latihan memodenkan 1

13
MEMODENKAN KARANGAN

Transcript of latihan memodenkan 1

Page 1: latihan memodenkan 1

MEMODENKAN KARANGAN

Page 2: latihan memodenkan 1

Objektif

Pelajar akan dapat mengenal pasti perkataan atau frasa yang tidak diperlukan di dalam teks klasik yang telah disediakan.

Page 3: latihan memodenkan 1

Apa?Memindahkan petikan Bahasa Melayu klasik ke Bahasa Melayu baku.

Ia melibatkan penyesuaian semula perbendaharaan kata, frasa dan struktur ayat.

Pengekalan maksud petikan asal.

Page 4: latihan memodenkan 1

FORMAT •Tidak menggunakan bahasa klasik dalam memodenkan karangan.•Karangan moden tersebut mempunyai maksud sama dengan karangan bahasa klasik iaitu boleh ditambah atau dikurangkan tanpa mengubah maknanya.•Penanda wacana

Page 5: latihan memodenkan 1

TEKNIK MEMODENKAN KARANGAN1. Baca petikan berulang kali.2. Potong atau gantikan perkataan

klasik/lama kepada Bahasa Melayu baku.

3. Pelajar perlu menggunakan perkataan sendiri.

4. Pelajar boleh mengubah atau menambah perkataan yang sesuai tanpa mengubah maksud ayat dalam petikan.

5. Perkataan –pun, -lah, maka, sekalian, lalu dan sebagainya hendaklah dibuang.

6. Dialog hendaklah dijadikan cakap pindah

7. Jika petikan ada perenggan, hendaklah dikekalkan.

Page 6: latihan memodenkan 1

Aktiviti kumpulan

Baca petikan teks klasik pada slid seterusnya dengan teliti. Kemudian, tandakan bulatan pada perkataan-perkataan atau frasa (ayat) yang tidak diperlukan dalam memodenkan teks klasik.

Page 7: latihan memodenkan 1

Tatkala dilihat oleh Tuanku Mambang Saujana akan Awang Sulung Merah Muda memanjangkan diri menghulurkan pedangnya tiga depa kehadapan, takut dan dahsyatlah ia, menggeletar segala sendi anggotanya. Maka Awang sulung Merah Muda pun melompat mencencang kena ke leher anak raja Mambang itu. Maka lehernya pun putus, terpelanting ke tanah. Maka sujudlah orang sekalian kepada Awang Sulung Merah Muda menaklukan negeri itu, lalu ia berangkat balik ke geliung.

(Hikayat Awang Sulung Merah Muda)

Page 8: latihan memodenkan 1

Jawapan

(Hikayat Awang Sulung Merah Muda)

Page 9: latihan memodenkan 1

Ketika Tuanku Mambang Saujana melihat Awang Sulung Merah Muda menghulurkan pedangnya tiga depa ke hadapan, baginda berasa takut dan menggeleter semua sendi anggotanya. Kemudian Awang Sulung Merah Muda melompat dan mencenceng leher anak Raja Mambang itu. Leher Tuanku Mambang Saujana telah putus dan terpelanting ke tanah. Sejurus itu semua orang sujud kepada awang Sulung Merah Muda yang menakluki negeri itu. Selepas itu, dia berangkat balik ke geliung.

Setelah dimodenkan:

Page 10: latihan memodenkan 1

MENONTON SEBUAH

TAYANGAN CERITA

Page 11: latihan memodenkan 1

Pindahkan petikan di bawah mengikut gaya bahasa Melayu moden:

Hatta, setelah baginda melihat Pak Belalang itu, baginda pun memberi titah kepadanya, “Ayuhai Ahlun-nujum, apalah ikhtiar diri sekarang? Ada seorang nakhoda membawa kapal tujuh buah datang kepada beta kerana ia ada membawa kayu bulat licin. Ia meminta kenalkan hujung pangkal kayu itu. Jikalau lalu terkenal oleh beta hujung dan pangkalnya, kapal yang tujuh buah itu diberikannya kepada beta. Jika tiada terkenal, maka negeri ini pulang kepadanya. Beta minta tempoh tujuh hari.”

Arakian telah Pak Belalang mendengar titah baginda, maka lalu ia mengangkat tangan mendatangkan sembah, “Ampun Tuanku beribu ampun, sembah patik harapkan diampun, adapun darihal mengenal kayu, bolehlah juga patik kenalkan, berkat tinggi daulat tuanku kerana tujuh peti tib patik di rumah pasal mengenai kayu-kayu. Dan dua peti buku-buku pasal itu sahaja.”

Titah baginda, “Baiklah, bolehlah ahlun-nujum lihat di dalam buku-buku.”

Page 12: latihan memodenkan 1

Page 13: latihan memodenkan 1

Isi-isi pentingPak Belalang datang menghadap.Baginda menceritakan bahawa ada seorang nakhoda datang dan mengemukakan soalan kepada baginda.Jika baginda dapat menjawab soalan tersebut, nakhoda itu akan menyerahkan tujuh buah kapalnya. Jika tidak negeri baginda akan diambilnya.Pak Belalang memberitahu sultan bahawa dia dapat menjawab soalan tersebut.Baginda mengarahkan Pak Belalang untuk pulang dan membaca buku-buku yang dimaksudkan oleh Pak Belalang.