Laporan Aktiviti pertandingan kebersihan kelas
description
Transcript of Laporan Aktiviti pertandingan kebersihan kelas
1
ISI KANDUNGAN HALAMAN
1.0 PENDAHULUAN 3
2.0 VISI PERTANDINGAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS 3
3.0 MISI PERTANDINGAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS 3
4.0 MATLAMAT 4
4.1 MATLAMAT ASPEK KECERIAAN 4
4.2 MATLAMAT ASPEK KEBERSIHAN 4
5.0 OBJEKTIF 4
6.0 SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANAAN DAN PANEL PENILAI 4
7.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 5
8.0 PELAKSANAAN 6
9.0 JADUAL PELAKSANAAN 6
10.0 JANGKA MASA 7
11.0 KATEGORI PERTANDINGAN 7
12.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 7
13.0 TAHAP PENGUASAAN MENGIKUT PRESTASI KELAS 5 BINTANG 7
14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN 8
15.0 SUMBER KEWANGAN 8
16.0 PROGRAM 3K. 8
16.1 Konsep Persekitaran Bilik Darjah Yang Kondusif 9
16.1.1 Persekitaran Fizikal 9
17.0 IMPLIKASI KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS TERHADAP
PEMBELAJARAN. 10
18.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN. 12
19.0 KESIMPULAN 14
RUJUKAN 16
LAMPIRAN 17
2
1.0 PENDAHULUAN
Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah berkait rapat
dengan iklim dan suasana di dalam bilik darjah. Suasana kelas yang kondusif akan
memberi murid keselesaan untuk belajar disamping merasa teruja untuk menerima ilmu
yang baru. Justeru, untuk mencapai hasrat ini pihak sekolah haruslah memastikan
bahawa bilik darjah sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan ceria.
Kebersihan dan keceriaan bilik darjah seharusnya dikekalkan dan dipertingkatkan
dari masa ke semasa. Untuk mencapai tujuan ini, pertandingan bilik darjah bersih dan
ceria amat sesuai diadakan secara berterusan bagi memastikan murid sentiasa berada
di dalam keadaan yang kondusif dan seterusnya dapat mengikuti pembelajaran dengan
baik. Suasana pembelajaran yang sentiasa bersih dan ceria hasil daripada kerjasama
dan pertandingan yang sihat di antara murid tentunya akan menghasilkan
kecemerlangan dalam akademik dan disiplin murid. Ini adalah sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Negara yang mementingkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek.
Keceriaan dan kebersihan kelas adalah tanggungjawab bersama guru kelas dan
murid-murid dalam kelas tersebut. Pertandingan keceriaan kelas adalah salah satu
medium untuk guru dan murid bersama-sama berganding bahu untuk mengolah dan
menceriakan kelas mereka untuk kepuasaan diri sendiri untuk keselesaan semasa
belajar di dalam kelas. Oleh itu, anugerah pertandingan yang dijalankan di peringkat
sekolah adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid-murid dan guru-
guru yang telah bertungkus-lumus menceriakan kelas. Anugerah ini diberikan kepada
kelas yang telah menunjukkan contoh dalam aspek kebersihan dan keceriaan. Dengan
adanya anugerah seperti ini, ia diharapkan akan memberi dorongan dan inspirasi
kepada murid dan guru untuk lebih berjaya di masa akan datang.
2.0 VISI PERTANDINGAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS
Ceria Berketerampilan.
3.0 MISI PERTANDINGAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS
Memastikan Kebersihan dan Keceriaan Sekolah Sentiasa Menjadi Keutamaan.
3
4.0 MATLAMAT
4.1 MATLAMAT ASPEK KECERIAAN
i. Menerapkan pengurusan kelas yang berkesan dan konsisten.
ii. Menimbulkan kesedaran di kalangan murid-murid, warga sekolah , ibu
bapa melalui publisiti yang meluas tentang pentingnya mewujudkan
persekitaran yang ceria di sekolah.
iii. Melahirkan rasa cinta akan sekolah disamping menerapkan
bertanggungjawab.
