Lecture 4 - SGDU 6043 - PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM 1993 (Pindaan 2002).pptx

112
PERATURAN PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN & TATATERTIB) (1993) & PINDAAN 2002 Dato Abd Rahman bin Yop UUM College of Arts and Sciences SGDU6043 LEGAL ASPECTS IN EDUCATIONAL MANAGEMENT SGDU6063 LEGAL ISSUES IN EDUCATION 1

Transcript of Lecture 4 - SGDU 6043 - PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM 1993 (Pindaan 2002).pptx

PERATURAN PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN & TATATERTIB) (1993) & PINDAAN 2002 (P.U.[A] 395)

PERATURAN PERATURANPEGAWAI AWAM(KELAKUAN & TATATERTIB)(1993) & PINDAAN 2002Dato Abd Rahman bin YopUUM College of Arts and SciencesSGDU6043LEGAL ASPECTS IN EDUCATIONAL MANAGEMENTSGDU6063LEGAL ISSUES IN EDUCATION 12. MATLAMAT/TUJUANMelaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab;Supaya pegawai awam meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan mereka sendiriSupaya pegawai awam menjaga imej perkhidmatan awamMenghukum pegawai yang melakukan kesalahan/ melanggar peraturan.

2. MATLAMAT/TUJUANMemperbaiki tingkah laku dan dalam masa yang sama dapat dijadikan pedoman dan panduan bagi dirinya dan kepada pegawai lain.

3. BAHAGIAN IDisabitkan atau sabitanBerhubung dengan seseorang pegawai, ertinya suatu dapatan oleh mahkamah di bawah mana-mana undang-undang bertulis bahawa pegawai itu bersalah atas suatu kesalahan jenayah3. BAHAGIAN IEmolumenSegala saraan dalam bentuk wang yang kena dibayar kepada seseorang pegawai dan termasuklah gaji pokok, imbuhan tetap, bayaran insentif dan elaun bulanan lain.

GajiGaji pokok seseorang pegawai 3. BAHAGIAN IInstitusi KewanganBank atau Institusi Kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 atau bank Islam yang dilesenkan di bawah Akta Bank 1983 atau mana-mana bank yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.3. BAHAGIAN IKesalahan JenayahApa-apa kesalahan yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran atau tingkahlaku keji.

3. BAHAGIAN IKetua JabatanSeseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu Kementerian, Jabatan, institusi, agensi atau unit dan termasuklah mana-mana pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi Kementerian, Jabatan, institusi, agensi atau unit untuk bertindak bagi pihaknya.

3. BAHAGIAN IKetua Setiausaha KementerianKetua Setiausaha Kementerian yang berkenaan dan bagi sesuatu jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Perdana Menteri itu sendiri, pegawai yang bertanggungjawab bagi Jabatan berkenaan

KoperasiKoperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993.3. BAHAGIAN IMahkamahMahkamah termasuklah Mahkamah Syariah, yang mempunyai bidang kuasa wibawa untuk membicarakan seseorang bagi sesuatu kesalahan jenayah.

PegawaiSeorang anggota perkhidmatan awam Persekutuan.BAHAGIAN 1AKEWAJIPAN MEMATUHIPERATURANPERATURAN 3A -Kewajipan MematuhiPeraturan (Penguatkuasaan Surat Akujanji(1)Seseorang pegawai hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan peraturan-Peraturan ini.(2)Perlanggaran mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini oleh seseorang pegawai boleh menyebabkannya dikenakan tindakan tatatertib menurut Peraturan-Peraturan ini.

