentang topik berkenaan?
Tiga Fasa Dalam Kerja Projek
Fasa 1
Kanak-kanak mengingat kembali pengalaman lampau dan mewakilkan kenangan
peristiwa, objek dan orang yang berkaitan.
Fasa 2
Kanak-kanak memperoleh pengalaman baru dan menyiasat, membuat inferens
daripada pemerhatian, membina model, meneliti dan mencatat dapatan, meneroka,
meramal, mengeksperimen dan mereka, membincang dan melakonkan. Dalam fasa
ini terutamanya projek jangka masa lama dan pelbagai-tahap dilaksanakan.
Fasa 3
Kanak-kanak mengkaji semula kerja yang telah mereka laksanakan serta
meringkaskannya, kemudian melaporkan hasil projek dalam bentuk baru supaya
dapat dipersembahkan kepada sasaran audien yang baru tentang apa yang kelas
mereka telah mencapai. Mereka juga melakukan lebih banyak kerja imaginatif,
mewakilikan lebih banyak maklumat yang diperoleh dalam Fasa 2 dalam bentuk
asal dan peribadi.
Koh Ing Tai Page 16
SCE3108
BANDING BEZA MODEL-MODEL PENGAJARAN
CIRI-CIRIModel
Ekspositori
Model Pemerosesan
MaklumatModel Inkuiri
Model
KonstruktivismeModel Projek
PERSAMAAN
Berpusatkan murid (kecuali model ekspositori yang berpusatkan guru) Guru sebagai fasilitator (kecuali model ekspositori yang guru sebagai pengajar ) Penekanan kepada pengetahuan sedia ada Aktiviti kelas berasaskan hands-on Membina kemahiran komunikasi Penekanan nilai bekerjasama dan tolak-ansur Merangsang ingin tahu pelajar
PERBEZAAN
FASAMempunyai 3
fasaMempunyai 8 fasa mempunyai 5 fasa Tidak mempunyai fasa Mempunyai 3 fasa
PERMULAAN KELAS
- Fasa motivasi- jangkaanDimulakan
dengan fasa ‘engage’
-
Dimulakan dengan member satu tugasan
atau masalah
PER-KEMBANGAN
Fasa perkembangan
tidak dibahagikan
lagi
Fasa kefahaman –
pemerhatian dan
simpanan persepsi
Dibahagi kepada 5 peringkat iaitu
engange, explore, explain, elaborate,
dan evaluate
- -
Koh Ing Tai Page 17
SCE3108
PENCETUSAN IDEA
Tidak memberi penekanan terhadap
pencetusan idea
Fasa Penahanan –
penyimpanan dan stor
Ingatan -
Memerlukan pengetahuan sedia
ada murid
Memerlukan pengetahuan sedia ada
murid
PENSTRUKTURAN SEMULA IDEA
Tidak memberi penekanan terhadap
penstrukturan semula idea
Fasa Ingatan Kembali –
mengingat kembali dan
menstruktur idea
Tidak memberi penekanan kepada fasa
penstrukturan semula idea
- -
PENGAPLIKASI IDEA
Tidak memberi penekanan terhadap
pengaplikasian idea
Fasa Generalisasi –
Pindahan
Fasa Prestasi – Gerak
balas
Mengalakkan murid untuk
mengaplikasikan idea yang dipelajari.
- -
KEMAHIRAN -
Kemahiran mencari
maklumat dan fokus
terhadap kemahiran
menorganisasi data
Tidak mefokuskan kepada kemahiran
saintifik dan kemahiran manipulatif.
-Memberi penekanan kepada kemahiran
penyelesaian masalah
Koh Ing Tai Page 18
SCE3108
LANGKAH KESELAMATAN
- -Tidak mempunyai
langkah keselamatan
Tidak mempunyai langkah keselamatan
-
TUGAS GURUguru sebagai
pengajarguru sebagai fasilitator
guru sebagai fasilitator
Guru sebagai penolong,
pemudahcara, perancang
guru sebagai fasilitator
KAEDAHberpusatkan
guruBerpusatkan murid
Berpusatkan murid
Berpusatkan murid Berpusatkan murid
REFLEKSI
Tidak mengalakkan murid untuk membuat refleksi.
