Kertas Penerangan Faizul

5
KOD & NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE & NAME IT-020-3 COMPUTER TECHNICIAN LEVEL TAHAP 3 NO. DAN TAJUK MODUL/ MODULE NO. AND TITLE M03 NETWORK SECURITY NO. DAN TAJUK TUGAS / TASK(S) NO. AND TASK STATEMENT 06.01 DIAGNOSE COMPUTER NETWORK THREATS 06.05 IMPLEMENT COMPUTER NETWORK INTRUSIONS 06.03 UPDATE COMPUTER NETWORK SECURITY 06.02 EVALUATE SECURITY SOFTWARE AND EQUIPMENT OBJEKTIF MODUL / MODULE OBJECTIVE PERFORM NETWORK SECURITY USING SOP, COMPUTER NETWORK SECURITY POLICY, UPDATES SCHEDULE, MANUFACTURER AND VENDOR SUPPORT, PRODUCT MANUAL, INSTALLATION MANUAL, STORAGE MEDIA AND SECURITY UPDATES, COMPANY SECURITY PROCEDURES SO THAT CRITICAL SECURITY POLICIES REQUIREMENTS DETERMINED, SOFTWARE AND EQUIPMENT UPDATED, NETWORK THREATS IDENTIFIED AND NETWORK INTRUSION PREVENTION CARRIED OUT IN ACCORDANCE WITH STANDARD OPERATING PROCEDURE NO. KOD / CODE NO. IT-020-3/M03/KP(3/4) Page : 1 of : 7 TAJUK: PENGENALAN KEPADA VIRUS KOMPUTER TUJUAN : Memberi penerangan yang jelas kepada pelatih mengenai jenis-jenis ancaman rangkaian komputer dan mengetahui kaedah pencegahan ancaman dan pencerobohan rangkaian komputer IKIP ADVANCED SKILLS CENTRE KAMPUS UTAMA, JALAN DATO BAHAMAN, KUBANG BUAYA 25250 KUANTAN PAHANG KERTAS PENERANGAN

description

kertas penerangan

Transcript of Kertas Penerangan Faizul

Page 1: Kertas Penerangan Faizul

KOD & NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE & NAME

IT-020-3 COMPUTER TECHNICIAN

LEVEL TAHAP 3

NO. DAN TAJUK MODUL/ MODULE NO. AND TITLE M03 NETWORK SECURITY

NO. DAN TAJUK TUGAS / TASK(S) NO. AND TASK STATEMENT

06.01 DIAGNOSE COMPUTER NETWORK THREATS06.05 IMPLEMENT COMPUTER NETWORK INTRUSIONS06.03 UPDATE COMPUTER NETWORK SECURITY06.02 EVALUATE SECURITY SOFTWARE AND EQUIPMENT

OBJEKTIF MODUL / MODULE OBJECTIVE

PERFORM NETWORK SECURITY USING SOP, COMPUTER NETWORK SECURITY POLICY, UPDATES SCHEDULE, MANUFACTURER AND VENDOR SUPPORT, PRODUCT MANUAL, INSTALLATION MANUAL, STORAGE MEDIA AND SECURITY UPDATES, COMPANY SECURITY PROCEDURES SO THAT CRITICAL SECURITY POLICIES REQUIREMENTS DETERMINED, SOFTWARE AND EQUIPMENT UPDATED, NETWORK THREATS IDENTIFIED AND NETWORK INTRUSION PREVENTION CARRIED OUT IN ACCORDANCE WITH STANDARD OPERATING PROCEDURE

NO. KOD / CODE NO. IT-020-3/M03/KP(3/4) Page : 1 of : 7

TAJUK: PENGENALAN KEPADA VIRUS KOMPUTER

TUJUAN : Memberi penerangan yang jelas kepada pelatih mengenai jenis-jenis ancaman rangkaian komputer dan mengetahui kaedah pencegahan ancaman dan pencerobohan rangkaian komputer

