Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

47
LAPORAN 6 th International Students Science Fair ISSF 2010, Adelaide, South Australia Tempat : Australian Science & Mathematics School Tarikh : 13 17 September 2010 Oleh: En. Adura Azlin bin Ishak SM Sains Alam Shah Jalan Yaakob Latif, Bandar Tun Razak Cheras, 56000, Kuala Lumpur

description

Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

Transcript of Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

Page 1: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

LAPORAN

6th International Students Science Fair

ISSF 2010, Adelaide, South Australia

Tempat : Australian Science & Mathematics School

Tarikh : 13 – 17 September 2010

Oleh: En. Adura Azlin bin Ishak

SM Sains Alam Shah

Jalan Yaakob Latif, Bandar Tun Razak

Cheras, 56000, Kuala Lumpur

Page 2: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

Laporan International Students Science Fair 2010

i

KANDUNGAN

Perkara Muka surat

A. Persiapan sebelum program ISSF berlangsung

(A) Penyediaan Kertas Kerja ISSF 2010

(B) Pemilihan Pelajar

(C) Pemilihan Projek Sains

(D) Pengisian Borang ISSF

(E) Pembelian Tiket Kapal Terbang

(F) Urusan Surat Menyurat ISSF

(G) Lain-Lain

1

1

2

2

3

4

4

B. program berlangsung

(a) Jadual program untuk pelajar dan guru pengiring

(b) Jadual program untuk pengetua

(c) Laporan penuh program mengikut hari

(d) Laporan bergambar program mengikut hari

5 - 7

8 - 9

10 - 21

22 - 44

C. Lampiran

1. Kertas kerja Program ISSF

2. Laporan MoU dengan Geomatica International College

3. Borang-borang ISSF

4. Tiket kapal terbang

5. Surat menyurat ISSF

6. Buku program ISSF

Page 3: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

Laporan International Students Science Fair 2010

1

A. Persiapan sebelum program ISSF berlangsung

Persediaan untuk program International Students Science Fair ini

telah bermula pada awal tahun lagi dengan mesyuarat pertama sekolah

pada 1 Januari 2010. En Adura Azlin b Ishak telah dimaklumkan bahawa

beliau merupakan guru bertanggungjawab untuk mengurus segala urusan

ke Australia iaitu:

(a) penyediaan kertas kerja ISSF 2010

(b) pemilihan pelajar

(c) pemilihan projek sains

(d) pengisian borang-borang ISSF

(e) pembelian tiket kapal terbang

(f) urusan surat menyurat ISSF

(g) lain-lain

(a) Penyediaan Kertas Kerja ISSF 2010

Satu kertas kerja disediakan pada 15 Januari 2010 oleh En. Adura

Azlin b Ishak, dan dihantar kepada Pengetua untuk kelulusan. Kertas kerja

program dilampirkan sebagai Lampiran 1.

(b) Pemilihan pelajar

Proses pemilihan dalam kalangan pelajar tingkatan 4 dilakukan pada

bulan Februari. Mereka yang terpilih diminta menyediakan cadangan projek

sains yang akan diadakan di Australia pada bulan September, 2010.

Page 4: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

Laporan International Students Science Fair 2010

2

Apabila sekolah menerima jemputan secara rasmi pada bulan Mac,

pelajar di maklumkan tarikh dan jumlah perbelanjaan yang dijangka perlu

ditanggung oleh pelajar. Hanya 3 pelajar yang akan terpilih untuk ke

program ISSF seperti yang ditetapkan oleh Australian Science &

Mathematics School, ASMS.

3 Pelajar yang akan menyertai program ISSF telah dipilih pada 1

April. Mereka ialah:

Bil. Nama Pelajar Kelas

1 Ahmad Amirul Akmal b Khairudin 4 Bestari

2 Muhammed Azim b Mohd Mashooth 4 Jaya

3 Rizal b Abd Razak 4 Jaya

Ketiga-tiga pelajar ini dikehendaki menguruskan sendiri urusan

passport.

(c) Pemilihan Projek Sains

Projek yang dipilih ialah Crystal Pyro Carbon. Projek ini dibangunkan

dengan kerjasama Geomatica International College. Pihak sekolah telah

mengadakan satu MoU dengan pihak Geomatica International College

untuk membantu pihak sekolah dalam menjalankan penyelidikan inovasi

dan rekacipta. Laporan penuh boleh dirujuk pada Lampiran 2.

(d) Pengisian Borang-Borang ISSF

Borang-borang ISSF telah diterima oleh Pn. Tuan Norma Tuan

Yaakob. Dan seterusnya dimaklumkan kepada Pengetua dan juga En.

Adura Azlin b Ishak.

Sebanyak 5 borang perlu diisi dan dihantar kembali kepada pihak

penganjur pada tarikh yang telah ditetapkan seperti dalam Jadual 1.

Page 5: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

Laporan International Students Science Fair 2010

3

Borang Maklumat borang Tarikh Hantar

ISSF 2010 Invitation

Form 1 School Participation ISSF 2010 16 April

Form 2 Participant Contribution Information 2010 28 Mei

Form 3 Flight_Details ISSF 2010 28 Mei

Form 4 ICT and Promotional Agreement 28 Mei

Form 5 Participant Strand Selection 2010 30 Julai

Jadual 1

(e) Pembelian Tiket Kapal Terbang

Urusan pembelian tiket kapal terbang dilakukan pada 6 Mei 2010,

dengan menggunakan kad kredit tuan Pengetua dan juga persetujuan

beliau, tiket dan syarikat berikut menjadi pilihan kami seperti dalam Jadual

2 di bawah:

Syarikat Destinasi

A. Pergi

1. Airasia Dari Malaysia ke Melbourne, Australia

2. Qantas Airlines Dari Melbourne ke Adelaide, Australia

B. Balik

1. Singapore Airlines Adelaide ke Singapura dan seterusnya ke Malaysia

Jadual 2

Page 6: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

Laporan International Students Science Fair 2010

4

(f) Urusan Surat Menyurat ISSF

Surat menyurat yang telah dikeluarkan adalah seperti dalam Jadual

3 di bawah:

No Perkara Tarikh

1 Surat ke Sektor Berasrama Penuh bagi memohon kebenaran menyertai program

10 Ogos

2 Surat memaklumkan penyertaan ke kedutaan malaysia 10 Ogos

3 Surat memohon bantuan kewangan daripada PIBG sekolah 10 Ogos

4 Surat ke Kementerian Pelancongan Malaysia memohon tajaan cenderamata

18 Ogos

5 Surat kepada ibu bapa pelajar tentang perbelanjaan dan jadual penerbangan

1 September

Jadual 3

(g) Lain-Lain

Perkara-perkara lain yang dilakukan ialah :

(i) menyediakan design dan menghantar cetak bagi pemplet dan poster

projek.

