METODOLOGI KAJIAN KEBERKESANAN AKTIVITI DAKWAH BADAN BUKAN …
Transcript of METODOLOGI KAJIAN KEBERKESANAN AKTIVITI DAKWAH BADAN BUKAN …
Vol. 3, No.2 (2020) E-ISSN: 2637-0271
22
METODOLOGI KAJIAN KEBERKESANAN AKTIVITI DAKWAH
BADAN BUKAN KERAJAAN (BBK) KEPADA
GOLONGAN MUALAF DI MALAYSIA
[EFFECTIVELY RESEARCH METHODOLOGY OF ACTIVITY DA’WAH
NON-GOVERNMENT ORGANIZATION (NGO)
TO MUALAF GROUP IN MALAYSIA]
*1ROSLIEZA ROSLI, [email protected]
1RAZALEIGH MUHAMAT @KAWANGIT [email protected]
1ABDUL GHAFAR DON [email protected]
1NUR A’THIROH MASYAA’IL TAN ABDULLAH @TAN AI PAO [email protected]
Fakulti Pengajian Islam,
Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Ukm Bangi, Selangor Malaysia.
*Corresponding Author
ABSTRACT
The research methodology is the planning and method used in conducting research on the
Effectiveness of Non-Governmental Organization (NGO) Preaching Activities to the Mualaf Group
in Malaysia. In particular, this research show three issues of study about Islamic understanding of
Islam, quality of life and quality of education for mualaf in Malaysia. This research uses a quantitative
research methodology with a survey design and analyzed using the Statistical Package for Social
Science (SPSS) with a total of 250 study respondents (RK). It covers 5 zones in the East Coast state
(Kelantan), South China Peninsula (Melaka state), North Peninsular Malaysia (Kedah state), Central
Peninsular Malaysia (Federal Territory of Kuala Lumpur) and Eastern Malaysia (Sabah). Meanwhile,
the instruments being developed tested using the Cronbach Alpha coefficient of validation by two
experts in the related field. Therefore, the chosen methodology of the study is the key to determining
which processes are being achieved to achieve the goals and relevance used in this study.
Keywords: Research Methodology, Effectiveness, Da’wah Activity, Non-Governmental
Organization (NGO), Mualaf.
ABSTRAK
Metodogi kajian ialah perancangan dan kaedah yang digunakan sepanjang menjalankan penyelidikan
atas Keberkesanan Aktiviti Dakwah Badan Bukan Kerajaan (BBK) kepada Golongan Mualaf di
Malaysia. Secara khususnya, kajian ini mengutarakan tiga permasalahan kajian iaitu kefahaman
mualaf terhadap agama Islam, taraf hidup mualaf dan kualiti pendidikan mualaf di Malaysia. Objektif
Vol. 3, No.2 (2020) E-ISSN: 2637-0271
23
kajian ini adalah mengkaji keberkesanan aktiviti dakwah BBK dalam memberi kefahaman Islam
kepada mualaf di Malaysia, mengkaji keberkesanan aktiviti dakwah BBK dalam meningkatkan taraf
hidup mualaf di Malaysia dan menganalisa keberkesanan aktiviti dakwah BBK dalam meningkatkan
kualiti pendidikan mualaf di Malaysia. Penyelidikan ini menggunakan metodologi kajian kuantitatif
dengan reka bentuk kajian tinjauan dan dianalisis menggunakan Statistical Package for Social
Science (SPSS) dengan jumlah responden kajian (RK) 250 orang mualaf. Ia melibatkan lima buah
zon iaitu zon di negeri Pantai Timur (negeri Kelantan), zon di Selatan Semenanjung Malaysia (negeri
Melaka), zon di Utara Semenanjung Malaysia (negeri Kedah), zon tengah Semenanjung Malaysia
(Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan negeri Malaysia Timur (Sabah). Instrumen yang dibina
pula diuji menggunakan nilai pekali Alpha Cronbach selain mendapat keesahan oleh dua orang pakar
dalam bidang berkaitan. Oleh itu, metodologi kajian yang dipilih merupakan asas utama dalam
menentukan setiap proses yang dilakukan mencapai matlamat dan relevan digunakan pada kajian ini.
Kata Kunci: Metodologi kajian, keberkesanan, aktiviti dakwah, badan bukan kerajaan, mualaf.
PENGENALAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk menerangkan tentang kesesuaian Metodologi Kajian Keberkesanan
Aktiviti Dakwah Badan Bukan Kerajaan (BBK) kepada Golongan Mualaf di Malaysia yang akan
digunakan dalam kajian ini. Oleh itu, terdapat tiga permasalahan kajian yang dikenal pasti iaitu
berkaitan dengan kefahaman mualaf terhadap agama Islam, taraf hidup mualaf dan kualiti pendidikan
mualaf di Malaysia.
Seterusnya, tiga persoalan kajian yang diutarakan iaitu adakah aktiviti dakwah BBK berkesan
dalam memberi kefahaman tentang agama Islam kepada mualaf di Malaysia, bagaimanakah aktiviti
dakwah BBK berkesan dalam meningkatkan taraf hidup mualaf di Malaysia dan bagaimanakah
aktiviti dakwah BBK berkesan dalam meningkatkan kualiti pendidikan mualaf di Malaysia.
