Meniti Kaca

28

Transcript of Meniti Kaca

Page 1: Meniti Kaca
Page 2: Meniti Kaca

Nama penuh beliau ialah Raja Sabaruddin Abdullah. Beliau menggunakan nama samaran Puja Sandarsono dan Rasdianto Stapang. Beliau dilahirkan pada 21 Julai 1947 di Bruas, Perak dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah dan Menengah Raja Shahriman, Bruas, Perak hingga tingkatan 3. Beliau meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Anglo Chinese hingga tamat tingkatan lima. Pada tahun1967 hingga 1968, beliau menerima latihan perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Beliau bertugas di beberapa sekolah di Perak dan di Sekolah Menengah Raja Shahriman. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai penerbit di Radio Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1974. Pada tahun 1975 hingga 1976, beliau mengikuti Kursus Teknologi Pendidikan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Selain aktif dalam bidang drama, beliau juga aktif dalam bidang penulisan seperti cerpen, sajak, kritikan, dan novel. Beliau telah memenangi pelbagai hadiah anjuranpelbagai badan semasa bertugas sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Beliau juga aktif dalam kumpulan penulisan kreatif dan antara novelnya yang terkenal Meniti Kaca dan Berhala Bukit Piatu.

Page 3: Meniti Kaca

Tema yang dapat dihuraikan sebagai gagasan fikiran atau persoalan yang menjadi pemikiran , atau permasalahan yang modensari sesebuah cerita. Dalam novel ini, temanya ialah kecekalan seorang anak dalam menghadapi liku-liku hidup hingga mencapai kejayaan. Dalam novel ini, Nazar sebagai watak utama mengalami pelbagai dugaan hidup ketika usianya masih muda (15 tahun). Ibunya, Mahyun diserang penyakit nanar dan tidak siuman. Akhirnya, ibunya telah dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Ayahnya pula semakin uzur selepas kematian isterinya. Namun, Nazar menguatkan semangatnya untuk terus berusaha dengan sokongan sepupunya, Zainab sehingga akhirnya dia mencapai kejayaan dalam pelajaran.

Page 4: Meniti Kaca

Persoalan ialah perkara-perkara yang dibangkitkan dalam sesebuah cerita (cereka).Tujuannya adalah untuk memantapkan tema.Persoalan saling berkaitan antara satu sama lain. Dalam novel Meniti Kaca ini, ada beberapaisu yang menjadi persoalan. Antaranya ialah:

Penyakit Mahyun : Penyakit Mahyun sukar untuk dikesan. Berbagai-bagai usaha telah dijalankan, namun penyakitnya itu masih berterusan seperti yang di nyatakan dalam petikan yang berikut :

Puas berubat secara rawatan moden, ayahnya membawa ibunya berubat secara tradisional. Macam-macam ramalan yang dibuat oleh bomoh terhadap penyakit ganjil ibunya. Ada yang mengatakan saka. Penyakit keturunan.

Kecekalan Dalam Hidup : Menyedari nasib yang menimpa isterinya, Pak Sahar tidak berputus asa. Kasih sayang tetap diberikan terhadap isterinya.Oleh itu, dengan rasa kesedihan yang amat sangat, Mahyun dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Walau bagaimanapun, Nazar tidak patah semangat. Dia tetap cekal dalam mengharungi hidup seharian. Dia tetap belajar dan berusaha dengan gigih walaupun makan dan minumnya tidak terurus. Namun begitu, kegigihan dan usahanya

Page 5: Meniti Kaca

untuk berjaya sebagai seorang doktor tidak sempat dilihat oleh ayahnya yang juga meninggal dunia akibat gangguankesihatan yang berterusan. Walaupun demikian, azamnyaterus berlipat ganda. Ini dapat dilihat dalam yang berikut :

Ya, aku akan menjadi doktor pada suatu hari nanti. Aku akan menyelamatkan orang. Orang yang senasib dengan ibu dan ayahku. Aku akan menjadi seorang doktor! Dia menancapkan cita- cita itu di padang hatinya.

Semangat Kejiranan : Persoalan tentang kerjasama dan semangat kejiranan begitu menonjol dalam novel ini. Ini dinyatakan melalui watak Mak Miah(ibu saudara Nazar). Dia sentiasa memberi perhatian kepadaMahyun sebelum Mahyun dihantar ke Hospital Bahagia TanjungRambutan. Begitu juga dengan watak Pak Sehak (bapa saudaraNazar) yang bekerja sebagai pemandu teksi. Dia tetap memerhatidan mengambil berat tentang keluarga Nazar. Zainab (sepupu Nazar) pula telah dituduh dengan pelbagai tuduhan, namun atas sikapnya yang sentiasa sedia membantu, dia tetap menghantar makanan ke rumah Nazar dan turut belajar bersama Nazar. Begitu juga dengan keluarga Cina seperti Ah Seong (rakan Nazar), Kim Moi (ibu Ah Seong), dan Sidang Seman (ketua kampung) yang telah menunjukkan sikap kejiranan yang tinggi yang tanpa mengira bangsa dan agama. Bagi mereka, hidup bermasyarakat wajib tolong-menolong. Inilah sifat dan budaya Timur yang sangat tinggi nilainya.

Page 6: Meniti Kaca

Perpaduan Kaum : Sebagai sebuah masyarakat pelbagai kaum yang hidup dalam semangat kejiranan, perbezaan antara keluarga Melayu dan keluarga Cina tidak menjadi penghalang. Mereka saling tolong-menolong antara satu sama lain. Keluarga Ah Seong sering membantu keluarga Nazar dan Nazar sendiri membantu Ah Seong dalam pelajarannya. Mereka dapat melaksanakannya dengan baik sebagai sebuah masyarakat yang bersatu.