(ii) seterusnya menguruskan pembelian visa ke Australia serta insuran semasa berada di luar negara

(iii) Peserta berlatih zapin dengan sdr Muhammad Mahfiz bin Zalmi,

pelajar tingkatan 5 Harmoni

(iv) mengadakan sesi taklimat bersama Pengetua tentang etika pakaian,

barang yang boleh dan tidak boleh dibawa serta membincangkan

peralatan serta ubatan yang diperlukan semasa di sana.

Page 7: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

Laporan International Students Science Fair 2010

5

B. Program Berlangsung.

(a) Jadual Program 6th International Science Student Fair, ISSF 2010 untuk pelajar dan guru pengiring

Hari Pertama, Isnin 13 September 2010

Masa Perkara Tempat

7.30am Breakfast Nunyara Centre

8.00am Bus departs Nunyara Centre 8.40am Assemble in groups to move to Matthew

Flinders Theatre ASMS

9.30am Welcome & Official opening of ISSF 2010 Flinders University Matthew Flinders

Theatre

10.30am Morning Tea

11.00am Keynote 1 - Environmental Sciences ( Prof Andrew Millington)

Keynote 2 - Health Sciences (Prof. Paul Ward)

Meet the Problem (PBL) presentations (Environmental & Health Sciences)

12.30pm Lunch ASMS 1.30pm Student Seminar Presentations ASMS 3.30pm Sport / Recreation ASMS

4.30pm Bus to Nanyara Centre 5.30pm Dinner Nunyara Centre 6.30pm Activities & Cultural presentations

Hari Kedua, Selasa 14 September 2010

Masa Perkara Tempat

7.00am Breakfast Nunyara Centre

8.00am Bus departs Nunyara Centre 8.40am Assemble in groups to move to Flinders

University ASMS

9.00am Laboratory and workshop activities - Students involved in three activities

Flinders University

1.00pm Lunch (provided by Flinders University) Flinders University 1.30pm Resume Laboratory and workshop activities Flinders University 3.00 pm Workshops Conclude

4.00pm Return to Nunyara Centre 5.30pm Dinner Nunyara Centre 7.00pm Activities Nunyara Centre

9.00pm Astronomy or Night hike in Belair National Park

Page 8: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

Laporan International Students Science Fair 2010

6

Hari Ketiga, Rabu 15 September 2010

Masa Perkara Tempat

7.00am Breakfast Nunyara Centre

8.00am Bus departs Nunyara Centre 9.00am PBL team meetings (with mentors) ASMS 10.30am Travel to city

11.00am Set up poster display RiAus 12.00pm Lunch in city centre City

1.00pm Poster presentations "World Youth @ Science Exchange"

RiAus

1.15pm Opening Ceremony of "World Youth @ Science

Exchange" by Hon. John Snelling, Minister for Science & Information Economy

RiAus

4.00pm End of public poster display - dismantle posters

RiAus

4.30pm Bus to Nunyara Centre

5.30pm Dinner Nunyara Centre 6.30pm Cultural performances Nunyara Centre

Hari Keempat, Khamis 16 September 2010 Masa Perkara Tempat

7.30am Breakfast Nunyara Centre 8.15am Bus departs Nunyara Centre

9.00am Cultural Tours (Depart from ASMS) Gorge Wildlife Park & Melba's Chocolate Factory

Gorge Wildlife Park & Melba's Chocolate Factory Urimbirra Wildlife Park & Victor

HarborUrimbirra Wildlife Park & Victor Harbor

4.00pm Shopping - Westfield Marion Shopping Centre 6.30pm Bus to Nunyara Centre

7.30pm Dinner Nunyara Centre 8.30pm Personal time Nunyara Centre

Page 9: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

Laporan International Students Science Fair 2010

7

Hari Kelima, Jumaat 17 September 2010

Masa Perkara Tempat

7.30am Breakfast Nunyara Centre

8.15am Bus departs Nunyara Centre 9.00am PBL teams in Preparation for Presentations ASMS 12.00pm Lunch

1.00pm PBL Presentations -to panel of experts ASMS 2.00pm Closing Ceremony - presentation of

certificates

ASMS

5.00pm Bus to Nanyara Centre 5.30pm Dinner Nunyara Centre

7.00pm Prepare for departure Nunyara Centre

Page 10: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

Laporan International Students Science Fair 2010

8

(b) Jadual Program 6th International Science Student Fair, ISSF 2010 untuk pengetua

Hari Pertama, Isnin 13 September 2010 Masa Perkara Tempat

7.30am Breakfast Oaks Plaza Pier Apart.

