latihan persamaan akaun
-
Upload
syarafina-abdullah -
Category
Documents
-
view
240 -
download
0
Transcript of latihan persamaan akaun
-
7/30/2019 latihan persamaan akaun
1/1
Berikut ialah aset dan liabiliti Perniagaan Shamsudin pada 1 Mei 2009.
RM
Premis 25 000
Kenderaan 12 000
Perabot 2 500
Stok 1 100
Penghutang 880
Bank 1 200
Pemiutang 680
Modal 42 000
Urusniaga-urusniaga sepanjang bulan Mei 2009 ialah seperti berikut:
Mei 2 Terima sekeping cek bernilai RM280 kerana menjual barang bernilai RM150
secara tunai.
4 Membeli sebuah meja pejabat berharga RM100 dibayar dengan cek.
7 Mengeluarkan wang tunai berjumlah RM150 dari bank untuk kegunaan sendiri.
11 Belian kredit barang bernilai RM200.
15 Membayar RM400 kepada pembekal dengan cek untuk menjelaskan sebahagian
hutang.18 Membayar sewa sebanyak RM300 dengan cek.
23 Menjual barang bernilai RM250 dengan harga RM290 secara kredit.
27 Memasukkan tunai sebanyak RM1 000 ke dalam bank untuk menambah modal
perniagaan.
28 Menerima sekeping cek daripada penghutang kerana menjelaskan hutangnya
berjumlah RM320.
31 Membayar gaji sebanyak RM220 dengan cek.
Anda dikehendaki menyediakan Kunci Kira-kira pada 31 Mei 2009 setelah mengambilkira
urus niaga di atas.