laporan pertandingan
-
Upload
nishanthi-rajendran -
Category
Documents
-
view
386 -
download
17
Transcript of laporan pertandingan
LAPORAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN BOLA BALING
Bola baling adalah salah satu permainan yang ada dalam prosedur Gerko yang
hendak diikuti oleh guru pelatih 2 PISMP. Dengan itu, dalam gerko bola baling
dikehendaki untuk menganjurkan satu pertandingan bola baling. Berdasarkan itu, gerko
permainan bola baling 2 PISMP telah menganjurkan satu pertandingan bola baling di
peringkat IPTB.
Oleh itu, pensyarah gerko bola baling En. Muhammad Bin Othman telah
memberitahu kepada pengerusi bola baling bahawa kami perlu menganjurkan
pertandingan bola baling. Pengerusi bola baling telah mengadakan satu perjumpaan di
kafeteria berkaitan dengan penganjuran bola baling pada 27 September 2012 pukul
1.30 petang. Semua ahli gerko bola baling tiba di kafeteria dan pengerusi telah
mengumumkan bahawa kami akan menganjurkan bola baling minggu seterusnya.
Pengerusi juga memilih jawatankuasa untuk menganjurkan pertandingan bola baling.
Kami mencadangkan semua ahli jawatankuasa dan dipilih dan disokong.
Pengerusi pengelolaan pertandingan telah menetapkan tarikh dan masa untuk
mengadakan pertandingan iaitu 3 September 2012, pukul empat petang. Sistem yang
akan digunakan untuk mengelola pertandingan bola baling iailah sistem liga. Pengerusi
juga mengumumkan bahawa pertandingan bola baling telah terbuka semua dan
kumpulan yang terlibat ialah 2 PISMP sahaja. Bagi perbelanjaan pengelolaan
pertandingan bendahari telah mengutip RM 5 dari setiap ahli gerko bola baling. Duit
yang dikutip adalah untuk membeli hadiah untuk pemenang iaitu hamper. Senarai nama
peserta diwajibkan untuk serahkan pada hari isnin.
Selepas itu, perjumpaan kedua telah diadakan pada hari 1 Oktober 2012, pukul
1.30 petang di kafeteria. Perjumpaan ini telah diadakan untuk mengumumkan
perpindahan yang telah berlaku. Pengerusi telah mengumumkan bahawa telah
membuat keputusan untuk memindahkan tarikh pertandingan kerana pada hari yang
sama pertandingan bola tampar diadakan dan terdapat peserta bola baling telah
melibatkan diri dalam pertandingan bola baling. Pengerusi berbincang dengan ahli
jawatankuasa dan telah menetapkan tarikh untuk mengadakan pertandingan bola
baling pada 4 Oktober 2012, hari khamis, pada pukul empat petang. Namun,
setiausaha telah membuat senarai nama peserta perempuan dari gerko bola baling
kerana tidak guru pelatih lain yang melibatkan diri dalam pertandingan bola baling. Oleh
itu, pengerusi membuat keputusan bahawa ahli gerko sahaja dibahagikan kepada tiga
pasukan peserta.
Pertandingan bola baling untuk lelaki telah diadakan pada 4 Oktober 2012 iaitu
hari khamis. Ajk minuman telah menyediakan minuman untuk para peserta. Ajk aktiviti
telah menyediakan bip untuk para peserta. Pertandingan telah dimulakan pada pukul
empat petang dan semua peserta pertandingan telah muncul di padang. Enam pasukan
telah menyertai pertandingan bola baling termasuk pasukan gerko semester ini.
Pasukan-pasukan yang telah menyertai pertandingan ialah ruteranz, bulak mambo,
tesl, balak mambo dan sebagainya telah diadakan di dua gelanggang bola baling. Pada
masa pertandingan dijalankan dan semua pemain telah bermain di gelanggang hujan
telah turun dan ia tidak menjadi penghalang dan pertandingan telah disambungkan.
Semua penyokong tidak menghiraukan hujan dan mereka telah menyokong pihak
lawanan semasa hujan turun. Selepas pusingan pertama tamat, pusingan kedua telah
dimulakan selepas sepuluh minit rehat dan dengan seterusya pusingan separuh akhir.
Pusingan akhir telah ditundahkan kepada keesokkan hari iaitu hari jumaat.
Pada hari jumaat pagi, pertandingan diadakan untuk perempuan pada 5 Oktober
2012. Pertandingan dimulakan pada pukul 7.30 pagi. Pertandingan untuk perempuan
telah menyertai oleh tiga pasukan sahaja iaitu pasukan gerko bola baling. Perlawanan
telah dijalankan pada satu gelanggang bola baling sahaja. Perlawanan ini diadakan
secara liga. Perlawanan pertama dilawan oleh pasukan pertama dan kedua.
