modal sosial daya saing ekonomi penduduk miskin di malaysia

26
MODAL SOSIAL DAYA SAING EKONOMI PENDUDUK MISKIN DI MALAYSIA ABSTRACf Mustaffa Omar Ishak Yussof This article offers a conceptual and empirical evaluation on the importance and contribution of social capital in increasing the economics competitiveness amongst the poor in the country. It is observed that previous economics and social development programme to eradicate poverty tends to focus merely on increasing the human capital, physical or natural capital and the financial capital of the target group. The approach assumed that when the poor embraced control over these types of capital- i.e. financial, physical or natural and human - they could increase their economic competitiveness, and thus, oust them from poverty. However, this assumption appears vague since many of the programmes failed to produce sufficient positive results. In fact, until today, many economic and social development programmes failed to address the importance and contribution of social capital as a complementingfactor, which subsequently led efforts to combat poverty in the country become less effective. Thus, this article suggested a review on the government economic and social development approaches that have been implemented so far. The government is advised during designing and implementing a particular development programme for the poor to give equal emphasis on the social capital aspects in order to enhance the economic competitiveness of the poor and thus, further improved their economic status. Ekonomi Malaysia telah berkembang dan melalui proses tranformasi yang pesat sejak tiga dekad yang lalu. Ia telah mengakibatkan pelbagai implikasi penting dan salah satunya ialah ke atas kadar kemiskinan. Secara nyata kadar kemiskinan kelihatan semakin berkurangan terutama sekali selepas berakhimya tempoh pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Walaupun demikian, isu dan masalah kemiskinan masih banyak dibincangkan memandangkan hakikat bahawa fenomena berkenaan masih lagi wujud walaupun negara telah hampir mencapai tarafnegara industri barn. Artikel ini bertujuan mengemukakan satu lagi perspektif strategi pembangunan negara khususnya yang berkaitan dengan ekonomi penduduk miskin dengan mengambil kira aspek modal

Transcript of modal sosial daya saing ekonomi penduduk miskin di malaysia

Page 1: modal sosial daya saing ekonomi penduduk miskin di malaysia

MODAL SOSIAL DAYA SAING EKONOMI PENDUDUK MISKIN DI MALAYSIA

ABSTRACf

Mustaffa Omar

Ishak Yussof

This article offers a conceptual and empirical evaluation on the importance and contribution of social capital in increasing the economics competitiveness amongst the poor in the country. It is observed that previous economics and social development programme to eradicate poverty tends to focus merely on increasing the human capital, physical or natural capital and the financial capital of the target group. The approach assumed that when the poor embraced control over these types of capital- i.e. financial, physical or natural and human - they could increase their economic competitiveness, and thus, oust them from poverty. However, this assumption appears vague since many of the programmes failed to produce sufficient positive results. In fact, until today, many economic and social development programmes failed to address the importance and contribution of social capital as a complementingfactor, which subsequently led efforts to combat poverty in the country become less effective. Thus, this article suggested a review on the government economic and social development approaches that have been implemented so far. The government is advised during designing and implementing a particular development programme for the poor to give equal emphasis on the social capital aspects in order to enhance the economic competitiveness of the poor and thus, further improved their economic status.

PE~GENALAN

Ekonomi Malaysia telah berkembang dan melalui proses tranformasi yang pesat sejak tiga dekad yang lalu. Ia telah mengakibatkan pelbagai implikasi penting dan salah satunya ialah ke atas kadar kemiskinan. Secara nyata kadar kemiskinan kelihatan semakin berkurangan terutama sekali selepas berakhimya tempoh pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Walaupun demikian, isu dan masalah kemiskinan masih banyak dibincangkan memandangkan hakikat bahawa fenomena berkenaan masih lagi wujud walaupun negara telah hampir mencapai tarafnegara industri barn. Artikel ini bertujuan mengemukakan satu lagi perspektif strategi pembangunan negara khususnya yang berkaitan dengan ekonomi penduduk miskin dengan mengambil kira aspek modal

Page 2: modal sosial daya saing ekonomi penduduk miskin di malaysia

/tIlIstll/f1l 0",11' & Ishak }'ussof

sosial. Kesedaran tentang kepentingan dan sumbangan modal sosial ini dianggap mustahak dalam us aha memantapkan dasar dan strategi pembangunan ekonomi dan sosial negara. Begitujuga halnya dengan strategi meningkatkan daya saing ekonomi dan sosial penduduk tenniskin. Dalam kes ini, perhatian yang seimbang terhadap sumbangan modal sosial dijangka dapat menghasilkan keputusan yang lebih memberangsangkan dalam us aha membasmi kemiskinan di negara ini.

Penelitian ke atas kaj ian-kaj ian terkini di peringkat antarabangsa menunjukkan wujudnya perkaitan rapat antara modal sosial dan pembangunan (To\\'t1Send, 1994; Van Weesep & Van Kempen, 1994; Putnam 1995; Uphoff, el 01., 1997, 1998; Rodrik. 1997; dan Narayan, 1997). Dalam konteks pembangunan ekonorni dan usaha membasmi kemiskinm, basil penemuan pakar-pakar ini menunjullan surnbangan modal sosial dalam masyarakat rnampu membantu menjana kekayaan ekonomi dan menjamin kemapanan pembangunan. Modal sosial juga terbukti penting dalam us aha meningkatkan daya saing ekonorni dan sosial penghuni miskin baik eli bandar rna.'lupun desa.

Kajian Uphoff et 01., (1998) dan Townsend (1994) membuktikan bagaimana mxhl sosiaJ mampu menggembleng ke~ sosial rniskin eli desa bagi mengorganisasikan din secara efektif dan efisien untuk membebaskan diri daripada kemelut kemiskinan. Kajian Rodrik (1997) dan Van Weesep & Van Kempen (1994) pula menawarkan penemuan yang sarna dalam konteks kemiskinan bandar. Misalnya,dalam konteks ruang bandaT yang terkenal dengan ciri-ciri kesamaran (anonimif)~ yang pesat berkembang, maka wujud situasi yang menyukarkan warganya mengorak langkah untuk menjalinkan kerjasama sosial, memupuk sikap saling pereaya mempereayai. dan membina hidup bersama berasaskan prinsip perkongsian dan saling bantu membantu. Walhal, segala unsur sebegitu amat diperlukan dalam kehidupuan di bandaT demi menangani pelbagai cabaran tennasuk kemiskinan.

Berasaskan perbineangan di atas jelas bahawa wujud hubungan rapat antara modal sosial dan pembangunan. Perkaitan rapat ini memberikan justifikasi betapa perlunya usaha diambil untuk membangun dan memupuk kesedaran umum mengenai kepentingan modal sosial bagi kehidupan berkomuniti serta sumbangannya terhadap peningkatan daya saing ekonomi penduduk miskin di negara ini.

KO~SEP MODAL SOSIAL DA~ KEPE~TI~GA~~YA

Pemikiran konvensional sering menekankan prospek kemajuan ekonomi sesebuah negara amat bergantung kepada kualiti modal manusia (taraf pendidikan dan kesihatan),keterampilan institusi politik-pentadbiran (compelenC») dan sifat bertanggungjawab (accounlablil)~ dan kemuneulan pasaran bebas yang mampu bersaing dalam ekonomi global. Penegasan sebegini walaupun boleh dianggap berasas DamUD harus juga wujud kesedaran bahawa kesemua ini tidak akan mudah dieapai tanpa adanya pertimbangan terhadap peranan modal sosial.

72

Page 3: modal sosial daya saing ekonomi penduduk miskin di malaysia

Modal Sos;al Daya Sa;ng Ekonomi Penduduk Miskin

Dari pengertian sempit, modal sosial merujuk kepada jalinan hubungan mendatar (horizontal) antara anggota sesuatu komuniti atau kelompok sosial. Tersirat dalam konsep ini, modal sosial bukan sahaja terhad kepada hubungan sosial yang berlaku tetapi turut merangkumi aspek perkongsian nilai dan norma bersama. Lantaran dikatakan kesan daripada jaringan hubungan sosial yang terjalin boleh meningkatkan produktiviti di satu pihak sementara di pihak lain pula mengurangkan kos operasinya. Dalam konteks ini, modal sosial dianggap mampu memainkan pcranan sebagai pemudahcara, unsur yang menggalakkan koordinasi dan kerjasama secara kolektif bagi mencapai kesejahteraan hidup.

Menurut takrifan yang lebih luas, modal sosial meliputi semuajalinan hubungan antara manusia, baik bersifat mendatar rnahupun menegak (vertical) atau di dalam atau antara organisasi. Hubungan mendatar diperhatikan lebih tertumpu kepada keperluan komuniti untuk menegakkan identiti dan keperluan bersarna. Bagairnanapun,jika hubungan bersifat mendatar ini gaga! dipcr!uaskan bagi meliputi pelbagai kategori sosiallain secara menegak misalnya melibatkan kelompok agama, etnik atau status sosio-ekonomi berlainan, rnaka hubungan sedemikian akan meIetakkan komuniti tersebut dalam keadaan tersisih. Perjuangan dan matlamat mereka pula menjadi sempit. Begitujuga halnya dari segi sebaran sumber dan mak1umat akan menjadi sernakin terbatas walaupun ia diakui penting bagi membantu meningkatkan kepentingan komuniti. Umpamanya, akan terdapat keterbatasan mak1umat berkaitan peluang peketjaan, kemudahan kredit, latihan kernahiran, dan scbagainya.

Sebagai rumusan, modal sosial bertindak sebagai suatu petunjuk bagi mengukur kekuatan ikatan perhubungan antara anggota dalam sesuatu komuniti. Kekuatan ikatan perhubungan ini boleh merujuk kepada tahap keakraban yang sedia terjalin berasaskan ikatan kekeluargaan, persahabatan, kejiranan, keahlian dalam sesuatu institusi mahupun organisasi baik pada peringkat tempatan mahupun nasional.

