Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Teknikal Di Sekolah ... · PDF filePejabat Pendidikan Daerah...
Transcript of Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Teknikal Di Sekolah ... · PDF filePejabat Pendidikan Daerah...
KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU TEKNIKAL DI SEKOLAH MENENGAH
TEKNIK. SATU KAJIAN KES DI DAERAH ROMPIN, PAHANG DARUL MAKMUR.
MOHD. YUSOF BIN HJ. HASSAN
Penulisan tesis ini dkemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat untuk Ijazah Sarjana Sains
Fakulti Sains Kognitif dan Pernbangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
OGOS 1997
PERAKU AN
Tiada bahagian tesis ini telah dikemukakan untuk menyokong sesuatu permohonan
untuk mendapatkan sesuatu kelayakan ljazah di universiti ini atau institusi pengajian
tinggi yang lain.
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Syukur ke hadrat Allah S.W.T atas segala limpah dan kurnia-Nya melapangkan diri ini
menimba ilmu hingga membolehkan penulis menyiapkan laporan penyelidikan ini untuk
memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Master Sains.
Pada kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih, penghargaan yang
sungguh ikhlas kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr. Gabriel Tonga Noweg yang
telah bersusah payah membantu, membimbing dan memberi tunjuk ajar yang cukup
berguna di dalam usaha menyiapkan laporan penyelidikan ini. Sesungguhnya apa yang
beliau lakukan tidak dapat penulis balas membalasnya.
Penulis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemeriksa luaran dan
pemeriksa dalaman iaitu Prof. Madya Dr. Ibrahm Hamid (Dekan Fakulti Pendidikan,
UTM) dan Prof. Madya Dr. Jamali Ismail (Pusat Bahasa, Unimas) kerana telah sudi
memeriksa dan memberi teguran yang cukup berguna demi untuk melahirkan sebuah
tesis yang berkualiti.
Ucapan ribuan terima kasih ditujukan khas kepada Bahagian Biasiswa Kementerian
Pendidikan dan Bahagian Pendidikan Teknik kerana memberi bantuan kewangan dan
pelepasan kepada penulis melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana mulai sesi
19961 97. Begitu juga ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (EPRD), Jabatan Pendidikan Negeri dan
Pejabat Pendidikan Daerah Rompin kerana memberikan kebenaran kepada penulis
untuk menjalankan penyelidikan & Sekolah Menengah Teknik.
Selain daripada itu, tidak ketinggalan penghargaan dan ucapan terima kasih ini untuk
Pengarah Institut Aminuddin Baki Dr. Ibrahim Ahmad Barjunid clan Dekan Fakulti
Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Prof. Razali Arof kerana usaha mereka
mengadakan kursus ini. Terima kasih juga kepada semua pensyarah yang terlibat
terutamanya Dr. Abang Ahrnad Ridzuan Hj. Awet, Dr. Spencer Empading Sanggin, Prof.
Madya Dr. Mohammed Awang (UKM), Dr. Hazman Shah (ITM), Dr. Bakhtiar Mansor
(IAB), Dr. Maheswary (IAB), Dr. Farid Mezeine, Dr. Hadj Batatia, Prof. Madya Dr.
Napsiah Mahfuz dan lain-lain.
Ucapan terima kasih juga diberikan khas untuk Pengetua SMT Muadzam dan SMT
Sultan Ahrnad Shah iaitu En. Azizi Lin (bertukar ke Politeknik Shah Alam) dan Tn Hj.
Adnan kerana telah inemberi keizinan kepada saya untuk menjalankan kajian ini di
sekolah masing-masing hingga selesai. Tidak ketinggalan ucapan terima kasih ditujukan
kepada guru-guru SMTMS dan SMTSAS yang telah terpilih untuk menjayakan
penyelidikan ini.
Ucapan terima kasih ini juga ingn disampaikan kepada rakan-rakan seperjuangan
(Kohort 1,199611 997) yang telah banyak membantu dan memberi dorongan. Bantuan
dan dorongan yang tidak putus-putus bermula dari awal hingga akhir semestar cukup
besar maknanya buat penulis.