IKIP ADVANCED SKILLS CENTREKAMPUS UTAMA, JALAN DATO BAHAMAN, KUBANG BUAYA25250 KUANTAN PAHANG

KERTAS PENERANGAN

Page 2: Kertas Penerangan Faizul

CODE NO. IT-030-3/M03/KP(3/4) Page : 2 of : 5

PENERANGAN:

1. VIRUS KOMPUTER

1.1 Pengenalan Virus Komputer

Virus Komputer merupakan sebuah program komputer yang mempunyai kemampuan untuk menggandakan dirinya sendiri serta dapat menyebar dengan cara menyalin dirinya ke dalam program atau dokumen lain dan juga dapat menggandakan dirinya sendiri secara automatik.

Perkataan ‘Virus’ berasal daripada perkataan latin yang bermaksud ‘racun’. Virus komputer mengancam pada awal tahun 1990an kerana penggunaan komputer telah meluas ketika itu. Virus-virus yang terawal dibangunkan agak lambat untuk melakukan serangan kerana ianya bergantung kepada pergerakan daripada sebuah komputer ke komputer yang lain menerusi disket. Apabila lebih ramai menggunakan rangkaian (network) maka virus lebih mudah di sebarkan.

2. Definisi Virus Komputer

Virus merupakan sebuah aturcara berparasit yang ditulis dengan tujuan untuk memasukikomputer tanpa pengetahuan atau kebenaran penggunanya.Ia digunakan kerana virus akan bercantum kepada fail atau sektor boot dan menggandakan dirinya untuk merebakkan jangkitannya.

3. Jenis-jenis Virus Komputer

3.1 Virus FileVirus ini menyerang fail yang dapat diakses secara langsung dari sistem operasi. Virus ini dapat diketahui dengan berubahnya ukuran fail yang diserangnya. Virus jenis ini adalah virus biasa didapati pada fail-fail, virus ini akan mencantumkan dirinya kepada fail .exe atau *.com dan ia akan menghalang fail itu daripada berfungsi. Ia juga mampu mengubahsuai dan merosakkan fail itu bagi memudahkan ia disebarkan sebelum dikesan.

3.2 Trojan HorseVirus ini tidak menreplikasikan dirinya. Dengan itu, ia sering di anggap bukan virus sepenuhnya tetapi ia masih mampu menghasilkan sebuah kerosakan yang besar. Ia sering dimuatkan dalam program yang baru atau sah kerana ia sering digunakan oleh pengguna. Apabila ia dihidupkan ia akan memaparkan mesej, menukar data atau memusnahkan banyak fail. Contoh virus : Win/Trojan/Cimuz.27136.B dan win-Trojan/Graybird.307712.

3.3 WormsVirus ini juga bukanlah virus yang sepenuhnya kerana ia tidak menjangkiti fail lain tetapi ia menreplikasikan dirinya dengan cepat. Setiap kali ianya mengeluarkan salinan, ia akan banyak menghasilkan worms dalam masa yang pendek dan memakan ruang cakera keras. Ia merebak melalui rangkaian atau simpanan emel. Contoh virus : Win32/Bagle.worm.21696 dan Win32/IRCBot.worm.60928.D

3.4 CookiesIa sebenarnya dicipta untuk disimpan pada sistem untuk membolehkan diakses kembali tapi ada juga menyalahgunakannya dengan berkongsi pada laman lain serta mengumpul maklumat seseorang pengguna yang mungkin bercirikkan peribadi untuk dijual bagi perolehi keuntungan.

Page 3: Kertas Penerangan Faizul

CODE NO. IT-030-3/M03/KP(3/4) Page : 3 of : 5

3.5 SpamMelibatkan kegiatan e-mail yang tidak diundang kehadirannya yang dihantar dalam jumlah yang banyak dan ia mungkin kegiatan suka-suka,mengacau pemilik e-mail atau aktiviti pengiklanan yang salah iaitu tanpa kebenaran penerimanya. Ia pasti mengundang masalah kepada pengguna dari segi ruang e-mail dan masa.