Mengalakkan murid untuk membuat refleksi
Dibuat oleh guru TidakmembuatrefleksiMengalakkan murid untuk
membuat refleksi
PENILAIAN -Fasa Maklum balas –
PeneguhanDibuat pada fasa
‘refleksi’
Dibuat pada fasa penstrukturan semula
idea-
Koh Ing Tai Page 19
SCE3108
Rancangan Mengajar Harian Dunia Sains dan Teknologi Tahun 3
Matapelajaran : Dunia Sains dan Teknologi
Tema / Tajuk : Sains Fizikal / Magnet
Masa : 0900-1000
Kelas : 3
Standard Pembelajaran : 5.1.1, 5.1.2, 5.1.3, 5.1.4
Objektif :
1. Menamakan bentuk-bentuk magnet
2. Menjelaskan tindakan magnet keatas objek menarik atau tidak menarik
3. Menyatakan bahan yang diperbuat daripada besi dapat ditarik oleh
magnet
KPS : Pemerhatian , komunikasi
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) :
TMK - menggunakan tayangan video tentang tindak balas magnet.
Bahasa – menggunakan bahasa yang betul berkaitan dengan bentuk
magnet .
BBM : Magnet, Lembaran kerja
Penilaian : B1D5, B3D6E1, B3D6E2, B4D2E1
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
FASA CADANGAN AKTIVITICADANGAN
KOMUNIKASI / CATATAN
Orientasi:Set Induksi
(5 minit)
1. PersediaanPemerhatian
Indikator Amalan- Menggunakan deria
- Guru membuat persembahan silap mata dengan menggunakan magnet dibawah papan mengerakkan kereta logam.
- Murid cuba menjelaskan fenomena ini.
BBM:Magnet dan papan
1. Mengapa kereta boleh bergerak tanpa sentuhan?
Koh Ing Tai Page 20
SCE3108
penglihatan, sentuhan, rasa atau bau
Pencetusan Idea(15 Minit )
2. ImaginasiPenjanaan Idea
Membuat hipotesis
Indikator Amalan
2.1.3 Menghasilkan idea yang bermakna
Sintesis Idea
Indikator Amalan
2.2.3 Menentukan maklumat mencukupi atau memerlukan tambahan
Analisis1.2.1 Mengenal pasti persamaan dan perbezaan dengan betul
- Guru menunjukkan magnet yang berlainan jenis, murid bersoal jawab dengan guru mengenai bentuk-bentuk magnet berdasarkan pengetahuan sedia ada murid.
- Murid menghuraikan bentuk-
bentuk magnet yang dilihat.
- Murid A : bentuk segiempat panjang
- Murid B : Bentuk bulat
- Murid C : Bentuk U
- Murid D : Bentuk rod
- Guru meyoal murid contoh benda-benda yang diperbuat daripada besi.
- Guru mendekatkan benda-benda besi dengan magnet dan menyoal pemerhatian murid-murid dan murid-murid member
KPS : Pemerhatian
BBM : paparan slaid
1.Apakah bentuk magnet yang dapat diperhatikan ?
2. Apakah fungsi magnet ?
3. Ramalkan apakah perubahan yang berlaku kepada magnet apabila diuji pada vahan-bahan tersebut?
1. Apakah benda yang diperbuat daripada besi?
2. Apakah yang terjadi apabila benda-benda besi didekati magnet?
Koh Ing Tai Page 21
SCE3108
pandangan mengapa ia tertarik?
Menjana idea( 20 Minit )
3. PerkembanganMenguji hipotesis
Indikator Amalan3.1.3 Memberi pelbagai
rasional tentang idea
Menilai
Indikator Amalan3.2.3 Membuat wajaran
dengan betul
- Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan penerangan oleh guru untuk menjalankan eksperimen.