Kemudian, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan aktiviti dakwah BBK
dalam memberi kefahaman Islam kepada mualaf di Malaysia, mengkaji keberkesanan aktiviti dakwah
BBK dalam meningkatkan taraf hidup mualaf di Malaysia dan menganalisa keberkesanan aktiviti
dakwah BBK dalam meningkatkan kualiti pendidikan mualaf di Malaysia.
METODOLOGI KAJIAN
Menurut J. Supranto (1986: 67-68); Keontjaraningrat (1986: 13) dan Sang, Mok Soon (2009: 22),
metodologi bermaksud satu sistem, prinsip, pendekatan dan cara untuk mendapatkan sesuatu dengan
efisien, teratur, berstrategi, satu usaha yang dilakukan oleh manusia secara ilmiah bertujuan untuk
mengetahui tentang gejala alam dan isu-isu dalam masyarakat. Oleh sebab itu, Blaxter et al. (2002:
10-11); Peter A. Angel. (1931: 171) dan Bogdan dan Biklen (2007: 35) menjelaskan penggunaan
metode yang sesuai dan konsisten penting dalam membantu pengkaji menguruskan cara kerja bagi
memahami objek yang memerlukan penumpuan terhadap penelitian dan mendapatkan hasil kajian
yang berkualiti.
Dengan itu, penyelidikan ini menggunakan metodologi kajian kuantitatif bagi menjawab tiga
objektif kajian yang diselarikan dengan persoalan kajian. Perkataan kuantitatif berasal daripada
perkataan quality atau quantity yang bermaksud sesuatu yang boleh dikira, diukur dan dinilaikan
dengan angka (Ghazali & Sufean 2018: 39). Manakala, Othman (2007: 6; Hartaty & Zulia Tasya
Vol. 3, No.2 (2020) E-ISSN: 2637-0271
24
Fizawan 2014: 3), pula menjelaskan kajian kuantitatif boleh diukur dan dikira serta keterangannya
bersifat lebih jelas dan konkrit. Setiap data pula dipersembahkan dalam bentuk numerikal untuk
memudahkan kefahaman terhadap perkara dan situasi yang kompleks melalui kaedah saintifik (Ang
Kean Hua 2016: 18; Sang Mok Soon 2010: 21).
REKA BENTUK KAJIAN
Reka bentuk kajian merupakan perancangan yang disusun oleh pengkaji untuk menjalankan proses
kajian. Menurut Muhammad Yusuf (t.th: 100), pemilihan reka bentuk kajian mestilah sesuai dengan
kajian yang dilakukan supaya matlamat kajian tercapai. Reka bentuk dalam penyelidikan kuantitatif
lebih berstruktur, tetap, lebih formal, spesifik dan terperinci (Ghazali & Sufean 2018: 39). Oleh sebab
itu, pengkaji telah mengenal pasti dan memilih reka bentuk kajian tinjauan. Hal ini disebabkan
pengkaji dapat memperincikan pertanyaan soalan dalam pelbagai aspek melalui penyediaan borang
soal selidik. Menurut Cholid dan Abu Achmadi (1997: 76), soal selidik adalah kumpulan pertanyaan
berkaitan sesuatu masalah atau bidang yang diteliti oleh seseorang penyelidik. Pada masa yang sama,
pengumpulan data diperoleh dengan cepat, saiz sample yang besar, maklumat diterima secara
langsung daripada responden kajian serta dapat generalisasi keputusan dengan tepat dan berkesan
(Chua 2006; Rozmi 2016: 182; Sulaiman 1996: 206).
POPULASI DAN PEMILIHAN SAMPEL
Populasi ialah satu kumpulan yang melibatkan unsur, objek, individu serta ciri-ciri yang
dipertimbangkan dalam sesuatu kajian yang ingin diambil oleh pengkaji (Ghazali & Sufean 2018:
103; Dharmapalan 2012: 3.3; Nawi 2003: 53; Sulaiman Ngah 2002: 61; Ranjit 2005: 179) untuk
memenuhi proses penyelidikan (Ahmad Munawar & Mohd Nor 2015: 59).
Sementara itu, Neuman (1991: 204); Ranjit (2005: 164-165 & 179) dan Ahmad Munawar &
Mohd Nor (2015: 59), menjelaskan purposive sampling atau pemilihan sampel yang khusus
mempunyai kriteria-kriteria tertentu dan kesediaan responden kajian untuk memberi dan berkongsi
maklumat dengan pengkaji tanpa paksaan. Hal ini penting kerana sample kajian merupakan kumpulan
yang mewakili sesebuah populasi di samping menjadi keperluan sumber informasi penting kepada
pengkaji (Hartaty & Zulia Tasya Fizawan 2014: 3). Selari dengan pandangan Ghazali dan Sufean
(2018: 101), pemilihan sample dalam populasi amat penting supaya penyelidikan yang dijalankan
tidak bias.
Oleh yang demikian, pengkaji memilih pensampelan probability atau disebut sebagai
pensampelan kebarangkalian kerana setiap populasi yang telah dikenal pasti mempunyai peluang
untuk dipilih sebagai subjek kajian. Pada masa yang sama, pemilihan yang dilaksanakan adalah secara
pensampelan rawak mudah (simple random sampling) kepada subjek kajian yang mempunyai ciri-
ciri yang sama mewakili populasi kajian.