Selain bertindak sebagai petunjuk ikatan perhubungan, ia juga merupakan penanda aras (benchmark) bagi menentukan darjah atau kualiti 'keakraban sosial' (social glue) yang mengikat dan berperanan menjalinkan hubungan sesama individu yang menganggotai sesebuah kelompok sosial. Dalam konteks ini, pemerhatian bukan sahaja ditumpukan pada perhubungan di pcringkat permukaan (superjicial)semata-rnata, seperti dari aspek kuantiti dalam hubungan sosial tersebut, yakni kekerapan bersama dengan rakan tau Ian atau menyertai beberapa persatuan at au kumpulan tertentu. Sebaliknya, penekanan turut diberikan kepada aspek kualiti dalam perhubungan tersebut. Ini merangkumi aspek keyakinan (trust) dan saling kerjasama (reciprocity) yang terjalin melewati semua keadaan dalam kehidupan, yakni bukan atas dasar rakan sekerja atau sepermainan yang agak terbatas dan sementara sifatnya.

SOROTAN BEBERAPA KAJIAN LEPAS

Kajian oleh Uphoff et al. (1998) di Haiti yang melibatkan kerjasama antara pengurusan projekAgrohutan (Agr%restry Outreach Projects) dengan beberapa badan NGO

73

Page 4: modal sosial daya saing ekonomi penduduk miskin di malaysia

MIIS/llffll O"'lIr & Is"(1/( }IISSO/

dan kdompok petani setempat tdah berjaya memulihkan semula masalah hutan yang ban pupus dan scterusnya meningkatkan sumber ekonomi petani terbabil Dalam konteks ini, bjian UphofT (1986) berjaya menyarankan sesuatu mengenai kepentingan dan sumbangan modal sosial kerana ia marnpu memobilisasi dan menggerakkan keupayaan penduduk desa untuk mengorganisasikan diri bagi membangunkan masyarakat secara c(ebif dan cflSien. Misalnya. modal sosial boleh menggerakkan penduduk desa agar bekerjasama dan terlibat dalam proses membuat keputusan terutama dalam merancang dan menilai scsuaru projek pembangunan. la juga mampu memobilisasikan sumber­sumber sedia ada dan menguruskannya dengan cekap. Selain itu. ia telab bertindak sebagai penghubung antara sesama penduduk dan menye1aras segala aktiviti yang dijalankan dan seterusnyaa membantu menyelesaikan konflik.

Ringkasnya. dalam konteks pembangunan desa, modal sosial penting dalam membantu penduduk desa dari segi (a) menguruskan risiko dan meningkatkan daya tahan mereka terhadap sebarang ancaman dan ketidakpastian. (b) membanru mereka membina infrastruktur dan meluaslc.an kesampaian kepada sumber-sumber terhad dan (c) meningkatkan penyertaan penduduk desa sebagai sesuatu yang penting kepada keberkesanan sesuatu projek pembangunan.

Townsend (1994) merumuskan pengalamannya di India tempat terdapatnya kerjasama dan jalinan hubungan di peringkat tempatan yang membantu keupayaan penduduk desa miskin untuk menggunakan sumber-sumber secara efisien dan meningkatkan daya tahan (resilience) terhadap sebarang ancaman malapetaka. Ini menunjukkan bahawa dalam keadaan kehidupan desa yang serba kekurangan. ikatan sosial yang kuat dan berpanjang amat dipentingkan bagi mcnghadapi situasi ketidakpastian dan kehidupan penuh risiko. Kebiasaannya penduduk desa akan mcnggunakan modal sosial dari ikatan sosial yang kuat dan berpanjangan ini sebagai suatu jaminan keselamatan (safety nets) ketika menghadapi situasi-situasi ketakpastian dan segi pcndapatan dan bekalan makanan. Modal sosial juga dianggap penting kepada sesetengah komuniti atau negara yang tidak mempunyai program sosial bersifat formal mahupun bukan formal yang rnenawarkanjaminan keselamatan (safety nets) untuk semua. Dalam konteks kesampaian kepada sumbcr-sumber yang terha~ modal sosialjuga boleh bertindak menjana tindakan bersifat kolektifbagi membantu menguasai sumber-sumber secara bersama.

Kajian Uphoff, Esman & Krishna (1997) mendapati Grameen Bank Bangla_ desh berupaya menawarkan kredit kepada lebih 35,000 penduduk miskin. Iajuga berjaya memaksimurnkan pembayaran balik pinjaman tersebut. Ini terhasil bukan semata-mata kerana adanya peraturan-peraturan yang ditetapkan malah sebahagian besar kejayaannya (98 peratus) lebih ditentukan oleh rasa percaya (trust) kerana si miskin tidak sebenarnya berkeupayaan menyediakan cagaran. Kajian Rodrik (1997) pula membuktikan ketersampaian kepada pasaran merupakan syarat penting di sebatik usaha membangunkan mereka yang miskin. Satu sebab yang bolch menjerumuskan si miskin secara berterusan I.e dalam kemelut kcmiskinan berkait

74

Page 5: modal sosial daya saing ekonomi penduduk miskin di malaysia

Modal Sosial Daya Saing Ekonomi Penduduk Miskin

rapat dengan ketidakupayaan atau kurangnya ikatan hubungan seseorang miskin dengan ekonomi formal terutama dari segi material mahupun maklumat. Keadaan modal sosial yang rendah ini adalah disebabkan si miskin umumnya mempunyai saluran kenalan yang terhad; cuma berkisar kepada kaum ke1uarga dan jiran tetangga terdekat. Ini berbeza dengan si kaya. Si kaya umumnya memiliki modal sosial yang luas bagi menjamin kepentingan mereka terus terpelihara. Oleh itu, usaha membantu si misikin meluaskan jaringan hubungannya bagi mencapai maklumat yang lebih luas merupakan suatu cabaran pembangunan ekonomi yang paling getir.

Pemerhatian Rodrik (1997) turut disokong Van Weesep dan Van Kempen (1994) yang mengendalikan kajian berkaitan kemiskman bandar. Di kebanyakan bandar,wujud pemisahan tempat kediaman an tara penghuninya berasaskan tingkat pendapatan. Kebanyakan penduduk miskin bandar didapati tinggal di kawasan sesak atau setinggan dengan keadaan fizikalnya yang agak terpinggir daripada pusat perdagangan, kemudahan kesihatan dan pengangkutan awam. Pemisahan ruang kediaman antara kelompok miskin dan kay a di bandar ini boleh membawa kepada wujudnya masalah keterpencilan sosial (social isolation). Akibat kurangnya penyertaan secara bersama antara si kaya dan si miskin dalam aktiviti-aktiviti penyertaao secara bersama antara si kaya dan si miskin dalam aktiviti-aktiviti berkumpulan dan asosiasi yang sarna, mereka gagal menjalin hubungan sosial antara satu sarna lain. Kurangnya ikatan atau hubungan antara mereka yang tidak menguasai sumher (si miskin) dengan mereka yang menguasai sumber (si kaya) telah membawa kepada kurangnya peluang-peluang ekonorni untuk si rniskin ini.

Pemisahan ruang sosial atau fizikal ini membawa ertj kurangnyajambatan ke arah peningkatan modal sosial, lantaran menurut Wilson (1987), keadaan ini boleh meneruskan kewujudan kemelut kerniskinan dalam masyarakat. Misalnya, kanak-kanak dari keluarga miskin mempunyai peluang yang sedikit (atau tiada langsung) untuk meningkatkan atau memhebaskan diri daripada kitaran ganas kerniskinan berbanding dengan mereka dari keluarga kaya atau berada.

Menurut Narayan (1997), modal sosial merupakan satu lagi dimensi sosial yang selama ini kurang diberi perhatian dalam usaha-usaha pembangunan ekonomi, terutama dalam usaha membasmi kemiskinan dan meningkatkan kesejahteraan sosial. Hanya kebelakangan ini, kepentingan modal sosial mulai diterima dan diiktiraf oleh kerajaan dan agensi pembangunan terutama dalam usaha untuk memperkenalkan dasar dan strategi disentralisasi menekankan penyertaan awam dalam aktiviti pembangunan desa. Dalam kajian Boenna (1995), berdasarkan pengalamannya dengan persatuan pengguna air di kawasan luar bandar Pakistan, Cote d'lvoire dan USA, beliau mendapati us aha-us aha kawalseliaan adalah lebih berkesan dan program tersebut menjadi lebih mapan dan kelangsungan program lebih terjamin apabila para penggunanya diberikan kuasa, kepercayaan dan peranan tertentu dalam menjalankan sistem tersebut.

75

Page 6: modal sosial daya saing ekonomi penduduk miskin di malaysia

MIlSlllffll 0",,,, & [sIIII/( }'uSSD/

Kajian Narayan (1995) Ice atas 121 projek pembekalan air bersih di sebahagian besar oegara di dunia turut menunjullan penyertaan dan ketjasama awarn di peringkat merebbenruk dan merancang. membina, mengurus dan menye\enggara projek-projek pembek.alan air telah mendatangkan kejayaan besar kepada projek tersebut berbanding fakta-falctor lain. Beliau mendapati sosial tempatan yang diperlihalkan melalui penyertaan bersama dalam sesuatu projek mampu membantu memperbaiki aspek keberkesanaan, kta'. ,WI, hak mmO.Jat keputusan (empawerment).dan kesaksamaan (equiI) ') dalammasyarnkat.

Misalnya, unruk menjadikan sesuatu projek itu mapan, pennintaan pengguna perlu diutamabn dan diberibn perhatian. Ini bennakna para pengguna juga perlu dilibatkan bersama dalam perjalanan projek bagi mengetahui mat\amat dan citarasa mereka supaya projek tersebut boleb mendatangkan manfaat jangka pendek dan jangka panjang. Penga1aman ini tetbukti betjaya dalam projek pembeka\an air oleh kerajaan Laos. Mukherjee c1 al.( 1998) membuktikan bahawa rasa ketjasama, perkongsian maklwnat, usaha membina penerimaan umwn ke atas jenis projek yang dihasralkan telah betjaya merealisasikan projek bekalan air dan sistem sanitasi yang dirancangkan itu.Modal sosial dalam konteks ini telah membantu usaha-usaha perkongsian maklumat lantaran menjadikan penerimaan wnwn tabadap projelc tersebut sangat baik dan menggalakkan.