Kesabaran Dibalas Dengan Kejayaan : Persoalan menuntut Kesabaran adalah antara fokus yang diutarakan dalam novel Meniti Kaca. Nazar sabar dan cekal dalammenghadapi ujian Allah. Nasib malang yang telah menimpa Nazardan keluarganya dapat diterima dengan sabar. Walaupun dihimpitdengan masalah keluarga, tidak mendapat kasih sayang daripadaibunya, namun Nazar menerimanya dengan sabar dan akhirnya, diatelah berjaya dalam pelajarannya.

Begitulah persoalan yang disampaikan olehpengarang menerusi novel Meniti Kaca. Setiap persoalan itu diselesaikan dengan baik hingga memberi kemenangan yang mutlak kepada Nazarsebagai watak utama dalam novel ini.

Page 7: Meniti Kaca

Nazar merupakan anak tunggal kepada Mahyun dan Pak Sahar. Nazar terpaksa menempuh pelbagai dugaan hidup lantaran ibunya diserang penyakit nanar dan menjadi tidak siuman. Atas rasa tanggungjawab, Pak Sahar serta saudara mara telah menghantar Mahyun untuk mendapatkan rawatan sakit jiwa di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Nazar tetap tabah menghadapi segalanya dan menganggap cabaran yang dihadapinya itu sebagai qadak dan qadar daripada Allah. Selama ibunya menerima rawatan, ibu saudaranya Salmah serta suaminya Pak Sehaklah yang menjadi tempat dia bergantung nasib dan mendapat kasih sayang. Anak gadis mereka, Zainab dan rakan sekampung seperti Ah Seong turut memberi sokongan dan mereka sering berbincang tentang pelajaran. Rawatan yang diterima oleh Mahyun kurang memberi kesan, malah dia menjadi semakin tidak terurus. Mahyun disedari hilang ketika merayau-rayau di sekitar kampung. Akhirnya dia dijumpai mati tersepit di celah batang kelapa di tepi sungai. Ini menambahkan lagi kesulitan yang dihadapi oleh Nazar dan ayahnya. Setelah kematian Mahyun, Pak Sahar pula menghidap pelbagai penyakit. Namun, Nazar bukanlah anak muda yang mudah berputus asa. Dalam meniti kejayaan, Nazar tidak sunyi daripada fitnah yang dilemparkan oleh orang kampung terhadapnya. Diskusi dengan Zainab, sepupunya telah menimbulkan prasangka yang bukan-bukan. Situasi ini hampir-hampir mempengaruhi ibu saudaranya, Mak Miah yang melarang Zainab daripada terus berbincang dan menelaah pelajaran bersama Nazar. Namun, demi mencapai kejayaan, Nazar tetap terus berusaha dengan rakan-rakannya. Akhirnya dia meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR. Kecemerlangan ini melayakkan Nazar memasuki sekolahberasrama penuh, iaitu Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak. Sebulan kemudian, berita kematian ayahnya yang telah menanggung sakit sekianlama diterima dengan hati yang sayu. Namun Nazar tetap menguatkan semangatnya demi mencapai cita-citanya untuk menjadi doktor. Dalam pada itu, perasaan cinta terhadap Zainab turut berputik di dalam hatinya.

Page 8: Meniti Kaca

Nazar pulang dari sekolah dengan perasaan hampa, apabila melihat meja makan yang masih terhidang sisa makanan pagi tadi.Ibunya tidak kelihatan. Dia tercari-cari ibunya. Sikap ibunya yang sering berleter apabila berkunjung dari satu rumah ke satu rumah yang lain sudah difahami oleh penduduk kampung. Nazar menemui ibu saudaranya dan bertanya tentang ibunya, namun hampa. Bertemankan Kim Moi dan Ah Seong, Nazar menemui ibunya di pulau yang terletak di tengah-tengah permatang sawah. Nazar terkejut dan kasihan melihat ibunya yang sedang bercakap sendirian di bawah pohon beringin. Selepas dipujuk, Nazar memimpin ibunya pulang setelah hari hampir petang.

Malam itu, Pak Sahar berbincang dengan Nazar tentang nasib ibunya. Ayahnya semakin bimbang kerana sejak akhir-akhir ini, penyakit ibunya semakin menjadi-jadi dan ibunya merayau ke seluruh kampung. Mereka bimbang ibunya akan merayau hingga ke Padang Kerbau. Menurut datuk Nazar, Padang Kerbau ada sejarahnya. Semasa zaman pemerintahan Jepun, orang-orang kota dan kampung lari ke situ. Menurut datuknya lagi, terdapat banyak binatang buas diPadang Kerbau. Lantaran itu, ayah Nazar bercadang untuk menghantar ibunya untuk mendapat rawatan. Dengan rasa serba salah dan sayu,Nazar terpaksa akur dengan cadangan ayahnya demi kebaikan ibunya.Mereka akhirnya bersetuju untuk menghantar ibu Nazar mendapatkan rawatan sakit jiwa di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.

Page 9: Meniti Kaca

Pada pagi minggu akhir bulan Julai, dengan menaiki teksi Pak Sehak,mereka bersiap untuk menghantar Mahyun. Mahyun dipakaikan dengan pakaian yang cantik hingga dia bertanya dengan pertanyaan yang ganjil. Keluarga Ah Leong turut berada di halaman rumah. Setelah semuanya siap, Mahyun dipimpin ke dalam teksi. Hanya Zainab dan Fauzi yang tinggal dan Pak Sehak meninggalkan pesanan supaya keluarga Ah Leong mengawasi anak-anaknya. Teksi bergerak perlahan.

