Kumpulan 6 pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasa
description
Transcript of Kumpulan 6 pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasa
Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran
BahasaBmm 3117
Disediakan oleh:Nina Shakina binti Supardi
Noraini binti BachokNur Annissa Anis binti Sabiran
Apa itu
pendekatan??
•Aksiom
•Andaian
Pendekatan pembelajaran
bahasa
Berpusatkan Murid
Berpusatkan Bahan
Pembelajaran Berasaskan projek
Pendekatan Berasaskan Masalah
Pendekatan Pembelajaran Berpusatkan Murid
• Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid berlaku apabila
murid memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran.
• Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti pembelajaran mereka.
• Murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar
keupayaan mereka sendiri.
•Aktiviti pemulihan dan pengayaan merupakan sebahagian
daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
•Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-
murid menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara
kumpulan atau individu.
•Banyak masa diperuntukkan untuk murid melaksanakan
sesuatu aktiviti.
Ciri- ciri Pendekatan Pembelajaran Berpusatkan Murid
•Murid memainkan peranan penting
• Komunikasi dua hala berlaku (Guru menyoal/membimbing)
• Kepimpinan guru secara demokratik (Perbincangan/galakan
murid memberi pendapat)
• tumpuan terhadap murid dalam perkembangan pembelajaran
• pilihan murid tentang jenis pengetahuan yang ingin dipelajari
• kolaborasi dalam kalangan murid menerusi pembinaan
pengetahuan dan persekitaran yang positif
•penilaian secara berterusan ( formatif dan sumatif )
• Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama,
bertolak ansur, tolong-menolong.
•Bahan pembelajaran yang mencabar pengetahuan sedia ada
murid
• Aktiviti luar oleh murid untuk meningkatkan pembelajaran
• berupaya meningkatkan penglibatan koperatif, kolaboratif,
masteri dan kontekstual secara dinamik dalam bilik darjah.
Tujuan Pendekatan Pembelajaran Berpusatkan Murid
• Menggalakkan murid aktif dalam pembelajaran
• Meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi
• Menambah keyakinan diri pada murid
• Memberi peluang kepada murid untuk penyampaian hasil
perbincangan
• Menggalakkan murid menghasilkan idea dan pendapat
•Mewujudkan suasana bekerjasama dalam kalangan murid
• Menggalakkan murid membina ilmu pengetahuan
Peranan Murid
Murid berperanan menggerakkan pembelajaran untuk
mencetuskan situasi yang dinamik, peranan murid adalah ke
arah :
• Penguasaan isi-isi pelajaran
• Tanggungjawab terhadap kawalan kadar kemajuan
pembelajaran
• Usaha memperoleh pengetahuan dan kemahiran bahasa
secara berdikari.
•Penguasaan konsep pembelajaran sepanjang hayat.
•Penekanan dalam mengaplikasikan teknik-teknik pembelajaran
bahasa yang membabitkan hubungan antara aktiviti dan
interaksi
Peranan Guru
Guru berperanan ke arah menggiatkan pembelajaran
berpusatkan murid yang tertumpu kepada proses kendiri,
peranan guru adalah untuk :
•Membahagi-bahagikan unit pembelajaran kepada beberapa
subunit yang terdapat aktiviti-aktiviti perlu bagi tempoh
pelaksanaan antara satu hingga dua minggu.
• Menggubal dan menyediakan ujian untuk menguji perkara-
perkara yang telah diajar.
•Menyediakan bahan pembelajaran seperti modul dan buku teks
yang diperingkatkan kepada tahap-tahap tertentu.
• Mengesan tahap kemajuan pembelajaran dengan
berpandukan ciri Keller pelan.
•Merancang penggunaan CD interaktif supaya dapat
menampung persekitaran pembelajaran berasaskan komputer
dan teknologi maklumat.
•Menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang relevan dengan
sesuatu topik untuk ditempatkan di pusat akses kendiri.
• Membuka peluang kepada murid untuk belajar mengikut
minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya.
•Mencerap penaksiran kendiri murid supaya wujud maklum
balas tentang pencapaian dan kemajuan pembelajaran.
