Menerang Gelora Plot Permulaan
-
Upload
mohdhafizfaiz-mdali -
Category
Documents
-
view
232 -
download
4
description
Transcript of Menerang Gelora Plot Permulaan
Permulaan Pengarang memperkenalkan watak utama, Badri yang baru menyandang jawatan pengawas
sekolah. Turut diperkenalkan watak Badrul, adik kepada Badri yang cuba mengusik abangnya
tentang jawatan yang baru disandang olehnya. Badri merasakan tanggungjawab menjadi
pengawas sekolah merupakan tanggungjawab yang berat yang harus digalasnya.
Perkembangan
Watak Jamil yang merupakan rakan baik Badri diperkenalkan tetapi mereka berbeza dari
segi prinsip hidup. Kehadiran seorang pelajar baru Siti Cahaya Nadira menjadi satu
pertelagahan antara Badri dan Jamil tetapi berakhir dengan perdamaian.
Peristiwa Badri disiram air ketika berada di dalam tandas tidak melemahkan semangatnya
untuk berusaha mencari pelakunya dan akhirnya pelajar yang terbabit dapat ditangkap
dan diserahkan kepada guru disiplin.
Siew Mei menceritakan aktiviti haram Meng Kong menjual telefon bimbit dan kad
prabayar kepada pelajar sekolah. Jamil turut terlibat dalam aktiviti tersebut.Hubungan
Badri dengan Jamil semakin renggang kerana Jamil merahsiakan perkara tersebut
daripada Badri.
Shahrul dan rakan-rakan lumba haram telah diserbu oleh polis ketika Shahrul keluar
dengan Nadira.
Idham, abang kepada Jamil diberhentikan kerja oleh Encik Tan kerana Meng Kong
menuduh Idham mencuri telefon bimbit di kedai bapanya. Masalah kecurian telefon
bimbit telah dapat dikesan melalui CCTV yang dipasang di kedai dan di stor milik Encik
Tan.
Jamil menghilangkan diri tanpa dapat dijejaki oleh Badri kerana keluarga Jamil
merahsiakan keberadaan Jamil.
Klimaks
Encik Tan, bapa Meng Kong berjumpa pengetua untuk menyelesaikan masalah telefon
bimbit yang telah dirampas oleh pihak sekolah. Beliau turut memohon agar anaknya
ditempatkan di asrama sekolah agar anaknya lebih berdisiplin dan memberikan tumpuan
sepenuhnya terhadap pelajaran.
Encik Tan meminta maaf kerana anaknya telah menyusahkan murid-murid dan guru-guru
di sekolah tersebut. Meng Kong disuruh memohon maaf kepada pengetua atas kesalahan
yang dilakukan.
Meng kong, Shahrul dan Kumar dipanggil ke bilik pengetua dan dikenakan hukuman 3
rotan setiap seorang.
Kumar ditangkap oleh Badri dan Taufik ketika cuba memasukkan dua kotak rokok ke
dalam beg Meng Kong tujuannya supaya Meng Kong dibuang dari asrama.
Peristiwa mengejutkan apabila cikgu Jailani menemui telefon bimbit di dalam beg Badri.
Shahrul terlibat dalam kemalangan jalan raya mengakibatkan kakinya tempang sebelah.
Peleraian
Meng Kong berjaya ditempatkan di asrama dan telah berubah sikap begitu juga dengan
Kumar yang telah insaf dengan kesalahan yang dilakukannya.
Badri, Siew Mei, Taufik, Nadira dan Kumar telah menduduki peperiksaan SPM manakala
Sahrul mengambil peperiksaan di hospital akibat kemalangan.
Badri dan Siew Mei mendapat 9A manakala Taufik memperoleh 7A dalam peperiksaan
SPM.
Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan menjadi doktor yang
akan bekerja di Hospital besar Kuala Lumpur.
Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel dan pelancongan dan berjaya membuka
resort di terengganu manakala Shahru dan Kumar melanjutkan pelajaran di politeknik
mengambil kursus kemahiran memperbaiki kereta sehingga berjaya membuka bengkel
kereta.
Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Nadira membuka sebuah butik dengan kelulusan
diploma fesyen di UITM yang dimilikinya.
Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi.
Badri dan rakan-rakannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan mereka.