4.2 MATLAMAT ASPEK KEBERSIHAN
i. Mengubah cara pemikiran murid tentang kebersihan melalui
pendidikan.
ii. Meningkatkan tahap kebersihan sekolah dengan mengadakan jadual
tugas untuk murid dan guru.
iii. Meningkatkan rasa tanggungjawab murid terdahap kebersihan
berpandukan Buku Spesifikasi Tugas 3K.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Mewujudkan bilik darjah yang bersih dan ceria serta bermaklumat.
5.2 Membina kreativiti pelajar dalam melahirkan idea untuk mewujudkan kelas bersih
dan ceria.
5.3 Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti bekerjasama, hormat-
menghormati, menghargai dan tolong-menolong serta rasa kepunyaan terhadap
bilik kelas mereka.
5.4 Menjadikan pemangkin dalam usaha menjadikan sekolah lebih kondusif sebagai
tempat menimba ilmu.
5.5 Menjadikan sekolah lebih berjaya saing dalam aspek 3K.
6.0 SENARAI JAWATANKUASA DAN PANEL PENILAI
Penasihat : Encik Ronald Soon Guan Boon (Guru Besar)
Pengerusi : Encik Lai Chee Chiang (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi : Puan Bong Ai Kim (Penolong Kanan 1)
Setiausaha : Encik Phang Tze Liang
Bendahari : Encik Yap Chung Hon
Ketua Panel Penilai : Puan Bong Siek Jun
4
Ahli-ahli Panel Penilai: (1) Encik Chai Jien Lai
(2) Puan Voon Siaw Hui
(3) Cik Bernice Law
(4) Cik Joyce Chong Sing Hui
(5) Cik Hii Shiun Shiong
(6) Cik Kam Lian Chin
(7) Encik Chuo Seng Chuan
(8) Puan Jessica Musa
Guru Kelas Tahun 1 : Puan Chai Siew Jin , Puan Bong Siaw Fang
Guru Kelas Tahun 2 : Cik Stella Tan Chu Kim, Puan Chia Li Shun
Guru Kelas Tahun 3 : Puan Ting Kiew Hong, Puan Bong Na Na
Guru Kelas Tahun 4 : Puan Lee Ming Fah, Cik Lee May Li
Guru Kelas Tahun 5 : Puan Bong Woan Ni, Cik Tiong Siu Ming
Guru Kelas Tahun 6 : Puan Jong Hui Fong, Encik Voon Chet Chung
Panel Penilai:
Minggu 1:
(1) Encik Chai Jien Lai
(2) Puan Voon Siaw Hui
Minggu 2:
(3) Cik Bernice Law
(4) Cik Joyce Chong Sing Hui
Minggu 3:
(5) Cik Hii Shiun Shiong
(6) Cik Kam Lian Chin
Minggu 4:
(7) Encik Chuo Seng Chuan
(8) Puan Jessica Musa
5
7.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
A. Ketua Panel Penilai
i. Menyelaras dan memantau kelancaran pertandingan.
ii. Memastikan setiap ahli panel penilai menjalankan tugas membuat penilaian
pertandingan.
iii. Mengumumkan keputusan pertandingan pada masa perhimpunan dan Hari
Anugerah Cemerlang.
iv. Membuat penyesuaian dalam format pertandingan sekiranya perlu.
B. Setiausaha
i. Mengurus dan menyediakan hadiah serta sijil untuk pemenang mingguan,
bulanan serta keseluruhan pertandingan.
ii. Menyediakan dan mengedarkan borang-borang penilaian kepada ahli panel
penilai.
iii. Membuat rumusan mingguan, bulanan dan keseluruhan pertandingan dan
diserah kepada Ketua Panel Penilai.
C. Ahli Panel Penilai
i. Membuat penilaian pertandingan menggunakan borang yang telah disediakan.
ii. Memberi komen dan pandangan untuk memperbaiki keadaan.
iii. Menyerahkan borang penilaian kepada setiausaha untuk tindakan selanjutnya.