8.00am Bus departs hotel 8.40am Assemble to move to Matthew Flinders Theatre ASMS 9.30am Introduction to ISSF 2010 Flinders University

Matthew Flinders Theatre

Presentation of participating schools Indigenous performance

FU Vice Chancellors welcome Cultural presentation Minister's message

Cultural presentation Official Opening of ISSF 2010 Student pledge

Dance: An interpretation of the Australian Environment

10.30am Morning Tea with dignitaries of opening ceremony

11.00am Keynote 1-Environmental Sciences ( Prof

Andrew Millington) Keynote 2 - Health Sciences (Prof. Paul Ward)

Meet the Problem (PBL) presentations (Environmental & Health Sciences)

12.30pm Lunch ASMS

1.30pm Student seminar presentations (optional) ASMS 2.00pm Workshop presentations of the learning culture

at ASMS ASMS

3.20pm End of Seminar Presentations ASMS

Hari Kedua, Selasa 14 September 2010

Masa Perkara

8.40am Observation of student activities or free day (see Student program for further information)

Page 11: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

Laporan International Students Science Fair 2010

9

Hari Ketiga, Rabu 15 September 2010

Masa Perkara Tempat

11.00am Principal's Meeting and lunch Flinders University City Campus

1.00pm Poster presentations ("World Youth @ Science Exchange")

RIAus

1.15pm Opening Ceremony of "World Youth @ Science Exchange" by Hon. John Snelling, Minister for Science & Information Economy

RiAus

4.00pm End of public poster display

7.00pm Principal's Dinner at Crowne Plaza Hotel hosted by

Education Adelaide

Hari Keempat, Khamis 16 September 2010

Masa Perkara

9.00am Cultural Tours (Optional)

Gorge Wildlife Park & Melba's Chocolate Factory

Hari Kelima, Jumaat 17 September 2010

Masa Perkara Tempat

10.00am Tour of Flinders University & morning tea Flinders University 2.00pm Closing Ceremony of ISSF 2010 ASMS

Page 12: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

Laporan International Students Science Fair 2010

10

Laporan Penuh Program

6th International Science Student Fair, ISSF 2010

A. Hari Berangkat - Sabtu, 11 September

Kami berkumpul di LCCT, KLIA pada jam 7.30 malam. Setelah

semuanya berkumpul, kami mula bergerak ke kaunter S 34 untuk

mengesahkan status hadir, menimbang beg-beg dan barang-barang serta

menyerahkan kepada pekerja syarikat AirAsia untuk menyimpan barang-

barang tersebut. Setelah selesai, kami bergerak ke pos pemeriksaan

Imigresen Malaysia. Selesai di pos imigresen, kami seterusnya menunggu di

kawasan berhampiran balai menunggu. Semasa menunggu, kami bersolat

jamak untuk maghrib dan juga isyak. Pada jam 10.00 malam, kami

bergerak memasuki balai menunggu. Kira-kira 10 minit, kami

dimaklumkan untuk bergerak ke kapal terbang. Setelah semuanya selesai,

pesawat mula berlepas pada jam 10.30 malam.

B. Hari Ketibaan - Ahad, 12 September

Kami sampai di lapangan terbang Melbourne pada jam 8.20 pagi

(Waktu Melbourne – 2 jam awal daripada Malaysia). Sebaik sahaja turun

daripada kapal terbang, kami bergerak ke kaunter Imigresen Australia dan

beratur untuk pemeriksaan. Semasa kami beratur, terdapat seorang

pegawai imigresen dan seekor anjing pengesan yang bergerak ke setiap

penumpang yang baru sampai sambil menghidu yang bertujuan untuk

mengesan dadah atau barang-barang larangan. Setelah selesai di kaunter

imigresen, kami kemudian bergerak ke kaunter 2 untuk mengambil beg-beg

dan barang-barang. Kemudian kami bergerak ke kaunter Kastam Australia.

Pemeriksaan Kastam Australia amat ketat sekali. Beg kami diperiksa

dengan teliti untuk memastikan barang-barang larangan yang dibawa

masuk mengikut prosedur yang ditetapkan.

Page 13: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

Laporan International Students Science Fair 2010

11

Setelah selesai pemeriksaan kastam, kami bergerak ke terminal

Qantas yang berada di bahagian atas. Setelah mengesahkan kehadiran

dengan menggunakan kaunter kiosk yang disediakan, kami mendapat tiket

kapal terbang ke Adelaide. Kami kemudiannya bergerak ke kaunter Qantas

untuk menimbang beg-beg dan barang-barang serta menyerahkan kepada

pekerja pihak Qantas untuk dimasukkan ke dalam kapal terbang.

Setelah urusan di kaunter Qantas selesai, kami mempunyai masa 3

jam lagi sebelum berlepas ke Adelaide dan memutuskan untuk

menggunakan masa yang ada untuk melawat Bandar Melbourne. Atas

nasihat petugas trafik yang bertugas, kami menggunakan khidmat

Maxiteksi yang lebih murah berbanding dengan tambang Skybus. Maxiteksi

boleh di naiki oleh 8 orang pada satu-satu masa dan terus bergerak ke

Bandar Melbourne yang mengambil masa 20 minit. Setelah sampai di sana,

kami dikenakan tambang sebanyak AUD 63.40. Setelah membayar

tambang, kami terus melawat bandar tersebut.

Setelah selesai berjalan-jalan dan membeli cenderamata, kami

bergerak untuk ke lapangan terbang Melborne menggunakan Skybus.

Dengan panduan daripada orang ramai, kami menaiki Trams untuk ke

Stesen King Cross. Sampai di sana, kami beratur dan membeli tiket yang

berharga AUD 16 untuk seorang. Setelah selesai membeli tiket, kami pun

menaiki bas dan bergerak ke lapangan terbang yang mengambil masa 20

minit. Sampai di lapangan terbang, kami bergegas untuk pemeriksaan

kastam dan bergerak menuju ke kapal terbang. Sebaik sahaja kami sampai,

kami dibenarkan untuk memasuki kapal terbang. Kapal terbang

kemudiannya berlepas pada jam 12.30 tengahari (Waktu Melbourne).

Perjalanan ke Adelaide mengambil masa 1 jam 10 minit dan kami

sampai ke lapangan terbang Adelaide tepat jam 2.00 petang. (Waktu

Adelaide – 1 jam 30 minit lebih awal daripada Malaysia). Di sini, kami telah

dijemput oleh Miss Julie Cassidy dan bergegas mengambil beg dan menuju

Page 14: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

Laporan International Students Science Fair 2010

12

ke bas yang disediakan oleh Australian Science & Mathematics School,

ASMS.

Kami sampai di ASMS pada jam 3.00 petang, di sambut oleh En.

Graeme Oliver, Deputy Principal Curriculum and International Programs dan

dibawa masuk ke bilik untuk mendaftar dan menerima beg yang

mengandungi maklumat program ISSF serta sehelei T-shirt ISSF 2010 yang

berwarna putih.

