SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu ... · Peningkatan pencapaian pelajar...
Transcript of SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu ... · Peningkatan pencapaian pelajar...
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
1
SIFU
Oleh:
HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi meninjau keberkesanan aktiviti SIFU dalam proses pembelajaran dalam pengajaran Sejarah. SIFU merupakan aktiviti pembelajaran dalam pengajaran yang melibatkan 100% pelajar secara aktif dan efektif untuk menjadi “guru” dan pelajar dalam satu sesi pembelajaran dalam pengajaran. Selain itu, 100% pelajar juga akan bergerak dan berkomunikasi menjayakan aktiviti SIFU. Guru hanya bertindak sebagai pemudah cara sahaja. Melalui ujian pra dan pasca serta hasil maklum balas pelajar dan guru aktiviti SIFU dapat dirumuskan sebagai aktiviti yang efektif membolehkan pelajar menguasai isi pelajaran secara optimum, pelajar berasa selesa dan seronok belajar dan meningkatkan keyakinan serta minat terhadap mata pelajaran Sejarah. Peningkatan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM 2012 juga adalah bukti terbaik keberkesanan aktiviti SIFU. Malah keberkesanan SIFU telah mendorong guru lain melaksanakan aktiviti ini dalam subjek Bahasa Melayu, Biologi dan Pendidikan Islam. Seterusnya, SIFU bukan hanya diaplikasi di SMK Bandaraya Kota Kinabalu tetapi turut diaplikasikan disekolah lain seperti di SMK Putatan Penampang, SM St John Tuaran, SMK Segama Lahad Datu, SM Shan Tao Kinabalu dan SMK Agama Kota Kinabalu. SIFU juga telah meraih kemenangan iaitu Johan Pertandingan Guru Inovatif Peringkat Negeri Sabah 2013.
1.0 PENGENALAN Menurut P.J Philips (1950) aktiviti pembelajaran dalam pengajaran yang melibatkan pelajar
membaca dan mendengar membolehkan pelajar mengingati sehingga 20% perkara yang
dipelajari. Sekiranya pelajar membaca, mendengar dan menerangkan pelajar akan berupaya
mengingati sehingga 70% perkara yang dipelajari. Sehubungan dengan perkara ini, Dr. Haji
Mohd Kassim Bin Haji Mohd Ibrahim, Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran
Negeri Sabah (2012), menyatakan “pembelajaran dalam pengajaran yang hebat
adalah guru mengajar dan pelajar lebih belajar”. Oleh itu, adalah amat penting bagi
guru untuk merancang dan melaksanakan aktiviti yang membolehkan keseluruhan pelajar
belajar secara aktif dan efektif.
2.0 ISU KAJIAN
Aktiviti pembelajaran dalam pengajaran seperti penerangan, pembentangan, persembahan
power point, forum dan lain-lain tidak melibatkan keseluruhan pelajar secara aktif dan
efektif. Contohnya jika aktiviti pembentangan atau forum diadakan hanya pelajar yang
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
2
terlibat sepenuhnya akan membuat persiapan rapi. Sebaliknya pelajar lain hanya lebih
banyak mendengar sahaja. Tambahan pula aktiviti pembelajaran dalam pengajaran
sedemikian tidak membolehkan pelajar mempelajari sesuatu topik yang luas. Sedangkan
sukatan mata pelajaran Sejarah sangat luas dan peruntukan masa mengajar hanya tiga
masa seminggu. Lantaran itu, saya tidak menafikan guru lebih banyak membuat aktiviti
penerangan guru dalam proses pembelajaran dalam pengajaran untuk membolehkan
sukatan pelajaran dihabiskan. Selain itu, mata pelajaran Sejarah kurang diminati atau
dianggap membosankan sudah menjadi senario biasa di kebanyakan sekolah. Malah belajar
Sejarah atau membaca buku teks Sejarah dianggap ubat tidur yang mujarab oleh pelajar.
Oleh itu, saya memikirkan aktiviti pembelajaran dalam pengajaran yang perlu melibatkan
pelajar secara seronok, aktif dan efektif seterusnya membolehkan pelajar menguasai topik
yang lebih luas dalam satu sesi pembelajaran dalam pengajaran.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif kajian ini dijalankan ialah:
1. Melibatkan 100% pelajar secara aktif dan efektif dalam proses pembelajaran
dalam pengajaran
2. Menghasilkan aktiviti pembelajaran dalam pengajaran yang membolehkan pelajar
‘mengajar’ dan belajar secara aktif dan efektif.
3. Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dalam pengajaran ke arah memupuk minat
terhadap mata pelajaran Sejarah.
4.0 KONSEP DAN PELAKSANAAN SIFU
SIFU merupakan aktiviti pembelajaran dalam pengajaran yang berpusat kepada pelajar
dan guru mata pelajaran hanya bertindak sebagai fasalitator sahaja. Aktiviti SIFU
melibatkan pelajar untuk berusaha membaca dan memahami topik-topik tertentu di
bawah pemantauan guru mata pelajaran. Pelajar-pelajar yang telah menguasai topik-
topik tertentu akan mengambil peranan sebagai “guru” atau SIFU. Mereka akan
mengajar topik yang dikuasai kepada rakan-rakan lain. Setelah selesai, peranan “guru”
akan diteruskan oleh pelajar dari kumpulan berikutnya untuk mengajar rakan-rakan
mereka tentang topik yang dipelajari. Aktiviti ini berdasarkan konsep “I Teach, I
Master” atau “Guru Mengajar, Pelajar Lebih Belajar”. Ringkasnya aktiviti SIFU akan
melibatkan 100% pelajar untuk belajar (membaca, memahami dan menghafal),
mengajar (menerangkan, bersoal jawab dan berbincang), bergerak (mencari rakan
untuk diajar) dan berkomunikasi (menyampaikan isi pelajaran, berbincang dan bersoal
jawa
dan
mem
lain
Seba
mem
Kum
kum
diku
kum
LanPela
LanSIF
ab). Bagi m
dikehenda
mbuat pene
untuk mem
agai contoh
mbuat pen
mpulan 2 pu
mpulan sele
uasai oleh
mpulan sehin
ngkah 1: Pajar akan
ngkah 2: PU bergera
melaksanaka
aki untuk
erangan sec
mbuat pene
hnya: Ahli K
nerangan d
ula akan be
esai berger
mereka. A
ngga enam
Pembahagimembaca,
Pelajar dark ke kump
L
Seminar Pe
an aktiviti SI
menguasai
cara individ
erangan. Pe
Kumpulan 1
dan menga
rpecah dan
rak ke seti
Aktiviti SIF
kumpulan b
ian kumpu, memaha
ri kumpulapulan 2 da
Lima orang
Pendidikan Seja
3
IFU, pelajar
topik tert
du. Kemudia
lajar yang m
berpecah d
adakan ses
n bergerak k
iap kumpu
FU boleh d
bergantung
ulan dan tmi dan me
an 1 meman 3 untuk
jarah dan Geog
r dibahagika
tentu seca
an setiap p
membuat p
dan bergera
si perbinca
ke Kumpula
lan untuk
dilaksanakan
g pada topik
opik untuenghafal t
mainkan pek mengajar
Li
ografi 2013 (UM
an kepada b
ra berkum
pelajar berg
penerangan
ak ke Kump
angan. Set
an 1 dan 3
mengajar
n paling k
k yang dipel
k dikuasaiopik masin
eranan sebr rakan-ra
ima orang
MS, 29 – 30 O
beberapa ku
mpulan teta
gerak ke ku
akan digel
pulan 2 dan
telah seles
sehinggalah
topik yang
kurang dala
lajari.
i secara inng-masing
bagai ‘gurkan merek
Ogos 2013)
umpulan
api akan
umpulan
ar SIFU.
3 untuk
sai, ahli
h semua
g sudah
am dua
ndividu. g.
ru’ atau ka.
Lanmem
Lanmem
5.0 BA
Tiad
pers
6.0 KU
Pela
men
7.0 PE
T
No
ngkah 3: Pmainkan p
ngkah 4: Pmaikan pe
AHAN DAN
da sebarang
siapan dan a
UMPULAN
ajar Tingkat
njayakan ak
ERANCANG
Tarikh
ov 2011
Pelajar daperanan se
Pelajar daeranan seb
N KOS
g bahan ata
arahan yan
SASRAN
tan Lima Al
ktiviti SIFU.
GAN DAN
Guru memi
pengajaran
secara aktif
Guru mend
SIFU.