Mahyun sudah seminggu berada di Hospital Bahagia. Perempuan berumur 40-an itu tidak lagi dilihat memetik bunga atau duduk di anak tangga setiap pagi. Pagi itu, Nazar bertanya tentang ibunya. Dia berasa rindu dan mengajak ayahnya berkunjung ke tempat ibunya. Ayahnya yang bertugas sebagai pegawai luar bercadang untuk mengambil cuti untuk melawat isterinya. Nazar yang menanti Ah Seong ditegur oleh Zainab untuk bersaing ke sekolah tetapi dia menolak kerana dia sedang menunggu Ah Seong. Mereka selalu bersama ke sekolah. Nazar riang kerana ayahnya telah mengambil cuti untukmelawat ibunya.

Mak Miah dan Pak Sehak sekeluarga datang ke rumah Nazar. Nazar tertarik dengan perbualan mereka. Menurut Mak Miah, dia kasihan melihat Nazar yang tidak terurus dan Pak Sahar sendiri yang sudah tujuh tahun menderita jiwanya. Permintaan Pak Sehak dan Mak Miah adalah agar Pak Sahar berkahwin lagi. Namun Pak Sahar memberi alasan bahawa dia kasihan melihat Nazar yang terlalu sayang akan ibunya. Pak Sahar sendiri pula memberi alasan untuk berfikir dahulu.

Page 10: Meniti Kaca

Zainab belajar matapelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik di rumah Nazar. Pada suatu hari, Mak Miah memanggil Zainab dan memberi nasihat agar dia tidak lagi belajar berdua-duaan di rumah Nazar dengan alasan Zainab sudah besar. Zainab pula memberi alasan bahawa dia menganggap Nazar seperti abangnya sendiri. Bagi Mak Miah, dari segi agama apabila seseorang itu sah berkahwin maka mereka berdosa apabila mereka berdua-duaan. Pada malam itu juga, Pak Sehak menyesal dan kecewa kerana telah ditipu oleh penumpang yang meminta dia menghantarnya ke Pekan Asam, Taiping. Selepas menyediakan makan malam untuk ayahnya, Zainab masuk ke bilik tidur dengan pelbagai pertanyaan.

Nazar terkenang akan ibunya yang selalu memetik bunga sambil menyanyi. Khayalannya terganggu oleh panggilan ayahnya. Ayahnya menegur hubungan baiknya dengan Zainab. Kata ayahnya, orang muda tidak boleh terlalu rapat. Nazar tidak menjawab, sebaliknya menukar topik perbualan. Nazar bertanya tentang ibunya yang sudah dua bulan berada di hospital tetapi baru sekali mereka ke tempat ibunya. Nazar merasa amat rindu dan mendesak agar ayahnya segera mengambil ibunya.

Mahyun balik ke rumah pada pertengahan bulan Oktober. Rumah Pak Sahar dikunjungi oleh jiran-jiran. Walaupun pada ketika itu musim hujan, namun perangai Mahyun tetap tidak berubah. Dia masih tetap merayau-rayau ke rumah orang. Pak Sahar berasa susah hati memikirkan nasib isteri dan anaknya. Kadang-kadang terlintas di fikirannya untuk memasungkan sahaja isterinya. Namun dia tidak sampai hati untuk berbuat demikian.

Page 11: Meniti Kaca

Hujan sudah berhenti. Air berlopak di mana-mana. Nazar berasa risau kerana hari sudah petang, namun ibunya masih belum pulang. Orang ramai mulai cemas termasuk keluarga Ah Leong. Orang ramai mula berkumpul di rumah Pak Sahar. Mereka takut Mahyun tersesat hingga ke Padang Kerbau atau dilarikan oleh orang halus. Sidang Seman pun turut berkumpul di rumah Pak Sahar. Dia membahagikan anak buahnya kepada beberapa kumpulan untuk mencari Mahyun. Enam orang tua yang masih hidup sejak zaman Jepun dahulu mengikut Sidang Seman ke Padang Kerbau. Pak Sahar diperintahkan menunggu di rumah. Kumpulan yang menemui Mahyun tersepit di celah batang kelapa di tepi sungai telah mengusung Mahyun ke rumah Pak Sahar. Nazar menjerit. Mahyun, ibunya sudah meninggal dunia.

Orang ramai yang menziarahi jenazah Mahyun turut bersimpati melihat Nazar yang kehilangan ibunya. Ayahnya pula selalu sakit dan batuk-batuk. Selepas sembahyang Zohor, jenazah Mahyun dimandi, dikapan dan dibawa ke tanah perkuburan yang terletak di belakang masjid. Hari itu Nazar tidak pergi ke sekolah. Nazar tidak menghiraukan peperiksaan yang sedang berlangsung. Tugasnya sebagai pengawas juga dilupakan. Dia begitu sedih atas kehilangan ibu yang tercinta.

Pada bulan Januari, Nazar dan Ah Seong berada di Tingkatan Tiga. Zainab pula berada di Tingkatan Dua. Zainab dan Fauzi menghantar makanan kepada Nazar dan ayahnya. Namun Zainab tidak lagi berada di rumah Nazar kerana takut difitnah oleh orang kampung. Halaman rumah Pak Sahar sudah tidak terpelihara lagi. Malam itu Pak Sahar memberitahu Nazar tentang desakan Mak Miah supaya dia berkahwin lagi. Nazar berasa kurang senang. Ini menyedihkan Pak Sahar yang lebih memikirkan orang yang akan menjaga Nazar dan rumah tangganya. Nazar dan Ah Seong pergi ke tepi sungai untuk menenangkan fikiran. Ah Seong menasihatkan Nazar agar lebih menumpukan perhatian terhadap pelajaran bagi persediaan untuk menghadapi peperiksaan PMR.