Kajian Katz dan Sara (1998) Ice atas perjalanan enam projek pembekalan air

mendapati kejayaan projelc tersebut amat bergantung kepada ketjasama dan kefahaman kclompok petit, ill Ja projek pernbangunan tersebuL Ketjasama dan kefahaman yang dipupuk betjaya mewujudkan penerimaan umum kepada syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang ditetapkan bersama. lajuga berjaya memupuk perkongsian nilai, norma tingkah laku dan transaksi tirnbal-baik dan sekali gus membantu membolehkan usaha-usaha merangka dan melaksanakan peraturan-peraturan diterima umum dengan mudah dan berkesan.

Bagairnanapun di pihak lain, modal sosial yang menebal boleh membantutkan pertumbuhan dan kreativiti individu. Keakuran meIampau terhadap norma kelompok. kadang kala dilihat lrurang sesuai untuk anggota sesuatu komuniti. Anggota ke luarga atau komuniti yang tidak alrur kepada norma kelompok rmmgkin dipinggiIkan atau dihina oleh konumitinY<l­Menurut nates (1989) di sub-sahara Afrika, beberapa konumiti luar bandar telah meningkatkan tekanan kepada para elit yang sudah berhijrah ke bandar untuk terus menyumbang sebahagian wang atau perkhidmatan kepada komunitinya di desa.lni dilihat sebagai ba1asan yang perlu dipikul kerana golongan elit ini dikatakan terhutang budi kepada komuniti etnik. tmlpat asa1 mereka dibesarkan, lantas bertanggungjawab memelihara dan menjaga keba jikan para ahli komuniti asal ketika mereka sakit atau meningkat I.e umur tua. Keadaan ini teIjadi terutama sekali terhadap komuniti yang tidak mempunyai sebarang jaminan hidup yang ber.iifat normal.

Berpandukan penemuan dari kajian-kajian lepas jelas terdapat dalam konteks pembangunan desa. keperluan untuk meningkatkan modal sosial bagi menjamin peningkatan lrualiti bidup manusia. Masyarakat desa mungkin memiliki sumber modal semulajadi seperti tanah tetapi kebiasaannya mereka kekurangan kepakaran (modal

76

Page 7: modal sosial daya saing ekonomi penduduk miskin di malaysia

Modal Sosial Daya Saing Ekonomi Penduduk Miskin

manusia) dan organisasi (modal sosial) untuk membantu mereka meningkatkan nilai ekonomi ke atas aset flzikal yang dimiliki. Oleh itu, modal sosial dilihat boleh berperanan penting dalam mengorganisasi penduduk desa bagi tujuan pembangunan. Modal sosial boleh membantu ke1ompok desa ini bekerjasama dan bersatu memperjuangkan kepentingan bersama dengan pihak pemerintah atau pihak-pihak lain.

PEMIKIRAN SEMASA MEl'IGENAI KEPENTINGAN MODAL SOSIAL

Mutakhir ini, modal so sial telah dikenal pasti sebagai komponen integral penting dalam usaha-usah pembangunan ekonomi dan sosial baik di peringkat mikro mahupun makro. Di sini, modal sosial dirujuk kepada institusi-institusi, jalinan perkaitan (relationships), jaringan hubungan (networks) dan norma-norma yang terlibat dalam menentuhn dan mencorakkan kualiti dan kuantiti interaksi sosial dalam sesuatu komuniti. Melaluijalinan danjaringan hubungan inilah para pelaku boleh memobilisasikan lebih banyak perkara bagi mencapai sesuatu matlamat yang boleh menguntungkan semua pihak atau kelompok tertentu dalam komuniti tersebut.

Namun, di pihak lainjalinan danjaringan sosial (modal so sial) yang kuat sebegini (rata-rata amat diperlukan untuk kelompok itu bertindak bersama) juga boleh menyebabkan mereka yang tidak terlibat dalam kelompok tersebut disisih atau tercicir, khususnya dari kalangan miskin (Portes & Landolt, 1996).

Menyedari tentang kepentingan dan potensi modal sosial dalam proses pembangunan, maka kertas ini menawarkan analisis cara dan bentuk modal sosial yang sesuai yakni boleh membantu si miskin terlibat aktif dan menikmati manfaat sesuatu usaha hasil proses pembangunan.

Konsep modal sosial telah lama digunakan oleh golongan miskin melalui jaringan saling mempercayai dan bantu membantu (networks of trust and reciprocity)sebagai mekanisme jaminan hidup sehari-hari pada musim kemarau misalnya, mereka tidak berupaya bertindak sendirian. Mereka menghadapi masalah menyediakan makanan bagi keperluan keluarga, melunaskan yuran persekolahan anak-anak, ketiadaan kesampaian kepada perkhidmatan kredit formal untuk membiayai perniagaan kecil, kekurangan khidrnat mengawal keselamatan di kawasan kejiranan dan kediaman, atau mengawal selia hak-hak awam dalam komuniti. Justeru, ini menjadikan modal sosial amat kritikal kepada kelangsungan hidup penduduk miskin ini terutama dalam tempohjangka pendek.

Bagaimanapun, untuk keselamatan dan jaminan hidup jangka panjang, terutama dalam mendapatkan sumber-sumber yang sedia kekurangan itu serta terhindar daripada suasana keterpinggiran yang berterusan daripada arus perdana pembangunan, maka penduduk miskin ini memerlukan jaringan hubungan yang lebih luas untuk meningkatkan kesampaian mereka kepada sumber-sumber dan perkhidmatan yang terhad.

Menurut Putnam (1995), usaha melebarkan jaringan hubungan dan kesampaian golongan miskin kepada sumber-sumber dan perkhidmatan ini dikenali

77

Page 8: modal sosial daya saing ekonomi penduduk miskin di malaysia

MIIS/Dffll 0",11' & Ishak }'usso!

sebagai peningkatan 'jambatan' modal sosial. Diharapkan perluasanjambatan modal sosial ini secara teros akan dapat membantu meningkalkan tarafhidup mereka.

Pedu discdari bahawa meskipun modal sosial bersifat kritikal dan penling dalam kehidupan barian golongan miskin, namun untuk menjadikan suara-suara mereka kedengaran oleh pihak berkuasa, maka kesampaian mereka kepada swnber-swnber tersebut perlulah dipertingkatkan. Bagaimana ini boleh dicapai bergantung kepada tiga kaedah berikut, yakni seperti mana pemah dianjurkan oleh pihak Bank Dunia: penyertaan bersama (participation), pembentukan dasar (policies development) dan kerjasama pintar (smart partnerships).

Keberkesanan dan kejayaan sesuatu organisasi berasaskan kormmiti membasmi kemiskinan bukan sahaja bergantung kepada penyertaan bersama pihak lokal dalam proses membuat keputusan tetapi juga kepada keterlibatan mereka di peringkat merekabentuk (designing) projek, melaksanakan serta menilai sesuatu projek selepas selesai diIaksanakan.. Amalan sebegini akanmembantu ~jana dongandanrasa milik ber.iama di kalangankomuniti seterrplt, Iantuan rnemastikan kejayaan projek tersebut Dalam konteks ini, penyertaan bersama oIeb semJa pihak baikdi peringkat merangka, melaksana dan meni1ai sesuatu projek pembangunan yang dirancangkan bagi membasmi kemiskinan dilihat semakin penting mutakhir ini.

Menurut Narayan (1997), sejak kebelakangan ini, pihak Bank Dunia telah mula menerima pakai kaedah penyertaan dalam penyelidikan dan pcngumpulan data untuk mencungkil maklumat-maklumat baru bagi memahami kemiskinan. Teknik. penyertaan bersama ini telah menemukan kita dengan pelbagai keadaan dan sebab bagi menjelaskan punca berlakunya kemiskinan.

Menurut Serageldin (1996), pendekalan sebegini juga telah merangsang pemilihan dasar dan institusi yang lebih baik bagi mengatasi masalah ini. Turut ditekankanjuga dalam pendekatan baru ini ialah usaha mencipta suatu persekitaran yang membolehkan modal sosial dipupuk dan dipertingkatkan dalam kehidupan komuniti. Ini bolch dicapai dengan menyediakan prasarana-prasarana yang boleh membantu golongan miskin ini berkomunikasi dengan lebih baik dan menggalakkan kesedaran di kalangan mereh tentang belapa penlingnya ahli masyarakat hidup berasaskan peraturan atau undang-undang. Perkara ini penling scbagai persediaan menghadapi situasi tertentu apabila hubungan kerjasama atau kehidupan berasosiasi menjadi kecoh alau tergugat. Sehubungan dengan ilU, hams juga ditekankan betapa pentingnya diwujudkan suatu dasar yang dapat meningkalkan pelaburan dalarn modal sosial baik secara langsung atau tidak langsung. Ini boleh dihasilkan melalui usaha merekabentuk dan melaksanakan sesuatu projek dan serentak dengan iru. menggalakkan kerjasama merentasi sektor-sektor berlainan bagi tujuan pembangunan.

Selain mementingkan aspek penyertaan bersama, kejayaan membasmi kemiskinanjuga bergantung kepada usaha-usaha menjalinkan kerjasama pintar dengan golongan miskin tersebut. Misalnya, dalam usaha membasmi kemiskinan, perlu diwujudkan situasi yang boleh mendorong ke arah peningkatan kerjasama padu antara pihak-pihak yang terlibat, yakni daripada kelompok miskin sendiri hinggalah kepada

78

Page 9: modal sosial daya saing ekonomi penduduk miskin di malaysia

Modal Sosial Daya Saing Ekonomi Penduduk Miskin

pihak pembuatan pelaksana dasar, tennasuk mereka yang melaksanakan dan menilainya. Di samping itu, haruslah disedari bahawa selain keIjasama pintar, kejayaan sesuatu projek pembasmian kemiskinan juga tertakluk kepada keupayaan pihak pembuat dasar memahami dan mengiktiraf jaringan danjalinan hubungan yang sedia wujud dalam komuniti terbabit

Usaha untuk melebarkan jalinan hubungan tersebut perlu juga dilaksanakan dan tidak patut dihadkan di antara beberapa agensi kerajaan, sektor swasta, masyarakat sivil dan agensi-agensi bantuan lain sahaja. Ia perlu juga melibatkan pihak lokal bagi menjamin kesinambungan dan kejayaan sesuatu projek pembangunan tersebut.