Menurut Ahmad Munawar & Mohd Nor (2015: 65), prosedur dalam pensampelan probability
dapat membantu dan membolehkan pengkaji memperoleh dapatan penyelidikan yang jelas dan
mampu mewakili dan menggeneralisasikan kepada keseluruhan populasi kajian.
Vol. 3, No.2 (2020) E-ISSN: 2637-0271
25
Jadual 1.1 Sample Kajian
Bil. Perkara Sample Kajian
1 Zon di Negeri Pantai Timur 50 orang mualaf
2 Zon di Selatan Semenanjung Malaysia 50 orang mualaf
3 Zon di Utara Semenanjung Malaysia 50 orang mualaf
4 Zon Tengah Semenanjung Malaysia 50 orang mualaf
5 Negeri Malaysia Timur 50 orang mualaf
Jumlah Keseluruhan 250
Sumber: Penyelidikan 2019
Dalam pada itu, Jadual 1.1 menunjukkan sejumlah 250 sample kajian yang terdiri daripada
mualaf pelbagai bangsa di Malaysia. Pembahagian sample kajian ini pula mewakil 50 sample kajian
mengikut 5 zon iaitu negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, negeri di Selatan Semenanjung
Malaysia, negeri di Utara Semenanjung Malaysia, zon tengah Semenanjung Malaysia dan negeri
Malaysia Timur.
Justifikasi, pemilihan sample dalam kajian ini adalah bertepatan dengan fokus kajian yang
memberi tumpuan kepada mualaf di Malaysia sebagai subjek kajian. Menurut Uma (2003) dalam
Ahmad Munawar & Mohd Nor (2015: 59), menjelaskan kajian yang menggunakan sample terbukti
berupaya menghasilkan perolehan dapatan yang lebih dipercayai.
PENGUMPULAN DATA
Kaedah pengumpulan data adalah satu cara dan teknik untuk mengumpul maklumat secara terperinci
dan secara fizikal yang diambil daripada responden untuk dijadikan asas dalam proses menjalankan
kajian secara analisis (Bhasah 2007: 16; Mohd Sabri 2009: 24; Muhammad Jeffery Hizwan tth: 13).
Itulah sebabnya, pengkaji telah berusaha mengumpulkan data-data dan maklumat penting
yang berkaitan dengan tajuk kajian untuk ditafsirkan, dinilai, dianalisis dan diolah. Tujuan tersebut
dilakukan bagi membantu pengkaji mendapatkan maklumat-maklumat dan informasi yang tepat,
bernilai serta bersifat konkrit. Dalam kajian ini pengumpulan data dilakukan melalui edaran borang
soal selidik kepada responden kajian.
INSTRUMEN SOAL SELIDIK
Instrumen soal selidik adalah praktikal yang digunakan dalam kajian ini kerana ia melibatkan saiz
sample yang ramai. Oleh itu, pengkaji menggunakan kaedah soal selidik berbentuk tertutup.
Instrumen soal selidik yang dibina sendiri oleh pengkaji pula diserahkan kepada penyelia utama untuk
semakan penyelarasan antara objektif kajian dan persoalan kajian bagi mendapatkan tema yang sesuai
dan tepat. Ia juga penting dalam memastikan setiap objektif kajian dan persoalan kajian terjawab.
Selari dengan pandangan Conolley dan Kramer (1989) dan Gay dan Diehl (1992) dalam Ghazali dan
Sufean (2018: 128), instrumen yang baik mestilah dibina sendiri oleh penyelidik dan tidak digalakkan
mengambil contoh, bentuk dan jenis soal selidik yang telah digunakan oleh penyelidikan sedia ada.
Vol. 3, No.2 (2020) E-ISSN: 2637-0271
26
Jadual 1.2 Pembahagian Soal Selidik
Bahagian Perkara Jumlah Item
A Maklumat demografi responden kajian 10
B Keberkesanan aktiviti dakwah BBK dalam memberi
kefahaman agama Islam kepada mualaf di Malaysia
10
C Keberkesanan aktiviti dakwah BBK dalam
meningkatkan taraf hidup mualaf di Malaysia
10
D Keberkesanan aktiviti dakwah BBK dalam
meningkatkan kualiti pendidikan mualaf di Malaysia
10
Jumlah Keseluruhan Item 40
Sumber: Penyelidikan 2019
Jadual 1.2 menunjukkan pembahagian item dalam soal selidik yang dibina oleh pengkaji
terdiri daripada 4 bahagian iaitu bahagian A memfokuskan kepada 10 item yang berkaitan dengan
maklumat demografi responden kajian, diikuti dengan bahagian B mewakili 10 item yang berkaitan
dengan keberkesanan aktiviti dakwah BBK dalam memberi kefahaman agama Islam kepada mualaf
di Malaysia, kemudian bahagian C mewakili 10 item yang berkaitan dengan keberkesanan aktiviti
dakwah BBK dalam meningkatkan taraf hidup mualaf di Malaysia dan bahagian D mewakili 10 item
yang berkaitan dengan keberkesanan aktiviti dakwah BBK dalam meningkatkan kualiti pendidikan
mualaf di Malaysia. Walau bagaimanapun, setiap item yang terbina dalam soal selidik ini telahpun
dipersembahkan dalam ulasan kertas kerja yang berasingan.