Page 12: Meniti Kaca

Pada bulan Mei, padi sedang menguning dan Pak Sahar semakin teruk batuknya. Menurut doktor, dia menghidap penyakit lemah jantung. Namun Pak Sahar masih terus pergi bekerja di Lumut. Pada suatu hari, Sidang Semandan Nuar datang berjumpa dengan Mak Miah. Sidang Seman memberitahu Mak Miah tentang aduan orang kampung yang terjumpa Nazar dengan Zainab merayau di tepi sungai. Mak Miah memberi amaran supaya Zainab tidak lagi belajar di rumah Nazar. Mak Miah tidak menghiraukan penerangan Zainab yang menyatakan bahawa dia dan Nazar pergi ke sungai bersama rakan-rakan yang lain untuk menyiapkan projek Kemahiran Hidup. Pak Sahar juga telah dinasihati oleh Sidang Seman agar menjaga Nazar. Pak Sahar semakin risau.

Pada bulan Oktober, ketika Zainab dan Fauzi datang ke rumahnya, Nazar meminta Zainab mendoakan kejayaannya kerana esok dia akan menduduki peperiksaan PMR. Ketika mereka berbual, Ah Seong datang dan mengingatkan Zainab dan Nazar tentang fitnah yang dilemparkan oleh orang kampung terhadap mereka. Penyakit Pak Sahar semakin teruk dan terpaksa berulang-alik ke klinik di Bruas untuk mendapatkan rawatan. Ah Seong terus membantuNazar dan mereka tetap berkawan baik. Dia tidak percaya dengan fitnah orang kampung terhadap Nazar.

Semasa cuti panjang, Nazar hanya tinggal di rumah. Dia menghabiskan masanya dengan mengemas rumah. Penyakit Pak Sahar semakin teruk. Keputusan PMR akan diumumkan dan Nazar bersama rakan-rakannya sudahtidak sabar lagi. Nazar berjaya dengan cemerlang dan mendapat lima unit. Seminggu selepas belajar di Tingkatan Empat, Nazar mendapat tawaran ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak. Sebelum berangkat, Zainabmenghadiahkannya sebuah kotak muzik. Nazar berjanji bahawa dia akan memainkan kotak muzik itu apabila teringat akan kampung. Semua berasagembira bercampur sedih ketika Nazar bersama ayahnya meninggalkan Pekan Bruas dan menuju ke Ipoh.

Page 13: Meniti Kaca

Sudah sebulan Nazar berada di Ipoh. Di sekolah barunya, Nazar dapat merasakan pelbagai perubahan. Nazar tidak boleh melupakan kampung, rakan-rakan, Zainab dan kesihatan ayahnya. Dia menjadi seorang pelajar yang suka bersendirian. Nazar gemar bermain sepak takraw dan bola sepak.Apabila rindu akan kampung, dia akan memainkan kotak muzik pemberian Zainab dan teringat akan pantun yang sering dinyanyikan oleh ibunya. Pada malam itu, ketika hendak tidur, warden mencari Nazar bin Sahar. Warden mengarahkan Nazar pergi ke bilik menunggu untuk berjumpa dengan bapasaudaranya. Pada malam itu juga, Nazar balik ke kampung. Ayahnya sakit tenat dan berada di Hospital Lumut. Ketika teksi Pak Sehak masuk ke kawasan hospital, ayah Nazar telah pun meninggal dunia.

Pada petang itu, Nazar termenung kerana teringat akan ayah, ibu, rakan-rakan dan Zainab. Dia berazam untuk terus belajar dan menjadi seorang doktor untuk menyelamatkan orang yang senasib dengan ayah dan ibunya.

Page 14: Meniti Kaca

Nazar merupakan pelajar Tingakatan Dua. Dia merupakan anak tunggal kepada Mahyun dan Pak Sahar. Dia merupakan seorang pelajar yang gigih dan dapat belajar walaupun dalam keadaan terdesak sehingga berjaya dalam peperiksaan PMR. Dia kemudiannya terpilih ke Sekolah Berasrama Penuh di Ipoh, Perak. Walaupun terbiar, namun, dia amat menyayangi ibunya dan akan menangis apabila teringat akan penyakit yang dihidapi oleh ibunya. Nazar juga disenangi oleh rakan-rakannya, seperti Ah Seong. Nazar selalumengajar matapelajaran Matematik kepada Zainab dan Ah Seong. Dia berazam untuk menjadi seorang doktor dan cita-citanya sentiasa berkobar dalam dirinya. Dia berhasrat untuk merawat orang yang mengalami penyakitseperti ayah dan ibunya.

Pak Sahar merupakan bapa kepada Nazar dan suami kepada Mahyun. Diabertugas di Lumut sebagai pegawai luar. Pak Sahar merupakan seorang ayahdan suami yang bertanggungjawab dan penyayang. Dia telah mencuba pelbagai cara untuk mengubati penyakit isterinya. Dia menyedari akan kesibukannya sehingga tidak dapat memberi perhatian kepada Nazar lalu bercadang untuk berkahwin lagi. Namun setelah melihat Nazar, dia membatalkan sahaja niatnya itu. Hidupnya penuh dengan kesabaran dan sentiasa mengambil berat akan pelajaran Nazar. Dia juga selalu memberi nasihat kepada Nazar supaya belajar dengan bersungguh-sungguh. Hingga ke akhir hayatnya, dia sering sakit-sakit. Namun begitu, dia tetap gigih dan sabar dalam menghadapi dugaan hidup. Pada sebelah malam, dia banyak menghabiskan masanya di masjid.