- Murid menjalankan eksperimen mengenai objek yang menarik atau tidak menarik dengan menggunakan objek yang ada disekeliling mereka. Murid melengkapkan jadual yang diberikan.
- Murid menjalankan eksperimen berdasarkan bahan-bahan yang disediakan oleh guru.
BBM : Lampiran 1, magnet, dan benda-benda besi dan bukan besi. Kaedah: Hands on /Minds onPerbincangan kumpulan
1. Apakah bahan-bahan bersifat besi?
2. Apakah bahan-bahan bukan bersifat besi?
3. Bahan-bahan apakah yang akan ditarik oleh magnet ?
4. Bahan-bahan apakah yang tidak akan ditarik oleh magnet ?
4.. Apakah terjadi apabila bahan-bahan didekati dengan magnet ?
Penstrukturan semula( 15 minit)
4. TindakanPelaksanaan
Indikator Amalan
4.1.2 Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami
- Murid membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian.
BBM : paparan slaid1. Berikan contoh bahan lain
yang dapat diperbuat daripada besi dapat ditarik oleh magnet .
2. Berikan contoh bahan lain yang bukan diperbuat daripada besi yang tidak dapat ditarik oleh magnet.
Pentaksiran 1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 1 BBM : Lembaran kerja
Aktiviti Pengayaan 1. Murid menjawab soalan kuiz BBM : Soalan kuiz
Refleksi(5 minit) - Murid melihat tayangan power point tentang kegunaan magnet dan
BBM : paparan slaid
Koh Ing Tai Page 22
Mengenal pasti masalah
Merancang strategi
penyelesaian
Mengumpul maklumat berkaitan
Mengkaji dan menganalisis
maklumat yang dikumpul
Membuat generalisasi
atau rumusan
SCE3108
bahan-bahan yang boleh ditarik oleh magnet.
Rasional dalam pemilihan Model Pengajaran Inkuiri Sains
Model Inkuiri Penemuan merangkumi semua aktiviti merancang, menyiasat,
menganalisa, dan menemui. Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan
kemahiran-kemahiran seperti membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri yang
sama untuk membuat generalisasi. Model ini melibatkan penaakulan induktif di
mana murid-murid akan mengkaji hubungan, perkaitan serta pola bagi menentukan
konsep, sifat-sifat dalam ilmu sains. Rajah di bawah menunjukkan proses
pembelajaran menggunakan model inkuiri penemuan.
Saya telah memilih model inkuiri sebagai model pengajaran saya kerana
model melibatkan 5 fasa yang sangat sesuai untuk murid-murid melibatkan diri
dalam pembelajaran sains dan pendekatan ini akan membantu murid dalam kaedah
proses sains.
Di antara objektif kajian ialah untuk memberikan pengetahuan dan
pembelajaran kepada murid mengenali bentuk-bentuk magnet dan jenis-jenis
bahan yang boleh ditarik oleh magnet dan objek-objek yang tidak boleh ditarik oleh
magnet. Pada awal penerangan mengenai tajuk, ada pelajar yang tidak dapat
memahami mengapa magnet hanya menarik objek-objek yang diperbuat daripada
besi. Melalui aktiviti kumpulan, setiap ahli akan menyiasat dan mengenalpasti objek-
objek yang diuji mengikut dua kumpulan iaitu objek yang boleh ditairk oleh magnet
dan sebaliknya. Setiap kumpulan akan menyampaikan keputusan yang diperolehi
dan berkongsi dengan rakan-rakan lain. Ini bertujuan untuk memberi peluang
kepada pelajar untuk memperbaiki kemahiran komunikasi mereka.
Koh Ing Tai Page 23
SCE3108
Saya telah mengaplikasikan 5 fasa yang ditujukan dalam model pengajaran
inkuiri. Fasa satu, saya mengunakan persembahan silap mata untuk menarik
perhatian murid serta mengemukakan situasi bermasalah dan menerangkan atur
cara inkuiri kepada murid. Dalam persembahan silap mata, saya menggunakan
magnet diletakkan dibawah papan untuk mengerakkan kereta permainan logam.