Jika diteliti dengan lebih mendalam, sejumlah 40 item yang perlu dijawab oleh responden
kajian. Kesemua item tersebut berasaskan kepada objektif kajian yang ingin dicapai dalam
penyelidikan ini. Pembinaan item dalam soal selidik pula sekata untuk semua subjek kajian,
penstrukturan ayat yang ringkas, padat, tidak sensitif, tidak terlalu kompleks, ketelitian, kerahsiaan
serta penggunaan laras bahasa yang betul supaya mudah difahami oleh responden kajian (Rozmi
2013, 2015 & 2016: 151). Dalam konteks ini, ia berkait rapat dengan masa yang diperlukan oleh
responden kajian menjawab soal selidik. Menurut Chua (2006) dalam Nur Khadijah (2016: 37),
responden kajian dapat memberi tumpuan dan perhatian kepada soal selidik dalam tempoh antara 10
minit hingga 20 minit sahaja.
Justeru itu, setiap bahagian dalam soal selidik untuk kajian rintis dan kajian yang sebenar
dilengkapkan dengan arahan yang jelas cara menjawab supaya setiap item dapat dijawab bagi
membolehkan pengkaji mengumpul dan mencungkil data yang dikehendaki. Pengkaji memilih
supaya responden kajian menandakan jawapan pilihan dengan tanda (/) pada setiap ruangan yang
disediakan.
Dalam hubungan ini, kaedah edaran soal selidik yang dilakukan oleh pengkaji adalah dengan
cara serahan tangan bermaksud pengkaji menyerahkan sendiri soal selidik kepada responden kajian
dan menggunakan perkhidmatan pos ketika kajian dijalankan.
KEBOLEHPERCAYAAN DATA
Kajian ini perlu melalui beberapa proses untuk mendapatkan kebolehpercayaan data yang tinggi
dengan berdisiplin. Proses tersebut adalah sebagaimana berikut:
Vol. 3, No.2 (2020) E-ISSN: 2637-0271
27
i. Kajian Rintis
Kajian rintis merupakan kajian yang berskala kecil, diuji dan dilaksanakan sebelum kajian sebenar
dilakukan (Noriah et al. 2013: 364; Hulley 2007: 168-169; Teijlingen 2001: 35). Ia merupakan proses
tinjauan terakhir sebelum pengumpulan data bermula (Nur Syafiqa 2014: 1).
Lazimnya, setiap item yang terbina dalam soal selidik untuk tujuan kajian rintis perlu melalui
proses pemurnian instrumen kajian hasil daripada perbincangan dan penyemakan dengan penyelia
terlebih dahulu. Apabila persetujuan telah dicapai pada peringkat ini akan diteruskan pula dengan
mendapatkan pengesahan oleh pakar dalam bidang berkaitan sebelum kajian rintis dilakukan. Proses
yang sama juga akan dilakukan untuk kajian yang sebenar.
Kemudian, Cooper dan Schindler (2006) dalam Ghazali dan Sufean (2018: 127),
mencadangkan saiz sample untuk kajian rintis adalah antara 25 hingga 100 orang. Dalam
penyelidikan ini, taburan instrumen soal selidik kajian rintis berkaitan Keberkesanan Aktiviti Dakwah
BBK kepada Golongan Mualaf di Malaysia telah dijalankan pada 11 hingga 14 Ogos 2019 di Zon
Malaysia Timur, negeri Sabah. Ia melibatkan 35 responden kajian terdiri dalam kalangan mualaf di
Malaysia sebagai sample kajian yang terpilih bagi mewakili populasi dan fokus sebenar kajian.
Matlamatnya adalah untuk memastikan setiap penggunaan bahasa dan perkataan mudah
difahami oleh RK (Drew & Hardman 1985: 67; Sekaran 2010: 236) supaya tidak menimbulkan
penafsiran salah faham terhadap maksud sebenar soalan yang terbina dalam borang soal selidik. Ia
juga penting untuk menguji tempoh yang diperlukan oleh responden kajian menjawab borang soal
selidik, membantu pengkaji menyemak semua item dan arahan dalam borang soal selidik supaya jelas
dan tidak terikat dengan soalan berbentuk teknikal serta saintifik (Nur Syafiqa 2014: 2; Ferlis &
Bahari 2016: 50).
Selanjutnya, apabila data kajian rintis diperoleh ia akan digunakan untuk menentukan
kebolehpercayaan instrumen kajian (Nur Syafiqa 2014: 2) dengan mendapatkan nilai ketekalan yang
berasaskan Koefisien Cronbach. Kebolehpercayaan instrumen kajian juga akan diukur dengan
menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) for Windows. Walau bagaimanapun,
hasil dapatan kajian rintis ini telahpun diterangkan dalam kertas kerja yang berasingan.
ii. Penentuan Skala Pengukuran
Pengkaji memilih skala likert lima mata sebagai penentuan skala pengukuran terhadap soal selidik
yang dibina. Menurut (Furr 2011) dalam Ferlis & Bahari (2015 & 2016: 51), skala likert lima mata
mudah difahami oleh responden kajian kerana melibatkan lima pilihan jawapan sahaja sebagaimana
dalam jadual 3.3 di bawah. Setiap jawapan yang dipilih oleh responden kajian adalah respons
terhadap tahap persetujuan mereka.