8.0 PELAKSANAAN
Panel penilai iaitu guru yang bertugas akan membuat penilaian sebanyak 3 kali
semiggu. Kategori yang dinilai di dalam kelas adalah maklumat kelas dan sekolah,
maklumat PdP, keceriaan dan kebersihan kelas.
Setiap minggu kelas yang terbersih akan diumumkan semasa perhimpunan dan
mendapat pengiktirafan melalui maklumat pada papan notis keceriaan iaitu pelekat
berbentuk senyum (smiling face) yang akan dilabel pada kelas berkenaan. Sijil serta
piala pusingan pula akan dianugerahkan kepada kelas terbersih pada setiap hujung
bulan semasa majlis perhimpunan diadakan.
9.0 JADUAL PELAKSANAAN
Minggu
Tarikh
Aktiviti
1 2 Feb 2015 Pelancaran rasmi pertandingan dan syarat-syarat pertandingan serta persiapan kelas.
6
2 9 Feb 2015 dan seterusnya
Pertandingan dijalankan seperti yang dirancangkan.
10.0 JANGKA MASA
Februari hingga November 2015 / Sepanjang tahun.
11.0 KATEGORI PERTANDINGAN
Kategori pertandingan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:
I. Kategori Perdana (Tahun 1 – Tahun 6)
II. Kategori Pra Sekolah.(Pra 1 – Pra )
12.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
12.1 Pertandingan ini wajib kepada semua kelas tahap 1 dan tahap 2.
12.2 Kriteria yang akan dinilai adalah :
i. Kebersihan lantai , tingkap, siling dan dinding
ii. Papan kenyataan hadapan (maklumat kelas dan maklumat sekolah)
dan papan kenyataan belakang : ( visi dan misi / peraturan kelas /
jadual waktu / pelan kebakaran / jadual bertugas sudut mata pelajaran
/ carta organisasi / senarai pelajar )
iii. Hiasan dan kata-kata motivasi
iv. Susun atur perabot (kerusi,meja,almari) termasuk semasa dan
selepas waktu persekolahan.
12.3 Penilaian akan dibuat setiap minggu oleh panel penilai yang dilantik. Kelas
yang mendapat markah tertinggi akan diumumkan semasa perhimpunan rasmi
hari Isnin.
12.4 Penilaian akan dibuat oleh 2 panel penilai setiap minggu.
12.5 Pemenang bulanan akan menerima sijil penghargaan dan pingat.
12.6 Kelas yang terbanyak menerima anugerah akan menerima hadiah utama
pada hujung tahun.
12.7 Kelas yang tidak memuaskan akan dikenakan tindakan.
13.0 TAHAP PENGUASAAN MENGIKUT PRESTASI KELAS 5 BINTANG
PERATUS BILANGAN BINTANG TAHAP
40 – 55 % 1 Tidak Memuaskan
7
55 – 65 % 2 Kurang memuaskan
65 - 75% 3 Memuaskan
75 – 85 % 4 Baik
85 – 100 % 5 Cemerlang
14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Anggaran perbelanjaan hadiah keceriaan dan kebersihan kelas pada hujung tahun:
Bil. Item Kuantiti Harga seunit Jumlah
1. Piala Pusingan Tahap 1 dan
Tahap 2 – (Juara 1,2,3 )
