Minat membaca dikalangan rakyat malaysia -Rhe
-
Upload
mashran-saudin -
Category
Education
-
view
152 -
download
3
Transcript of Minat membaca dikalangan rakyat malaysia -Rhe
KAJIAN KURANG MINAT MEMBACA DIKALANGAN PENDUDUK KAMPUNG
SETERPA, KOTA BHARU, KELANTAN.
Provided by: Mashran Saudin & Abd Rahim Osman (MHRD/UPM)
1.0 Pengenalan
Belajar ketika zaman bekerja tidak sama dengan belajar semasa zaman kanak-kanak atau dengan
bahasa mudahnya zaman persekolahan dan juga zaman universiti, sebab cabarannya adalah
berlainan, ketika kita dibangku persekolahan cabaran kita adalah dari segi bangun pagi pergi ke
sekolah, masuk ke kelas dan mendengar apa yang diajar oleh guru, selepas itu guru memberi
latihan dan kita akan membuat latihan dalam kelas, jika tidak siap kita akan membawa latihan
yang diberikan oleh guru untuk siapkan di rumah, jika siap maka selesailah segala masalah. Jika
tidak siap maka keesokan harinya terpaksalah didenda oleh guru yang memberi latihan tersebut.
Dan itulah cabaran zaman persekolahan dalam proses pembelajaran tanpa memikirkan masalah
lain kerana masalah-masalah lain akan diselesaikan oleh ibu bapa kita tidak kira dari segi
masalah kewangan dan sebagainya. Berbeza pula apabila kita yang ingin meneruskan pengajian
di zaman dewasa kerana cabaranya adalah terlalu banyak serta setiap masalah kita mestilah
selesaikan dengan diri sendirinya tanpa boleh bergantung dengan orang lain.
Zaman dewasa cabaran meneruskan pembelajaran adalah terlalu banyak contohnya
seperti kekangan masa, ini disebabkan oleh masa yang kita ada adalah terhad kerana komitmen
kita adalah tinggi pada masa tersebut. Antara komitmen masa yang boleh dinyatakan disini
adalah seperti komitmen masa pada waktu kerja, kebiasaannya orang dewasa terpaksa
menghabiskan masa bekerja 8 jam sehari, selepas itu terpaksa memberikan masa pada keluarga
dan sebagainya. Persoalannya berapa banyak masa yang mampu diberikan kepada
1
pembelajarannya jika ia menyambung pengajian dan sebagainya, tidak kisah la ia secara formal
atau tidak formal, jadi cabarannya adalah sangat tinggi dalam memberi komitmen masa kepada
pembelajaran ketika di waktu dewasa. Cabaran lain yang dapat dijelaskan disini adalah seperti
kekanggan kewangan, ini disebabkan segala perbelanjaan terpaksa ditanggung sendiri oleh kita
jika ingin meneruskan pembelajaran kita ketika dewasa tidak kisahlah secara formal atau tidak
formal kerana setiap perkara memerlukan duit. Oleh sebab demikian, pendapatan kita terpaksa
kita bahagikan antara perbelanjaan keluarga, ibubapa, ansuran kereta, sewa rumah dan
sebagainya. Jika kita meneruskan pembelajaran maka kita akan menambah lagi satu kos dalam
pendapatan bulanan kita iaitu yuran pengajian, kos buku, alat tulis, perjalanan pergi dan balik
tempat pengajian dan sebagainya. Jika kita tidak mampu dari segi kewangan maka boleh
dikatakan kita tidak mampu untuk meneruskan pembelajaran.
Jadi apa yang boleh kita perkatakan adalah cabaran pembejaran masa dewasa adalah
sangat banyak dan rumit berbanding cabaran ketika di zaman remaja. Namun begitu terdapat
banyak kelebihan orang dewasa dalam bab belajar kerana beberapa faktor tertentu seperti yang
digariskan oleh Knowles (1990) (dalam Daffron (2012) seperti keperluan mengetahui dimana
orang dewasa suka untuk mengaitkan pembelajaran mereka kepada kehidupan. Mereka lebih
tertarik kepada bentuk pembelajaran aktif yang mempunyai makna dan tujuan.
Berbeza dengan kanak-kanak, mereka mempunyai peluang yang terhad untuk
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam konteks kehidupan sebenar. Orang
dewasa juga ada motivasi untuk belajar kerana bagi mereka untuk mendalami sesuatu ilmu
melalui pembelajaran daripada pendorong luaran seperti kenaikan pangkat dan gaji yang tinggi.
2
Walaubagaimanapun, pendorong dalaman merupakan faktor yang paling berpengaruh dalam
pembelajaran mereka. Faktor-faktor dalaman adalah seperti kualiti kehidupan. Faktor dalaman
inilah yang meningkatkan motivasi dan keinginan untuk meningkatka kualiti kehidupan kerana
dengan adanya tahap pembelajaran bermakna mereka telah maju satu tapak kehadapan. Perkara
lain yang mendorong untuk orang dewasa meneruskan pembelajaran mereka walaupun cabaran
yang besar adalah kesediaan untuk belajar, peranan pengalaman orang dewasa, konsep kendiri
orang dewasa dan akhir sekali orientasi kepada pembelajaran. Tetapi apa yang ingin
dibincangkan dalam penulisan ini bukanlah kelebihan yang mendorong orang dewasa untuk
belajar tetapi akan mengungkitkan isu cabaran penduduk kota bharu amnya dan kampong seterpa
khasnya dalam menghadapi pembelajaran dewasa. Dengan erti kata mudah, Program
Pendidikan Dewasa di Malaysia mampu menyelesaian isu utama rakyat Malaysia dalam
mendapatkan pendidikan dewasa.
3
2.0 Isu Dan Cabaran Program Pendidikan Dewasa Malaysia
Perkara utama yang ingin dibincangkan dalam penulisan ini adalah kemampuan program
pendidikan dewasa di Malaysia dalam menyelesaikan masalah kurang minat membaca
dikalangan penduduk kota bharu amnya dan penduduk kampung seterpa khasnya.
Mengenai cabaran utama masyarakat Malaysia didalam pembelajaran dewasa. Dalam kehidupan
bermasyarakat pendidikan tidak formal telah berlaku sejak zaman berzaman lagi sebagai
pusingan untuk meneruskan kehidupan dikenali sebagai pendidikan seumur hidup. Perubahan
yang berlaku di era globalisasi di mana ekonomi berteraskan ilmu pengetahuan menjadikan
pendidikan dewasa di Malaysia sebagai agenda kerajaan untuk mencorak modal insan mengikut
acuan semasa. Walaupun kadar celik huruf tinggi dan masyarakat Malaysia pandai membaca,
menulis dan mengira tetapi kita dapati mereka kurang berminat dan bersemangat untuk membaca
bagi meluaskan ilmu pengetahuan dan pemikiran mereka. Banyak institusi yang telah
mempelopori kursus pembelajaran sepanjang hayat namun tidak ada perubahan yang ketara
untuk mengubah persepsi negatif ini. Cabaran seterusnya ialah bagaimana untuk
membudayakan ilmu di dalam masyarakat bagi minat membaca dikalangan mereka serta
mewujudkan tahap pendidikan yang baik di negara kita yang kita lihat semakin hari semakin
merosot.
Kita kembali kepada konsep pembelajaran dewasa sebelum kita pergi lebih jauh lagi
tentang cabaran pembelajaran dewasa, konsep pembelajaran dewasa telah dirumuskan secara
sistematis sejak sekian lama, boleh dikatakan semenjak awal tahun sembilan belas dua puluhan
lagi. Boleh dikatakan pembelajaran dewasa adalah suatu proses yang menumbuhkan keinginan
untuk bertanya dan belajar secara berkelanjutan sepanjang hidup. Bagi orang dewasa belajar
4
berhubungan dengan bagaimana mengarahkan diri sendiri untuk bertanya dan mencari
jawabannya (Pannen dalam Supriantono, 2008).
