Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

34
KOMATHY GOPALAN 812615 SARASWATHY PERIANAN 812789 MOHD KHALID BIN ABDUL RAHMAN 811472 U.P : Dr. KHALIZA SAIDIN

description

master of science (educational management)

Transcript of Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

Page 1: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

KOMATHY GOPALAN 812615SARASWATHY PERIANAN 812789MOHD KHALID BIN ABDUL RAHMAN811472

U.P : Dr. KHALIZA SAIDIN

Page 2: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

It is axiomatic that ignorance of law is not an excuse for a person not to be tried in a court of law. Based on the context discuss actions which could be taken to ensure that school managers and teachers are legally literate.

Page 3: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

Pengurus sekolah (pengetua), guru-guru dan kakitangan lain sekolah terdedah kepada dakwaan (litigation) atas berbagai tuduhan seperti kegagalan melaksanakan tanggungjawab, kecuaian, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang mungkin berlaku.

Kegagalan memenuhi “kewajipan berjaga-jaga” (duty of care), kegagalan melaksanakan tanggungjawab, kegagalan mematuhi arahan serta peraturan boleh mengakibatkan pihak sekolah menghadapi dakwaan sivil atau pun jenayah.

Kejahilan terhadap undang-undang pendidikan tidak boleh dijadikan alasan untuk mengelakkan diri seseorang tenaga pengajar daripada didakwa.

Maka pihak sekolah perlu mengambil beberapa langkah untuk memastikan mereka tidak didakwa atas kesalahan dan kegagalan yang dinyatakan di atas.

Page 4: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

Kecuaian

Penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan

Page 5: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

Kecuaian dalam bidang pendidikan boleh dibahagikan kepada dua jenis :-

i) Kecuaian guru :

- Kecuaian yang berpunca daripada konsep tanggungjawab berjaga-jaga dari segi undang-undang yang dieprtanggungjawabkan kepada guru.

- Biasanya kecuaian guru dikaitkan dengan kemalangan dan kecederaan fizikal yang menimpa pelajar.

ii) Kecuaian pendidikan :

Kegagalan guru mendidik pelajar.

Adalah sukar untuk membuktikan pelajar tidak dapat menerima ilmu dan menguasai kemahiran

dalam pendidikan adalah berpunca daripada guru.

Ini adalah kerana kegagalan tersebut dipengaruhi oleh faktor-faktor lain

Maka, situasi sebegini jarang ditemui guru-guru sentiasa menjalankan tugas utama mereka iaitu

mengajar.

Page 6: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

Defenden telah tidak melakukan “kewajiban berjaga-jaga”(failure to exercise duty of care)

Plaintif mengalami kecederaan atau kerugian (damage has occurred) akibat dari kegagalan defenden melakukan kewajibannya.

Page 7: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

Semua kakitangan sekolah mempunyai “kewajipan berjaga

jaga” (duty of care)

Pengurus sekolah, guru-guru dan kakitangan sekolah perlu: Memastikan keselamatan struktur fizikal sekolah Memastikan keselamatan sewaktu kelas Memastikan keselamatan sewaktu kelas yang menjalankan Amali dan

ketukangan (Sains, Sains Pertanian, Teknik, Vokasional, Muzik, Sains Rumah Tangga)

Memastikan keselamatan kemudahan sukan dan kegiatan ko-kurikulum.

Page 8: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

Memastikan keselamatan trafik di kawasan sekolah

Memastikan keselamatan kebakaran sentiasa dijaga

Memastikan keselamatan sewaktu membuat lawatan

Memastikan kebersihan makanan dan kesihatan murid dijaga

Menjalankan semua tugas yang diamanahkan mengikut bidang tugas masing-masing.

Secara Ringkas : PENGURUS SEKOLAH PERLU MELAKSANAKAN

POLISI SEKOLAH SELAMAT

Page 9: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

undang-undang menghendaki tuan punya premis (bangunan dan kawasan tanah) memastikan premisnya adalah selamat digunakan atau didiami oleh pihak yang mempunyai hak menggunakannya.

