Maqasid Syariah Dalam Politik
-
Upload
nur-fahana -
Category
Documents
-
view
64 -
download
9
description
Transcript of Maqasid Syariah Dalam Politik
EPPE6534
ANALISIS EKONOMI ISLAM LANJUTAN
MAQASID SYARIAH DALAM POLITIK
DISEDIAKAN UNTUK:
HAIRUNNIZAM BIN WAHID
DISEDIAKAN OLEH:
NUR ADILA AYUB (P79654)
NUR FAHANA ZAHARI (P79647)
ROS AMIRA MOHD SUDIN (P76544)
QURROTUL AINI MOHD SHAHRONI (P78272)
SEMESTER II
SESI 2014 / 2015
MAQASID SYARIAH DALAM POLITIK
ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk membentuk model sistem politik di Malaysia yang mana ia
berteraskan Maqasid Syariah. Kaedah kajian yang digunakan adalah penelitian
keperpustakaan dan analisis kualitatif. Analisis kualitatif yang digunakan diperoleh melalui
percakapan, pemerhatian dan penyemakan perkara-perkara yang berkaitan dengan fenomena
yang dikaji. Analisis kajian mendapati terdapat lima indeks bagi mengukur keberkesanan
politik yang berdasarkan maqasid syariah iaitu rasuah, taraf pendapatan, keselamatan,
pendidikan dan moral. Maka melalui indeks tersebut terbentuklah model pentadbiran
Rasulullah S.A.W adalah paling terbaik dalam sejarah islam. Dasar-dasar seperti pentadbiran
pusat, pentadbiran wilayah, pentadbiran agama, sistem pengurusan tahanan dan sistem
pentadbiran kewangan adalah model pentadbiran politik Rasulullah s.a.w yang berpaksikan
kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah dan dasar-dasar ini mencakupi prinsip maqasid
syariah iaitu agama, akal, nyawa, keturunan dan harta.
ABSTRACT
This study is intended to establish a model of the political system in Malaysia which is based
on Maqasid Syariah. The method used was a library research and qualitative analysis.
Qualitative analysis used was obtained through conversation, observation and review
matters related to the phenomenon studied. Analysis showed that there is five indexs in
measurement politics based on maqasid syariah which is corruption, income, safety,
education levels and morals and we found that the administration model of the Prophet
Muhammad is the best in the history of Islam. The policies applied by Prophet Muhammad
such as central administration, regional administration, the administration of religion, and
prisoner management and financial management system is a political model which is based
on Al-Quran and As-Sunnah and these policies covering maqasid syariah principles which is
religion, intellect, life, ancestry and property.
1
PENGENALAN
Maqasid Syariah secara umumnya adalah rantaian lima prinsip Islam yang asas iaitu menjaga
dan memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Menurut Dr. Murat Cizakca, maqasid
syariah brmaksud matlamat-matlamat syariat dan rahsia-rahsia (asrar) yang ditentukan Allah
untuk setiap hukum merujuk kepada pandangan I’lal al-Fasi. Sehubungan dengan itu, ilmu
maqasid pula adalah merupakan ilmu yang mengkaji tentang asas-asas yang menjadi sasaran
syarak melalui penetapan hukum yang terdapat di dalam al Quran dan Sunnah. Ini
menunjukkan bahawa prinsip atau objektif asas ini merupakan kerangka terpenting dalam
aplikasi kehidupan seharian sebagai pemacunya, lebih-lebih lagi dalam realiti hari ini yang
cukup mencabar dan memerlukan satu pendekatan yang berkesan bagi memastikan aspek
agama, jiwa, akal, keturunan dan harta terjamin. Secara ringkasnya Maqasid al-Syariah ialah
melakukan kebaikan dan kebajikan bertujuan untuk menjaga tata susila, kepentingan dan
sistem hidup. Allah SWT menjelaskan di dalam al-Quran bahawa perutusan Nabi Muhamad
SAW adalah untuk kebaikan dan rahmat bagi sekalian alam.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Anbiya ayat 107:
ن� م�ي ن� عن� ل� ل � ة ن� ل� ن� ��ا ن م�� ن� عن� ل� ن� ل� ن�� ا� �ن �نMaksudnya: “Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi
sekalian alam”
Teras Maqasid Syariah sangat penting dalam penerapannya sebagai model strategik dalam
pentadbiran negara yang melibatkan politik, ekonomi, undang-undang, pendidikan dan sosial.