Page 15: Meniti Kaca

Mahyun merupakan isteri Pak Sahar dan ibu kepada Nazar. Semasamuda, rupa parasnya sangat cantik dan mempunyai suara yang sangat merdu.Dia selalu menyanyi sewaktu memetik bunga. Tidak ada sesiapa yang dapatmemastikan penyakit sebenar yang dihidapi oleh Mahyun. Ramai orang yangmenyatakan bahawa dia terkena penyakit keturunan atau saka. Kematiannyasungguh tragik. Mahyun mati tersepit di celah batang kelapa yang tumbang ketika musim hujan. Sebelum meninggal dunia, dia suka merayau danbertandang ke rumah jiran tanpa mempedulikan kesihatan dirinya. Dia telahdihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan kerana sakitnya yang berterusan. Sikap penyayang dan keibuannya sentiasa terpancar kepadaanaknya, Nazar.

Page 16: Meniti Kaca

Nama sebenar Mak Miah ialah Salmah. Dia merupakan ibu saudara Nazariaitu adik kepada Pak Sahar. Mak Miah mempunyai dua orang anak yang bernama Zainab dan Fauzi. Sifat penyayang dan penyabar sentiasa melingkarinya. Dia tetap melayan Mahyun dan menghantar makanan untukNazar dan Pak Sahar. Walaupun Mak Miah seorang yang bertanggungjawab namun dia cepatmendengar hasutan dan fitnah orang. Dia melarang anaknya belajar bersamaNazar seperti yang dapat dilihat dalam petikan yang berikut :

“Esok jangan ke rumah Pak Long kamu!” Keras saja suara ibunya.

“Hantar lauk, letak atas meja dan balik. Belajar di rumah!” arah Mak Miah.

Semuanya berpunca daripada aduan yang diterima daripada Sidang Seman dan Nuar yang telah berjumpa dengan Mak Miah. Ini dapat dilihatdalam petikan di bawah :

“ Dua tiga hari yang lepas, orang-orang kampung terserempak dengan Zainab dan Nazar merayau berdua-duaan di tepi sungai. Dekat semak pula tu,” jelas Sidang Seman.

Walaupun selama ini Mak Miah begitu mengambil berat tentang Nazar namun akhirnya dia mula berubah fikiran terhadap Nazar.

Page 17: Meniti Kaca

Pak Sehak merupakan bapa kepada Zainab dan Fauzi. Dia juga merupakan suami kepada Mak Miah. Pak Sehak bekerja sebagai pemandu teksi di Lumut dan Ipoh. Dia seorang yang baik dan turut berasa simpatiatas nasib malang yang menimpa Nazar. Namun dia kurang memberiperhatian kepada Nazar kerana selalu pulang lewat malam. Pak Sehak digambarkan sebagai seorang yang baik hati dan suka menolong orang. Pak Sehak pernah ditipu oleh seorang penumpang yang meminta dia menghantarnya ke Pokok Asam di Taiping. Pak Sehak sentiasa menolong Pak Sahar ketika menghantar Mahyun ke hospital dan menjemput Nazar di sekolah ketika Pak Sahar sedang nazak.

Ah Seong merupakan rakan sebaya Nazar. Dia mempunyai semangatkejiranan yang kuat tanpa mengira bangsa dan agama. Dia banyak mendapat bimbingan dalam matapelajaran Matematik daripada Nazar. Setiap pagi, diaakan pergi ke sekolah bersama Nazar dan memberi nasihat ketika Nazar dalam kesusahan. Ah Seong juga menemani Nazar untuk mencari ibu Nazardi bendang dan di padang hujung kampung. Ah Seong amat bersimpati dengan nasib malang yang menimpa Nazar.

Sidang Seman merupakan ketua kampung yang sentiasa menjaga keselamatan dan kebajikan penduduk kampung. Dia turut mencari Mahyunsemasa Mahyun hilang. Namun dia cepat bertindak tanpa berfikir panjangapabila mendengar aduan Nuar dan terus mengadu kepada Mak Miahtentang hubungan Nazar dan Zainab.

Page 18: Meniti Kaca

Latar masa yang terdapat dalam novel ini ialah :1. Pada zaman pemerintahan Jepun2. Pada pagi minggu3. Dalam masa seminggu4. Pada bulan Oktober (bab 7)5. Pada pertengahan bulan Oktober6. Pada bulan Januari7. Pada bulan Mei

Pengarang menggunakan latar ini untuk mengimbau kembali sejarahsilam. Contohnya, pengarang menerangkan Padang Kerbau terkenal padazaman pemerintahan Jepun dahulu. Ini dapat dilihat seperti dalam petikanyang berikut :

“ Masa Jepun memerintah di Tanah Melayu, orang Kampung Kota lari ke Padang Kerbau ini, bersembunyi di sini.” Nazar masih teringat cerita datuknya.

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu adalah sekitar tahun 1941 hingga 1945. Ini bererti latar masa telah mengimbas kembali peristiwa di PadangKerbau yang berlaku sekitar tahun-tahun tersebut.

Pengarang juga secara umum menyatakan pagi minggu, tanpa memberikan tarikh sebenar seperti hari, bulan, atau tahunnya. Namun,berdasarkan ruang lingkup, peristiwa pada pagi minggu tersebut berlaku ketika Nazar berada di awal Tingkatan Tiga. Ini bererti, minggu tersebut sekitar Januari hingga Oktober. Pada bulan Oktober, peristiwa sebenar yang berlaku telah dinyatakan. Sementara seminggu yang disebut disini merupakan hitungan hari dalam bulan berlakunya peristiwa tersebut.