2 set RM85.00 RM170.00
2. Sijil penghargaan 60 pcs RM1.20 RM72.00
3. Hadiah keseluruhan tahap 1
dan tahap 2 – hamper
*Johan
Naib Johan
Tempat ketiga
2
2
2
RM90.00
RM60.00
RM40.00
RM380.00
4. Baner pelancaran 1 RM100.00 RM100.00
Jumlah keseluruhan RM722.00
15.0 SUMBER KEWANGAN
i. Peruntukan LPBT Sekolah
ii. PIBG
16.0 PROGRAM 3K.
Program 3K dimulakan pada tahun 1991, bertujuan memastikan semula sekolah
mempunyai sistem yang mantap bagi menangani sebarang isi berkaitan dengan
keselamatan, kesihatan serta keceriaan sekolah. Selepas 13 tahun perlaksanaannya,
mulai tahun 2004, program ini tampil dengan konsep baru yang menggabungkan tiga
program berasingan menjadi satu program sahaja yang dikenali sebagai Insiatif
Meningkatkan Keselamatan, Kesihatan dan Kecerian Sekolah atau Insiatif 3K meliputi
Program Sekolah Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan serta Program
Keceriaan dan Keindahan Sekolah. Penyusunan semula program 3K dilakukan untuk
mengelakkan pertindihan objektif bagi dua program yang dilaksanakan sebelumnya iaitu
8
Program 3K dan Program Peningkatan Keselamatan Sekolah. Pada tahun itu didapati
sebanyak 90 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menyertainya
berbanding 30 sekolah pada tahun sebelumnya.
Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar
Sekolah (3K) member peluang kepada mana-mana sekolah yang terpilih merasai
hakikat bahawa keceriaan itu sememangnya ada dalam pendidikan. Tanpa mengira
dalaman mahu pun luaran, program 3K dilihat mampu menyerlahkan keceriaan
sesebuah sekolah yang menyertainya menerusi penekanan kepada meningkatkan tiga
aspek utama program tersebut. Sesebuah sekolah yang ‘ceria’ dari pelbagai segi bukan
sahaja sedap di pandang mata atau dibanggakan oleh warga masyarakat sekitarnya,
malah yang lebih penting ia juga mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam
bidang akademik.
Program 3K yang dilaksanakan di sekolah bukan sahaja telah berjaya
menambahkan keindahan dan keceriaan sekolahnya, malah turut merapatkan hubungan
sesama pihak sekolah dan juga dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta
masyarakat setempat. Program inisiatif 3K ini diletakkan di bawah tanggungjawab
Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.
16.1 Konsep Persekitaran Bilik Darjah Yang Kondusif
Persekitaran pembelajaran yang kondusif adalah tempat murid dapat
melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam
pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat
dan semangat murid untuk belajar. Iklim yang dapat memotivasikan murid
merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat mewujudkan motif dalam diri
murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran. Seseorang
guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif serta berkesan dalam
menghadapi tingkah laku. Hal ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak
komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus, cara seseorang guru mengawal
murid dan aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah serta personaliti guru itu sendiri.
Dalam persekitaran ini, murid menyedari kelebihan sikap berdikari mempunyai
perasaan bertanggungjawab dan kesepunyaan terhadap pembelajarannya.
i. Persekitaran Fizikal
Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran
kerana suasana bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian
daripada pengajaran yang berkesan. Menurut Marland (1975),
9
suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’
dalam pengajaran. Persekitaran yang selesa, tenang, kemas dan
ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran
murid. Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-
aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah,
sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang
pada dinding, pengcahayaan, pengudaraan dan perabot serta
kebersihan. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga termasuk
menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara
umum.
17.0 IMPLIKASI KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS TERHADAP
PEMBELAJARAN.
Murid-murid menghabiskan kebanyakan masa di dalam kelas semasa mereka
melalui sesi pembelajaran di kelas berbanding dengan penggunaan bilik khas serta
kawasan lai di sekeliling sekolah. Persekitaran kelas yang kondusif untuk pembelajaran
adalah amat penting dalam membantu murid memupuk minda untuk belajar semasa
berada dalam di dalam kelas. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab guru kelas untuk
memastikan keadaan positif ini dapat meningkatkan tumpuan serta motivasi murid.
Menyedari hakikat ini, pihak sekolah telah mengadakan pertandingan keceriaan dan
kebersihan kelas sebagai satu medium untuk guru dan murid sama-sama berusaha
menambah baik dan menceriakan kelas dari semasa ke semasa.