Supriantono mendefinisikan pendidikan orang dewasa adalah keseluruhan proses
pendidikan yang diorganisasikan apapun isi, tingkatan, metodenya, baik formal atau tidak, yang
melanjutkan maupun menggantikan pendidikan semula di sekolah, akademi dan universiti
latihan kerja, yang membuat orang yang dianggap dewasa oleh masyarakat mengembangkan
kemampuannya, memperkaya pengetahuannya, meningkatkan kualifikasi teknis atau
profesionalnya, dan mengakibatkan perubahan pada sikap dan perilakunya dalam persfektif
rangkap perkembangan peribadi secara utuh dan penyertaan dalam pengembangan sosial,
ekonomi, dan budaya yang seimbang dan bebas.
Pendidikan yang bersifat liberal atau terbuka yang diadakan di waktu kelapangan yang
seseorang dewasa boleh memperbaiki dan meluaskan pengetahuan, kemahiran atau hobinya.
Coles (1972) dlm Ibrahim (1992; 78) mentakrifkan pendidikan dewasa sebagai pendidikan untuk
orang dewasa lelaki dan perempuan bagi memenuhi keperluan dan minat yang pelbagai menurut
tahap kebolehan dan kefahaman dan bagi mengisi perubahan peranan dan tanggungjawab dalam
kehidupan. Dalam konteks Malaysia, pada tahun 1960-an pendidikan dewasa mempunyai
objektif utama untuk membasmi buta huruf di kalangan kaum dewasa, khususnya mereka di
kawasan luar bandar.
Pendidikan dewasa telah memperkenalkan bidang objektif yang luas dan didefinisikan
seperti berikut, “semua aktiviti pembelajaran yang diikuti adalah bertujuan untuk menambah
5
pengetahuan, kemahiran-kemahiran dan tahap kecekapan setiap orang, atau perspektif yang ada
hubungan dengan pekerjaan”(European Commission, 2001). Cabaran yang sedang ditangani oleh
kerajaan Malaysia ialah untuk membenteras buta huruf dikalangan orang-orang dewasa.
Kumpulan ini tidak berpeluang mengikuti pembelajaran formal diperingkat kanak-kanak dan
remaja disebabkan oleh faktor penjajahan, kemiskinan dan persekitaran yang jauh dari
pembangunan. Kita berasa sungguh bangga kerana mendapat pengiktirafan oleh badan antara
bangsa seperti UNESCO kerana kadar buta huruf merupakan yang terendah di dunia.
Disebaliknya sikap kurang membaca dikalangan rakyat negara ini sangat ketara apabila
diberitahu bahawa hanya membaca purata setengah halaman dalam setahun. Sufean Hussin
(2004) menjelaskan bahawa sebahagian besar daripada masyarakat kita pandai membaca, pandai
menulis dan pandai mengira tetapi mereka tidak ada minat dan semangat membaca untuk
meluaskan ilmu pengetahuan dan pemikiran mereka. Sistem pendidikan selalu dilihat sebagai
proses pembudayaan atau pemasyarakatan (Abd. Rahim, 2003). Nampaknya selepas 50 tahun
kemerdekaan masyarakat masih kurang membaca, dimanakah silapnya?
Cabaran seterusnya ialah bagaimana untuk membudayakan ilmu di dalam komuniti
setempat. Membudaya di sini membawa maksud supaya menjadi amalan dalam hidup.
Natijahnya akan berlaku sesuatu perubahan dalam kehidupan hasil dari pemerolehan dan
perkembangan ilmu pengetahuan. Inilah budaya yang hidup subur dan berkembang di negara
maju. Banyak lagi yang perlu dilihat dan dipertontonkan kepada kita mengapa barat berjaya
membudayakan ilmu sedangkan masyarakat kita masih meraba-raba menuju kearah yang sama.
Persoalannya disini, apakah masalah utama yang menyebabkan mereka kurang minat membaca,
6
adalakah bahan bacaan yang ada kurang berkualiti? Atau adakah bangsa ini tidak mampu
mengubah kehidupan yang baik kepada yang lebih baik sedangkan dunia pada masa kini
semakin hari semakin berkembang dan masyarakat kita akan sentiasa akan ketingalan jauh.
Persoalannya masih adakah langkah-langkah yang dapat mengubah budaya yang kurang
membaca kepada yang rajin memabaca, sudah semestinya setiap masalah akan ada jalan
penyelesaiannya.
Sampai bilakah kita mahu membiarkan masyarakat kita digelar masyarakat yang tidak
mengutamakan ilmu pengetahuan, terpaksa menerima gelaran masyarakat primitif atau andaian
katak di bawah tempurung. Budaya ilmu juga memungkinkan kewujudan sebuah masyarakat
yang mempunyai padangan dunia yang lebih luas, iaitu pemikiran yang lebih terbuka. Dari
persfektif yang lain pendidikan semestinya dijadikan satu proses yang berterusan dalam
kehidupan setiap insan. Pendidikan memainkan peranan yang besar dalam pembentukan generasi
akan datang serta pencapaian objektif negara. Semakin maju sesebuah negara maka semakin
meningkat permintaan untuk tenaga mahir dan yang berpengetahuan. Tidak boleh dinafikan
bahawa budaya membaca merupakan wahana utama bagi menerap idea-idea baru, teknologi
terkini, dan menerapkan kepakaran dalam masyarakat.
Jika kita lihat pada masyarakat Malaysia pada hari ini kita dapati bukan agenda utama
mereka dalam membudayakan membaca dalam kehidupan harian mereka berbanding dengan
masyarakat lain. Tetapi satu kelebihan masyarakat kita, kita dapati mereka cenderong kepada
budaya minat untuk mendengar kuliah dan ceramah-ceramah di masjid dan sebagainya. Dengan
7
budaya yang bagus sebegini bolehlah kita dedahkan atau memberi suntikan semangat untuk
menghidupkan budaya membaca dikalangan mereka.
Disamping itu, sebilangan besar tanggapan masyarakat terhadap mutu pendidikan di
negara kita, Malaysia ialah kegagalan mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian. Kalaulah
pandangan ini diterima pakai sebagai ukuran, maka sampai bila pun kita tidak mampu
meletakkan mutu pendidikan separas dengan negara maju di dunia. Minat untuk mempelajari
sesuatu merupakan sifat yang utama dalam pembangunan modal insan. Individu atau pekerja
yang berminat ialah pekerja yang produktif (Mahmood Nazar, 2005). Hal ini bertentangan
dengan realiti akibat kurang berminat untuk menambah ilmu pengetahuan, kita dapati ramai
rakyat Malaysia terutamanya suri rumah tidak mempunyai pengetahuan teknologi dan lebih
bergantung kepada pihak lain. Misalnya, sebagai pengguna peralatan elektrik dirumah mereka
tidak pandai membaiki peralatan yang rosak walau pun diperingkat yang asas sahaja. Petunjuk
ini amat berbeza dengan ketara jika dibandingkan dengan suri rumah di negara maju yang
mempunyai pengetahuan asas dari aspek teknologi yang memungkin mereka tidak bergantung
kepada pihak lain. Perubahan pada tahap individu ini bergantung kepada penguasaan kemahiran
baru, pembentukan sikap baru, serta pembentukan pemahaman baru, Ini seharusnya merupakan
proses pembelajaran sepanjang hayat yang kurang diamalkan oleh suri rumah di negara ini.
8
3.0 Sasaran Kajian
Kajian ini dijalankan terhadap beberapa orang di Perkampungan Seterpa, perkampungan seterpa
terletak di bawah daerah kota bharu. Jarak kampong seterpa ke pusat Bandar ialah 20 km.
perkampungan seterpa mempunyai penduduk seramai 18 ribu orang dengan keluasan 15000
hektar. Penduduk disisi majoriti bekerja sendiri seperti petani, peniaga, tukang rumah dan
sebagainya. Manakala sebilangan kecil daripada mereka adalah kakitangan awam.