Akhir sekali penulis ingin mengucapkan perhargaan yang tidak terhingga ini kepada
isteri tersayang (Norhidayati Hj. Jamil) kerana dorongan dan pengorbanan yang
diberikan selama tempoh penulis belajar tiada tolok banding ertinya. Buat anak
sulungku Najmin Munirah; kehadiranmu tatkala ayahanda sibuk membuat tesis adalah
penyuntik semangat kejayaan. dan menambahkan kekuatan untuk menyiapkan tesis ini
dengan sebaik m~~ngkin Tidak ketinggalan penghargaan ini ditujukan khas buat ayah
dan ibu serta ayah dan ibu mertua yang sentiasa mendoakan, memberi sokongan dan
dorongan dalam menyempurnakan tesis ini. Pengorbanan kalian kusanjung hingga ke
akhir hayat.
Semoga Allah sentiasa melindungi dan memberkati segala usaha kita selama ini.
Arnin.
ss*ia"aKhidn~at kPg;%kta~t.n:kt A4ka~c$~w 2:jV::MSIS-f MkL,+$vj k, "t2.Y""'"
JADUAL KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
KULIT
PERAKUAN
PENGHARGAAN
JADUAL KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
ABSTRAK
ABSTRACT
BAB I : PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Kajian
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Tujuan Kajian
1.5 Kepentingan Kajian
1.6 Hipotesis Kajian
1.7 Batasan Kajian
1.8 Konsep Kajian
1.8.1 Definisi konsep
1.8.1.1 Kepuasan kerja
M U M SURAT
... Xlll
xiv
xv
1.8.1.2 Guru teknikal
1.8.1.3 Gaji
1.8.1.4 Suasana kerja
1.8.1.5 Kenaikan pangkat
1.8.1.6 Rakan sekerja
1.8.1.7 Penyeliaan
1.8.2 Definisi operasi
1.8.2.1 Kepuasan kerja
1.8.2.2 Guru teknikal
1.8.2.3 Gaji
1.8.2.4 Suasana kerja
1.8.2.5 Kenaikan pangkat
1.8.2.6 Rskan sekerja
1.8.2.7 Penyeliaan
BAB 11 : SOROTAN KAJIAN LEPAS
2.1 Pengenalan
2.2 Teori-teori Kepuasan Kerja
2.2.1 Teori hirarki keperluan Maslow
2.2.2 Teori dua faktor dorongan - persekitaran Berzberg
2.2.3 Teori "Existence Relatedness Growth" Alderfer (ERG)
2.2.4 Teori persamaan Adam
2.3 Perkembangan Awal Kepuasan Kerja
2.4 Kajian Tentang Kepuasan Kerja
2.4.1 Kajian tempatan
2.4.2 Kajian luar negara
2.5 Perkaitan Faktor Kerja Dengan Kepuasan Kerja
2.5.1 Keadaan pekerjaan
2.5.2 Gaji
2.5.3 Peluang kenaikan pangkat
2.5.4 Penyeliaan
2.5.5 Rakan sekerja
2.6 Rumusan
BAB HI : METODOLOGI KAJLQN
3.1 Reka Bentuk Kajian \
3.2 Alatan Kajian
3.3 Populasi Penyeldidikan
3.4 Tempat Kajian
3.5 Pentadbiran Soal Selidik
3.6 Analisis Data
3.7 Limitasi
3.8 Kesimpulan
BAB IV : HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
4.1 Ciri-ciri Demografi Responden
4.1.1 Jantina 5 8
4.1.2 Umur 59
4.1.3 Pendidikan formal 60
4.1.4 Kelayakan akademik dan kelayakan ikhtisas
4.1.5 Taraf perkahwinan 62
4.1.6 Pendapatan sebulan 63
4.1.7 Pengalaman berkhidmat 64
4.1.8 Purata waktu mengajar 64
4.1.9 Jumlah jawatan/ tugas disekolah 65
4.2 Kepuasan Kerja Keseluruhan Guru Sekolah Menengah Teknik Di Daerah Rompin, Pahang Darul Makmur 66
4.3 Perkaitan Antara Faktor Demografi Dengan Kepuasan Kerja 70
4.4 Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan Pengalaman Mengajar 75
4.5 Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan Kelayakan Akademik 79
4.6 Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan Umur 8 1
4.7 Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan Pendapatan 82
4.8 Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan Taraf Perkahwinan 87