ISU DAN MASALAH EKONOMI PENDUDUK MISKIN DI MALAYSIA

Untuk membolehkan kita berbincang mengenai isu dan masalah kemiskinan, elok sekiranya diteliti beberapa konsep penting mengenai kemiskinan itu sendiri dan ukuran yang sering digunakan tentangnya. Secara umurnnya, terdapat dua konsep utama mengenai kemiskinan iaitu konsep kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif.

Kemiskinan mutlak merujuk kepada keadaan yakni sesebuah isi rumah ataupun individu itu tidak berupaya memperolehi keperluan asas untuk menjalani kehidupan pada tahap minimum dan munasabah. Keperluan asas yang minimum di sini meliputi makanan, pakaian, tempat kediaman, pendidikan, dan kesihatan asas. Dalam konteks ekonomi Malaysia, konsep kemiskinan yang diguna pakai adalah berasaskan kepada kemiskinan mutlak. la diukur berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu suatu tingkat pendapatan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan asas yang minimum dalam kehidupan seharian oleh sesebuah isi rumah atau individu. PGK bagi Semenanjung Malaysia pada tahun 1999 adalah sebanyak RM510 bagi saiz purata isi rumah seramai 4.6 orang. PGK bagi Sarawak dan Sabah pula adalah lebih tinggi yakni RM 584 bagi saiz purata isi rumah seramai 4.8 orang di Sarawak sementara di Sabah sebanyak RM685 bagi saiz purata isi rurnah seramai 4.9 orang (Malaysia 200 1 ). PGK pada tabun 2002 bagi ketiga-tiga wilayah utama di Malaysia bagaimanapun telah meningkat sedikit, masing-masing kepada RM529 di Semenanjung Malaysia, RM600 di Sarawak dan RM690 di Sabah. Walaupunjumlah saiz purata isi rumah tidak dinyatakan tetapi bolehlah diandaikan saiz tersebut adalah sekitar 4.6 hingga 4.9 orang bagi setiap isi rumah.

Di kebanyakan negara kurang maju, jumlah penduduk yang tergolong dalam kelompok isi rumah miskin ada kalanya mencapai paras sehingga 80 peratus. Malah kelompok termiskin(lihat selepas ini) juga turnt memperlihatkan peratusan yang sangat tinggi terutarna di kawasan Afrika, Asia Selatan dan beberapa wilayah di negara China. Sebaliknya di Malaysia, keadaan kemiskinan didapati semakin berkurangan sejak tahun 1970 seperti yang digambarkan dalam Rajah 1 berikut:

79

Page 10: modal sosial daya saing ekonomi penduduk miskin di malaysia

It( ustaffa O",ar & Ishak }'ussof

70

eo

10

JO

Kadar miskin

Rajah 1: Kadar Kemiskinan di Malaysia, 1970-200"

Nota: Data bag; tahun 2003 adalah anggaran awal. manakala data bag; lahun 2004 adalah ramalan Sumber: Rancangan Malaysia (pelbagai tahun), Laporan Ekonomi 2004-2005

Di samping kelompok miskin ini, terdapat satu lagi ke1ompok isi rumah individu miskin yang disebut sebagai golongan termiskin. Ukuranjumlah pendapatan yang diperolehi oleh golongan ini adalah separuh daripada tingkat PGK semasa. Pada umumnya, trend yang hampir sarna ditunjukkan dalam kumpulan tenniskin. Misalnya, dalam tempoh Kajian Separuh Penggal RM ke-8, kadar ketermiskinan didapati semakin berkurangan, yakni dari 1.4 peratus kepada 1.0 peratus. Namun begitu, ditinjau dari sudutjumlah isi rumah yang masih tergolong dalam kelompok ini. didapati secara relatifuya masih besar. Bilangan yang tetbabit melebihi angka 50 nbu isi rurnah ~1aIaysia, 2003~

Satu lagi konsep kemiskinan yang tidak lrurang penting ialah konsep kemiskinan relatif.la merujuk kepada keadaan kemiskinan bagi sesuatu ke\ompok isi rumah atau individu tertentu berbanding kelompok isi rumah atau individu lain pada sesuatu masa. Misalnya. satu tingkat pendapatan benar yang diterima oleh isi rumah atau individu di desa boleh dianggap rne'I' -all tetapi pada masa yang sarna ia nmngkin dianggap miskin di bandar. Oleh itu, berbcza dt:ngan komep kemiskinan rwtlak, kemiskinan relatif mmgkin sulcar untuk dihapusk.an terutuna

Page 11: modal sosial daya saing ekonomi penduduk miskin di malaysia

Modal Sosial Daya Saing Ekonomi Penduduk Miskin

sekali dalam keadaan agihan pendapatan yang tidak seimbang. Lazinmya, pekali Gini (Gin; D>ejficienJ) yang benilai 0 bingga 1 digunakan untuk mengambaIkankeadaanagihanpendapatan bagi sesebuah ekonomi. Pekali Gini yang menghampiri nilai 0 menggambarkan agihan pendapatan yang setua. manakala yang mendekati nilai 1 pula menggambarkan agihan yang tidak setara. Oalam konteks ini, semakin tidak setara agihan pendapatan, semakin tinggilah kejadian kemiskinan relatif: Di Malaysia, pekali Gini pada tahun 1999 ialah pada kadar 0.4432 dan ia meningkat kepada 0.4607 pada tahun 2002. Ini menggambarkan keadaan agihan pendapatan yang semakin tidak seimbang yang seterusnya mungkin boleh meningkatkan kadar kemiskinan relatif dalam ekonomi negara.

Oalam membincangkan isu dan masalah berkaitan dengan kemiskinan, konsep kemiskinan mutlak lebih diutamakan dalam kertas ini. Malah di Malaysia, sebahagian besar rancangan untuk mengatasi masalah kemiskinan lebih ban yak merujuk kepada insiden kemiskinan mutlak. Ini kerana konsep dan ukuran kemiskinan relatif adalah bersifat subjektif, lantaran ia boleh menyebabkan rancangan-rancangan untuk mengatasi masalah kemiskinan kumpulan sasar menjadi kurang berkesan.

Salah satu masa1ah utama berkaitan dengan ekonomi penduduk rniskin ialah tingkat pendapatan mereka yang rendah dan tidak mencukupi untuk menampung keperluan perbelanjaan asas isi rumah. Oalam konteks ini, timbul persoalan sejauh manakah tingkat PGK yang telah ditetapkan itu benar-benar dapat memcnuhi keperluan perbelanjaan asas setiap isi rumah terutama sekali mereka yang tinggal di kawasan bandar. Selain itu, penggunaan PGK yang sarna untuk isi rumah bandar dan luar bandar juga boleh menyebabkan kadar kerniskinan sebenar menjadi terkurang anggar (Cllamhuri Siwar, 2(03). Malahan, bagi sesetengah penduduk luar bandar di kawasan tertentu di negara ini, tingkat PGK sekitar RM500 hingga RM700 tidak Iagi mencukupi untuk menampung perbelanjaan keperluan asas untuk rnakan, minurn, pakaian, bekalan elektrik, pengangkutan, pendidikan, dan kesihatan untuk isi rumah. Apatah lagi bagi penduduk miskin )'ling tinggal di bandar: kos sara hidup asas di bandar adalah jauh lebih tinggi daripada itu. Jib benar kos sara hidup untuk menampung keperluan asas isi rumah adalah melebihi PGK, maka jumIah isi rumah yang tidak dimasukk.an ke dalam kelompok miskin mungkin lebih besar daripada anggaran semasa. Jaduall menunjukkan peratusan isi rumah yang memperoleh pendapatan antara RM500 hingga RM999 adalah sekitar 15 peratus, dan jika mereka berada di bandarmungkin tergolong dalam kelompok miskin memandangkan kos sara hidup yang cenderung lebih tinggi di bandar.

Oi kebanyakan negara maju seperti di United Kingdom dan beberapa negara Kesatuan Eropah lain, PGK ditefttukan berdasarkan separuh daripada pendapatan purata isi rumah. Dalam konteks ekonomi Malaysia, jika menggunakan pendekatan berkenaan, maka PGK kebangsaan adalah di sekitar RM1500, sementara jika berdasarkan pendapatan menengah. PGK kebangsaan adalah di sekitar RM 1 000 sebulan. Melihat kepada ukuran PGK semasa yang terlalu rendah, maka sejak kebe1akangan ini terdapat beberapa cadangan supaya PGK ini didefinisikan semula sejajar dengan perubahan tarafhidup rakyat di negara ini (Aidit Ghazali 2000, Chamhuri Siwar 2003). Walaupun langkah ini mungkin boleh memberi kesan terhadap

81

Page 12: modal sosial daya saing ekonomi penduduk miskin di malaysia

MustaUa Dlffar & Ishak Yusso!

peningkatan kadar kemiskinan negara secara mendadak, ia berupaya mengenal pasti kelompok isi rumab yang masib terbelenggu dalam kemelut kemiskinan, lantas berupaya membantu pihak pemerintah menyediakan program-program membasmi kemiskinan secara lebih berkesan dan Menyeluruh.