Perlawanan kedua dilawan oleh pasukan pertama dan ketiga. Perlawanan ketiga iaitu
terakhir dilawan oleh pasukan kedua dan ketiga. Pemenang pasukan dipilih dengan
mengumpul semua mata setiap pasukan yang mereka dapat sepanjang pertandingan.
Johan telah dimenang oleh kumpulan dua, naib johan aialah kumpulan satu dan tempat
ketiga dimenang oleh kumpulan tiga. Pertandingan telah tamat pada pukul 9.30 pagi.
Dalam masa dua jam pertandingan untuk perempuan telah diselesaikan. Pada hari
jumaat petang, pertandingan diadakan untuk pusingan akhir untuk lelaki pukul empat
petang. Perlawanan telah dimulakan dan penyokong telah menyokong pasukan
perlawanan untuk memberi semangat kepada pasukan yang bertanding.
Selepas pertandingan tamat, kami telah bersedia untuk membersihkan padang.
Terdapat sampah-sarap disekitar kawasan padang. Kami mengutip dan buang di tong
sampah. Ajk peralatan pula menyusun balik peralatan yang diambil untuk pertandingan
ini. Manakala ajk makanan pula membersihkan tempat minuman. Selepas
menghabiskan semua kerja di padang kami telah berkumpul di luar kafe. Pengarah
projek berucap terima kasih dan telah memberi beberapa taklimat yang berkaitan
dengan pertandingan ini. Kami juga telah memberi pandangan kami tentang
pertandingan ini.
Seterusnya, kami menetapkan satu hari untuk memberi hadiah kepada para
pemenang. Kami tidak dapat memberi hadiah pada hari pertandingan tersebut kerana
cuacanya tidak baik sekali. Ketiga-tiga kumpulan yang menjadi johan, naib johan dan
tempat ketiga memperolehi hadiah. Selepas penyampaian hadiah kami membuat ‘post
mortem’ bersama ahli gerko bola baling. Kami membincang tentang kelebihan dan
kelemahan pertandingan tersebut. Kami juga mendapat pelbagai cadangan penambah
baikan daripada ahlinya.
Kami juga telah diberi satu tugasan mengenai pertandingan ini. Kami
dikehendaki membuat satu laporan penilaian tentang pengelolahan pertandingan bola
baling ini. Dalam laporan tersebut, kami perlu menerangkan tentang pertandingan bola
baling berdasarkan tiga aspek iaitu sebelum pertandingan, semasa pertandingan dan
selepas pertandingan. Kami telah menyerahkan laporan tersebut kepada pensyarah
kami. Agenda akhir dalam pertandingan ini adalah kami telah memberi sijil penyertaan
kepada para pemain dan sijil penghargaan kepada pengadil serta jawatankuasanya.
Semasa pertandingan berjalan, terdapat pelbagai kelebihan dalam pertandingan
ini. Antaranya, pertandingan bola baling ini memberi peluang kepada guru pelatih untuk
menunjukkan bakatnya. Ramai mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Pertandingan sebegini dapat mencungkil bakat yang tersembunyi pada diri sendiri.
Seterusnya, pertandingan ini dapat memberi satu pengalaman yang baru kepada ahli
gerko. Dengan ini, ahli gerko bola baling dapat mengelola satu pertandingan.
Pengelolahan pertandingan sebegini dapat memberi sifat kepimpinan,
bertanggungjawap, amanah kepada para guru pelatih. Sehubungan itu, pelatih juga
tidak akan mengalami sukar apabila mula bertugas di sekolah.
Pertandingan bola baling anjuran gerko bola baling juga mempunyai beberapa
kelemahan. Antaranya ialah pengadil yang dipilih bukan daripada gerko bola baling dan
tidak terlatih dengan peraturan-peraturan permainan bola baling semasa pertandingan
dijalankan. Keadaan ini berlaku kerana ahli gerko bola baling telah melibatkan diri
dalam pertandingan pada masa yang sama. Dengan itu, terpaksa menyuruh peserta
untuk menjadi pengadil semasa pertandingan. Selain itu, cuaca juga menjadi satu
kelemahan semasa perjalanan pertandingan. Para pemain bermain semasa hujan. Hal
ini tidak dapat dielakkan oleh para penganjur. Pemain mengalami kesukaran untuk
bermain bersama hujan. Pihak penganjur berasa amat rumit untuk membuat persiapan.
Walaubagaimana pun, pertandingan bola baling berjalan dengan lancar dengan
kerjasama ahli gerko bola baling dan peserta pertandingan.
GALERI GAMBAR
SEBELUM PERTANDINGAN
SEMASA PERTANDINGAN
SELEPAS PERTANDINGAN