Mengenai CHAS Kriteria CHAS - moh.gov.sg · dan flu • Cirit-birit • Demam • Sakit kepala •...
Transcript of Mengenai CHAS Kriteria CHAS - moh.gov.sg · dan flu • Cirit-birit • Demam • Sakit kepala •...
Perlindungan CHAS
• Sakit perut• Batuk, selsema
dan flu• Cirit-birit• Demam• Sakit kepala• Jangkitan kulit
dan ruam• Sakit mata• Jangkitan
saluran kencing
(Senarai ini tidak lengkap)
Penyakit biasa#
• Kebimbangan##
• Asma (Semput)• Hiperplasia Prostat
Benigna • Gangguan Bipolar## • Penyakit Pulmonari
Sumbatan Kronik• Demensia• Kencing Manis• Epilepsi• Tekanan Darah Tinggi• Gangguan Lipid
(Contohnya Kolesterol Tinggi)
• Kemurungan Serius##
• Nephritis/Nefrosis• Osteoartritis• Osteoporosis• Penyakit Parkinson• Psoriasis• Artritis Reumatoid• Skizofrenia##
• Angin Ahmar
Penyakit Kronik
Perkhidmatan Pergigian• Pencabutan# • Pengisian# • Gigi palsu yang
boleh ditanggalkan• Melapik semula/
Membaiki gigi palsu• Korona tetap• Menyimen
semula#
• Rawatan Saluran Akar
• Hirisan/Penyaliran#
• Penggilapan#
• Perskalaan#
• Fluorida Topikal#
• X-ray#
Nenek kata, dengan CHAS, kunjungan ke doktor lebih
dimampui!
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 1800-275-2427 (1800-ASK-CHAS) atau lungsuri lelaman www.chas.sg
# Tidak boleh digunakan untuk
## Tuntutan hanya boleh dibuat di klinik-klinik terpilih. Sila hubungi talian CHAS 1800-275-2427 (1800-ASK-CHAS) untuk maklumat lanjut.
Bagaimanakah pendapatan bulananseisi rumah setiap seorang dikira?
* Pendapatan bulanan kasar ialah pendapatan asas, kerja lembur, elaun, hadiah wang tunai, komisen dan bonus.
** Hanya ahli keluarga (yang berkaitan melalui pertalian darah, perkahwinan dan/atau anak angkat yang sah) yang tinggal di alamat kediaman yang sama seperti dinyatakan dalam Kad Pengenalan (NRIC) dan/atau sijil kelahiran akan dikira.
Jumlah pendapatan seisi rumah* dibahagikan dengan bilangan ahli yang tinggal serumah**.
4 orang/bulan
$1,800$7,200/bulan
÷ =Sebagai contoh:
Mengenai CHASSkim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS) membolehkan Warganegara Singapura dari keluarga yang berpendapatan rendah sehingga pertengahan menerima subsidi untuk penjagaan kesihatan di Klinik Swasta (GP) dan klinik pergigian yang berhampiran rumah mereka.
Pemegang kad Bantuan Kesihatan dan Generasi Perintis boleh menikmati subsidi di klinik CHAS dengan menunjukkan kad Bantuan Kesihatan dan kad Generasi Perintis anda bersama kad pengenalan (NRIC) semasa pendaftaran. Bagi pemegang kad yang berumur 15 tahun ke bawah, sila tunjunkan kad Bantuan Kesihatan bersama sijil kelahiran/kad pengenalan pelajar.
Klinik CHAS mudah dikenalpasti dengan pelekat CHAS yang dipaparkan di klinik tersebut.
Bagaimanakah caranya untuk mendaftar?Anda boleh dapatkan borang permohonan CHAS di sebarang Pusat atau Kelab Masyarakat (CC), Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC), Hospital Awam atau Poliklinik atau layari www.chas.sg untuk muatturun borang.