4. Cara penyebaran Virus

4.1 Perisian Perisian yang baru dibeli mungkin mengandungi virus. Kemungkinan ini lebih besar jika perisian tersebut adalah cetak rompak. Software seperti freeware, atau shareware paling banyak virus yang sengaja ditanam dalam suatu program yang lebih besar yang disebar secara luas baik secara percuma ataupun secara trial version yang tentunya sudah ditanam virus didalamnya.

4.2 InternetVirus hanya merebak melalui attachment dalam emel dan program yang dimuat turun dari internet. Namun demikian, virus hanya akan menjangkiti computer IRC ( Internet Relay Chat) juga merupakan satu hotspot bagi virus. Attachment pada email tranferring file menjadi salah satu jenis penyebaran virus kerana pengguna email menggunakannya untuk berkomunikasi. Contoh virus : MELLISA dan EXPLORE.ZIP.

4.3 Rangkaian Satu fail mungkin digunakan oleh beberapa kumpulan yang sama, oleh itu, hanya terdapat satu salinan fail tersebut. Jika fail tersebut di jangkiti. Jaringan LAN dan MAN iaitu hubungan antara beberapa komputer secara langsung sangat memungkinkan suatu virus turut berpindah semasa terjadinya pertukaran fail atau program yang mengandungi virus

5. Kesan virus pada komponen komputer

• Merosakkan fail-fail didalam komponen komputer• Memadam keseluruhan hard disk• Menggangu sistem operasi di dalam komputer contoh- melakukan pelbagai

kerosakan seperti membuat paparan skrin dan memadam data• Duplicate mana-mana folder di dalam komputer

6. Langkah-langkah pencegahan virus

a. Pastikan anda sentiasa lakukan scanning hard disk secara berterusan untuk tempoh tertentu. Jika boleh scanning dijalankan selepas proses pengemaskini fail dilakukan.

b. Berhati-hati dengan fail yang dihantar menerusi email. Jangan buka fail tersebut jika tidak tahu daripada siapakah email itu diterima kerana virus juga dihantar melalui email.

c. Simpan salinan dengan kerap. Jika virus berjaya menjangkiti komputer anda, maka ia boleh merosakkan hard disk. Dengan itu hendaklah melakukan salinan kandungan fail-fail penting sekerap yang mungkin.

d. Lakukan scanning terlebih dahulu dengan anti virus sebelum menjalankan sebuah fail yang didapat dari mendownload di internet atau menyalin fail dari orang lain.

e. Pastikan sentiasa berhati-hati semasa memindahkan fail menerusi sistem rangkaian di dalam sesebuah organisasi atau syarikat .Seboleh- bolehnya elakkan komputer daripada diakses oleh orang lain tanpa kebenaran anda.

Page 4: Kertas Penerangan Faizul

CODE NO. IT-030-3/M03/KP(3/4) Page : 4 of : 5

f. Jika serangan yang dikenalpasti adalah begitu kritikal, cara terbaik adalah dengan cara memformatkan semula pemacu yang terkena serangan virus tersebut. Tetapi sebelum pemacu tersebut diformat, pastikan anda membuat back-up terlebih dahulu fail-fail yang penting kemudian musnahkan virus dengan menggunakan cara terawal sebelum memasukkan semula fail-fail tersebut ke dalam pemacu yang telah di format.

g.Anda boleh juga memastikan perisian tersebut telah ditetapkan untuk pengimbasan secara automatik ketika komputer anda sedang boot dan apabila sesebuah disket atau fail sedang diakses.

soalan

1. Berikan definasi virus komputer

Page 5: Kertas Penerangan Faizul

CODE NO. IT-030-3/M03/KP(3/4) Page : 5 of : 5

2. Senaraikan jenis-jenis virus komputer?

3. Berikan kesan virus pada komponen komputer

RUJUKAN

Sumber:http://id.shvoong.com/business-management/technology-operations-management/2188180-definisi-fungsi-dan-tujuan-standard/#ixzz1tFlvCkBt

id.shvoong.com/business-management/technology-operations-management/2188180-definisi-fungsi-dan-tujuan-standard/