Selain itu, pemilihan skala likert lima ini dapat membantu responden kajian memilih jawapan
neutral bagi yang tidak boleh membuat keputusan dengan menandakan pensyaratan nombor 3.
Manakala bagi responden yang boleh membuat keputusan yang tepat boleh membuat pilihan sama
ada pensyaratan nombor 1 adalah sangat setuju, pensyaratan nombor 2 adalah setuju, pensyaratan
nombor 4 sangat tidak setuju dan pensyaratan nombor 5 adalah tidak setuju daripada mana-mana item
yang terdapat dalam soal selidik. Menurut O’Muircheartaigh et. al (2000) & Furr (2011) dalam Ferlis
& Bari (2015 & 2016: 51), menjelaskan mid-points atau respon neutral yang digunakan dalam skala
likert lima ini sebagai bukti yang berupaya meningkatkan kualiti psikometrik.
Vol. 3, No.2 (2020) E-ISSN: 2637-0271
28
Jadual 1.3 Penentuan Skala Pengukuran
Pensyaratan Nombor Tahap Persetujuan
1 Sangat Setuju (SS)
2 Setuju (S)
3 Neutral (N)
4 Sangat Tidak Setuju (STS)
5 Tidak Setuju (TS)
Sumber: Ali Muhson (tth: 6); Ferlis & Bahari (2015 & 2016: 49); Rozmi (2016: 151)
iii. Kesahan Soal Selidk
Menurut (Alias 1992; Creswell 2010; Pallant 2001; Siti Rahayah 2003; Tuckman 1999) dalam
Kamaruzaman (2013: 1) dan Sidek Mohd Noah (2002) dalam Nur Khadijah (2016: 38), menjelaskan
kesahan sesuatu instrumen dapat ditentukan apabila sesuatu instrumen boleh mengukur apa yang
sepatutnya diukur dan menguji apa yang sepatutnya diuji (Ghazali & Sufean 2018: 118). Dalam
konteks ini, Mohd Majid (1990) dalam Kamaruzaman (2013: 1) dan Sidek Mohd Noah (2002) dalam
Nur Khadijah (2016: 38), sependapat menyatakan sesuatu instrumen yang mencapai tahap kesahan
yang tinggi apabila kebolehan mengukur apa yang sepatutnya diukur adalah tinggi.
Jadual 1.4 Sifat Kesahan Instrumen Penyelidikan
Bil. Sifat Kesahan Instrumen Penyelidikan
1 Defensibility Dapat dipertahankan
2 Accuracy Ketepatan
3 Appropriteness Kesesuaian
4 Meaningfulness Bererti
5 Usefulness Kebolehgunaan
Sumber: Ghazali & Sufean (2018: 121)
Oleh sebab itu, tujuan kesahan instrumen perlu dilakukan untuk menjamin kesahan setiap item
dalam instrumen yang dibentuk oleh pengkaji. Jadual 1.4 menunjukkan lima sifat kesahan instrumen
penyelidikan iaitu (defensibility) hasil kajian tepat, berguna dan boleh dipertahankan, (accurary)
ketepatan menjawab persoalan kajian, (appropriteness) kesesuaian adalah releven dengan tujuan
kajian, (meaningfulness) bererti dalam memberi makna terhadap data melalui skor dan (usefulness)
kebolehgunaan dalam membuat keputusan terhadap hasil yang diperoleh bagi menguatkan lagi
kesahan tersebut.
Jadual 1.5 Klafikasi Indeks Kebolehpercayaan
Bil. Nilai Alpha Cronbach Indikator
1 0.90 – 1.00 Sangat Tinggi
2 0.70 – 0.89 Tinggi
3 0.30 – 0.69 Sederhana
4 0.00 – 0.30 Rendah
Sumber: Dermoott & Sarrela (1996) dalam Ghazali & Sufean (2018: 128); Elliot & Woodward
(2007) dalam Nur Khadijah (2016: 39)
Dengan itu, jadual 1.5 menunjukkan klafikasi indeks kebolehpercayaan yang berasaskan
kepada nilai Alpha Cronbach digunakan sebagai asas dalam menentukan ketekalan setiap item yang
dibina oleh pengkaji dalam instrumen kajian yang dijalankan. Jarak pekali kebolehpercayaan nilai
Vol. 3, No.2 (2020) E-ISSN: 2637-0271
29
Alpha Cronbach antara 0 hingga 1. Pekali Alpha Cronbach yang bermula dengan nilai 0.00 hingga
0.30 adalah rendah, diikuti dengan nilai 0.30 hingga 0.69 adalah sederhana. Seterusnya, bermula
dengan nilai 0.70 hingga 0.89 adalah tinggi dan nilai 0.90 hingga 1.00 pula di tahap sanggat tinggi.