•Membimbing murid untuk menentukan tujuan dan isi
kandungan pembelajaran
Hubungan Guru Dengan Murid
•Jalinan persefahaman dalam hubungan antara guru murid boleh
dijadikan faktor pencetus ke arah keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran
•Guru boleh berfungsi secara fleksibel dalam setiap aspek pengajaran
sebagai contoh berperanan sebagai ibu atau bapa, rakan,
Kewujudan hubungan ‘mesra guru’ dan ‘mesra murid’ mampu
mempengaruhi minat seseorang murid dalam pembelajaran.
Hubungan dengan murid boleh dicetuskan oleh guru dengan cara
berikut :
•Pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran terancang
•Bimbingan cara belajar Bahasa berkesan : ‘study hard and study
smart’
•Galakan , peneguhan dan pengayaan
Hubungan Murid Dengan Murid
•Murid perlu belajar dan bukan bertanding dengan rakan yang lain.
•Dalam kalangan murid memang telah sedia wujud sifat berdikari
untuk belajar ( Adenan Ayob, 2006 )
•Peluang sesama mereka adalah terbuka untuk memperbaiki prestasi
diri.
Pembelajaran kadar kendiri
Pembelajaran kadar kendiri:
•Murid diberi tanggungjawab mengawal kemajuan pembelajaran
•Murid tidak bergantung dengan kebolehan murid lain.
•Seorang murid diberikan tanggungjawab melaksanakan pembelajaran
kadar kendiri menerusi:
1. Inkuiri
2. Kolaboratif
3. Pembelajaran aktif
4. Refleksi
5. penilaian
Kelebihan Pendekatan Pembelajaran berpusatkan Murid
•Kaedah ini membolehkan murid terlibat secara aktif dalam pelajaran
mereka.
•Proses dan aktiviti pembelajaran dilaksanakan oleh murid dan bukan
paksaan kepada murid.
•Guru berperanan sebagai pemudah cara atau fasilitator.
•Strategi ini dapat menggalakkan daya kreativiti pelajar seterusnya
membantu murid membina kemahiran menyelesaikan masalah.
•Pembelajaran cara ini membolehkan berlakunya pengalaman
pembelajaran secara lebih mendalam dan luas
•Guru mudah mengenal atau mengesan kelebihan yang ada pada
setiap murid (perbezaan individu )
Kelemahan Pendekatan Pembelajaran Berpusatkan Murid
• Lebih bersifat tumpuan pembelajaran.
• Tempoh berlaku pembelajaran yang optima akan mengambil
masa yang panjang jika dibandingkan dengan pengajaran secara
langsung.
•Sebagai fasilitator, guru perlu berupaya untuk mengawal
pembelajaran murid-muridnya dan kemungkinan ini mungkin
boleh menimbulkan rasa ketidakselesaan di kalangan murid.
• Banyak cabaran akan dihadapi semasa pelaksanaannya untuk
membolehkan murid mencapai objektif pembelajaran yang telah
ditetapkan.
Pendekatan pembelajaran Berpusatkan Bahan
•Pembelajaran berpusatkan bahan bermaksud pergantungan
kepada bahan untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran
•Interaksi berlaku antara murid dan bahan pembelajaran
•Elemen berdikari, kecekapan dan kemahiran penggunaan
sesuatu bahan pembelajaran dititik beratkan
•Penekanan juga diberikan kepada aspek jasmani, rohani dan
kognitif murid.
Sumber pembelajaran
•Sumber pembelajaran dikaitkan dengan manusia, bahan
bercetak, bahan audio visual, dan komputer seperti:Perkara Contoh
Manusia •rakan sebaya, guru, pakar dan pegawai sumber
Bahan bercetak •Buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar, kad katalog, kamus dan manuskrip.