Menurut Abdullah Sani bin Yahaya (2003), keceriaan sekolah merupakan salah satu
elemen penting yang akan mempengaruhi pengurusan dan disiplin pelajar di sesebuah
sekolah, sesebuah sekolah yang memiliki persekitaran yang cantik dan bersih sudah
pasti akan mengundang suasana yang tenang dan sedap mata memandang. Bagi
memastikan aspek keceriaan menjadi satu agenda penting dalam pengurusan sekolah,
pihak pentadbir khasnya pengetua harus memainkan peranan utama
Pada amnya, iklim dan persekitaran sekolah akan membawa pengaruh yang penting
terhadap pembentukan tingkah laku , imej mental, aspirasi dan interaksi sosial bagi
anggota-anggota di dalamnya. pengaruh-pengaruh iklim sekolah ditentukan oleh gaya
kepimpinan pengetua atau guru besar, wawasan sekolah, hubungan interpersonal yang
formal dan tidak formal dalam sekolah tersebut.
Mengikut kajian pakar-pakar penyelidikan, suasana fizikal sekolah yang kondusif
menjadi faktor penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
10
pembelajaran.Tema-tema seperti “ Sekolah ku Syurga ku” , “ Sekolah Gemilang, Murid
Cemerlang” dan sebagainya merupakan motto yang biasa digunakan oleh sesebuah
sekolah. Hal ini menunjukkan kepada kita bahawa sesebuah sekolah yang menjadi
impian adalah sekolah yang mempunyai persekitaran yang bersih dan menarik dapat
memberikan gambaran positif kepada masyarakat terhadap guru-guru dan para pelajar
sekolah tersebut.
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga amat mementingkan keceriaan
sesebuah sekolah yang dilengkapi dengan aspek-aspek keceriaan dan keindahan
supaya ianya mencerminkan budaya indah dan bersih di setiap sekolah. Hal ini terbukti
dengan peruntukan sebanyak RM 100,000.00 yang disediakan oleh kementerian untuk
sekolah-sekolah bagi menjalankan projek-projek keceriaan dalaman dan keindahan
demografi sekolah terbabit.
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa pencapaian yang tinggi bagi murid-murid
di sekolah yang tahap keceriaannya lebih baik berbanding sekolah yang persekitarannya
kurang ceria. Faktor ini mungkin disebabkan oleh suasana dan iklim sekolah tersebut
dapat memberikan keselesaan dan ketenangan para pelajar dalam mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, keadaan fizikal sekolah yang menarik dan
ceria sudah tentu dapat mempengaruhi para pelajar untuk hadir ke sekolah tanpa rasa
jemu. secara tidak langsung ia dapat mengelakkan masalah ponteng sekolah dalam
kalangan pelajar. Ada kalanya masalah disiplin para pelajar juga dapat dikurangkan
sekiranya suasana di sekolah berjaya mencetuskan rasa tenang dan gembira para
pelajar semasa berada di sekolah. Persekitaran sekolah yang menarik mampu
mencegah emosi yang tidak stabil dan tingkah laku yang tidak diingini berlaku dalam
kalangan pelajar.
Menurut beberapa pendapat pengetua dan guru besar yang diterima menyatakan
bahawa semenjak ada usaha menceriakan kawasan sekolah, pencapaian murid-murid
tahun enam dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) menunjukkan tanda-tanda
yang baik. Manakala seorang pengetua lagi pula mengakui bahawa suasana ceria dan
tenang di sekolah menjadikan para pelajar asyik teringatkan sekolah dan tidak sabar-
sabar untuk ke sekolah semula sebaik loceng waktu pembelajaran terakhir dibunyikan.
Hal ini menjelaskan kepada kita bahawa adanya hubung kait antara keceriaan sekolah
dengan prestasi murid-murid dalam pelajaran dan tahap disiplin yang membanggakan.
Sesebuah sekolah yang menarik pasti akan mengundang banyak pujian daripada
pelbagai pihak. Ibu bapa pula akan merasa amat gembira sekiranya anak mereka dapat
11
belajar di sebuah sekolah yang suasananya sosioemosi iklim persekolahan yang
menarik. Mereka sudah tentu tidak akan menimbulkan rungutan-rungutan yang akan
menggugat kredibiliti sekolah sebagai tempat untuk menimba ilmu.