Setelah selesai, kami bergerak ke dewan besar yang berada di tingkat

bawah untuk mengecap tapak tangan pada sehelai kain putih sebagai tanda

sokongan kepada program ISSF. Setelah selesai, kami mengikuti program

yang disediakan oleh ASMS yang dikenali sebagai “Getting to know each

other, Cultural Workshops”.

Dalam program ini, kami digabungkan sekali dengan sekolah Mahidol

Wittayanusorn School, Thailand dan Fort Richmond Collegiate, Canada.

Program yang kami ikuti ialah :

(i) Baked Tusk Bread

- belajar cara membuat roti, membakar dan seterusnya makan roti yang

telah dibakar.

(ii) Boomerang

- belajar cara membaling boomerang dengan cara yang betul.

(iii) Passom Magic

- mendengar cerita tentang passom yang menghaibkan anaknya dan cuba

kembali menwujudkan anaknya. Dalam masa yang sama merasa kek yang

diceritakan di dalam passom magic.

(iv) Australian Footbal

- cara-cara bermain Australian Football.

Page 15: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

Laporan International Students Science Fair 2010

13

Pada jam 5.00 petang, kami menaiki bas yang disediakan dan

bergerak ke Nunyara Conference Centre, Belair, South Australia yang akan

menjadi tempat tinggal kami selama berada di Adelaide. En. Adura Azlin b

Ishak di tempatkan di Unit 1, tingkat atas bangunan Sysmon bersama En.

Niwat Boonsom, guru Mahidol Wittayanusorn School, Thailand dan En.

Yongyuth Swatwongchai, guru Princess Chulabhorn's College, Mukdahan,

Thailand. Manakala sdr. Ahmad Amirul Akmal b Khairudin, sdr. Mohd Azim

b Mohd Mashooth dan sdr. Rizal b Abd Razak di tempatkan di bilik 17.

Tuan pengetua, Tn. Hj.Mohd Idrus b Abd Hamid pula ditempatkan di Oaks

Plaza Pier Hotel, Glenelg.

Makan malam disediakan pada pukul 7.00 malam di Dining Room,

Nunyara Conference Centre. Disinilah bermulanya kami sebagai vegetarian

dan peminat roti disebabkan kami tidak pasti akan status halal makanan

yang disediakan. Selepas makan, kami mengemas barang masing-masing

dan berehat kerana penat disebabkan perjalanan yang lama dan juga tiada

aktiviti yang disediakan oleh pihak ASMS pada malam itu.

C. Hari pertama – Isnin, 13 September

Kami bersarapan pada jam 7.20 pagi di Nyunyara Conference Centre.

Setelah selesai, kami bertolak ke ASMS dengan bas yang disediakan pada

jam 8.00 pagi dan sampai di ASMS 20 minit kemudian serta terus bergerak

ke Matthew Flinders Theatre di Flinder University.

Pada jam 9.30 pagi, upcara perasmian program ISSF telah di

mulakan. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ms Susan Hyde,

pengetua Australian Scinece and Mathematics, ASMS. Dan diikuti

persembahan Indigenous Dance Performance oleh The Paitya Dance Group.

Terdapat juga persembahan tarian orang asli Australia. Selepas ucapan

Professor Michael Barber, Naib Cancelor, Flinder University persembahan

Thai cultural Dance Performance oleh Princess Chulabhorn's College

Page 16: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

Laporan International Students Science Fair 2010

14

Mukdahan, Thailand dihidangkan kepada kami. Majlis disambung dengan

ucapan Mr. Hon. Jay Weatherill, MP. Minster for Education bagi South

Australia, dan di ikuti oleh persembahan Russion Cultural Dance

Performance oleh Moscow Chemical Lyceum, Russia. Majlis seterusnya

dirasmikan oleh His Excellency Rear Admiral Kevin Acarce AC CSC RANR,

Gavenor South of Asutralia.

Setelah selesai ucapan perasmian, upacara Student Pledge untuk

ISSF 2010 oleh sdr. Kerrod Brown dan sdr. Jess Hayward, pelajar ASMS

dan majlis ditutup oleh persembahan Dance : An interpretation of the

Australian environment oleh pelajar-pelajar ASMS. Kemudiannya kami

menikmati jamuan ringan yang disediakan, dan seperti biasa kami memilih

buah-buahan sebagai santapan.

Pada jam 11.00 pagi, semua peserta berkumpul kembali di dalam

dewan untuk mengikuti pembentangan 2 kertas kerja. Pembentangan

pertama oleh Prof Andrew Millington berkenaan dengan Environmental

Sciences dan diikuti oleh pembentangan kedua oleh Prof. Paul Ward

berkenaan dengan Health Sciences. Pembentangan ini merupakan

pengenalan kepada Problem Based Learning, PBL yang akan dilakukan oleh

para peserta pada hari berikutnya nanti. Kemudian majlis ditamatkan pada

jam 1.00 petang. Kami semua bergegas ke dewan makan untuk makan

tengahari. Selepas selesai makan tengahari, kami bergerak kembali ke

ASMS untuk program yang seterusnya.

Pada jam 3.30 selepas makan tengahari, kami terlibat dengan

pembentangan. Pembentangan dibuat secara serentak. dan kumpulan

sekolah diletakkan di dalam kumpulan “Enviroment”. Sebanyak 4 kumpulan

terlibat dalam pembentangan ini.

Pembentangan pertama:

Natural Water Waste Treatment for a Cold Climate

oleh Ming Munikar, daripada Fort Richmond Collegiate, Canada.

Page 17: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

Laporan International Students Science Fair 2010

15

Pembentangan kedua :

MRI and Lactic acid in the Motor Cortex of the Human Brain

oleh Callum Woods, Jess Neill, Bradley Harvey, Sophie Silec, Jordan Sawtell,

Christopher Arroyo dan Kristelle Gadd daripada Erindale College, Australian

Capital Territory, Australia.