4.0 Faktor-Faktor Utama Kurang Minat Membaca Dikalangan Penduduk
1. Tidak menjadi budaya untuk membaca
Mungkin kerana masa kita dihabiskan untuk bekerja dan berada di jalanraya untuk ke tempat
kerja. Apabila kembali ke rumah, penat dan letih. Mungkin juga kerana semasa di bangku
sekolah, tidak ditekankan kepentingan membaca. Mungkin juga kerana pengaruh ibu bapa atau
keluarga yang tidak menitikberatkkan budaya membaca. Tidak pernah dihadiahkan buku, dan
tidak pernah terfikir bahawa buku itu penting dan membaca itu penting. Mungkin juga kerana
pengaruh media massa yang semakin menjauhkan penontonnya dengan buku, sebaliknya
menjadikan artis itu sebagai idola utama mereka.
2. Pengaruh suasana dan faktor sekeliling
Mungkin telah menjadi amalan kita untuk membaca dalam keadaan sunyi. Sepertimana yang
seringkali menjadi amalan di dalam sesebuah perpustakaan yang suruh diam. Tidak salah. Tetapi
kesannya secara tidak sedar ialah kita turut terpengaruh untuk membaca di dalam keadaan sunyi.
Kerana itulah agak sukar untuk kiat membaca di dalam LRT, bas atau tempat-tempat awam.
Malah mungkin persepsi orang ramai bahawa orang yang membaca (terutamanya di tempat-
9
tempat awam) adalah untuk menunjuk-nunjuk, dan memberikan gambaran ‘negatif’ bahawa
pembaca itu ‘ulat buku’ yang tidak boleh dibuat kawan (kerana hanya berkepit dengan buku).
Ulat buku mungkin dianggap anti-sosial atau anti sukan.
3. Harga buku yang dianggap mahal
Mungkin ini juga antara faktor utama untuk tidak membaca. Harga buku yang mahal mungkin
disebabkan oleh beberapa faktor lain seperti kadar tukaran wang asing yang tinggi yang
menyebabkan harga buku import menjadi mahal, kos penerbitan dan percetakan yang tinggi, dan
keengganan kita sendiri untuk keluarkan wang dari saku untuk membeli buku.
4. Merasakan ketidakpentingan membaca
Mungkin sifat untuk merasakan tidak ada kepentingan untuk membaca merupakan antara faktor
utama rakyat Malaysia kurang membaca. Sama ada sebagai seorang bekas mahasiswa universiti
atau bekas pelajar sekolah, kebanyakkan daripada kita tidak mahu memegang buku apatah lagi
membacanya. Ini juga satu kemungkinan. Kerana daripada pemerhatian saya, terutamanya dari
kenalan-kenalan saya, didapati amat kurang daripada mereka yang mahu membaca. Dan tidak
ada satu perasaan untuk membaca. Sehingga seterusnya memberikan alasan kerana pengaruh
masa (kerja) yang membatasi mereka daripada membaca. Mungkin kerana memikirkan bahawa
buku tidak akan memberi sebarang faedah secara langsung kepada mereka, jika dibandingkan
dengan perkara-perkara lain. Misalnya, dengan membeli kereta (atau bertukar-tukar kereta),
secara langsung memberikan kepuasan kepada mereka dari segi nilai estetik dan kemewahan.
10
5.0 Kesimpulan
Sebagai ahli masyarakat tidak kira guru, peguam, penyelia asrama, kerani atau pensyarah, kita
seharusnya mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan budaya membaca dan manafaat yang
kita perolehi dan genarasi seterusnya dapat menikmati manafaatnya. Masyarakat seharusnya
berupaya mengamalkan budaya membaca pada tempat yang sesuai dan betul kaedahnya.
Masyarakat perlu memahami dan dapat menilai kebaikan yang bakal diperolehi dengan amalan
minat membaca. Kita perlu menunjukkan profesionalisme yang tinggi dalam profesion ini
supaya disanjung oleh semua masyarakat dan profesion lain. Sebagai ahli masyarakat, kita juga
tidak seharusnya berpuas hati setakat pendidikan yang dimiliki.Seharusnya kita sentiasa perlu
berusaha untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang terkini.Oleh itu, kita
perlu belajar lagi dan mempertingkatkan pencapaian akademik kepada tahap yang tertinggi.
Selepas lima puluh tahun mencapai kemerdekaan, berbagai institusi pendidikan ditubuhkan
malah setiap kementerian mempunyai institusi latihannya tersendiri namun jurang kemajuan
antara kaum masih besar terutamanya dalam bidang pendidikan, ekonomi dan pembangunan
wilayah.
Kerajaan hari ini melihat bahawa budaya membaca sangat penting terutamanya
menjadikan modal insan berminda kelas pertama. Menanam minat membaca mestilah
menyeluruh terutamanya di kawasan luar bandar dan pendalaman negara. Semua golongan sama
ada yang bekerja, tidak bekerja, pesara dan warga emas mestilah berilmu pengetahuan dan boleh
menyumbang sesuatu kepada negara terutama dalam bidang pendidikan dan ekonomi. Institusi
pendidikan seperti sekolah hanya dilihat sebagai pusat pembelajaran formal yang berorientasikan
peperiksaan tidak diberi peluang untuk sama-sama menyumbang kepakaran dalam pendidikan
11
tidak formal terutama pendidikan orang-orang dewasa. Sudah tiba masanya institusi pendidikan
yang berpengaruh seperti sekolah dalam komuniti setempat terutamanya di kawasan luar bandar
diberi peluang sama-sama membangunkan modal insan. Bagi merealisasikan harapan ini
kepimpinan sekolah seperti guru besar haruslah berperanan memikul tanggung jawab tersebut.
Bagi tujuan itu mereka perlulah menempatkan diri mereka dalam kepimpinan komuniti setempat.
Melalui cara ini mereka berperanan untuk bersama-sama membantu membangunkan modal insan
dalam komuniti setempat.
12
TAJUK: FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KURANG MINAT MEMBACA : KAMPUNG SETERPA, KOTA BHARU, KELANTAN.
Provided By: Mashran Saudin & Abd Rahim Osman
1.0 Pengenalan
Rasa malas membaca bukanlah satu masalah baru bagi masyarakat Malaysia hari ini. Walau pun
ramai cerdik pandai cuba mencari solusi untuk mengatasi rasa malas membaca tetapi solusi yang
diterapkan tidak pernah memberikan manfaat yang besar untuk kehidupan mereka. Rasa malas
itu sudah berurat akar di dalam darah masyarakat. Akhirnya mereka hanya menikmati prestasi
kecil dalam kehidupannya. Masyarakat harus sedar, kalau ingin menjadi orang yang Berjaya
sudah semestinya mereka haruslah memiliki sikap disiplin yang tinggi. Di mana tidak ada
sedikit pun sifat malas dalam diri untuk membaca demi pembangunan diri. Orang yang sangat
disiplin dan mempu mengatasi kebiasaan malas yang mereka miliki akan memperolehi kualiti
hidup yang tinggi.
Kurang membaca juga, dilihat antara punca menjadikan sebilangan pelajar universiti
bertindak secara emosi dan agresif apabila berdepan dengan sesuatu. Yang Dipertua Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata,
sebilangan pelajar universiti dilihat lebih terangsang dengan isu-isu yang bersifat sentimen
kerana mereka tidak mahu berfikir dan kurang ilmu disebabkan malas membaca. Kekurangan
ilmu mendorong pelajar melakukan perbuatan yang tidak bertamadun. Sifat malas membaca
yang kini menjadi penyakit sebahagian pelajar universiti merupakan antara punca keruntuhan
tamadun Islam yang gemilang pada satu ketika dahulu.