4.9 Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan Tempat Tinggal
4.10 Kesimpulan
BAB V : RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Rumusan Kajian
5.1.1 Sampel dan sosio-demografi
5.1.2 Objektif 1
5.1.3 Objektif 2
5.1.4 Objektif 3
5.1.5 Objektif 4
5.3 Cadangan-cadangan Untuk Mempertingkatkan Kepuasan Kerja Guru Teknikal
5.4 Cadangan Untuk Penyelidikan Akan Datang
LAMPlRAN
Borang Soal Selidik
Surat Kebenaran Jabatan Perancangan Dan Penyelidikan Pendidikan
Swat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
Surat Kebenaran Pejabat Pendidikan Daerah Roinpin
SENARAI JADUAL
Nombor Jadual Tajuk Jadual Muka Surat
Pengkelasan Teori-teori Kepuasan Kerja
Faktor-faktor Kepuasan Kerja Herzberg
Taburan Responden Berdasarkan Bangsa
Taburan Responden Berdasarkan Umur
Taburan Responden Berdasarkan Pendidikan Formal Taburan Responden Berdasarkan Kelayakan Akademik Taburan Responden Berdasarkan Taraf Perkahwinan Taburan Responden Berdasarkan Pendapatan
Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman Mengajar
Taburan Responden Berdasarkan Purata Waktu Mengajar
Taburan Responden Berdasarkan Jumlah Jawatan / Tugas
Tahap Kepuasan Kerja Keseluruhan Guru SMT
Tahap Kepuasan Kerja Guru SMT
Peratus Kepuasan Kerja Guru SMT
Indeks Hubungan Kerja
Perkaitan Antara Faktor Demografi Dengan Kepuasan Ker ja
Nom bor Jadual Tajuk Jadual Muka Surat
Analisis Varian Sehala Peluang Kenaikan Pangkat Berdasarkan Pengalaman Mengajar
Ujian Scheffe Bagi Kepuasan Peluang Kenaikan Pangkat Berdasarkan Pengalaman mengajar
Analisis Varian Sehala Rakan Dalam Pekerjaan Berdasarkan Peluang Kenaikan Pangkat
Ujian Scheffe Bagi Kepuasan Rakan Dalam Pekerjaan Berdasarkan Pengalaman Mengajar
Analisis Varian Sehala Kepuasan Rakan Dalam Pekerjaan Berdasarkan Kelayakan Akademik
Ujian Scheffe Bagi Kepuasan Rakan Dalam Pekerjaan Berdasarkan Kelayakan Akademik
Analisis Varian Sehala Peluang Kenaikan Pangkat Berdasarkan Pendapatan
Ujian Scheffe Bagi Kepuasan Peluang Kenaikan Pangkat Berdasarkan Pendapatan
Analisis Varian Sehaia Rakan Dalam Pekerjaan Berdasarkan Pendapatan
Ujian Scheffe Bagu Kepuasan Rakan Dalam Pekerjaan Berdasarkan Pendapatan
Analisis Varian Sehala Penyeliaan Dalam Pekerjaan Berdasarkan Pendapatan
28 Ujian Scheffe Bagi Kepuasan Penyeliaan Dalam 86 Pekerjaan Berdasarkan Pendapatan
29 Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan Taraf 88 Perkahwinan
30 Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan Tempat 89 Tinggal
SENARAI RAJAH
Nombor Rajah Tajuk Rajah Muka Surat
I Teori Hirarki Keperluan Maslow 20
2 Kerangka Model Kepuasan Kerja Guru SMT 5 0
ABSTRAK
Kajian ini adalah satu penyelidikan awal bertujuan untuk meninjau tahap kepuasan
bekerja di kalangan guru-guru Sekolah Menengah Teknik (SMT) di daerah Rompin,
Pahang Darul Makmur. Ia juga bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang paling
mempengaruhi kepuasan bekerja di kalangan guru-guru tersebut. Kepuasan yang
dikenal pasti ialah kepuasan bekerja terhadap keadaan pekerjaan sekarang, gaji, peluang
kenaikan pangkat, penyeliaan dalam pekerjaan, rakan dalam pekerjaan dan pekerjaan
secara am. Seramai 72 orang guru yang terlibat dalam pengajaran & SMT di daerah
Rompin. Segala maklurnat diperoleh dengan menggunakan satu set borang soal selidik.
Soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pernyataan "Job
Description Index (JDI)" dan soalan mengenai latar belakang subjek. Pernyataan JDI
mengandungi enam bahagian iaitu pernyataan tentang gaji, keadaan (suasana) pekerjaan,
peluang kenaikan pangkat, penyeliaan, orang-orang dalam pekerjaan dan pekerjaan
secara keseluruhan. Setiap pernyataan diukur dengan menggunakan skala Likert.
Keputusan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan guru berpuas hati dengan kerja
mereka, keadaan (suasana) pekerjaan, penyeliaan dan rakan sekerja dalarn peke rjaan.
Sebaliknya guru-guru kurang berpuas hati tentang peluang kenaikan pangkat dan gaji.
Semoga kajian ini akan dijadlkan garis panduan bagi menyelesaikan masalah kepuasan
kerja di kalangan guru-guru SMT serta akan membuka jalan kepada pengkaji-pengkaji
lain untuk menyambung kajian ini pada masa akan datang.
ABSTRACT
This is an initial study to ident~JLj, the level ofjob satisfaction among teachers of Sekolah
Menengah Teknik (SMT) in the district of Rompin, Pahang Darul Makmur. The study
was intended to determined factors influencing job satisfaction among the teachers.
Satisfaction on the teacher's present responsibilities, income, promotion prospects,
work supervision, co-workers and the job itselfin general were evaluated. Seventy-two
teachers were involved in the study. Data were obtained from the teachers by using a
questionnaire developed based on the 7ob Description Index' (JDI) and the
demographic characteristics of respondents. The JDI statements contained six sections:
income, state ofjob, promotion perspective, work supervision, people on the job and the
work in general. All statements were measured using the Likert scale. The results of the
study showed that most teachers were satisfied with their jobs, work environment, work
supervision and co-workers. They were not satisfied with the promotion prospects.and
income. It is hoped that this study would be used as a guideline for solving problem
related to job satisfaction among teachers of SMT and also will serve as a baseline for
other researchers to carry out similar reaserch in the fiture.
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sesebuah organisasi dan institusi kerja memerlukan sumber untuk menghasilkan
keluaran. Oleh itu 1 samping peralatan, kewangan, teknologi dan kekuatan tenaga
manusia pada asasnya akan mempengaruhi operasi dan produktiviti sesuatu organisasi
itu. Demi untuk mencapai objektif sesuatu organisasi itu, setiap individu mestilah
memperolehi dan mengalami tingkat kepuasan kerja yang optimum demi untuk
meningkatkan motivasi, moral dan prestasi kerja ke arah menghasilkan produktiviti yang
tinggi.
Kepuasan kerja adalah kehendak naluri setiap individu yang bekerja. Ia akan
mendorong kepada perasaan tanggungjawab dan penglibatan yang menyeluruh ke arah
pencapaian matlamat kerjaya dan menyurnbang ke arah kepentingan organisasi.
Sebenarnya kepuasan kerja adalah bersifat relatif. Perasaan ini timbul apabila pekerja
mula terbabit dengan pekerjaannya. Kepuasan bekerja bagi setiap individu yang bekerja
tidak akan sama dengan kepuasan bekerja yang dialami oleh individu lain. Setiap
individu mempunyai emosi, cita rasa, perasaan dan kehendak yang berbeza-beza.