Jaduall: Pengagihan lsi rumah Mengikut Pendapatan Kasar Bulanan, 1999-2002

Kelas Pendapatan (RM) 1999 Kumulatif 2002 Kumulatif

1999 2002

Kurang daripada RM499 6.0 6.0 3.7 3.7 R.\15OO-R. \1999 19.0 25.0 15.3 19.0 RMI,(xx)"RMI,l99 8.1 33.1 6.9 25.9 Rl\n,2~R.\1I,499 10.7 43.8 9.5 35.4 R\.{ I,500-RM 1,999 13.9 57.7 13.5 48.9 R.\u'(xx)"R.\U,499 IO.l 67.8 10.4 593 R\l2,5OO-R.\U,999 73 75.l 8.3 67.6 R.\13,(xx)"R.\13,499 5.7 SO.8 6.3 73.9 R.\13,500-RM3,999 3.9 84.7 4.7 78.6 RM4,(xx)"RM4,999 5.S 90.2 6.7 853 R.\1S,OOO dan ke atas 9.8 100.00 14.8 100.00

Pendapatan Purata (RM) 2,472 3,011

Pendapatan Menengah (RM) 1,704 2,049

PekaliGini 0.4432 0.4607

Sumber: Malaysia (2003) -Kajian Separuh Penggal RMK.e-8, 200 1-2003: ms 66

Kelompok masyarakat miskin di negara ini lebih banyak dikaitkan dengan aktiviti perekonomian yang merekajalankan. Misalnya, kelompok isi rumah miskin lebih ketara di kalangan mereka yang berada dalam aktiviti berasaskan pertanian dan nelayan dengan sebahagian besamya tertumpu di kawasan luar bandar. Di samping itu, terdapat satu lagi kelompok mislUn iaitu mereka yang terdiri dari penghuni bandar di negara ini. Kebanyakan mereka ini talibat dalam sektor perekonomian tidak fonnal bandar (Nor Aini Haji Idris & Chamhuri Siwar, 2003).

Bagi kelompok miskin di luar bandar, punca utama mereh ini masib terbelenggu dalam kemelut kemiskinan ialah masalah yang berkaitan dengan kelrurangan dalam pemilikan modal flZikal dan kewangan serta masalah modal manusia yang rendah (misalnya pendidikan, latihan dan kesihatan). Menyedari akan hakikat ini. pihak kerajaan telah mengambillangkah-langkah proaktif <Ii bawah Dasar EkODOtni Baru (1970-1990), Dasar Pembangunan Negara (1991-2000), dan Dasar Wawasan

82

Page 13: modal sosial daya saing ekonomi penduduk miskin di malaysia

Modal Sosial Daya Saing Ekonomi Penduduk Miskin

Negara (RRJP3, 2001-2010) dan melaksanakan program-program tertentu untuk membasmi kemiskinan. Hasilnya, kadar kemiskinan negara berjaya dikurangkan secara drastik daripada 53 peratus pada tahun 1970 kepada 5.1 peratus pad a tahun 2002. Namun begitu, berikutan perkembangan pesat penduduk negara untuk tempoh 30 tahun lalu maka peratus kemiskinan ini walaupun kecil, yakni kalau dilihat dari segi jumlah isi rumah adalah masih ramai, yakni kalau dilihat lebih 300 ribu isi rumah (termasuk kelompok termiskin) pada masa kini dikatakan masih terperangkap dalam kategori isi rumah miskin di negara ini. Jika PGK kebangsaan disemak semula,jumlah isi rumah miskin ini sudah tentu akan menjadi lebih besar lagi.

Kemiskinan di luar bandar terutama yang me1ibatkan Orang Asli adalah Iebih serius !agio Pada tahun 1999,lebih separuh (50.9 peratus) daripada kalangan masyarakat Orang Asli dikategorikan sebagai miskin manakala 15.4 peratus lagi tergolong sebagai kelompok termiskin (Malaysia 2001, ms. 64). Berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2000, seramai 132,873 Orang Ash didapati tinggal di 840 buah kampung di se1uruh Semenanjung Malaysia. Antara program pembasmian kemiskinan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk kelompok masyarakat ini termasuklah program penempatan semula dan program pembangunan sosioekonomi. Pelaksanaan program-program seumpama ini bertujuan untuk membantu mereka menjana pendapatan lebih baik melalui projek-projek pembangunan tanah, penanaman sayur-sayuran dan pentemakan serta pemiagaan rune it dan industri kraftangan. Program pembangunan sumber rnanusia juga turnt dilaksanakan dengan meliputi program pendidikan khas membantu anak-anak Orang Asli di sekolah rendah dengan bantuan pakaian seragam, yuran, buku, alat tulis, dan kemudahan pengangkutan ke sekolah. Kemudahan asrama dan makanan turnt disediakan bagi membantu memudahkan persekolahan para murid yang tinggal di kawasan pedalaman (Malaysia 2003, ms. 64).

Masalah ekonomi penduduk miskinjuga agak kritikal di kalangan mereka yang mendiami kawasan bandar. Pada tahun 1999, hampir 103 ribu isi rumah miskin tinggal di bandar-bandar di seluruh negara. Walau bagaimananpun,jumlah ini telah berkurangan kepada 82.2 ribu isi rumah pada tahun 2002 (Malaysia 2003, ms. 63).Tekanan kehidupan di bandar dan kekangan modal fizikal, kewangan dan modal manusia menyebabkan mereka ini sering tersisih daripada arus pembangunan yang berlaku. Seperti juga kelompok miskin di luar bandar, pelbagai rancangan bagi membasmi kemiskinan di kalangan kelompok miskin di pusat bandar dan kawasan pinggiran bandar telah banyak dilaksanakan.

Antara program pembangunan dan pembasmian kemiskinan ban dar yang dilaksanakan oleh kerajaan termasuklah Program Pembangunan Bersepadu untuk Masyarakat Bandar, Pusat RAHMAT, Projek HARAPAN, Skim Khas Ibu Tunggal dan terkini Rancangan Penempatan Semula Kawasan Setinggan di seluruh negara. Kesemua program ini dijalankan bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk bandar miskin seperti menyediakan kemudahan asas dan perumahan serta peluang pekerjaan untuk menjana pendapatan.

83

Page 14: modal sosial daya saing ekonomi penduduk miskin di malaysia

/tI1ls/a/f1l 0",11' & Ishd rIlSSO!

Seperti yang tdab dinyatakan sebelum ini, meskipun pelbagai usaba tdab dilakukan bagi membasmi kemiskinan baik di bandar maupun di luar bandar, kejayaan usaha sebegini masih terbatas. Persoalan utama di sini ialah apakab strategi peningkatan modal flZikal dan kewangan serta modal manusia melalui rancangan pembasmian kemiskinan kerajaan setakat ini sudah mencukupi untuk membebaskan rakyat negara ini daripada kemelut kemiskinan? Apakab negara masih mahu terus memberi fokus kepada pembasmian kemiskinan melalui strategi peningkatan modal flZikal. kewangan dan juga modal manusia kelompok miskin semata-mata walaupun nyata usaha sebegini masih belum mampu mengurangkan jumlah penduduk rniskin di negara ini ? Persoalan di sini ialah di mana kedudukan modal sosial dalam strategi dan rancangan-rancangan pembasmian kemiskinan yang dijalankan selama ini? Apakah masih belum tersinar dalam kerangka rancangan pembangunan ekonomi dan sosial negara untuk memberi pertimbangan sewajar kepada kepentingan dan sumbangan modal sosial sebagai langkah tambahan ke arab meningkatkan keberkesanan dalam usaha rnembasmi kemiskinan di negara ini?

PE~IERHATIAN U~IU~I TERHADAP USAHA PEl\IBAS~nAN KE~IISKI~A.~ DI MALAYSIA

Perbincangan sebelum inije1as memperlihatkan pihak pemerintah mempunyai dasar dan strategi yang agak tersusun dalam menangani isu dan masalah berkaitan dengan kemiskinan. Data mengenai kemiskinan dalam tempoh 30 tahun yang lepas juga menunjukkan dengan jelas kejayaan dasar dan strategi yang telab dilaksanakan itu. Namun demikian., dalam keghairahan rnembicarakan mengenai pencapaian yang lebih bersifat makro dan aggregat ini, mungkin kita perlu mene1iti dengan lebih mendalam tentang sejaub manakah kesan limpahan usaha pembasmian kemiskinan ini benar­benar menepati sasarannya. Ini pcrlu dilakukan kenna masyarakat petani dan nelayan yang menjadi penghuni utama desa masih lagi dibelenggu kemiskinan umumnya.

Kesan limpahan kepesatan pembangunan ekonomi negara juga adalah rnasih terhad di kalangan masyarakat Orang Asli dan mereka ini juga sebahagian besamya rnasib tersisih daripada arus perdana pcmbangunan ekonomi negara. Mernandangkan rnasalah kemiskinan yang membelenggu ke1ompok miskin dan termiskin di negara ini masih berlaku, maka wujud keperluan untuk terus berusaha mengatasinya dengan lebih berkesan. Ini termasuklah usaha untuk mengatasi masalah kemiskinan yang wujud di kalangan komuniti Orang Asli, komuniti petani dan ne1ayan di desa dan juga di kalangan sebahagian besar penghuni bandar yang berada dalam sektor ekonomi tidak formal.

Contoh terbaik yang boleh dikemukakan di sini ialab berkaitan dengan program pembasmian kemiskinan di kalangan Orang Asli seperti di Rancangan Penempatan Semula (RPS) di Mukim Bekok, Segamat, Johor dan Penempatan Semula di Kampung Gerachi Jaya dan Kampung Pertak di Bulu Selangor, Selangor.

84

Page 15: modal sosial daya saing ekonomi penduduk miskin di malaysia

Modal Sosial Daya Saing Ekonomi Penduduk Miskin

Umum mengetahui bahawa matlamat penempatan semula komuniti Orang Asli selama ini di kedua-dua kawasan terbabit bertujuan untuk mengintegrasikan komuniti terbabit dalam arus perdana pembangunan negara. Oijangkakan melalui projek pembangunan seumpama ini, kedudukan ekonomi dan taraf hidup komuniti terbabit dapat ditingkatkan, dan sekali gus membantu mensetarakan kedudukan mereka setanding dengan kaum-kaum lain di negara ini. Bagi merealisasikan visi ini, komuniti Orang Asli yang sebelum ini didapati menetap secara bertaburan dan secara terpisah­pisab dalam beberapa perkampungan kecil jauh di pedalaman disatukan dalam satu kawasan penempatan baru yang lebih luas dan teratur. Oi sini segala kemudahan flzikal disediakan termasuklab rumah yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air paip, sistem sanitasi, dan kemudahan utiliti lain.