Pembentukan kejadian memerlukan murid berfikir bagaimana ia akan berlaku.
Matlamat akhirnya dalam pengajaran seperti ini adalah bertujuan untuk murid
mengalami pembentukan pengetahuan baru.
Fasa dua, murid-murid dibekalkan dengan pelbagai jenis magnet dan murid-
murid melukis dan mencatatkan bentuk-bentuk magnet. Murid-murid perlu
memerhati dan mengumpulkan maklumat tentang magnet yang diperhatikan di
depan dan dalam tanyangan paparan sliad. Murid-murid perlu dengan usaha sendiri
untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat yang ada.
Fasa tiga, uji kaji dijalankan oleh murid dalam kumpulan dengan menjalankan
eksperimen tentang elemen-elemen yang boleh ditarik oleh magnet dan elmen-
elemen yang tidak boleh ditarik oleh magnet. Di sini murid mungkin bertanya tentang
mengapa ada benda yang boleh dtarik dan ada yang tidak boleh ditarik dan guru
harus peka serta sedar tentang jenis maklumat yang diperlukan dan mengubah
corak penyoalan.
Fasa empat, guru meminta murid menyusun data yang diperolehi daripada
keputusan eksperimen untuk membentuk satu keterangan dan kenyataan yang
kukuh. Mungkin ada murid yang sukar untuk memahami maklumat dan membentuk
pemahaman mengenainya dan guru perlu member bimbingan kepada murid untuk
memberi keterangan yang jelas.
Fasa lima, murid diminta menganalisis corak inkuiri mereka. Mereka perlu
membuat satu rumusan yang kukuh dan tepat bahawa magnet dapat menarik
benda-benda yang diperbuat daripada magnet.
Apa yang dapat saya perhatikan sewaktu sesi pemantauan saya dengan
setiap kumpulan , semua ahli memberikan kerjasama sepenuhnya. Mereka telah
membahagikan tugas secara adil , sentiasa memberikan bantuan apabila diperlukan
Koh Ing Tai Page 24
SCE3108
rakan.Keadaan ini secara tidak langsung memberikan peluang kepada murid untuk
menjalankan aktiviti pembelajaran secara bersungguh-sungguh.
Saya berpendapat model ini dapat menimbulkan rasa ingin tahu pelajar serta
berupaya membentuk minat mereka terhadap pelajaran sains. Kejayaan dalam
melaksanakan model ini banyak bergantung kepada disiplin diri pada setiap pelajar.
Ketepatan masa juga adalah penting supaya matlamat dapat dicapai dalam masa
yang ditetapkan .
Justeru itu, proses pengajaran menggunakan model inkuiri merupakan suatu
bentuk pengajaran yang boleh dijayakan oleh setiap guru dalam menyampaikan
pengajaran mereka sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
Koh Ing Tai Page 25
SCE3108
Lampiran A
Lembaran Kerja 1
LATIHAN MAGNET
Lihat objek-objek dibawah dengan teliti dan mengenalpasti objek-objek yang
dapat ditarik oleh magnet atau objek-objek yang tidak dapat ditarik oleh
magnet.
Objek yang ditarik oleh magnet Objek yang tidak ditarik oleh magnet
Koh Ing Tai Page 26
SCE3108
Persembahan Paparan Slaid
Bahan-bahan yang diperlukan
Koh Ing Tai Page 27
SCE3108
Semasa Eksperimen
Koh Ing Tai Page 28
SCE3108
Refleksi
Secara keseluruhannya dapatlah dirumuskan bahawa pengajaran di sekolah
tempat saya bertugas kebanyakkannya masih lagi berpusatkan guru. Saya berasa
bersyukur kerana berpeluang menyentuhi pelbagai model-model pengajaran dalam
semester ini dan memberi pandangan yang berlainan daripada pengalaman
terdahulu. Saya telah memperpakaikan Model Pengajaran Inkuiri sebagai model
pengajaran saya dalam sesi pengajaran Dunia Sains dan Teknologi Kelas Tahun 3.
