Kepentingan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

download Kepentingan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

of 1

Transcript of Kepentingan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

  • 8/12/2019 Kepentingan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

    1/1

    Kepentingan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pembelajaran dan

    pengajaran.

    1. Murid boleh membuat keputusan sendiri dalam pelbagai situasi

    Penyelesaian masalah, penerokaan dan penyiasatan matematik banyak membantumurid-murid dan menggalakkan mereka berfikir aras tinggi. Melalui KBAT, murid

    boleh membuat keputusan sendiri dalam pelbagai situasi. Mereka mempunyai sebab-

    sebab tersendiri yang boleh dijelaskan mengenai keputusan yang diambil. Murid-

    murid tidak terikat dengan pilihan jawapan yang diberikan tetapi bebas memilih dan

    membuat keputusan sendiri mengikut apa yang difikirkan betul oleh mereka.

    2. Murid berpeluang melahirkan idea baru dan objek baru

    KBAT menggunakan alat pemikiran. Melalui KBAT, murid-murid dapat berfikirsecara kritis dan kreatif untuk menyelesaikan setiap permasalahan. Apabila diberikan

    sesuatu permasalahan yang baru, murid-murid akan meneroka secara matematikal dan

    berfikir tentang situasi tersebut dan seterusnya berkembang menjadi satu idea yang

    baru. Murid-murid akan menggunakan alat pemikiran mereka untuk menghasilkan

    sesuatu yang baru dan meneroka pelbagai kemungkinan melalui pemikiran kreatif

    mereka.

    3. Berkemahiran dalam menyelesaikan masalah bukan rutin dengan pelbagai kaedah

    Melalui KBAT, murid-murid akan menjadi lebih mahir dalam menyelesaikan masalahbukan rutin dengan pelbagai kaedah yang baru. Murid pada masa kini terlalu

    bergantung pada soalan atau masalah yang rutin. Mereka boleh menyelesaikan

    masalah rutin tersebut hanya dengan menghafal langkah-langkah pengiraan sahaja

    tanpa memerlukan kemahiran berfikir. Oleh yang demikian, dengan adanya

    penyelesaian masalah bukan rutin dalam KBAT ini, murid-murid akan lebih terbuka

    dalam menyelesaikan masalah tersebut dengan mencuba pelbagai kaedah kerana

    masalah bukan rutin tidak boleh dihafal. Ia mememerlukan set aktiviti yang

    sistematik dengan perancangan strategi dan kaedah yang sesuai.