Aspek kebersihan dan keindahan bilik darjah antara elemen penting dan
meningkatkan persekitaran bilik darjah. Daya kreativiti perlu diutamakan untuk
memastikan kelas sentiasa kelihatan bersih dan ceria. Secara tidak langsung, ia dapat
menarik minat pelajar untuk mengikuti sesi pembelajaran. Selain itu, rasa hormat-
menghormati perlulah diterapkan sebaik mungkin dalam diri pelajar supaya mereka
sentiasa mengamalkan semangat kerjasama dan saling bantu-membantu di antara satu
sama lain bagi mewujudkan suasana kelas yang bersih dan ceria hasil usaha pelajar
sendiri. Melalui amalan penjagaan kebersihan di dalam kelas, ia secara tidak langsung
dapat memupuk nilai murni dalam diri pelajar contohnya seperti rasa bertanggungjawab,
perasaan kekitaan, dan kemungkinan mereka akan berbangga dengan kelas mereka. Ini
akan menggambarkan keadaan kelas yang kondusif dan menarik. Kelas yang bersih dan
ceria akan mewujudkan rangsangan ingin belajar yang tinggi dalam kalangan murid.
(Syed dan Ahmad, 2010).
18.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN .
Persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur. Sekolah
yang berkesan mempunyai ruang yang mencukupi untuk pengajaran dan pembelajaran.
Persekitaran bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu
pengajaran. Bilik darjah merupakan tempat di mana sekumpulan manusia berkumpul
dan di ajar. Bilik darjah merupakan lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran,ia
merupakan persekitaran murid,guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid.
Persekitaran bilik darjah yang kondusif dapat mencapai objektif ke arah pembinaan
modal insan yang menjurus kepada pembinaan dari segi unsur jasmani, emosi, rohani
serta intelek. Lemlech (1988) menjelaskan bahawa pengurusan persekitaran bilik darjah
adalah sabagai orkestra dalam kehidupan. Aspek yang diutamakan adalah dari segi
penyusunan suasana. Ruang dan pergerakan harus diurus supaya lebih fleksibeliti. Ini
bagi memudahkan murid mengikuti sebarang aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Penyediaan ruang dan pergerakan ini akan melibatkan susun atur meja
dan kerusi murid. Penyediaan ruang yang sesuai akan memberikan keselesaan kepada
murid semasa sesi pembelajaran.
12
Menurut perhatian saya, kebanyakan susunan tempat duduk kelas masih
mengamalkan corak susunan tradisional iaitu murid-murid yang duduk dalam barisan-
barisan yang menghadap ke arah meja guru. Berdasarkan susunan tempat duduk cara
demikian ialah bahawa guru menyampaikan maklumat manakala murid-murid pula
menerima maklumat. Interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah tradisional begini
biasanya menonjolkan guru sebagai pusat tumpuan, dan kegiatan interaksinya pula ialah
antara guru dengan pelajar. Pemilihan corak susunan tempat duduk dan pengaturan bilik
darjah, boleh membawa kesan yang besar terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran pelajar. Susunan tempat duduk secara tradisional dan yang terlalu patuh
pada susun atau barisan lurus tidak dapat menggalakkan interaksi yang bermanfaat
antara pelajar dengan pelajar. Interaksi inilah yang penting untuk sesuatu bilik darjah
yang muridnya terlibat secara serius dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas.
Menurut Sidney (1982), susun atur bilik darjah boleh menimbulkan kesan terhadap
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contoh, susun atur
bilik darjah, paras kebisingan, keterangan cahaya dan juga suhu dalam bilik darjah boleh
mempengaruhi tahap kosentrasi pelajar. Menurut Leonard dan Karen (1996),
pengaturan tempat duduk secara tradisional ini tidak dapat menggalakkan perbincangan
sesama pelajar dalam kelas kerana kebanyakan pelajar akan mendapati diri mereka
terpaksa bercakap dengan pelajar yang duduk secara membelakangi mereka. Walaupun
secara relatifnya, sekolah yang moden tidak lagi mempunyai meja yang terlekat pada
lantai, namun kita masih mendapati bahawa guru-guru berkecenderungan membiarkan
meja pelajar tersusun dalam barisan-barisan lurus yang panjang, dan tidak
memanfaatkan susunan yang berdasarkan kumpulan-kumpulan yang kecil dan yang
tidak begitu formal.