Dalam hubungan ini, Fauzi et. al (2014) dalam Nur Khadijah (2016: 39) bersetuju bahawa setiap item
yang memperoleh nilai Alpha Cronbach yang tinggi menandakan pencapaian kebolehpercayaan alat
ukur dalam kategori yang baik dan sesuai. Selari dengan pandangan Mohd Faizal Nizam Lee & Leow
Tze Wei (2017: 211), kestabilan nilai Alpha Cronbach amat penting dalam kajian rintis dan kajian
sebenar dan tidak boleh dikesampingkan untuk memastikan pemilihan item diterima atau ditolak
(Alpha if item deleted).
iv. TEMPOH LAMA DALAM KAJIAN
Menurut Padgett (1998: 14) dan Othman (2014: 195), salah satu daripada cara untuk meningkatkan
kebolehpercayaan data dilihat menerusi berpanjangan kehadiran dan keberadaan pengkaji dalam
tempoh kajian yang dilakukan. Disebabkan itu, proses pengumpulan data yang dilakukan dalam
kajian ini mengambil masa lima belas bulan antara bulan Mac 2019 hingga bulan Jun 2020. Bermula
bulan Julai, pengkaji mula menyelesaikan analisis setiap data yang diperoleh untuk mendapatkan
hasil kajian sebenar yang dijalankan.
PENGANALISISAN DATA
Penganalisisan data adalah salah satu proses penelitian (Ali Muhson tth: 6) dan proses mengkategori,
meringkas, menyusun dan memanipulasi data yang diperoleh bagi menjawab persoalan dan hipotesis
kajian (Rozmi 2016: 182). Tambahan pula, data kuantitatif bersifat tepat kerana unit pemboleh ubah
dalam bentuk nombor bagi mewakili pengukuran seperti objek, tingkah laku dan peristiwa (Rozmi
2016: 182).
Seterusnya, pengkaji menganalisis data secara deskriptif dengan menggunakan kaedah
statistik yang melibatkan jadual taburan kekerapan dan graf seperti histogram, graf bar, carta pai serta
jadual. Selain itu, statistik deskriptif juga menggunakan petunjuk seperti min, sisih piawai, medium,
mod, taburan normal dan skor z untuk menyatakan ciri-ciri sesuatu pembolehubah. Malah, analisis
deskriptif juga merujuk kepada kecenderungan memusat (central tendency), kebolehubahan
(variabality) dan persatuan (Rozmi 2016: 183). Namun begitu, statistik deskriptif ini hanya untuk
menganalisis dan memaparkan data berkaitan demografi responden kajian sahaja. Hal ini disebabkan
ia tidak bertujuan untuk membuat kesimpulan secara umum atau generalisasi (Ali Muhson tth: 1;
Chua 2012: 4, 109; Ghazali & Sufean 2018: 269-270).
Walau bagaimanapun, untuk menganalisis data bagi soal selidik di bahagian B berkaitan
mengkaji keberkesanan aktiviti dakwah BBK dalam memberi kefahaman tentang agama Islam
kepada mualaf di Malaysia, bahagian C berkaitan mengkaji keberkesanan aktiviti dakwah BBK dalam
memberi kefahaman tentang agama Islam kepada mualaf di Malaysia dan bahagian D berkaitan
menganalisa keberkesanan aktiviti dakwah BBK dalam meningkatkan kualiti pendidikan mualaf di
Malaysia, pengkaji menggunakan analisis statistik inferensi. Analisis statistik inferensi merupakan
satu kaedah, prosedur dan cara yang digunakan untuk membuat kesimpulan secara menyeluruh
kepada populasi yang dipilih sebagai sample kajian (Rozmi 2016: 183) serta hasil kajian juga boleh
digeneralisasikan (Chua 2012: 4, 109; Ghazali & Sufean 2018: 270).
Vol. 3, No.2 (2020) E-ISSN: 2637-0271
30
1.6 Jadual Pembahagian Pembolehubah
Bil. Pemboleh Ubah Bersandar Pemboleh Ubah Tidak
Bersandar
1. Kefahaman tentang agama Islam mualaf Aktiviti dakwah BBK
2. Taraf hidup mualaf Aktiviti dakwah BBK
3. Kualiti pendidikan mualaf Aktiviti dakwah BBK
Sumber: Penyelidikan 2019
Bertitik tolak daripada kenyataan di atas, jadual 1.6 menunjukkan wujudnya hubungan antara
pemboleh ubah bersandar iaitu kefahaman tentang agama Islam mualaf, taraf hidup mualaf dan kualiti
pendidikan mualaf dengan pemboleh ubah tidak bersandar iaitu aktiviti dakwah BBK yang
menunjukkan adanya hubungan yang signifikan antara pemboleh ubah tersebut yang menghasilkan
keberkesanan aktiviti dakwah BBK kepada mualaf.
Jadual 1.7 Soalan Hipotesis Nol
Bil Soalan Hipotesis Analisis
Ho1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
kefahaman tentang agama Islam mualaf dengan aktiviti
dakwah BBK
Korelasi
Spearman Rho
Ho2 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara taraf
hidup mualaf dengan aktiviti dakwah BBK
Korelasi
Spearman Rho
Ho3 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kualiti
pendidikan mualaf dengan aktiviti dakwah BBK
Korelasi
Spearman Rho
Sumber: Penyelidikan 2019
Jadual 1.7 menunjukkan 3 soalan hipotesis nol terbentuk sebagai salah satu prosedur
penganalisisan data yang akan diuji dalam penyelidikan ini.