2.0 Objektif
13
Adalah untuk mengetahui faktor mengapa penduduk Kampung Seterpa, tidak minat membaca.
Kajian ini menggunakan kaedah temubual dengan 10 orang sampel yang diambil dari penduduk
Kampung Seterpa.
3.0 Faktor-Faktor
Membaca merupakan satu aktiviti yang sangat mudah dan murah yang pasti akan memberi
banyak manfaat kepada manusia. Sungguhpun begitu, kebanyakan orang masih enggan untuk
membaca. Malalui pemantauan saya dengan menemubual beberapa orang (10 orang) penduduk
kampung Seterpa, Kota Bharu,mendapati fenomena ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor.
Antaranya;
3.1 Malas
Rasa malas adalah salah satu bentuk prilaku yang suka menangguh. Bila kita suka menangguh
maka kita pasti dekat dengan sifat malas. Cara paling efektik untuk mengatasi permasalahan ini
adalah melakukan keupayaan nyata dengan tepat untuk membentuk prilaku baru yang boleh
membantu kita memiliki rasa disiplin dalam diri untuk membaca. Malas hampir menjadi masalah
bagi kebanyakan orang untuk membaca. Malas ini adalah disebabkan oleh minat dan motivasi
yang rendah dalam diri seseorang. Selain minat dan motivasi yang rendah, kecenderungan orang
tidak memiliki keghairahan dalam membaca. Jika perkara ini sudah menjadi darah daging atau
sebati dalam diri seseorang maka rasa malas akan semakin kuat. Dari situ rasa enggan untuk
membaca juga akan semakin besar.
14
Selain dari itu, melalui pengamatan saya dengan menemubual sebilangan penduduk
kampong Seterpa, penyebab kepada malas membaca adalah tidak adanya tujuan yang spesifik
dan jelas mengapa mereka perlu membaca. Ini kerana mereka tidak pernah didedahkan dengan
kepentingan membaca. Mereka tidak mengetahui apa manfaat dan aplikasi daripada pembacaan
dalam kehidupan harian mereka. Maka tidak heranlah, membaca menjadi proses yang sangat
membosankan bagi mereka. Situasi sebegini membuatkan penduduk kampong Seterpa merasa
malas untuk membaca kerana dianggap tidak memberi keuntungan kepada kehidupannya.
3.2 Tidak tahu cara membaca buku yang efektif
Ketika kita melihat buku yang begitu tebal, mula muncul dalam fikiran bahawa akan mengambil
banyak waktu untuk membaca buku tersebut. Terlebih lagi apabila buku itu tidak mempunyai
gambar atau objek yang boleh mendatangkan minat untuk membaca. Keadaan sebegini telah
mewujudkan keengganan untuk membaca semakin menebal di kalangan penduduk kampong
tersebut. Justeru itu, mereka mula buku itu kembali dan tidak jadi membacanya.
Oleh yang demikian, kita perlu tahu cara membaca buku yang efektif seperti, bagaimana
untuk membaca cepat. Dengan memiliki kemampuan membaca cepat, kita tidak akan takut
membaca buku, karana membaca buku yang tebal dapat kita lakukan hanya dengan mengambil
masa yang sekejap saja.
3.3 Tidak mengetahui manfaat membaca
15
Kebanyakan orang membaca buku karana ada tujuan tertentu misalnya mengerjakan tugas
sekolah, tugas kuliah atau hanya sekadar untuk cari hiburan, tanpa tahu manfaat yang akan
mereka ambil dari membaca. Yang paling menyedihkan lagi ada orang yang bertanya-tanya
“Apakah yang diperolehi oleh orang-orang yang gemar membaca buku, apakah ia akan menjadi
orang kaya, orang terkenal seperti para pemain bola sepak atau para artis”.
Bagi penduduk kampong seterpa, mereka hanya bekerja sebagai petani dan buroh binaan
tidak perlu membaca. Pemikiran mereka yang sebegini, akhirnya telah membawa kepada
keengganan untuk membaca. Mereka merasakan tidak ada tujuan jika membaca, di mana mereka
beranggapan tugasan harian mereka tidak perlu membaca.
3.4 Pengurusan Masa
Pengurusan masa ini berkaitan dengan bagaimana seseorang mengisi waktunya setiap hari.
Ramai orang menjalani rutin yang sama setiap hari, kecuali di hari minggu atau hari cuti am.
Dalam menjalani rutin setiap hari, sebenarnya ada waktu yang terluang yang boleh digunakan
dengan baik. Namun sayangnya hal ini tidak pernah diuruskan sebaik rupa. Mereka lebih
cenderung membuang waktu yang terluang tanpa melakukan aktiviti yang bermanfaat untuk
dirinya. Bahkan sangat mustahil dalam fikiran mereka untuk membaca buku, di mana tidak ada
di dalam daftar kegiatan penting jadual harian mereka.
Saya melihat penduduk kampong Seterpa, tidak mempunyai kemahiran dalam
pengurusan masa, sedangkan mereka mempunyai banyak masa untuk membaca. Sebaliknya
mereka lebih cenderung untuk menghabiskan masa mereka di kedai-kedai kopi (restoran) dengan
berbual kosong. Aktiviti mereka ini juga terkadang melampaui batas-batas sebagai seorang
16
muslim di mana keasyikan mereka berbual kosong telah membawa mereka lupa akan
tanggungjawap menunaikan solat. Tegasnya di sini, aktiviti mereka telah meletakkan mereka
berada dalam kerugian.
3.5 Latar belakang pendidikan
Memang tidak menjadi jaminan seseorang yang memiliki latar belakang pendidikan tinggi pasti
suka membaca, dan yang memiliki latar belakang pendidikan rendah tidak suka membaca.
Namun yang perlu kita fahami, kecenderungan untuk membaca buku akan lebih besar dimiliki
oleh orang yang memiliki latar belakang pendidikan yang cukup. Kalaupun ada orang yang
berlatar belakang pendidikan rendah suka membaca buku, saya rasa kebarangkaliannya adalah
kecil.
Apa yang boleh saya rumuskan di sini, melalui pengamatan saya dalam temubual dengan
penduduk kampong Seterpa, rata-ratanya memperlihatkan mereka semua mempunyai tahap
pendidikan yang rendah. Situasi tahap pendidikan yang rendah telah menyebabkan mereka
berperasaan malas untuk membaca.
3.6 Penerapan Budaya Membaca
Satu lagi faktor yang dapat dikesan melalui temubual saya mengenai, mengapa seseorang malas
membaca ialah, mereka tidak terbiasa membaca sejak kecil. Mereka menyatakan bahawa mereka
tidak diasuh supaya membaca semasa mereka kecil. Justeru itu, apabila mereka besar, perasaan
malas untuk membaca mula timbul. Budaya membaca memang belum pernah diwariskan nenek
17
moyang kita. Kita hanya biasa mendengar berbagai kisah, adat-istiadat secara verbal yang
dikemukakan oleh orang tua dan tokoh masyarakat.
Seseorang yang memiliki budaya membaca sejak kecil akan lebih suka membaca, kerana
membaca sudah menjadi sebahagian dari perjalanan hidup yang dilalui sejak kecil. Hal ini jelas
berbeza dengan orang yang dari kecil tidak terbiasa membaca. Saya sendiri pernah merasakan
bagaimana sulitnya pertama kali membiasakan diri untuk membaca. Rasa malas untuk membaca
sering muncul setiap kali ingin membaca.