Keadaan fizikal sekolah mestilah diselanggara dengan baik dari masa ke semasa kerana sebarang kerosakan dan ketidakse,purnaan menyebabkan ia bukan lagi selamat untuk digunakan.

Cth :- Tangga dan serambi bangunan mesti mempunyai pelindung yang sesuai dan kukuh

untuk memastikan tiada murid berkemungkinan terjatuh ke bawah.- Siling dan bumbung yang bocor mesti dibaiki segera supaya ia tidak jatuh.- Kipas, wayar elektrik uzur, kerusi lama dan sebagainya perlu diperiksa.- Suis dan soket yang rosak perlu diganti.- Semak-semak panjang di kawasan sekolah mesti ditebas untuk mengelak segala

bentuk bahaya seperti menjadi tempat perlindungan ular.

Page 10: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

Mengikut, The Registration of Schools Ordinance, 1950. Schools (General) Regulations sekolah dikehendaki memastikan bilik-bilik darjah memenuhi syarat-syarat keselamatan.

Pengetua perlu mematuhi peraturan di atas untuk mengelak pihaknya daripada didakwa kerana kecuaian.

Mematuhi Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1988 (keselamatan diri pelajar di sekolah)

Page 11: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

Guru mengikut undang-undang common law, dikehendaki membuat penyeliaan membuat penyeliaan yang munasabah ke atas murid-murid di bawah jagaanya sewaktu kelas berjalan.

Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan beliau didakwa jika murid tercedera akibat kecuaiannya.

Kes Government of Malaysia & Ors. V. Jumat bin Mahmud & Anor.

( plaintif tercedera dan menjadi buta pada mata kanan. Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa pihak guru bersalah kerana cuai dalam penyeliaannya.)

Page 12: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

Semua makmal/bengkel kerja amali mesti mempunyai peraturan bertulis dan ia mesti diedarkan kepada semua murid pada hari pertama mereka menggunakan makmal/bengkel tersebut.

Kelas-kelas amali hanya boleh dikendalkan oleh guru-guru terlatih.

Jika guru sementara, pengetua mesti memastikan bahawa mereka tidak melakukan/menyuruh pelajar melakukan percubaan-percubaan yang berbahaya.

Page 13: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

Guru –guru mesti memberi amaran terlebih dahulu kepada murid-murid sebelum sebarang tunjuk cara atau percubaan dijalankan untuk mengelakkan sebarang peristiwa yang tidak diingini.

Guru mesti mematuhi surat pekeliling ikthisas no.1/1974. (Keselamatan dalam makmal)

Kes mohamed Raihan bin Ibrahim & Anor. v. Government of Malaysia & Ors.

Kes Kamarulzaman Mohd Ali v.Louis Marie Neube Rt Ambrose J Ambrose & Anor.

Page 14: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

Sukan dan kegiatan ko-kurikulum merupakan satu lagi punca kemalangan mungkin berlaku.

Pengetua hendaklah memeriksa dan memastikan bahawa segala kemudahan sukan dan permainan adalah dalam keadaan sempurna dan selamat untuk aktiviti-aktiviti ko-kurikulum tersebut dijalankan.

Murid-murid juga perlu diberitahu tentang segala peraturan dan arahan tentang langkah-langkah menjaga keselamatan yang perlu diambil pada setiap masa.

Penjagaan rapi diperlukan semasa aktiviti diadakan untuk mengelakkan insiden-insiden yang serius seperti pelajar terlanggar tiang gol, terkena lontaran peluru, terjatuh dalam lubang, dan lain-lain.

Page 15: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

Selain daripada itu, guru juga hendaklah :

mengambil kira faktor cuaca/ musim supaya aktiviti yang dijalankan tidak mendatangkan bahaya.

bertanggungjawab mengeluar, mengguna dan menyimpan alat-alat sukan walaupun boleh dibantu oleh murid.

memastikan semua alat sukan dan permainan berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan.