Model Inkuiri merupakan satu kaedah pengajaran yang berpusatkan murid dan saya
dapati kaedah ini amat menarik dan sesuai dengan perkembangan ilmu sains murid-
murid Tahun 3.
Model ini boleh dikatakan dapat mewujudkan pembelajaran secara aktif dan
menyeronokkan. Untuk menjayakan model ini, guru seharuslah merancang kaedah
dan teknik P&P yang sesuai dan afektif dan dilengkapi dengan bahan media yang
sesuai dan menarik. Saya telah menggunakan bahan media sebagai bahan bantu
mengajar saya utama dalam proses P&P kerana saya berpendapat BBM ini dapat
menyumbang ke arah penglibatan murid secara aktif dan menyeronokkan dan
melalui pelaksanaan pengajaran sebenar telah membuktikan pendapat saya. Dalam
KSSR, penaksiran berkonsepkan didik hibur yang menekankan hal mendidik sambil
menghibur maka peringkat penglibatan murid untuk membuktikan hipotesis adalah
penting.
Dari aspek persembahan pengajaran , saya menggunakan ayat yang mudah
dan arahan yang jelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan lancar. Mengikut pengalaman yang lalu, tanpa arahan yang jelas
dan tegas, suasana kelas akan menjadi huru-hara selagi-lagi model pengajaran
inkuiri adalah berpusatkan murid. Dari segi kaedah eksperimen dan persembahan
powerpoint yang menarik dibukti dapat menarik minat dan bersesuaian dengan
murid. Dalam pengaplikasi model pengajaran inkuiri, saya dapati langkah-langkah
Koh Ing Tai Page 29
SCE3108
yang dibina dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting dan perlu
secara terancang dan teratur supaya mencapai penglibatan murid yang tinggi.
Akhir sekali, saya ingin menyampaikan ribuan terima kasih kepada pensyarah
kita iaitu Mr.Loh Leh Chiong yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar
kepada saya dalam tugasan ini. Sekian terima kasih.
Bibiliografi
1. Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR Kurikulum Standard
Sekolah Rendah, Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Bahagian Perkembanagan Kurikulum (2011). Dokumen Standard Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) : Modul Teras Asas Bahasa Malaysia
Sekolah Kebangsaan Tahun Satu, Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran
Malaysia.
3. Hasan Langgulung (1981). Berapa tinjauan dalam pendidikan Islam. Kuala
Lumpur : Pustaka Antara.
4. Ikhsan Othman & Norila Md. Salleh (2005).Kurikulum dan Pengajaran
Sekolah Rendah : Aspek-aspek Yang Berkatia, Tanjung Malim : Quantum
Books.
5. Kementerian Pendidikan Malaysia (1987).Kurikulum Baru Sekolah Rendah :
Buku panduan Khas, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka
6. http://pomizipedagogy.wordpress.com/model/ekspositori/
7. http://susilofy.wordpress.com/2010/10/17/model-pembelajaran-
ekspositori/
8. http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/model-
pengajaran.pdf
9. http://modelpengajaran.blogspot.com/
10. http://nasran-rushdi.blogspot.com/2009/08/tajuk-model-pemprosesan-
maklumat-dalam.html
11. http://ixoramaryam.blogspot.com/
12. http://bmm3105seberiismail.blogspot.com/2011/09/tajuk-7-mengaplikasikan-
model.html
Koh Ing Tai Page 30
SCE3108
13. http://pismpf2010.blogspot.com/2010/08/model-pengajaran-pemprosesan-
maklumat.html
14. http://www.slideshare.net/iznyatikah/strategi-pengajaran-sains-kanak-kanak-
secara-inkuiri
15. http://pomizipedagogy.wordpress.com/model/inkuiri/
Koh Ing Tai Page 31