PERATURAN 3B -Kegagalan Memberi dan Mematuhi AkujanjiSeseorang pegawai yang gagal memberi aku janji sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perintah Am 23A, Perintah-Perintah Am Bab A (Lantikan dan Kenaikan Pangkat) 1973, setelah dikehendaki berbuat demikian oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan atau Ketua Jabatannya, melakukan suatu pelanggaran tatatertib dan boleh dikenakan tindakan tatatertib menurut Peraturan-Peraturan ini.PERATURAN 3B -Kegagalan Memberi dan Mematuhi AkujanjiSeseorang pegawai yang, setelah diberikan aku janji yang dirujuk dalam subperaturan (1), gagal mematuhi terma- terma aku janji itu melakukan suatu pelanggaran tatatertib dan boleh dikenakan tindakan tatatertib menurut Peraturan-Peraturan ini.BAHAGIAN 1BTUGAS KAWALAN DAN PENGAWASAN TATATERTIBPERATURAN 3C -Tugas untuk menjalan kawalan dan pengawasan Tatatertib(1)Maka menjadi tugas tiap-tiap pegawai untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa segera yang mungkin bagi apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini.

PERATURAN 3C -Tugas untuk menjalan kawalan dan pengawasan Tatatertib(2) Seseorang pegawai yang gagal untuk menjalankan kawalan dan pengawasan ke atas pegawai bawahannya, atau untuk mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 3D -Tugas untuk memaklumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam setiap tindakan tatatertibMaka menjadi tugas pihak Berkuasa Tatatertib untuk memaklumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebaik sahaja tindakan tatatertib dimulakan terhadap seseorang pegawai dan juga keputusan tindakan itu setelah ia selesai.

TATAKELAKUAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAMPERATURAN 4,TATAKELAKUAN4(1)Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan.

BAHAGIAN IIPegawai Kerajaan hendaklah sentiasa menjaga, memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara, hormat dan patuh kepada undang-undang serta sentiasa berusaha untuk berbakti kepada negara.CONTOH-CONTOH PELANGGARAN TATAKELAKUAN(i)Contoh:Tidak Taat setia kepada Yang Di Pertuan Agong, Negara dan KerajaanBersubahat dengan musuh negaraMembocorkan rahsia KerajaanMemburuk-burukkan serta memperkecil-kecilkan dasar serta tindakan KerajaanBerlakon dalam filem yang memburukkan negara

4. (2) Seseorang pegawai tidak bolehMembelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya

Pegawai hendaklah utamakan kewajipan awam dan sentiasa membelakangkan kepentingan persendirian dalam melaksanakan tugas.

Dalam menjalankan tugas pegawai dibekalkan dengan kuasa.Ia perlu dikawal bagi mengelakkanPenyelewengan.Menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi.

CONTOH PELANGGARAN 4(2)(a)Menguruskan perniagaan/pelaburan sendiri/isteri/anak/saudara-mara dalam waktu pejabat/tugas rasmi.Menyebelahi/memberi keutamaan kepada saudara mara/rakan-rakan dalam menimbangkan sesuatu permohonan.4. (2) Seseorang pegawai tidak bolehBerkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya.

CONTOH PELANGGARAN 4(2)(b)Menguruskan tender/sebutharga sedangkan pegawai mengetahui ada di antara mereka yang mengemukakan tender/sebutharga terdiri daripada saudara maranya.4. (2) Seseorang pegawai tidak bolehBerkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa -Dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya sehingga menjejaskan kebergunaannya sebagai seorang pegawai awam; atau

Dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri;

4. (2) Seseorang pegawai tidak bolehCONTOH PELANGGARAN 4(2)(c)Menggunakan dan memandu kenderaan Jabatan untuk kegunaan sendiri seperti pergi ke pejabat dan balik dari pejabat, menghantar anak ke sekolah dan lain-lain.Menggunakan kakitangan Jabatan/alat/barang-barang Jabatan untuk hal-hal persendiriannya seperti membersihkan tanah, kawasan rumah, mengangkat perabut rumah dan lain-lain.

CONTOH PELANGGARAN 4(2)(c)Menyalahgunakan hak istimewa sebagai seorang diplomat seperti terlibat dalam aktiviti penyeludupan.