Pembentangan ketiga :

Crystal pyro-Carbon

oleh Ahmad Amirul Akmal b Khairudin, Mohd Azim b Mohd Mashood dan

Rizal b Abd Razak daripada SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur, Malaysia

dan pembentangan keempat :

Green Roofs, Green Cities, Green Future

oleh Kate Tasker dan Mizna Shabaz daripada John Monash Science School,

Australia.

Majlis pembentangan berakhir pada 4. 00 petang.

Pada jam 4.30 petang, kami bertolak balik ke Nunyara Conference

Centra. Makan malam di adakan pada jam 6.00 petang. Setelah selesai

makan, pada jam 7.30 malam pihak ASMS menggadakan satu aktiviti

berbentuk Latihan Dalam Kumpulan (LDK) untuk merapatkan hubungan

para peserta. Aktiviti bermula dengan pembahagian kumpulan, seterusnya

peserta di kehendaki menjawab kuiz yang dipaparkan di skrin mengenai

negara Australia sebanyak 15 soalan. Masa yang diberikan 10 saat untuk

soalan betul salah dan 30 saat untuk pelbagai jawapan. Aktiviti yang kedua

adalah “Binggo!”. Peserta di kehendaki mengenalpasti peserta lain yang

memenuhi ciri-ciri yang ditetapkan di dalam kertas soalan. Aktiviti

ditamatkan pada jam 8.30 malam.

Page 18: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

Laporan International Students Science Fair 2010

16

D. Hari Kedua – Selasa, 14 September

Kami bersarapan pada jam 7.20 pagi dan bertolak ke ASMS pada jam

8.00 pagi. Pada jam 8.30 pagi, program “Laboratory and workshop activities”

di adakan. Para peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan besar iaitu satu

kumpulan “Health Science” dan satu lagi kumpulan “Enviromental Science”.

Seterusnya 2 kumpulan besar ini dipecahkan lagi kepada kumpulan kecil

sebanyak 9 kumpulan. Setiap kumpulan kecil akan mengikuti 3 sub aktiviti

dan setiap aktiviti yang diikuti adalah berbeza bagi setiap kumpulan-

kumpulan kecil.

En. Adura Azlin b Ishak dan sdr. Ahmad Amirul Akmal b Khairudin di

letakkan dalam kumpulan Health Science. Aktiviti kumpulan ini bermula

dengan “Problem Based Learning, PBL”. Kami diajar mengenai penyelesaian

masalah yang diberikan. Bahagian yang kedua, “Dietery Assessment” pula

menggenai penggunaan perisian “FoodWork”, mengira kalori pemakanan

dan yang terakhir ialah “Horsemen: Cologne of Human and Animals” iaitu

kami melihat proses peristalsis di lakukan di luar badan.

Manakala sdr. Mohd Azim b Mohd Mashoooth dan sdr. Rizal b Abd

Razak di letakkan dalam kumpulan Enviromental Science. Aktiviti kumpulan

ini bermula dengan mempelajari Biodiversiti yang ada di sekitar

Flinders Universiti. Aktiviti yang dilakukan adalah seperti birdwatching,

navigating dan species indentifying. Bahagian kedua ialah ceramah

Paleontology. Mempelajari tentang struktur-struktur haiwan seperti monyet,

ikan, burung, cicak, katak dan juga mempelajari bahawa zaman-zaman

terdahulu yang mempunyai pelbagai spesis haiwan seperti pterosaurs,

dinosaurs dan spesis ikan zaman purba. Aktiviti yang terakhir ialah

“Problem Based Learning, PBL”, iaitu mengenai penyelesaian masalah yang

diberikan.

Page 19: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

Laporan International Students Science Fair 2010

17

Program di tamatkan pada jam 4.00 petang dan pada jam 4.15 petang

kami bertolak balik ke Nunyara Conference Centre. Pada jam 5.00 petang,

kami bergerak ke Dining Room untuk makan malam. Mengikut

perancangan, aktiviti pada malam adalah untuk mencerap bintang. Akan

tetapi disebabkan keadaan cuaca yang berkabus, aktivit tersebut di

batalkan dan tiada aktiviti yang dilakukan pada malam tersebut.

Kami mengambil kesempatan untuk mengadakan latihan tarian zapin

yang dipersembahkan pada majlis penutup nanti. Kami berlatih sehingga

jam 10.20 malam.

E. Hari Ketiga – Rabu, 15 September

Seperti biasa, kami bersarapan pada jam 7.20 pagi dan bergerak ke

ASMS pada jam 8.00 pagi. Pada jam 9.00 pagi, para peserta mengadakan

pertemuan kembali dengan mentor, yang mengendalikan PBL pada hari

sebelumnya. Mereka membincangkan cadangan jawapan berdasarkan

aktiviti yang disediakan di dalam modul PBL.

Dalam masa yang sama, tuan Pengetua menghadiri mesyuarat

pengetua-pengetua yang diadakan di Flinders University, yang

membincangkan perancangan ISSF 2010 dan perancangan masa hadapan

ISSF serta memilih negara-negara yang bakal menganjurkan program ISSF

dalam masa hadapan.

Pada jam 10.30 pagi, kami bergerak ke RIAus (Royal Institution of

Australia) untuk majlis pembukaan “World Youth @ Science Exchange”.

Setelah mengambil masa 40 minit, kami sampai di RIAus pada jam 11.10

pagi. Setelah semua peserta masuk ke dalam dewan RIAus, satu taklimat

diadakan. Taklimat berkenaan adalah berkenaan dengan pameran poster

yang akan diadakan nanti. Setelah selesai taklimat, kami bergerak ke

Page 20: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

Laporan International Students Science Fair 2010

18

tingkat bawah dan selesai mengenalpasti tempat yang disediakan untuk

kami, kami mula memasang poster yang kami bawa dari Malaysia.

Setelah selesai memasang poster dan mengemas tempat pameran

kami, kami bergerak kembali ke dewan di tingkat atas untuk makan

tengahari. Kemudiannya kami dibenarkan untuk keluar melawat bandar

Adelaide sementara menunggu majlis perasmian pada jam 2.00 petang.