3.7 Media
Media dalam pengamatan saya merujuk kepada, persaingan antara media masa dengan buku,
khususnya media elektronik seperti televisyen dan radio. Kedua-duanya berlumba untuk
menyajikan berbagai program hiburan dan menarik minat para penonton dan pendengar, yakni
tidak menayangkan program-program khas yang mendidik dan membina. Keadaan yang seperti
ini jelas mempengaruhi minat seseorang untuk membaca, karana naluri manusia akan lebih
memilih hiburan dari pada membaca buku. Hanya orang-orang yang punya komitmen tinggi
yang boleh memilih bila masa dia akan mencari hiburan dan bila dia harus membaca.
Apa yang saya ingin tegaskan di sini ialah, dengan penyajian program-program tersebut
penduduk kampung seterpa telah menyatakan “buat apa mereka perlu membaca kerana di dalam
TV dan corong radio telah tersedia maklumat-maklumat yang mereka kehendaki”. Sugguh pun
begitu, mereka perlu sedar, terkadang maklumat dalam media kurang tepat terutamanya dalam
pengiklanan. Syarikat pengeluar produk hanya untuk promosikan produk mereka bagi
melariskan jualan mereka sahaja.
18
4.0 Kesimpulan
Membaca merupakan aktiviti pengembangan diri, dengan membaca apa-apa jenis buku kita pasti
beroleh menafaat. Kita hari ini sangat sedih dengan minat membaca anak-anak kita yang ternyata
sangat kurang. Bayangkan, jika anak-anak kita sudah terlanjur dengan teknologi Canggih
misalnya HP Android, HP Ipad, HP I-Phone , dan barang mewah lainnya. tetapi, sayang sekali
minat membacanya sangat minima akibat adanya barang-barang tersebut, sungguh pun kekadang
membaca itu banyak memberi manfaat yang boleh diambil. Contohnya kita boleh mengambil ide
dari membaca, Majalah, Buku Novel, Buku Pengembangan diri, , Kamus, dan masih banyak lagi
buku baik lain. Dalam kehidupan kita, kalau mahu menambah ilmu, sudah pasti jawapnya adalah
dengan membaca buku.
Hari ini juga kita perlu sedar, kalau kita malas membaca buku dari sekarang, maknanya
kita akan ketinggalan dan kemungkinan besar akan terjerumus ke dunia kebodohan. Membaca
memang sangat penting untuk menambahkan kreativiti kita yang boleh di guna pakai di dunia
yang nyata misalnya dalam Dunia Organisasi, Dunia Kerja, Dunia Perniagaan dan sebagainya.
Justeru itu, mulai hari ini mari kita buat sebuah komitmen untuk mengatasi masalah yang
menyebabkan kita malas untuk membaca. Kerana dengan membaca kita akan menjadi orang
berpribadi yang unggul dan cerdas.
Tugasan III
PENGHASILAN MODUL
19
1.0 Pengenalan
Kemajuan negara bergantung kepada ciri-ciri kecemerlangan yang ada pada rakyatnya. Modal
insan bertindak sebagai penggerak kepada pembangunan. Menurut kepada Teras Kedua Misi
Nasional yang dimuatkan di dalam Rancangan Malaysia ke-9, ditegaskan bahawa “kejayaan
negara bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki”. Cabaran-cabaran seperti perubahan
pengetahuan ekonomi global, perkembangan teknologi yang pantas serta persaingan yang sengit
dalam sektor pekerjaan mendesak kita supaya sentiasa memperbaharui pengetahuan dan
kemahiran yang sedia ada. Dalam hal ini, Pembelajaran Dewasa berperanan besar dalam
menggilap kemampuan dan mencapai kegemilangan di mana ianya akan menjadi nadi
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).
Di Jepun, kesedaran tentang kepentingan PSH menyebabkan tercetus fenomena
‘employability fever’ pada awal tahun 2000. Telah dilaporkan bahawa seorang jurutera Jepun
berumur 34 tahun mengumpul lebih 50 sijil kemahiran sebagai ‘job protection’. Di China,
seorang ahli fizik komputer bernama Wang Zhen telah mengikuti lebih 40 program MOOC
(Massive Open Online Learning). Beliau telah mengambil kursus dalam Big Data untuk
membolehkannya mencari pekerjaan baru mengikut keperluan pasaran semasa.
Pembudayaan PSH memberi peluang kepada rakyat memperkasakan diri. Sebagai
contoh, inisiatif Accreditation of Prior Experiential Learning atau APEL membolehkan rakyat
melanjutkan pendidikan ke institusi pengajian tinggi dengan menggunakan pengalaman
pekerjaan sebagai kelayakan kemasukan. Ini bukan sahaja membolehkan rakyat meningkatkan
ilmu, tetapi juga meningkatkan kualiti kehidupannya dalam jangka masa panjang.
20
Ramai antara kita mencintai ilmu. Ramai juga golongan yang telah pencen dan ingin
mencari ilmu dan kemahiran baru untuk kepuasan diri. Kursus-kursus PSH yang ditawarkan di
Kolej Komuniti seperti memasak kek kukus (Gula hangus), jahitan kreatif (jahitan tudung 2
lapisan, tudung lycra bertingkat), membuat Powerpoint professional dan sebagainya tersedia
untuk dimanfaatkan rakyat. PSH adalah sebahagian daripada “proses pendemokrasian
pendidikan” yang merangkumi program menjana pengetahuan, kemahiran dan kompetensi. Ini
adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia dalam melaksanakan penambahbaikan kepada
sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat pra sekolah hinggalah ke tertiari,
termasuk vokasional. Menjelang tahun 2020, unjuran penduduk Malaysia adalah seramai 34.2
juta dan golongan pekerja yang berada dalam lingkungan umur antara 15 hingga 64 tahun adalah
seramai 26.2 juta orang. Golongan pekerja inilah yang perlu kita mahirkan melalui PSH.
Sebahagian besar tenaga kerja di negara ini terdiri daripada kelompok yang tidak berkemahiran
tinggi dan jika tidak dipertingkatkan, kita akan terpaksa menerima lebih ramai tenaga mahir dari
luar yang sekaligus merencatkan usaha pembangunan tenaga kerja yang mahir dan berkualiti di
kalangan rakyat.
2.0 Objektif
21
Melahirkan masyarakat yang suka membaca. Bagi mencapai objektif ini beberapa pendekatan
atau kaedah perlu di susun secara holistik. Ini adalah bertujuan bagi menggalakkan rakyat minat
atau cinta akan aktiviti membaca.
3.0 Kaedah-Kaedah
3.1 Bahan Bacaan
Bahan bacaan merupakan salah satu strategi untuk menarik minat rakyat untuk membaca. Bahan
bacaan yang difokuskan di sini adalah bahan yang mudah difahami dan tidak membebankan
fikiran. Bahan bacaan seperti majalah digital, e-Magazine dan buku elektronik, e-Book
merupakan bahan bacaan yang mudah dibaca dan dibawa dalam semua keadaan dan tempat.
Keadaan ini sudah pasti mempengaruhi minat membaca seseorang. Selain itu, bahan bacaan juga
perlu dilengkapi dengan gambar atau imej yang menarik untuk mempengaruhi minat pembaca.
3.2 Strategi Membaca
Strategi membaca yang tepat adalah salah satu solusi untuk mengatasi kebiasaan malas membaca
di sekolah atau pun di rumah. Ini sangat bermanfaat kerana akan memudahkan kita dalam
membaca. Contohnya, bagi menghafal akan menjadi sukar jika menggunakan kaedah yang biasa
digunakan. Tetapi jika menggunakan kaedah yang berbeza yakni menggunakan kemampuan
yang dimiliki akan memudahkan kita untuk mengingati apa yang telah dihafal.
22
Kaedah yang betul dalam membaca sangat berkeupayaan mempengaruhi perasaan malas
seseorang. Mereka tahu memilih dan menggunakan strategi membaca yang berkesan untuk
menyelesaikan perasaan malas tersebut. Oleh sebab pentingnya strategi membaca kepada
pembaca, banyak kajian telah dilakukan terhadapnya sejak tahun 1960-an lagi. Oleh itu, banyak
metodologi baharu diperkenalkan untuk memperoleh maklumat seperti protokol berfikir
bersuara, temu bual retrospektif dan protokol bercerita semula.
