Laporan Biro Multimedia
-
Upload
mohammadshafiq14 -
Category
Documents
-
view
265 -
download
20
description
Transcript of Laporan Biro Multimedia
LAPORANBIRO MULTIMEDIA &
DOKUMENTASI
AHLI JAWATANKUASA BIRO
KETUA BIRO :
NAMA : MOHAMMAD SHAFIQ BIN AHMAD FUAD
NO K/P : 920610-08-6713
NO. MATRIK : 0610/1726
KUMPULAN : PISMP SAINS SEMESTER 3
AHLI :
NAMA : RISKAN BIN SUTUH
NO K/P : 921121-12-5421
NO. MATRIK : 0610/1729
KUMPULAN : PISMP SAINS SEMESTER 3
LAPORAN MULTIMEDIA & DOKUMENTASI
LAPORAN MULTIMEDIA & DOKUMENTASI
Bagi program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3/2013 ini, biro Multimedia &
Dokumentasi telah berperanan merakam dan mendokumentasikan segala aktiviti
dan perjalanan bermula daripada proses sebelum sehinggalah kepada proses
selepas selesainya BIG. Laporan ini dibahagikan kepada 3 fasa utama yang
merangkumi tugas biro kami bagi proses sebelum, semasa dan selepas BIG.
SEBELUM
Bagi fasa sebelum program BIG, beberapa siri mesyuarat antara ahli
jawatankuasa biro telah diadakan bagi membincangkan pembahagian skop tugas
dan gerak kerja sepanjang program BIG. Setelah selesai pembahagian skop tugas,
masing-masing mula menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan. Bagi fasa
sebelum ini juga, kami telah mengambil beberapa keping gambar di samping
merakam video semasa beberapa sesi mesyuarat dan aktiviti yang diadakan bagi
tujuan pendokumentasian. Di samping itu, kami juga turut membantu tugas-tugas
biro lain serta membantu rakan-rakan lain dalam menyiapkan aktiviti mereka. Bagi
memastikan kelancaran gerak kerja sepanjang program, kami juga telah
menyediakan segala alatan dan kelengkapan yang diperlukan seperti kamera digital,
perakam video, laptop, pembesar suara dan lain-lain.
SEMASA
Seterusnya, bagi fasa semasa pula, biro kami telah memainkan peranan
sepenuhnya dalam mengambil gambar dan merakam video sepanjang pelaksanaan
pelbagai aktiviti melibatkan kanak-kanak di Taman Bimbingan Kanak-kanak Taman
Ria, Sungai Petani. Tambahan, kami juga turut mengambil gambar dan merakam
video semasa sesi bengkel bersama dengan guru tabika tersebut iaitu Puan
Norzatulsyima. Bagi memastikan kelancaran perjalanan gerak kerja biro, kami telah
membahagikan tugas antara kami. Saya bertanggungjawab untuk mengambil
gambar manakala rakan saya pula bertanggungjawab untuk merakam video
sepanjang pelaksanaan program BIG. Di samping itu juga, kami telah memainkan
muzik latar yang terdiri daripada lagu kanak-kanak sepanjang pelaksanaan aktiviti
bagi mewujudkan suasana yang ceria dan menarik.
LAPORAN MULTIMEDIA & DOKUMENTASI
SELEPAS
Akhir sekali, bagi fasa selepas program pula, biro kami bertanggungjawab
untuk mengumpulkan segala koleksi gambar dan video sepanjang pelaksanaan
program bagi tujuan pendokumentasian. Kami juga telah menghasilkan sebuah
video bagi merakam detik-detik dan kenangan manis sepanjang program sebagai
bukti dan untuk tujuan pendokumentasian. Segala gambar dan video kemudian
dimasukkan ke dalam cakera padat untuk dimasukkan dalam portfolio BIG serta
diserahkan kepada mentor. Kami juga telah menghantar koleksi gambar dan video
sepanjang program kepada guru tabika serta pihak-pihak lain yang terlibat untuk
tujuan simpanan dan pendokumentasian.
Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh,
..........................................
(MOHAMMAD SHAFIQ BIN AHMAD FUAD)
Ketua Biro Multimedia & Dokumentasi,
Bina Insan Guru Fasa 3 /2013,
IPG Kampus Perlis.
LAPORAN MULTIMEDIA & DOKUMENTASI