Jadual 1.8 Anggaran Kekuatan Hubungan Antara Dua Pemboleh Ubah
Pekali Korelasi Kekuatan Hubungan
0.10 hingga 0.29 Rendah
0.30 hingga 0.49 Sederhana
0.50 hingga 1.00 Tinggi
Sumber: Cohen (1998) dalam Nur Khadijah (2016: 43)
Jadual 1.8 menunjukkan pekali korelasi yang berfungsi sebagai nilai pengukur kekuatan
hubungan antara dua variable (Bhasah 2007: 77). Nilai pekali korelasi berada dalam julat +1.00
hingga -1.00. Nilai pekali korelasi bermula 0.10 hingga 0.29 merupakan kekuatan hubungan antara
dua pemboleh ubah adalah rendah, nilai pekali korelasi 0.30 hingga 0.49 pula sudah berada tahap
yang sederhana, manakala nilai pekali korelasi 0.50 hingga 1.00 mewujudkan kekuatan hubungan
yamg tinggi
Jadual 1.9 Interpretasi Data Penentuan Tahap
Skor Min Tahap
1.00 hingga 2.23 Rendah
2.34 hingga 3.67 Sederhana
3.68 hingga 5.00 Tinggi
Vol. 3, No.2 (2020) E-ISSN: 2637-0271
31
Sumber: Ruzi (2003) dalam Nur Khadijah (2016: 43)
Berikutnya, jadual 1.9 menunjukkan ujian bagi interpretasi data penentuan tahap mengikut
skor min iaitu 1.00 hingga 2.23 di tahap rendah, 2.34 hingga 3.67 di tahap sederhana dan 3.68 hingga
5.00 di tahap tinggi.
Pada waktu yang sama, data yang diperoleh melalui soal selidik dianalisis menggunakan
Statistical Package for the Social Science (SPSS) for Windows. SPSS for Windows adalah proses dan
langkah untuk memasukkan data ke dalam perisian, meneliti dan mengeksplorasi data sebelum
sesuatu analisis pemerihalan dan pengujian dilakukan (Rozmi 2016: 184).
Jadual 1.10 Proses SPSS for Windows
Bil. Proses SPSS for Windows
1 Sistem Pengekodan
2 Menamakan Pemboleh Ubah
3 Memasukkan Data
4 Menyemak Data
5 Transformasi Data
6 Analisis Data
Sumber: Rozmi (2016: 184 – 188)
Jadual 1.10 menunjukkan proses dan langkah yang perlu dilakukan oleh pengkaji apabila
menggunakan perisian SPSS for Windows untuk melancarkan proses menganalisis setiap data kajian
yang diperoleh. Pada peringkat sebelum analisis, data kajian masih dalam kategori data mentah. Data
tersebut dikodkan dengan nombor kerana ia adalah penentu markah sebenar terhadap pemboleh ubah,
setiap pemboleh ubah diberi nama yang singkat, mudah dikenali dan unik di samping meletakkan
nombor soalan agar mudah dibaca, diikuti dengan memasukkan data untuk setiap responden kajian
berpandukan pengekodan dengan cermat dan teliti, kemudian menyemak data dengan peka untuk
mengelak berlaku kesilapan dan melakukan transformasi data untuk menentukan item yang negatif.
Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, ia telahpun dilakukan untuk kajian
rintis dan akan dilakukan untuk kajian sebenar. Akhirnya, analisis data kajian dapat dihasilkan untuk
dipersembahkan dalam ulasan kajian pada bab IV.
PEMILIHAN LOKASI
Jadual 1.11 Lokasi Kajian
Bil Lokasi Kajian
1 Zon di negeri Pantai Timur Kelantan
2 Zon di Selatan Semenanjung Malaysia Melaka
3 Zon di Utara Semenanjung Malaysia Kedah
4 Zon Tengah Semenanjung Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
5 Negeri Malaysia Timur Sabah
Sumber: Penyelidikan 2019
Pemilihan lokasi kajian untuk taburan soal selidik dalam kajian ini dibahagikan kepada lima zon
sebagaimana dalam jadual 1.11 iaitu zon di negeri Pantai Timur diwakili oleh negeri Kelantan, zon
Vol. 3, No.2 (2020) E-ISSN: 2637-0271
32
di Selatan Semenanjung Malaysia diwakili oleh Melaka, zon di Utara Semenanjung Malaysia diwakili
oleh negeri Kedah, zon di tengah Semenanjung Malaysia diwakili oleh Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan negeri Malaysia Timur diwakili oleh negeri Sabah.
KESIMPULAN
Berdasarkan huraian di atas, Metodologi Kajian Keberkesanan Aktiviti Dakwah BBK kepada
Golongan Mualaf di Malaysia merupakan perancangan yang sangat penting untuk memastikan proses
penyelidikan yang dijalankan bersesuaian serta tepat dan benar untuk mencapai objektif kajian di
samping menjawab persoalan kajian. Dapat disimpulkan bahawa metodologi kajian yang dipilih dan
digunakan bersesuaian dengan skop kajian ini berdasarkan kepada hasil dapatan kajian rintis yang
telah dijalankan dan dihuraikan pada kertas kerja yang berasingan. Oleh itu, dapatan hasil
penyelidikan ini adalah sumbangan ilmu kepada penyelidik untuk diambil sebagai nilai tambah dalam
juzuk-juzuk penulisan ilmu yang bermanfaat.