Pekerja yang memperolehi kepuasan dalam kerja akan dapat menghasilkan kerja
berrnutu dan produktif ( Smith, 1980: Schultz, 1982: Mullins, 1989).
Sementara itu, menurut William (1981), tidak semua pekerja berpandangan positif
terhadap pekerjaan yang mereka pilih. Mereka juga berkemungkinan mengalami kesan-
kesan negatif semasa menjalankan tugas seperti mengalami tekanan perasaan,
kekecewaan, suasana yang menjemukan, kebimbangan, kepenatan dan perasaan yang
tidak menyeronokkan. Semua ini boleh merendahkan tahap kepuasan kerja mereka.
Pihak majikan dapat membantu mereka menghindari perasaan sedemikian dengan
menyediakan pelbagai keperluan yang sesuai untuk meningkatkan kepuasan kerja
mereka.
Sejak kebelakangan ini, soal kepuasan kerja telah mendapat perhatian d m merupakan
persoalan utama di kalangan guru-guru. Ini penting kerana guru-guru merupakan
sebahagian daripada golongan pendokong yang melaksanakan tugas bagi mencapai
tujuan negara. Pihak kerajaan, pentadbir dan perancang sentiasa mengharapkan agar
mereka dapat membina masyarakat yang mempunyai budaya yang bertamadun tingg.
Memandangkan bahawa kepuasan kerja merupakan unsur penting dalam meningkatkan
proses pengajaran dalam sistem pendidikan di sekolah, maka ia memerlukan pendidik
yang kreatif, cekap, bermotivasi tinggi dan berhemah mulia. Kesemm ini akan dapat
dicapai apabila guru-guru itu dapat memenuhi kepuasan dalam I r i dan pekerjaannya.
Apabila keperluannya dapat dipenuhi, maka seseorang inhvidu itu akan mempunyai
nilai dan sikap positif terhadap kerjanya. Ini seterusnya akan melahirkan tindakan dan
tugas yang dilaksanakan.
Apabila seseorang individu melakukan sesuatu pekerjaan itu, lazimnya ia bertujuan
untuk mendapatkan kepuasan kerja. Aspek kepuasan kerja merupakan salah satu
daripada tajuk utama yang mendapat perhatian ahli-ahli psikologi industri dan
organisasi. Kajian telah dilakukan untuk memahami gejala kepuasan kerja itu iaitu
apakah faktor-faktor yang dapat menerangkan kepuasan kerja seseorang itu. Kepuasan
kerja itu mungkin disebabkan oleh faktor gaji, pangkat, suasana kerja, penyelia atau
teman sekerja dan ini terrnasuklah golongan guru teknikal.
Justeru itu, demi mencapai matlamat utama sesebuah organisasi, seseorang individu itu
mestilah mengalami dan memperolehi kepuasan kerja. Seseorang individu itu dapat
mempertingkatkan lagi moral, motivasi dan prestasi kerja menuju ke arah unutk
menghasilkan dan mempertingkatkan produktiviti yang optimum.
Kepuasan kerja dalam kehidupan seseorang pekerja itu adalah penting. Pengkaji seperti
Herzberg (1964), Mc Gregor (l960), Argyris (1964) dan Maslow (1 970) telah
menekankan tentang kepuasan kerja. Kepuasan kerja merupakan keperluan utama
manusia sebagai pekerja dan harus dipenuhi terutamanya bagi mencapai tahap
kesempurnaan sendiri. Kepuasan kerja seseorang individu itu banyak bergantung
kepada nilai pekerjaan itu mengikut tafsiran atau penilaian individu itu.
1.2 Latar Belakang Kajian
Kepuasan kerja umumnya dikaitkan dengan kebolehan individu menyesuaikan diri
terhadap suasana dan keadaan pekerjaannya. Oleh yang demikian, kurangnya
penyesuaian terhadap suasana kerja akan menjejaskan tahap kepuasan kerja yang
dialaminya i tu.
