LAPORAN ANALISIS

7
LAPORAN ANALISIS Melalui tajuk amalan pentaksiran dalam bilik darjah yang berkualiti saya dapati setiap individu yang melibatkan diri dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem pentaksiran adalah bertanggungjawab dalam memastikan pentaksiran yang dijalankan adalah terjamin kualiti dan mutu. Kualiti hendaklah menjadi tumpuan utama ketika membina sistem pentaksiran memilih atau membina prosedur pentaksiran; mentadbir prosedur pentaksiran; dan ketika memberi skor, membuat pelaporan dan mengunakan keputusan.Pentaksiran yang berkualiti rendah adalah rendah tahap pengunaannya. Informasi yang dihasilkan tidak akan menunjukkan keadaan sebenar tahap pembelajaran pelajar dan ini membantu atau memberi maklumat yang mencukupi untuk pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan sistem pendidikan dan pembelajaran. Masa dan sumber yang diperuntukkan untuk perancangan dan pentadbiran sistem akan terbuang dan menjadi sia-sia. Indikator atau petunjuk utama bagi jaminan kualiti adalah kesahan, kebolehpercayaan dan keadilan.. Lima faktor utama yang perlu dan penting bagi menjamin kualiti pentaksiran adalah disenaraikan, Tiga faktor pertama iaitu kesahan (validity), kebolehpercayaan (reliability) dan keadilan (fairness) sering digunakan disekolah dan juga diperingkat nasional bagi tujuan menumpukan perancangan pembangunan. Dua lagi faktor seperti pentadbiran pentaksiran dan penyelarasan (alignment) juga merupakan faktor kritikal dalam memastikan kejayaan bagi proses peningkatan pentaksiran

Transcript of LAPORAN ANALISIS

Page 1: LAPORAN ANALISIS

LAPORAN ANALISIS

Melalui tajuk amalan pentaksiran dalam bilik darjah yang berkualiti saya

dapati setiap individu yang melibatkan diri dalam pembangunan atau pelaksanaan

sistem pentaksiran adalah bertanggungjawab dalam memastikan pentaksiran yang

dijalankan adalah terjamin kualiti dan mutu. Kualiti hendaklah menjadi tumpuan

utama ketika membina sistem pentaksiran memilih atau membina prosedur

pentaksiran; mentadbir prosedur pentaksiran; dan ketika memberi skor, membuat

pelaporan dan mengunakan keputusan.Pentaksiran yang berkualiti rendah adalah

rendah tahap pengunaannya. Informasi yang dihasilkan tidak akan menunjukkan

keadaan sebenar tahap pembelajaran pelajar dan ini membantu atau memberi

maklumat yang mencukupi untuk pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan

bagi tujuan meningkatkan sistem pendidikan dan pembelajaran. Masa dan sumber

yang diperuntukkan untuk perancangan dan pentadbiran sistem akan terbuang dan

menjadi sia-sia. Indikator atau petunjuk utama bagi jaminan kualiti adalah kesahan,

kebolehpercayaan dan keadilan.. 

Lima faktor utama yang perlu dan penting bagi menjamin kualiti pentaksiran adalah

disenaraikan, Tiga faktor pertama iaitu kesahan (validity), kebolehpercayaan

(reliability) dan keadilan (fairness) sering digunakan disekolah dan juga diperingkat

nasional bagi tujuan menumpukan perancangan pembangunan. Dua lagi faktor

seperti pentadbiran pentaksiran dan penyelarasan (alignment) juga merupakan

faktor kritikal dalam memastikan kejayaan bagi proses peningkatan pentaksiran

Dalam pembinaan ujian objektif pula soalan objektif bermaksud perkara atau alat

yang digunakan untuk mendapatkan respon. Soalan objektif merupakan item respon

tetap (memilih satu jawapan beberapa jawapan), mengandungi pokok soalan (kata

kunci) dan beberapa pilihan jawapan bagi setiap item.

Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis iaitu item respon bebas dan

item respon tetap (item objektif pilihan)Item jenis respon bebas memerlukan calon

meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri. Biasanya jawapan yang

ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan

penyataan.Item respon tetap pula memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang

Page 2: LAPORAN ANALISIS

paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Jenis

soalan respon tetap ialah format salah betul, padanan dan aneka pilihan.

Bagi soalan format salah betul mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua

pilihan sahaja iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya

(Y) atau tidak (T).

Bagi soalan jenis padanan pula memerlukan pelajar memilih jawapan dengan

memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah

kanan. Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan

semasa menjawab. Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang.

Bagi format soalan aneka pilihan pilihan tergolong dalam item tetap kerana item

jenis ini diberikan tindak balas tetap. Jenis item yang terdapat dalam soalan aneka

pilihan ialah berbentuk soalan, pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap, analogi,

antonim, jenis negatif, mengisi tempat kosong, jenis campuran, teknik kloz dan

mengelaskan.

Antara kelebihan soalan objektif ialah mudah disemak, mempunyai ciri

kebolehpercayaan (pengurusan masa pelaksanaan), menguji banyak topic,

mempunyai nilai potensi diagnostik (mengesan pencapaian murid) dan mengukur

proses mental yang tinggi

Antara kelemahan soalan objektif ialah murid tidak dapat mengeluarkan idea,

potensi untuk meneka jawapan tinggi, sukar untuk dibina, tidak dapat mengetahui

tahap penguasaan murid dalam pelajaran, calon bijak tidak perlu belajar banyak dan

tidak dapat mengukur keaslian.

Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan

untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif

calon melalui respon secara tulisan.Terdapat dua jenis soalan subjektif iaitu tindak

balas terhad (struktur) dan tindak balas lanjutan (esei).

Prinsip pembinaan soalan jenis struktur ialah terbentuk daripada satu atau dua

bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan

dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini

Page 3: LAPORAN ANALISIS

mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasannya berbentuk

pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.

Prinsip pembinaan soalan jenis esei pula aras kesukaran soalan hendaklah setara.

Bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga. Soalan hendaklah jelas dan

sesuai dengan aras kemahiran pelajar.

Kelebihan soalan subjektif ialah mudah digubal, sesuai untuk semua mata

pelajaran, sesuai untuk semua aras taksonomi, membuatkan calon menganalisis,

mengintegrasikan idea yg siperoleh, mengurangkan konsep meneka berguna untuk

mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar,

murid boleh mengelolakan pengetahuan mengemukakan pendapat dan sikap dan

boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.

Kelemahannya pula bidang yg diuji terhad, soalan boleh diramal dan pengukur

pengetahuan dlm satu bidang sahaja.

Dalam perancangan ujian aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan dalam

menyediakan ujian ialah ujian perlu mengandungi unsur-unsur motivasi, refleksi,

mencabar minda, menimbulkan celik akal, mengurangkan tekanan, menimbulkan

kesediaan dan sentiasa bersedia untuk mengambil peperiksaan seterusnya.

Sebelum mentadbirkan ujian, sudah pasti perlu merancang beberapa strategi

supaya ujian itu dapat mengukur perkara yang hendak diukur.

Ujian memerlukan perancangan yang rapi. Jadual Penentuan Ujian (JPU)

merupakan satu blue print yang dapat membantu penggubal soalan menyediakan

soalan mengikut kriteria yang ditentukan. Setiap ujian perlu ada jadual spesifikasinya

ataupun JPU. Guru boleh merancang dan mentadbir ujian dengan menggunakan

item dari bank item berpandukan JPU tertentu. Guru memilih item berdasarkan item

dalam bank dan jenis ujian bertulis mengikut format ujian yang diperlukan.Guru

boleh menyediakan satu ujian mengikut bilangan, arahan yang diberi dan mencetak

ujian mengikut bilangan pelajar yang akan diuji.

Selepas kertas soalan siap digubal dan dibuat kajian rintis terhadapnya, langkah

seterusnya ialah mentadbirkan ujian tersebut kepada calon-calon. Langkah-langkah

mentadbir ujian termasuklah dari persediaan bilik/dewan ujian, menyusun kerusi dan

Page 4: LAPORAN ANALISIS

meja, member arahan kepada calon, mengedarkan kertas soalan/jawapan,

memungut kertas jawapan dan menyimpan/menyerahkan kertas jawapan kepada

guru berkenaan.

Ujian dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukur pencapaian seseorang pelajar

atau sekumpulan pelajar. Bagaimanapun, terdapat juga ujian yang dianggap sah,

tetapi gagal memberikan maklumat yang diperlukan guru atau pihak tertentu. Hal ini

berlaku mungkin disebabkan beberapa faktor lain, seperti ujian tidak dijalankan

dengan baik. Sesuatu ujian yang diberikan itu boleh berbentuk ujian rujukan kriteria

atau ujian rujukan norma. Setelah item digubal dengan sempurna dan menepati

sesuatu matlamat penilaian, maka langkah seterusnya ialah mentadbir ujian itu

kepada para pelajar. Dalam usaha menjamin kesahan sesuatu ujian, aspek arahan

ujian, jarak kedudukan tempat duduk dan lokasi bilik/dewan peperiksaan perlu diberi

perhatian.

Sebelum sesi peperiksaan bermula, ketua pengawas peperiksaan perlu menyemak

terlebih dahulu bilangan kertas peperiksaan yang disediakan agar mencukupi untuk

semua calon yang mengambil peperiksaan. Ketua pengawas peperiksaan juga perlu

memastikan bahawa kertas soalan peperiksaan adalah seperti yang dijadualkan.

Ketua pengawas juga perlu tahu prosedur tertentu sekiranya terdapat calon/ramai

calon yang datang lewat. Selain itu, persediaan perlu dibuat bagi calon yang

memohon untuk mengambil peperiksaan di hospital, yang mungkin disebabkan

mereka tidak sihat atau terlibat dalam sesuatu kemalangan.

Apabila tepat pada masa untuk menjawab soalan, ketua pengawas perlu

memberikan arahan supaya calon mula menjawab soalan dan memberi tahu masa

tamat menjawab soalan.

Apabila masa menjawab hampir tamat, kebiasaannya 15 minit sebelum masa

menjawab tamat, ketua pengawas perlu mengumumkan berapa lama masa yang

masih ada untuk calon menjawab soalan

Page 5: LAPORAN ANALISIS

Ketua pengawas hendaklah mengarahkan semua calon berhenti menjawab soalan

dengan meletakkan pen atau pensel di atas meja, apabila masa menjawab tamat.

Ketua pengawas perlu mengarahkan semua calon duduk di tempat masing-masing

sehinggalah semua kertas jawapan dikutip.