Kesemua ini disediakan bagi menjamin agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa dan sihal Jutaan ringgit juga telah dibelanjakan untuk melengkapkan kawasan petempatan baru ini dengan kemudahan jalan raya, sekolah, asrama, balai raya, bangunan KEMAS, tadika, dan seumpamanya. Selain melaksanakan pelaburan dalam bentuk modal flzikal, pelaburan berbentuk kewangan juga telah ditingkatkan dalam aktiviti ekonomi bertujuan menjana peluang-peluang ekonomi baru kepada penduduk setempal Kawasan butan sekitar telah diteroka bagi menyediakan tapak untuk melancarkan projek ladang kelapa sawit secara besar-besaran ala FELDA. Oiharapkan melalui pembukaan ladang-Iadang kelapa sawit ini, peluang pekerjaan dan perolehan pendapatan penduduk setempat akan meningkat, selain bergantung kepada kegiatan menoreh getah secara kecil-kecilan dan ke butan mencari dan mengumpul hasil untuk diperdagangkan.

Sebaliknya, bagi Ices Orang Asli di Bukit Lanjan, pembangunannya lebih tertumpu Icepada program pembangunan harta tanah. Oi sini, setiap isi rumah telah ditawarkan sebuah rumah banglo sebagai tempat kediaman. Setiap ketua isi rumah terbabit juga dihadiahkan sebuah rumah teres untuk disewakan. Mereka yang berusia 15 tahun ke atas dan belum berkeluarga pula telah diberikan hak milikan seunit rumah pangsa untuk didiami atau disewakan. Usaha juga telah dijalankan oleh pihak pemaju dan agensi kerajaan negeri untuk meningkatkan modal manusia di kalangan belia di petempatan tersebut dengan menawarkan latihan kemahiran dalam bidang pengeluaran, pembinaan, pengangkutan, dan baik pulih kenderaan atau enjin supaya mereka dapat bersaing merebut peluang-peluang pekerjaan baru dalam persekitaran hidup yang baru ini.

Senario yang memperlihatkan usaha-usaha ke arah pembasmian kemiskinan terutama di kalangan komuniti termiskin di negara ini jelas menunjukkan yang komuniti ini tidak pemah diabaikan oleh pihak pemerintah. Pelaburan dalam modal flzikal, kewangan dan modal manusia telah banyak dilakukan bertujuan mengeluarkan komuniti terbabit daripada putaran ganas kemiskinan. Namun, sejauh mana us aha­usaha sebegini berjaya membuahkan hasil yang memberangsangkan perlulah diteliti dengan lebih mendalam.

85

Page 16: modal sosial daya saing ekonomi penduduk miskin di malaysia

M ustllffll 0",11' & Ishak russo!

Jadual2 membentangkan purata pendapatan bulanan isi rumah di keempat-empat pc:rkampungan yang terlibat dengan rancangan pc:tempatan semula komuniti ini. Sungguhpun menunjullan terdapat peningkatan dalam tingkat pc:ndapatan peserta. namun pada umumnya sebabagian besar komuniti terbabit masih berada di bawah garis kemiskinan. Malah. sebabagian besar peserta dalam RPS ini melaporkan projek yang dijalankan itu hanya sekadar mampu memberi mereka keselesaan dari segi tempat tinggal. Mereka masib lagi menghadapi masalah dari segi leeupayaan untuk menjana peluang-pc:luang ekonomi.

Selain itu mereka juga terpaksa menanggung kos-leos hidup baru yang membebankan. Bersabit dengan modal flZikal dan kewangan lain yang dilauur dalam kegiatan ekonomi, secara leeseluruhannya ia belum lagi memperlihatkan penambahbaikan leepada leedudukan ekonomi mereka. Hasil leeluaran daripada ladang lee lapa sawit masih ~lwn dapat diraih berikutan hale milik lee atasnya masih belum diserahkan leepada peserta projele ini. Hale milik ke alas tanah kelapa sawit tersebut hanya akan diserahkan setelah tarnat tempoh lapan tahun projek tersebut dimajukan oleh pihak pemaju yang dilantik oleh kerajaan negeri. Sementara menantikan basil keluaran ladang kelapa sawit tersebut rnatang, peserta dijangka akan merebut peluang bekeIja sebagai buruh upahan di ladang­ladang berdekatan. Mereka yang diberi latihan leemahiran melalui beberapa program latihan keusahawanan pula dijangka dapat meraih peluang pekerjaan dan pendapatan lebih baik di luar petempatan tersebul

Jadual2: Purata Pendapatan Bulanan lsi rumah Komuniti OrangAsli

Rancangan Peternpatan Pendapatan Pendapatan Peratus Sebelurn Selepas Perubahan

RPS (RM) RPS (RM) (%)

RPS Bukit Lanjan 750.00 46.00 (SuJru Temuan) 513.63

RPS Kg. Gerachi (SuJru Temuan) 237.50 416.10 752

RPS Kg. Pertak 193.00 292.50 (SuJru Temuan) 51.6

RPS Mukim Bekok (Suku Jakun) 325.00 460.00 41.5

Swnber. Kaj ian Dampak Ekonomi dan Sosiobudaya di RPS Orang Asli, 200 1-2003

86

Page 17: modal sosial daya saing ekonomi penduduk miskin di malaysia

Modal Sosial Daya Saing Ekonomi Penduduk Miskin

Namun begitu, realitinya tidaklah seindah seperti yang diharapkan. Perolehan pendapatan yang rendah memperlihatkan pelaksanaan RPS ini tidak banyak membawa penambahbaikan ekonomi kepada penduduk setempat. Ramai daripada penduduk setempat dinafikan peluang pekerjaan di kawasan ladang kelapa sawit berdekatan. Mereka sedar bahawa masalah yang wujud ini berkait rapat dengan sikap, prasangka yang sering diutarakan berkenaan Orang Asli yami mereka dianggap pemalas, kurang bersedia bekerja lebih masa, sentiasa ponteng kerja dan seumpamanya (Mustafa,2003). Sebaliknya, peluang pekerjaan lebih terbuka luas kepada pekerja warga asing dari Indonesia. Bagi yang menerima latihan kemah iran pula, pengalaman dan kemahiran yang ditimba tidak menjamin pekerjaan yang sewajamya. Ramai gagal memanfaatkan kemah iran yang dimiliki untuk berjaya atau berpeluang diserap ke dalam pekerjaan berikutan terdapatnya persaingan hebat daripada kaum-kaum lain.

Pemerhatian di atas membuktikan bahawa walaupun pelbagai us aha telah dijalankan pihak pemerintah dengan melakukan pelaburan dalam bentuk modal fizikal, kewangan dan manusia bagi meningkatkan tarafhidup penduduk termiskin di negara ini, sebahagian besar komuniti terbabit masih terus terperangkap dalam kemelut kemiskinan. Tidaklah dinafikan bahawa pegangan kuat kepada cara hidup lama boleh menyumbang kepada masalah ini tetapi kekangan dari segi kepercayaan (trust) dan kerjasama (cooperation) yang wujud di antara penduduk miskin ini dengan agensi­agensi tertentu juga tumt menyumbang kepada penerusan ini. Keadaan menjadi Iebih bermasalah berikutan keteroatasan penguasaan pendidikan di kalangan komuniti terbabit dan ketiadaan harta milikan peribadi. Kekangan-kekangan ini secara praktisnya menjadikan daya saing ekonomi mereka sering terhambat.Apatah Iagijaringan hubungan mereka pula agak terbatas terutama jaringan hubungan yang melibatkan hubungan menegak (vertical) dengan yang lebih berpengetahuan dan berpengalaman. Keadaan ini menjadikan daya saing ekonomi mereka terbantut, lantaran sukar bagi mereka membebaskan diri daripada gejala kemiskinan.

Kemiskinan dan kesempitan hidup di desa pula menjadi perangsang kepada penghijrahan ke bandar. Mereka yang berhijrah ini menaruh harapan untuk pekerjaan yang lebih baik dan pendapatan yang lebih tinggi. Keadaan ini telah mewujudkan masalah kemiskinan yang lebih serius di bandar-bandar kerana kebanyakan yang berhijrah itu tidak mempunyai tingkat pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh sektor ekonomi bandar. Tekanan hidup di bandar akibat kos sara hidup yang tinggi telah memburukkan lagi masalah kerniskinan yang berlaku. Keadaan ini telah meluaskan lagi kegiatan ekonorni yang bersifat tidak formal di kawasan bandar sebingga membawa kesan yang Iebih buruk dan mewujudkan Iebih banyak kolompok setinggan di kawasan berkenaan (Nor Aini Haji Idris & Ishak Yussof, 2(03).

Page 18: modal sosial daya saing ekonomi penduduk miskin di malaysia

"Iustaffa 0"'11' & Ishak russo!

A.~ALISIS KEPENTL~GA.~ MODAL SOSIAL

Pada umumnya. kerajaan telah memperuntullan antara 25 bingga 35 peratus daripada jumIah pcruntukan pcmbangunan negara untuk membiayai program-program membasmi kemiskinan sarna ada di desa ataupun di bandar-bandar. Rajah 2 di bawah menunjukkan pcruntukan pembangunan untuk membasmi kemiskinan telab meningkat seiring dengan peningbtan peruntukan untuk pembangunan lain di bawah setiap Rancangan Lima Tahun yang telah dan sedang dilaksanakan. Ini merupakan as~k modal fizikal yang dikatakan mempunyai perkaitan langsung terhadap keberkesanan pelaksanaan program-program pembasmian kemiskinan. Namun begitu. pendekatan modal sosial menunjullan bahawa tahap keberkesanan usaha ~mbasmian kemiskinan ini boleh di~rtingkatkan lagi dengan memperbaiki as~k-aspek yang berkaitan dengan modal sosial kelompok miskin tersebut.