Kebolehan penyesuaian juga merupakan ciri paling asas dan penting dalam kehidupan
manusia untuk berkomunikasi dengan suasana kerja mereka. Selagi manusia tidak dapat
menyesuaikan diri dengan kerja maka selagi itulah kepuasan kerja tidak akan tercapai.
Oleh kerana tahap penyesuaian individu terhadap suasana kerjanya adalah berubah-ubah
dan berbeza mengikut keperluan dan tujuan organisasi maka ketidakpuasan kerja kerap
berlaku di kalangan individu. Ketidakpuasan wujud apabila penyesuaian terhadap kerja
tidak seimbang. Akibatnya, tindak balas tersebut mempengaruhi tingkah laku dan tahap
kepuasan kerja individu berkenaan.
1.3 Pernyataan Masalah
Dalam menuju ke arah Wawasan 2020, bidang pendidikan merupakan salah satu
daripada ciri penting. Oleh itu kaurn guru memikul tanggungjawab yang besar. Mereka
memainkan peranan yang utama dalam melahirkan insan yang berguna, berpengaruh
dan mempunyai keperibadian yang mulia.
Mohd. Ali ( 1992) mengulas mengenai kertas kerja yang dibentangkan oleh Worachai
yang berjudul "The New Direction and Strategies for Teacher Education From the
Perspectives of Society and Schooling and New Leaner". Beliau berpendapat bahawa
pendidikan dan perubahan sosial adalah saling berkaitan. Dengan itu, pendidikan mesti
dibangunkan bagi memenuhi keperluan ekoran daripada perubahan dalam masayarakat,
teknologi dan budaya.
Dalam konteks pendidikan, ada kalangan mereka mengaiar bukan dalam bidang masing-
masing. Pengkhususan kerja sudah tidak wujud lagi. Ramai yang mengakui bahawa
kerja yang dilakukan mengikut pengkhususan adalah lebih cekap jikalau dibandingkan
dengan tugas yang dipelbagaikan. Dalam perkara ini, beberapa persoalan soalan
berbangkit sebagai mana berikut:
1. Adakah golongan yang mengendalikan mata pelajaran teknikal ini dapat
bekerja dengan lebih selesa, dan
2. Adakah mereka mernperolehi kepuasan terhadap kerja yang mereka lakukan.
Pada amnya, kepuasan kerja amat sukar untuk dijelaskan dengan tepat dalam semua
bidang pekerjaan kerana ia mempunyai pengertian yang sangat subjektif. Ini adalah
kerana setiap orang akan memperolehi kepuasan kerja dengan cara yang berbeza.
Persoalan yang ingin diketengahkan di sini adalah untuk mempastikan sama ada benar
guru-guru yang mengajar dalam bidang teknikal mengalami ketidakpuasan kerja atau
pun sebaliknya.
Keadaan ketidakpuasan kerja di kalangan guru-guru teknikal masa kini mungkin
disebabkan oleh beberapa faktor tertentu. Kajian ini akan cuba mengetengahkan dan
mengenal pasti hubungan antara faktor-faktor terpilih seperti keadaan pekerjaan
sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, orang dalarn pekerjaan (rakan sekerja),
penyeliaan dalam pekerjaan dan pekerjaan secara am dengan kepuasan bekerja ke atas
golongan guru yang mengendalikan mata pelajaran teknikal. Perhubungan kerja yang
tidak baik boleh menimbulkan ketegangan terhadap inbvidu dalam organisasi yang
mendorong ke arah berlakunya tekanan jiwa. Ini menjejaskan kepuasan bekerja,
menimbulkan kurang motivasi, ketegangan rohani dan jasmani (Yates, 1979).
Perhubungan juga terjejas apabila individu merasakan dirinya tidak diterima dalam
organisasi disebabkan oleh tidak mempunyai cara yang wajar untuk berinteraksi.