Murid mesti mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga dan pengetua untuk mengambil bahagian di dalam aktiviti kokurikulum di luar sekolah dan mesti diiringi oleh guru.

Jika ada murid perempuan, maka guru pengiring perempuan mesti ada bersama.

Page 16: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid diberi keutamaan seperti makanan dan minuman dan lain-lain lagi.

Murid yang cedera, lelah dan berpenyakit kronik tidak dipaksa dibenarkan/dipaksa mengambil bahagian.

Menggalakkan pelajar mengadakan skim perlindungan insurans yang sesuai.

Kawasan dan kemudahan yang berbahaya seperti dewan gymn dan kolam renang mesti dikawal penggunaannya dengan ketat.

Melaporkan segala kemalangan yang berlaku kepada pengetua dengan segera untuk tindakan selanjutnya.

Mematuhi pekeliling-pekeliling berikut : i) bil 1/1995 – keselamatan diri ketika pengajaran PJK ,KK, Sukan di dalam dan di luar kws sek. ii) bil 9/2000 – panduan bg 1/1995

Page 17: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

Pelajar-pelajar sentiasa berada di kawasan sekolah dan mesti dilindungi dari kemalangan jalan raya.

Terutamanya pada masa sebelum kelas bermula dan masa selepas kelas baru tamat setiap hari, ramai pelajar akan berkeliaran di merata tempat sekolah.

Pengetua perlu mengadakan satu sistem pergerakan trafik yang cekap dan sistem pengawasan yang sesuai untuk mengelakkan kemalangan berlaku.

Kawasan sekolah biasanya terhad untuk membenarkan semua kenderaan ibu bapa masuk ke dalamnya apabila menghantar dan membawa pulang anak-anak mereka dari sekolah.

Maka adalah baik sekiranya semua kenderaan ibu bapa dan bas sekolah dilarang masuk ke kawasan sekolah.

Mereka dikehendaki mengambil pelajar-pelajar di suatu tempat yang sesuai di luar kawasan sekolah.

Page 18: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

kes Headmistress, Methodist Girls School & Ors. v. Headmaster, Anglo-Chinese Primary School & Anor.,

  Sebuah bas sekolah telah melanggar seorang murid dalam

kawasan sekolah yang mana jalannya adalah sempit. Keputusan hakim

mahkamah menyalahkan pemandu bas dan pihak sekolah juga

dipertanggung-jawabkan bersama (vicariously liable) kerana

membenarkan bas tersebut memasuki kawasan sekolah tersebut. Ini

bermakna pengetua perlu mengambil langkah-langkah yang wajar untuk

memastikan bahawa keadaan trafik di kawasan sekolahnya adalah selamat

untuk semua pihak, khasnya para pelajar.

Pekeliling Ikhtisas bil 8/1999

(Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi dan Balik sekolah)

Page 19: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

Kebakaran sekolah boleh diakibatkan oleh litar pintas, perbuatan jenayah (arson), kerja-kerja amali di makmal atau bengkel, kecuaian dan lain-lain lagi.

Untuk mengelakkan dari dakwaan berhubung dengan kebakaran sekolah, pengetua perlu mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengelakkan berlakunya kebakaran seperti :-

- menubuhkan Jawatankuasa Pencegahan kebakaran sekolah; - membuat pemeriksaan rapi terhadap sistem pendawaian elektrik; - mengadakan hari/minggu pencegahan kebakaran; dan - memastikan guru-guru makmal dan bengkel mematuhi prosedur

pencegahan kebakaran di makmal dan bengkel masing-masing.

Page 20: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

Semua penghuni sekolah mesti tahu serta bersedia menangani masalah apabila kes kebakaran berlaku.

Langkah-langkah persediaan menangani kebakaran termasuk memastikan

alat-alat pemadam api dan pencegahan kebakaran dalam keadaan baik dan

boleh berfungsi pada setiap masa;

mengadakan demonstrasi memadam kebakaran dan mangadakan fire drill dengan melibatkan semua murid, guru serta kakitangan sekolah (Rule 49, Schools (General) Regulations, The Registration of Schools Ordinance, 1950); dan,

menyediakan pelan keselamatan kebakaran di sekolah.