Kemunculan metodologi baharu dalam kajian kemahiran membaca ini ada kaitannya
dengan kehadiran teori kognitif dalam analisis bahasa yang diutarakan oleh Chomsky (1959) dan
model pembacaan pemprosesan maklumat yang mula dibina sejak akhir tahun 1960-an lagi.
Dalam kajian-kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pembaca menggunakan pelbagai
strategi untuk membantu mereka dalam pemerolehan bahasa, menyimpan maklumat dan
menggunakan kembali maklumat yang telah disimpan dalam ingatan jangka panjang
(Rigney,1978).
Kesedaran terhadap strategi membaca diakui penting, bukan sahaja daripada aspek
kefahaman teks tetapi juga menjadi pemangkin kepada proses pembelajaran secara keseluruhan.
Kajian-kajian yang dilakukan sejak tiga dekad yang lalu menunjukkan bahawa strategi membaca
mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian akademik pelajar (Abromitis, 1994; Baker
& Brown, 1984; Wade & Reynolds, 1989; dan Wagoner, 1983; Fatimah, 1998), kematangan
pembaca (Hosenfeld, 1977; Garner, 1987; Waxman & Padron, 1987), dan keberkesanan aktiviti
membaca (McEwan, 2004, Baker & Brown, 1984; Brown, 1981; Palinscar & Brown, 1984).
Rumusnya di sini, pembaca seharusnya memilih kaedahnya sendiri untuk mengekalkan minat
mereka untuk terus membaca.
23
3.3 Penetapan Tujuan
Pemahaman sesebuah teks berlaku apabila seseorang pembaca mendapat makna daripada
interaksinya secara sengaja dengan teks. Pemahaman itu akan bertambah apabila si pembaca
dapat menghubungkan idea yang dipersembahkan dalam bentuk cetak dengan pengetahuan dan
pengalamannya secara aktif, dan dapat membina representasi mentalnya tentang teks dalam
ingatan jangka panjang beliau.
Oleh sebab itu, pembaca yang berjaya mempunyai dua sifat, iaitu membaca dengan
tujuan tertentu dan sentiasa aktif (Sousa, 2 2005: 96-97). Membaca dengan tujuan tertentu
bermaksud pembaca menetapkan sesuatu tujuan sebelum mereka melakukan pembacaan seperti
mencari maklumat, hiburan, atau berjaya dalam sesuatu kursus. Manakala, pembaca aktif pula
bermaksud mereka sentiasa menggunakan sepenuhnya pengalaman dan pengetahuan tentang
dunia di luar teks untuk memahami teks yang dibaca, memahami kosa kata dan struktur bahasa,
dan mahir menggunakan strategi membaca.
Dengan adanya penetapan tujuan membaca secara tidak langsung akan memotivasikan
rakyat untuk membaca. Tegasnya di sini, pembaca mesti menetapkan matlamat apa maklumat
yang dikehendaki olehnya dalam buku yang dibaca. Ketika rasa malas itu muncul mungkin kita
teringat akan tujuan kita membaca. Itulah kuatnya pengaruh dari tujuan yang jelas dan spesifik.
Ketika kita memiliki satu tujuan yang jelas dan spesifik maka secara tidak selangsung fikiran kita
akan memfokuskan untuk mencapai tujuan tersebut. Bila tidak, maka fikiran tidak akan bersedia
membantu auntuk mencapai tujuan atersebut. Justeru itu, sebelum membaca atau belajar, kita
harus membuat tujuan yang jelas dan tertulis.
24
3.4 Posisi Membaca
Meski pun terasa kurang masuk akal, tetapi ini akan sangat mempengaruhi seseorang itu
dalam mood (emosi) membaca. Bila kita membaca sambil baring maka lambat laun kita pasti
akan tertidur. Dalam posisi baring amat sukar untuk menahan diri untuk tidak tidur. Bila kita
belajar sambil baring maka secara psikologi, tubuh akan mengertikan bahawa anda tidak siap dan
serius untuk membaca. Tubuh kita akan memberi respon bahawa buku sedang dibaca tidak
terlalu penting untuk dipelajari. Selain itu, fikiran bawah sedar, fikiran akan mengertikan bahawa
belajar adalah kegiatan yang menyiksa dan membosankan. Justeru itu lebih baik tidur. Saya juga
pernah mengalami situasi sebegini.
Untuk itu jika mahu membaca pilihlah tempat dan sesuai agar ianya dapat melahirkan
motivasi untuk membaca. Contohnya, seperti menggunakan meja bacaan yang sesuai dan
pengcahayaan yang cukup untuk membaca. Suasana yang selesa sudah pasti dapat menjaga
konsentrasi dan mood dalam membaca.
4.0 Pelaksanaan
4.1 Bahan Bacaan
Setelah melaksanakan strategi tersebut ke atas sampel yakni beberapa orang penduduk Kampung
Seterpa, Kota Bharu, Kelantan, didapati telah memberi kesan yang baik. Mereka lebih cenderung
untuk membaca terutama pada bahan bacaan yang berbentuk gambar dan juga artikel di dalam
online yakni menggunakan kemudahan internet.
4.2 Strategi Membaca
25
Melalui pelaksanaan strategi membaca, pihak saya telah memberi pendedahan supaya mereka
yakni penduduk kampong Seterpa, membaca dengan menggunakan kaedah mereka rasa selesa.
Dalam konsep strategi ini diperlihatkan tidak begitu berkesan atau berjaya. Ini kerana, mungkin
mereka tidak memahami secara jelas untuk menggunakan kaedah-kaedah yang difikirkan sesuai
untuk diamalkan oleh pihak mereka. Selain itu juga, pihak saya juga tidak memberi pemahaman
yang jelas tentang kaedah-kaedah yang sesuai untuk mereka.
4.3 Penetapan Tujuan
Melalui pelaksanaan penetapan tujuan pula, penduduk Kampung Seterpa, menunjukkan minat
untuk membaca. Mereka akan membaca untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Contohnya, penduduk di sini rata-ratanya bekerja sebagai petani di mana mereka menunjukkan
minat untuk membaca bahan majalah ilmiah berbentuk pertanian. Keadaan ini terbukti apabila
saya membahagikan majalah tani dan mereka boleh menceritakan kepada saya segala isi
kandungan yang ada dalam majalah tersebut dalam sesi pertemuan kedua. Keadaan ini jelas
menunjukkan penduduk di sini akan membaca perkara yang hendak diketahuinya.
4.4 Posisi Membaca
Dalam melaksanakan kaedah ini, pihak saya telah memberi pendedahan dan pencerahan tentang
bagaimana hendak mendapatkan posisi membaca yang betul. Contohnya, ditegah membaca
sambil baring atau tidur. Selain itu, mereka juga disuruh oleh pihak saya supaya membaca di
26
meja dan sekurang-kurangnya mesti duduk di atas kerusi yang selesa. Selepas dua minggu, pihak
kami datang kembali menemubual mereka apa reaksi mereka dengan menggunakan posisi
membaca dengan betul. Sampel menunjukkan mereka lebih cenderung untuk membaca dalam
jangkamasa yang lebih lama. Keadaan ini menunjukkan startegi ini mempengaruhi perasaan
ingin membaca di kalangan penduduk Kampung Seterpa.