4. (2) Seseorang pegawai tidak bolehBerkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam;

Setiap masa pegawai awam hendaklah menjaga :tingkahlakuPerbuatanperkataanSupaya nama baik perkhidmatan awam tidak terjejasMemelihara tingkahlaku misalnya bagi mengelakkan syak wasangka orang awam terhadap kejujuran dan kesungguhan dalam menjalankan tugas.Tindak-tanduk terkawal.CONTOH PELANGGARAN PER. 4(2)(d)Terlibat dalam penyalahgunaan dadah.Berjudi di pejabat/waktu bertugas.Berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai seperti mabuk, biadap atau menonjol-nonjol kepentingan diri sendiri.Disabitkan kesalahan jenayah/ mahkamah syariah.(1)Melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan imej, kewibawaan dan kredibiliti perkhidmatan awamCONTOH PELANGGARAN PER. 4(2)(d)Kesusahan berat kerana hutang.Menerima keraian dari orang yang ada hubungan rasmi.Melakukan gangguan seksual.(1)Melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan imej, kewibawaan dan kredibiliti perkhidmatan awam4. (2) Seseorang pegawai tidak bolehKurang cekap atau kurang berusaha;Pegawai hendaklah sentiasa berusaha untuk menjalankan tugas dengan cekap, jujur, beramanah, bertanggungjawab serta tidak cuai.Tatakelakuan ini teras kepada peningkatan;produktivitiKualiti

dalam menuju kecemerlangan perkhidmatan awam.Kesedaran kepada tatakelakuan ini akan melahirkan pegawai yang sentiasa berusaha menjalankan tugasnya dengan penuh:kecekapankejujuranbertanggungjawab