L
Seminar Pe
ari kumpuebagai SIF
ari kumpubagai SIFU
au kos yang
g jelas dari
amanda ya
PELAKSAN
Tind
kirkan aktiv
n yang me
f dan efektif
dapat idea
Lima orang
Lima orang
Pendidikan Seja
4
lan 2 berFU
lan 3 berU
g diperlukan
pada guru.
ang terdiri
NAAN TIND
dakan
viti pembela
elibatkan 10
f.
melakasan
g
jarah dan Geog
rgerak ke
rgerak ke
n dalam me
daripada se
DAKAN
ajaran dalam
00% pelaja
nakan aktiv
L
ografi 2013 (UM
kumpulan
kumpulan
enjayakan a
eramai 41 o
m
ar
iti
Lima orang
Lima oran
MS, 29 – 30 O
n 1 dan 3
n 1 dan 2
aktiviti SIFU
orang dipil
Catatan
ng
Ogos 2013)
3 untuk
2 untuk
, hanya
ih untuk
20
20
16
20
Ja
7.0 PEL
PeakamebePerak
0 Jan
012
6 Feb
012
n- Okt
LAKSANAA
lajar daripaan menunengajar mersoal jawablajar lebih kan masing
Pelaksanaa
Pelaksanaa
& Team Te
Pelaksanaa
proses pem
pun proses
AN AKTIVIT
ada kumpuggu rakanereka dan b atau berbselesa diaj-masing.
Ga
Seminar Pe
n Ujian Pra
n aktiviti SI
aching
n aktiviti S
mbelajaran d
ulangkaji
TI SIFU
lan lain untuk
bebas bincang. jar oleh
mbar 1: Pe
Pendidikan Seja
5
dan Pasca
IFU dalam L
SIFU diteru
dalam peng
Semua pkumpulanrakan meyang merakan kemkumpulanke kumpukumpulanpemerhati
elaksanaa
jarah dan Geog
Lesson Stud
uskan dalam
ajaran mah
pelajar dar lain untuk reka sendirreka mahu.mbali ke yang berikulan lain u selesai. Pi.
an Aktiviti
ografi 2013 (UM
Pelaksa
Alaman
dy Dihadir
daripad
membe
tentang
m
hu
Pelaksa
ke kelas
Ahli telah berpecuntuk tentan
ripada Kummenjadi gu
ri. Mereka b. Setelah s
kumpulan kutnya akanuntuk menada masa
SIFU
MS, 29 – 30 O
anaan di
nda
i oleh
da panitia l
erikan
g aktiviti SIF
anaan dipe
s-kelas lain
Kumpulan menguas
cah ke kummengaja
ng topik me
mpulan 1 uru dan mebebas memselesai, ahli
asal. Ken bergerak ngajar hingini guru h
Ogos 2013)
kelas 5
guru
lain dan
komen
FU
rluaskan
1 yang sai topik
mpulan lain ar rakan ereka.
bergerak engajar rakamilih kumpui Kumpulanemudian adan berpec
ggalah semanya menj
ke an-lan
n 1 ahli cah
mua adi
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
6
7.1 Guru memberi arahan.
Guru memberikan arahan kepada pelajar tentang cara pelaksanaan aktiviti SIFU,
pembahagian tajuk dan kumpulan.
7.2 Pelajar belajar
Setelah memahami arahan dan tugasan masing-masing pelajar diberikan masa
untuk membaca dan menguasai topik masing-masing. Pelajar digalakan membuat
nota ringkas atau peta minda sebagai ABM semasa membuat penerangan dan
perbincangan dengan rakan. Malah pelajar digalakan bertanya kepada guru jika
ada perkara yang tidak difahami.
Gambar 2: Pelajar Mendengar Arahan Guru
Gambar 3: Pelajar Membaca Buku Teks Untuk Menguasai Topik Masing-Masing
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
7
7.3 Pelajar mengajar
Setelah menguasai topik masing-masing pelajar dari kumpulan 1 akan berpecah
dan bergerak untuk menjadi SIFU dan mengajar rakan dari kupulan lain. Setelah
selesai, pelajar dari kumpulan berikutnya pula akan menjadi SIFU dan mengajar
rakan mereka tentang topik yang mereka kuasai.