5.0 Kesimpulan
Rumusnya di sini bagi melahirkan budaya suka membaca, seharusnya kita perlu mempunyai
startegi sesuai. Hasil daripada kajian pihak saya dengan menggunakan strategi yang pernah
dibuat oleh pengkaji terdahulu ke atas penduduk kampung Seterpa, menunjukkan kesan yang
positif. Sungguh pun begitu ianya hanyalah boleh dibuat sebagai panduan untuk kajian yang
lebih holistik di masa akan datang kerana kajian pihak saya hanya menggunakan 10 orang
sampel yang melibatkan penduduk kampung Seterpa, Kota Bharu, Kelantan sahaja. Tambahan
pula kajian saya hanyalah memggunakan kaedah pemerhatian dan temubual dengan sampel
sahaja.
Pelaksanaan pembelajaran dewasa atau Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) amat
mustahak kerana ia dapat memastikan kesaksamaan sosial dalam struktur masyarakat tanpa
mengira tempat. Masyarakat di luar bandar, yang mungkin selama ini kurang menikmati taraf
kehidupan seperti di bandar, boleh berusaha memperbaiki taraf kehidupan melalui PSH. Justeru
itu, PSH merupakan wadah terbaik bagi meningkatkan lagi potensi seseorang individu
dan Rakyat Malaysia perlu disedarkan tentang penyemaian budaya ilmu yang boleh diterokai
tanpa batasan usia, masa, mahupun tempat.
27
Proses pencarian ilmu patut dijadikan seperti penerokaan yang tidak bernoktah. Justeru,
diharapkan rakyat Malaysia memberi sokongan yang padu dalam membudaya dan
memperkasakan PSH di kalangan warga Malaysia, khususnya golongan yang sudah berkerjaya.
Saya berkeyakinan Pembelajaran Sepanjang Hayat sebagai Tonggak Ketiga Pembangunan
Modal Insan, mampu memberikan impak yang besar dalam menyokong dan meningkatkan taraf
kompetensi tenaga kerja negara. Sememangnya transformasi ke arah budaya PSH adalah selari
dengan dasar Malaysia yang ingin menjadi negara maju dan melahirkan generasi yang berilmu,
berkebolehan dan berkemampuan.
Ringkasan Jurnal
BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR – PELAJAR 4 SPH PROGRAM
KHAS PENSISWAZAHAN GURU UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
1.0 Pengenalan
28
Kajian yang bertajuk “Budaya Membaca Dalam Kalangan Pelajar – Pelajar 4 SPH Program Khas
Pensiswazahan Guru Universiti Teknologi Malaysia” telah dijalankan oleh Yusof Bin Boon &
Mohd Sahlan Bin Salamat dariapada Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Objektif
umum kajian yang mereka jalankan adalah untuk meninjau budaya membaca dalam kalangan
pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, Program Khas Pensiswazahan Guru,
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Manakala objektif khusus adalah meninjau
tahap budaya membaca di kalangan pelajar yang dilihat dari segi faktor dalaman iaitu sikap
pelajar, mengenal pasti faktor-faktor luaran yang mempengaruhi budaya membaca di kalangan
pelajar dan mengenal pasti penggunaan dan pemilihan bahan bacaan yang diminati oleh pelajar.
Kajian ini dianggap penting kerana Hasil kajian ini dapat memberi gambaran mengenai tahap
budaya membaca di kalangan pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup), Universiti Teknologi Malaysia. Kelangsungan daripada itu, ianya dapat
melihat perbezaan tahap budaya membaca yang wujud dikalangkan pelajar. Ianya juga turut
menyumbang kepada usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh Kementerian Pendidikan bagi
menangani masalah pelajar yang bakal bergelar mahasiswa bagi mengatasi krisis keintelektualan
mahasiswa kelak akibat hilangnya pemupukan budaya membaca di kalangan mereka. Oleh yang
demikian, pihak Kementerian Pendidikan perlu memikirkan semula kaedah untuk membantu
Negara dalam melahirkan masyarakat yang ‘berilmu’ serta menghasilkan pelajar dan masyarakat
yang mengamalkan budaya membaca. Manakala untuk instrumen kajian, kaedah boring
soalselidik digunakan. Borang soal selidik ini diedarkan kepada responden seramai 97 orang
iaitu sampel tetapi jumlah sebenar pelaajar adalah 130 orang iaitu bilangan populasi.
2.0 Perbincangan Hasil Kajian
29
Berdasarkan kajian yang dilakukan dapatan kajian membuktikan bahawa melalui sikap pelajar
sendiri yang dapat membantu pelajar-pelajar dalam memperkasakan budaya membaca di mana
daripada analisis dapatan kajian didapati sikap pelajar terhadap membaca mempunyai nilai min
yang tertinggi iaitu dengan min 3.62. Peranan ibu bapa juga memainkan peranan yang penting
dalam membantu pelajar-pelajar membudayakan membaca dengan min sebanyak 3.41. Di
samping itu, peranan pensyarah dengan nilai min 3.39 sebagai pendidik juga dapat mendorong
pelajar dalam membudayakan membaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan serta
mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan dalam pengajian yang telah diikuti.
Kemudahankemudahan yang disediakan di perpustakaan seperti kempen-kempen membaca serta
bahan-bahan bacaan juga dapat membantu pelajar-pelajar dalam memperkasakan budaya
membaca.
Kesedaran tentang pentingnya budaya membaca adalah titik tolak utama ke arah
menjayakan pemupukan budaya membaca di kalangan mahasiswa. Maka, strategi-strategi
tertentu perlu dilakukan dari sekarang supaya pelajar-pelajar tidak lagi menjadikan amalan
membaca sebagai suatu yang membosankan dan ianya sebagai langkah mengatasi masalah
keintelektualan pelajar yang bakal bergelar mahasiswa supaya kegersangan buah pemikiran tidak
berlaku dikalangan bakal-bakal mahasiswa kelak. Sebagai generasi pelapis kepada pemimpin
masyarakat, pelajar-pelajar harus menghayati budaya membaca. Berdasarkan dapatan kajian,
didapati, majoriti daripada responden minat untuk membaca dengan skor min adalah pada tahap
sederhana. Tetapi malangnya sebahagian besar daripada responden iaitu majoriti daripada pelajar
membudayakan pembacaan bercorak bacaan ringan seperti komik, majalah hiburan, novel dan
sebagainya. Ini menyebabkan kegagalan dalam melahirkan insan yang bersifat functional literacy
30
iaitu tidak dapat dicabar dari sudut kebenaran, kesahihan dan nilai intelektual kerana bahan yang
paling diminati adalah berbentuk bahan ringan, picisan dan hiburan.
Kelangsungan daripada itu, adalah perlu diwujudkan usaha-usaha bagi semua pihak
untuk sama-sama menyuburkan lagi proses peningkatan budaya membaca agar dapat melahirkan
kalangan pelajar yang “ketagih buku” serta penerapan sikap minat membaca dikalangan pelajar.
Pelajar harus menjadikan budaya membaca sebagai satu keperluan kerana negara
berkehendakkan tenaga kerja yang berilmu dan bukan sekadar pekerja yang bermaklumat.
Sesungguhnya, bangsa yang menguasai ilmu dan menggunakan ilmu dengan baik, akan
memerintah dunia.
3.0 Cadangan Bagi Menambah Minat Membaca
Antara cadangan tersebut adalah :
31
1. Kerajaan memperuntukan dana khas dalam mananam minat membaca dikalangan rakyat
Malaysia dalam mewujudkan program-program yang boleh merangsang minat membaca
dikalangan rakyat Malaysia.
2. Menghasilkan e-book yang mudah diekses oleh rakyat Malaysia, kerana pengunaan e-
book memudahkan masyarakat mudah untuk mendapatkannya melalui laman sesawang sahaja
tanpa perlu pergi ke kedai untuk membelinya, ia dapat mejimatkan masa dan wang dikalangan
rakyat Malaysia. E-book yang dihasilkan mestilah dapat memenuhi citarasa masyarakat kerana
akan dapat menanam minat mereka untuk mendapatkanya dan membacanya.
