Lukisan Dari Pelukis Malaysia=AINE

download Lukisan Dari Pelukis Malaysia=AINE

of 9

Transcript of Lukisan Dari Pelukis Malaysia=AINE

Lukisan Dari Pelukis Malaysia

LUKISAN SEMANGAT LEDANG Syed Ahmad Jamal (1978)

Tokoh ini merupakan pelopor aliran ekspresionalisme. Beliau menggemari aliran ini kerana ia memberikan kelangsungan dalam berkarya kerana fleksibiliti aliran ini membenarkan pemikiran diterjemahkan secara langsung menjadi bahan seni. Dalam karya ini, beliau menggunakan media cat minyak pada kanvas. Catan ini bersatu dari aspek warna, ruang dan bentuk yang dihasilkan oleh pengkarya.

Karya ini merupakan aspirasi pelukis berasaskan siri Gunung Ledang yang menjadi simbol dan lagenda negara dari aspek alam semulajadi dan alam sekitar. Karya ini turut menyentuh tentang zaman pemerintahan Negeri Melaka yang masyhur dengan watak hang Tuah, Puteri Gunung Ledang, dan Tun Mamat. Lukisan ini menyarankan kebangkitan semangat muda dalam proses pemerintahan negara.

Unsur seni ruang digunakan bagi memperlihatkan objek yang berada pada bahagian belakang dan hadapan. Dalam karya ini, gambaran gunung dihasilkan pada belakang catan dengan menggunakan garisan nipis dan samar. Manakala ruang hadapan catan yang lebih dekat ialah bentuk tiga segi yang jelas dan terang dari segi penggunaan warna.

Prinsip rekaan iaitu penegasan yang dapat dilihat dalam karya ini ialah pada bentuk segitiga yang terbesar yang mempunyai tujuh tahap. Tujuh tahap dalam bentuk Gunung Ledang melambangkan kepercayaan yang mempercayai terdapatnya tujuh tangga yang harus dilalui untuk sampai di syurga.

Warna hijau di bahagian bawah mewakili bumi manakala biru di atasnya adalah langit. Warna garisan kekuningan di bahagian bawah melambangkan emas yang diminta oleh Puteri Gunung Ledang daripada Sultan Mahmud sebagai hantaran. Warna biru yang lebih lembut di bahagian atas menunjukkan kesyurgaan alam fana dan bentuk hijau seperti bendera adalah tempat bersemadi roh-roh mangsa nahas tersebut. Kesyurgaan itu juga menyebabkan bintang-bintang bertukar menjadi bentuk-bentuk segitiga.

SELESAIu.