Meningkatkan Kefahaman Pelajar Terhadap Mekanisme Pernafasan Menggunakan

10
Meningkatkan Kefahaman Pelajar Terhadap Mekanisme Pernafasan Menggunakan Kaedah Analogi Dikalangan Pelajar Tingkatan 3 An-Nasai’. Oleh: Mohd Faridzul Akmam Bin Zulkifli Rosiadi Bin Tajudin Sarizal Bin Jamaludin 1.0 PENGENALAN Kualiti pencapaian pendidikan pelajar sangat bergantung kepada pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Memperkasakan pelajar dalam menguasai ilmu sains dapat dicapai melalui pengajaran yang berkesan dan efektif. Guru seharusnya mempunyai persediaan bagaimana pelajar berminat untuk mempelajari sains dan tahu bagaimana cara yang terbaik untuk mengajar mereka. Usaha perlu digembelingkan dalam membuat persembahan pengajaran tradisional “ chalk and talk “ kepada proses pengajaran yang berpusatkan kepada murid. Kurikulum sains bagi sekolah menengah direka bagi melahirkan pelajar yang berilmu dan berkemahiran di dalam sains, membina kemahiran berfikir dan startegi utuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian ( Kementerian Pendidikan Malaysia :2002) Pelajar tidak dapat memahami Bahasa Inggeris dengan baik, tidak memberi penumpuan di dalam kelas dan seolah-olah tidak berminat mengikuti proses P&P antara faktor penyumbang kepada ketidakfahaman pelajar kepada subjek sains ( xplorce). Ini menyebabkan pelajar merasakan sains merupakan subjek yang susah untuk dipelajari dan sukar untuk difahami. Persepsi

Transcript of Meningkatkan Kefahaman Pelajar Terhadap Mekanisme Pernafasan Menggunakan

Page 1: Meningkatkan Kefahaman Pelajar Terhadap Mekanisme Pernafasan Menggunakan

Meningkatkan Kefahaman Pelajar Terhadap Mekanisme Pernafasan Menggunakan Kaedah Analogi Dikalangan Pelajar Tingkatan 3 An-Nasai’.

Oleh:

Mohd Faridzul Akmam Bin Zulkifli

Rosiadi Bin Tajudin

Sarizal Bin Jamaludin

1.0 PENGENALAN

Kualiti pencapaian pendidikan pelajar sangat bergantung kepada pengajaran dan

pembelajaran guru di dalam kelas. Memperkasakan pelajar dalam menguasai ilmu sains

dapat dicapai melalui pengajaran yang berkesan dan efektif. Guru seharusnya mempunyai

persediaan bagaimana pelajar berminat untuk mempelajari sains dan tahu bagaimana cara

yang terbaik untuk mengajar mereka.

Usaha perlu digembelingkan dalam membuat persembahan pengajaran tradisional “

chalk and talk “ kepada proses pengajaran yang berpusatkan kepada murid. Kurikulum sains

bagi sekolah menengah direka bagi melahirkan pelajar yang berilmu dan berkemahiran di

dalam sains, membina kemahiran berfikir dan startegi utuk membolehkan mereka

menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian ( Kementerian

Pendidikan Malaysia :2002)

Pelajar tidak dapat memahami Bahasa Inggeris dengan baik, tidak memberi

penumpuan di dalam kelas dan seolah-olah tidak berminat mengikuti proses P&P antara

faktor penyumbang kepada ketidakfahaman pelajar kepada subjek sains ( xplorce). Ini

menyebabkan pelajar merasakan sains merupakan subjek yang susah untuk dipelajari dan

sukar untuk difahami. Persepsi sebegini akan membuatkan pelajar hilang semangat dan

motivasi dalam pembelajaran dan meletakkan subjek sains sebagai subjek yang tidak disukai.

Guru harus berusaha dan memikirkan teknik pengajaran yang menarik dan berkesan serta

mempelbagaikan teknik P&P. Suasana pembelajaran yang tidak terhad di dalam kelas serta

peranan guru dalam menjadikan P&P menarik dapat memberi kesan yang positif kepada pelajar.