2OO.oooJlO

.. 150.000 JIO ~ • ~ 100.000 JIO

5O.oooJlO

OJlO 1t.t1f.e.2 RM<e-3 RMI<a-4 ~Ka·5 RUKa-e RMK.·7 RMKa·8

(lG71.75) (lG78-80) (1G81·85) (1*-110) (lGG1·05) (1GQ8- (2000-2000) 20(5)

1--Perb!lanjun Pembanqunan -+- PetMlanj!an 8asrni Ktrriskinan -*-"' I Rajah 2: Peruntukan Pembangunan dan Peruntukan Pembasmian Kemiskinan

di bawah Rancangan Lima Tahun Negara

Swnber: Rancangan Malaysia (pelbagai tahun)

30

25

15

10

D

Walau bagaimanapun. agak sukar untuk membuktikan kebenaran hujah ini dengan bersandarkan data makro memandangkan sumber datanya agak terhad. Pembuktian secara cmpirik pula mungkin memerlukan suatu kajian mendalam di peringkat milcro ke atas aspek-aspek modal sosial terlibat. Namun begitu. percubaan

88

Page 19: modal sosial daya saing ekonomi penduduk miskin di malaysia

Modal Sosial Daya Saing Ekonomi Penduduk Miskin

awal menggunakan Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM) yang telah dihasilkan oleh Unit Perancangan Ekonomi boleh digunakan sebagai proksi untuk melihat perhubungan di antara modal sosial dan kemiskinan.

IKHM merujuk kepada suatu indeks yang dibentuk sebagai pengukur kepada perubahan yang berlaku dalam proses pembangunan dari pelbagai dimensi. Indeks yang pertarna kalinya diterbitkan pada tahun 1999 dan kemudiannya pada 2002 telah dibentuk menggunakan 10 bidang dan 38 petunjuk untuk mewakili ukuran agregat kualiti hidup (Malaysia, 1999,2002). Kualiti hidup didefmisikan sebagai merangkumi kemajuan diri, cara hidup yang sihat, akses dan kebebasan untuk memperolehi pengetahuan, tarafkehidupan yang melebihi keperluan as as individu, dan memenuhi keperluan psikologi untuk mencapai tahap kesejahteraan so sial yang setanding dengan aspirasi negara (Malaysia, 1999).

Di antara sepuluh bidang ini, terdapat dua bidang kualiti hidup dalam pengukuran IKHM yang boleh dijadikan proksi petunjuk kepada modal sosial, iaitu bidang Kehidupan Keluarga dan bidang Penyertaan Sosial Rajah 3 menunjukkan arah aliran indeks bagi kedua-dua bidang dalam indeks kualiti hidup tersebut bagi tempoh antara tahun 1990 hingga 2000.

IKHM bidang Penyertaan Sosial dan Kehidupan Keluarga sesuai dijadikan proksi kepada modal sosial. Komponen yang diambil kira dalam bidang Penyertaan Sosial itu meliputi aspek pengundi berdaftar dan keahlian dalam organisasi sukarela terpilih. Ini merupakan asas bagi kerjasama dan memperluaskan jaringan kerja. Manakala komponen Kehidupan Keluarga pula merangkumi aspek perceraian, berkeluarga danjenayahjuvenil. Kesemua komponen ini mempunyai perkaitan rapat dengan takrifan modal sosial yang telah dibincangkan di awal artikel ini. Secara umumnya Rajah 3 menunjukkan kedudukan kedua-dua indeks ini dalam keadaan meningkat,lantaran membayangkan kualiti hidup yang semakin baik.

89

Page 20: modal sosial daya saing ekonomi penduduk miskin di malaysia

MMstllffll 0",11' & Ishllk Yussof

1_ 1981 M: 1983 199& 1_ 19!16 .. 1988 1998 2<m

I-+-Penyertun Sos~ -e-Kehidupan Kelu~'A~ I

Rajah 3: lndeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM) Bidang Penyertaan Sosial dan Kehidupan Keluarga. 1999-2000

Sumber: Malaysia 1999 dan 2002

Untuk memahami pengaruh hubungan modal sosial terhadap masalah kemiskinan di kalangan ke1ompok miskin, satu analisis korelasi mudah telah dilakukan di antara data berikut: kadar kemiskinan kese1uruhan [MISKINS). kadar kemiskinan bandar [MISKJNB). kadar kemiskinan desa [MISKIND). peruntukan pembasmian kemiskinan [PERUN11JK). penyertaan sosial [SERTASOS] dan kehidupan keluarga [FAMILI). ladual3 mclaporkan hasil ujian analisis korelasi ke atas pembolehubah_ pembolehubah yang berkaitan. Hasil ujian menunjukkan bahawa MISKINS berhubungan positif dengan pembolehubah MISKINB dan MISKIND (masing-masing paras aras keyakinan S dan 1 peratus). Perhubungan ini adalah bersifat logikal memandangkan kadar kemiskinan bandar dan desa merupakan komponen utama yang membentuk kadar kemisldnan keseluruhan. Ini bermaksud. sekiranya berIaku pengurangan kadar kemiskinan bandar dania tau kadar kemiskinan desa. maka kadar kemisikinan keseluruhan akan turut berkurangan.

Page 21: modal sosial daya saing ekonomi penduduk miskin di malaysia

:g

Jadual3: Analisis Korelasi Masalah Kemiskinan Penduduk Miskin MISKINS MISKINB

MISKINS 1.000 .612* Pearson Correlation Sig.(2-tailcd) .045 N \I II MISKINSB .612- 1.000 Pearson Correlation Sig. (2-tailcd) .045 N II 1\

MISKIND .990" .715-Pearson Correlation Sig. (2-tailcd) .000 .013 N II II PERUNTUK .617- .212 Pearson COlTelation Sig. (2-tailed) .043 .531 N II II SERTASOS -.846-- -.638-Pearson Correlation Sig. (2-tailed) .001 .035 N II II FAMILI -.663- -.096 Pearson COlTelation Sig. (2-tailed) .026 .779 N 11 11

• Signifikan pada aras 5% (2-tailed). •• Signifikan pada aras 1 % (2-tailed).

MISKIND PERUNTUK SERTASOS .990" .617* -.846**

.000 .043 .001 \I II II

.715- .212 -.638*

.013 .531 .035 II \I II

1.000 .582 -.860*-

.060 .001 II II II .582 1.000 -.711-

.060 .014 II \I II

-.860*- -.711- 1.000

.001 .014 II 11 11

-.603- -.638- .692-

.050 .035 .018 11 11 II

FAMILI -.663-

.026 \I

-.01)6

.779 II

-.603-

.050 II

-.638-

.035 II

.692-

.018 II

1.000

II

~ ~ ~ ~ b

i ~ S·

011

~ g ~ -~ :I :-~ ~ "" r-

Page 22: modal sosial daya saing ekonomi penduduk miskin di malaysia

M 1IS1111111 0",11' & Ishak russo!

Hubungan yang lebih menarik dalam anal isis di atas adalah ditunjukkan oleh pembolehubah PERUNTUK., SERTASOS dan FAMILI. Jadual3 menunjukkan bahawa pc'runtukan pembasrnian kerniskinan adalah berhubung seeara positif dengan kadar kemiskinan keseluruhan (pada aras keyakinan 5 peratus). Keadaan ini membayangkan bahawa program pembasrnian kemiskinan yang dilaksanakan oleh pihak pemerintah melalui pendekatan modal flZikal berupaya mengurangkan kadar kerniskinan yang berlaku. Manakala bagi pembolehubah modal sosial (SERTASOS dan FAMILI), anal isis ujian korelasi menunjukkan bahawa berlaku hubungan song sang terhadap ketiga-tiga kadar kemiskinan (MISKINS, MISKlNB, MIS KIND) pada aras lceyakinan sekurang-lrurangnya 5 peratus. Keadaan ini membawa maksud bahawa peningkatan dalam indeks kualiti hidup dari segi penyertaan sosial dan kehidupan berkeluarga yang merupakan komponen penting modal sosial, berupaya mengurangkan rnasalah kemiskinan di negara ini seeara keseluruhannya, sama ada eli bandar rnahupun di luar bandar. Oleh itu, perhatian sarna berat perlulab diberikan terhadap pembentukan dan peningkatan modal sosial ini di kalangan penduduk rniskin agar lceberkesanan strategi dan program pembasmian negara dapat dipertingkatkan_

CADA."IGAN DAN 1~IPLIKASI DASAR

Perbincangan di atas jelas menunjukkan bahawa sejak 30 tahun yang tepas pihak pemerintah mempunyai komitmen yang tinggi dalam usaha membasmi kemiskinan mdalui pelbagai dasar, strategi dan program. Perangkaan mengenai kemiskinan nega.ra menunjullan berlalrunya pengurangan dari segi peratusan kelompok miskin dan terrniskin sarna ada di kawasan luar bandar mahupun bandar. Namun, penelitian dan pemerhatian lebih mendalam memperlihatkan bahawa masalah kemiskinan di kalangan rnasyarakat di bandar dan luar bandar rnasih berterusan. Jelasnya, sejak 30 tahun. lepas berikutan pengendalian sebahagian besar dasar, strategi dan program pembasmian kemiskinan didapati lebih tertumpu kepada pembangunan modal flZikal,. kewangan dan modal rnanusia, usaha-usaha sebegini kelihatan masih belum rnampu meningkatkan daya saing kelompok rniskin untuk menghadapi perubahan pesat sosiO­ekonomi yang berla1ru.

Diperhatikan dalam RMKe-8, penekanan terhadap modal sosial masih lagi longgar. Strategi utarna dalam Raneangan lima Tahun berkenaan hanya membeti tumpuan kepada aspek pengagihan pendapatan melalui beberapa strategi berikut (Malaysia 2001, ms. 77-78):

• Mengorimtasi semula program pembasmian kerniskinan untuk menguran&kan bdar kerniskinan kepada 0.5 peratus menje\ang tahun 2005.