Hanya satu borang permohonan diperlukan bagi setiap rumah. Semua ahli keluarga yang layak dan tinggal serumah akan menerima kad Bantuan Kesihatan jika permohonan anda diluluskan.
Warganegara Singapura
Untuk seisi rumah yang tidak berpendapatan, Nilai Tahunan+ rumah mestilah berjumlah $21,000 ke bawah
Untuk seisi rumah yang berpendapatan, pendapatan bulanan seisi rumah mestilah berjumlah $1,800 ke bawah
Semua peringkat usia layak
Kriteria CHAS
+ Nilai Tahunan (AV) ialah anggaran nilai sewa tahunan bagi rumah anda jika ia disewakan. Ia dinilai oleh IRAS. Nilai Tahunan (AV) rumah yang berjumlah sehingga $21,000 merangkumi kesemua jenis flat HDB dan beberapa rumah privet yang rendah nilainya.
Subsidi di klinik CHAS
^ “Tidak Rumit” ialah lawatan ke klinik untuk satu jenis penyakit kronik. “Rumit” ialah lawatan ke klinik untuk beberapa jenis penyakit kronik atau satu jenis penyakit kronik yang rumit.
^^ Untuk pemeriksaan kencing manis, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, barah kolorektum dan barah pangkal rahim.
Maklumat tepat pada masa cetak (June 2017).
Jadual di bawah menunjukkan subsidi yang boleh dinikmati oleh pemegang kad di klinik CHAS.
Tidak Rumit^
Rumit^
$1,100 ke bawah
$13,000 ke bawah
Subsidi sehingga $18.50 untuk setiap lawatan
Subsidi sehingga $80 untuk setiap lawatan, dihadkan $320 setahun
Subsidi sehingga $120 untuk setiap lawatan, dihadkan $480 setahun
Subsidi $11 hingga $256.50 untuk setiap prosedur (bergantung
kepada prosedur)
$1,101 hingga $1,800
$13,001 hingga $21,000
Tidak boleh digunakan
Subsidi sehingga $50 untuk setiap lawatan, dihadkan $200 setahun
Subsidi sehingga $75 untuk setiap lawatan, dihadkan $300 setahun
Subsidi $50 hingga $170.50 untuk setiap prosedur (untuk rawatan korona tetap, gigi palsu yang boleh ditanggalkan dan saluran akar sah)
Semua warga Perintis akan menerima faedah CHAS, tanpa mengira pendapatan dan Nilai
Tahunan rumah
Subsidi sehingga $28.50 untuk setiap lawatan
Subsidi sehingga $90 untuk setiap lawatan, dihadkan $360 setahun
Subsidi sehingga $135 untuk setiap lawatan, dihadkan $540 setahun
Subsidi $21 hingga $266.50 untuk setiap prosedur (bergantung
kepada prosedur)
Dengan surat undangan Pemeriksaan Kesihatan Demi Kehidupan^^, anda hanya perlu membayar $2 bagi ujian
pemeriksaan yang disyorkan dan konsultasi pertama selepas pemeriksaan.
Dengan surat undangan Pemeriksaan Kesihatan Demi
Kehidupan^^, tiada bayaran yang dikenakan bagi ujian pemeriksaan
yang disyorkan dan konsultasi pertama selepas pemeriksaan.
Gunakan kad Bantuan Kesihatan anda untuk menikmati subsidi di
Klinik GP dan klinik pergigian yang berdekatan dengan rumah anda
di bawah Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS)!
Kriteria KelayakanPendapatan bulanan seisi rumah setiap orang (bagi keluarga yang berpendapatan)
Nilai Tahunan Rumah (bagi seisi rumah yang tidak mempunyai pendapatan)
Subsidi CHAS
Penyakit Biasa
Penyakit Kronik Tertentu
Perkhidmatan Pergigian Tertentu
Pemeriksaan Kesihatan yang disyorkan di bawah program Pemeriksaan Kesihatan Demi Kehidupan^^