Menyemai Benih (Bhg 1) Menghafal

3
MENYEMAI BENIH Dalam siri ini, perkataan benih merujuk kepada Firman Tuhan sepertimana dijelaskan Yesus dalam Lukas 8:11. Apabila Yesus membantu murid-murid-Nya memahami perumpamaan tentang penabur benih, dia secara spesifik berkata, Benih itu ialah firman Allah . Setiap kali frasa menyemai (menabur) benih dipakai dalam siri ini, ia merujuk kepada usaha-usaha menyebar Firman Allah dengan pelbagai cara yang kreatif dan alkitabiah. Menyemai benih dalam diri sendiri – menghafal Firman Tuhan Pertama sekali kita akan melihat bagaimana untuk menyemai benih dalam diri kita dan cara pertama ialah dengan menghafal Firman Allah. Dalam Mazmur 119:11a, si pemazmur berkata, Dalam hatiku aku menyimpan janji-Mu. Menyimpan dalam hati ialah sinonim bagi menghafal. Ramai berfikir menghafal ialah menyimpan maklumat dalam minda mereka tetapi sebenarnya penghafalan yang benar berlaku apabila maklumat itu berjaya disimpan dalam hati anda. Itu sebabnya penjelasan ringkas untuk menghafal dalam bahasa Inggeris ialah to learn by heart’ atau belajar dengan hati . Apabila maklumat itu dipelajari (fahami) dan disimpan dalam hati, penghafalan telah berlaku. Faedah Menghafal Firman Allah 1. Kemungkinan mentaati perintah Allah akan meningkat (Ulangan 31:12-13) Apabila Musa menerangkan semula perintah-perintah Allah kepada satu generasi baru orang Israel yang tidak lama lagi akan memasuki Tanah Perjanjian, dikatakan semua yang hadir mendengar dan belajar perintah Allah dan kemudian melakukannya dengan setia. Apa yang tidak disedari ramai orang hari ini ialah pendengar-pendengar Musa tidak mencatat apa yang dikatakan Musa atau diberi buku yang mengandungi perintah-perintah Tuhan! Sebaliknya bila dikatakan mereka belajar , yang dimaksudkan ialah mereka berusaha memahami dan menghafal perintah-perintah itu. Apakah hasilnya? Setiap perintah yang dihafal (boleh diingat) ditaati (mereka melakukan dengan setia segala perkataan hukum Taurat ini). Apabila anda belajar perintah Allah - berusaha memahami dan menghafal perintah-perintah itu kemungkinan anda juga melakukan dengan setia segala perkataan yang dari Allah juga akan meningkat. Apa yang anda faham dan ingat, anda dapat lakukan. 2. Pertahanan untuk melawan dosa (Mazmur 119:11) Si pemazmur mahu mentaati perintah-perintah Allah dan dia menemukan satu cara yang berkesan menyimpan Firman Allah dalam hatinya (menghafal). Dalam melakukan ini dia juga sedar dan mengaku bahawa dengan adanya perintah Allah dalam hatinya, dia dapat mengelakkan dirinya daripada berdosa (supaya aku jangan berdosa terhadap Engkau). Apabila Firman Allah ada dalam hati anda Roh Kudus boleh mengingatkan anda apa yang diingini atau dilarang Tuhan dengan senang dan cepat setiap kali anda tergerak untuk berdosa, perintah Allah yang sesuai akan timbul naik dalam minda anda dan dalam pendengaran anda, iaitu Firman yang telah anda simpan dalam hati anda.

Transcript of Menyemai Benih (Bhg 1) Menghafal

Page 1: Menyemai Benih (Bhg 1) Menghafal

MENYEMAI BENIH

Dalam siri ini, perkataan ‘benih’ merujuk kepada Firman Tuhan sepertimana dijelaskan Yesus dalam Lukas 8:11. Apabila Yesus membantu murid-murid-Nya memahami perumpamaan tentang penabur benih, dia secara spesifik berkata, “Benih itu ialah firman Allah”. Setiap kali frasa menyemai (menabur) benih dipakai dalam siri ini, ia merujuk kepada usaha-usaha menyebar Firman Allah dengan pelbagai cara yang kreatif dan alkitabiah.

Menyemai benih dalam diri sendiri – menghafal Firman Tuhan

Pertama sekali kita akan melihat bagaimana untuk menyemai benih dalam diri kita dan cara pertama ialah dengan menghafal Firman Allah.Dalam Mazmur 119:11a, si pemazmur berkata, “Dalam hatiku aku menyimpan janji-Mu.” Menyimpan dalam hati ialah sinonim bagi menghafal. Ramai berfikir menghafal ialah menyimpan maklumat dalam minda mereka tetapi sebenarnya penghafalan yang benar berlaku apabila maklumat itu berjaya disimpan dalam hati anda. Itu sebabnya penjelasan ringkas untuk menghafal dalam bahasa Inggeris ialah ‘to learn by heart’ atau ‘belajar dengan hati’. Apabila maklumat itu dipelajari (fahami) dan disimpan dalam hati, penghafalan telah berlaku.

Faedah Menghafal Firman Allah

1. Kemungkinan mentaati perintah Allah akan meningkat (Ulangan 31:12-13)

Apabila Musa menerangkan semula perintah-perintah Allah kepada satu generasi baru orang Israel yang tidak lama lagi akan memasuki Tanah Perjanjian, dikatakan semua yang hadir mendengar dan belajar perintah Allah dan kemudian melakukannya dengan setia. Apa yang tidak disedari ramai orang hari ini ialah pendengar-pendengar Musa tidak mencatat apa yang dikatakan Musa atau diberi buku yang mengandungi perintah-perintah Tuhan! Sebaliknya bila dikatakan mereka ‘belajar’, yang dimaksudkan ialah mereka berusaha memahami dan menghafal perintah-perintah itu. Apakah hasilnya? Setiap perintah yang dihafal (boleh diingat) ditaati (mereka melakukan dengan setia segala perkataan hukum Taurat ini). Apabila anda belajar perintah Allah - berusaha memahami dan menghafal perintah-perintah itu – kemungkinan anda juga melakukan dengan setia segala perkataan yang dari Allah juga akan meningkat. Apa yang anda faham dan ingat, anda dapat lakukan.

2. Pertahanan untuk melawan dosa (Mazmur 119:11)

Si pemazmur mahu mentaati perintah-perintah Allah dan dia menemukan satu cara yang berkesan – menyimpan Firman Allah dalam hatinya (menghafal). Dalam melakukan ini dia juga sedar dan mengaku bahawa dengan adanya perintah Allah dalam hatinya, dia dapat mengelakkan dirinya daripada berdosa (supaya aku jangan berdosa terhadap Engkau). Apabila Firman Allah ada dalam hati anda Roh Kudus boleh mengingatkan anda apa yang diingini atau dilarang Tuhan dengan senang dan cepat – setiap kali anda tergerak untuk berdosa, perintah Allah yang sesuai akan timbul naik dalam minda anda dan dalam pendengaran anda, iaitu Firman yang telah anda simpan dalam hati anda. Mereka yang menghafal Firman Tuhan sedang membina satu tembok pertahanan yang kukuh untuk melawan dosa.

3. Senjata melawan Iblis (Matius 4:4; Efesus 6:17)

Page 2: Menyemai Benih (Bhg 1) Menghafal

Apabila Yesus digoda oleh Iblis, dia melawan balik dan mengalahkan Iblis dengan mengisytiharkan Firman Allah yang sudah dia hafal, yang disimpan dalam hatinya. Adalah amalan biasa dalam budaya Yahudi supaya setiap anak lelaki menghafal Taurat sebelum menjangkau umur 12 tahun dan sudah semestinya Yesus juga telah menghafal Perjanjian Lama khususnya 5 buku pertama (Taurat). Walaupun tidak ada akses kepada Firman Tuhan yang tertulis, Yesus masih dapat merujuk kepadanya dengan tepat dan mengalahkan Iblis.

Bagaimanakah ini boleh terjadi? Dalam Efesus 6:17 kita diberitahu bahawa sebenarnya Firman Allah berfungsi sebagai pedang dan akan dipakai Roh Kudus untuk membantu kita menyerang dan mengalahkan Iblis. Mahu mempunyai persenjataan yang lengkap dan sedia dipakai untuk melawan Iblis? Hafallah Firman Allah.

Kaedah Menghafal Firman Allah

Ada pelbagai cara untuk menghafal perkataan dan cara yang dicadangkan bukan cara berkesan atau yang biasa anda pakai. Itu tidak menjadi masalah – tidak kira apa kaedahnya, yang penting anda dapat dengan berjaya menggunakannya untuk menghafal perintah-perintah Allah.

1. Baca dengan suara kedengaran – baca ayat yang mahu dihafal dengan suara yang kedengaran berulang kali, dengan intonasi dan nada yang sesuai dengan maklumat dalam ayat itu. Baca sehingga anda memahami dan menjiwai inti pati ayat itu. Jika ada perkataan yang tidak difahami atau maksud ayat itu tidak dapat ditangkap, berhenti dan cari pemahaman terlebih dahulu. Ingat – anda tidak dapat menghafal apa yang anda tidak faham.

2. Tulis berulang kali ayat itu – pastikan anda salin ayat itu dengan betul dan sesuai dengan cara anda menyebutnya, setiap rasa sebutan pada satu garis yang berbeza. Setelah menulis beberapa kali, cuba menulis dari ingatan (tidak merujuk dari mana-mana). Buat pembetulan jika ada yang salah tulis. Ini boleh dilakukan beberapa minit setiap hari, pada masa santai anda atau pada masa yang anda tetapkan.

3. Lihat ayat itu – ayat anda itu harus dapat dilihat dengan sering; letakkannya di sebelah cermin muka, dalam screensaver anda atau di dalam buku sekolah anda. Yang penting ia dapat dilihat di beberapa buah tempat yang anda sering perhatikan.

Setiap kali anda berpeluang mengongsi ayat hafalan anda itu, beranikan diri dan nyatakannya. Ini akan membantu mengingatkan ayat itu dengan baik.

Ada banyak ayat dalam Alkitab yang boleh dihafal. Oleh itu saya cadangkan anda bermula dengan menghafal perintah-perintah Yesus supaya sebagai pengikut Yesus anda selalu tahu dan ingat perintah-perintah-Nya dan dengan itu sedia mentaatinya, melepaskan diri dari berdosa (melanggar perintah Tuhan) dan menggunakannya untuk menjawab persoalan manusia dan godaan Iblis.

Selamat menghafal perintah-perintah Allah dengan berjaya mulai hari ini!

Page 3: Menyemai Benih (Bhg 1) Menghafal

Soalan Diskusi

1. ‘Benih itu Firman Allah’. Mengapakah Firman Allah disamakan dengan benih dan apakah implikasinya kepada kita?

2. Apa fahaman anda sebelum ini tentang ‘menghafal’? Apa yang anda faham dengan frasa: hafal dengan hati bukan dengan minda?

3. Manakah satu daripada faedah menghafal perintah Allah yang paling menarik perhatian anda dan mendorong anda untuk menghafal Firman Allah? Mengapa?

4. Apakah kaedah-kaedah menghafal yang telah anda pakai dengan berjaya? Kongsi dengan ahli-ahli lain dalam kumpulan anda.

5. Apakah yang anda akan buat mulai sekarang supaya anda akan berjaya menghafal perintah-perintah Yesus?