Gambar 4: Pelajar Dibahagikan Kepada Lima Kumpulan Dan SIFU Mengajar Rakan Mereka Secara Berkumpulan
Gambar 5: Pelajar Dibahagikan Kepada Dua Kumpulan Dan Membolehkan SIFU Mengajar Rakan Mereka Secara Berpasangan
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
8
Gambar 6: Pelajar Dibahagikan Kepada Tiga Kumpulan Dan Membolehkan Mereka Mengajar Rakan Dalam Kumpulan Yang Kecil Terdiri Daripada Dua Orang Pelajar
8. 0 DAPATAN KAJIAN
8.1 Ujian Pra Dan Pasca
Carta 1: Perbandingan Taburan Markah Ujian Pra Dan Pasca
36
67
3
13.8
65
83
37
11.3
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
Markah Purata Markah Tertinggi Markah Terendah Sisihan Piawai
PRA PASCAPurata,Tertinggi, Terendah dan Sisihan Piawai
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
9
Carta 2: Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pra Dan Pasca
Carta 3: Analisis Peratus Peningkatan Markah
98%
2%
Pencapaian Meningkat
Pencapaian Konstant
22.0 %
41.5 %
19.5 %
9.8 %
4.9 %2.4 %
0%0.0 %
5.0 %
10.0 %
15.0 %
20.0 %
25.0 %
30.0 %
35.0 %
40.0 %
45.0 %
1% ‐ 50% 51%‐100% 101%‐200% 201%‐300% 301% dankeatas
Konstant Penurunan
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
10
Berdasarkan carta 1, markah purata pelajar dalam ujian pra hanya 36 markah berbanding 65
markah dalam ujian pasca. Seterusnya markah tertinggi dalam ujian pra hanya 67 markah
berbanding 83 markah dalam ujian pasca. Dalam ujian pasca pencapaian terendah pelajar
ialah 37 markah berbanding ujian pra iaitu hanya 5 markah. Berdasarkan carta 3 pula,
63.5% pelajar mengalami peningkatan markah antara 1% hingga 100%, 34.2% atau 14
orang pelajar mengalami peningkatan markah lebih dari 100% berbanding ujian pra. Hanya
seorang sahaja pelajar yang mengalami konstat dan tiada pelajar yang mengalami
penurunan markah. Ringkasnya, seperti yang tertera dalam carta 2 sebanyak 98% pelajar
telah menunjukkan peningkatan pencapaian dalam ujian setelah melaksanakan aktiviti SIFU.
8.2 Pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM
Carta 4: Pencapaian Pelajar 5 Alamanda Dalam Peperiksaan SPM 2012
Purata Mata Gred Ujian
Peperiksaan Penggal I Percubaan I Percubaan II
6.01 6.01
5.52
4.15
2.852.53
0.00
1.00
2.00
3.00
4.00
5.00
6.00
7.00
TOV AR1 AR2 AR3 AR4 SPM'12
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
11
8.3 Maklum balas guru
Semasa membuat pencerapan kebanyakan guru mendapati aktiviti SIFU adalah
amalan pembelajaran dalam pengajaran yang berkesan. Menurut mereka SIFU
mempunyai pelbagai kelebihan. Antaranya ialah:
i. Penglibatan pelajar aktif
ii. Penguasaan isi pelajaran yang efektif
iii. Pelajar seronok dan ceria
iv. Pelajar selesa belajar dan diajar oleh rakan
v. Meningkatkan keyakinan pelajar
vi. Mengasah bakat pelajar
vii. Meningkatkan Kemahiran Berfikir Kreatif Kritis
viii. Komunikasi berkesan
ix. Pelajar yang diajar tidak malu bertanya kepada rakan sebaya
x. Memupuk sikap bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai SIFU
xi. Pelajar menunjukkan kesungguhan menguasai topik sebagai persediaan untuk
mengajar
xii. Memupuk semangat kerja berpasukan
xiii. SIFU sangat memudahkan tugas guru kerana guru hanya memberi arahan
yang jelas kepada pelajar untuk belajar dan mengajar sambil dipantau oleh guru.
xiv. Aktiviti SIFU menjimatkan masa kerana topik yang luas dan sukar dapat
dikuasai oleh pelajar dengan lebih cepat dan berkesan. Contohnya: Topik yang
sukar dan penting seperti “Agama Dan Ajaran Utama Dunia” dan “Reaksi
Pembentukan Malaysia” dapat dikuasai pelajar dengan efektif
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
12
8.4 Maklum balas pelajar
Jadual 1: Maklum Balas Pelajar Selepas Menjayakan Aktiviti SIFU
Bil Perkara/ Skala 1 2 3 4 5
Jum % Jum % Jum % Jum % Jum %
1 Aktiviti SIFUMembolehkan anda menguasai isi pelajaran dengan berkesan 0 0 0 0 0
0 24
58.6
17 41.4
2 Aktiviti SIFU membolehkan anda belajar dan mengajar secara aktif 0 0 0 0 0 0 15
36.6
26 63.4
3 Aktiviti SIFU adalah aktiviti yang berkesan, menarik dan dinamik 0 0 0 0 0 0 19
46.3
22 53.7
4 Aktiviti SIFU dapat menambah minat terhadp mata pelajaran Sejarah
0
0
0
0
0
0
22
53.7
19
46.3
5 Anda suka/ seronok menjayakan aktiviti SIFU
0 0 0 0 0 0 12 29.3 29 70.7
6 SIFU perlu dijayakan dalam mata pelajaran lain
0 0 0 0 0 0 14 34.1 27 65.9
Skala 1: Sangat Tidak Setuju Skala 2: Tidak setuju Skala 3: Kurang Setuju Skala 4: Setuju Skala 5: Sangat Setuju
Antara pendapat pelajar mengenai aktiviti SIFU:
i. Sepanjang aktiviti SIFU tiada rasa bosan, mengantuk dan malas belajar.