Bahan audio visual •Video , filem, mikrofilem
Komputer •You tube, internet, slaid, blog
Prinsip pembelajaran Berpusatkan Bahan
•Bahan pembelajaran hendaklah dijustifikasikan hubungannya
dengan kemampuan murid
•Bahan pembelajaran hendaklah tekal penggunaannya
•Bahan pembelajaran hendaklah cukup kuantitinya
Kriteria pemilihan Bahan
•Bahan pengajaran perlu bersesuaian dengan sesuatu aktiviti
murid
•Bahan pengajaran perlu ada implikasi idea-idea yang asli dan
tersendiri
•Bahan pengajaran mestilah menarik, dan berkesan untuk
menimbulkan keseronokan serta minat murid
•Bahan pengajaran mestilah disediakan dengan kos yang
murah dan berpatutan
•Bahan pengajaran perlu ada implikasi dan nilai-nilai murni
yang tinggi
Kepentingan Bahan
Kamaruddin Husin ( 1988) menggariskan beberapa kepentingan
yang boleh dicerap daripada bahan pengajaran. Antara
kepentingannya ialah :
•Mewujudkan rangsangan dan motivasi murid
•Menjadikan pembelajaran lebih cekal dan tekal
•Menyediakan pengalaman baharu kepada murid yang tidak
boleh didapati dengan mudah oleh cara-cara lain
•Menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beraneka
•Menguatkan kefahaman murid.
Pembelajaran Berasaskan Projek
Maksudnya :
Pembelajaran berfokuskan tugasan amali secara terancang
dan sistematik dalam jangka masa tertentu yang
kebiasaannya melibatkan kutipan, analisis, data, dan
penyediaan laporan betul dan tepat
Ciri- ciri Utama Pembelajaran Berasaskan Projek
•Boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan
•Penilaian lengkap yang bermula daripada tahap proses
sehingga tahap hasil
•Wujud integrasi antara pengetahuan dengan aktiviti
•Dalam tahap proses, wujud interaksi antara guru dengan murid
yang berupa bimbingan dan perundingan
•Guru menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap
•Wujud aktiviti pengumpulan dan pemprosesan bahan,
maklumat dan data, serta pelaporan hasil dan refleksi kendiri
•Sesuai dengan kurikulum dan aras murid
•Berasaskan pengetahuan, kemahiran , pengalaman dan
kebolehan murid.
Kepentingan Pembelajaran Berasaskan Projek
Menarik minat dan memotivasikan murid yang kurang menumpukan
perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bahasa
Membantu murid dalam memahami dan mengaplikasikan
pengetahuan bahasa
Mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema
dan isu-isu komuniti dalam bahasa
Memenuhi keperluan murid yang mempunyai tahap dan gaya
pembelajaran bahasa berbeza
Mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif dalam
kalangan murid
Membantu murid dalam menguasai kemahiran menyelesaikan
masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri
Menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat pembelajaran
bahasa
Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah
•Mula diperkenalkan dalam pembelajaran tradisional sekitar
tahun 1960-an di McMaster University, Canada (Barrow &
Tamblyn, 1980)
•Menurut buletin KUITTHO (2005) pembelajaran ini
diperkenalkan oleh Howard Barrow seorang pensyarah
perubatan.
•Howard Barrow sebagai peneraju dan Universiti McMaster
sebagai perintisnya.
•Tokoh lain ialah Don Wood seorang pensyarah kimia.
Proses Penyelesaian Masalah dan Membuat keputusan
•Menurut Raziah Abdul Jalil (2001), terdapat tujuh langkah
dalam menerangkan proses masalah:
Refleksi dan tindak balas
Sintesis dan aplikasi
Pembelajaran kendiri
Isu pelajaran
Penjanaan idea
Mengenal pasti masalah
Pembahagian kumpulan
Jenis-jenis Personaliti Penyelesaian Masalah
Menunjukkan pengamatan
Berfokus kepada sasaran
Menghakimi perancangan
Menimbang faktor perasaan
Berfikir
Kepekaan deria
Ekstrovert
•Baden dan Mojor (2004) mengesyorkan beberapa jenis
penyelesaian masalah antaranya :
Penganalisisan unsur-unsur kompleks yang terdapat dalam sesuatu masalah
Penglibatan dalam gerak kerja kumpulan untuk menangani masalah
Pemerolehan informasi baharu melalui pembelajaran kendiri untuk mengatasi masalah
Pembimbing atau pemandu ke arah membendung masalah