RUJUKAN
Ahmad Munawar Ismail & Mohd Nor Shahizan Ali. 2015. Mengenali Kuantitatif & Kualitatif dalam
Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: Penerbit Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Ali Muhson. 2006. Teknik Analisis Kuantitatif. Universiti Negeri Yogyakarta, Yogyakarta.
Ang Kean Hua. 2016. Introduction to metodology framework in research study. Malaysia Journal of
Social Science and Humanities. (1) 2: 17-24.
Bhasah Abu Bakar. 2007. Kaedah analisis data penyelidikan ilmiah. Siri Pengajian dan Pendidikan
Utusan. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Blaxter, Loraine, Hughes, Christina & Tight, Malcom. 2002. How to Research. 2nd Ed. Buckingham
& Philadelphia: Open University Press.
Bogdan, Robert C. & Biklen, Sari Knopp. 2007. Qualitative Research for Education, an Introduction
to Theories and Methods. 5th Ed., Boston: Publishing an Allyn & Bacon.
Cholid Norbuko & Drs Abu Achmadi. 1997. Drs H. 1997. Metodologi Penelitian. Jakarta: Bumi
Askara.
Chua Yan Piaw. 2006. Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill Malaysian Sdn.
Bhd.
Chua Yan Piaw. 2012. Asas Statistik Penyelidikan. Ed. Kedua. Kuala Lumpur: McGraw Hill
Malaysian Sdn. Bhd.
Dharmapalan, Biju. 2012. Scientific Research Methodology. Oxford, U.K.: Alpha Science
International Ltd.
Drew, C.J. & Hardman, M.L. 1985. Designing and conducting behavioral research. Oxford:
Pergamon press ins.
Ferlis Bullare @ Bahari & Murnizam Halik. 2015-2016. Proses pembentukan instrumen kebahagian
subjektif orang kurang upaya-fizikal. Southeast Asia Psychology Journal. 3: 45-56.
Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. 2018. Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan, Amalan
Dan Analisis Kajian. Ed. Kedua. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Hartaty & Zulia Tasya Fizawan. 2014. Laporan Tutorial Pengantar Kaedah Penyelidikan Sains
Sosial dan Statistik. ttp.
Hulley, Stephen B. 2007. Designing Clinical Research. t.tp: Lippincott Williams & Wilkins.
J.Supranto. 1986. Kaedah Penyelidikan dalam Pemasaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Vol. 3, No.2 (2020) E-ISSN: 2637-0271
33
Kamaruzaman Moidunny. 2013. Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian. Jabatan
Pembangunan Pengurus, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan, Institut Aminuddin Baki,
Genting Highlands.
Keontjaraningrat. 1986. Metode-metode Penelitian Masyarakat. Jakarta: t.pt.
Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah & Leow Tze Wei. 2017. Keesahan dan kebolehpercayaan
instrument penilaian kendiri pembelajaran geometri tingkatan satu. Malaysian Journal of
Learning and Instruction (14) 1: 211-265.
Mohd Nawi Ab Rahman. 2003. Teras Penyelidikan. Serdang: Penerbitan Universiti Putra Malaysia.
Mohd Sabri Ismail. 2009. Metodologi dakwah kepada saudara baru di PERKIM Kelantan: Kajian
mengenai keberkesanan. Tesis Dr. Fal, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Universiti
Malaya.
Muhammad Jeffery Hizwan Said. tth: 13. Tahap Sikap Kerja Dan Hubungannya Dengan Prestasi
Kerja Pekerja : Kajian Di Syarikat Triple A. BBRC4013.
Neuman, W. Lawrence. 1991. Sosial Research Methods Qualitative and Quantitative Approaches.
Massachusetts: Publishing an Allyn & Bacon.
Noriah Mohd Ishak, Siti Fatimah Mohd Yassin, Mohd Izham Mohd Hamzah & Siti Rahayah Ariffin.
2013. Kajian kes. Dlm. Noraini Idris. Penyelidikan dalam Pendidikan, hlm. 355-379. Kuala
Lumpur: Penerbit Mc Graw Hill Education.
Nur Khadijah Binti Abu Bakar. 2016. Strategi Dan Persepsi Pelajar Non-Muslim Dalam Mempelajari
Bahasa Arab Di Universiti Kebangsaan Malaysia. Disertasi Sarjana Pengajian Islam, Fakulti
Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nur Syafiqa Shafie. 2014. Kajian Rintis. ttp.
Othman Lebar. 2007. Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan kepada Teori dan Metode. Tanjong Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Padgett, D.K. 1998. Qualitative Methods in Social Work Research: Challenges and Rewards.
Thousand Oaks, CA: Sage Publications.
Ranjit Kumar. 2005. Research Methodology: a Step by Step Guide for Beginners. London: Sage
Publications.
Rozmi Ismail. 2016. Metodologi Penyelidikan Teori dan Praktis. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Sang, Mok Soon. 2009. Literatur dan Kaedah Penyelidikan. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.
Sekaran, U., & Bougie, R. 2010. Research Methods For Business: A Skill Building Approach. 5th ed.
New York: John Wiley & Sons.
Sulaiman Ngah Razali. 1996. Analisis Data Dalam Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sulaiman Ngah Razali. 2002. Analisis Data Dalam Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Teijlingen, E. R; V. Hundley. 2001. The Importance of Pilot Studies. Social research: t.pt.