Kertas Cadangan Program Khidmat Masyarakat
-
Upload
roslina-yahaya -
Category
Documents
-
view
237 -
download
9
Transcript of Kertas Cadangan Program Khidmat Masyarakat
PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SMK TUNKU ABDUL MALIK.
KERTAS CADANGAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA
PERSATUAN DOWN SINDROM NEGERI KEDAH.
1.0 PENDAHULUAN
Cadangan program khidmat masyarakat bersama Persatuan Down Sindrom Negeri Kedah adalah salah satu program di bawah Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) bagi memenuhi keperluan komponen amali PSK yang memerlukan penglibatan murid secara berkumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti. Penglibatan ini adalah dalam bentuk projek atau kajian yang boleh membantu dan meningkatkan imej serta member manfaat kepada diri, sekolah dan komuniti..
2.0 MATLAMAT
Program khidmat masyarakat ini dijalankan di luar jadual waktu persekolahan. Murid perlu
melakukan kerja amali ini sekurang-kurangnya 10 jam setahun dan menyediakan laporan.
Khidmat masyarakat harus dikaitkan dengan pembelajaran akademik dalam bilik darjah.
Khidmat masyarakat bertujuan membina individu yang bersedia untuk menyumbang kepada
kesejahteraan masyarakat dan negara
3.0 OBJEKTIF
3.1 Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar
bilik darjah.
3.2 Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
3.3 Menjadi warganegara yang patriotic, prihatin dan bertanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara.
4.0 TEMPAT
Program khidmat masyarakat ini akan dijalankan dengan kerjasama Persatuan Down Sindrom
5.0 KUMPULAN SASARAN
Pelajar Tingkatan 2
6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi : (Pengetua)
Naib Pengerusi : Pn. Rohani bt Mat Jaafar (Pen. Kanan Pentadbiran)
Penyelaras : Pn. Sakinah Bt. Abdullah ( GK Kemanusiaan)
Setiausaha : Pn. Roslina Bt Yahaya (Ketua Panitia PSK)
AHLI JAWATANKUASA
En. Shukor b. Md Noor
En. Mohd Rushdi b. Abd Rahman
En. Muhairi Shah b. Baharum
Pn. Noor Aishah bt. Acob
En. Suhaimi b. Ahmad
En. Zakaria b. Saad
7.0 PERBELANJAAN
Lihat lampiran
8.0 Jadual Pelaksanaan Projek
Lihat lampiran
9.0 PENUTUP
Diharap projek khidmat masyarakat yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan dengan baik dan berjalan lancar serta mencapai objektif.
Disediakan oleh:
Lampiran 1
JADUAL PELAKSANAAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT
Tajuk projek : Projek khidmat masyarakat bersama Persatuan Down Sindrom , Negeri kedah.
TARIKH MASA AKTIVITI
31 Mac 2012
7.30 pagi Berkumpul di SMKTAM
8.00 pagi Bertolak menaiki bas ke Persatuan Down Sindrom
8.30 pagi Taklimat bersama Pengerusi/ wakil Persatuan Down Sindrom
9.00 pagi Aktiviti bersama anak-anak down sindrom dengan bantuan guru-guru khas down sindrom
11.00 pagi Rehat
11.30 pagi Meneruskan tugas
12.30 tgh Aktiviti tamat dan bersurai
PERKARA/BUTIRAN ANGGARAN KOS
1. Pengangkutan
Bas (pergi balik)
RM 200.00
2. Makanan Pelajar
(30 orang pelajar)
RM 90.00
3. Cenderahati RM 150.00
JUMLAH RM 340.00