Justeru, politik juga tidak berkecuali untuk memenuhi tuntutan-tuntuan maqasid ini agar
kebaikan dari undang-undang dan peraturan yang bernaung di bawah prinsip Islam dapat
dinikmati oleh bukan sahaja umat Islam tetapi juga oleh manusia secara keseluruhan.
Pemeliharaan agama adalah satu keutamaan dan ianya bukan sahaja dinilai dari aspek
menegakkan hukum-hukum agama tetapi juga merangkumi usaha memelihara aqidah dan
imej Islam itu sendiri. Pemerintah harus menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk
memastikan bahawa Islam dijamin kedudukannya dan tidak dilabel dengan penilaian negatif
dan dicemuh. Adalah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk memastikan bahawa sebarang
bentuk ancaman kepada aqidah umat Islam juga ditangani dengan sebaiknya menggunakan
kuasa yang ada pada mereka.
2
Selain daripada pemeliharaan agama, pemeliharaan akal juga merupakan satu aspek penting
di dalam mencapai matlamat syariah. Tanggungjawab pemimpin dan pemerintah adalah
menyuburkan minda masyarakat dengan informasi-informasi yang mampu membentuk
mereka agar menjadi lebih cemerlang dan terdidik. Kelemahan umat Islam juga akan dapat
dilihat menerusi budaya-budaya politik yang tidak sesuai dengan syariah dan merosakkan
minda manusia. Penyebaran maklumat yang menimbulkan kebencian melampau, mengaibkan
dan berasaskan fitnah serta buruk sangka akan menjadikan minda umat Islam semakin lesu
dan bercelaru. Maqasid syariah juga merangkumi usaha pemeliharaan kehidupan manusia,
keturunan dan harta benda. Islam meletakkan nilai yang tinggi kepada nyawa manusia.
Sebarang bentuk tindakan yang membawa kepada perbuatan mensia-siakan nyawa manusia
adalah ditegah. Pemerintah harus memastikan keselamatan nyawa dan harta benda rakyatnya
dipelihara. Ini termasuklah memastikan keamanan dan kesejahteraan negara agar membawa
kepada kemakmuran dan kemajuan negara demi kelangsungan generasi yang akan datang.
Oleh itu, satu pemodelan indeks syariah berdasarkan maqasid syariah yang melibatkan politik
amat diperlukan untuk membentuk sebuah Negara Islam yang benar-benar memenuhi
piawaian yang digariskan oleh Islam.
KAJIAN LEPAS
Ibn ‘Asyur mentakrifkannya Maqasid Al- Shariah sebagai pengertian dan rahsia yang dapat
difahami daripada syariat Islam dalam keseluruhan atau sebahagian besar proses pensyariatan
(Mohamad Zaidi, 2014). Manakala Alal al-Fasi mendefinisikan Maqaṣid al-Shariah dengan
maksud objektif yang datang dari syariah, dan rahsia-rahsia yang diletakkan oleh Pembuat
syariah bagi setiap hukum hakamnya (Mohamad Zaidi, 2014). Raissouni pula merumuskan
kedua-dua definisi tersebut sebagai objektif yang ditentukan oleh syariat supaya dicapai bagi
kepentingan manusia (Mohamad Zaidi, 2014).
Syariat Islam dibina bagi tujuan menjamin kepentingan manusia untuk dunia dan akhirat.
Menurut Ibn Qayyim Syariat keseluruhannya bersifat adil, memberi rahmat kepada semua
manusia, membawa masalahah kepada semua serta mempunyai hikmat yang menyeluruh.
Izzuddin Ibn Abi Sallam menegaskan bahawa kekuasaan (al-wilāyah), kehakiman (al-Qada’),
3
undang-undang keterangan (al-Shahadat) disyariatkan untuk menarik kebaikan dan menolak
keburukan.
Tindak tanduk seseorang pemerintah terhadap rakyatnya hendaklah didasarkan kepada
maṣlaḥah. Kaedah-kaedah lain yang menjadi asas pertimbangan membuat polisi atas nama
Siyāsah Syariyyah turut menekankan keperluan pengambil kiraan maṣlaḥah.Menurut
Bharudin Che Pa et al (2010)perkataan Siyāsah Syar‘iyyah berasal dari dua perkataan bahasa
Arab iaitu al-Siyasah dan al-Syar’iyyah. Mengikut Kamus Arab, perkataan Siyasah adalah
kata terbitan(masdar) daripada kata dasar sasa – yasusu - siyasatan. Apabila disebut sasa
alamr, siyasatan ia bermaksud mentadbir dan mengendalikan sesuatu urusan,pekerjaan dan
sebagainya dengan baik. Siyasah juga didefinisikan sebagai arahan dan larangan serta tugas
mendidik yang menjadi sebahagian dari usaha mentadbir dan juga bermaksud melakukan
sesuatu tindakan yang menguntungkan atau mendatangkan kebaikan dengan cara memimpin,
merancang, mengurus, mentadbir, mengendalikan urusan, menjaga keperluan, membantu dan
sebagainya.Oleh itu Siyasah adalah satu istilah yang sangat berkaitan dengan urusan kerajaan
dan rakyat, iaitu bagaimana pihak kerajaan mengendalikan hal-ehwalkenegaraan yang
memberi kebaikan dan keuntungan kepada rakyat dan masyarakat.
Manakala Syar‘iyyahpula adalah perkataanyang diambil dari lafaz syara‘.Ia sebagai
menjelaskan atau membuktikan mengenai sesuatu yang disandarkan kepada syara‘dan
menerimanya sebagai sesuatu yang sah. Secara literalnya, perkataan syar‘iyyah memberi
maksud tentang sesuatu yang sah di sisi syarak dimanadari segi bahasanya ia bermaksud jalan
yang lurus dan tempat laluan air. Perkataan syariah bermaksud sesuatu hukum yang
dinisbahkan kepada hukum syarak sebagai syariah yang wajib dilaksanakan dalam
pentadbiran negara, di mana pemimpin yang tidak melaksanakanhukum-hukum Allah sebagai
syariah akan menerima balasan buruk di akhirat kelak.
(Bharudin Che Pa et al, 2010).
Fuqaha’ Islam mengungkapkan maksud siyasah al-shar`iyyah sebagai: “keluasanbagi wulat
al-amr (pemerintah) untuk melaksanakan sesuatu (urusan pentadbiran) bagi meraih maslahah
yang tidak menyalahi usul agama walaupun tiada dalil khusus tentangnya.” Siyasah Islam
menggarap matlamat untuk mempertahan masalih al-`ibad, mencapai maqasid al-shari`ah
dan masalih al-mursalah (Ahmad Nabil, 2009).
4
Menurut pandangan ulamak definisi Siyasah Syar‘iyyahsecara istilahnya boleh
diklasifikasikan kepada dua aspek utama iaitu 1) Siyasah Syar‘iyyah merupakan kaedah
pentadbiran dan pemerintahan negara menurut perspektif Islam dan 2) Siyasah Syar‘iyyah
sebagai kaedah penentuan hukum di bawah bidangkuasa kerajaan Islam.
Syeikh Abd al-Rahman Taj pula mendefinisikan Siyasah Syariyyah sebagai hukum-hukum
atau peraturan yang mengatur perjalanan pentadbiran negara dan rakyat, di mana ianya
hendaklah bertepatan dengan syariah, selaras dengan usul-usul kulliyah, seterusnya dapat
mencapai objektif kemasyarakatan, walaupun hukum-hukum itu tidak disebut secara
langsung oleh nas-nas al-Qur’an dan al-Sunnah (Mohamad Zaidi, 2014).
Ibn Aqil menyatakan Siyasah syariyyah ialah suatu tindakan oleh pemimpin yang boleh
menyelamatkan orang ramai dan menghindarkan mereka dari kehancuran, walaupun tindakan
tersebut tidak dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. manakala Ibn Nujaim menyatakab Siyasah
Syar‘iyyah ialah satu tindakan sesuatu dari pihak pemerintah berdasarkan kemaslahatan yang
dilihatnya sekalipun tidak ada dalil secara langsung dan terperinci ke atas perbuatan itu. Ibn
Abidin pula mendefinasikan Siyasah seperti mengelokkan keadaan orang ramai dengan
membimbing dan memimpin mereka ke jalan yang selamat di dunia dan akhirat. Al-Bujairimi
berpendapat Siyasah ialah mengelokkan urusan rakyat dan mentadbir urusan mereka dan Al-
Nasafi pula berpendapat Siyasah ialah mengendalikan urusan rakyat kepada kebaikan secara
lemah lembut atau kekerasan(Bharudin Che Pa, Siti Arni Basir, 2010)
Abd al-Wahab Khallaf pula menjelaskan bahawa Siyasah Syariyyah ialah menjalankan
pentadbiran awam sebuah negara Islam berdasarkan sesuatu yang menjamin kebaikan dan
mengelakkan keburukan dimana ia tidak terkeluar dari batas-batas syariat dan dasar-dasar
umumnya walaupun perkara itu tidak menepati pendapat para imam mazhab (Mohamad
Zaidi, 2014).
Di dalam pengajian Ilmu Fiqh, para fuqaha’ mentakrifkan al-Syariah sebagai hukum-hakam
yang diwahyukan oleh Allah kepada para Nabi untuk dibawakan kepada sekalian hambaNya.
Dinamakan hukum-hukum tersebut syariah kerana iasuatu ajaran yang lurus dan disamakan
kedudukannya seperti tempat aliran air kerana Syariah Islam menghidupkan jiwa dan akal
manusia sebagimana air menghidupkan tubuh badan.
5
METODOLOGI KAJIAN
Dalam sesuatu kajian, metodologi merupakan perkara asas yang penting bagi mencari
jawapan kepada persoalan yang wujud dalam permasalahan kajian. Metodologi yang
digunakan di dalam kajian ini adalah untuk mencapai objektif yang telah dinyatakan sebelum
ini. Secara umumnya, kajian ini berbentuk penelitian keperpustakaan (library research).
Dalam kajian ini, kami telah menggunakan metode analisis kualitatif iaitu penyelidikan yang
datanya bersifat subjektif yang diperolehi melalui percakapan, pemerhatian dan penyemakan
perkara-perkara yang berkaitan dengan fenomena yang dikaji. Berdasarkan tajuk
penyelidikan yang berkaitan dengan gaji minimum, kami banyak merujuk dan membuat
penelitian terhadap maklumat-maklumat daripada buku, jurnal, kertas-kertas kerja, akhbar
dan dokumen-dokumen lain yang menjurus kepada bidang kajian. Selain itu, kajian ini juga
menjadikan internet sebagai satu lagi sumber yang boleh dirujuk dengan merujuk kepada
laman web berautoriti untuk pengumpulan maklumat.
ANALISIS KAJIAN
Indeks Maqasid Syariah dalam Politik
Item Indeks pengukuran
Rasuah Indeks ini boleh diukur dengan mendapatkan
data daripada Suruhanjaya Pencegah Rasuah
Rasuah Malaysia (SPRM)
Taraf pendapatan Mengukur taraf pendapatan dengan
menggunakan had kifayah yang mana data
boleh diperolehi daripada pusat baitul mal
dan pusat zakat.
Keselamatan Mengukur tahap keselamatan sesebuah
negara dengan melihat kadar jenayah
daripada PDRM, imigresen, TLDM.
Pendidikan Mengukur kadar celik huruf dan kemasukan
ke IPTA dan IPTS.
Moral Mengukur kadar bilangan penagih dadah di
Malaysia.
6
Berdasarkan indeks diatas terbentuklah satu dasar model Politik Rasulullah yang memenuhi
prinsip maqasid syariah.
Dasar Prinsip-prinsip Zaman Rasulullah
Kepimpinan Rasulullah merupakan model pemerintahan kurun terbaik dalam sejarah Islam
dan mengandungi ‘qudwah hasanah.
“Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
yang baik”(al Ahzab: 21)
Rasulullah SAW selain sebagai seorang Rasul yang membawa risalah Allah SWT, baginda
juga seorang pemimpin negara yang berkuasa dan memerintah dengan menerapkan hukum-
hukum Allah SWT yang diwahyukan kepada baginda. Rasulullah SAW telah mencanai suatu
bentuk rupa manusia Islam yang menjadi model di seluruh alam sebagai suatu alternatif
kepada keruntuhan tamadun manusia di setiap zaman dan masa. Model yang berteraskan al
Quran dan sunnah ini bukan sahaja memperlihatkan dari sudut ketamadunan manusia, malah
melibatkan model pembangunan negara sama ada dari segi politik, undang-undang, ekonomi,
pendidikan dan sosial.
Politik atau perkara berkaitan dengan kepimpinan dan kenegaraan merupakan satu bidang
yang amat rumit serta berisiko tinggi.Setiap individu yang melibatkan diri dalam bidang ini
perlu bersedia menghadapi risiko apabila gagal menunaikan tugas kepimpinan memerintah
negara. Dalam pentadbiran Rasulullah, baginda telah menekankan prinsip-prinsip dalam
pemerintahannya seperti syura, keadilan, kebebasan, persamaan dan hak menghisab pihak
pemerintah. Lima prinsip ini telah ditekankan semasa pemerintahan Rasulullah yang
mencorakkan politik berlandaskan Al-Quran dan hadith.
1) Syura
Pelaksanaan Syura oleh pemerintahan negara Islam menjadi fardhu yang telah sabit
secara jelas oleh al-Quran, al-Sunnah serta disepakati oleh para ulama. Para ulama
menyatakan Syura adalah suatu keperluan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan Syura diserahkan
kepada kebijaksanaan kepimpinan Islam yang perlu disesuaikan dengan keperluan dan tuntutan
perubahan zaman. Syura dianggap suatu keperluan kerana semua manusia memerlukan
7
�د ن � ن! ن د# ن"� ك$ س�ول� ف�ى ن �ه� ر ة' ٱلل ن( د� ة� ك�� ن� ن* ن�
perbincangan bahkan ianya boleh disifatkan suatu kemestian kerana wujudnya perbezaan pendapat,
pandangan dan pengalaman antara satu dengan yang lainnya. Perbincangan mampu melahirkan
suatu keputusan yang terbaik berbanding pendapat individual.
2) Keadilan
Prinsip keadilan adalah amat ditekankan dalam politik yang dibina Rasulullah. Tidak ada subjek yang
lebih berkait rapat dengan konsep keadilan kecuali hak asasi manusia. Ini bermakna keadilan tidak
akan menjadi kenyataan jika hak asasi manusia tidak diiktiraf oleh masyarakat. Keadilan perlu
ditegakkan kerana ia akan memberi ketenangan kepada manusia dan menyuburkan hubungan
individu dengan orang lain. Rasulullah SAW di dalam pemerintahan baginda tidak pernah menindas
mana-mana pihak. Bahkan baginda SAW didekati dan dikasihi oleh semua pengikutnya tanpa
mengira bangsa dan agama.
3) Kebebasan
Prinsip ketiga dalam sistem politik Islam ialah kebebasan. Kebebasan yang dipelihara
oleh sistem politik Islam ialah kebebasan yang berteraskan kepada ma'ruf dan
kebajikan. Menegakkan prinsip kebebasan yang sebenar adalah di antara tujuan tujuan
terpenting bagi sistem politik dan pemerintahan Islam serta asas asas bagi undang
undang perlembagaan negara Islam.
4) Persamaan
Persamaan di sini terdiri daripada persamaan dalam mendapat dan menuntut hak hak,
persamaan dalam memikul tanggungjawab menurut peringkat peringkat yang
ditetapkan oleh undang undang perlembagaan dan persamaan berada di bawah
taklukan kekuasaan undang undang.
5) Hak Menghisab Pihak Pemerintah
Prinsip kelima dalam sistem politik Islam ialah hak rakyat untuk menghisab pihak
pemerintah dan hak mendapat penjelasan terhadap tindak tanduknya. Prinsip ini
berdasarkan kepada kewajiban pihak pemerintah untuk melakukan musyawarah
dalam hal hal yang berkaitan dengan urusan dan pentadbiran negara dan ummah.Hak
rakyat untuk disyurakan adalah bererti kewajipan setiap anggota di dalam masyarakat
untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran. Hak ini dalam
8
pengertian yang luas juga bererti hak untuk mengawasi dan menghisab tindak tanduk
dan keputusankeputusan pihak pemerintah. Prinsip ini berdasarkan kepada firman
Allah yang mafhumnya: "Dan apabila ia berpaling (daripada kamu), ia berjalan di
bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosak tanaman tanaman dan
binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan." (Al-Baqarah: 205)
"..maka berilah keputusan di antara manusia dengan 'adil dan janganlah kamu
mengikut hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah.
Sesungguhnya orang orang yang sesat daripada jalan Allah akan mendapat 'azab
yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan." (Sad: 26)
Model Politik Rasulullah
Tempoh pentadbiran Rasulullah SAW di Madinah menjadi titik tolak kepada permulaan
kebangkitan Islam sekaligus menjadikan Madinah sebagai sebuah Negara yang berpaksikan
ajaran yang terdapat pada Al-Quran dan al-Sunnah sebagai rujukan utama dalam urusan
pentadbirannya. Asas politik Madinah yang utuh yang memiliki asas yang kuat pada agama
dan tradisi telah mewujudkan keseimbangan dalam pentadbiran dan peningkatan kecekapan
untuk menggerakkan transformasi sosial secara beransur-ansur dan memperkukuh iltizam
untuk memperjuangkan cara hidup Islam. Perencanaan politik Madinah dalam menghadapi
dunia sejagat memerlukan peralihan strategik kepada pelan tertentu bagi memajukan
pentadbiran. Justeru itu kegunaan sistem persekutuan dan perundangan kecil diperkenalkan
sebagai pemangkin dan pendorong terhadap perkembangan negara dan menjamin satu cara
hidup yang Islamik terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak.
Dasar yang dilaksanakan bagi menguruskan negara serta mempertingkatkan peranan dan
bidang kuasa yang dirangka adalah seperti berikut:
1. Pentadbiran Pusat
Kerajaan Islam Madinah telah membentuk satu susunan politik yang sempurna dan rangkaian
sistem pentadbiran pusat yang paling ampuh berasaskan gabungan nilai-nilai Islam dan
kebudayaan tempatan. Sistem persekutuan ini mengekalkan hubungan setiap instrumen
kerajaan yang berhubung antara satu dengan yang lain dalam satu pemerintahan dengan
pengiktirafan hak-hak negeri dan wilayah jajahan. Pembentukan Majlis Ekskutif dalam
9
konteks sistem persekutuan telah menggerakkan pelaksanaan dasar-dasar negara yang
terkandung dalam perlembagaan Madinah yang menggabungkan strategi, program dan projek
yang dirangka bagi mencapai objektif iaitu pertumbuhan mampan dan pengukuhan daya
tahan politik serta mewujudkan masyarakat yang bersatu dan saksama.
2. Pentadbiran Wilayah
Sebagai instrumen tambahan kepada sistem persekutuan, pembangunan wilayah atau
pembangunan demokratik ini telah diperluas untuk mencapai keseimbangan dalam
pengukuhan sosial dan ekonomi di semua wilayah dan negeri, sebagai usaha meningkatkan
kesejagatan budaya antara lingkungan awam dan lingkungan peribadi, sementara visi Islam
diperkaya dalam kehidupan masyarakat yang dipandu oleh kuasa moral tertinggi.
Kepentingan wilayah dalam struktur sosial dan politik Madinah telah dipelbagaikan dengan
sumbangan yang lebih besar telah dicapai dalam bidang kerjasama serantau melalui
pelaksanaan beberapa projek usahasama untuk meningkatkan pelaburan dan ekonomi dalam
iklim politik yang menggalakkan implementasi syariah yang lebih luas. Rasulullah s.a.w.
telah mengadakan perjanjian damai dengan pelbagai suku kaum yang tinggal berhampiran
Madinah di wilayah utara dan selatan dalam rangka meningkatkan kesefahaman dan
memperbaharui hubungan di atas prinsip kebenaran dan menghindar kekacauan dan
pertembungan kuasa. Hal ini boleh dilihat di peringkat antarabangsa, Rasulullah SAW boleh
dianggap sebagai diplomat yang berjaya kerana baginda berjaya menghantar perwakilan ke
Habsyah, Mesir, Byzantine dan Parsi bagi tujuan untuk memperkenalkan Islam. Selain itu
juga, baginda menghantar wakilnya ke kawasan luar Madinah menjadi gabenor di kawasan
tersebut, contohnya pada tahun 10 hijrah, baginda telah menghantar gabenor ke Yaman.
3. Pentadbiran Agama
Kerangka politik Madinah memberikan ruang seluas mungkin kepada beberapa pelan penting
yang bertujuan untuk menjana syiar agama yang segar dengan dasar dan persekitaran yang
menggalakkan. Galakan diberikan kepada pendidik dan ulama’ untuk meneruskan usaha-
usaha menjamin kelangsungan pendidikan agama di peringkat kecil dan dewasa dengan
mengiktiraf peranan mereka sebagai pengasak ilmu dan pendorong pembentukan akhlak
dikalangan generasi muda. Pada zaman Rasulullah, masjid adalah sebagai institusi sosial dan
tarbiyah yang paling penting untuk pembangunan insan. Terdapat satu tempat pengajian di
dalam masjid tersebut yang dinamakan Al-Suffah. Al-Suffah ketika itu bukan semata-mata
10
menjadi pusat pengajian Islam yang biasa bahkan menjadi pusat dakwah yang berperanan
besar melatih para pendakwah. Pusat ini mempunyai system pengurusan dan pentadbiran
yang tersusun dan sistematik di mana Rasulullah SAW sendiri bertindak sebagai pendidik
yang mentarbiyah para pendakwah dan masyarakat muslim. Keadaan ini dapat
menggambarkan bahawa selain bertanggungjawab untuk mewujudkan tempat dan prasarana
dakwah, daulah juga berperanan dalam mendidik atau mentarbiah rakyat dan masyarakat
untuk memahami dan menghayati serta mengamalkan tuntutan agama.
4. Sistem Pengurusan Pertahanan
Kemakmuran berterusan di rantau Arab memerlukan corak hubungan dan pertalian politik
yang kental. Pembangunan menerusi kerjasama antarabangsa telah menyumbang ke arah
menggalakkan hubungan serantau yang lebih erat serta memperkukuhkan keupayaan serta
daya tahan negara bagi memupuk hubungan global yang lebih saksama yang menjamin
kestabilan serta keamanan negara. Reformasi pentadbiran diteruskan untuk memperkemas
pengurusan perkhidmatan tentera dengan mendapatkan khidmat pekerja yang terlatih dan
berkelayakan untuk melaksanakan tugas-tugas pertahanan dan ikut sama bergiat memperkaya
dan menyegarkan warisan agama.
5. Sistem Pentadbiran Kewangan
Pada zaman Rasulullah SAW di Madinah, negara Islam hanya bergantung kepada sumber al-
sadaqat (sumbangan sukarela daripada umat Islam untuk membiayai perbelanjaan negara).
Pada masa ini, beberapa tabung khas telah ditubuhkan. Daripada sumber al-sadaqat ini,
keseluruhan Negara dan umat Islam dibiayai. Pernah juga beberapa orang wakil dihantar oleh
Rasulullah SAW keluar dari Madinah untuk memungut sumbangan sukarela bagi membantu
perlaksanaan projek yang dirancang baginda. Al-sadaqat ialah sumber utama perbendaharaan
Negara pada zaman Rasulullah SAW. Akan tetapi disebabkan ia tidak menjadi sumber tetap,
baginda terpaksa mencari sumber pendapatan lain seperti zakat, fay’ (tanah rampasan tanpa
perang), ghanimah (bahagian daripada rampasan perang), khums (satu per lima daripada
rampasan perang), dan jizyah (cukai kepala) yang sentiasa bertambah ekoran bertambahnya
wilayah baru yang ditakluki. Hasil daripada pendapatan itu, ia dikumpulkan dalam Baitulmal
yang berfungsi sebagai pusat ekonomi.
11
Rajah 1 : Model Politik Rasulullah
Rajah 1 di atas adalah model Sistem Politik yang diamalkan pada zaman Rasulullah SAW.
Model ini mencakupi elemen-elemen maqasid syariah yang menjaga agama, akal, nyawa,
keturunan dan harta.
12
Persamaan
KESIMPULAN
Melihat kepada keempat-empat dasar iaitu dasar pentadbiran pusat, pentadbiran wilayah,
pentadbiran agama, sistem pengurusan tahanan dan sistem pentadbiran kewangan ia dapat
disimpulkan bahawa dasar-dasar ini mencakupi prinsip maqasid syariah iaitu agama, akal,
nyawa, keturunan dan harta. Dasar-dasar ini diambil seperti mana yang telah diaplikasikan
oleh pentadbiran Rasulullah s.a.w di Madinah di mana Madinah merupakan sebuah negara
yang berpaksikan kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah.
Manakala, prinsip- prinsip seperti syura, keadilan, kebebasan, persamaan, hak menghisab
pihak pemerintah adalah prinsip yang mana matlamatnya adalah untuk menjamin
kepentingan dan kemaslahatan ummah. Walaupun tidak ada dalil secara lansung atau
terperinci mengenai dasar-dasar pentadbiran yang dibincangkan tetapi ianya ternyata dapat
memberi banyak manfaat seperti ianya dapat dilihat pada zaman Rasulullah dimana politik
Madinah telah mengaplikasikan prinsip dan dasar ini telah mewujudkan keseimbangan dalam
pentadbiran dan peningkatan kecekapan untuk menggerakkan transformasi sosial secara
beransur-ansur dan memperkukuh iltizam untuk memperjuangkan cara hidup Islam.
13
RUJUKAN
Ahmad Nabil (2009), Sistem Politik Islam Di Zaman Nabi Muhammad SAW, Jurnal Usuluddin, 29, 221-252
Bharudin Che Pa, Siti Arni Basir, S. M. (2010). PERLAKSANAAN SIYĀSAH SYAR‘IYYAH DALAM PENTADBIRAN DI MALAYSIA Oleh: Jurnal Al-Tamaddun, 5, 57–72.
M. Zaidi. Maqasid Al Shariah Dalam Pentadbiran : Satu Tinjauan Sejarah Islam, Jurnal Syariah.
Abd Jalil Borham. Konsep Siyasah Syar’iyyah dan Pelaksanaannya dalam Konteks Malaysia.
Rahimin Affandi Abdul Rahim, Paizah Ismail, Idris Awang. Pendekatan Baru Maqasid Al Shariah Dalam Pengajian Syariah Di Malaysia : Satu Analisis.
Siti Shamsiah Md Supi. Maqasid Politik Negara Islam. http://www.ikim.gov.my/index.php/en/utusan-malaysia/8500-maqasid-politik-negara-islam capaian 20 Mac 2015
Taj, ‘Abd al-Rahman (1415 H), al-Siyasah al-Syar’iyyah Wa al-Fiqh al-Islami Kaherah: al-Azhar.
Mahmud Zuhdi b. Abdul Majid (1995), “Konsep Pemerintahan Islam dan Pendekatannya dalam Masyarakat Majmuk-Berasaskan al-Quran dan al-Sunnah,” Persidangan Pemerintahan Islam dalam Masyarakat Majmuk, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
14