Kami melawat ke kedai-kedai cenderamata untuk di bawa balik ke Malaysia

nanti. Pada jam 1.30 petang kami kembali ke RIAus.

Seterusnya pada jam 2.00 petang, majlis pembukaan “World Youth @

Science Exchange” dimulakan. Majlis seterusnya dirasmikan oleh Mr. Hon.

John Snelling, Minister for Science & Information Economy. Setelah selesai

majlis pembukaan, beliau bergerak ke tingkat bawah untuk melawat dan

melihat poster rekacipta dan inovasi yang disediakan oleh para peserta.

Kami cukup beruntung kerana kami merupakan orang pertama yang

berada di tingkat bawah dan dilawat oleh Mr. Hon John Snelling. Beliau

bertanyakan serba sedikit tentang projek yang telah dibuat oleh pihak kami.

Majlis ini ditamatkan pada jam 4.00 petang. Kami kemudiannya

mengemaskan kembali poster kami dan tempat pameran. Pada jam 4.20

petang, para peserta menaiki bas dan bergerak pulang ke Nunyara

Conference Centre, dan sampai pada jam 5.30 petang. Kami seterusnya

bergerak ke Dining room untuk makan malam.

Pada jam 7.30 malam, program Cultural Performance di adakan di

dewan Nyunyara Conference Centre. Setiap sekolah yang tidak terlibat

dengan majlis perasmian dan penutup, mengadakan persembahan yang

mewakili budaya negara masing-masing. Majlis tamat pada jam 10.00

malam.

Dalam masa yang sama, pengetua bersama pengetua-pengetua lain

menghadiri majlis makan malam anjuran Education Adelaide di Crowne

Plaza Hotel, Adelaide.

Page 21: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

Laporan International Students Science Fair 2010

19

F. Hari Keempat – Khamis, 16 September

Seperti biasa, kami bersarapan pada jam 7.20 pagi dan bergerak ke

ASMS pada jam 8.00 pagi. Sampai di ASMS, kami di bahagikan kepada 3

kumpulan. Dan kumpulan kami bersama tuan Pengetua, Tn. Hj Mohd Idrus

b Abdul Hamid akan dibawa melawat Gorge Wildlife Park di Redden Dr,

Cudlee Creek SA 5232, Australia. Tempat ini merupakan sebuah mini zoo

yang menempat burung-burung, koala, walabi (seakan kanggaro tetapi kecil

sedikit) dan binatang-binatang yang lain. Pada jam 12.00 tengahari, kami

makan tengahari dengan bekalan makanan yang telah dibekalkan oleh

pihak ASMS.

Pada jam 1.00 tengahari, kami dibawa melawat Melba’s Chocolate

Factory di 22 Henry Street, Woodside SA 5244, Australia. Di sini terdapat

pelbagai jenis coklat yang boleh dilihat dan dibeli. Harganya agak

berpatutan, yang paling murah sekali ialah AUD 3.00 sebungkus. Setelah

selesai melihat dan membeli, kami kemudian bergerak menaiki bas dan

bertolak ke Westfield Marion Shopping Centre pada jam 1.30 petang.

Setelah melalui perjalanan selama 1 jam, kami sampai di Westfield

Marion Shopping Centre yang merupakan kompleks beli-belah. Kami

berjalan-jalan melihat kedai-kedai yang ada di dalamnya. Kami terjumpa

sebuah kedai yang bernama Casuarina Malaysian Bistro yang menjual

makanan Malaysia seperti nasi lemak dan laksa. Malangnya, bila kami

bertanya tentang status halal, kami dimaklumkan bahawa makanan yang

disediakan adalah tidak halal. Kami berada di sana sehingga jam 6.00

petang. Pada jam 6.00 petang, bas membawa kami kembali ke Nyunyara

Conference Centre. Pada jam 6.30 petang, kami bergerak ke Dining Room

untuk makan malam. Tiada aktiviti yang disediakan pada malam tersebut.

Jadi kami mengambil kesempatan untuk mengadakan latihan tarian zapin

yang bakal dipersembahkan pada hari Jumaat nanti.

Page 22: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

Laporan International Students Science Fair 2010

20

G. Hari Kelima – Jumaat, 17 September

Seperti biasa, kami bersarapan pada jam 7.20 pagi dan bergerak ke

ASMS pada jam 8.00 pagi. Pada jam 9.00 pagi, para peserta berkumpul

kembali dalam kumpulan PBL masing-masing. Seterusnya membuat

perbincangan terakhir dengan mentor. Setelah selesai perbincangan, kami

membuat persediaan persembahan dengan menggunakan perisian power

point.

Setelah makan tengah hari pada jam 12.30 tengahari. Pada jam 1.00

petang, persembahan PBL diadakan dan kami dibahagikan kepada 4

kumpulan besar. Setiap kumpulan besar ini, pembentangan akan dinilai

oleh profesor jemputan yang mahir tentang tajuk yang dibentangkan.

Pembentang di tamatkan pada jam 2.00 petang.

Seterusnya majlis penutup di adakan di dewan ASMS. Kami membuat

persembahan yang ketiga dengan mempersembahkan tarian zapin. Majlis di

teruskan dengan ucapan pengetua ASMS dan ucapan daripada wakil

pengetua sekolah Mahidol Wittayanusorn School, Thailand yang mengalu-

alukan kami semua pada tahun depan. Hal ini kerana program ISSF pada

tahun depan akan di adakan di Bangkok, Thailand. Majlis tamat pada jam

4.00 petang.

Setelah mengemas barang, kami mengambil keputusan untuk

berjalan-jalan ke bandar Adelaide kerana tiada aktiviti yang diadakan pada

malam tersebut. Lagipun malam ini merupakan malam terakhir kami

berada di Adeilade. Setelah selesai berjalan-jalan dan membeli-belah, kami

akhirnya berjaya menjumpai gerai yang menjual nasi dan makanan yang

halal. Akhirnya kami semua dapat makan nasi pada malam tersebut. Harga

sepinggan nasi dengan 2 lauk serta air ialah AUD 11.00 yang bersamaan

dengan RM 31.90. Kami akhirnya sampai di Nyunyara Conference Centre

pada jam 9.00 malam. Mengemas barang-barang kerana esoknya kami

akan bertolak kembali ke Malaysia.

Page 23: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

Laporan International Students Science Fair 2010

21

H. Hari Berangkat Pulang – Sabtu, 18 September

Kami bersarapan pada jam 7.20 pagi. Dan pada jam 8.45 pagi, kami

bertolak ke lapangan terbang Adelaide dengan bas yang disediakan.

Perjalanan mengambil masa 20 minit, untuk sampai di lapangan terbang

Adelaide dan menunggu tuan Pengetua untuk mengesahkan status

kehadiran kami di Kaunter SIA (Singapore International Airlines). Setelah

menguruskan beg-beg dan barang-barang, kami bergerak untuk

pemeriksaan Kastam Australia dan seterusnya bergerak ke balai menunggu.

Kami dibenarkan bergerak ke kapal terbang pada jam 10.50 pagi. Kapal

terbang kami berlepas daripada lapangan terbang Adelaide pada jam 11.50

pagi.

Setelah menempuh perjalanan selama 6 jam, kami sampai di

lapangan terbang Changgi, Singapura iaitu pada jam 5.10 petang (waktu

Singapura) di terminal T1. Kami bergegas keluar dan seterusnya bergerak

ke terminal T2 dengan menggunakan Aero Trains yang disediakan. Setelah

sampai di sana, kami terus mengesahkan status kehadiran dan memasuki

balai menunggu pada jam 5.40 petang. Pada jam 5.50 petang, kami di

benarkan memasuki kapal terbang. Setelah semuanya selesai, kapal

terbang kami berlepas pada jam 6.50 petang.

Kami akhirnya sampai di lapangan terbang KLIA, Malaysia pada jam

7.30 malam. Kami bergegas keluar dan bergerak ke stesen E untuk

mengambil beg-beg dan barang-barang. Setelah selesai mengambil semua

barang dan beg, kami bersolat jamak di surau KLIA. Setelah selesai solat,

kami akhirnya melangkah keluar dan berjumpa dengan keluarga yang telah

sedia menanti ketibaan kami.

Page 24: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

22

Laporan bergambar

program 6th International Science Student Fair, ISSF 2010

A. Hari Berangkat - Sabtu, 11 September

Bergambar di Balai Menunggu AirAsia Di Balai Menunggu AirAsia

Berkemas untuk menaiki pesawat Bergerak ke pesawat AirAsia

Cikgu Adura dan Hj Mohd Idrus, pengetua

di dalam pesawat

Cikgu Adura dan Mohd Azim

di dalam pesawat

Page 25: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

23

Laporan bergambar

program 6th International Science Student Fair, ISSF 2010

B. Hari Ketibaan - Ahad, 12 September

(i) Melbourne, Australia

Mula bergerak di Melbourne Hj Mohd Idrus, pengetua bergambar

berlatarkan Trams, Melbourne

Bergambar di Melbourne, Australia Bergambar berlatarkan Trams di Melbourne

Melihat kedai cenderahati di Melbourne Pesawat Qantas Airlines ke Adelaide, Australia

Page 26: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

24

(ii) Adelaide, Australia

Pemandangan Adelaide dari pesawat Adelaide Airport

Jalan masuk ke ASMS Papan tanda ASMS di sebelah pintu masuk

Cikgu Adura mengecap tapak tangan Hj Mohd Idrus, pengetua mengecap

tapak tangan

Page 27: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

25

Hasil tapak tangan peserta ISSF 2010 Cikgu Adura Melihat roti yang di bakar

Cikgu Adura merasa roti yang di bakar Teh tanpa gula daripada ASMS

Mohd Azim bergerak untuk mencuba

boomerang

Giliran Rizal pula membaling boomerang

Page 28: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

26

Mendengar cerita Passom-Magic

Menonton video Australian Football

Ahmad Amirul mencuba Australian

Football

Asrama : Nyunyara Conference Centre

Blok untuk guru pengiring Blok untuk pelajar

Page 29: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

27

Membaca doa untuk makan malam Makanan malam kami

Ruang tamu bilik penginapan Tn. Pengetua

di Oaks Plaza Pier Hotel, Glenelg

Bahagian dapur Ruang tamu bilik penginapan

Tn. Pengetua di Oaks Plaza Pier Hotel, Glenelg

Page 30: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

28

Laporan bergambar

program 6th International Science Student Fair, ISSF 2010

C. Hari pertama – Isnin, 13 September

(i) Perasmian ISSF di Matthew Flinders Theatre, Flinder University

Bas menunggu peserta untuk ke ASMS Bergerak ke Matthew Flinders Theatre

Hj Mohd Idrus, pengetua bersama

pengetua lain sebelum memasuki dewan

Memasuki dewan Matthew Flinders Theatre

Hj Mohd Idrus, pengetua bersama

pengetua lain di dalam dewan

Paparan skrin dewan mengenai ISSF 2010

Page 31: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

29

Nama ASiS turut di paparkan di skrin dewan Ucapan Ms Susan Hyde, pengetua ASMS

Indigenous Dance Performance

oleh The Paitya Dance Group

Ucapan Professor Michael Barber,

Naib Cancelor, Flinder University

Thai cultural Dance Performance oleh

Princess Chulabhorn's College Mukdahan,

Thailand.

Ucapan Mr. Hon. Jay Weatherill, MP. Minster

for education South Australia

Page 32: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

30

Russion Cultural Dance Performance oleh

Moscow Chemical Lyceum, Russia

Dance : An interpretation of the Australian environment oleh pelajar-pelajar ASMS

(ii) Pembentangan (Keynote)

Pembentangan oleh Prof. Paul Ward, Health Sciences

(iii) Pembentangan “Student Seminar Presentations”

Peserta ASiS memulakan pembentangan Rizal menerangkan penghasilan crystal

carbon daripada buluh

Page 33: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

31

Ahmad Amirul menerangkan perubahan pada kolam-kolam

(iii) Program Latihan dalam Kumpulan

Ahmad Amirul bertanya sesuatu dengan

peserta lain dalam program LDK

Peserta mula bergerak dalam program LDK

Page 34: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

32

Laporan bergambar

program 6th International Science Student Fair, ISSF 2010

D. Hari Kedua – Selasa, 14 September

Di dalam bas untuk ke ASMS Sesi 1 : Problem Based Learning

Perbincangan dalam

Sesi Problem Based Learning

Taklimat penggunaan perisian FoodWorks

Cikgu Adura dan Ahmad Amirul mencuba

perisian FoodWorks Paparan perisian FoodWorks

Page 35: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

33

Laporan bergambar

program 6th International Science Student Fair, ISSF 2010

E. Hari Ketiga – Rabu, 15 September

(i) Sesi 2 : Program Problem Based Learning

Ahmad Amirul berbincangan sambil mencari jawapan

menggunakan internet dalam sesi PBL

(ii) Mesyuarat Pengetua-Pengetua ISSF 2010

Mesyuarat Jawatakuasa ISSF 2010 di

Boardroom, Flinders University

Hj Mohd Idrus, pengetua dalam

mesyuarat Jawatakuasa ISSF 2010

Page 36: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

34

Pengetua-pengetua bergambar bersama Tim.

Menteri Pelajaran, Mr. Gerald Farthing (tengah)

dari Canada

Barisan pengetua-pengetua yang hadir di

program ISSF 2010

(iii) Persediaan “World Youth @ Science Exchange” di RIAus, Adelaide

Ahmad Amirul, Mohd Azim dan Rizal

bergerak ke RIAus

RIAus – Royal Institution of Australia

Taklimat mengenai lokasi pameran

Cikgu Adura dan Rizal memasang poster

projek ASiS

Page 37: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

35

Poster projek ASiS

(v) Perasmian “World Youth @ Science Exchange” di RIAus, Adelaide

Sesi Perasmian

“World Youth @ Science Exchange” Ucapan Mr. Hon. John Snelling, Minister

for Science & Information Economy.

Ucapan bekas pelajar ASMS yang

pernah menyertai ISSF

Dilawat Mr. Hon John Snelling, Minister

for Science & Information Economy.

Page 38: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

36

Rizal menerangkan mengenai projek ASiS

kepada Mr. Hon John Snelling

Peserta ASiS menerangkan mengenai

projek ASiS

Hj Mohd Idrus, pengetua dan Cikgu Adura

berbincang dengan pelawat tentang projek ASiS

Hj Mohd Idrus, pengetua bergambar

bersama pengetua lain di RIAus

(iv) Lawatan ke Adelaide City

Bergambar di loceng besar Adelaide City Mohd Azim melihat cendermata

Page 39: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

37

(vi) Program “Cultural Performance”

Peserta India membuat tarian tradisional Persembahan daripada peserta Thailand

Peserta mencuba pakaian berdua dari Jepun Peserta India sedang menari

Peserta mencuba membuat Origami Jepun

Peserta Canada membuat pop kuiz

Page 40: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

38

Tarian kipas daripada peserta Korea Peserta China menerangkan jenis-jenis tea

(vii) Principal's Dinner

Majlis makan malam pengetua di Crowne Plaza

Hotel, Adelaide Majlis makan malam pengetua di hostkan

oleh CEO Education, Adelaide

Pengetua AsiS bersama pengetua KSA dan CEO Education, Adelaide

Page 41: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

39

Laporan bergambar

program 6th International Science Student Fair, ISSF 2010

F. Hari Keempat – Khamis, 16 September

(i) Melawat Zoo Gorge Wildlife Park

Berkumpul untuk menaiki bas

ke Zoo Gorge Wildlife Park

Hj Mohd Idrus, pengetua turut beratur untuk

bergambar dengan koala

Ahmad Amirul bergambar bersama koala Hj Mohd Idrus, pengetua bergambar

dengan unta

Hj Mohd Idrus, pengetua, Cikgu Adura serta Mohd Azim bergambar bersama walabi

Page 42: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

40

(ii) Melawat Melba’s Chocolate Factory

Melba’s Chocolate Factory Banyak coklat di sini.

(iii) Melawat Westfield Marion Shopping Centre

Casuarina, Malaysian Bistro di Westfield

Marion Shopping Centre

Cikgu Adura dan Mohd Azim bergambar di

depan Casuarina, Malaysian Bistro

Menu Casuarina, Malaysian Bistro

Page 43: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

41

Laporan bergambar

program 6th International Science Student Fair, ISSF 2010

G. Hari Kelima – Jumaat, 17 September

(i) Sesi Pembentangan Problem Based Learning

Sesi pembentangan PBL Sesi pembentangan PBL

(ii) Tour of Flinders University & morning tea

Perbincangan meja bulat

pengetua-pengetua

Lawatan pengetua-pengetua

ke Adelaide Botanical Garden

Glass Home di Botanical Garden Glass Home di Botanical Garden

Page 44: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

42

Pengetua-pengetua di dalam Glass Home Tn. Pengetua bergambar di

Botanical Garden, Adelaide

(iii) Closing Ceremony

Bersiap sedia untuk membuat persembahan

penutup ISSF 2010

Mengadakan latihan sebelum membuat

persembahan

Tn Pengetua bersama barisan penonton Persembahan daripada peserta Singapura

Page 45: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

43

Makluman balas daripada peserta ISSF

berkenaan program

Persembahan Zapin oleh ASiS

Mohd Azim menerima sijil penyertaan ISSF Barisan wakil peserta yang menyertai ISSF

Delegasi AsiS

Page 46: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

44

Peserta ISSF 2010

Page 47: Laporan penuh program International Students Science Fair 2010, Adelaide, Australia

45

Laporan bergambar

program 6th International Science Student Fair, ISSF 2010

H. Hari Depart – Sabtu, 18 September

Beratur di Adelaide Airport Di balai menunggu Adelaide Airport

Di Changi Airport, Singapura Di Changi Airport, Singapura

Jumpa lagi di masa hadapan

ISSF 2011 yang bakal di adakan di sekolah Mahidol Wittayanusorn School, Thailand