(Robiah Sidin :2003)

Page 2: Meningkatkan Kefahaman Pelajar Terhadap Mekanisme Pernafasan Menggunakan

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Mekanisme Pernafasan merupakan topik di bawah tajuk respirasi dalam silibus matapelajaran

Sains Tingkatan 3. Pada kebiasaannya pelajar dari kelas yang lebih baik tidak menghadapi

masalah dalam menguasai topik ini. Namun demikian bagi pelajar dari kelas yang kurang baik,

mereka tidak dapat menguasai topik ini dengan baik. Perkara yang paling ketara ialah pelajar

sukar untuk membezakan perubahan yang berlaku pada organ pernafasan semasa proses menarik

dan menghembus nafas berlaku.

Dalam kajian ini sampel pelajar yang dikaji ialah 30 orang pelajar Tingkatan 3 An-Nasa’i

di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Temerloh, Pahang. Kelas ini merupakan kelas

pertengahan dari segi pencapaian dalam bidang akademik di mana pencapaian mereka lemah di

dalam pelajaran terutamanya matapelajaran Sains. Selain daripada itu, mereka juga kurang

bersemangat dan kurang menunjukkan kesungguhan ketika sesi pembelajaran berlangsung.

Semasa sesi pembelajaran di dalam kelas berlangsung, guru mendapati mereka dapat

memahami mekanisme pernafasan yang diajarkan. Namun demikian, apabila diberi latihan

mereka gagal membezakan perubahan yang berlaku terhadap organ-organ pernafasan yang

terlibat. Paling menghampakan mereka tidak dapat mengenal organ pernafasan dan ini didapati

berpunca daripada tidak menguasai pembelajaran yang lepas (semada di Tingkatan 2).

Page 3: Meningkatkan Kefahaman Pelajar Terhadap Mekanisme Pernafasan Menggunakan

Masalah ini mula dikesan sejak 5 tahun yang lalu dan menjadi semakin serius apabila

pembelajaran Sains di dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan. Akibat daripada tidak dapat

menguasai topik tersebut pelajar gagal menjawab soalan yang dikemukakan ketika peperiksaan

akhir semester dengan tepat dan ini memberi impak terhadap markah keseluruhan pelajar dalam

subjek Sains.

3.0 TINJAUAN BACAAN

Kajian-kajian terdahulu membuktikan wujudnya masalah pelajar sukar memahami konsep-

konsep sains dalam pendidikan sains. Dalam sebuah artikel Science Education yang berjudul

"An Evaluation of Certain Popular Science Misconceptions" yang dikarang oleh Hancock ada

menyatakan masalah salah kefahaman mengenai sains berpunca daripada sebab yang salah

“faulty reasoning”.

Terdapat beberapa laporan yang dikeluarkan oleh Institute for Research on Teaching di Michigan

State University (Roth, 1985) menyatakan masalah yang dihadapi oleh pelajar adalah disebabkan

oleh kekurangan aktiviti pembelajaran yang dapat membantu pelajar untuk memahami sains.

Smith dan Anderson (1984) mencadangkan guru perlu membantu pelajar menjana idea berkaitan

konsep sains. Guru perlu sedar bahawa pelajar mempunyai cara berfikir yang berbeza dalam

memahami konsep sains yang dipelajari. Pendapat ini turut disokong oleh Fisher dan Lipson

(1986) yang menyatakan pemahaman konsep sains yang dibina oleh pelajar secara formal di

dalam bilik darjah seringkali salah dan tidak bertepatan dengan konsep sebenar yang dikuasai

oleh ahli sains. Banyak kajian mendapati ramai pelajar mempunyai kerangka alternatif atau

membina idea mereka sendiri berdasarkan pengalaman seharian yang bercanggah dengan

konsep-konsep saintifik yang tepat. Akibatnya, pelajar mengalami kesukaran bagi menguasai

konsep sekali gus menjejaskan pencapaian dan penguasaan mereka dalam mata pelajaran sains.

Page 4: Meningkatkan Kefahaman Pelajar Terhadap Mekanisme Pernafasan Menggunakan

Pemahaman topik sains yang kompleks boleh dipermudahkan dengan kaedah analogi. Kaedah analogi ini telah dihuraikan dalam satu artikel yang bertajuk Using analogy to teach complex concepts in science dituliskan oleh Dr. Dr Yvette Hancock dan Dr Andrys

Onsman. Menurut mereka ini, analogi dikatakan menggunakan pengetahuan sedia ada pelajar

untuk menjana pemahaman baru dalam bentuk konseptual. Menurut Glynn (1991), analogi

adalah satu proses untuk mengenal pasti persamaan di antara dua konsep.

Kaedah analogi ini juga dijelaskan dalam buku Teknik Berfikir yang dikarang oleh Ainon dan

Abdullah. Menurut bukunya, istilah analogi bermakna mengiaskan sesuatu perkara dengan benda

lain. Sebagai contoh, sungai dianalogikan dengan ular. Caranya ialah mencari perkara yang ada

persamaan antara kedua-duanya. Antara aspek yang boleh dibandingkan ialah ciri-ciri, fungsi

atau proses. Di dalam contoh ini, persamaan antara sungai dan ular ialah pada ciri antara kedua-

duanya, iaitu bersifat bengkang-bengkok dan lingkaran.

Menerusi kajian-kajian yang dijalan oleh pakar-pakar seperti Dr Hancock dan Onsman

dapatlah kita simpulkan bahawa untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap

mekanisme pernafasan yang mana ianya salah satu daripada proses sains yang agak

kompleks. Sudah pasti ia memerlukan satu kaedah penyelesaian dan kaedah analogi

yang telah huraikan tadi merupakan salah satu penyelesaian dalam usaha untuk

meningkatkan pemahaman dalam konten sains tersebut. Melalui kaedah ini juga pelajar

dapat menjana pemikiran kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek sains.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan bertujuan untuk: a) Menggunakan kaedah analog bagi meningkatkan kefahaman pelajar terhadap mekanisme pernafasan.

b) Mengenalpasti faktor yang menyebabkan pelajar sukar untuk memahami mekanisme pernafasan. 5.0 PERSOALAN KAJIAN Antara persoalan dalam kajian ini ialah: a) Adakah kaedah analog ini dapat membantu pelajar memahami mekanisme

Page 5: Meningkatkan Kefahaman Pelajar Terhadap Mekanisme Pernafasan Menggunakan

pernafasan dengan baik? b) Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pelajar sukar memahami mekanisme pernafasan dengan baik? 6.0 METODOLOGI KAJIAN Sampel Kajian Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar Tingkatan Tiga An- Nasai` yang terdiri daripada 10 orang pelajar lelaki dan 20 orang pelajar perempuan. Instrumen Kajian Soal Selidik

Soal selidik merupakan satu instrumen untuk mengumpul data secara formal. Soal selidik perlu

memenuhi objektif atau soalan yang hendak dikaji. Terdapat beberapa jenis soalan dalam soalan

soal selidik. Antaranya ialah skala Likert, Dichotomous, rank order, inventori kendiri dan

sebagainya.

Kelebihan Dan Kelemahan Soal Selidik

Terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan memggunakan teknik soal selidik sebagai alat pengumpulan data. Berikut adalah antara kelebihan menggunakan teknik soal selidik. i) Melibatkan kos yang rendah apabila maklumat yang diperolehi adalah dari orang ramai. ii) Responden boleh menjawab mengikut kesesuaian masa mereka. iii) Maklumat yang diperolehi mudah untuk dianalisa Antara kelemahan yang terdapat pada teknik soal selidik adalah seperti berikut. i) Ketidak anjalan iaitu tiada ruang maklumat tambahan. ii) Tidak boleh melakukan susulan pantas Kandungan soal selidik

Soalan soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A

Bahagian A mengandungi maklumat ringkas peribadi responden. Maklumat ini terdiri daripada Jantina dan tingkatan. Bahagian B

Bahagian B mengandungi butiran soalan-soalan soal selidik. Dalam soalan soal selidik ini,

soalan ini dirangka untuk memenuhi 3 kriteria yang telah ditetapkan. Kriteria pertama ialah

untuk mengetahui sikap pelajar terhadap mata pelajaran sains. Kriteria ini terkandung dalam

Page 6: Meningkatkan Kefahaman Pelajar Terhadap Mekanisme Pernafasan Menggunakan

soalan 1 hingga 5. Kriteria kedua pula ialah untuk membuktikan wujudnya ketidakfahaman

pelajar terhadap mata pelajaran sains. Kriteria ini terkandung dalam soalan 6 hingga

10 .Kriteria ketiga pula bertujuan untuk menguji kefahaman pelajar tentang topik sains

mengenai mekanisme pernafasan manusia. Kriteria ini terkandung pada soalan 11 hingga 14.

Temubual

Satu lagi Instrumen kajian telah digunakan dalam kajian tindakan ini ialah temubual. Temubual

melibatkan pertemuan pengkaji dengan responden untuk tujuan mendapatkan maklumat. Untuk

mendapatkan maklumat tersebut, pengkaji perlu menyediakan alat kajian. Alat kajian itu adalah

terdiri daripada soalan-soalan yang disediakan oleh pengkaji dan diajukan serta dijawab secara

lisan. Temubual terbahagi kepada tiga jenis iaitu Temubual berstruktur (Structured Interviews),

tidak berstruktur(Unstructured

Interviews) dan semi berstruktur (Semi-Structured Interviews). Temubual berstruktur

merupakan teknik soal jawab mengikut soalan yang menjurus kepada topik yang spesifik.

Manakala temubual tidak berstruktur lebih kepada penerokaan idea dan soalan-soalan terbuka

dikemukakan kepada responden. Temubual semi berstruktur merupakan gabungan antara

temubual berstruktur dan temubual tidak berstruktur.

Kelebihan Dan Kelemahan Temubual

Kelebihan menggunakan instrumen temubual untuk mendapatkan maklumat ialah memberi

peluang kepada responden mengemukakan idea atau pendapat mereka secara spontan dan bebas.

Membenarkan pengkaji meneroka secara mendalam dan memberi peluang kepada responden

untuk memberi penjelasan yang tepat kepada persoalan yang dikemukakan. Data boleh

dikumpulkan dalam bentuk audio ataupun dalam bentuk visual.Temubual ini menjadi alternatif

kepada responden yang tidak berminat untuk berkongsi idea melalui penulisan.

Kelemahan menggunakan temubual ialah penggunaan masa yang lama untuk mengumpul

maklumat. Kelemahan dalam menetapkan piawaian soalan yang dikemukakan. Memerlukan

penelitian dalam menganalisa maklumat daripada pengkaji untuk mendapatkan maklumat yang

berguna. Sukar untuk membuat penilaian kerana faktor seperti temubual mungkin dipengaruhi

oleh emosi mengakibatkan gangguan dalam

Page 7: Meningkatkan Kefahaman Pelajar Terhadap Mekanisme Pernafasan Menggunakan

mendapatkan maklumat yang tepat. Kandungan Temubual

Terdapat 5 soalan yang dikemukakan kepada responden yang mana soalan-soalan yang menjurus

kepada temubual semi berstruktur. Soalan pertama menjurus kepada adakah boleh dikaitkan

dengan bahasa yang menyebabkan pelajar sukar memahami subjek yang disampaikan. Soalan

kedua pula memokus kepada persoalan di mana ketidakfahaman dalam topik yang diajar itu.

Soalan ketiga melihat kaitan masalah yang dikaji dengan Alat Bantu Mengajar yang digunakan

semasa waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Soalan empat dikemukakan adalah untuk

mengenal pasti sejauh mana soalan yang berkaitan dengan topik dikemukakan mampu dijawab

dengan betul. Soalan ini dikemukakan adalah bertujuan untuk mengetahui kaitan pemahaman

pelajar dengan topik yang diajar setelah selesai suatu sesi pengajaran. Soalan terakhir cuba

menilai dari aspek aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang dapat membantu

meningkatkan kefahaman pelajar semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

7.0 CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH Berdasarkan dapatan yang diperolehi dari analisis maklumat maka beberapa cadangan untuk mengatasi masalah ini dikemukakan. Langkah 1 Ujian Pra

Guru menjalankan ujian pra bagi mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap topik proses

pernafasan. Hasil ujian tersebut digunakan oleh guru sebagai kayu ukur untuk mengetahui tahap

penguasaan pelajar. Guru mendapati ramai pelajar yang tidak dapat menguasai proses pernafasan

dengan baik. Oleh itu, guru memperkenalkan kaedah analogi bagi mengatasi masalah tersebut.

Langkah 2