92

Page 23: modal sosial daya saing ekonomi penduduk miskin di malaysia

Modal Sosial Daya Saing Ekonomi Penduduk Miskin

• Mempergiat usaha meningkatkan kualiti hidup terutarna di kawasan luar bandar dengan memperbaiki lrualiti kemudahan asas, perumahan, kesihatan, rekreasi, dan pendidikan.

• Memperbaiki pengagihan dan mengurangkan ketidakseimbangan pendapatan antara dan di kalangan kumpulan etnik, kumputan pendapatan, sektor ekonomi, wilayah, dan negeri.

• Mencapai penyertaan berkesan dan pemilikan ekuiti bumiputera sekurang­kurangnya 30 peratus menjelang tahun 2010 dalam konteks pertumbuhan ekonomi tanpa melibatkan penyusunan semula peringkat mikro bagi usaha niaga yang sedia ada.

• Membangunkan perusahaan bumiputera yang berdaya tahan dan mapan menerusi ~nilai dan sikappa;itifserta peningkatankeupayaankeusahawanan.

• MenyustDl sarula guna tenaga bagi rn:ocenninkankomposisi etnikpenduduknegara.

• Mewujudkan kumpulan berpendapatan pertengahan bumiputera yang lebih besar menerusi penekanan khusus kepada MPPB.

Dasar dan strategi di atas jelas kurang memberi penekanan terhadap kepentingan dan sumbangan modal sosial dalam usaha membasmi kemiskinan, sedangkan perbincangan sebelum ini menunjukkan trend pemikiran semasa di peringkat antarabangsa lebih cenderung memberi penekanan seimbang kepada pemupukan dan pemantapan modal sosial di kalangan ke1ompok miskin. Dalam membangunkan modal sosial komuniti, penekanan juga perlu diberikan terhadap pernbangunan individu sumber rnanusia melalui latihan dan pendidikan yang se1aras dengan perkembangan sosio-ekonomi masyarakat tersebut. Ini membolehkan ahli masyarakat terIibat terus dapat memanfaatkan peluang ekonomi sedia ada dan membolehkan juga jaringan komuniti dan infrastuktur yang telah dibangunkan menyokong penglibatan mereka. Selain daripada kemah iran dan pengetahuan, aspek sokongan lain yang penting seperti kewangan, jaringan pasaran, bekalan bahan input, dan kualiti keluaranjuga perlu diberikan perhatian.

Sehubungan dengan itu, penulisjuga menyarankan bahawa dalam usaha membasmi kemiskinan. strategi meningkatkan modal sosial di kalangan penduduk misldn perlu diberikan perhatian. Di samping usaha-usaha meningkatkan penguasaan mereka ke atas modal flzikal, kewangan dan modal manusia, beberapa langkah lain yang difikirkao sesuai untuk diberikan perhatian bagi meningkatkan day a saing ekooomi penduduk miskio pula perlulah diambil kira misalnya:

93

Page 24: modal sosial daya saing ekonomi penduduk miskin di malaysia

Mustaffa Ollla, & Ishalt Yusso!

• Mewujudkan mekanisme yang sesuai bagi membolehkan kelompok miskin yaJg tersisih ini dimasullan semula ke dalam sistem ekonomi fonnal yang meJiputi sektor kewangan, pendidikan dan governan.

• Menggalallan perubahan dalam sistem norma dan nilai penduduk miskin supaya bersifat lebih proaktif dan berdaya saing.

• Mewujudkan peluang penyertaan se\uas mungkin bagi penduduk miskin da1am aktiviti ekonomi.

• Menggalakkan hubungan sosial lebih meluas antara lrumpulan miskin dengan ke\ompok sosial 'berkuasa' terutama dalam bidang ekonomi, sosial dan juga politik.

Bagi merealisasikan cadangan ini, satu pelan tindakan berkesan dengan me1ibatkan kerjasama pintar sektor awarn, swasta dan badan buho kerajaan (NGO) di peringkat nasional perlu diwujudkan. Lebih mustahak lagi, dalam merangka strategi me1uaskan jaringan hubungan bersifat horizontal dan vertical di kalangan kelompok miskin, perhatian perlulah diberikan kepada usaha untuk meningkatkan daya saing ekooorni mereka. Mungkin konsep participatory dan smart partnership boleh diterjemahXan melalui persepakatan berbentuk koperasi.

KESIMPULAN

Modal sosial mernainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan daya saing ckonomi pcnduduk miskin. Namun begitu, dasar strategi dan rancangan untuk membasmi kcmiskinan di negara mi masih banyak memberi penekanan terhadap pembangunan modal flZikal, kewangan dan modal manusia. Keadaan ini sedikit sebanyak dilihat telah menyumbang kepada kegagalan beberapa rancangan pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan seta kat ini.

Scja jar dengan pemerllatian tersebut, kertas ini mengemukakan cadangan supaya modal sosial turut dimasukkan dalam dasar, strategi dan rancangan pcmbasmian kemisiJcian negara pada masa akan datang.

RUJUKAN

Aidit Ghazali. 2000. Model Pembasrnian Kemiskinan dari Perspektiflslam dan Pentafsi!an Semula Konsep Serta Takrif. Kertas kerja dibentangkan di Mu::a/carah Penggubalan Model Pembasmian Kemis/cinan Mengi/cut Perspekti/ Isla1l1. Institut Kefahaman Islam Malaysia: Kuala Lumpur.

94

Page 25: modal sosial daya saing ekonomi penduduk miskin di malaysia

Modal Sos;al Daya Saing Ekonomi Penduduk Miskin

Bates, R. 1989. The Structuring Influence of Capital in Societies Based on Kinship. Duke University Program in Political Economy; Durham NC, England.

Boenna, 1995. Rural Development and Social Capital. Poverty Net Home. fhttp://www.worldbank.ore!poverty!scapitaVtopic!rurall.htm).

Chamhuri Siwar. 2003. Pembasmian Kemiskinan Bandar dan Krisis Kewangan: Iso, Masalah, Prospek dan Cabaran. Nor Aini Haji Idris dan Chamhuri Siwar (ed). Kemiskinan Bandar dan Sektor TIdak Formal di Malaysia. 41-61. Penerbit UKM: BangL

Katz, T., & 1. Sara. 1998. Making Rural Water Supply Sustainable: Recommendations from a Global Study. UNDP-World Bank Water and Sanitation Programme:Washington DC.

Malaysia. 1999. Kualiti Hidup Malaysia (Malaysian Quality of Life), 1999. Unit Perancang Ekonomi, labatan Perdana Menteri, Percetakan Negara Bhd.: Kuala Lumpur. .

Malaysia. 200 1.Rancangan MalaYSia Ke-8 200/-2005. PercetakanNegara Bhd.: Kuala Lwnpur.

Malaysia 2002- Kualiti Hidup Malaysia (Malaysian Quality of Life), 2002. UnitPerancang Ekonorni, labatan Perdana Menteri, Percetakan Negara Bhd.: Kuala Lumpur.

Malaysia. 2003. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-8 2001-2003. PercetakanNegara Bhd.: Kuala Lumpur.

Mukhetjee, N., N. Maniphousay, & M. Seager. 1998. Rural Poor Choose Their Water and Sanitation Services in Lao PDR. Water and Sanitation Programme East-Asia and the Pacific. http://www.wsp.orglpublications/eapJao_rural.pdf).

Mustaffa Omar. 2003. Warga Orang Asli Menghadapi Cabaran Pembangunan. Prosiding Persidangan Kebangsaan: Cabaran Pembangunan Dilema Persekitaran. Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, FSSK, UKM. 12-13 September 2003: Bangi.

Narayan, D. 1995. The Contribution of People's Participation: Evidencefrom 121 Rural Water Supply Projects. World Bank: Washington DC.

Narayan, D. 1997. \bices of the Poor: Poverty arxl Social Capital in Tanzania Environmentally

95

Page 26: modal sosial daya saing ekonomi penduduk miskin di malaysia

MIISlal/1l 0",,,, & Ishak YIISSO!

and Socially Sustainable Development Networlc, Studies and Monograph Series No. 20. World Bank:Washington DC.

Nor Aini Haji Idris &. Ishak Yussof. 2003. Sektor Tidak F onnal dan Kemiskinan Bandar. Nor Aini Haji Idris dan Chamhuri Siwar (ed). Kem;skinan Bandar dan Sektor 7idak Formal di Malaysia. 2340. Penerbit UKM: Bangi.

Nor Aini Haji Idris &. Chamhuri Siwar. 2003. Kemiskinan Bandar dall Sektor 7idak Formal di Malaysia. Penerbit UKM: Bangi.

Portes,A. &. P. Landholt 1996. The Downside of Social Capital. The American Prospect. 26 (May-June), 94: 18-21.

Putnam, R. 1995. Bowling alone: America's Declining Social Capital. Journal of Democracy, 6( I ): 65-87.

Rodrik, D. 1997. Sense and Nonsense in the Globaliuttion Debate. Foreign Policy. 107: 19-34.

Serageldin, Ismail. 1996. Sustainability as Opportunity and the Problem of Social Capital. Brown Journal of World Affairs. 3(2): 187-203.

Townsend, R. 1994. Risk and Insurance in Village India. Econometrics. 62(3): 539-591.

Uphoff: N. 1986./mproving IntemaJionLJllrrigation Managemenl wiIh Fanner Participation: Getting the Process Right. Studies in water policy and management, no. 11. Boulder and London: Westview Press.

Uphoff, N., M. Esman, & A. Krishna.l997. Reasonsfor Hope: Instructive Experiences in Rural Development. West Hartford, Conn: Kumarian Press.

Uphoff: N., M. Esman, & A. Krishna. 1998, Reasons for Success: Learningfrom Instructive Experiences in Rural Development. West Hartford, Conn: Kumarian Press.

Van Weesep, J. &. R. Van Kempen. 1994. Gentrification and the Urban Poor: Urban Restructuring and Housing Policy in Utrecht. Urban Studies, 31(7): 1043-57.

Wilson, W. 1987. The Truly Disadvantage: The Inner City, The Underclass and Public Policy. Chicago: The University Chicago Press.

96