3. Memilih dan mengistiharkan hari membaca dikalangan rakyat Malaysia, dengan
mewujudkan satu hari sebagai hari membaca akan mewujudkan suasana budaya membaca
dikalangan masyarakat, mungkin untuk tempoh masa yang dekat kita tidak dapat meihat hasilnya
tetapi jika untuk jangka masa yang lama akan dapat melahirkan generasi membawa yang baru
pada generasi yang akan datang.
4. Mengalakkan penglibatan NGO dalam menganjurkan aktiviti membaca dikalangan
masyarakat, setiap NGO mempunyai ahli masing-masing, jadi secara tidak langsung akan dapat
mengalakkan ahli mereka minat membaca disamping program yang dianjurkan oleh mereka
dapat mewujudkan suasana yang bagus dalam masyarakat terhadap minat membaca.
5. Mengedarkan buku-buku atau bahan bacaan secara percuma kepada masyarakat melalui
dana khas yang diperuntukan oleh pihak kerajaan. Jika kita ingin membawa perubahan yang
besar dikalangan masyarakat maka kita seharusnya mengorbankan perkara yang besar seperti
dana kerajaan dan sebagainya.
6. Penglibatan oleh badan-badan kerajaan dalam memupuk semangat untuk membaca
dikalangan masyarakat. Badan-badan kerajaan yang dimaksudkan adalah seperti sekolah, klinik,
32
university, pejabat pos, hospital dan sebagainya. Agensi seperti ini mestilah berganding bahu
dalam mewujudkan suasana minat membaca seperti mewujudkan bilik khas untuk membaca,
pusat sehenti untuk mendapatkan bahan bacaan dan pengedaran percuma bahan-bahan bacaan
tersebut .
4.0 Rumusan
Usaha sama antara kerajaan, organisasi swasta, dan masyarakat seluruhnya amat penting dalam
usaha untuk memupuk minat membaca di kalangan pelajar-pelajar selaku pewaris masa depan
Malaysia. Tiada gunanya jika kerap beresolusi, berbincang mencari penyelesaian jika
pengimlementasiannya tidak dijalankan secara sistematik dan meluas.
Rujukan Tugasan I,
Berita Harian, (2007). “Pendidikan sepanjang hayat bina sahsiah diri”, 16 Mei 2007.
33
Berita Harian, (2006). “Gilap modal insan”, 1 Mei 2006.
M Noor Azman dan Mohd Nor Abdul Ghani (1982) Membina Kecekapan Membaca dan
Memupuk Tabiat Membaca. dalam Seminar Gerakan Membaca Negeri Terengganu 1982.
Mahathir Mohamad (20 April 2001). Pendidikan Penentu Kejayaan Bangsa, Negara. Utusan
Malaysia.
Mc Cormick (1977), Kantos (1986) dan Taele (1986). Minat dan Pencapaian : Wujudkan
Hubungan Bagi Meksnisma Bacaan. dalam Abd. Latif dan Norin.
Fauziah Yaakob (1992). Jurnal Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. 8. 5 – 10.
Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia.
Mohd Zubil Bahak (Ogos 1997). Pelajar Kurang Pendedahan Terhadap Kemahiran Membaca.
Dewan Masyarakat. 14 – 15.
Muhammad Muhd. Taib (1996). Melayu Baru. Selangor: Visage Communication. Nordin Achie
(1998). Insomnia Universiti dan Igauan Mahasiswa. Tamadun. 36 - 39.
Norma Abu Saman (1988). Buku Panduan Perpustakaan Di Rumah. Perbadanan Perpustakaan
Malaysia. Pharol Mohd Juoi (Mei 1998). Kelesuan Budaya Ilmu : Budaya Membaca Wajar
Dipupuk Sejak Kecil. Dewan Masyarakat. 41 – 43.
Radzuan Abd. Kadir (1997). Teknik dan Strategi Ke Arah Pembacaan Yang Berkesan. Jurnal
Pendidikan Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. 1- 9.
Razali bin Ismail (1991). Strategi Galakan Membaca – Peranan Ibu bapa. dalam Seminar
Galakan Membaca Negeri Terengganu 1991.
Rujukan Tugasan II;
34
Raja Ahmad Tajuddin Shah & Hj. Azimi Hamzah.,Principles Of Adult Education, (2011),UPM
Holding Sdn Bhd.
Abdullah Hassan & Ainon Mohd, Daya Pengaruh dan Perubahan Sikap,( 1997), Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
Aizzat Mohd,Nasaruddin,Intan Osman, Zainal Ariffin Ahmad, Pengantar Pengurusan,(2006),
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
Abdullah Hassan & Ainon Mohd, Berunding, (2002), PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Pahang.
Ahmad Zabidi Abdul Razak, Memimpin Diri Sendiri, (2003), PTS Publications & Distributors
Sdn Bhd. Pahang.
Ainon Mohd, Psikologi Orang Berjaya, (2008), ), PTS Profesional Publishing Sdn Bhd, Kuala
Lumpur.
Imran Jaafar, Kunci Kejayaan Napoleon Hill, (1999), Golden Book Center Sdn Bhd. Kuala
Lumpur.
Hamdan Abd Kadir, Dr. Hanipah Hussin & Mohamad Saprin, Teknik Mengajar Dewasa, (2004),
PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Pahang.
Ahmad Safuan Al-Karami, Jangan Takut, (2013), Jasmin Publications, Selangor.
Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, Ahmad Zabidi Abdul Razak & Nurhanani Hussin, Positif
Untuk Berjaya, (2005), PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Pahang
Rujukan Tugasan III;
35
Raja Ahmad Tajuddin Shah & Hj. Azimi Hamzah.,Principles Of Adult Education, (2011),UPM
Holding Sdn Bhd.
Abdullah Hassan & Ainon Mohd, Daya Pengaruh dan Perubahan Sikap,( 1997), Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
Aizzat Mohd,Nasaruddin,Intan Osman, Zainal Ariffin Ahmad, Pengantar Pengurusan,(2006),
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
Abdullah Hassan & Ainon Mohd, Berunding, (2002), PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Pahang.
Ahmad Zabidi Abdul Razak, Memimpin Diri Sendiri, (2003), PTS Publications & Distributors
Sdn Bhd. Pahang.
Rujukan Ringkasan Jurnal
Abdullah Abdul Karim (Februari 2001). Mahasiswa dan Krisis Intelektual. Massa. 62-63. Ahmad
Mohamad Said (1998).
Budaya Membaca. dilayari melalui http://www2.moe.gov.my/~bpg/jendela8.htm. pada Januari 11,
2002. Anwar Ibrahim (1997).
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Amalan Membaca di Kalangan Guru-Guru Pelatih. dalam Suhaili
Bohari dan Abdul Mutalib Abdul Hamid (1990).
Jurnal Maktab Perguruan Rajang Sarawak. 4. 15-24. Best, J.W and Khan. J.V (1998). Research in
Education. Masasachuchets: Allyn & Bacon. Cohen, L. and Manion, L. (1985).
36
Research Methods in Education. Landon: Croom- Helm. Durkin, D.R (1996). Children Who Read Early.
New York: Teachers College Press. Faisal Tehrani (Mei 2002).
Kampus Ketandusan Budaya Membaca. MINDA. 35-37. Jack, R.F and Norman, E.W (1996).
How To Design and Evaluate Research in Education. 3 rd . ed. United State Of America: McGraw-Hill.
Jones, K.H, Womble, M. and Searcy, C.A (1996).
T & I Education Students. Perceptions Of Cources. Journal Of Industrial Teacher Education. 34. 82 – 101.
Huzaimi Baharudin (Jun 2002).
Membetulkan Persepsi Membaca. Massa. 62 – 63. Jufri Joha (Mei 2002).
Mahasiswa Melayu dan Budaya Membaca. Tamadun. 12 - 13. Landell, K. (1997). Management by Menu.
Landon: Wilay and Sms Inc.
37