Bulan Oktober dan pertengahan Oktober dinyatakan dengan jelasdalam novel ini. Contohnya :

Angin bulan Oktober datang bersama hujan.

Pertengahan bulan Oktober.

Page 19: Meniti Kaca

Kita semua tentunya meneka bahawa bulan yang dinyatakan itu adalah pada tahun Nazar menduduki peperiksaan PMR. Pengarang meletakkan lagi perjalanan ceritanya hingga ke tahunseterusnya. Kita tentu telah dapat membayangkan bahawa peristiwa yang disebutkan itu berlaku pada tahun yang berikut iaitu selepas Nazar lulusdalam peperiksaan PMR atau semasa Nazar sudah berada di TingkatanEmpat.

Pergerakan latar masa di sini bolehlah dikatakan berlaku sepanjangdua tahun sahaja. Latar masa itu bermula pada penghujung tahun ketika Nazar berada di Tingkatan Dua dan berakhir semasa Nazar berada di awalTingkatan Empat. Ini boleh dilihat pada lakaran di bawah.

Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4

Penghujung Tahun Tahun Penuh Awal Tahun

Pergerakan latar masa dalam novel Meniti Kaca

Page 20: Meniti Kaca

Latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah :1. Di rumah Nazar2. Di rumah Zainab3. Di tepi sungai4. Di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan

Terdapat juga latar tempat yang lain, tetapi disentuh oleh pengarangsecara tidak langsung sahaja seperti Padang Kerbau, Setiawan, Bruas,Lumut, Ipoh, dan sesekali tempat Nazar belajar. Pengarang memberipenekanan kepada tempat-tempat tersebut sebagai latar tempat kerana pemusatan cerita banyak berkisar pada tempat-tempat tersebut. Latartempat dapat dilihat seperti yang berikut :

FOKUS UTAMA (Rumah Nazar)

FOKUS SAMPINGAN (Rumah Zainab)

FOKUS SAMPINGAN (Tepi Sungai)

FOKUS SAMPINGAN(Hospital Bahagia Tanjung Rambutan)

Berdasarkan rajah diatas, pelajar dapat meneka bahawa pemusatancerita atau fokus utama berlaku atau bermula dari rumah Nazar (rumah Pak Sahar). Tempat-tempat lain disentuh sekali sahaja. Contohnya, di tepisungai. Pengarang mengambil latar di tepi sungai ketika Nazar bersiar-siardengan Ah Seong dan ketika orang kampung keluar mencari Mahyun yangtelah hilang dan mayatnya ditemui di tepi sungai. Begitu juga latar di HospitalBahagia Tanjung Rambutan hanya disebut sepintas lalu sahaja. Rumah Zainab(Mak Miah), pula diberi fokus ketika Sidang Seman dan Nuar datang untukmenasihati Mak Miah agar mengawasi Zainab. Walaupun begitu, latar tempat ini cukup penting sebagai latar berlakunya peristiwa-peristiwa penting yang menjadi nadi kepada novel ini. Pembaca dapat memahami dengan jelas tempat-tempat yang digambarkan oleh pengarang.

Page 21: Meniti Kaca

Dalam novel Meniti Kaca, pengarang telah melakarkan keadaanmasyarakat dengan ragam hidup yang pelbagai walaupun berada dalam perkampungan (daerah) yang sama. Contohnya, dalam aspek pekerjaan, Pak Sehak diceritakan sebagai pemandu teksi, Pak Sahar sebagai pegawai luar di sebuah jabatan kerajaan, dan Ah Leong sebagai peniaga. Di samping itu, digambarkan kehidupan masyarakat majmuk, yang diwakili oleh keluargaAh Leong. Masyarakat dalam novel ini digambarkan dalam beberapa aspek,iaitu :1. Pekerjaan.

Pelbagai jenis pekerjaan dilakukan oleh penduduk kampung yang terdapatdidalam novel ini. Kampung tersebut terletak diantara Lumut dengan Setiawan.

Penduduk kampung rancak mengerjakan sawah maasing-masing.

2. Hubungan Jiran.

Petang Jumaat itu, rumah Pak Sahar riuh rendah. Di ruang tamuPak Sahar berbual-bual dengan Ah Leong dan Kim Moi.

Sejak Pak Sahar mendirikan rumahtangga dengan Mahyun,keluarga Tionghua itu menganggap Mahyun sebagai keluargamereka. Mereka tidak merasakan kehadiran Mahyun pada setiappagi sebagai bebanan.

3. Semangat Bekerjasama.Semangat bekerjasama digambarkan dalam beberapa peristiwa.

Contohnya peristiwa kehilangan Mahyun. Penduduk berkumpul di rumah Pak Sahar.

Sidang Seman memberi salam kepada orangramai yang mengerumuni halaman rumah Pak Sahar.

Begitulah beberapa gambaran tentang masyarakat yang terdapat dalam novel Meniti Kaca ini. Selain dari gambaran tentang hidup yang masih lagibergantung kepada hasil padi dan getah, ada antara mereka yang bekerjamakan gaji dan berniaga.

Page 22: Meniti Kaca

Selain latar masa, latar tempat, dan latar masyarakat, latar suasana juga terdapat dalam novel Meniti Kaca. Hal ini bertujuan supaya pelajar memahami keadaan yang dialami oleh watak-watak yang terdapat dalam novel ini. Apabila dilihat kepada latar suasana, ada dua aspek yang patut diteliti, iaitu :

1. Suasana Dalaman2. Suasana Alam Sekitar

Bagi maksud suasana dalaman, kita dapati suasana dalaman berkait rapatdengan diri perlaku (watak) itu sendiri. Misalnya dalam keadaan sedih, gembira, sayu atau lain-lain keadaan yang sering dialami oleh manusia.Dalam novel ini, kita melihat latar diri watak utamanya, iaitu Nazar yang kehilangan kasih sayang ibunya dan Pak Sahar yang risau akan isterinya.Contoh pergolakan dalaman adalah seperti berikut:

Perasaan cemas mulai bergayut di wajah Kim Moi.