Selain daripada itu, pihak sekolah mesti mengawasi sekolah dengan rapi

selepas waktu sekolah untuk menghalang penceroboh masuk yang mungkin mengakibatkan kebakaran sekolah.

Page 21: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

Banyak kemalangan seperti terjatuh, kemalangan jalan raya dan mati lemas telah pun terjadi semasa pelajar-pelajar mengadakan lawatan.

Dalam kes Chen Soon Lee v. Chong Voon Pin, seorang murid sekolah telah mati lemas sewaktu rombongan murid sedang bermain bola dalam air di tepi laut.

Oleh kerana guru besar dan guru-guru yang berada bersama mereka telah mengambil langkah-langkah pengawasan yang rapi (beyond reasonable care) pada masa itu, tuduhan kecuaian tersebut ditolak oleh hakim Mahkamah Tinggi Miri.

Page 22: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

• Jelas dilihat bahawa Pengetua bertanggungjawab untuk memastikan guru-

guru tidak cuai dalam penyeliaan aktiviti-aktiviti pelajar semasa lawatan

diadakan. Segala langkah pencegahan berlakunya tradegi mesti diambil

untuk melindungi pelajar-pelajar semasa lawatan diadakan.

• Selain dari itu, pengetua harus memastikan guru-guru dan murid-murid

sekolahnya mematuhi segala undang-undang dan peraturan (Schools (Tours)

Regulations, 1957; Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000; Surat Pekeliling

Ikhtisas Bil.1/1995) berhubung dengan lawatan untuk mengelakkan daripada

dakwaan dan melindungi pihak sekolah sekiranya tuduhan dibawa juga ke

mahkamah sekiranya sesuatu kemalangan berlaku.

Page 23: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

Di antara langkah-langkah pencegahan dakwaan yang boleh diambil:

Kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga dan pengetua untuk mengambil bahagian di dalam aktiviti lawatan mesti diperolehi sebelum ianya diadakan.

Jika lawatan itu diadakan di luar negeri asal sekolah, maka kebenaran dari Pendaftar mesti diperolehi sebelum lawatan tersebut diadakan.

Semua lawatan pelajar mesti diiringi oleh guru. Jika ada murid perempuan yang menyertai lawatan tersebut, maka rombongan tersebut mesti menpunyai guru pengiring perempuan. Pengawasan oleh guru yang munasabah perlu dibuat sepanjang masa lawatan diadakan.

Page 24: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

Maklumat dan arahan-arahan bertulis yang diedarkan kepada pelajar dan ibu-bapaharus teliti dan jelas. Terutamanya risiko yang terlibat mesti jelas dinyatakan.

Pelajar-pelajar membuat persetujuan bertulis untuk berdisiplin baik sewaktulawatan diadakan.

Pelajar-pelajar diberitahu bahawa mereka perlu bawa keperluan persendirianyang mencukupi seperti minuman, makanan, alat perlindungan dari cahayamatahari, dan lain-lain.

Memberi taklimat kepada pelajar dan ibu-bapa tentang lawatan yang akandiadakan.

Memastikan pelajar dan ibu bapa telah memberi segala maklumat yang penting(misalnya keadaan kesihatan pelajar) kepada sekolah sebelum lawatandiadakan. Pihak sekolah mesti meminta maklumat tersebut daripada setiap ibubapa pelajar secara bertulis.

Page 25: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

Jika perjalanan melibatkan penggunaan kenderaan, pelajar -pelajar mesti diarah untuk memasangkan tali pinggang keledarpada setiap masa.

Pihak sekolah mesti bersedia untuk mengatasi segala kemalanganyang mungkin berlaku.

Page 26: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

Peraturan Schools (General) Regulations, The Registration of Schools Ordinance, 1950 menghendaki pihak sekolah mementingkan aspek kebersihan, keceriaan dan kesihatan guru-guru, murid-murid dan kemudahan-kemudahan fizikal sekolah.