Pada pandangan saya susunan fizikal yang perlu dipraktikkan pada masa kini dan
bersesuaian dengan pembelajaran era kini iaitu susunan atur kelas abad ke-21.
Susunatur bagi kelas abad ke 21 adalah mesti mempunyai beberapa ciri yang penting,
iaitu membolehkan pelajar terlibat secara aktif dengan pdp yang berlangsung, membina
ruang autonomi pembelajaran dan menselarikan ruang pembelajaran fizikal dengan
ruang pembelajaran mental. 3 konsep utama yang boleh diguni adalah Campfire,
Watering Hole dan Cave. Campfire adalah konsep yang memberi ruang pembelajaran
daripada orang pakar atau pun pencerita. Manakala konsep Watering Hole pula adalah
ruang pembelajaran sesama rakan yang melibatkan kolaborasi dalam kumpulan yang
kecil. Konsep Cave pula adalah ruang pembelajaran individu untuk mereka yang belajar
mendapatkan ilmu secara sendirian.Tetapi di dalam kelas guru juga haruslah
13
memainkan peranan memberi tunjuk ajar untuk menghiaskan kelas menampal gambar
yang sesuai dengan pembelajaran agar suasana kelas nampak ceria, memasang alas
meja serta memasang langsir dan sebagainya agar suasana bilik darjah lebih selasa,
ceria dan teratur untuk pembelajaran.
Menurut Leonard dan Karen (1996) jika para guru mahu menggalakkan murid-murid
serta memberi keselesaan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,
mereka mestilah menyusun bilik darjah secara fizikal sedemikian rupa supaya dapat
menyampaikan mesej kepada pelajar kerana interaksi antara pelajar bukan sahaja
diharap-harapkan tetapi juga dijangkakan akan berlaku. Pada cadangan saya, susunan
fizikal yang sesuai untuk pembelajaran era terkini adalah perlu lebih fleksibel dan
sistematik seperti kemudahan kerusi meja yang mencukupi yang disusun secara bulatan
atau berpasang-pasangan menghadap ‘white board’ seperti yang dinyatakan dalam
susunan atur kelas abad ke-21, mewujudkan sudut bacaan dipenjuru kelas supaya
murid dapat menghabiskan masa dengan membaca buku yang disediakan, penggunaan
‘white board’, sekiranya sekolah itu berkemampuan, wajar setiap kelas meletakkan
komputer sebagai kemudahan untuk mendapatkan maklumat. Selain itu, kuantiti murid di
dalam kelas juga janganlah terlalu ramai kerana ia akan menyusahkan kawalan guru
terhadap murid. Bilangan murid dalam kelas mestilah tidak melebihi 30 orang. Selain itu,
keadaan bilik darjah juga hendaklah dihias dengan warna yang cerah agar timbul
suasana yang ceria di dalam kelas. ini kerana, suasana yang suram di dalam kelas akan
memeri kesan yang negatif kepada suasana pembelajaran murid.
Sebagai kesimpulan bagi huraian ini, anggapan yang dapat dibuat mengenai
pengajaran dengan berdasarkan susunan tempat duduk ialah bahawa guru
menyampaikan mesej manakala pelajar sebagai penerima. Perubahan yang dapat
dilakukan dari segi persekitaran bilik darjah yang dapat dilakukan untuk menyusun atur
kerusi meja sebenarnya terserah kepada daya imaginasi guru. Pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah akan mengakibatkan perubahan tingkah laku pelajar.
Pengajaran guru yang baik serta kemudahan aspek kelengkapan, keselamatan,
pengurusan dan persekitaran bilik darjah yang berkesan akan membuahkan pencapaian
yang baik pada diri pelajar.
19.0 KESIMPULAN
Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh
menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang teratur
merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Kelas merupakan tempat dan
14
“rumah” bagi murid di sekolah. Kelas yang menarik, ceria, bersih dan kondusif akan dapat
merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Suasana kelas yang kondusif
akan memberi murid keselesaan untuk belajar di samping merasa teruja untuk menerima
lmu yang baharu.