Nada suaranya jelas membayangkan kerja yang harus diuruskannya setiap hari terlalu banyak.

Beberapa contoh di atas menunjukkan kepada kita tentang suasana kecewa yang berlaku berkait rapat dengan apa-apa yang sedang dialami atau yangsedang bergolak dalam diri watak-wataknya. Nazar berasa sedih dan risau kerana mengenang peperiksaan yang akan dihadapi. Ibunya pula menghidappenyakit yang luar biasa. Kim Moi pula secara tidak langsung turut berasa kecewa dalam dirinya keranaberasa bertanggungjawab terhadap jirannya. Pak Sahar pula menderita apabilamengenangkan Nazar terbiar dan kerjanya yang banyak. Fikiran Pak Sahar juga kacau apabila mengenangkan isterinya yang tidak sembuh walaupun dia telahberusaha menyembuhkannya dengan berbagai-bagai cara.

Page 23: Meniti Kaca

Maksud suasana alam sekitar ialah latar suasana yang menggambarkan alam persekitaran ketika peristiwa itu berlaku. Ini digambarkan oleh pengarangdengan jelas dalam novel. Contohnya:

Beberapa ekor pipit terbang dengan tiba-tiba dari semaksamun di kiri kanan permatang yang kering dan merekah.

Awan berarak lesu, bergumpalan dan membentuk berbagai-bagai rupa dan wajah.

Banyak lagi gambaran latar suasana yang boleh diteliti oleh pembaca.Semuanya dikaitkan oleh pengarang dengan tujuan untuk menyatakan sesuatudengan lebih jelas dalam novel. Contohnya :

1. Semak samun yang merekah dan kering.Pengarang menerangkan kepada pembaca tentang tanah sawah yang terbiar dan tidak ada yang mempedulikan tanah sawah ini.

2. Malam semakin suram.Membayangkan keadaan pada waktu itu, iaitu hari sudah hampir malamdan keadaan sekeliling sudah tidak jelas lagi.

3. Awan berarak lesu.Menandakan keadaan persekitaran seperti tidak bertenaga dan dibandingkan dengan keadaan langit yang sukar diramalkan cuacanya.

Begitu juga dengan beberapa contoh lain yang dapat dikatakan sebagai satu keadaan yang berkaitan antara peristiwa dengan situasi atau latar.Dalam erti kata lain, latar suasana ini biasanya dikaitkan oleh pengarangdengan unsur imejan. Contohnya, kalau marah, mukanya masam. Jika di bandar suasananya digambarkan dengan kesibukan. Jika hari hampirmalam, suasananya digambarkan dengan cahaya matahari yang beransurmalap. Kepekaan pengarang melukiskan suasana ini banyak membantukelancaran bahan, kelicinan plot dan kekuatan persoalan yang terdapatdalam sesebuah cereka. Begitulah yang digambarkan oleh pengarang dalamnovel Meniti Kaca ini.

Page 24: Meniti Kaca

Diksi merupakan pemilihan kata yang digunakan oleh pengarang bagi menimbulkan kesan yang maksimum kepada pembaca, terutamanya darisegi kesesuaian dan nilai keindahannya.

1. Penggunaan DialekPenggunaan dialek dapat dikesan dalam novel ini melalui pertuturanwatak. Penggunaan dialek merupakan satu bentuk kata yang dipertuturkandalam komuniti bahasa. Penggunaannya khusus di kawasan tertentu dan hanya difahami oleh masyarakat di situ sahaja. Penggunaannya dalam novelini telah berjaya menimbulkan kesan yang menarik. Contoh penggunaannya :a. Jual sekerap di pekan.b. Di halaman rumah sudah terpacak keluarga Ah Leong.

2. Penggunaan DialogSebagai sebuah novel masyarakat, novel ini sarat dengan penggunaan dialog. Biasanya dialog yang dipertuturkan mudah, ringkas dan jelas.Perhatikan contoh yang dikemukakan dalam petikan di bawah :a. “Berapa orang?”b. “Lelaki?”

3. Penggunaan Kata GandaDalam novel ini, penggunaan kata ganda banyak digunakan. Di samping memberikan kesan dari segi bilangan yang banyak, penggunaan kata gandaitu juga melambangkan penekanan atau kesungguhan sesuatu perkara.Perhatikan contoh di bawah :a. Merayau-rayau

Page 25: Meniti Kaca

Bagi menghasilkan sebuah novel yang baik, pengarang tidak lupa menggunakan unsur-unsur bahasa yang sesuai. Antara pengunaan unsur-unsur bahasa itu ialah :

1. MetaforaMetafora memberikan sifat-sifat sesuatu objek itu secara perbandinganterus. Contoh penggunaannya dalam novel ialah :a. Api kemarahan rupanya masih lagi membara di lubuk hati Pak Sehak.

2. SimileSimile memerlukan kata-kata perbandingan seperti, bagaikan, laksana, bak dan bagai. Contoh penggunaannya dalam novel ialah :a. Suaranya rendah bagaikan tidak mahu menggores hati anaknya.

3. PersonifikasiPersonifikasi bermaksud memberikan sifat-sifat manusia kepadabenda-benda, haiwan-haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Dalam novel ini, contohnya ialah :a. Angin bulan Oktober datang bersama hujan.

a. “Nanti masuk angin pula.”b. “Kata orang, tepuk air didulang, sedikit banyak terpercik juga ke

muka sendiri.”

Page 26: Meniti Kaca

Dalam novel ini, penggunaan pantun dan kata berirama banyak dituturkanoleh Mahyun, ibu Nazar yang nanar. Keindahan bahasa yang digunakan olehMahyun itu kadang-kadang di luar jangkaan manusia normal.Antara khazanah bahasa yang digunakannya ialah :

1. Pantun Terdapat serangkap pantun yang dituturkan oleh Mahyun. Pantun ini dituturkannya semasa fikirannya masih normal. Nazar teringat pantun inipada dua ketika. Perhatikan pantun ini :

Kalau nak gugur, gugurlah nangka, jangan menimpa si batang pauh;kalau nak tidur, tidurlah mata, jangan diingat orang yang jauh.

SyairSebenarnya tidak dapat dipastikan sama ada rangkap dibawah merupakan syair. Namun, berdasarkan rima akhirnya yang sama, kita dapat menjangkakan bahawa Mahyun menuturkan syair berlagu. Perhatikan petikan dibawah :

Kami ini orang berbudi, dipanggil datang disuruh pergi,memetik bunga idaman hati, untuk hiasan paduka puteri.

3. Bahasa BeriramaPenggunaan bahasa berirama digunakan oleh Mahyun dengan lancar sekali.Hal ini mungkin kerana sejarah keturunannya yang merupakan pencerita di istana. Perhatikan petikan di bawah ini :

“ Istana sepi bagaikan gua, inang pengasuh masih lena di peraduan, manakan tahan hati yang rindu, tergoda oleh bunga-bungaan yang berkembang di halaman.”

GurindamSelain itu, terdapat juga penggunaan gurindam. Perhatikan petikan di bawah :

“Apa diharap kepada kami, dayang pengasuh, mengharap ihsan orang di sini, Kalau baik bicara budi, Jadikan kami pesuruh sejati.”

Page 27: Meniti Kaca

Novel Meniti Kaca ini sarat dengan pelbagai nilai dan pengajaran,terutamanya kepada golongan remaja. Dari sudut pembinaan sahsiah dan peribadi, Nazar wajar diteladani oleh para remaja.

1. KetabahanDalam novel ini, Nazar digambarkan sebagai pelajar remaja yang mempunyaiketabahan yang amat kental. Dia tidak mudah tunduk terhadap ujian demiujian yang melanda dirinya. Ketabahan Nazar ini sudah tentu tidak datang secara sendiri, sebaliknya terbina daripada asuhan ibu bapanya dan sokongan rakan-rakan dan masyarakat setempat.

2. Perpaduan KaumNazar dan Ah Seong melambangkan perpaduan kaum masyarakat Malaysia.Ternyata warna kulit dan perbezaan agama bukanlah halangan kepada merekauntuk mewujudkan perhubungan sekali gus memupuk rasa kekitaan yang tinggi.Dalam banyak hal, Ah Seong dan keluarganya menjadi tempat rujukan Nazar.Hal ini menunjukkan rasa kepercayaan Nazar kepada kaum Tionghoa itubegitu tinggi.

3. Semangat Tolong-MenolongMasyarakat desa memang terkenal sejak dahulu dengan semangat tolong-menolong. Menerusi novel ini, pengarang menyerlahkan semangat itu dengankesungguhan para penduduk kampung mencari Mahyun yang hilang walaupunhari semakin senja. Bakat kepimpinan Sidang Seman diakui penting dalam menjana semangat tersebut.

4. Hormat-MenghormatiPerasaan hormat-menghormati merupakan aspek terpenting dalam sesebuahmasyarakat. Dalam novel ini, aspek ini banyak ditonjolkan oleh pengarang. Misalnya, Nazar menghormati bapanya. Zainab dan Ah Seong menghormati ibu bapanya.

Page 28: Meniti Kaca

5. KeberanianNazar yang merupakan watak utama dalam novel ini menampilkan sifatyang berani. Dia tidak mudah dikalahkan oleh perasaannya apabila mendapattawaran belajar di asrama, sedangkan bapanya ketika itu sakit. Nilai keberanian Nazar itu demi menjaminkan masa depannya yang cemerlang.

6. PengorbananPak Sahar mempunyai nilai pengorbanan yang tiada tolok bandingnya. Ketikadia berhasrat berkahwin lain, Nazar menentang. Dia akur dengan kemahuan anaknya. Dia memendam perasaan ingin berkahwin itu sehinggalah diamenghembuskan nafasnya yang terakhir. Apabila mendapat tempat belajar di asrama penuh, Pak Sahar rela mengorbankan dirinya hidup bersendirianwalaupun tindakan seolah-olah menghampirkan dirinya dengan maut keranatiada siapa yang dapat memberikan perhatian khusus terhadapnya di rumah.

Dalam novel ini, terdapat beberapa nilai pengajaran yang patut diperhatikanoleh pembaca. Antaranya :

1. Kita jangan mudah memasang prasangka buruk terhadap sesuatu perkara. Seharusnya kita menyiasat sejauh manakah kebenaran perkara itu sebelum membuat tuduhan atau menjatuhkan hukuman kepada orang tertentu.

2. Kita mestilah mempunyai semangat dan keazaman yang tinggi bagi mencapai sesuatu kejayaan. Hal ini penting bagi memastikan kita tidak mudah mengaku kalah atau tunduk kepada cabaran yang datang.

3. Masyarakat harus bersatu padu ketika menghadapi sesuatu masalah dan banyak menghulurkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik.