MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Terbilang diMalaysia menjelang 2015 maka menjadi tugas...
Transcript of MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Terbilang diMalaysia menjelang 2015 maka menjadi tugas...
MANUAL MPK BIL : 57 /2013
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
MANUAL:
PENDAFTARAN KERTAS PERTUDUHAN
DAN SAMAN (TRAFIK)
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 57 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Trafik) 2
KANDUNGAN
NO ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4
1.0 TUJUAN MANUAL 5
2.0 LATAR BELAKANG 6
3.0 DEFINISI 6
4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT 7
5.0 SUMBER KUASA 8
6.0 SKOP KERJA 8
7.0 PROSES KERJA 9-10
8.0 CARTA ALIR 11
9.0 PENUTUP 12
10.0 LAMPIRAN 13
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 57 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Trafik) 3
SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA
Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya
Terbilang diMalaysia menjelang 2015 maka menjadi
tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk
berusaha membuat penambahbaikan agar
penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,
berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya pengiktirafan
status Bandaraya tersebut.
Manual ini disediakan bertujuan untuk mempermudahkan lagi
pendaftaran kertas pertuduhan dan saman, supaya ianya lebih mudah
dan berkesan untuk menjalankan tindakan pendakwaan. Oleh itu,
penyediaan manual ini akan membantu MPK dalam usaha pembaikan
dari segi kelemahan dan kecacatan di dalam urusan tindakan
pendakwaan supaya ia dapat dilaksanakan dengan sempurna.Ini
adalah kerana tujuan sesuatu pendakwaan dibuat adalah untuk
mencari kebenaran dan keadilan bukan semata-mata untuk mencapai
kemenangan melalui sabitan sahaja.
Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto
yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita
berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam
semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya
status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar
bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya
memberi hasil kerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat
memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat
umumnya.
“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian, terima kasih.
Mohd Ikhsan bin Mukri
Setiausaha Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 57 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Trafik) 4
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN
Dengan lafaz Bismillahhirahmanrrahim….. Assalamualaikum
w.r.t. dan salam perpaduan saya ucapkan. Terlebih dahulu
saya ingin bersyukur ke hadrat ilahi atas limpah dan
kurnianya penyediaan manual ini dapat direalisasikan dan
Jabatan Undang-Undang dapat menyiapkan manual kerja
bagi Jabatan Undang-Undang mengikut format dan bentuk
yang lebih tersusun dan sistematik.
Sebelum diteruskan dengan lebih lanjut lagi, ingin saya merakamkan jutaan
terima kasih kepada seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Undang-
Undang yang telah bekerjasama memikul tanggungjawab di dalam
menyediakan manual ini.
Adalah diharapkan agar manual ini dapat membantu pegawai dan kakitangan
di dalam menjalankan tugas dengan lebih cekap dan teratur seterusnya
menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi. Adalah juga diharapkan agar
manual ini dapat memberi manfaat kepada kakitangan MPK seluruhnya. Akhir
sekali sebagai penutup bicara ingin saya kongsikan serangkap pantun:
“ Buah pelaga makan dihilir,
Di bawa orang dari hulu,
Sebarang kerja hendak digilir,
Supaya jangan mendapat malu”
Sekian, terima kasih.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 57 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Trafik) 5
1.0 TUJUAN MANUAL
1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik
Holistik [PATH] MPK 2013.
1.2 Tujuan manual ini sebagai rujukan dan panduan kepada warga
Majlis Perbandaran Klang dan warga Klang.
1.3 Menyediakan langkah-langkah tindakan agar urusan memulakan
tindakan pendakwaan teratur.
1.4 Menyelaras tindakan dengan lain-lain jabatan.
1.5 Memastikan setiap urusan memulakan tindakan pendakwaan
adalah teratur dan mengikut perundangan yang tepat.
1.6 Memastikan bahawa setiap kompaun yang dikeluarkan
diteruskan dengan urusan pendakwaan di mahkamah.
1.7 Meningkat mutu dan kualiti tindakan penguatkuasaan bagi setiap
peruntukan undang-undang yang digunapakai oleh Majlis.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 57 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Trafik) 6
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Untuk memulakan tindakan pendakwaan, OKK perlu didakwa
kerana telah melakukan kesalahan trafik, Oleh kerana OKK tidak
membuat pembayaran kompaun ataupun notis peringatan, maka
proses susulan perlu dijalankan iaitu dengan mendaftarkan
kertas pertuduhan dan saman ke mahkamah untuk dibuat
pendakwaan bagi mendakwa OKK kerana telah membuat
kesalahan trafik.
2.2 Pendaftaran kertas pertuduhan dan saman trafik adalah untuk
mendapatkan nombor siri saman beserta dengan tarikh sebutan
saman supaya boleh dibawa ke mahkamah untuk proses
pendakwaan terhadap Orang Kena Kompaun (OKK) .
3.0 DEFINISI
3.1 PENDAFTARAN
Perihal mendaftarkan, tindakan atau urusan dsb mencatatkan
(merakamkan) dalam daftar.
3.2 PERTUDUHAN
Kenyataan yang menuduh atau mendakwa seseorang yang
disyaki melakukan sesuatu kesalahan atau jenayah dan sedang
menjalani perbicaraan di mahkamah.
3.3 SAMAN
Perintah rasmi yang menuntut seseorang hadir ke mahkamah
untuk didakwa, (surat) panggilan untuk diadili.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 57 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Trafik) 7
4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT
CARTA ORGANISASI UNIT PENDAKWAAN TRAFIK
MUHAMMAD AZLAN BIN AB MALEK
Pegawai Undang-Undang (L41)(T)
MUHAMAD FAIZ BIN IBRAHIM
Pen. Peg. Undang-Undang (L29)(K)
IBNU AL-HAITHAM BIN ARASID
Pem. Tadbir (N17)(K)
ROZITA BINTI CHE ROS
Pem. Tadbir (N17)(T)
SITI ASLINDA BT OMAR
Pem. Tadbir (N17)(T)
MOHD RAZLAN B NORHAZIZI
Pem. Tadbir Pejabat (Bailif)(N17)(T)
MOHD FAZLI B. MASZUKI
Pem. Tadbir Pejabat (Bailif)(N17)(T)
S.V. VIJAYASINGHAM A/L VIJAYARATNAM
Pem. Tadbir Pejabat (Bailif)(N17)(T)
PATRICK A/L ALAPAN
Pem. Tadbir (N17)(T)
MUHAMAD FARID B MOHAMAD ZIN
Pem. Tadbir (N17)(T)
SITI NURHALIJAH BT. JALEL
Pem. Tadbir (N17)(T)
FANDI BIN ABDUL AZIZ
Pen. Peg. Undang-Undang (L29)(K)
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 57 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Trafik) 8
5.0 SUMBER KUASA
5.1 Akta
5.1.1 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKTA 171)
5.1.2 Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 (AKTA 133)
5.2 Undang-Undang Kecil
5.2.1 Undang-Undang Kecil Taman (MPK) 2005
5.3 Perintah
5.3.1 Perintah Pengangkutan Jalan ( Peruntukan Mengenai
Tempat Letak Kereta) (MPK) 2007
6.0 SKOP KERJA
6.1 Pendaftaran kertas pertuduhan dan saman purata dilakukan
seminggu 3 kali. Purata setiap ikatan kertas pertuduhan dan
saman adalah sebanyak 30 fail.
6.2 Ini bermakna untuk seminggu kertas pertuduhan dan saman
didaftar ke mahkamah sebanyak 90 fail.
6.3 Setelahdidaftarkan, kertas pertuduhan dan saman yang telah
dikembalikan akan direkod dan saman akan diserahkan kepada
bailiff dan penguatkuasa untuk penyerahan saman kepada orang
kena saman (oks).
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 57 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Trafik) 9
7.0 PROSES KERJA
7.1 Menerima arahan daripada Pegawai Pendakwa untuk
mendaftar kes.
7.2 Menyemak semula status bayaran kompaun melalui Sistem
Maklumat Pengurusan Kompaun (SMPK) dan (SPP).
7.2.1 Bagi kompaun yang berbayar asingkan fail tersebut dan
cop kes selesai, masukkan ke dalam folder fail berbayar.
7.2.2 Bagi kompaun tidak berbayar, masukkan nombor kompaun
dantarikh hantar saman ke Mahkamah melalui SMPK.
Cetak dua salinan buku despatch, berserta salinan saman,
kertas pertuduhan, pengaduan dan borang izin dari
Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
7.3 Kompaun yang lengkap di daftarkan ke Mahkamah berserta
dengan buku despatch.
7.4 Menerima akuan penerimaan buku despatch daripada
mahkmah melalui Bailif, rekod tarikh hantar dan tarikh
dikembalikan dan difailkan.
7.5 Apabila dokumen yang didaftar diterima daripada Mahkamah,
rekod ke dalam Buku Daftar Fail:
7.5.1 Bilangan kes didaftar
7.5.2 No.Rujukan
7.5.3 Nama OKS
7.5.4 No.Saman
7.5.5 No.Kad Pengenalan
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 57 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Trafik) 10
7.5.6 No.Kompaun
7.5.7 Tarikh Kesalahan
7.5.8 No.Kenderaan
7.5.9 Kod Kesalahan
7.6. Setelah mendapat tarikh sebutan kes dari Mahkamah
rekodkannombor kes diKertas Pertuduhan.
7.7. Semua ikatan fail pendakwaan balik dari Mahkamah cop tarikh
sebutan dikulit luar fail.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 57 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Trafik) 11
8.0 CARTA ALIR
Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman
9.0 PENUTUP
Terima arahan daripada Pegawai Pendakwa
untuk daftar kes ke Mahkamah.
.
Terima semula 2 salinan saman,kertas
pertuduhan dan pengaduan daripada
Mahkamah dan rekodkan di dalam buku daftar
fail
Mula
Tamat
Berbayar ?
Serah buku despatch daftar kes bersama
saman, kertas pertuduhan, pengaduan dan
Borang Izin Pendakwaan dari TPR kepada
Bailif untuk didaftarkan ke Mahkamah.
Semak semula status bayaran kompaun.
Asingkan kes dan dicop
selesai dan difailkan.
Ya
Rekod akuan penerimaan tarikh hantar
dan tarikh dikembalikan dari Mahkamah
2 salinan yang telah didaftarkan diserah kepada
bailiff untuk disempurnakan
Tidak
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 57 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Trafik) 12
Pendaftaran kertas pertuduhan dan saman dapat dilakukan dengan
sempurna setiap minggu jika penyediaan kertas siasatan dilakukan
dengan teliti dan cermat. Selain itu ia dapat dilakukan mengikut sasaran
kerja tahunan dengan pembahagian tugas yang efisien dari setiap
kakitangan Jabatan Undang-Undang. Ini adalah kerana proses ini
adalah penting untuk meneruskan pendakwaan bagi memberi
pengajaran kepada orang awam yang melakukan kesalahan terhadap
undang-undang yang dikuatkuasakan oleh PBT dihadapkan kemuka
pengadilan (mahkamah).