Makanan dan minuman yang disediakan atau dibekalkan di kawasan sekolah, sama ada di kantin, di dapur sekolah atau pun makanan yang dibekalkan dalam Rancangan Makanan Tambahan dan Program Susu Sekolah, mesti bersih dan sesuai bagi menjaga kesihatan semua pihak.

Page 27: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

Pengetua sekolah perlu memastikan makanan di sekolah selamat digunakan oleh semua pihak supaya tidak medatangkan masalah kesihatan seperti keracunan makanan.

Pelajar-pelajar perlu dinasihatkan tentang amalan kebersihan yang perlu untuk menjaga kesihatan diri sendiri.

Pekerja dan pembekal makanan juga perlu mengamalkan kebersihan diri, alat-alat dan perkakasan makanan, bangunan dan kemudahan yang digunakan untuk menyediakan makanan.

Kecuaian pengetua sekolah memastikan langkah-langkah kebersihan diambil boleh mengakibatkan dakwaan yang tidak diingini.

14 Pekeliling berkaitan kesihatan (rujuk m/s 43-44 buku undang-undang untuk pengetua dan guru besar)

Page 28: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

Menjaga disiplin dan mengenakan tindakan disiplin terhadap pelajar mengikut peraturan.

Menjaga dan mengawal disiplin pelajar merupakan tanggungjawab pihak sekolah yang penting. Jika pelajar-pelajar berdisiplin baik, maka suasana selamat dan kondusif dapat diwujudkan untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Sebaliknya disiplin yang teruk, keganasan yang berleluasa dan ancaman berbagai rupa akan menghasilkan sekolah yang tidak selamat.

Apabila melaksanakan tugas mengawal disiplin dan mengenakan tindakan disiplin terhadap salah laku pelajar, pengetua mesti memastikan bahawa tindakan-tindakan yang diambil tersebut adalah berdasarkan kuasa dan peraturan-peraturan yang diperuntukkan dalam dalam :

Akta Pendidikan 1996(Perkara 3, 7, 8); Education (School Discipline) Regulations, 1959, Education Ordinance, 1957; Surat-surat Pekeliling Bil. 1/1972, Bil. 9/1975, Bil. 8/1983, Bil. 8/1988, Bil. 4/1991, Bil. 3/1993, dan Bil. 4/1996.

Page 29: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

Sekolah dikehendaki mengadakan peraturan-peraturan disiplin sendiri tetapi peraturan-peraturan tersebut tidak boleh bercanggah dengan bidang kuasa dan peraturan-peraturan yang diberikan dalam Akta, Ordinans dan Surat-surat Pekeliling Ikhtisas yang sedia ada.

Semua pelajar hendaklah diberikan dan dijelaskan segala peraturan disiplin bertulis yang berkuatkuasa di sekolah.

Apabila mengambil tindakan Corporal Punishment dan membuang pelajar dari sekolah kerana salah laku pelajar, tatacara yang diberikan dalam Education (School Discipline) Regulations, 1959, Education Ordinance, 1957, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1972 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983 hendaklah diikuti oleh pihak sekolah.

26 pekelilng berkaitan dengan disiplin (rujuk m/s 85 ,Undang-undang untuk

pengetua dan guru besar )

Page 30: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

Dalam kes Mahadevan N v. Anandarajan & Others (1973) pula, Mahadevan (plaintif) telah dibuang sekolah oleh pengetua kerana salah laku yang serius dan setelah pertimbangan yang wajar. Hakim-hakim Privy Council memutuskan bahawa pengetua tersebut telah pun bertindak mengikut undang-undang yang berkuatkuasa pada masa itu. Yang penting di sini adalah pengetua berkenaan dapat dilindungi, walaupun didakwa, kerana bertindak mengikut prosedur yang tepat.