menghalang penyelewengan dan pelaksanaan tugas yang cemerlangCONTOH PELANGGARAN PER. 4(2)(e)Gagal menguruskan penyata bank dan buku tunai dengan teratur dan bersistematik.Membuat bayaran tanpa disertakan dengan baucer, bil, resit akuan terima dan invois.Membuat bayaran tanpa menyemak kerja-kerja yang diarahkan telah siap atau belum.(1)Kurang Cekap Atau Kurang BerusahaCONTOH PELANGGARAN PER. 4(2)(e)Menanggung kesusahan berat kerana hutang.Tiada inisiatif untuk menyelesaikan kerja dengan segera.(1)Kurang Cekap Atau Keraung Berusaha4. (2) Seseorang pegawai tidak bolehTidak jujur atau tidak amanah;CONTOH PELANGGARAN PER. 4(2)(f)Tidak melaporkan harta atau pelaburanMembuat tuntutan palsu mengenai elaun perjalanan, perpindahan dan lain-lain.Mengesahkan tuntutan bekerja lebih masa yang tidak betul dengan tujuan untuk mendapat habuan.(1)Kurang Cekap Atau Kurang BerusahaCONTOH PELANGGARAN PER. 4(2)(f)Tidak melaporkan hutang-piutang tujuan menipu Ketua Jabatan dan Lembaga Tatatertib mengenai betapa berat kesusahannya kerana hutang.Memalsukan tandatangan pembantu rumah yang telah berhenti dengan tujuan untuk menipu Kerajaan.Memberi maklumat palsu semasa memohon tanah Kerajaan.(1)Kurang Cekap Atau Keraung Berusaha4. (2) Seseorang pegawai tidak bolehTidak bertanggungjawab;CONTOH PELANGGARAN PER. 4(2)(g)Menghasut kakitangan Kerajaan supaya jangan terlalu berusaha dalam menjalankan tugas.Menjalankan sesuatu tugas tanpa menghiraukan implikasi terhadap Jabatan khasnya dan Kerajaan amnya.(1)Tidak BertanggungjawabCONTOH PELANGGARAN PER. 4(2)(g)Mengambil cuti rehat di saat perkhidmatannya sangat- sangat diperlukan.Menggunakan peruntukan Kerajaan untuk membeli tiket kapal terbang untuk perjalanan persendirian.(1)Tidak Bertanggungjawab4. (2) Seseorang pegawai tidak bolehMembawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan;CONTOH PELANGGARAN PER. 4(2)(h)Meminta orang kenamaan untuk menggunakan jasa baiknya mempengaruhi Lembaga Kenaikan Pangkat untuk menaikkan pangkatnya.Meminta kesatuan sekerja untuk memperjuangkan kes tuntutan peribadinya seperti rayuan tatatertib.(1)Mengguna Pengaruh LuarCONTOH PELANGGARAN PER. 4(2)(h)Meminta ahli politik untuk menyokong permohonannya untuk mendapatkan sekeping tanah Kerajaan atau rumah atau sesuatu jawatan.(1)Mengguna Pengaruh Luar4. (2) Seseorang pegawai tidak bolehIngkar perintah; danCONTOH PELANGGARAN PER. 4(2)(i)Membantah atau melawan pegawai atasan.Pegawai diplomatik berkahwin dengan warganegara asing tanpa kelulusan Kerajaan (Wisma Putra).Membawa keluar fail terperingkat Jabatan tanpa kebenaran bertulis Ketua Jabatan(perenggan 67, Arahan Keselamatan).(1)Ingkar PerintahCONTOH PELANGGARAN PER. 4(2)(i)Membeli saham melebihi had yang dibenarkan - mengikut PP Bil. 8/1995.Keluar negara tanpa kelulusan KSU, Kementerian. (1)Ingkar Perintah4. (2) Seseorang pegawai tidak bolehCuai dalam melaksanakan tugasnyaCONTOH PELANGGARAN PER. 4(2)(j)Meluluskan tawaran latihan kepada calon yang tidak layak.Gagal memberitahu Bahagian Kewangan supaya memberhentikan gajis seseorang pegawai yang telah letak jawatan.Kesilapan menetapkan premium tanah Kerajaan kepada pihak swasta/perseorangan.(1)Cuai Dalam Melaksanakan TugasCONTOH PELANGGARAN PER. 4(2)(j)Cuai memastikan barang- barang yang dibeli oleh Jabatan dimasukkan kedalam senarai inventoryPegawai Perubatan/Doktor tersilap memberi ubat kepada pesakit/ semasa pembedahan.Tertinggal alat-alat pembedahan dalam anggota yang dibedah.Menghilangkan harta Kerajaan dalam simpanan/jagaan pegawai.(1)Cuai Dalam Melaksanakan TugasLARANGAN-LARANGAN LAIN DALAM PERKHIDMATAN AWAM (PERATURAN 4(A) 23)

4(A)Gangguan seksual

BAHAGIAN IIIPERATURAN 4A -GANGGUAN SEKSUAL4A(1)Seseorang pegawai tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain, iaitu seseorang pegawai tidak boleh:-

Membuat cubaan untuk merapati orang lain secara seksual, atau meminta layanan seksual daripada orang itu; atauMelakukan apa-apa perbuatan yang bersifat seksual berhubung dengan orang lain, dalam keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut.

PERATURAN 4A -GANGGUAN SEKSUAL4A(2)Sebutan tentang perlakuan sesuatu perbuatan yang bersifat seksual kepada orang lain:-

Termasuklah perbuatan sesuatu pernyataan yang bersifat seksual kepada, atau di hadapan, orang lain itu sama ada pernyataan itu dibuat secara lisan, bertulis atau dengan apa-apa lain;

PERATURAN 4A -GANGGUAN SEKSUAL4A(2)Sebutan tentang perlakuan sesuatu perbuatan yang bersifat seksual kepada orang lain:-

Tidak terhad kepada perlakuan perbuatan itu di tempat kerja atau dalam waktu kerja sahaja selagi perlakuan itu memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awamCONTOH PELANGGARAN PER. 4ABercerita/jenaka/isyarat yang lucahMenyentuh anggota sensitif badan(1)Cuai Dalam Melaksanakan TugasPERATURAN 5 -PEKERJAAN LUARTidak boleh buat kerja luar kecuali :