1.4 Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauhmanakah korelasi faktor-faktor yang
dipilih mempengaruhi kepuasan bekerja di kalangan guru-guru teknikal yang mengajar
di SMT di Daerah Rompin.
1.4.1 Objektif kajian
1. Untuk menentukan tahap kepuasan kerja guru-guru SMT di daerah Rompin, Pahang Darn1 Makrnur;
2. Untuk mengenal pasti faktor sosio-demografi terpilih guru-guru SMT seperti umur, pendapatan, kelayakan akademik, pengalaman mengajar dan jumlah jawatan yang disandang yang mempengaruhi kepuasan kerja;
3. Untuk menentukan sama ada terdapatnya perbezaan kepuasan kerja yang signifikan berdasarkan faktor sosio-demografi; dan
4. Untuk menentukan faktor kerja manakah yang paling mempengaruhi kepuasan kerja.
1.5 Kepentingan Kajian
Bidang pendidikan di Malaysia masa kini sedang berkembang maju menuju kepada dua
bidang aliran utama iaitu akademik dan teknikal. Dalam era negara menuju ke arah
sebuah negara maju berasaskan perindustrian pada tahun 2020, bidang pendidikan dan
kemahiran akan terus diberikan turnpuan khusus dan akan terus menjadi bidang yang
terus diminati.
Untuk memenuhi tujuan ini, sumbangan guru teknikal sangat penting bagi menentukan
matlamat pendidikan kebangsaan bagi melahirkan tenaga separuh mahir dan mahir
selaras dengan keperluan negara.
Perkembangan teknologi juga telah mencorakkan dasar pendidikan negara untuk
mewujudkan lebih banyak lagi sekolah teknik di peringkat pertengahan. Penekanan
yang kuat diberikan terhadap kemahiran telah menimbulkan konflik di kalangan guru-
guru yang dipertanggunuawabkan untuk tugas tersebut.
Justeru itu, kajian mengenai kepuasan kerja bagi tujuan membuat kesimpulan mengenai
tahap perkembangan dianggap sebagai sebahagian unit kajian yang kecil daripada
masyarakat yang besar.
1.6 Hipotesis Kajian
Ada berbagai-bagai faktor dalaman (intrinsik) dan luaran (ekstrinsik) yang diandaikan
mempengaruhi kepuasan kerja seseorang itu. Berdasarkan persoalan yang timbul
mengenai kepuasan kerja ini, penyelidik mengemukakan hipotesis seperti berikut:
1. Guru SMT di daerah Rompin mempunyai tahap kepuasan kerja yang
tinggi;
2. Terdapat perkaitan yang positif antara kepuasan kerja dengan faktor
sosio-demografi terpilih seperti umur, pendapatan, kelayakan
akademik, pengalaman mengajar dan jurnlah jawatan / tugas guru-guru
SMT;
3. Terdapat perbezaan kepuasan kerja yang signifikan antara kepuasan kerja
dengan faktor sosio-demografi terpilih guru SMT seperti pengalaman
mengajar, kelayakan akademik, umur dan pendapatan;
4. Guru SMT yang telah berkahwin lebih berpuas hati dengan kerja mereka
berbanding dengan guru yang belum berkahwin; dan
5. Guru SMT yang tinggal di dalam kawasan sekolah lebih berpuas hati
terhadap kerja mereka berbanding dengan guru yang tinggal di luar
kawasan sekolah.
1.7 Batasan Kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah tertumpu kepada guru-guru yang mempunyai
kelulusan teknikal dari maktab dan pusat pengajian tinggi. Mereka mempunyai sijil dan
juga ijazah pertama berkaitan bidang teknikal. Semasa kajian ini dijalankan, mereka
sedang berkhidmat di Sekolah Menengah Teknik (SMT) di daerah Rompin, Pahang
Darul Makrnur.
Maklumat-maklumat yang didapati daripada kajian ini ialah maklumat latar belakang
semua guru yang berkelulusan sijil dan ijazah berkaitan teknikal yang sedang
berkhidmat di SMT di Daerah Rompin sahaja. la mengkaji tahap kepuasan bekerja