Dalam kes Meor Atiqul Rahman Ishak & Ors. v. Fatimah Sihi & Ors, tiga orang murid telah dikenakan tindakan buang sekolah kerana tidak mematuhi arahan pengetua dan terus memakai serban ke sekolah walaupun telah banyak kali ditegur. Tetapi Hakim mahkamah telah memutuskan bahawa pengetua telah bertindak luar dari peraturan yang ada. Oleh itu, pengetua dan kerajaan Malaysia dipersalahkan dan dikehendaki membayar ganti rugi kerana telah dua tahun tiga pelajar tersebut tidak dibenarkan ke sekolah semasa menunggu keputusan mahkamah.

Page 31: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

Ringkasnya, semasa mengambil tindakan disiplin dan untuk melindungi pihak sekolah daripada didakwa, pengetua perlu memastikan

i) Prinsip Natural Justice,  ii) prosedur tindakan yang tepat dan direkodkan dan, iii) jenis hukuman yang berpatutuan dan bersifat pendidikan (Ingraham v.

Wright,) sahaja boleh dikenakan.

Prinsip Natural Justice memerlukan pihak sekolah memastikan bahawa apabila membuat pertimbangan untuk mengenakan tindakan disiplin ke atas pelajar, maka a) pelajar mesti diberi peluang untuk membela diri dan,

b) tindakan disiplin mesti dikenakan tanpa bias atau pilih kasih (no bias/ prejudice).

Prosedur hukuman yang dikenakan harus tepat dan jenis hukuman hendaklah adil, setimpal, dan bersifat pendidikan.

Kes-kes disiplin yang serius dan berbentuk jenayah mesti dilaporkan kepada pihak polis.

Page 32: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

Dalam kes Tan Tek Seng v. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan & Anor., appellant adalah seorang guru penolong kanan sebuah sekolah rendah dan beliau telah ditugaskan untuk menyerahkan duit gaji sebanyak RM3,179.00 kepada seorang tukang kebun yang telah tidak hadir bekerja selama beberapa bulan.

Tetapi, beliau telah menyimpan duit tersebut sendiri, iaitu, tidak diserahkan kepada penerima yang sah.

Beliau kemudiannya didakwa ke mahkamah atas tuduhan pecah amanah (criminal breach of trust).

Akhirnya beliau didapati bersalah dan dibuang kerja.

Daripada kes ini, jelas bahawa akibat yang perlu ditanggung oleh sesorang pegawai yang menyeleweng adalah sangat serius.

Page 33: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

Untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang boleh mengakibatkan dakwaan sivil dalam pengurusan kewangan sekolah, pengetua hendaklah mewujudkan suatu sistem pengurusan kewangan yang lengkah, teratur, dan mampu mengelakkan segala kemungkinan penyelewengan berlaku untuk diguna pakai oleh sekolah.

Sistem tersebut perlu didokumentasikan dan difahami oelh semua pihak yang berkenaan. Pengetua juga perlu memastikan bahawa semua prosedur dan peraturan dalam Arahan Perbendaharaan dipatuhi.

Sistem kutipan wang daripada pelajar hendaklah jelas diketahui oleh semua guru dan kakitangan kewangan lain. Prosedur pembelian, pembayaran, penyimpanan stok, perakaunan dan pengauditan hendaklah sistematik. Pematuhan prosedur-prosedur adalah untuk mengelakkan sebarang jenis penyelewengan yang mungkin berlaku.

Pengetua mesti mengamalkan sikap tegas, jujur dan amanah supaya dapat melindungi sendiri dan kakitangan berkaitan dengan urusan kewangan dari dakwaan jenayah.

Page 34: Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persaingan global dalam bidang pendidikan yang semakin sengit, kita tidak boleh lalai.

Guru harus berusaha meningkatkan tahap profesionalisme mereka dalam semua aspek termasuk undang-undang dalam pendidikan.

Maka, sebagai pendidik guru perlu mengetahui dan mematuhi segala peraturan yang termaktub supaya tidak didakwa atas apa-apa kesalahan dan kecuaian kerja.