ii. SIFU mendorong saya belajar bersungguh-sungguh sesuatu topik kerana kena
mengajar rakan lain tentang topik tersebut.
iii. SIFU membolehkan saya belajar dan mengajar rakan dengan lebih selesa.
iv. SIFU membolehkan pelajar menguasai dan mengingati topik dengan berkesan.
9.0 LAIN-LAIN
9.1 Pelaksanaan SIFU dalam subjek lain.
Keberkesanan aktiviti SIFU telah mendorong beberapa orang guru dari panitia Sejarah
dan panitia lain menjalankan aktiviti SIFU. Antaranya ialah subjek Biologi, Geografi,
Bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan Bahasa Inggeris.
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
13
9.2 Pelaksanaan SIFU oleh sekolah lain.
Aktiviti SIFU juga telah diaplikasikan di sekolah lain dan diakui keberkesanannya oleh
guru dan pelajar yang melaksanakannya. Antara sekolah yang telah melaksanakan
aktiviti SIFU ialah SM Shan Tao Kota Kinabalu, SMK Putatan Penampang , SM St. John
Tuaran, SMK Agama Kota Kinabalu, SMK Segama Lahad Datu. Selain itu, guru sendiri
telah mengaplikasikan aktiviti SIFU bersama pelajar dari sekolah lain semasa
mengadakan Ceramah Cara Berkesan Belajar Sejarah Dan Teknik Menjawab Soalan
Sejarah SPM. Antara sekolah-sekolah tersebut ialah SMK Arshad Kota Belud, SMK Telipok
Ria, SM St. Peter Telipok, SM Sanzack, SMK Agama Inanam.
Koleksi Gambar Pelaksanaan Aktiviti SIFU Di Sekolah Lain
Gambar 7: Aplikasi SIFU Di SMK Agama Kota Kinabalu
Gambar 8: Aplikasi SIFU Di SMK Agama Inanam
Gambar 9: Aplikasi SIFU Di Gabungan Enam Buah Sekolah Dari
Labuan
Gambar 10: Aplikasi SIFU Di SMK Bandaraya Kota kinabalu
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
14
9.3 Impak
Keberkesanan aktiviti SIFU telah mendorong guru menyertai Pertandingan Guru Inovatif
pada tahun 2013. Pada 16 Mei 2013, SIFU telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan
Guru Inovatif Peringkat Negeri Sabah. Kejayaan ini dan respond dari rakan-rakan guru
serta pelajar akan memberikan dorongan kepada saya untuk menyebarluaskan amalan
aktiviti ini.
Gambar 13: SIFU dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Guru Inovatif Peringkat Negeri Sabah 2013
Gambar 11: Aplikasi SIFU Di SMK Putatan, Penampang
Gambar 12: Aplikasi SIFU Di SM St. John Tuaran
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
15
10. KESIMPULAN
Melalui aktiviti SIFU ini saya melihat mata pelajaran Sejarah bukan lagi membosankan tetapi
lebih menyeronokkan. Adalah menjadi harapan saya agar SIFU dapat menyumbang kepada
peningkatan penguasaan dan pencapaian pelajar lebih-lebih lagi setelah mata pelajaran
Sejarah diwajibkan lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula pada
tahun 2013.
RUJUKAN
1. Mok Soon Sang, Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.,
Kuala Lumpur, 2002.
2. Majalah Pendidik, Bil. 7, September 2010.
3. Http//hss.fullerton.edu/linguistics/cln/sew-kincheloe.pdf.
4. Http://search.yahoo.com/search;_ylt=A0oGdFDA6JVM2UAAmd1XNyoA?ei=UTF-
8&vc=countrymy&fr=yfp701&fp_ip=my&rs=1&p=audio+and+visual+learning+techni
ques&rs=0&fr2=rs-bottom