Dikehendaki oleh Ketua Jabatan;Dianggap tugas rasmiHonorarium ditentukan oleh perbadaharaan (PP BIL 2/1993 dan BIL 5/1995)

PERATURAN 5 -PEKERJAAN LUARTidak boleh buat kerja luar kecuali :

Bagi faedah dirinya/saudara-mara/badan yang bukan mencari keuntungan dengan kebenaran Ketua Jabatan.TERIKAT DENGAN TATAKELAKUAN DAN KHUSUSNYADi luar waktu pejabat atau tugas rasmi.Tidak menjejaskan kegunaannya sebagai pegawai awam.Tidak bercanggah dengan kepentingan jabatan.SYARATPERATURAN 8 HADIAH DAN SEBAGAINYA Pegawai dilarang memberi/menerima hadiah, jika -

Ada kena-mengena dengan tugasBentuk, amaun atau nilai itu tidak sepadan dengan maksud hadiah

Kebenaran Ketua Jabatan perlu diperolehi, jika -Pegawai meragui tentang bentuk, amaun atau nilai hadiah.Penerimaan hadiah sukar ditolak (Ketua Jabatan: KSU atau KP di ibu pejabat)Ketua Jabatan boleh memberi kebenaran -Pegawainya menerima surat pujian sempena persaraan/pertukaran (bekas jangan mahal)Pungutan di kalangan kakitangan bagi maksud hadiah sempena persaraan/pertukaran perkahwinan pegawainya.KSU Kementerian/Pegawai PengawalBoleh diberi kebenaran menerima hadiah daripada pihak swasta kepada Jabatan dengan syarat tiada sebarang ikatan dan hadiah tersebut direkodkan dalam Inventori Jabatan (SPP 5 Tahun 2008) PERATURAN 9 MENERIMA/MEMBERI KERAIANTidak boleh menerima/memberi keraian sekiranya -

Keraian itu dapat dengan apa-apa cara mempengaruhi tugas rasmiTidak sejajar dengan tatakelakuan peraturan 4.PERATURAN 10 PEMUNYAAN HARTALaporan harta :-Pada tarikh dilantikPada bila-bila masa dikehendaki oleh KerajaanMemperolehi harta baruPelupusanJika hendak memperolehi harta yang tidak sejajar dengan tatakelakuan meminta kebenaran lembaga tatatertib11.MENYENGGARA TARAFKEHIDUPAN YANG MELEBIHI EMOLUMEN DAN PENDAPATAN PERSENDIRIAN YANG SAH. PERATURAN 11 MENYENGGARA TARAF HIDUP MELEBIHI EMOLUMEN /PENDAPATAN YANG SAHKetua Jabatan hendaklah meminta penjelasan (30hari) daripada pegawai, jika pegawainya :-Menyenggara taraf hidup melebihi emolumen/pendapatan yang sah.Menguasai/memiliki sumber kewangan atau harta yang tak seimbang atau tak munasabah dengan emolumen pendapatan yang sah.Lapor kepada PBTPERATURAN 12 MEMINJAM WANG / MENJADI PENJAMINTak boleh, jika :-Tertakluk kepada kuasa rasminyaAda urusan rasmiTinggal / memiliki tanah / menjalankan perniagaan dalam kawaan kuasa rasmiMenjalankan perniagaan memberi pinjam wangBoleh pinjam daripada :Bank bercagar/overdrafSy. Insuran cagaran polisiSy. Kerjasama (termasuk kerajaan)Sy. Meminjam akta sy. Meminjam 1969Perjanjian sewa beliDengan syarat :Institusi itu tidak secara langsung di bawah kuasa rasminya.Jangan bawa skandal awam/menggunakan kedudukan awam.Agregat tidak menyebabkan berhutang wang yang berat.CONTOH PELANGGARAN PER. 12Pegawai di jabatan meminjam wang dari kontraktor yang menjalankan projek jabatanPERATURAN 13 KETERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIOUSTanggungan hutangnya menyebabkan kesulitan kewangan yang serious, atau -Agregat hutang/tanggungan tak bercagar lebih 10 kali emolumen bulanannya.Penghutang penghakim (judgment debtor) dan tak jelaskan dalam 1 bulanBankrap atau pemakan gaji tak solven (insolven)CONTOH PELANGGARAN PER. 12Menjatuhkan reputasi perkhidmatan awam:

Pegawai kena lapor kepada ketua jabatan jika dia rasa hutangnya akan menyebabkan kesulitan kewangan yang serius.CONTOH PELANGGARAN PER. 13Penjamin yang gagal membayar hutang peminjam dalam tempoh satu bulan dari perintah mahkamahPeminjam diisytihar bekrap oleh mahkamah. Gaji tidak mencukupi untuk melepaskan tanggungan.7814.LAPORAN MENGENAI KETERHUTANGAN YANG SERIUS DARIPADA MAHKAMAH DAN PEGAWAI PEMEGANG HARTAPERATURAN 15 MEMINJAM WANGTidak boleh meminjamkan wang dengan bunga, sama ada dengan atau tanpa cagaranPERATURAN 23 TIDAK HADIR BERTUGASTidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah boleh diambil tindakan tatatertib.

ketidak hadiran

Termasuk tidak hadir selama berapa jam tempoh masa pun pada masa dan tempat di mana pegawai dikehendaki bertugas.CONTOH PELANGGARAN 23Pegawai hilang selepas ketip kad perakam waktu pagi kemudian muncul di waktu petang untuk ketip sewaktu pulang

Tidak mematuhi waktu berperingkatPERATURAN 24 KETIDAKHADIRAN TANPA CUTIKetidakhadiran untuk bertugas oleh seorang pegawai tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah boleh menyebabkan pegawai itu dikenakan tindakan tatatertib.PERATURAN 25 KETIDAKHADIRAN TANPA CUTI25. (1) Jika seseorang pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah, Ketua Jabatannya hendaklah, seberapa segera yang mungkin, melaporkan hakikat itu berserta dengan tarikh-tarikh dan hal keadaan ketidakhadiran itu dan apa-apa maklumat selanjutnya berkenaan dengan ketidakhadiran itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) yang berkenaan.PERATURAN 25 KETIDAKHADIRAN TANPA CUTI25. (2) Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh setelah menimbangkan laporan Ketua Jabatan di bawah subperaturan (1), memulakan tindakan tatatertib terhadap pegawai itu.PERATURAN 26 KETIDAKHADIRAN TANPA CUTI26. (1) Jika seseorang pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah selama tujuh hari bekerja berturut-turut dan tidak dapat dikesan, Ketua Jabatannya hendaklah menyebabkan suatu surat diserahkan kepada pegawai itu sendiri atau dihantar melalui Pos Berdaftar Akuan Terima kepada pegawai itu di alamatnya yang akhir diketahui, mengarahkan pegawai itu supaya segera melaporkan diri untuk bertugas.PERATURAN 26 KETIDAKHADIRAN TANPA CUTI26. (2) Jika, selepas surat itu diserahkan (a)pegawai itu melaporkan diri untuk bertugas; atau(b)pegawai itu tidak melaporkan diri untuk bertugas atau tiada khabar didengar daripadanya,Ketua Jabatannya hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada PBT yang berkenaan dan pihak PBT itu hendaklah memulakan tindakan tatatertib terhadap pegawai itu.PERATURAN 26 KETIDAKHADIRAN TANPA CUTI26. (3) Jika surat itu tidak dapat diserahkan kepada pegawai itu sendiri disebabkan pegawai itu tidak lagi tinggal di alamatnya yang akhir diketahui atau jika surat Pos Berdaftar Akuan Terima telah dikembalikan tidak terserah, Ketua Jabatan hendaklah melaporkan perkara itu kepada PBT yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat ke atas pegawai itu.PERATURAN 26 KETIDAKHADIRAN TANPA CUTI26. (4) PBT yang berkenaan hendaklah, apabila menerima laporan yang disebut dalam subperaturan (3) mengambil langkah untuk menyiarkan satu notis dalam sekurang-kurangnya satu surat khabar harian yang diterbitkan dalam bahasa kebangsaan dan mempunyai edaran di seluruh negara sebagaimana yang ditentukan oleh PBT itu -PERATURAN 26 KETIDAKHADIRAN TANPA CUTI26. (4) (a)hakikat bahawa pegawai itu telah tidak hadir bertugas dan tidak dapat dikesan; dan(b)menghendaki pegawai itu melaporkan diri untuk bertugas dalam masa tujuh hari dari tarikh penyiaran itu.PERATURAN 26 KETIDAKHADIRAN TANPA CUTI26. (5) Jika pegawai itu melaporkan diri untuk bertugas dalam masa tujuh hari dari tarikh penyiaran notis yang disebut dalam subperaturan (4), Ketua Jabatannya hendaklah melaporkan perkara itu kepada PBT yang berkenaan dan PBT itu hendaklah memulakan prosiding tatatertib terhadap pegawai itu.PERATURAN 26 KETIDAKHADIRAN TANPA CUTI26. (6) Jika pegawai itu tidak melaporkan diri untuk bertugas dalam masa tujuh hari dari tarikh penyiaran notis yang disebut dalam subperaturan (4), pegawai itu hendaklah disifatkan telah dibuang kerja daripada perkhidmatan berkuat kuasa dari tarikh dia tidak hadir bertugas.PERATURAN 26 KETIDAKHADIRAN TANPA CUTI26. (7) Pembuangan kerja seseorang pegawai menurut kuasa subperaturan (6) hendaklah diberitahu dalam Warta.PERATURAN 27 KETIDAKHADIRAN TANPA CUTI27. (1) Jika seseorang pegawai telah didapati bersalah kerana tidak hadir untuk bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah, pegawai itu tidak berhak kepada apa-apa emolumen bagi tempoh ketidakhadirannya dan segala emolumen sedemikian hendaklah disifatkan telah dilucut hak walaupun PBT yang berkenaan tidak mengarahkan pelucuthakan itu.PERATURAN 27 KETIDAKHADIRAN TANPA CUTI27. (2) Seseorang pegawai yang emolumennya telah terlucut hak di bawah subperaturan (1) hendaklah diberitahu secara bertulis mengenai pelucutan itu.27. (3) Pelucuthakan emolumen oleh sebab subperaturan (1) bukanlah satu hukuman tatatertib.PERATURAN 38 HUKUMAN TATATERTIB38. Jika seseorang pegawai didapati bersalah atas satu kesalahan tatatertib, mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman yang berikut, bergantung kepada keseriusan kesalahan itu, boleh dikenakan ke atas pegawai itu :PERATURAN 38 HUKUMAN TATATERTIB38. Hukuman Tatatertib(a)amaran;(b)denda;(c)lucut hak emolumen;(d)tangguh pergerakan gaji;(e)turun gaji;(f)turun pangkat;(g)buang kerja.

Pelaksanaan & implikasi hukuman tatatertib (JPA)AmaranTidak boleh dinyatakan amaran pertama atau amaran keras atau sebagainya.

Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 6 bulan atau 1 urusan mana terdahulu.(B) Denda (fine)Denda yang dikenakan adalah berasaskan emolumen pegawai. Denda maksimum ialah tidak melebehi 7 hari emolumen. Jika dikenakan lebeh sekali dalam 1 bulan kalender, agregat denda tidak boleh melebehi amaun yang sama banyak 45% daripada amaun bulanan pegawai.

Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 12 bulan atau mana terdahulu.

(c) Lucut hak emolumen (forfeiture of emoluments)Lazimnya dikenakan bagi kes tidak hadir bertugas.

pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 18 bulan satu 1 urusan mana terdahulu.(d) Tangguh pergerakan gaji (deferment of salary movement)Dikenakan bagi tempoh 3, 6, 9 atau 12 bulan dan dilaksanakan pada tarikh ulang tahun pergerakan gaji pegawai. Pegawai tidak berhak menerima pergerakan gaji dalam tempoh hukuman dan tarikh pergerakan gaji akan berubah ke tarikh yang paling hampir selepas tamat tempoh hukuman. Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 30 bulan atau 1 urusan mana terkemudian.(e) Turun gaji (reduction of salary)Gaji diturun secara mendatar dalam peringkat gaji yang sama dan penurunan gaji itu tidak melebehi 3 pergerakan gaji. Tempoh hukuman ialah tidak boleh kurang daripada 12 bulan tetapi tidak boleh lebih 36 bulan. Hukuman dikenakan pada tarikh yang ditetapkan oleh Lembaga Tatatertib atau pada tarikh hukuman dijatuhkan.

(e) Turun gaji (reduction of salary)/.Pegawai tidak berhak menerima pergerakan gaji dalam tempoh hukuman dan tarikh pergerakan gaji akan berubah ke tarikh pergerakan gaji berikutnya selepas hukuman tamat. Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 36 bulan atau 1 urusan mana terkemudian.(f) Turun pangkat (reduction in rank)Gred pegawai diturunkan ke gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan yang sama. Gaji pegawai ditetapkan pada satu mata gaji dalam jadual gaji bagi gred yang dikurangkan itu supaya lebih rendah dan berhampiran dengan gaji akhir sebelum hukuman. Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 48 bulan atau 2 urusan mana terkemudian.(g) Buang kerja(dismissal)Tarikh hukuman ialah pada tarikh Lembaga tatatertib menjalankan hukuman.

Pegawai tidak berhak menerima apa-apa kemudahan dalam perkhidmatan awam.PERATURAN 39 HUKUMAN TATATERTIB39. (1) Hukuman denda atau lucut hak emolumen hendaklah dibuat mengikut subperaturan (2), (3), (4), (5) dan (6).39. (2) Apa-apa denda yang dikenakan pada mana-mana satu masa tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak dengan emolumen bagi tujuh hari pegawai yang berkenaan.PERATURAN 39 HUKUMAN TATATERTIB39. (3) Jika seseorang pegawai didenda lebih daripada sekali dalam mana-mana bulan kalendar, agregat denda yang dikenakan ke atasnya dalam bulan itu tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak dengan empat puluh lima peratus daripada emolumen bulanannya.PERATURAN 39 HUKUMAN TATATERTIB39. (4) Jika hukuman yang dikenakan adalah kerana pegawai tidak hadir untuk bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah, apa-apa pelucuthakan emolumen pegawai itu hendaklah, melainkan jika diputuskan selainnya oleh PBT yang berkenaan, dihitung dengan mengambil kira tempoh sebenar pegawai itu tidak hadir.PERATURAN 39 HUKUMAN TATATERTIB39. (5) Pelaksanaan hukuman denda atau lucut hak emolumen tidak boleh dijalankan ke atas seseorang pegawai yang tidak hadir tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah jika emolumen pegawai itu telah dilucuthakan, berkenaan dengan ketidak hadiran untuk bertugas itu, di bawah peraturan 27.PERATURAN 39 HUKUMAN TATATERTIB39. (6) Segala denda atau lucut hak emolumen hendaklah dipotong daripada emolumen bulanan pegawai itu dan hendaklah dimasukkan ke dalam hasil kerajaan.SISTEM PENGAWALAN DISIPLIN DALAM BENTUK CORRECTIVE DAN PUNITIVE BESERTA DENGAN LANGKAH-LANGKAH PENINGKATAN DISIPLIN BERCORAK POSITIF MEMERLUKAN KOMITMEN DAN KESUNGGUHAN SEMUA PIHAK BERKENAAN YANG MELAKSANAKANNYA SUPAYA TAHAP KEBERKESANAN YANG MAKSIMUM DAPAT DICAPAI

8. PENUTUPSekianTerima Kasih