Keceriaan dan kebersihan kelas adalah tanggungjawab bersama guru kelas dan murid-
murid. Pertandingan keceriaan dan keberishan kelas adalah salah satu medium untuk guru
dan murid bersama-sama berganding bahu untuk mengolah dan menceriakan kelas mereka
untuk kepuasaan diri sendiri untuk keselesaan semasa belajar di dalam kelas.
Pertandingan ini diharap dapat dijalankan berlandaskan matlamat jangka masa panjang
penganjur.Selain itu, ianya adalah untuk merialisasikan visi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan di dalam usaha melahirkan individu yang cemerlang di dalam aspek jasmani,
rohani, mental, emosi dan sosialnya.Melalui pertandingan ini juga diharap objektif penganjur
untuk mewujudkan suasana pembelajaran kelas yang lebih kondusif dan menarik akan
dapat dicapai dengan kerjasama semua pihak.
15
RUJUKAN
1. Suppiah Nachiaappan, Kamarulzaman Kamaruddin , Abdul Aziz Abd. Shukor,
Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha & Hazalizah Hamzah (2010). Pembelajaran Dan
Perkembangan Pelajar. Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
2. Abdullah Sani bin Yahaya. “ Mengurus Sekolah : Siri Pengurusan Sekolah” , PTS
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
3. Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (Phd), 2012 Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI
Pedagogi Kumpulan Budiman Sdn Bhd
4. http://www.moe.gov.my/my/program-3k
5. BUDAYA SEKOLAH : MEWUJUDKAN IKLIM SEKOLAH YANG POSITIF
http://budaya-sekolah.blogspot.my/2011/12/budaya-sekolah-mewujudkan-iklim-
sekolah.html (muat turun 29 oktober 2015)
6. https://akhmadsudrajat.wordpress.com/2008/03/29/iklim-sekolah-kaitannya-dengan-hasil-akademik-dan-non-akademik-siswa/
7. Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan kelas timbul suasana positif Monday, 24 September 2012 http://www.srialhafidz.edu.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=366:pertandingan-kebersihan-dan-keceriaan-kelas-timbul-suasana-positif&catid=1:latest-news
8. http://www.cikguhailmi.com/2015/01/contoh-susun-atur-kelas-abad-ke-21.html
16
LAMPIRAN
BORANG PERMARKAHAN
日期 Tarikh: __________________
Tahap 1
班级
Kelas
卫生 Kebersihan 教育资讯Maklumat
pendidikan
整洁 Kekemasan
总分
Jum
lah
mar
kah
名次
ked
udu
kan
Din
din
g
ko
rid
or
Tin
gk
ap
Lan
tai
Su
du
t
mat
apel
aja
ran
Su
du
t
bac
aan
Info
rmas
i
kel
as
Su
sun
an
mej
a/k
eru
s
i Hia
san
/
kre
ativ
iti
15m 15m 15m 15m 10m 15m 15m
一甲
1A
一乙
1B
二甲
2A
二乙
2B
三甲
1A
三乙
1B
Tandatangan Penilai,
______________________
( )
17
日期 Tarikh: __________________
Tahap 2
班级
Kelas
卫生 Kebersihan 教育资讯Maklumat
pendidikan
整洁 Kekemasan
总分
Jum
lah
mar
kah
名次
ked
udu
kan
Din
din
g
ko
rid
or
Tin
gk
ap
Lan
tai
Su
du
t
mat
apel
aja
ran
Su
du
t
bac
aan
Info
rmas
i
kel
as
Su
sun
an
mej
a/k
eru
s
i Hia
san
/
kre
ativ
iti
15m 15m 15m 15m 10m 15m 15m
四甲
4A
四乙
4B
五甲
5A
五乙
5B
六甲
6A
六乙
6B
Tandatangan Penilai,
______________________
( )
18
Keceriaan kelas 2A
Papan Notis
Sudut bacaan
Sudut matapelajaran
Contoh Susunan Atur Kelas Abad Ke-21: