Laporan Eksekutif

3
SINOPSIS Laporan akhir ini menggambarkan kepentingan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat yang saling berkait antara satu sama lain. Kebolehan individu memahami pengetahuan dari masa ke semasa dengan kebijaksanaan menguasai pelbagai kaedah dan mampu menganalisi segala maklumat yang datang, serta berkebolehan mengaplikasikan pada tempatnya yang wajar mampu malahirkan individu yang hebat. ISI KANDUNGAN Pengenalan Penyataan masalah Kaedah Hasil dan implikasi Kesimpulan Rujukan Lampiran PENGENALAN Kem Keterampilan Bulan Sabit Merah (BSMM) Kolej Keris Mas sesi 2013/2014 telah diadakan pada ……. Di Hutan Pendidkan Alam (HPA), UKM. Perkhemahan ini bertujuan memantapkan lagi ilmu dalam memberi pertolongan awal kecemasan. Tambahan, hubungan silaturahim antara ahli-ahli BSMM dapat dierat dengan aktiviti-aktiviti berkumpulan. Kami sebagai peserta berpeluang untuk memahami lebih lagi dengan apa yang dikatakan sebagai ‘petolongan cemas’, dimana kami dapat mepelajari simptom-simptom penyakit dan cara- cara untuk memberi rawatan awal sebelum pegawai perubatan atau pihak ambulan mengambil alih. Balutan kain andu yang berlainan untuk luka atau kawasan cedera yang berbeza, cara pengangkutan mangsa, meneliti ubat-ubatan dalam ‘First Aid Kit’ dan CPR.

Transcript of Laporan Eksekutif

Page 1: Laporan Eksekutif

SINOPSIS

Laporan akhir ini menggambarkan kepentingan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat yang saling berkait antara satu sama lain. Kebolehan individu memahami pengetahuan dari masa ke semasa dengan kebijaksanaan menguasai pelbagai kaedah dan mampu menganalisi segala maklumat yang datang, serta berkebolehan mengaplikasikan pada tempatnya yang wajar mampu malahirkan individu yang hebat.

ISI KANDUNGAN

Pengenalan

Penyataan masalah

Kaedah

Hasil dan implikasi

Kesimpulan

Rujukan

Lampiran

PENGENALAN

Kem Keterampilan Bulan Sabit Merah (BSMM) Kolej Keris Mas sesi 2013/2014 telah diadakan pada ……. Di Hutan Pendidkan Alam (HPA), UKM. Perkhemahan ini bertujuan memantapkan lagi ilmu dalam memberi pertolongan awal kecemasan. Tambahan, hubungan silaturahim antara ahli-ahli BSMM dapat dierat dengan aktiviti-aktiviti berkumpulan.

Kami sebagai peserta berpeluang untuk memahami lebih lagi dengan apa yang dikatakan sebagai ‘petolongan cemas’, dimana kami dapat mepelajari simptom-simptom penyakit dan cara-cara untuk memberi rawatan awal sebelum pegawai perubatan atau pihak ambulan mengambil alih. Balutan kain andu yang berlainan untuk luka atau kawasan cedera yang berbeza, cara pengangkutan mangsa, meneliti ubat-ubatan dalam ‘First Aid Kit’ dan CPR.

Page 2: Laporan Eksekutif

PENYATA MASALAH & KAEDAH

Masalah yang dihadapi sepanjang perkhemahan adalah kekurangan sumber air kerana krisis air yang dialami seluruh Malaysia ketika itu, kami mendapat bekalan air selama 3 hari 2 malam dari pihak SISPA.

HASIL DAN IMPLIKASI

Hasil dari perkhemahan yang dijalankan, cara untuk menguruskan maklumat dan ilmu yang dapat digunakan dimasa akan datang dapat diperoleh. Dimana ia dapat diimplikasikan dalam kehidupan harian.

Sebagai contoh, pengurusan maklumat yang teratur dimana proses yang yang betul dalam pengurusan maklumat akan memudahkan sesuatu aktiviti.

Pengurusan proses yang lebih aktif - ke atas pencarian/ pembangunan maklumat, pengumpulan dan penyimpanan.

•Teknologi Kerjasama – LAN/WAN/VPN/Internet dan lain-lain bagi mempermudah akses terhadap maklumat.

•Jaringan pengetahuan - jaringan pakar secara kerjasama

•Perkongsian maklumat - dalam semua bentuk komunikasi.

•Pemindahan maklumat

•Penapisan maklumat

•Aplikasi

Proses diatas amat membantu saya dalam menguruskan maklumat, pada pendapat saya, proses aplikasi adalah proses yang paling penting kerana proses ini yang menggambarkan apa yang dipelajari.

Dari segi pembelajaran sepanjang hayat pula, pemahaman yang mendalam mengenai pertolongan cemas adalah ilmu yang dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian dan dimana sahaja. Ilmu yang jarang diperoleh dan hanya segelintir masyarakat sahaja yang ingin mendalami ilmu ini. Pertolongan cemas adalah rawatan awal sebelum rawatan yang rapi dari pegawai perubatan atau ambulans. Pertolongan ini amat penting pada pendapat saya kerana kita tidak tahu bila dan dimana kemalangan akan berlaku.

Saya dapat aplikasikan ilmu yang dipelajari ini ketika suatu kemalangan yang berlaku baru-baru ini di rumah. Anak saudara saya yang berumur 2 tahun yang tercekik ketika menghisap gula-gula. Dengan ilmu pertolongan cemas, teknik yang betul dan sikap yang tenang, saya membantunya dengan mudah.

Page 3: Laporan Eksekutif

Abdominal Thrust

Ini adalah satu peristiwa yang dapat meningkatkan keyakinan saya untuk membantu mangsa-mangsa kemalangan yang akan datang.

KESIMPULAN

Apa yang dapat disimpulkan, ilmu yang dapat saya pelajari ini mampu membantu ramai orang diluar sana yang memerlukan bantuan kecemasan. Pembelajaran sepanjang hayat adalah pembelajaran bagi seseorang yang akan menghadapi perubahan dalam peringkat kehidupan maka keperluan belajar akan menjadi penting tetapi jenis maklumat, ilmu dan fokusnya adalah berbeza pada setiap peringkat.

Saya berharap lebih ramai lagi yang cakna dengan ilmu-ilmu yang melibatkan nyawa seseorang agar ilmu ini dapat diaplikasi di masa yang akan datang dan lebih ramai mangsa yang dapat dibantu.

RUJUKAN & LAMPIRAN

1) Nota Pertolongan Cemas BSMM Kolej Keris Mas, UKM . 2) Gambar ‘Abdominal Thrust’. 3) Nota Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Prof. Madya Kamisah

Osman.